You are on page 1of 11

BAHAGIAN B

(PEMBANGUNAN MASYARAKAT)
SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR (SBDKL)
ADAT ISTIADAT
KONSEP:
 Mengikut pandangan Norhayati Ab. Rahman dalam makalah beliau Adat dan
Adat Istiadat Dalam Sastera Sejarah Sebagi Peneguhan Kepada Ketuanan dan
Kekuasaan Raja Melayu (2009:2) menyatakan bajawa adat istiadat daoat
dibahagikan kepada dua bahagian
 Pertama adat istiadat yang berhubung dengan upacara dalam kitaran
kehidupan manusia bermula dari detik awal kelahiran sehinggalah ke titik
akhir, iaitu kematian.
 Kedua, adat istiadat yang melambangkan kuasa yang hanya dipraktikkan oleh
golongan raja atau istana.
SUSUN LAPIS
KONSEP:
 Mengikut pendapat Dr Haron Daud, struktur social adalah merujuk kepada
sifat organisasi masyarakat yang terbina daripada semua komponen atau “set
social” di mana setiap komponen itu berfngsi sehingga membolehkan
masyarakat tersebut terus wujud
Golongan Atasan- Raja (Duli Yang Maha Mulia Sultan)
 Dalam novel ini DYMMS merupakan seorang raja atau pemerintah di Lembah
Tualang. Baginda merupakan symbol penyatuan dan perpaduan dalam
kalangan masyarakat di Lembah Tualang. Baginda dihormati dan disanjung
tinggi tinggi oleh masyarakat Kampung Pulai seperti Penghulu Mahmud,
Encik Muhammad, Dato Tan, dan sebagainya. Kehadiran baginda mencermar
duli ke Kampung Pulai disambut dengan penuh meriah sebagai tanda hormat.
Golongan menengah – Golongan elit/bangsawan, Pembesar Wilayah dan Wakil
Rakyat
 Orangkaya Indera Datuk Idrik bin Muhammad Saman merupakan seorang
pembesar di Wilayah Tualang. Beliau merupakan seorang pembesar yang
berpengaruh. Setelah kematian Orangkaya Indera Datuk Idris bin Muhammad
Saman, jawatan Orangkaya Wilayah Tualang tidak terisi. Walau
bagaimanapun dengan perkenan DYMMS, Penghulu Mahmud akan dilantik
sebagai Orangkaya Indera di wilayah Tualang. Hal ini kerana Penghulu
Mahmud adalah pewaris yang sah ke atas jawatan tersebut.
Golongan menengah – Golongan saudagar
 Kebun getah Datuk Tan di Kampung Pulai memberi peluang pekerjaan kepada
penduduk Kampung Pulai. Penubuhan SLLT ole En Muhammad dikatakan
akan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Kampung Pulai.
Contohnya Suin telah dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Raya, Azliah
dilantik sebagai Penolong Setiausaha dan Saadiah telah dilantik sebagai kerani
di SLLT.
Golongan menengah – Golongan professional
 Peguam Shahril merupakan seorang peguam kepada keluarga En Muhammad.
Beliau akan menguruskan segala hal yang berkaitan dengan undang-undang
yang melibatkan En Muhammad seperti hal yang berkaitan dengan pembelian
tanah dan pembahagiaan harta pusaka mengikut hokum faraid.
Penduduk kampong/buruh – Golongan bawahan
 Pak Salim merupakan seorang peniaga kedai runcit. Ali membantu Cik Puan
Tipah menjaga lading orkidnya. Imam saad dan Lebai Maarup mengajar
penduduk Kampung Pulai mengaji dan agama. Sarip menjadi drebar JKR. Pak
Husin menjual ikan di pasar.
SOSIAL
KONSEP:
 Social membawa satu pengetian yang luas merangkumi segala hal yang
berkaitan dengan masyarakat.
 Antara termasuklah system social, struktur social mobility social, bentuk
kepercayaan, perhubungan antara anggota masyarakat dan strafikasi social
(1989:26)
Perpaduan dalam kalangan masyarakat
 Sikap saling mempercayai antara kaum dalam urusan perniagaan akan
mewujudkan suasana yang kondusif dan sesuai untuk meraih keuntungan. En
Muhammad dan Datuk Tan telah menjalankan kerjasama dalam perniagaan
khususnya melalui perkongsian dalam SLLT.
