You are on page 1of 61

Bahagian A : Puisi

[25 markah]

1. Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Pandai Pak Pandir

Anak dipijak dagang dijinjing


Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh dilangit
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung
Pak pandir juga menanggung.
Apa didengar gelagak dagang
Gelagak rambutan jantan:
Orang berbunga , dia berbunga
Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia


[peny]2012Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Nyatakan jenis puisi di atas dan huraikan ciri-cirinya [3]


(b) Dengan mengemukakan contoh yang sesuai, bincangkan empat unsur kritikan dalam puisi di
atas. [16 ]
(c) Huraikan tiga keindahan bahasa yang terdapat dalam puisi di atas. [6]

1
Skema Pemarkahan

(a) Nyatakan jenis puisi di atas dan huraikan ciri-cirinya

Jenis Puisi : Seloka / Seloka Pak Pandir (1 Markah)

Ciri-ciri puisi :

1: Isinya mengandungi unsur sindiran


2: Mengandungi unsur pengajaran
3: Karangan berangkap yang mengandungi unsur kejenakaan, gurau senda, giatan, ejekan,
alah sindran
4: Bentuknya bebas

(b) Dengan mengemukakan contoh yang sesuai, bincangkan empat unsur kritikan dalam puisi di atas.

1: Golongan manusia mengutamakan orang luar

Golongan ini hanya merugikan diri sendiri. Pak Pandir mengutamakan orang
asing tetapi anak sendiri terbiar dan tidak diberi perhatian sewajarnya.

Kucing dibunuh tikus dibela


Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang

2: Golongan manusia yang mudah dipergunakan

Golongan ini biasanya akan diberi umpan yang baik-baik namun dalam masa
yang sama pihak lain akan mengeksploitasi kebodohannya..

Mulut kena suap pisang


Buntut kena cangkuk onak

3: Golongan manusia yang suka meniru orang lain.

Golongan ini akan meniru orang lain tanpa menyedari kemampuan diri.
Kesannya akan menyusahkan diri sendiri.

Apa didengar gelagak dagang


Gelagak rambutan jantan:
Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram

4: Golongan manusia yang tamak.

Golongan ini hanya mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain.
Akhirnya diri sendiri yang rugi.

Mendengar guruh dilangit


Air di tempayan dicurahkan

2
(c) Huraikan tiga keindahan bahasa yang terdapat dalam puisi di atas.

1: Pemilihan kata (diksi) yang indah.

Penggunaan kata yang ringkas, bersahaja dan tepat amat sesuai dengan
kaedah pengucapan yang bercampur dengan unsur kelucuan (humor)
walaupun mesej yang hendak disampaikan agak keras/penting.

Contohnya :
gelagak dagang, dipijak, dijinjing

2: Anafora.

Biasanya penggunaan gaya bahasa ini sebagai penegasan. Tetapi dalam seloka
ini, fungsinya lebih kepada perbandingan antara dua perkara atau jenis manusia.

Contohnya :

Orang berbunga dia berbunga.


Orang berbuah dia haram

3: Peribahasa.

Penggunaan gaya bahasa ini amat sesuai kerana sifatnya amat dekat dengan
budaya orang Melayu.

Contohnya :
mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

3
2 Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Keindahan dan Kemakmuran Negeri

Medannya indah bukan kepalang


Rantaunya luas bagai dibentang
Tebingnya tinggi bagai diraut
Pasirnya serong bentuk taji
Batunya ada besar kecil
Yang kecil pelontar balam
Jikalau untung kena ke balam
Jikalau tidak kena ke tanah
Menderu selawat ibu ayam
Helang disambar punai tanah
Seumpama kundur dengan labu
Kecil pohon besar buahnya
Negerinya beruntung Bandar rayanya bertuah
Cari di darat boleh di darat
Cari di laut boleh di laut
Ayam itik penuh di reban
Lembu kerbau penuh di tengah padang
Gajah badak penuh di tengah hutan
Sejuk dingin seperti ular cintamani
Di negeri Teluk Bidung Kota Lama.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny]2012


Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Nyatakan jenis puisi di atas dan huraikan ciri-cirinya [9]

(b) Bincangkan empat keindahan negeri Teluk Bidung Kota Lama seperti yang termuat dalam puisi
di atas [16]

Skema Pemarkahan :

(a) Jenis puisi di atas dan ciri-cirinya.


Jenis puisi : Talibun/Sesomba/puisi berangkap (1 markah)

ciri-ciri puisi:
1: berbentuk bebas
2: Mungkin terdapat sisipan daripada genre puisi yang lain seperti pantun, syair dan sebagainya
3: Umumnya sebagai sisipan dalam penglipur lara masyarakat Minangkabau
4: Isi/tema talibun berkait dengan pemerian dalam sesuatu konteks
5: Penggunaan perulangan bahasa dan puisi adalah lumrah
6: Diksi/pemilihan kata dapat menimbulkan pemikiran dan pendengaran (bunyi) berkait dengan
alam Melayu.

4
(b) Keindahan negeri Teluk Bidung Kota Lama

1: Keindahan medan negeri bernama Teluk Bidung Kota Lama.


2: Rantaunya sangat luas.
3: Tebingnya yang tinggi dilihat sangat indah seolah-olah seperti diraut.
4: Batunya ada yang kecil, ada yang besar untuk dimanfaatkan.
5: Terdapatnya kepelbagaian unggas.

3 Baca puisi di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Pantun Budi

Pisang emas di bawa belayar,


Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati;

Pulau Pandan jauh ketengah,


Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.

Tenang-tenang air di laut,


Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [ peny ] , 2012


Permata Sastera Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
halaman 3)

Jelaskan lima ciri istimewa puisi di atas. [15]

Skema jawapan

Keistimewaan puisi

1. Terdapatnya pembayang maksud. Pembayang adalah pembuka bagi maksud.


2. Kecantikan dan kepuitisan pantun di atas dapat dilihat melalui pemilihan diksi di dalam
pembayang yang bersifat unik, dan misteri , dengan memasukkan unsur-unsur alam.
3. Pemilihan diksi di dalam pembayang, mempunyai pertalian makna dengan maksud walaupun
tidak semestinya bersifat sedemikian.
4. Rima, matra, suku kata, asonasi dan aliterasi di dalam pembayang menjadi timbangan bagi
maksud atau saran bunyi pada kuplet pertama memberi bayangan kepada kuplet kedua.
5. Satu rangkap pantun di atas membawa satu kesatuan fikiran yang lengkap
6. Pantun di atas membawa citra/imej yang sesuai dengan norma dan nilai masyarakat.
7. Rima akhir akhir dan rima tengah adalah terikat iaitu a,a,a,a dengan sedikit variasi.
8. Terdapatnya jeda di tengah-tengah baris.

5
4. Baca puisi di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Pandai Pak Pandir

Anak dipijak dagang dijinjing


Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh dilangit
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung
Pak pandir juga menanggung.
Apa didengar gelagak dagang
Gelagak rambutan jantan:
Orang berbunga , dia berbunga
Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.

( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [ peny ] , 2012


Permata Sastera Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
halaman 11)

Bincangkan lima gambaran sikap manusia yang terdapat dalam puisi di atas. [20 ]

Skema Jawapan

lima gambaran sikap manusia dalam puisi di atas.

1. Kebodohan seseorang yang mengutamakan orang luar dan membelakangi kepentingan diri dan
keluarga sendiri.

Sipak sebegini ini hanya merugikan diri sendiri. Pak Pandir mengutamakan orang asing tetapi
anak sendiri terbiar dan tidak diberi perhatian sewajarnya.

Anak dipijak dagang dijinjing


Kucing dibunuh tikus dibela

6
2. Sikap seseorang yang terlalu mempercayai orang luar/dagang menyebabkan diri sendiri yang
rugi.

Orang dagang yang mengambil kesempatan dan mencari keuntungan diri sendiri dengan
menjanjikan pelbagai kesenangan kepada Pak Pandir tetapi kemudian memungkiri janji,
menyebabkan Pak Pandir tergadai dan telanjang bulat.

Harta habis badan tergadai


Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang

3. Sikap seseorang yang terlalu mengharapkan keuntungan yang besar lalu membuang apa yang
ada/sikap seseorang yang tamak.

Golongan ini hanya mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Akhirnya diri
sendiri yang rugi.

Mendengar guruh dilangit


Air di tempayan dicurahkan

4. Sikap seseorang yang mudah dipergunakan

Golongan ini biasanya akan diberi umpan yang baik-baik namun dalam masa yang sama pihak
lain akan mengeksploitasi kebodohannya..

Mulut kena suap pisang


Buntut kena cangkuk onak

5. Sikap seseorang yang suka meniru orang lain.

Golongan ini akan meniru orang lain tanpa menyedari kemampuan diri.Kesannya akan
menyusahkan diri sendiri.

Gelagak rambutan jantan:


Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram

7
5 Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Raja muafakat dengan menteri,


Seperti kebun berpagar duri.

Betul hati kepada raja,


Tanda jadi sebarang kerja.

Hukum adil atas rakyat,


Tanda raja beroleh inayat.

Kasihkan orang yang berilmu,


Tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang pandai,


Tanda mengenal kasa dan cindai.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia


[peny], 2012. Permata Sastera Melayu, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Nyatakan jenis puisi di atas dan jelaskan tiga ciri-ciri yang terdapat dalam
puisi tersebut. [7]

(b) Bincangkan tiga natijah daripada keharmonian hubungan raja dan rakyat sebagaimana yang
terdapat dalam puisi di atas. [12]

(c) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri raja atau pemimpin yang dapat dijadikan teladan oleh orang
bawahannya. [6]

Skema Pemarkahan:

(a) Jenis puisi : Gurindam -[1 Markah]


Tiga ciri puisi :

1: Satu rangkap terdiri dari 2 baris


2: Jumlah suku kata setiap rangkap tidak tetap (umumnya 10-14 suku kata)
3: Ada hubungan sebab akibat antara baris satu dengan dua
4: Rima a-a
5: Isi terletak di baris kedua
6: Mengandungi nasihat / kata-kata mutiara / teladan

(b) Tiga natijah hubungan raja dan rakyat yang harmoni :

1: Selamat dan nasib terbela

Apabila seorang raja berlapang dada dalam setiap urusana maka rakyat akan selamat
daripada sebarang kezaliman dan penindasan

8
Raja muafakat dengan menteri,
Seperti kebun berpagar duri.

2: Mendapat kejayaan/kemajuan
Apabila kedua- dua pihak bersifat jujur/amanah dalam semua urusan maka semua
kerja/tugasan dapat dilaksanakan dengan jayanya

Betul hati kepada raja,


Tanda jadi sebarang kerja.

3: Keharmonian Hidup
Apabila rakyat mendapat keadilan, maka wujudlah suasana aman dan harmoni

Hukum adil atas rakyat,


Tanda raja beroleh inayat.

4: Perkembangan ilmu
Membudayakan menuntut ilmu dalam kehidupan agar mendapat kejayaan

Kasihkan orang yang berilmu,


Tanda rahmat atas dirimu.

5: Kualiti Pendidikan
Menghormati, menghargai dan menyanjung golongan ilmuan agar kemajuan
pendidikan negara dapat dicapai

Hormat akan orang pandai,


Tanda mengenal kasa dan cindai.

(c) Ciri-ciri raja atau pemimpin yang perlu dicontohi :

1: Sedia mendengar pendapat orang lain / berfikiran terbuka


Berlapang dada dalam setiap urusan/tugasan/mesyuarat dan sebagainya supaya rakyat
terbela

Raja muafakat dengan menteri,


Seperti kebun berpagar duri.

2: Jujur/Amanah

Bersifat jujur/amanah dalam semua urusan/tugasan dan sebagainya agar semua


tangungjawab terlaksana

Betul hati kepada raja,


Tanda jadi sebarang kerja.

3: Adil/Telus

Mengamalkan sikap adil dan telus dalam setiap urusan/tugasan/kehidupan dan


sebagainya supaya rakyat mendapat sejahtera

Hukum adil atas rakyat,


9
Tanda raja beroleh inayat.

4: Budaya ilmu
Membudayakan menuntut ilmu dalam kehidupan agar mendapat kejayaan

Kasihkan orang yang berilmu,


Tanda rahmat atas dirimu.

