You are on page 1of 2

NAMA : NUR ERIENA ASYIQIN BINTI ABDUL FEIZERI

KELAS: S1 SS7

SOALAN : BINCANGKAN NILAI- NILAI YANG DAPAT MENJAMIN KERUKUNAN SEBUAH RUMAH TANGGA
BERDASARKAN GURINDAM ‘NORMA YANG BAIK DALAM PERHUBUNGAN SUAMI ISTERI’.

Menurut Ismail Hamid, gurindam berasal daripada istilah bahasa Sanskrit iaitu pepatah berangkap
yang menjadi sebutan orang ramai. Dalam perkembangan puisi Melayu,gurindam berkembang dalam
tradisi Melayu mempunyai bentuk yang tersendiridan kelainan dengan gurindam bahasa
Sanskrit.Menurut Raja Ali Haji, Perkataan yang bersajak akhir pasanganya tetapi sempurna perkataannya
dengan satu pasangannya sahaja. Sajak yang pertama itu syarat,sajak yang kedua itu jadi seperti jawab.
Menurut Sultan Takdir Alisahbana, Pembentukan gurindam biasanya terjadi daripada sebuah kalimat
majmuk. Dibahagi menjadi dua baris yang bersajak. Tiap-tiap baris ialah sebuah kalimat,dan
perhubungan antara dua buah kalimat itu adalah perhubungan antara anak kalimat dengan induk
kalimat. Menurut Za’ba, Suatu puisi yang tidak mengandungi sukatan yang tetap. Mengandungi fikiran
yang bernas dan digubahkan dalam bahasa yang indah untuk dinyanyikan bagi tujuan hiburan. Menurut
Harun Mad Piah, Sejenis puisi Melayu lama yang tidak tentu bentuknya sama ada terikat atau tidak.
Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap dan mengandungi tiga hingga enam patah
perkataan dalam sebaris. Rimanya a,a. Beberapa rangkap diperlukan untuk melengkapkan keseluruhan
idea. Antara nilai-nilai yang dapat menjamin kerukunan jiran tertangga ialah nilai bertanggungjawab,
nilai keimanan, nilai kejujuran, nilai bermuafakatan dan nilai bertolak ansur.

Pertama, nilai baik hati. Sifat baik hati perlulah ada dalam diri seseorang. Seperti seorang Isteri yang
mampu menjadi suri rumah yang baik. Isteri yang baik mempunyai kepimpinan yang tinggi untuk
zuriatnya dan kedudukannya berada di tempat yang tinggi sebagaimana kedudukan mahkota. Sekiranya
seorang isteri tiada mempunyai budi yang baik maka sudah tentu rumah tangga berada dalam keadaan
porak- peranda.
Contohnya,

Isteri cantik permainan mata,


isteri budiman tajuk mahkota.

Oleh itu, sebagai seorang isteri mestilah mempunyai sifat baik hati dalam diri agar hidup berumahtangga
kekal sehingga hayat.

Kedua, nilai keimanan. Pilihan  yang paling penting ialah memilih perempuan dari aspek agama iaitu
keimanannya. Kemuliaan seorang wanita adalah diukur dari sudut keimanan yang dimilikinya. Keimanan
adalah kecantikan yang kekal abadi. Sekiranya seorang perempuan tidak mempunyai keimanan dalam
diri maka sudah tentu segala perkara yang ditegah pasti dilakukan olehnya.
Contohnya,

Perempuan bagus suntingan dunia,


perempuan beriman sangat mulia.

Oleh itu, sebagai seorang perempuan mestilah sentiasa menuntut imu agar keimanan dalam diri
sentiasa bertambah.
Ketiga, nilai kejujuran. Kejujuran itu sangat penting dalam hidup berumahtangga. Suami mesti jujur
supaya isteri tidak menanggung siksa kerana memendam perasaan. Sekiranya isteri memendam rasa,
isteri akan mungkin akan sakit dan semakin kurus.
Contohnya,

Jika suami tak berhati lurus,


Isterinya kelak menjadi kurus.
Oleh itu, kita mestilah sentiasa jujur dalam kehidupan berumahtangga agar hidup sentiasa
aman dan bahagia.
Keempat, nilai bertanggungjawab. Setiap orang mesti mempunyai tanggungjawab sendiri begitu
juga suami dan isteri. Hal ini ditujukan kepada suami yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab besar
terhadap keluarga. Kuasa tersebut adalah meliputi kuasa terhadap isteri, anak-anak, harta dan kuasa
menceraikan isteri. Namun kekuasaannya tidak mungkin wujud dan dapat digunakan jika dia hidup
bersendirian tanpa teman. Sekiranya suami tidak bertanggungjawab, maka sudah tentulah rumah
tangga mereka sentiasa dalam keadaan huru- hara.
Contohnya,

Sungguh suami pegang kuasa,


jika seorang ia binasa.

Oleh itu, setiap orang mestilah sentiasa bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perkara agar hidup
dalam keadaan sentiasa tenang.

Kelima, nilai saling memahami. Kita mestilah sentiasa memahami antara satu sama lain. Hal ini
kerana hidup berumahtangga adalah ibarat dua orang dalam satu tubuh. Maka, mereka diharapkan
supaya saling memahami antara satu sama lain sepanjang hidup berumahtangga. Sekiranya tiada
kefahaman antara satu sama lain sudah tentulah rumah tangga berada dalam keadaan huru- hara.
Contohnya,

suami isteri tubuh yang dua,


sekata hendaknya sampai [ke] tua.

Oleh itu, jelaslah bahawa memahami antara satu sama lain sangat penting dalam kehidupan berumah
tangga supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Kesimpulannya, gurindam ‘Norma Yang Baik Dalam Perhubungan Suami Isteri’ menunjukkan nilai-
nilai yang baik yang harus ada pada setiap pasangan supaya hidup dalam keadaan aman dan damai. Saya
berharap agar masyarakat di luar sana sentiasa menjadikan gurindam sebagai panduan dalam
kehidupan. Bukan itu sahaja malah sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain agar kehidupan rumah
tangga berada dalam keadaan harmoni tanpa berpecah belah.

You might also like