Susun lapis masyarakat/strafikasi social
 Lapis di atas terdiri dari raja iaitu DYMMS, pembesar/pentadbir yang terdiri
daripada Orang Kaya Indera (penghulu Mahmud), pegawai Daerah, dan Wakil
Rakyat(YB Mohd Yusuf). Lapis kedua adalah golongan menengah yang
terdiri dari ahli perniagaan sperti En Muhammad dan datuk Tan, manakala
lapis bawah sekali ialah golongan bawahan yang terdiri daripada penduduk
kampong iaitu Imam, guru agama, kakitangan kerajaan, pekebun dan
masyarakat kampong.
Mobility social
 Sudin mengalami mobility secara mendatar. Dari seorang yang bujang telah
menjadikannya seorang suami dan berkeluarga apabila berkahwin dengan
Gayah. Sudin juga, sebelum berkahwin dengan Gayah merupakan kaki judi,
tetapi selepas berkahwin sikapnya mula berubah kea rah yang lebih baik dan
lebih bertanggungjawab terhadap diri keluarga dan masyarakat.
Budaya – cara hidup dan kepercayaan seharian
 Masyarakat yang mengutamakan perkahwinan yang sekufu khususnya dalam
kalangan keluarga Syed dan Syarifah berupaya membentuk ikatan
kekeluargaan yang utuh dan kuat, walaupun kadang-kadang ia dilihat amat
mementingkan jurai keturunan semata-mata.
 Perkahwinan antara Gayah dan Sudin juga dikatakan dapat menghapuskan
permusuhan dan menjalinkan hubungan silaturrahim yang terputus sekian
lama antara keluarga Penghulu Mahmud dengan Imam Saad.
Kepercayaan – Islam dan Kristian
 Lebai Maarup, En Muhammad, Bilal Endut, Imam Saat dan sebaginya
merupakan anggota masyarakat yang beragama Islam dan telah menunaikan
tanggungjawabnya sebagai umat Islam yang taat.
 Datuk Tan, Datin Tan, Robert dan Lily merupakan penganut Kristian,
walaupun kadang-kadang mereka dilihat kurang mengamalkan anutan mereka
dengan sewajarnya.
Teknologi – kapal korek
Adat istiadat – perkahiwnan Sudin dan Gayah
Interkasi soaial – masyarakat saling berhubung antara satu sama lain
Pendidikan
Politik
Kegiatan ekonomi
Makanan orang Melayu
PERPADUAN
KONSEP:
 Bergabung menjadi satu, sepakat
 Rakyat bergabung bahu untuk melakukan sesuatu dan menyelesaikan masalah
secara musyawarah
 Hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja antara kaum
dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama
Perkongsian ekuiti/saham dalam syarikat antara orang Melayu dan Cina
 En Muhammad mempunyai 60% saham dalam Firma Serba Dagang
Internasional. Syarikat adalah sebuah syarikat perkongsian antara Datuk tan
dengan En Muhammad
“Orang kanan”/individu penting dalam starikat lada hitam
 En Muhammad merupakan rakan kongsi Datuk Tan dalam Firma Serba
Dagang Internasional, dan beliau merupakan orang kanan/individu penting
dalam syarikat lada hitam berkenaan
Sebagai pekerja syarikat
 En Muhammad telah dilantik sebagai Pengarah Urusan di Syarikat Tan
Enterprise oleh Datuk Tan. Syarikat Tan Enterprise merupakan syarikat yang
dimiliki oleh orang Cina, iaitu Datuk tan.
Kerjasama antara orang Melayu dengan orang Cina dalam perniagaan/aktiviti
ekonomi
 Encik chan yang memiliki syarikat Chan Builders bercadang untuk
berkerjasama dengan Penghulu Mahmud untuk melaksanakan projek
perumahan di Kampung Pulai.
Saling percaya mempercayai dalam perniagaan
 Datuk tan amat percaya dan yakin dengan kemampuan En Muhammad
menguruskan syarikat mereka.
(Hubungan perpaduan antara masyarakat kampung)
Perpaduan antara kaum
 Kerjasama erat antara Encik Muhammad dan rakan kongsinya, Datun Tan
dalam lerniagaan telah membuktikan bahwa wujudnya perpaduan kaum.
Hubungan ini menjadi bertambah erat apabila Encik Muhammad merancang
untuk membuka lombong bijih. Hal ini demikian kerana, Rahim dan Robert
yang berkawan sejak kecil akan berkerjasama dalam starikat perlombongan
tersebut
Perpaduan antara penduduk kampung
 Atas dasar strategi perniagaan lombong yang dirancang mendapat perkenan
DYMM Sultan, En Muhammad, Datuk Tan dan YB Muhd Yusuf telah
merancang untuk menjemput DYMM Sultan berangkat ke Kampung Pulai
sempena acara puja umur DYMM Sultan. -begotong-ryong utk buat
persediaan
Perpaduan antara golongan agama
 Perancangan licik En Muhammad telah berjaya melantik Imam Saad bagi
menggantikan imam yang sering uzur. Beliau juga mendapatkan kerjasama
Lebai Maarup untuk menjadi imam surau dan mengajar masyarakat kampung
mengaji Al-Quran. Perlantikan ini seolah-olah memberikan pengiktarafan
terhadap Imam Saad dan Lebai Maarup. Situasi ini melenyapkan prasangka
negatif mereka terhadap rancngan En Muhammad utk membuka Syarikat
Lombong tersebut dan mewujudkan perpaduan dalam kalangan penduduk.