5: Menghargai cendikiawan

Menghormati, menghargai dan menyanjung golongan ilmuan agar dan kemajuan


negara dapat dicapai

Hormat akan orang pandai,


Tanda mengenal kasa dan cindai.

10
6. Baca puisi di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Seorang Jemaah

A. Wahab Ali

I
Pada setiap subuh bening
Sedang azan memancar di menara masjid
Kutemui dia tenang berjalan
Jubahnya putih, serbannya putih, kasutnya juga putih.

Sesekali aku berhenti 5

Mempelawanya menaiki kereta


Dia memberikan salam
Bersamanya menerpa wangi haruman.

Bila berjemaah
Sesekali kami bersebelahan 10
Sebelum takbir
Dia sibuk bersugi.

Sebaik imam selesai memberi salam


Dia berdoa singkat
Kemudian menerjah keluar 15

Melipat jubahnya
Dia ligat berjoging di asfalt
Putih topinya, putih bajunya, putih seluarnya
Putih kasutnya.

Setiap derap sepatunya 20


Dia menyebut kebesaran Allah
Setiap denyut jantungnya
Dia menyambung doa yang tertinggal
Minta umur dipanjangkan
Minta diselamatkan anak isteri 25
Minta selamatkan saudara seagama
Selamat yang hidup
Selamat yang telah mati
Selamat di dunia
Selamat di akhirat 30

Selamat semuanya.

11
II
Kini
Setiap subuh bening
Azan tetap memancar di menara masjid
Jalan tinggal sepi, pintu keretaku tertutup 35

Tetapi setiap kali lalu di tempat aku mengambilnya


dulu
wangi harumnya masih menerpa
putih jubah dan putih serbannya kubawa bersama.

Kini
Ketika aku berjemaah 40
Di sisiku dia tiada
Tetapi sugi dan usallinya
Memanjang di mataku.

Kini
Bila selesai imam memberi salam 45
Tidak kelihatan dia bergegas ke luar
Asfalt lama merindukan seretan kasut putihnya
Pejalan kaki pagi
Merindukan topi putihnya
Doanya masih mengambang
Tapi degup jantungnya sudah lama berhenti
Dia telah lama selamat
Berbaring bersama deretan pusara
Dato dan Tan Seri. 57

Kuala Lumpur Kuala Terengganu


56. 12. 1991

( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [ peny ] , 2012


Permata Sastera Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
halaman 32 - 33)

(a) Jelaskan lima sifat manusia yang terdapat dalam sajak di atas. [10]

(a) Bincangkan tiga mesej yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan anda hari ini [15]

12
Skema jawapan

(a) Sifat anusia yang terdapat dalam sajak di atas.

1. Menunaikan/mengerjakan solat berjemaah

Solat adalah rukun Islam yang wajib dilakukan dan dituntut untuk bersolat jemaah

2. Sifat baik hati/simpati/suka memberi bantuan

Sifat ini akan mendorong ke arah kebaikan dan hasilnya lahirlah masyarakat yang sejahtera dan
harmoni

3. Menjalinkan ukhuwah sesama insan

Solat boleh menjadi platform untuk hubungan silaturrahim/ukhuwah terjalin antara sesama
manusia yang akhirnya melahirkan masyarakat yang sejahtera.

4. Menjaga kebersihan

Menggosok gigi/bersugi adalah amalan yang dituntut oleh Islam. Kebersihan gigi
menggambarkan kebersihan diri manusia secara keseluruhannya.

5. Menjaga kesihatan

Bersenam adalah penting untuk menjaga kesihatan kerana dapat mengeluarkan peluh dan
menghilangkan tekanan

6. Berzikir mengingati Allah dalam apa-apa juga keadaan

Seorang Islam perlu mengingati Allah pada setiap waktu dan keadaan supaya dapat mendekati
diri kepada Allah serta beroleh ketenangan.

7. Memohon doa daripada Allah

Setiap manusia yang beragama Islam perlu sentiasa berdoa kepada Allah kerana Allah akan
memperkenankan doa hambaNya yang ikhlas.

13
(b) Mesej yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan anda hari ini

1. Manfaatkan kehidupan kita dengan beribadat dan melakukan amal kebaikan

Perbuatan bangun pagi dan solat berjemaah di masjid adalah amalan yang sukar bagi mereka
yang tidak biasa beramal dengannya. Jika amal ini berjaya dilaksanakan, sudah tentu amalan solat
di waktu yang lain telah dilakukan oleh jemaah itu Mengisi masa dengan beribadat dan berbuat
kebaikan untuk membentuk keperibadian mulia,kehidupan berkat dan direhdai Allah.

2. Sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain.

Hati manusia yang suci bersih digambarkan melalui warna putih dalam ayat penyajak. Sebaik-
baik manusia adalah orang yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain,tidak berdendam
malah pemaaf orangnya. Bersihkan hati,sentiasa berdoa supaya tidak wujud perasaan dendam dan
beroleh ketenangan hidup.

3. Menjaga kesihatan dengan beriadah.

Kegiatan beriadah adalah salah satu ikhtiar hidup kita untuk menjaga kesihatan. Malah ia menjadi
bukti kerajinan seseorang dan menjauhi sifat malas. Manusia akan lebih cergas dan bersemangat
untuk meneruskan aktiviti kehidupan. Beriadah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk sihat
dan cergas.Dengan kesihatan yang baik dapat menjalani kehidupan baik dan beroleh kejayaan.

4. Setiap yang hidup pasti akan mati.

Penghujung kehidupan adalah mati walaupun sehebat mana kita menjaga kesihatan ataudengan
bersenam. Segala aktiviti yang diusahakan merupakan ikhtiar semata-mata. Takdir Allah akan
mengatasi segala-galanya. Jemaah tetap pergi apabila ajalnya telah tiba. Membuat persediaan
sebagai bekalan untuk menghadapi kematian

5. Sesuatu kebaikan akan sentiasa dikenang

Bagi mereka yang masih hidup tentunya akan mengenang rakan mereka yang telah pergi.Kita
akan ingat jasa rakan kita malah akan mengingati kenangan indah sewaktu bersama rakan
tersebut. Mendoakan untuk kebaikan dan kesejahteraan kepada mereka yang hidup atau mati

6. Kebersihan mencerminkan keimanan

14
Menjaga kebersihan adalah tuntutan agama sama ada kebersihan fizikal dan mental yang
menggambarkan keimanan seseorang. Sentiasa menjaga kebersihan luaran dan dalaman, tidak
berdendam,berwasangka baik

Nota : Jawapan calon hendaklah mengandungi pro dan kontra beserta pandangan calon sebagai
kesimpulan kecil.

15
7. Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Keris Itu Masih Di Tanganmu


Ahmad Sarju

Keris itu masih di tanganmu


untuk menyambung perjuangan
yang sewaktu-waktunya
engkau terpaksa mengalah
hati terhiris luka 5
suara terpaksa membisu
diam mematahkan fitnah
berlembut mencari hikmah.

Jika terlalu pahit kaurasai


kembalilah kepada reality 10
perjuangan itu pasti ada ranjau durinya

pasti ada liku-likunya


perjuangan itu pasti ada pahit getirnya
perjuangan itu pasti ada rebah bangunnya
jika genting janganlah kauputuskan 15
jika tegang janganlah kaurentapkan
jika retak janganlah kauhancurkan
jika putus janganlah kauhanyutkan
jika bocor janganlah kaukaramkan.

Ketika kini engkau teruji erti ketabahan 20


setia seorang musuh tikaman seorang sahabat
jujur seorang seteru fitnah seorang kerabat
kerana sewaktu-waktunya
yang diam mentertawakan kita
yang mengangguk membenci kita 25
yang berpura-pura rajin bersuara
yang menentang menjadi sahabat
yang bijak merendahkan suara
yang berhemah memanjangkan doa
yang setia rela mengorbankan dirinya. 30

16
Keris itu masih di tanganmu
untuk menyambung perjuangan
setelah engkau menjahit dengan ketajaman
seharusnya engkau telah belajar dan mahir
menepis tikaman mencemburui persahabatan 35
kerana yang mengatur kejatuhan
bukanlah musuh tetapi muslihat seorang teman

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.) 2012.


Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, halaman 27-28)

(a) Huraikan lima unsur gaya bahasa yang memperlihatkan nilai estetik sajak di atas. [ 10 ]
(b) Berdasarkan sajak di atas, bincangkan cabaran-cabaran dalam perjuangan yang perlu dihadapi
oleh seseorang individu . [ 15 ]

Skema Permarkahan:
(a) Unsur gaya bahasa :

1: Asonansi
Perulangan bunyi huruf vokal dalam baris

perjuangan itu pasti ada ranjau durinya


(Perulangan vokal a)
Kesan menimbulkan kemerduan bunyi/kelembutan bunyi/keindahan bunyi

2 Aliterasi
Perulangan bunyi huruf konsonan dalam baris

untuk menyambung perjuangan


(Perulangan konsonan n)
Kesan menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran

3 Anafora
Perulangan perkataan di awal baris secara berturutan dalam satu rangkap.

yang berpura-pura rajin bersuara


yang menentang menjadi sahabat
Kesan menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran

4 Responsi
Perulangan perkataan di tengah baris secara berturutan dalam satu rangkap.

jika genting janganlah kauputuskan


jika retak janganlah kauhancurkan
Kesan menimbulkan penegasan maksud yang ingin disampaikan

17
5 Epifora
Perulangan kata di akhir baris secara berturutan dalam satu rangkap.

yang diam mentertawakan kita


yang mengangguk membenci kita
Kesan dapat menimbulkan kemerduan bunyi/ kelembuta bunyi/ Keindahan bunyi

6 Perlambangan
Kata yang mempunyai maksud yang tersirat

Keris melambangkan kekuasaan, kekuatan, kelebihan.


Kesan dapat menggerakkan imaginasi pembaca.

7 Personifikasi
Pemberian sifat manusia kepada objek yang tidak bernyawa

diam mematahkan fitnah


Kesan dapat memukau pembaca

8 Paradoks
Kata yang bertentangan dalam satu baris

perjuangan itu pasti ada rebah bangunnya


Kesan dapat menimbulkan keindahan bunyi irama/penegasan maksud

(b) Cabaran-cabaran dalam perjuangan yang perlu dihadapi oleh seesorang individu.

Skema Permarkahan :

1. Cabaran menghadapi kesulitan/keperitan/masalah dalam perjuangan.


Dalam perjuangan mencapai sesuatu matlamat,seseorang invididu kemungkinan akan berdepan
dengan masalah/kesulitan

Jika terlalu pahit kaurasai


kembalilah kepada realiti
perjuangan itu pasti ada ranjau durinya

2. Memerlukan ketabahan dalam perjuangan.


Ketabahan dan kesabaran seseorang individu amat diperlukan dalam sesuatu perjuangan
terutama apabila seseorang menghadapi kegetiran/musibah dalam kehidupan.

jika tegang janganlah kaurentapkan


jika retak janganlah kauhancurkan

3. Dalam perjuangan ada ketikanya individu perlu mengalah


Walaupun seseorang individu mempunyai kekuatan dalam memperjuangkan matlamat,namun ada
waktunya mereka terpaksa mengalah demi kesejahteraan/kebahagiaan bersama. Ada waktunya
berlembut lebih baik daripada menggunakan kekuatan.

yang sewaktu-waktunya
engkau terpaksa mengalah
18
4. Perlu berhati-hati memilih kawan.
Kawan amatlah penting dalam sesuatu perjuangan kerana kawan akan boleh memberi sokongan
kepada kejayaan seseorang individu. Namun ada sesetengah kawan yang menikam kawan
mereka dari belakang. Oleh itu seseorang individu perlu memilih kawan yang benar-benar setia.

setia seorang musuh tikaman seorang sahabat

5. Elakkan sikap cepat berputus asa/kecewa apabila kecundang dalam sesuatu perjuangan
Dalam perjuangan untuk mencapai sesuatu matlamat sseorang individu berkemungkinan akan
tewas/gagal,namun individu tidak seharusnya berputus asa/kecewa yang boleh memburukkan
keadaan.

perjuangan itu pasti ada rebah bangunnya


jika genting janganlah kauputuskan

6. Perjuangan yang bermatlamatkan kebaikan


Perjuangan yang dilakukan haruslah membawa kebaikan kepada diri individu dan
masyarakat.

yang berhemah memanjat doa

19
8 Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Pahlawan Ialah Dia

Abdul Ghafar Ibrahim

Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat


demi menyuburkan ladang negara sayang
Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah
demi menghidupkan simfoni negara berbilang.

Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga 5


siap sedia
atas nama negara yang tidak dibiarkan leka
Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia
tahan uji
atas nama negara yang tak dibiarkan mati 10

Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela


masa depan bangsanya lena
Malam-malam waspada kerana tak sanggup
peluang bangsanya tertutup.

Khidmat cemerlangnya mengapung 15


pada permukaan bahang puji dan keji
Semangat wajarnya kental membara
di udara kaji dan uji.

Mentari waktu menyambar kasih sayangnya


pada keluarga semasa bertugas jauh 20
Bulan masa merebut tidurnya
dari sisi dikasihi oleh jadual cemas.

Dialah laskar pelindung kota penyokong desa


warga yang tekadnya disimpulmatikan
oleh jawapan sejahtera aman 25
Dialah nadi ketahanan industri
teknologi kembangan

memikul amanah tak berkesudahan


demi mencari jawapan makmur raya.

Tubuhnya perisai tembus peluru. 30


Bom-bom-boom-bamm
dia tak gentar
Tum-tam-tum-tammm
dia tunggu
Tret-tet-tret-tett 35
dia terus maju.

20
Baktinya bunga harum warna-warni
dia tak peduli
dia tak terpegun
dia terus tugas tekun. 40
Sebagai warga bangsa bermaruah
dia terus gemakan gunung hasrat:
Selamat negara
Besar bangsa
Pelihara agama 45
Daulat bahasa
Cemerlang budaya

Kerana dialah anak watan pewaris keselamatan


Kerana dialah kelompok rakyat
penjunjung amanat 50
yang bersandar pada sinar takwa
yang pernah mengalami erti sengsara:

Cedera di bukit
tangis di laut
jerit di udara 55

tempang di sempadan
buta di ladang
lemas di sungai

lesu di sawah
parah di lembah 60

Yang menjadikan kematian bukti hidupnya


pahlawan
bukti zaman yang pernah dilindungi
zaman yang menjadi saksi
kepada nilai kemanusiaan yang megah 65
dipertahankan.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny]


2012. Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan , Bahasa
dan Pustaka)

(a) Jelaskan tiga sifat pahlawan yang dikemukakan oleh penyair berdasarkan sajak
di atas. [3]

(b) Dengan mengemukakan contoh, huraikan empat unsur gaya bahasa yang memperlihatkan nilai
estetik sajak di atas. [16]

(c) Berdasarkan sajak di atas, nyatakan pandangan anda mengenai kewajipan seorang warganegara
terhadap negara yang merdeka [6]

21
Skema Pemarkahan:

(a) Tiga sifat pahlawan dalam sajak :

1. Individu/warganegara yang menyumbang tenaga bakti kepada Negara

Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat


demi menyuburkan ladang negara saying

2. Individu/warganegara yang sanggup berkorban kepada Negara

Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah


demi menghidupkan simfoni negara berbilang.

3. Individu/warganegara yang bersiap sedia pertahankan Negara

Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga


siap sedia

4. Individu/warganegara yang setia kepada Negara

Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia


tahan uji

5. Individu/warganegara yang tahan ujian

Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia


tahan uji

(b) Empat unsur gaya bahasa :

1. Asonansi
Perulangan bunyi huruf vocal dalam baris .

Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela


masa depan bangsanya lena
Malam-malam waspada kerana tak sanggup
..
Menimbulkan kemerduan bunyi/kelembutan bunyi/keindahan bunyi

2. Aliterasi
Perulangan bunyi huruf konsonan dalam baris .

Bom-bom-boom-bamm

Menimbulkan kemerduan bunyi/kelembutan bunyi/keindahan bunyi

3. Perulangan Perkataan yang sama


Perulangan mana-mana perkataan di mana-mana bahagian dalam sajak.

22
Perkataan Pahlawan, Dialah, Warga.

Menimbulkan keindahan bunyi irama/penegasan maksud

4. Perulangan Frasa
Perulangan frasa pada mana-mana bahagian/baris dalam sajak.

Frasa Pahlawan ialah,Dialah pahlawanKerana dialah.

Menimbulkan keindahan bunyi irama/penegasan maksud

5. Hiperbola
Pernyataan perbandingan yang dibuat secara berlebih-lebihan untuk menekankan sesuatu
maksud.

dia terus gemakan gunung hasrat:

Dapat memukau pembaca

6. Personifikasi
Pemberian sifat manusia kepada benda, binatang atau tumbuhan.

Mentari waktu menyambar kasih sayangnya


.
Bulan masa merebut tidurnya
dari sisi dikasihi oleh jadual cemas.

Dapat menggerakkan imaginasi pembaca

7. Onomatopoeia
Pembentukan kata yang meniru bunyi asal sesuatu atau perbuatan.


Bom-bom-boom-bamm
..
Tum-tam-tum-tammm

Tret-tet-tret-tett

Menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran

8. Anafora
Perulangan perkataan di awal baris secara berturutan dalam satu rangkap.

Kerana dialah anak watan pewaris keselamatan


Kerana dialah kelompok rakyat
..
yang bersandar pada sinar takwa
23
yang pernah mengalami erti sengsara:

Menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran

(c) Kewajipan seorang warganegara terhadap negara :

1. Khidmat bakti kepada negara


Sedia menabur jasa bakti dengan cemerlang dalam semua tugas demi kemajuan negara.

Khidmat cemerlangnya mengapung


pada permukaan bahang puji dan keji
Semangat wajarnya kental membara
di udara kaji dan uji.

2. Berkorban untuk negara


Sedia berkorban dalam melaksanakan misi negara dalam apa jua bidang yang diceburi.

Tubuhnya perisai tembus peluru.


Bom-bom-boom-bamm
dia tak gentar
Tum-tam-tum-tammm
dia tunggu
Tret-tet-tret-tett
dia terus maju.
.

3. Menjaga keamanan dan kesejahteraan


Sama-sama bertanggungjawab menjaga keamanan, kesejahteraan dan keharmonian hidup
masyarakat.

Dialah laskar pelindung kota penyokong desa


warga yang tekadnya disimpulmatikan
oleh jawapan sejahtera aman
Dialah nadi ketahanan industri
teknologi kembangan
memikul amanah tak berkesudahan
demi mencari jawapan makmur raya

24
.
9. Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Pertemuan di Hyde Park


Adi Badiozaman Tuah

Bila berdiri di antara pepohon rimbun


di Hyde Park
aku teringat sebidang tanah luas pemberian
ayah di kampung
betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga.

Atas munggu itulah aku selalu berdiri


bersama ayah
sama ada ketika padi membesar
atau semasa menghalau burung pipit
atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi
atau saja-saja santai antara panggilan emak
bila memerlukan air kopi
atau bila kemudiannya menemani ayah
menanam anak getah
atau membetulkan barisan tanaman ladanya.

Bagaikan membahaskan isu utama dunia di


SudutPidato
di situ ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bias berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa
segalanya kitalah yang menentukan dan tanah
sedia menerima tanpa bicara.

Di situlah ayah sering mengingatkan


erti sebuah amanah
kitalah yang mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaiannya
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
semula menjadi milik alam semesta.

( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [ peny ],2012


Permata Sastera Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, hal. 19-20)
25
(a) Huraikan empat unsur gaya bahasa dan kesan penggunaannya [16]
(b) Bincangkan empat amanat yang ditinggalkan oleh ayah penyajak kepada
anaknya dalam sajak di atas. [9]

26
Skema Permarkahan

(a) Unsur gaya bahasa

1: Asonansi
Perulangan bunyi huruf vokal dalam baris

Bila berdiri di antara pepohon rimbun


( Perulangan vokal a )
Kesan menimbulkan kemerduan bunyi/kelembutan bunyi/keindahan bunyi

2: Aliterasi
Perulangan bunyi huruf konsonan dalam baris

Setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak


( Perulangan konsonan k )
Kesan menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran

3: Anafora
Perulangan perkataan pada awal baris secara berturutan dalam satu rangkap

atau semasa membaiki menghalau burung pipit


atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi
atau saja-saja santai antara panggilan emak

Kesan menimbulkan penegasan maksud yang ingin disampaikan

4: Personifikasi
Pemberian sifat manusia kepada objek yang tidak bernyawa

Betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara

Kesan dapat menggerakkan daya imaginasi pembaca

5: Simile
Perbandingan terus yang menggunakan kata banding seperti, bak, umpama, bagai dll

Bagaikan membahaskan isu utama dunia di

Kesan dapat menimbulkan kemerduan bunyi/kelembutan bunyi/keindahan bunyi

6: Inversi
Pembalikan kata

setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak


(sepatutnya setelah pokok ditebang dan semak dibersihkan )

27
(b) Amanat yang ditinggalkan oleh ayah penyajakkepada anaknya

1: Tanggungjawab terhadap tanah warisan keluarga


-menjaga tanah peninggalan keluarga dengan baik

2: Menunaikan amanah menjaga tanah warisan


-ikhlas menerima amanah menjaga tanah akan melakukan sesuatu yang bermanafaat ke atas
tanah agar membuah hasil yang baik

3: Menguruskan tanah warisan dengan bijaksana


-menggunakan tanah mengikut kesesuaian/keperluan seperti tanam padi huma,getah dan lada

4: Elakkan sifat kealpaan terhadap tanah


-elakkan tanah menjadi terbiar/ semak tidak mendatangkan apa-apa hasil

5: Menghargai tanah warisan


-menjaga tanah dengan baik apalagi tanah itu pemberian orang yang yang disayangi
-tidak akan mensia-siakan pemberian orang tersayang iaitu akan melakukan yang terbaik
terhadap tanah

6: Sifat kerajinan dan gigih berusaha


-menanam tanaman yang sesuai dengan tanah

28
Bahagian B : Prosa Tradisional
[ 25 markah ]

10. Baca petikan prosa di bawah kemudian jawab soalan yang mengikutinya.

Maka segala orang banyak pun suka melihat Tun Tuah bertikam dengan Taming Sari itu. Maka
Tun Tuah pun fikir dalam hatinya, Apa juga dipakainya maka tiada lut kuparang? Tetapi pada
firasatku sebab kerisnya inilah maka ia tiada dapat ditentang lawan dan tiada lut kuparang tubuhnya
itu. Jikalau demikian, apa juga kehendaknya? Baiklah kerisnya kuperdayakan.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaa Malaysia[peny.]2012.Permata


Sastera Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Jelaskan tindakan Hang Tuah seterusnya berdasarkan ayat petikan di atas Baiklah kerisnya
kuperdayakan [8]

(b) Pada pendapat anda, apa yang mungkin berlaku jika Laksamana HangTuah tidak berjaya
mendapatkan keris Taming Sari itu? [9]

(c) Berdasarkan Hikayat Hang Tuah (Bab XIX) ini bincangkan empat peristiwa yang
menunjukkan Hang Tuah seorang watak epik yang hebat. [8]

Skema Pemarkahan:

(a) Tindakan Hang Tuah

1. Hang Tuah memperdaya Taming Sari untuk bermuafakat dengannya

Hang Tuah telah mengajak Taming Sari untuk bermuafakat dengannya untuk membunuh
Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada dengan alasan jika Taming Sari tidak membunuh
mereka, Taming Sari yang akhirnya dibunuh.

