You are on page 1of 4

SULIT

922/3

STPM

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF


KERTAS 3
(Dua Jam)
(JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN
Jawab tiga soalan sahaja: satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B dan C.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

______________________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada 4 halaman bercetak
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan 2015

Bahagian A : Penulisan Kreatif


[25 markah]
Jawab satu soalan sahaja
1. Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya
Simbol

Simbol
Kita minum dulu, pelawanya sambil meletakkan tiga botol mineral air di atas meja
tamu di sudut sebelah kiri dalam bilik pengetua yang sedikit luas itu. Badan cikgu
Micheal Teo yang paling gemuk antara mereka terperosok diatas kerusi empuk. Dia
menyusun sampul-sampul surrat yang bertaburan di atas meja. Ada banyak surat yang
perlu ditanda tanganinya. Ada banyak laporan yang perlu ditelitinya; termasuk laporan
displin asrama. Cikgu Ibau perlu menyediakan laporan itu seminggu sekali; lebih-lebih
lagi dengan masalah displin yang semakin meruwet sekarang ini.
Kalau begitu, saya rasa Cikgu Naszkir tidak akan bermasalah bekerjasama dengan
Cikgu Ibau. Kita padukan usaha kita. Hati kita mesti bulat, sepakat.
Saya mahu tahap disiplin sekolah kita meningkat. Saya mahu dengan persepsi
negatif masyarakat terhadap pelajar kita. Sama ada cikgu
terima atau tidak, bagi sayasetiap permasalahan yang timbul kita terlibat dan perlu
berjawab.
Naszkir mengangguk. Dia menancap pandangan ke wajah Cikgu Ibau . Dia mengukir
senyum. Cikgu Ibau cuba membalasnya dalam kepayahan. Hati kecilnya masin belum
mengerti ketersiratan makna di sebalik kuisan senyumannya. Tersembunyikah paparan di
fajar langit kenangan silam?
Dia cuba mencuri pandang: Naszkir yang duduk di hadapannya bukanlah Naszkir
yang berselabai dengan seluar terlondeh hingga separuh buntut
seperti lebih dua puluh tahun dahulu. Betul. Pakaiannya kemas, berjenama, bertali leher,
sesuai dengan kedudukannya sekarang.
Satu lagi perkara Cikgu Ibau, please take note. Oleh sebab setiap masalah disiplin
kita terlebih tertumpu di Asrama saya mahu Cikgu Naszkir juga dilantik menjadi warden.
Saya harap Cikgu Naszkir tidak kebaratan.
2

(Dipetik dan diubahsuai daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny],2012


Permata Sastera Melayu, cerpen Di Sebalik Sirat Makna, hal. 174-175)
Sunting petikan di atas dengan menggunakan simbol-simbol penyuntingan yang betul

[25]

2.
Sajak dibina dari kata-kata puitis yang mengandungi makna tersurat dan tersirat. Ia
biasanya mengandungi luahan hati terhadap sesuatu isu atau peristiwa. Berdasarkan pernyataan
tersebut, hasilkan sebuah sajak tentang perpaduan. Panjang sajak hendaklah lebih kurang 30
baris dengan tidak kurang tiga patah perkataan sebaris
[25]

Bahagian B: Pengurusan
[25 markah]
Jawab satu soalan sahaja.
3. Anda dilantik sebagai Pengerusi Kelab Drama Sekolah. Kelab ini akan mengadakan
Pertandingan Drama peringkat daerah. Jelaskan proses perancangan dalam pertandingan
tersebut.
[25]
4. Hikayat Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam Berlawan dengan Raksaksa) yang termuat dalam
Permata Sastera Melayu memaparkan kebijaksanaan pemimpin dalam menyelesaikan masalah
rakyat. Bincangkan perancangan yang dilaksanakan oleh Tuan Syeikh Alam di-Rimba sebagai
pemimpin.
[25]
Bahagian C: Multimedia Dalam Sastera
[25 markah]
Jawab satusoalan sahaja.
5.

a) Huraikan ciri-ciri grafik yang sesuai digunakandalam menghasilkan projek multimedia.


( 16 m)
b) Jelaskan kepentingan penggunaan grafik dalam projek multimedia.

6.

Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.


Pertemuan di Hyde Park
Adi Badiozaman Tuan
3

(9M)

Bila berdiri di antara pepohon rimbun


di Hyde Park
aku teringat sebidang tanah luas pemberian
ayah di kampung
betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga
Atas munggu itulah aku selalu berdiri
bersama ayah
sama ada ketika padi membesar
atau semasa menghalau burung pipit
atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi
atau saja-saja santai antara panggilan emak
bila memerlukan air kopi
atau bila kemudiannya menemani ayah
menanam anak getah
atau membetulkan barisan tanaman lada
Bagaikan membahaskan isu utama dunia di
Sudut Pidato
di situlah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bias berubah mengikut
kententuan dan keperluan masa
segalanya kitalah yang menentukan dan tanah
sedia menerima tanpa bicara.
Di situlah ayah sering mengingatkan
erti sebuah amanah
kitalah yang mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaiannya
dan sekiranya alpa , tanah ini akan kembali
semula menjadi milik alam semesta
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.],2012. Permata Sastera Melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur,halaman 19-20)
Bersarkan sajak di atas , hasilkan papan cerita yang mengandungi sekurang-kurangnya lima
bingkai (frame) dengan memasukkan prinsip asas multimedia.
[25]

You might also like