Perpaduan antara keluarga

 Pelantikan Tuk Empat Dahlan yang juga bapa saudara kepada Mat Akil telah
menjernihkan hubungan antara Mat Akil dengan Sudin. Perkahwinan Sudin
dengan Gayah, iaitu anak saudara En Muhammad pula telah merapatkan
jurang sosial antara mereka dan sekali gus dapat mengelakkan pergeseran
daripada berlaku. Projek En Muhammad akan terganggu sekiranya hubungan
ini tidak dipulihkan kerana mereka sering menghasut penduduk kampung
supaya menentang projeknya.
Perpaduan antara golongan bangsawan
 Projek lombong En Muhammad telah mengeratkan lagi hubungannya dengan
Datuk Tan. Bukan mudah untuk orang Melayu berkongsi perniagaan dengan
usahawan Cina pada era tersebut. Sebelum mengadakan kejasama dalam
projek lombong tersebut, Datuk Tan dan En Muhammad telah berkejasama
dalam peniagaan lada hitam. Kegigihan En Muhammad menyebabkan Datuk
Tan mengagumi beliau dan bersedia meluaskan jaringan kerjasama antara
mereka.
PENDIDIKAN
KONSEP:
 Merujuk kepada perihal mendidik/didikan/latihan/ajaran atau proses
membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang; atau tujuan pendidikan
secara umum seperti memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan
rohani manusia kea rah tahap kesempurnaan
Melahirkan masyarakat yang mempunyai pengetahuan agama
 Lebai Maarup mendapat pendidikan agama di Tanjung Karang dan Imam Saat
mendapat pendidikan agama melalui Lebai Maarup, telah menjadikannya
anggota masyarakat yang mempunyai pengetahuan agama yang mantap.
Melhirkan masyarakat yang mempunyai pengetahuan pertanian
 Cik Puan Tipah misalnya mengusahakan kebun orkid dengan berbekalkan
pengetahuan pertanian yang dia miliki melalui pendidikan tidak formal iaitu
melalui pengalaman
Melahirkan masyarakat yang mempunyai pengetahuan perniagaan/perlombongan
 En Muhammad, datuk tan,tan Sri Syed Aris dan lain-lain mampu bersaing di
peringkat global kerana mereka meiliki pengetahuan dalam bidang perniagaan
 En Muhammad dan datuk Tan melalui Syarikat Serba Dagang Internasional
telah berusaha membekal lada hitam kepada Frankfurt Import-Eksport di
Jerman
Melahirkan masyarakat yang mempunyai pengetahuan perlombongan
 Robert, misalnya telah dihantar oleh Datuk Tan belajar di salah sebuah
university di London berkaitan kejuruteraan perlombongan dengan harapan
apabila tamat pengajian kelak, Robert dapat membantunnya untuk
mengusahakan lombong biji timah peninggalan datuknya di Lembah Tualang.
Melahirkan masyarakat yang mempunyai pengetahuan politik
 Dengan adanya pengetahuan politik, YB Mohd Yusuf mampu mempengaruhi
rakyat di Kampung Pulai, dan akhirnya ia dilantik menjadi wakil rakyat.
Melahirkan masyarakat yang mempunyai pengetahuan pengurusan
 Pendidikan yang diterima oleh En Muhammad dan Datuk Tan yang dalam
bidang pengurusan membolehkannya menguruskan Syraikat Serba Dagang
Internasional sehingga syarikat bersama berkenaan berjaya mendapat kontrak
membekalkan lada hitam kepafa Frankfurt Import-Eksport di Jerman
Melahirkan masyarakat yang mempunyai pengetahuan kesetiausahan/pengurusan
pejabat
 Mahani yang mendapat pendidikan sehingga tingkatan 5 meneruskan
pengajiannya dalam bidang kesetiausahaan selama setahun. Kemudian bekerja
dengan Encik Muhammad sebagai setiausaha. Cekap, bijak dan dipercayai
majikannya.