2. Hang Tuah memperdaya Taming Sari untuk merampas takhta Betara Majapahit

Hang Tuah menyatakan bahawa Taming Sari akan dilantik menjadi Betara Majapahit dan beliau
akan menjadi Patih Gajah Mada sekiranya mereka dapat menewaskan Betara Majapahit.

3. Hang Tuah memperdaya Taming Sari untuk melihat kerisnya

Hang Tuah menyatakan bahawa keris Taming Sari tidak kukuh jika berbanding dengan
kerisnya.Hang Tuah juga menjelaskan bahawa beliau baru sahaja menggunakan kerisnya untuk
menikam penjurit di hadapan Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada.Akhirya Taming Sari
bersetuju memberikannya kerisnya kepada Hang Tuah.

29
4. Hang Tuah memperdaya Taming Sari semasa episod pertikaman antara kedua-duanya

Setelah Taming Sari terperdaya dengan tipu muslihat Hang Tuah, Hang Tuah menghunus kerisnya
untuk membunuh Taming Sari dan berlaku pertikaman antara kedua-duanya.

5. Hang Tuah memperdaya Taming Sari supaya keris Taming Sari terlekat pada papan kambi
dinding peseban.

Semasa pertarungan antara kedua-duanya, Hang Tuah mengelak tikaman Taming Sari sambil
berlutut di birai peseban menyebabkan keris Taming Sari terlekat pada kambi dinding.Keadaan
ini menyebabkan Taming Sari bertambah marah dan menendang dinding kambi itu hingga roboh
untuk mencabut kerisnya.

6. Hang Tuah telah menikam Taming Sari hingga membawa kematiannya

Ketangkasan Hang Tuah semasa pertarungan ini menyebabkan Taming Sari keletihan ternganga-
nganga seperti anjing lelah dan Hang Tuah mengambil kesempatan menikam Hang Tuah hingga
mati.

(b) Kemungkinan berlaku jika Hang Tuah tidak dapat mendapatkan keris Taming Sari

1. Taming Sari mungkin dapat membunuh Hang Tuah

Jika Hang Tuah tidak berjaya mendapatkan keris Taming Sari, mungkin Hang Tuah tidak dapat
membunuh Taming Sari sebalikya Hang Tuah yang dibunuh. Ini kerana kekebalan Taming Sari
terletak pada kerisnya. Ini terbukti yang mana beberapa kali Hang Tuah memarang Taming Sari
tiada lut.

2. Taming Sari mugkin akan membunuh Betara Majapahit

Jika Hang Tuah tidak berjaya mendapatkan keris Taming Sari, mungkin nyawa Betara Majapahit
yang terancam dan dibunuh oleh Taming Sari.Ini kerana tiada seorangpun yang berani untuk
menentang Taming Sari termasuk Patih Gajah Mada yang turut melarikan diri.

3. Taming Sari mungkin akan merampas takhta Majapahit

Jika Hang Tuah tidak berjaya mendapatkan keris Taming Sari, mungkin Taming Sari akan
merampas takhta Majapahit dan menjadi Betara. Ini kerana apabila Hang Tuah memperdaya
Taming Sari dengan menawarkan jawatan Betara, Taming Sari terus setuju untuk berpakat dengan
Hang Tuah.

4. Perkahwinan Raja Melaka dengan Raden Galuh Emas Ayu tidak akan berlaku

Jika Hang Tuah tidak berjaya mendapatkan keris Taming Sari, mungkin perkahwinan Raja
Melaka dengan Raden Galuh Emas Ayu tidak berlaku. Ini kerana jika Taming Sari merampas
takhta, keadaan negeri Majapahit akan huru hara.

30
5. Hang Tuah tidak akan mendapat anugerah daripada Betara Majapahit

Jika Hang Tuah tidak berjaya mendapatkan keris Taming Sari, mungkin Hang Tuah tidak akan
mendapat anugerah daripada Betara Majapahit.Ini kerana anugerah Laksamana diberikan kerana
jasa Hang Tuah membunuh Taming Sari. Begitu juga dengan anugerah keris Taming Sari dan
jajahan Jemaja.

6. Martabat Raja Melaka lebih dipandang tinggi

Jika Hang Tuah tidak berjaya mendapatkan keris Taming Sari, mungkin martabat Raja Melaka
tidak dipandang tinggi oleh Majapahit. Ini kerana kekuatan dan keberanian Hang Tuah
melambangkan kekuatan dan keberanian Melaka sekaligus menyebabkan kedudukan dan
kebesaran Melaka dipandang tinggi.

(c) Peristiwa menunjukkan Hang Tuah watak epik

1. Keberanian Hang Tuah semasa di Majapahit

Seseorang individu yang dianggap berani ialah, sanggup menggadaikan nyawa demi membantu
orang lain. Dalam konteks Hikayat Hang Tuah, keberanian Hang Tuah tidak dapat dinafikan.
Kesanggupan menentang musuh seorang diri sudah cukup menggambarkan beliau seorang yang
sangat berani. Ini terbukti dalam peristiwa Hang Tuah menentang Taming Sari semasa di
Majapahit.

2. Kebijaksanaan Hang Tuah memperdaya Taming Sari

Kebijaksanaan adalah sesuatu yang penting dan signifikan kepada diri seseorang. Selalunya aspek
kebijaksanaan dikaitkan dengan kebolehan seseorang itu menyelesaikan masalah dan dapat
mengatasi masalah dengan jayanya. Ketika Hang Tuah bertikam dengan Taming Sari, Hang Tuah
sangat bijaksana mencari punca masalah yang menyebabkan dirinya tidak mampu mencederakan
Taming Sari. Seterusnya, dengan kebijaksanaanya akhirnya Taming Sari terpedaya dan
dapatdibunuh.

3. Kemahiran Hang Tuah dalam ilmu firasat

Seseorang yang dapat membaca firasat atau meramalkan sesuatu yang akan berlaku merupakan
satu keistimewaan kerana mereka akan dapat menghalang atau mencari muslihat untuk mencapai
sesuatu hajat. Semasa pertarungan dengan Taming Sari, Hang Tuah membuat firasat kekebalan
Taming Sari terletak pada kerisnya. Kebenaran terbukti yang mana apabila Hang Tuah Berjaya
merampas keris itu, Taming Sari Berjaya dibunuh.

4. Ketangkasan Hang Tuah bermain senjata

Ketangkasan seseorang dalam bermain senjata dapat mengelak daripada segala ancaman yang
berbahaya. Hang Tuah seorang yang tangkas yang mana beliau telah dapat mengelak tikaman
bertubi-tubi Taming Sari sehingga menyebabkan Taming Sari keletihan dan kehabisan tenaga.
Akibatnya, Taming Sari berjaya dibunuh oleh Hang Tuah.

31
5. Kesetiaan Hang Tuah kepada Sultan Melaka

Kesetiaan kepada seseorang ketua atau raja adalah satu tanggungjawab yang perlu ada dalam
diri seseorang. Seseorang boleh menunjukkan kesetiaannya dengan sanggup ke mana sahaja
bersama-sama, mempastikan ketuanya dalam keadaan selamat dan akan melakukan apa sahaja
demi tuannya. Kesetiaan Hang Tuah terbukti yang mana beliau sentiasa bersama ke mana sahaja
Sultan Melaka pergi dan sanggup bergadai nyawa untuk menjaga maruah Sultan Melaka.

11. Berdasarkan cerita dalam Hikayat Pelanduk Jenaka yang termuat dalamPermata Sastera Melayu;

(a) Jelaskan lima nilai moral yang terkandung dalam cerita ini [10]
(b) Bincangkan persamaan kehidupan manusia dengan kehidupan masyarakat binatang dalam
Hikayat Pelanduk Jenaka. [15]

Skema Pemarkahan:

(a) Nilai moral dalam cerita

1. Bijaksana

Kebijaksanaan penting dalam menyelesaikan masalah supaya sesuatu yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan baik.Contohnya Pelanduk Jenaka secara bijaksana mencari idea untuk
menghapuskan raksasa dengan membuat simpai .

2. Merendah diri dan tidak takbur

Sikap merendah diri serta tidak takbur akan menyebabkan diri akan dihormati. Malah sikap
takbur akan mendatangkan kesusahan pada diri sendiri. Contohnya Sang Badak yang bercakap
besar dengan binatang-binatang lain tentang kekuatannya dapat melawan raksasa akhirnya
cedera.

3. Menolong dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan

Sikap suka menolong dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan adalah satu amalan
yang baik .Ini kerana dengan bantuan kita mungkin akan dapat menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Contohnya Pelanduk Jenaka telah menolong binatang-binatang yang tinggal di rimba
Sungai Tinam daripada ancaman raksasa.

4. Bekerjasama dalam hidup bermasyarakat

Amalan bekerjasama untuk melakukan sesuatu kerja menyebabkan kerja dapat dilaksanakan
dengan lebih mudah dan sempurna.Malah amalan ini akan mewujudkan hubungan yang erat serta
sikap bertoleransi antara satu sama lain terutamanya dalam hidup bermasyarakat. Contohnya
sikap kerjasama binatang-binatang di rimba dalam mencari rezeki.

32
5. Bercakap benar

Amalan suka menipu akan memberi kesan buruk pada diri sendiri dan juga orang lain. Sikap ini
juga menyebabkan maruah kita jatuh dan akan mendapat malu jika kebohongan kita diketahui
orang. Contohnya Sang Badak yang menipu badannya luka-luka kerana berlawan dengan raksasa
sedangkan punca sebenar adalah lari daripada raksasa.

6. Berkelakuan baik dan tidak menyusahkan orang lain

Kita tidak boleh melakukan sesuatu yang akan menyusahkan atau menganiyai orang lain kerana
akan mendapat pembalasannya. Contohnya raksasa akhirnya telah dibunuh.

7. Berusaha untuk menyelesaikan masalah

8. Menggunakan akal sebaiknya ketika bertindak

(b) Persamaan kehidupan manusia dengan kehidupan masyarakat binatang dalam Hikayat Pelanduk
Jenaka.

1. Terdapat golongan manusia yang bersikap takbur atau bercakap besar.

Sang Beruang sangat takbur dan mengatakan bahawa dirinya mampu mengalahkan raksasa
dengan mudah. Hakikatnya Sang Beruang tidak berkemampuan untuk mengalahkan raksasa
secara fizikal. Akhirnya beliau tewas dan mengaku kalah.

2. Sebahagian daripada manusia bersikap tidak jujur kepada diri sendiri dan rakan.

Perkara ini dapat dibuktikan berdasarkan sikap badak yang telah mengalami kecederaan. Badak
menyatakan bahawa kecederaan yang telah berlaku ke atasnya adalah disebabkan berlawan
dengan raksasa. Hal tersebut sebenarnya tidak berlaku sama sekali.

3. Manusia kadangkala bertindak dengan cara yang salah.

Mereka tidak menggunakan kelebihan akal yang ada pada diri mereka. Sebaliknya mereka hanya
menggunakan kekuatan fizikal semata-mata. Akibat tidak bertindak dengan betul, manusia akan
mengalami kegagalan dalam usaha mereka mengatasi masalah kehidupan. Malah ada di antara
mereka bertindak terburu-buru.Contohnya tindakan binatang di rimba melawan raksasa.

4. Manusia perlu bekerjasama sesama ahli masyarakat.

Dalam hidup bermasyarakat perlu ada sikap bekerjasama untuk melakukan sesuatu pekerjaan
supaya kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna.Di samping itu dapat mengeratkan hubungan
silatulrahim antara satu sama lain.Contoh kerjasama binatang di rimba.

5. Sikap menolong mereka yang berada di dalam kesusahan

Dalam hidup bermasyarakat,mereka yang mempunyai kemampuan atau kuasa perlu menolong
mereka yang memerlukan atau yang berada dalam kesusahan. Contohnya Pelanduk Jenaka
menolong binatang-binatang di rimba.
33
6. Berusaha untuk mencari rezeki

Kita perlu mencari rezeki secara halal supaya mendapat keberkatan dan tidak boleh mengambil
jalan mudah dengan mencuri atau merampas hak orang lain. Contohnya raksasa mengambil
tangkapan binatang lain sehingga menimbulkan kemarahan.

