You are on page 1of 2

Bincangkan peranan alam sekitar yang terdapat dalam sulalatus salatin dalam konteks

pembangunn masyarakat ketika itu.


Alam bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi. Alam ialah
dunia dan bumi, manakala sekitar pula ialah sekeliling. Alam juga melibatkan semua jenis
kehidupan, keadaan sesuatu benda seperti cuaca dan juga benda yang tidak hidup. Terdapat
beberapa peranan alam sekitar yang terdapat dalam novel sulalatus salatin.
Antara peranan alam sekitar yang terdapat dalam sulalatus salatin ialah simbul pembukaan
negeri. Keindahan dan kecantikan alam sekitar dalam sulalatus salatin turut mempengaruhi
pembukaan negeri seperti peristiwa pembukaan temasek. Keindahan pantainya yang luas
terbentang telah mendorong Seri Teri Buana ke sana. Semasa beliau meninjau kawasan
tersebut, beliau melihat peristiwa seekor singa putih yang besar di sekitar kawasan temasek
sebelum ianya hilang dari pandangan mata dan seterusnya Seri teri Buana mengambil
keputusan untuk membuka Temasek. Sekiranya pasir putih di pantai tidak menarik perhatian
Seri Teri Buana sudah tentu beliau tidak akan ke sana. Jelaslah bahawa kita perlu
menggunakan dan memanfaatkan alam sekitar dengan sebaik-baiknya
Seterusnya perluasan jajahan takluk. Perluasan jajahan takluk ini merupakan peranan alam
sekitar yg terdapat dalam konteks sulalatus salatin dalam konteks pembangunan masyarakat.
Sebagai contoh keindahan alam telah mendorong sultan Mansor mengarahkan bendahara
paduka raja untuk menyerangnya bagi mendapatkan indera pura yang sebelum ini tanah
jajahan taktukan siam dan akhirnya dengan kedungguhan angkatan perang di bawah Paduka
raja telah telah membawa penaklukan indera pura. Sekiranya Indera Pura tidak mempunyai
khazanah alam yang indah sudah tentu ianya tidak menarik perhatian Sultan Mansor untuk
meluaskan jajahannya. Keindahan alam telah mendorong angkatan perang Melaka berusaha
bersungguh-sungguh bagi menakluki Indera Pura
Selain itu, aktivti pertanian. Aktiviti pertanian di sesuatu tempat mampu membangunkan
ekonomi sesebuah negara. Hal ini demikian kerana melalui aktivti pertanian dapat
meningkatkan kehidupan masyarakat atau rakyat dan sekali gus dapat meningkatkan
pendapatan ekonomi negara. Sebagai contoh, Muara sungai tatang yang terdapat sebatang
sungai telah mempengaruhi Wan Empuk dan Wan Malini menjalankan aktivti pertanian padi
huma yang mereka tanam sememangnya sangat menjadi. Jelaslah bahawa masyarakat perlu
mengusahakan rezeki pemberian Allah ini dengan sebaik mungkin.
Di samping itu, aktiviti riadah. Riadah merupakan suatu aktiviti dimana kita merehatkan
otak dan seluruh anggota badan kita. Kecantikkan alam sekitar mampu merehatkan pemikiran
kita. Hal ini demikian kerana dengan melihat keindahan alam mampu merangsang otak kita
untuk berehat. Sebagai contoh, kecantikan alam sekitar di negara Biijaya yg didalamnya
mempunyai pelbagai keindahan alam seperti tasik, pulau telah mendorong raja suran
membuat hutan yang didalamnya dillepaskan pelbagai jenis haiwan perburuan kerana beliau
sangat gemar aktiviti berburu.
Akhir sekali, tempat berlindung. Alam sekitar merupakan tempat manusia dan haiwan
berlindung. Alam sekitar ini juga telah diamanahkan oleh Allah kepada manusia agar kita
menjaganya sebaik mungkin. Sebagai contoh, keindahan alam sekitar turut dimanfaatkan
sebagai tempat berlindung kepada sultan Mahmud yang terpaksa melarikan diri dari
Ferringgi. Beliau bersama dengan pengikutnya telah memasuki hutan dan berhenti rehat pada
suatu alur yang siirnya turun dari gunung. Sekiranya hutan dimusnahkan sudah tentu manusia
dan haiwan tidak dapat berlindung. Jelaslah bahawa, perlindungan alam sekitar amat penting
untuk kegunaan generasi akan datangg.
Kesimpulannya kecintaan alam sekitar sememangnya mempengaruhi tindakan yang akan
dilakukan dan sememangnya alam sekitar perlu dikekalkan untuk tatapan generasi akan
datang. Kecintaan alam sekitar mampu menjadi pemangkin bagi melestarikan alam sebagai
khazanah yang perlu dipertahankan

You might also like