(Kepentingan pendidikan)
Membuka minda masyarakat
 Rahim yang merupakan seorang mahasiswa dari university luar negara
merupakan orang yang berpendidikan dan mempunyai minda yang terbuka.
Beliau dapat mengagak kesan yang akan berlaku sekiranya Encik Muhammad
menubuhkan SLLT. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pemdidikan amat
penting dalam membina kehidupan masyarakat.
Mengawal tingkah laku masyarakat
 Pendidikan yang dimiliki oleh Rahim berjaya mengekang dirinya daripada
mengamalkan budaya Barat yang jauh berbeza dengan budaya Timur di
negara kita
Membangunkan ekonomi masyarakat
 Pendidikan yang dimiliki oleh En Muhammad membolehkan beliau
membangunkan ekonomi melalui penubuhan SLLT dan perdagangan lada
hitam yang diushakannya
Membina masyarakat yang berakhlak mulia
 Pendidikan yang dimiliki oleh Rahim dapat membentuk beliau untuk
berakhlak mulia dalam meniti nasib masyarakat yang bakal ditindas akibat
daripada penubuhan SLLT milik bapanya sendiri.
Membina diri masyarakat
 Pendidikan dalam bidang kesetiausahaan yang dimiliki moleh mahani
membolehkan beliau menjadi seorang setiausaha yang cekap dan
bertanggungjawb dalam menjalnkan tugas
Menjamin kesejahteraan hidup masyarakat
 Rahim telah berjaya menyedarkan En Muhammad mengenai penindasan
masyarakat yang berlaku akibat penubuhan SLLT.
(Kepentingan pendidikan)
Pendidikan mampu mengibah seseorang insan dari jahat kepda baik
 Lebai Maarup pada peringkat awal merupakan seorang yang agak nakal.
Namun begitu, setelah mendapat pendidikan agama di Tanjung Karang, sikap
Lebai Maarup telah berubah menjadi seorang anggota masyarakat yang
mempunyai akhlak terpuji/baik.
Pendidikan juga berupaya merubah corak pemikiran masyarakat dari masyarakat yang
jahil kepada masyarakat yang berilmu
 Sebelum menerima pendidikan agama di Tanjung Karang, Lebai Maarup
merupakan seorang angota masyarakat yg jahil. Namun begitu, setelah
mendapat pendidikan agama di Tanjung Karamg beliau memiliki ilmu yang
tinggi dan mampu berkongsi dengan anggota masyarakat di Kampung Pulai.
Masyarakat yang tidak berkemahiran mampu dibentuk menjadi lebih mahir melalui
pendidikan
 Melalui pendidikan, Mahani sebagi anggota masyarakat telah belajar ilmu
kesetiausahaan. Dengan adanya ilmu kesetiausahaan menjadikannya sebgai
anghota masyarakat yang cekap dalam pngurusan pejabat. Kecekapannya
menjadikannya sebagai pekerja yang disayangi oleh majikanna, En
Muhammad.
Pendidikan membentuk sahsiah anggota masyarakat yang sentiasa
bermusuh/berdendam menjadi berbaik-baik dan berkasih sayang antara satu sama
lain.
 Imam Saad dengan arwah Yaakob ayah Gayah pernah berdendam kerana
tanah. Apabila Sudin dan Gayah berkahwin maka wujud hubungan
kekeluargaan. Pendidikan agama yang diterima oleh Imam Saad dari Imam
Maali telah menjadikannya seorang yang sedar tentang duduk perkara
sebenarnya yang akhirnya merestui perkahwinan Sudin dan Gayah.
Pendidikan juga berupaya membentuk masyarakat yang kurang matang menjadi lebih
matang.
 En Muhammad, Rahun dan Robert telah mendpat pendidikan di England.
Denga pendidikan yang sempurna menjadikan mereka anggota masyarakat
yang berilmu, dan telah mematangkan mereka.
MOBILITI SOSIAL
KONSEP:
 Satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan social kepada
lapisan social yang lain atau satu kedudukan kepada satu kedudukan baru
dalam lapisan yang sama
 Mobility berlaku dalam dua bentuk iaitu menegak dan mendatar.
 Mobility menegak sama ad ke atas atau ke bawah, melibatkan perubahan
status seseorang daripada satu golongan ke golongan masyarakat yang lain
 Mobility mendatar hanya melibatkan perubahan kedudukan seseorang dalam
golongan atau kelasnya saja
(Peranan golongan peniaga dan korporat dalam mobility masyarakat)
Memperbaik taraf hidup masyarakat
 Syarikat perlombongan yang dibina oleh En Muhammad dapat membuka
peluang pekerjaan dan memperbaik taraf hidup masyarakat di Kg Pulai
termasuk Sudin dan Sani.