7. Terdapat halangan, cabaran dan ancaman dalam kehidupan

Dalam menjalani kehidupan terdapat halangan dan rintangan yang terpaksa dihadapi.Dugaan ini
perlu ditempuh dengan sabar dan bijaksana supaya dapat diatasi dengan baik. Contohnya
binatang di rimba menerima ancaman daripada raksasa.

8. Manusia yang suka mengambil kesempatan daripada kelemahan orang lain

Sesetengah manusia ada yang suka mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri
walaupun terpaksa merampas hak orang lain. Contohnya raksasa merampas hasil tagkapan
binatang lain.

34
12. Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Maka sembah Fatimah,Ya ayahandaku, adakah hamba akan bertemu lagi dengan ayahku? Maka
sabda Rasulullah kepada Siti Fatimah ,Hari kiamat jumaah kita bertemu.Maka sembah Fatimah,Ya
ayahku,di mana tempat kita bertemu.Maka sabda Rasulullah Hai anakku ,Fatimah di tempat titi Siratal
Mustaqim kita akan bertemu.Tatkala itu Jibrail dikananku dan Mikail dikiriku.Maka sembah Fatimah,Ya
ayahku,jikalau tiada di sana di mana pula? Maka sabda Rasulullah ,Hai anakku jikalau tiada di sana pada
Sungai Kalkauthar kita akan bertemu, tatkala itu aku menurutkan umatku di situlah kita bertemuMaka
sembah Fatimah,Ya ayahku kalau tiada di sana di mana pula. Maka sabda Rasulullah,Jikalau tiada di
sana,aku ada di Hadrat Allah Mahsyar,di sana kita bertemu . Maka sembah Fatimah,Ya ayahku jikalau
tiada di sana di mana pula? Maka sabda Rasulullah,Ya anakku Fatimah,jikalau tiada di sana,di dalam
syurga kita akan bertemu.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia


[peny],2012. Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka halaman 91-92)

(a) Nyatakan lima tempat pertemuan umat Islam dengan Rasulullah yang terdapat dalam petikan di
atas. [5]
(b) Berdasarkan cerita Inilah Hikayat Peri Menyatakan Nabi Wafat yang terdapat dalam
Permata Sastera Melayu bincangkan sifat-sifat orang yang dikasihi Allah SWT. [20]

Skema jawapan.

(a) Lima tempat pertemuan umat Islam dengan Rasulullah:


1. Hari kiamat
2. Titi Siratal Mustaqim
3. Sungai Kalkauthar
4. Hadharat Allah Mahsyar.
5. Dalam Syurga

(b) Sifat golongan yang dikasihi Allah SWT kelak ialah;

1. Orang yang beriman dan Islam.

2. Orang yang sentiasa mengingati Allah SWT.

3. Orang yang sentiasa sembahyang lima waktu

4. Orang yang mengasihi anak-anak yatim

5. Orang yang tidak menangis atau masyhul atau menampar-nampar dada dan mencabut-cabut
rambut atau meratap-ratap apabila kesedihan.

6. Orang yang menaruh perasaan cinta dalam hati dan mengalir air mata sebab kasih.

7. Orang yang membayar hutang.

35
12. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Hatta maka sabda Rasulullah kepada Siti Fatimah, Hai anakku, marilahkemari kepalamu ku
cium. Maka Siti Fatimah pun menyerahkan kepalanya kepadaRasulullah dan Rasulullah pun
mencium kepala Siti Fatimah itu.
Maka sabda Rasulullah, Hai Fatimah, janganlah diberi masyghul dan menangis.Maka
sembah Fatimah, Ya ayahku, tidak tertahan hamba sebab bercerai denganayahku itu, piatulah
hamba ini dan yatimlah sepeninggalan ayahku. Maka sabdaRasulullah kepada Fatimah, Hai
anakku janganlah diberi menangis, sebentar lagipenyakitku baik, maka kita berkata dahulu kerana
aku ini hampir mengadap pulang kerahmatullahTaala.Maka sembah Fatimah, Ya ayahandaku,
adakah hamba akanbertemu lagi dengan Ayahku? Maka sabda Rasulullah kepada Siti Fatimah,
harikiamat jumaah kita bertemu.Makasembah Fatimah, Ya ayahku, di mana tempatkita
bertemu. Maka sabdaRasulullaHaianakku, Fatimah di tempat titi SiratalMustaqim kita akan
bertemu.Tatkala itu Jibraildi Kananku dan Mikail di kiriku.Maka sembah Siti Fatimah, Ya
ayahku, jikalau tiada di sana di mana pula? Makasabda Rasulullah, Hai anakku, jika tiada di
sana pada Sungai Kalkauthar kita akanbertemu,tatkala itu aku menurutkan umatku di situlah kita
bertemu.Maka sembah Fatimah, Yaayahku,kalau tiada di sana di mana pula. Maka
sabdaRasulullah, Jikalau tiada di sana, aku ada di Hadhrat Allah Mahsyar, di
sanakitabertemu.Makasembah Fatimah, Ya ayahku jikalau tiada di sana di mana pula?Maka
sabda Rasulullah, Ya anakku Fatimah, jikalau tiada di sana, di dalam syurga
kita akan bertemu.
Setelah sudah maka Rasulullah pun menyuruh memanggil bilal Malek.Sekarang
kita bercerai hari ini hingga hari kiamat jumaah kita bertemu. Maka bilal pun menatap
dan nangis demikian bunyinya ratap itu, Ya junjunganku, di mana tempat kami
mengadukan hal ehwal kami.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny]2012


Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Jelaskan di mana umat Islam boleh bertemu dengan Rasulullah berdasarkan petikan di atas [5]

(b) Bincangkan lima sifat orang yang dikasihi oleh Allah S.W.T seperti yangdipesan oleh Rasulullah
sebelum wafat [ 20 ]

Skema Pemarkahan:

(a) Tempat umat Islam boleh bertemu dengan Rasulullah

1: Hari Kiamat
2: Siratal Mustaqim
3: Sungai Kalkauthar
4: Hadhrat Allah Mahsyar
5: Syurga

(b) Sifat orang yang dikasihi oleh Allah S.W.T seperti yang dipesan oleh Rasulullah sebelum wafat

1: Orang Yang beriman (Rukun Iman)


2: Orang Yang taat kepada suruhan Allah (Rukun Islam)
3: Orang Yang sentiasa mengingati Allah (zikrullah)
4: Orang Yang tidak meninggalkan / menjaga Solat
5: Orang Yang mengasihi anak yatim

36
13. Bincangkan syarat-syarat penting yang perlu dipelihara oleh segala pegawai seperti tergambar dalam
Taj Us-Salatin yang termuat dalam Permata Sastera Melayu dapat diterapkan dalam kehidupan
anda. [25]

Skema pemarkahan

A: Pengenalan [3]

1: Konsep/takrif kesusasteraan ketatanegaraan/sastera adab


2: KandunganTaj Us-Salatin
3: Perbincangan isi

B: Isi [20]

1 Sentiasa mendahulukan hak Allah daripada hak raja


Pegawai hendaklah mendahulukan perintah Allah berbanding dengan suruhan raja dan menyedari
bahawa raja juga makhluk Allah.Menggelakkan daripada terlibat dengan gejala rasuah

2 Pegawai hendaklah menghargai pemberian raja dan memuliakan rajanya.


Jika tidak menerima/ menghargai pemberian daripada raja ini akan membangkitkan
kemarahan raja sewajarnyalah seseorang pegawai itu berterima kasih dengan pemberian
daripada raja.Menghargai sebarang anugerah dengan hati terbuka dan bersyukur

3 Memelihara kedudukan raja dalam segala hal


Pegawai hendaklah menunjukkan perkara yang baik di depan raja dan menyembunyikan apa-apa
perkara yang sukar tentang dirinya Menjaga martabat raja/kesetiaan yang tidak berbelah bahagi

4 Mengutamakan tugasnya kepada Allah berbanding mendapat keredaan sultan.


Pegawai perlumeng utamakan tugasnya kepada raja tetapi tidak boleh mengabaikan segala
perintah Allah kerana takut kepada raja.Beriman dan dihormati

5 Pegawai hendaklah lebih takut (taqwa) kepada Allah berbandingrajanya.


Hendaklah takut kepada perintah Allah dan wajib melaksanakannya. Perintah raja juga perlu
dilaksanakan tetapi jika bertentangan tidak wajib dipatuhi.Menambahkan ketaqwaan

6 Sentiasa menyempurnakan kerja raja tetapi mengutamakan kerja akhirat


Pegawai hendaklah menyempurnakan segala pekerjaan dunia raja namun jangan lupa
dengan pekerjaana khirat dirinya.Ketaatan kepada Allah dan raja

7 Hendaklah menegur/menasihati raja jika raja melakukan kemungkaran


Pegawai hendaklah jangan bersubahat dengan raja untuk menganiaya rakyat, kerana dirinya
akan mendapat balasan yang sama di akhirat kelak.Tanggungjawab

8 Jangan memuji seseorang di hadapan raja tanpa mengetahui hujung pangkal


Tidak mudah memuji/menyanjung orang lain jika tidak mengenalinya dengan rapat.Berhati-
hati/tidak mudah terpengaruh

9 Menyegerakan sebarang kehendak raja


Pegawai hendaklah menunjukkan kepada raja dahulu akan segala milik kesukaannya.
Taat setia/ berdisiplin/tidak bertangguh
37
10 Hendaklah member sepenuh perhatian/berbudi bahasa semasa berbicara dengan raja
Pegawai hendaklah menjaga tutur kata dan tingkahlaku dan seluruh anggotanya apabila
berhadapandengan rajanya.Bersopan santun/berakhlak/budi pekerti

C: Penutup[2]

Calon dikehendaki menyimpulkan syarat yang dibincangkan atau mengemukakan


pandangan/saranan.

14. Bincangkan syarat -syarat yang perlu dipelihara oleh segala pegawai sebagaimana yang termuat
dalam Taj Us-Salatin yang termuat dalam Permata Sastera Melayu dan bagaimana syarat ini dapat
diterapkan dalam kehidupan. [25]

Skema pemarkahan

A: Pengenalan [3]

1: Konsep/takrif kesusasteraan ketatanegaraan/sastera adab


2: KandunganTaj Us-Salatin
3: Perbincanganisi

B: Isi [20]

1. Mematuhi hukum-hukum Allah


Segala tindakan/hukum hendaklah bersesuaian .Pegawai perlu meletakkan dirinya sama seperti
rakyatyang lain sama ada suka atau tidak dengan hukum tersebut agar wujud keadilan.

Penerapan dalam kehidupan.

2. Menerima dengan hati terbuka


Rakyat boleh mengadu /menegur/ menyatakan sesuatu dengan mudah tanpa adaprotokol/syarat-
syarat.

Penerapan dalam kehidupan.

3. Memelihara hawa nafsu


Tidak menurut hawa nafsu dalam makanan dan pakaian.Penerapan dalam kehidupan.Ikhlas
dalam melakukan pekerjaan . Mendengar dengan teliti/ menjatuhkan hukuman secara
berhemah/kasar.

Penerapan dalam kehidupan.

38
4. Lebih mengharapkan redha Allah daripada manusia
Segala hukuman adalah kerana takutnya murka Allah bukan manusia.

Penerapan dalam kehidupan.

5. Mendahului pekerjaan akhirat daripada dunia


Segala pekerjaan yang benar akan memperoleh kebajikan dunia dan akhirat.Mendahului
pekerjaan akhirat daripada dunia.

Penerapan dalam kehidupan.

6. Memberi panduan kepada raja


Dapat mengelakkan raja dari melakukan kejahatan Penerapan dalam kehidupan.Beradab dan
tawaduk serta merendah diri walaupun memiliki pangkat dan kebesaran.

Penerapan dalam kehidupan

7. Sanggup berkoban demi Raja.


Melakukan pekerjaan dengan baik supaya negara memperoleh kebaikan.

Penerapan dalam kehidupan.

8. Ikhlas dan jujur dalam berbicara.


Dapat mengenali segala kebaikan dan keburukan yang tersembunyi.

Penerapan dalam kehidupan.

C: Penutup [2]

- pandangan
- harapan
- cadangan dll

39
Bahagian C: PROSA MODEN
[25 markah]

15. Baca petikan cerpen di bawah kemudian jawab soalan yang mengikutinya.

Dia berada di pintu kita. Dengar suaranya.Dengar!Ayah berbisik ke telingaku.


Aku menajamkan pendengaranku. Sahlah, fikirku. Dia berada dipintuku.Aku mendengar keluhannya.Aku
mendengar rintihannya.
YaTuhan.Perteguhkan imanku.Biarlah aku tidak terjejas oleh kejatuhan kertas tisu seharga emas
itu.Ikan di laut dan burung di udara masih bebas berterbangan mencari makan tanpa mempedulikan dia
yang jatuh. Selama ini pun Engkau, ya Allah, yang member rezeki itu. Bukan dia.
Aku tiba-tiba berasa fana dalam kekuasaan Allah yang member irezeki seluruh makhluk!

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia


[peny],2012. Mitos Secekak Kertas Tisu dalam Permata
Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
halaman 137)

Berdasarkan petikan di atas, bincangkan lima unsur agama yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan
anda. [25]

SkemaPermarkahan

Pengenalan [3]

1. Konsep unsur agama


2. Perkara-perkara yang menjadi asas dalam hal-hal keagamaan seperti rukun iman dan rukun Islam
dalam agama Islam.
3. Isi perbincangan

Isi [20]

1. Berdoa
Doa senjata orang mukmin untuk mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan hidup dunia dan
akhirat. Aku berdoa agar diperteguhkan keimanan dalam menghadapi masalah kejatuhan nilai
wang..Kehidupan lebih tenang, redha dan berusaha dengan lebih gigih, menghadapi masalah
dengan positif

2. Keyakinan kepada kekuasaan Allah SWT


Sebenarnya pemberi rezeki manusia adalah Allah SWT.Keyakinan kepada perkara yang lain
selain Allah akan menjejaskan keimanan kita. Mempunyai wang sememangnya penting,
namun kita tidak boleh menyakini bahawa mempunyai wang maka kita mempunyai banyak
rezeki.Pengarang sedar dan yakin dengan kekuasaan Allah yang member rezeki kepada manusia
dan bukannya wang yang memberi rezeki kepada manusia.Menerima sesuatu musibah dengan
tenang, hidup dalam keberkatan, menggelakkan daripada hilang pertimbangan.

40
3. Keimanan yang teguh
Orang yang memiliki keimanan yang tinggi dan teguh, hati dan perasaan mereka tidak akan
mudah goyah atau gelisah apabila menghadapi sesuatu masalah kerana mereka yakin bahawa apa
yang berlaku itu adalah ujian daripada Allah SWT. Pengarang berdoa kepada Allah SWT agar
keimanannya teguh dan kuat dalam menghadapi krisis kewangan yang melanda mereka.
Berfikiran positif, tidak mudah berputus asa, mengenal erti kehidupan

4. Rezeki ada di mana-mana


Rezeki manusia bukan semestinya sumber wang.Namun ada segolongan manusia menganggap
rezeki mereka tertakluk kepada nilai wang semata-semata.Apabila nilai wang jatuh, mereka
hilang arah,hampa, kecewa, hysteria dan ada yang membunuh diri. Mereka lupa bahawa Allah
yang member rezeki dan rezeki ada di mana-mana serta ada pelbagai cara untuk mendapat rezeki.
Pengarang mengambil contoh ikan di laut dan burung-burung yang terbang bebas tetap
memperolehi rezeki tanpa menghiraukan kejatuhan nilai wang.Tidak mudah kecewa,masalah
dapat diselesaikan dengan bijak, berusaha bersungguh-sungguh.

5. Berusaha
Apabila ditimpa sesuatu masalah dalam mengharungi kehidupan ini, manusia perlu berusaha
untuk menyelesaikan masalah tersebut agar kehidupan mereka tetap harmoni dan selesa.Tanpa
usaha dan sikap cepat mengalah serta kecewa mendorong manusia melakukan perbuatan negatif
seperti membunuh diri. Dapat mencapai kejayaan,dapat menyelesaikan masalah,hidup bahagia

6. Insaf
Kita perlulah insaf dan kembali ke pangkal jalan apabila kita menyedari telah melakukan
kesilapan dalam hidup.Pada awalnyaAku menjadi resah dan bimbang dengan kejatuhan nilai
wang kerana menganggap wang adalah pemberi rezeki.Namun Aku cepat sedar dan insaf bahawa
sebenarnya Allah SWT yang berkuasa member rezeki kepada manusia.
-berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan

6. Tabah
Ketabahan diri amat penting dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar terutama apabila
berhadapan masalah kewangan. Manusia yang tidak tabah akan mengalami tekanan emosi,
kecewa, resah dan akan mengambil tindakan negative seperti apabila nilai wang/ saham jatuh.
Bagi mereka wang adalah rezeki.Tanpa wang kehidupan mereka tidak bermakna.Berbanding
manusia yang mempunyai ketabahan yang tinggi mereka tidak akan cepat berputus asa, mereka
akan mengatasi sesuatu masalah dengan bijak. Contoh Aku memohon doa agar diberi ketabahan
dalam menghadapi krisis kewangan sebagaimana ikan dan burung yang tabah mencari makanan.
Menghadapi cabaran dengan tenang,lebih bersemangat,redha,fikiran matang.

Penutup [2]
-pandangan
-harapan
-cadangandll

41
16. Baca petikan cerpen di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutnya.

Benar, wahai Rasulullah. Manusia ini semuanya penunggang. Ada yang menunggang keldai.
Ada yang menunggang kerbau. Ada yang menunggang unta. Ada yang menunggang gajah.
Ada yang menunggang singa. Ada yang menunggang harimau. Ada yang menunggang kuda.
Pada zaman moden ini mereka menunggang macam-macam kenderaan ciptaan manusia
sendiri. Mereka menunggang basikal. Mereka menunggang motosikal, kereta, bas, kereta api,
kapal terbang dan jet supersonik. Terdapat beribu-ribu juta manusia yang menunggang
manusia. Manusia yang menunggang Dajal. Manusia yang menunggang iblis. Manusia yang
menunggang syaitan. Mereka semuanya sedang lelah memacu, wahai Rasulullah! Berlumba-
lumba mengejar keduniawian. Menghambat kehidupan. Bagi mereka kaki langit ini kian
menjauh. Makin tidak tercapaikan.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.


Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Jelaskan dua golongan manusia yang dimaksudkan dalam petikan di atas. [4]

(b) Berdasarkan cerpen Melangkoli di Atas Rumput, bincangkan tiga falsafah kebenaran yang
diimaginasikan oleh watak aku. [12]

(c) Keunikan cerpen Melangkoli di Atas Rumput ialah menggunakan teknik imbas muka dalam
menggerakkan plot ceritanya. huraikan tiga peristiwa yang digambarkan melalui teknik imbas muka

[9]

Skema Pemarkahan

(a) Dua golongan manusia yang dimaksudkan dalam petikan di atas. [4]

1. Golongan manusia yang beriman / beramal soleh


Golongan ini mengerjakan amal kebajikan, ibadat dan tahap keimanan mengikutkadar masing-
masing seperti yang dianalogikan seperti jenis-jenis kenderaan.Antaranya keldai, kerbau, gajah,
singa (Zaman tradisional). Pada zaman moden pula ialahbasikal, motosikal, kereta, bas, keretapi,
kapal terbang dan jet supersonic.

2. Golongan manusia yang tidak beriman / derhaka kepada Allah


Golongan ini digambarkan tersangat ramai (beribu-ribu juta) yang berlaku zalim sesamemanusia
serta mengikut pemimpin yang zalim (dajal). Golongan ini juga sebenarnya telahdikuasai oleh
iblis dan syaitan dalam kehidupan (perjalanan) mereka di dunia ini menujuke akhirat.

42
(b) Tiga falsafah kebenaran yang diimaginasikan oleh watak aku.

1. Kematian adalah kepastian / setiap yang hidup akan mati


Pengarang berpendapat bahawa semua nikmat dunia yang berupa pangkat, kekayaan,gelaran akan
ditinggalkan setelah seseorang itu meninggal dunia. Hanya amalan baik &buruk akan mengiringi
dan berhadapan dengan malaikat. (Rujuk ms 144)

2. Kehidupan di alam kubur/barzakh


Pengarang percaya bahawa ada kehidupan selepas kematian dan dikenali sebagai alambarzakh
yang gelap, tiada selimut, tiada tingkap, tiada cahaya, panas dan menghimpit (Rujuk ms 138)

3. Alam syurga dan neraka


Pengarang percaya bahawa kehidupan di syurga adalah benar. Antara nama-nama syurgayang
disebut ialah Firdaus, Naim, Adan, Khuldi, Maqwa, Dares-Salam, Dares-Jalal(Rujuk ms 139)

4. Asal kejadian manusia


Asal kejadian manusia daripada tiada kepada ada. Bermula dengan alam roh, alam rahim,alam
barunia, alam barzakh dan seterusnya alam akhirat. (rujuk ms 141/145)

5. Setiap amalan / perlakuan di dunia akan dinilai


Konsep balasan baik (Pahala) dan balasan buruk (dosa) kepada setiap manusia dan akan
diperhitungkan dengan seadil-adilnya oleh Tuhan.

6. Takdir
Hanya Tuhan yang berkuasa mentakdirkan segala sesuatu ke atas ciptaanNya termasuklah
manusia. (Rujuk ms 141)

(c) Keunikan cerpen Melangkoli di Atas Rumput ialah menggunakan teknik imbas muka dalam
menggerakkan plot ceritanya. Huraikan tiga peristiwa yang digambarkan melalui teknik imbas muka

[9]

1. Saat kematian yang akan ditempuhi


Pengarang mengabdikan dirinya kepada Allah/Tuhannya dan berharap agar jasadnya segera
disemadikan apabila dirinya meninggal kelak supaya tidak mendatangkan masalah
kepada orang lain. (Rujuk ms 140)

2. Bakal kehidupan di alam Barzakh


Pengarang menggambarkan bahawa kehidupan di alam kubur sangatlah mengerikan.Keadaannya
gelap, tiada selimut, tiada tingkap, tiada cahaya, panas dan menghimpit(Rujuk ms138)

3. Bakal kehidupan di syurga


Pengarang berharap agar ibunya berbahagia dan ditempatkan di syurga. Antara nama-nama
syurga yang disebut ialah Firdaus, Naim, Adan, Khuldi, Maqwa, Dares-Salam,Dares-Jalal (Rujuk
ms 139)

4. Bakal kehidupan di neraka


Pengarang menggambarkan azab seksa para penderhaka antaranya melalui peristiwa Isradan
mikraj. Antara gambaran tersebut ialah para penzina, pemfitnah dan sebagainya(Rujuk ms 151)

43
16. Baca petikan cerpen di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Sekali lagi Naszkir mengeluh. Keluhannya begitu berat. Sungguh.


Sebagai pendidik, kita perlu professional. Jangan ada sebarang dendam atau prasangka. Saya
tidak mahu menyalahkan sesiapa. Bagi saya, kekusutan yang berlaku hanya salah faham. Cikgu
Micheal Teo cuba berhenti seketika cuba mencari makna di sebalik sirat wajah. Sepi
menangkap suasana. Seketika Cuma.
Cikgu Ibau tidak senang duduk. Sesekali dia menjeling Naszkir yang nampak tenang. Ah,
gelisah: kenapa menguasai diri?
Cikgu Naszkir sebenarnya sudah memaklumkan kepada saya supaya Tingang diterima balik
masuk ke asrama. Saya bersetuju dengan rasional yang Cikgu Naszkir kemukakan. Saya ingat,
perkara itu sudah dibincangkan dengan Cikgu Ibau. Mungkin, saya juga silap dalam perkara ini
kerana kurang teliti. Sepatutnya keputusan tersebut dibuat secara selektif oleh Jawatankuasa
Disiplin.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia,[peny.]2012.