Menjana ekonomi masyarakat
 Yb En Muhammad Yusuf merupakan pengilang. Kegiatan ini bukan sahaja
meluaskan kegiatan politiknya, malah turut mengukuhkan lagi kedudukan
ekonominya dan juga bangsa Melayu. Beliau juga menolong penduduk Kg
Pulai berpindah ke rancangan tanah FELDA
Membuka peluang pekerjaan
 Cik Puan Tipah mengusahakan lading Orkid di Jeram Medang dan telah
berjaya memasarkannya bukan sahaja di dalam malah turut dipasarkan ke luar
negeri. Ali yang asalnya berkerja sebagai pemandu En Muhammad akhirnya
bertambah minat utk menguruskan lading orkid itu hasil tnjuk ajar dan
panduan daripada En Muhammad dan Cik Puan Tipah. Malah makin ramai
anak muda yang bekerja di lading tersebut.
Mempelbagaikan kemahiran
 Sudin yang berkeja sebagai broker tanah semakin meminati bidang perniagaan
setelah bekerja dengan Encik Muhammad. Beliau membantu En Muhammad
mendapatkan tanah daripada penduduk kampong untuk dijadikan lombong
bijih. Sementara itu, Sani pula bekerja sebagai wakil YB Muhammad Yusuf
utk mendpatkan kepercayaan penduduk bagi projek pembinaan rumah. Minat
dan kesedaran Sudin dan Sani ini membuktikan berlakunya perubahan dalam
kalangan generasi muda dalam bidang yang lazimnya dikuasai oleh orang
Cina.
Meningkatkan infrastuktur
 En Muhammad berusaha meningkatkan infarstuktur di Kg Pulai melalui
pembukaan SLLT. Tanpa usaha En Muhammad, kemudahan infrastuktur di
kawasan tersebut mungkin tidak lengkap.
BUDAYA
KONSEP
 Kamus Dewan edisi keempa (2017) mendefinasikan budaya sebagai
tamadun.peradaban,kemajuan fikiran, sksl budi (cara berfikir, berkelakuan dan
sebagainya). Tegasnya budaya boleh didefinasikan sebagai satu cara hidup
yang diamalkan oleh kumpulan tertentu danmeliputi system social, susunan
organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam,sikap,nilai
dsbnya yang diwarisi sesuatu masyarakat atau bangsa
ALAM SEKITAR
KONSEP
 Alam sekitar dapat diterjemahkan kepada dua perkataan yang berbeza.
 Alam bermaksud keseluruhan atau keadaan. Alam juga melibatkan semua
jenis hidupan, kedaan sesuatu benda (contohnya cuaca) dan juga benda yang
tidak hidup.
 Sekitar ialah sekeliling
 Alam sekitar merangkumi semua atau satu daripada komponen air,udara,tanah
dan perhubungan sesame komponen dan semua jenis hidupan
Rasa sayang akan tumbuhan
 Cik Puan Tipah sangat menyayngi orkidnya, iaitu jenis kacukan laeliocattleya.
Pada mulanya dia berhajat untuk menitipkan bunga tersebut ke kedai Flora
tetapi dia tidak sampai hati berpisah dengan orkid tersebut.
Menghargai alam
 Mahani sangat menghargai alam ciptaan Tuhan. Hal ini dapat dilihat apabila
dia segera menyambut pagi dan menikmati udara segar dan bersih di halaman
rumahnya. Dia berasa lapang apabila berbuat demikian.
Menjaga keindahan alam
 Encik Muhammad bercadang untuk menjaga dan memajukan Jeram Medang
dengan menjadikannya sebagai tempat percutian dan perkelahan yang indah.
Mengekalkan landskap semula jadi
 Peniaga-peniaga yang menusahakan gerai di Jeram Medang tidak menebang
pokok-pokok besar yang melindungi kawasan tepi sungai secara sesuka hati.
Terdapat peniaga yang berniaga sate dan tebu di bawah pokok beringin besar.
Rasa takjub
 Sudin berasa takjub dengan keindahan jeram yang mempunyai empat tingkat
itu. Bunyi aliran sungai yang mendesag dan melandai kira-kira 25 darjah
sepanjang 20 rantai. Tiap-tiap satu lapis dipisahkan oleh lubuk yang tenang
dan jernih seperti kolam mandi.
Melindungi sungai
 Penduduk kampung melindungi sungai dengan menjala untuk mendapatkan
ikan tetapi tidak menubanya. Mereka juga tidak mencemari Sungai Tualang
dengan sisa buangan.

You might also like