Cerpen Di Sebalik Sirat Makna dalam Permata Sastera
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,halaman
266)

(a) Siapakah watak saya dalam petikan di atas dan jelaskan tiga pransangka yang di maksudkan
dalam petikan di atas [7]
(b) Bandingkan perwatakan Cikgu Naszkir dengan Cikgu Ibau dalam cerpen di atas

[16]
Skema pemarkahan

(a) Watak saya dalam petikan di atas dan pransangka yang di maksudkan dalam petikan di atas

I. Watak saya ialah Cikgu Micheal Teo (1 markah)

II. Tiga prasangka :

1. Masih mentah@tiada pengalaman


2. Tunjuk pandai@berlagak
3. Hendak membalas dendam,
4. ditikam dari belakang
5. Dipinggirkan @ disisih
6. Diperlekehkan
7. Diperalatkan
8. Nak tunjuk kuasa
(b) Bandingkan perwatakan Cikgu Naszkir dengan Cikgu Ibau dalam cerpen di atas

1. Cikgu Ibau merupakan ketua warden manakala Cikgu Naszkir GPK HEM.
2. Cikgu Ibau tidak berijazah manakala Cikgu Naszkir memiliki ijazah
3. Cikgu Ibau berkhidmat hampir 40 tahun manakala Cikgu Naszkir baru berkhidmat.
4. Cikgu Ibau bertindak terburu-buru manakala Cikgu Naszkir bertindak secara diplomasi.
5. Cikgu Ibau panas baran manakala Cikgu Naszkir berperikemanusiaan.

44
17. Baca petikan drama di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

ANAS SAMANDA: Bawa dia dari sini


MARGA MUDA: Bukan anak aku!
MARGA MUDA: Aku sedang mencari Asiah.
ANAS SAMANDA: Dia bukan anak aku!
MARGA MUDA: Dia memerlukan seseorang.
ANAS SAMANDA: Kau ada. Kau jaga dia. Aku percaya kau boleh menjadi
pengasuh yang baik.
MARGA MUDA: Aku tak berdaya, Anas.
ANAS SAMANDA: Cari ibunya.
MARGA MUDA: Aku sedang berusaha keras, demi Allah.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia,[peny.]2012.


Drama Asiah Samiah dalam Permata Sastera Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,halaman 266)

(a) Siapakah watak dia dalam petikan di atas dan hubungannya dengan Asiah Samiah. [3]

(b) Nyatakan tiga peristiwa yang berlaku ke atas watak dia selepas petikan di atas. [6]

(c) Bandingkan empat perwatakan antara Marga Muda dan Anas Samanda seperti yang digambarkan
dalam drama di atas? [16]

Skema Pemarkahan

(a) Watak dia ialah Laila Anurisah.[1]


Hubungan dengan Asiah Samiah ialah anak Asiah Samiah bersama Misa Sagaraga.[2]

(b) Tiga peristiwa yang berlaku ke atas watak dia selepas petikan

1 Diheret dan dibawa pergi oleh pengikut-pengikut Misa Sagaraga


Semasa Anas Samanda memberi ucapan, pengikut-pengikut Misa Sagaraga datang mengganggu
dan membelasah Anas Samanda serta Marga Muda manakala dia telah diheret dan dibawa
pergi oleh pengikut-pengikut Misa Sagaraga.

2 Diusir oleh ayahnya


Dia telah dibuang/diusir oleh ayahnya (Misa Sagaraga) kerana Misa Sagaraga mengganggap
dia membawa malu dan menjatuhkan darjat dan maruahnya.

3 Dipelihara oleh Pak Leh dan Siti Bunirah


Setelah diusir oleh ayahnya, dia telah dipelihara oleh Pak Leh dan Siti Bunirah.

4 Dibawa ke luar negara


Kawan-kawan ibuya telah membawa dia ke luar negara

5 Pulang ke tanah air


Pulang ke tanah air semasa usia 24 tahun dan mencari ibu.

45
(a) Perbandingan perwatakan antara Marga Muda dan Anas Samanda seperti yang digambarkan
dalam drama. [16]

Perbezaan

Anas Samanda Marga Muda

1 Seorang yang idealis 1 Seorang yang realis

Anas Samanda tegas untuk memperjuangkan hak, Selalu mengingatkan Anas Samanda yang
maruah dan harga dirinya kerana dia yakin akan perjuangannya akan sia-sia kerana dia pasti tidak
mampu mengubahnya mampu menentang Misa Sagaraga yang memiliki
segala-galanya.

2 Berani memperjuangkan hak 2 Dianggap pengecut/bacul

Sanggup berkorban apa sahaja biarpun terpaksa Tidak berani berjuang biarpun tahu apa yang terjadi
berdepan dengan Misa Sagaraga yang memilik kerana takut peristiwa yang terjadi kepada ayahbya
pengaruh dan kuasa akan berulang kembali.

3 Bersemangat waja/kental 3 Tidak berdaya/lemah

Sanggup menjadi pejuang dan memimpin gerakan Marga Muda tidak berdaya menentang Misa
gerila demi untuk memperjuangkan apa yang Sagaraga kerana bimbang akan menerima nasib
menjadi haknya sebagaimana ayahnya yang dipenjarakan.

4 Dianggap musuh 4 Dituduh anak penjenayah

Anas Samanda dilabelkan sebagai musuh yang Ayahnya yang berjuang menuntut hak milik tanah
boleh mengancam keselamatan negara. yang bukan miliknya telah ditangkap dan
dipenjarakan sehingga Marga Muda dan adik-
adiknya ditempatkan di rumah kebajikan.

6 Pelarian/tinggal dalam hutan 6 Pernah tinggal di rumah kebajikan

Hidup dalam persembunyian dan menjadi pelarian Kesan perjuangan ayahnya menyebabkan Marga
serta tinggal di dalam hutan Muda dan adik-adiknya ditempatkan di rumah
kebajikan.

46
Persamaan

Anas Samanda Marga Muda

1 Mencintai Asiah Samiah 1 Mencintai Asiah Samiah

Anas Samanda sangat mencintai Asiah Samiah Marga Muda mencintai Asiah Samiah dalam diam
tetapi dia lebih mementingkan perjuangannya kerana menganggap dirinya tidak layak berbanding
sehingga dia melupakan Asiah Samiah dengan Anas Samanda yang lebih kacak

2 Anak petani 2 Anak Petani

Terpaksa berdepan dengan ketidakadilan sistem Ayahnya tidak memiliki tanah tetapi berjuang
yang mewujudkan perbezaan di antara golongan menuntut tanah yang bukan miliknya
kaya dan miskin

3 Bertanggungjawab terhadap keluarga 3 Bertanggungjawab terhadap keluarga

Berjuang mempertahankan tanah milik keluarga Bertanggungjawab mengambilalih tugas menjaga


yang telah didiami sejak 50 tahun yang lalu adik-adik selepas ayahnya ditangkap dan
dipenjarakan serta ibunya melarikan diri

47
18. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

ASIAH SAMIAH TUA: Pasti abang itu. Saya dengar tapak kaki abang. Saya dengar
dehem abang. Saya rasa hampirnya abang dengan saya. Saya rasakan nafas abang
yang hangat itu. Nafas abang yang bernafsu. Yang menyesakkan saya. Yang
menyelimutkan saya dalam rindu dan berahi.

MARGA TUA: Lihat! Itulah sebabnya kenapa saya harus melayani kegilaanya. Dia
luar biasa malah istimewa, kalian akan tahu nanti dia perempuan yang cerdik
atau mungkin juga terlalu cerdik. Bukankah orang cerdik selalu kurang waras, kata
orang ! Saya tak kata begitu. Tunggu, dengar apa katanya

ASIAH SAMIAH TUA: Abang tahu saya menunggu abang bukan? Macam saya
janjikan dulu. Di bawah tiang lampu ini, sewaktu senja begini, ketika lembayung dan
cahaya matahari yang berbaki macam manik-manik yang berturutan lalu
meninggalkan warna kemilau yang indah, saya akan tetap menunggu abang.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia


[peny], 2012. Drama Asiah Samiah,dalam
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka hal.193)

(a) Siapakah watak abang dalam petikan di atas dan hubungannya dengan Asiah Samiah. [3]
(b) Nyatakan enam perwatakan Asiah Samiah dalam petikan di atas. [6]
(c) Bincangkan empat pemikiran dalam drama ini yang boleh dijadikan panduan dalam
kehidupan
[16]

Skema Pemarkahan

a) Watak abang ialah Anas Samanda (1m)


Hubungan dengan Asiah Samiah ialah bekas kekasih Asiah Samiah (2m)

b) Perwatakan Asiah Samiah

1. Luar biasa
2. Istimewa
3. Cerdik
4. Setia
5. Kurang waras
6. Sasterawan / pandai berbahasa

48
(c) Empat pemikiran masyarakat dalam drama Asiah Samiah

1. Masyarakat yang mementingkan kebahagiaan dari sudut kebendaan.

Masyarakat menganggap kebahagiaan boleh dicapai sekiranya mempunyai kekayaan dan


pengaruh. Contohnya, ibu bapa Asiah Samiah telah memilih Misa Sagaraga sebagai menantu
kerana kekayaan dan pengaruhi yang dimiliki oleh Misa Sagaraga dianggap faktor kebahagiaan
kepada anaknya. Akibatnya Asiah Samiah menderita.

2. Masyarakat yang mempertahankan hak.

Hak seperti tanah dan rumah merupakan maruah kepada sesetengah orang. Apabila tanah dan
rumah tergadai, bererti tergadailah maruah mereka. Contohnya, Anas Samanda yang
mempertahankan rumah dan tanah sekangkang kera yang dimiliki daripada dibeli oleh Misa
Sagaraga untuk dibina kondominium.

3. Masyarakat yang bersimpati dengan kesusahan orang lain.

Sesetengah orang bersimpati kesusahan dialami orang lain kerana mereka faham tentang
penderitaan yang dialami. Contohnya Marga Muda telah menjaga Laila Anurisah Kecil kerana
simpati terhadap Laila telah dibuang oleh Misa Sagaraga.

4. Masyarakat yang berusaha mengejar keuntungan.

. Terdapat orang yang sentiasa berusaha melakukan kerja yang menguntungkan walaupun
kadangkala menindas orang lain. Contohnya Misa Sagaraga sanggup membeli tanah orang
dengan harga yang rendah dan membina kondominium berharga mahal, ataupun menjual dan
membeli saham untuk mendapat keuntungan segera

5. Masyarakat yang patuh terhadap orang tua

Terdapat sesetengah masyarakat yang patuh kepada kehendak orang tua walaupun kehendak itu
bertentangan dengan keinginannya. Dalam pemilihan jodoh mereka terpaksa akur dengan pilihan
ibu bapa walaupun mereka mempunyai pilihan sendiri. Contohnya Asiah Samiah terpaksa setuju
berkahwin dengan Misa Sagaraga pilihan ibunya walaupun beliau mencintai Anas Samanda.

49
18 . Baca petikan drama di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

ANAS SAMANDA: Aku kecewa dengan kau! Malangnya dunia ilmu ini kalau setiap cendiakiawannya
memilih untuk memencilkan diri.

MARGA MUDA: Dengan apa kau mahu ubah dunia ini? Dengan air liur?

ANAS SAMANDA: Dengan kekuatan, dengan iman, dengan keyakinan, dengan semangat, dengan
pengorbanan!

MARGA MUDA: Kau mahu menentang mereka?

ANAS SAMANDA: Kita! Kita bersama!

MARGA MUDA: Aku ucapkan selamat berjaya. Kau bermimpi di siang hari. Kita semua tidak lebih
daripada ikan bilis yang mengacau perjalanan mereka untuk membuat lebih banyak kekayaan
lebih banyak harta!

ANAS AMANDA: Aku tidak menyangka kau sebacul ini!

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.


Drama Asiah Samiah dalam Permata Sastera Melayu, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 214 - 215)

(a) Huraikan tiga masej moral yang terdapat dalam petikan di atas. [9]

(b) Bincangkan empat persoalan drama Asiah Samiah yang termuat dalam Permata Sastera
Melayu [16]

Skema jawapan

(a). tiga unsur moral yang terdapat dalam petikan di atas.

1. Cendikiawan sewajarnya menggunakan ilmu yang dimiliki untuk membantu masyarakat


Golongan cerdik pandai yang memiliki ilmu seharusnya menggunakan ilmu mereka untuk
membantu masyarakat. Anas Samanda mengharapkan Marga Muda yang memiliki ilmu
membantunya dalam perjuangan menuntut hak

2. Perjuangan memerlukan keyakinan dan semangat


Keyakinan Anas Samanda dalam perjuangannya menuntut hak kerana dia yakin tanah milik
keluarga yang didiaminya selama 50 tahun dapat dipertahankan menyebabkan dia sanggup
mengenepikan hal-hal lain semata-mata untuk mempertahankan haknya.

3. Perjuangan memerlukan pengorbanan


Mengenepikan semua kepentingan peribadi demi untuk memperjuangkan hak, Anas Samanda
sanggup menolak cinta Asiah Samiah semata-mata untuk menjadi pejuang.

50
4. Keimanan akan membantu seseorang berjuang
Keimanan yang teguh yang dimiliki oleh Anas Samanda membuatkan dia sanggup berkorban
meninggalkan Asiah Samiah demi memperjuangkan hak keluarganya.

5. Kelemahan akan membuatkan kita jadi penakut.


Marga Muda yang tidak mahu ikut serta dalam perjuangan Anas Samanda telah dianggap bacul
kerana lemah dan tidak sanggup berkorban untuk berjuang menegakkan hak.

(b). empat persoalan drama Asiah Samiah.

1. Percintaan yang tidak kesampaian


Perbezaan darjat, kedudukan akan membawa kepada kegagalan dalam percintaan. Asiah Samiah
gagal berkahwin dengan Anas Samanda yang dicintainya kerana Anas Samanda tidak memiliki
apa-apa hingga ditolak oleh keluarga Asiah Samiah.

2. Kesetiaan dalam percintaan


Perasaan cinta akan membuakan seseorang sanggup menunggu biarpun tanpa jawapan yang pasti.
Asiah Samiah yang terlalu mencintai Anas Samanda sanggup menunggunya biarpun masa telah
berlalu selama 15 tahun tanpa kepastian.

3. Kasih sayang
Kasih sayang ibu kepada anak, Puan Suari Alimin yang sangant menyayangi anaknya Asiah
Samiah mahukan yang terbaik untuk anaknya, dia sanggup memilih orang yang berharta serta
mempunyai pengaruh agar Asiah Samiah bahagia.

4. Pengaruh, kuasa dan wang ringgit


Golongan yang mempunyai pengaruh, kuasa dan wang ringgit akan dilihat sebagai golongan yang
hebat, kedua-dua orang tua Asiah Samiah, memilih Misa Sagaraga sebagai suami anaknya kerana
dia memilki semuanya

5. Perjuangan menuntut hak


Kesanggupan untuk mengorbankan diri demi untuk mendapat hak, Anas Samanda sanggup
berjuang menentang Misa sagaraga kerana hendak mendapatkan kembali tanah yang merupakan
hak keluarganya.

6. Perbezaan darjat
Perbezaan kedudukan antara miskin dan kaya menyebabkan berlakunya kegagalan dalam
percintaan. Anas Samanda yang merupakan anak petani dan hidup miskin tidak diterima oleh
keluarga Asiah Samiah kerana perbezaan darjat antara mereka berdua.

7. Kepercayaan terhadap bomoh


Masyarakat Melayu mempercayai bomoh boleh membantu menyelesaikan masalah yang
berkaitan dengan kejiwaan. Sari Saribiru adalah anak buah pawang Satam yang memiliki banyak
makhluk halus yang dikatakan sangat membantu jika terkena sampuk (hlm. 198)

8. Salah guna kuasa .

51
Misa Sagaraga merupakan seorang yang amat berpengaruh dan berkuasa, sebaliknya menyalah
guna pengaruh dan kuasa yang ada padanya untuk kepentingan dirinya. Dengan pengaruh dan
kuasa yang ada padanya hak Anas Samanda dan Asiah Samiah dinafikan.
9. Kepentingan tanah
Tanah merupakan harta yang paling berharga bagi sesetengah individu, kerana tanpa tanah
seseorang itu boleh merempat di laman sendiri. Ayah Marga Muda dan Anas Samanda berjuang
untuk mempertahankan haknya ke atas tanah yang didudukinya. Perjuangan ayah Marga Muda ke
atas tanah yang didudukinya selama 50 tahun menuntut pengorbanan yang tidak sedikit.Ayah
Marga Muda dipenjara manakala keluarganya hidup merempat. Bagi Anas Samanda pula, tanah
merupakan nyawanya sekeluarga, urat nadi ayahnya dan harga diri keluarganya.

52
DRAMA ASIAH SAMIAH

Tema

Kesan kemusnahan cinta

Persoalan

Perjuangan mempertahankan maruah dan hak Patuh terhadap orang tua

Mementingkan kebendaan dan darjat

Cinta sejati

Bersimpati dengan kesusahan orang lain Kepentingan ilmu dalam kehidupan

Soalan 1

Bincangkan lima persoalan yang terdapat dalam Drama Asiah Samiah

53
Watak dan Perwatakan

Asiah Samiah

Latarbelakang

Seorang yang cantik. Anak kepada Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin. Perempuan yang
kecewa kerana cintanya terhalang. Cintanya hanya kepada Anas Samanda, namun cintanya tidak
kesampaian. Berkahwin dengan Misa Sagaraga kerana menunaikan permintaan ibu bapanya. Asiah
Samiah tidak mencintai Misa Sagaraga. Mempunyai anak bernama Laila Anurisah namun tidak mampu
membesarkan anaknya lantaran masalah mental.

Perwatakan

Lengkapkan petak contoh di bawah:

Fakta Contoh

1 Patuh terhadap orang tua

2 Setia dalam percintaan

3 Pandai berbahasa

4 Kuat pegangan agama

5 Tidak mementingkan kebendaan

6 Tidak reda dengan ketentuan Ilahi

54
Lengkapkan petak di bawah:

Ujian dalam perkahwinan Ujian dalam percintaan

Ujian yang dihadapi oleh

Asiah Samiah

Anas Samanda

Latarbelakang

Seorang yang dicintai oleh Asiah Samiah, namun dia lebih cenderung memperjuangkan hak diri dan
keluarga. Pernah ditangkap dan dipenjarakan. Akhirnya beliau mati dibunuh.

Perwatakan

Lengkapkan contoh di bawah :

Berjuang mempertahankan hak dan maruah

1 Contoh :

Berani menanggung risiko

2 Contoh :

Mementingkan perjuangan daripada cinta

3 Contoh :

Tegas dengan keputusannya

55
4 Contoh :

Bertanggungjawab terhadap keluarga

5 Contoh :

Marga

Latarbelakang

Seorang yang sudah tua dan sedang mengingati kisah lampau kehidupannya yang melibatkan Asiah
Samiah, Anas Samanda dan Misa Sagaraga. Menjaga Laila Anurisah ketika kecil.

Perwatakan

Seorang yang prihatin


Seorang yang suka memberi nasihat
Tidak berani menghadapi perjuangan hidup
Mementingkan prinsip realiti dalam kehidupan.
Memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi
Pekerja yang setia.

Misa Sagaraga

Latarbelakang

Seorang yang kaya raya. Berkahwin dengan Asiah Samiah dan mendapat seorang anak bernama Laila
Anurisah. Anaknya diabaikan dan dijaga oleh Marga. Manakala Asiah Samiah lari daripada cengkaman
Misa Sagaraga. Digambarkan seorang yang zalim dan penindas. Cuba memiliki harta sebanyak mungkin
yang boleh. Aktif membeli saham-saham mewah dan menguasai syarikat besar. Malah dia mencuba
rampas hak orang lain dengan kuasa yang ada atas nama pembangunan. Mempunyai kuasa besar ke atas
penduduk Kekayaan telah menyebabkan Misa Sagaraga lupa diri. Beliau menganggap bakal isterinya
(Asiah Samiah) seorang yang kolot dan perlu diubah penampilannya. Beliau sangat mementingkan
barang-barang berjenama dari luar negara kerana beliau mampu memilikinya.

Soalan 2

Berdasarkan perwatakan Misa Sagaraga, bincangkan lima nilai negatif masyarakat yang
boleh dijadikan sempadan dalam diri masyarakat.

Teknik Penceritaan

56
Teknik imbas kembali : Mengimbau / mengenang/ mengingati peristiwa yang telah berlaku.

Soalan 3

Huraikan lima peristiwa yang berkaitan dengan teknik imbas kembali

Teknik dialog : Perbualan/ percakapan dua watak atau lebih mengenai sesuatu.

Soalan 4

Jelaskan contoh lima teknik dialog dalam teks

Cerpen Anak-anak Bergelim(pangan

57
( Noorjaya)

Tema

Kemasyarakatan : Memaparkan tindakan manusia yang mengganggu kehidupan masyarakat ikan


akibat kerakusan dan tamak.

Citra Masyarakat

Positif Negatif

Masyarakat yang bersyukur kepada Masyarakat yang tidak menjaga alam


Allah sekitar

Masyarakat yang mengajar kebaikan Masyarakat yang rakus mengejar


keuntungan
Masyarakat yang hidup sebagai sebuah Masyarakat yang tidak mendengar
keluarga nasihat

Masyarakat yang prihatin terhadap Masyarakat yang cepat marah @ tidak


kawan-kawan sabar

Latar Tempat

Lengkapkan 5 peristiwa dalam petak di bawah

Tempat Peristiwa

58
Sungai Tengas

Lubuk Sungai Tengas

Lagun Rodrigo de Fritas

Balai Lintag

Di Kuala Dingin

Perwatakan Haruan

Lengkapkan contoh dalam petak di bawah :

Perwatakan Contoh

Selalu menasihati rakan-rakan supaya


berwaspada

Tegas dalam tindakan

Bijak merancang

Bersyukur

Daya kepimpinan yang tinggi

Latihan

1 Bincangkan mesej yang terdapat dalam cerpen ini.

2 Bincangkan kesan akibat tindakan manusia yang mementingkan diri sendiri ke atas kehidupan bumi
ini.
59
3 Berdasarkan cerpen ini, bincangkan kepentingan memelihara sungai.

4 Huraikan perbezaan maksud mati kerana makan dan makan untuk hidup. ( Rujuk hlm. 165 )

Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu

( S. Othman Kelantan )

Tema

Masalah ekonomi semasa iaitu kejatuhan nilai mata wang.Manusia menjadi resah dan tidak menentu
kerana nilai wang. Bagi mereka, kejatuhan nilai mata wang telah menyusahkan hidup dan mereka
cuba mnyalahkan pihak lain kerana nilai wang jatuh. Seolah-olah mereka menjadi hamba wang dan
lupa bahawa pemberi rezeki adalah Allah SWT. Kita lupa untuk berikhtiar mencari sumber lain bagi
mendapatkan barangan dan keperluan harian.

Watak dan Perwatakan

Lengkapkan petak di bawah :

Dia

Kertas tisu Wang


Dia

Mempunyai nilai yang rendah

Mempunyai nilai yang tinggi

Citra / gambaran masyarakat

Masyarakat yang terlalu taksub dengan pengaruh wang

Masyarakat yang sanggup menjadi hamba wang

Masyarakat yang bimbang dengan kejatuhan nilai mata

60
wang

Masyarakat yang menganggap wang bukan segala-


segalanya

Masyarakat yang yakin dengan rezeki yang diberikan


oleh Allah.

Latihan :

1.Kejatuhan nilai mata wang telah mempengaruhi kehidupan manusia. Bincangkan kesan-kesan ke atas
manusia.

2.Bincangkan lima unsur agama yang terdapat dalam cerpen ini.

3.Bincangkan lima amanat yang disampaikan oleh pengarang dalam sajak ini.

61

You might also like