You are on page 1of 29

SULIT

922/1
Kesusasteraan Melayu
Kertas 1
2011
3 Jam

JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2012
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

KESUSASTERAAN MELAYU
KERTAS 1
(Kesusasteraan Melayu Traditional)
Masa : Tiga Jam
Arahan kepada calon:
Jawab empat soalan sahaja: satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, C, dan D.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak


STPM 922/1

[ Lihat sebelah]

KESUSASTERAAN MELAYU
KERTAS 1
(KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL)
(Tiga jam)

Arahan kepada calon :


Jawab empat soalan sahaja satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, C dan D.

Bahagian A : Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional tradisional


Jawab satu soalan sahaja.
1.

Cerita lipur lara merupakan salah satu cerita lisan yang mendapat tempat di kalangan
masyarakat Melayu tradisional.
a) Apakah maksud lipurlara

(4 M)

b) Nyatakan ciri-ciri cerita lipurlara

(12M)

c) Jelaskan tiga gambaran masyarakat Melayu yang terdapat dalam cerita


lipurlara yang masih diamalkan hingga kini.

2.

(9M)

Nuruddin Al-Raniri merupakan seorang ulama dan pujangga Melayu yang agung.
Berdasarkan ketokohan beliau, huraikan:
a) Latar belakang kehidupannya

(5 M)

b) Sumbangan Karya

(12 M)

c) Peranannya

(8 M)

Bahagian B: Karya Agung Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)


Jawab satu soalan sahaja
3. Baca petikan dibawah dan jawab soalan yang mengikutinya.
Maka raja dengan segala para menteri hulubalang,sida-sida bentara sekalian pun
berlepaslah dibawa rakyat ke Seletar, lalu berjalan ke darat mengiringkan baginda, maka jawa
pun kembalilah dengan kemenangannya. Adapun akan Sang Rajuna Tapa, dengan takdir
Allah Taala menunjukkan kuasaNya, bahru hendak mengambil beras, tiba-tiba rengkiang
beras itu pun berbalik, jatuh ke parit, kaki tiangnya ke atas dan bumbungnya ke bawah; Sang
Rajuna Tapa pun jatuh tersungkur di tengah parit itu, laki bini menjadi batu; ada datang
sekarang dengan beras itu.
(Dipetik daripada A. Samad Ahmad (peny), 2003,
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) (Edisi Pelajar). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 70)

a) Jelaskan peristiwa yang membawa kepada petikan di atas.

( 5M )

b) Huraikan lima peristiwa lain dalam Sulalatus Salatin yang berkait rapat
dengan waad dan kesannya.

4.

(20M)

Melaka digambarkan sebagai sebuah negara yang unggul dan telah menjalinkan
hubungan diplomatik dengan beberapa buah negara luar.
a) Huraikan kebijaksanaan yang ditonjolkan oleh orang-orang Melaka semasa
terjalinnya hubungan luar tersebut

(9M)

b) Terangkan tujuan pengarang memaparkan peristiwa-peristiwa tersebut.(6M)


c) Jelaskan kepentingan menjalinkan hubungan tersebut dan kesannya
kepada pembangunan negara.

(10M)

BAHAGIAN C: PROSA MELAYU TRADISIONAL


5. Berdasarkan cerita binatang Katak Membunuh Gergasi dalam Mutiara Sastera
Melayu Tradisional,bincangkan
a. perwatakan Sang Katak

(6M)

b. Strategi yang dirancang oleh Sang Katak bersama rakan-rakannya


untuk membunuh gergasi.

(10M)

c. unsur moral dalam cerita tersebut

(9M)

6. Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.


Setelah sudah ia sujud maka firman Allah,Hai kekasihKu Nur Muhammad.
Maka bangkitlah ia Nur Muhammad itu dengan firman Allah,Hai Nur
Muhammad telah Ku fardukan akan segala umat kamu pertama-tama menGucap kalimah syahadat,kedua sembahyang lima waktu sehari semalam,
Ketiga puasa pada bulan Ramadhan,keempat memberi zakat,kelima naik haji ke
Baitullah al-Haram.Kemudian daripada itu,maka cahayaku itu dijadikan Allah
Taala itu seekor burung yang mulia dan indah rupanya.
Sebermula adapun kepala burung itu Ali bin Abi Talib dan kedua mata burung
Itu Hassan dan Hussin,di lehernya burung itu Fatimah az-Zahra dan kedua lengannya burunb itu Abu Bakar as-Siddiq radiallahuanhu Dan Umar al-Khattab
dan ekornya burung itu Hamzah bin Abdul Mutallib dan belakangnya burung itu
Abbas radiallahuanhu dan kakinya buru ng itu Khadijah al-Kubra.
Maka firman Allah Taala kepada cahayaku, Hai Nur Muhammad! Aku
anugerahi mu tujuh petala laut.Pertama-tama Laut llmu,kedua Laut Latif,ketiga
Laut Sabar,keempat Laut Akal,kelima Laut Fikir,keenam Laut Rahmat,ketujuh
Laut Cahaya.
[Dipetik daripada Majlis Peperiksaan
Malaysia2003,lnilah Hikayat Nur
Muhammad dalam Mutiara Sastera Melayu
Tradisional,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
Dan Pustaka,Halaman 189-190]
a. Apakah jenis genre di atas dan huraikan ciri-cirinya.

(7M)

b. Jelaskan 3 keistimewaan Nur Muhammad berdasarkan petikan.

(9M)

c. Huraikan perwatakan 3 unsur alam yang negatif dalam cerita.

(9M)

BAHAGIAN D: PUISI MELAYU TRADISIONAL


7.Baca puisi di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.

Perbuatan Maharaja Jaya Dewata,


Asalnya dewa terkena serapah,
Tidur berendam airnya mata,
Bilakah mana gerangan berjumpa.
Lapan haribulan rejangnya lembu,
Lembu makan rumput muda,
Besarlah niat di dalm kalbu,
Mengenang budi tuan adinda.
Lembu makan rumputnya muda,
Ketika panas waktunya remang,
Mengenang budi tuan adinda,
Jadi azimat mahkota abang.
Ketika panas waktunya remang,
Syamsu diliputi awan dan mega,
Jadi azimat mahkota abang,
Haram berniat dua dan tiga.
[Dipetik daripada Majlis Peperiksaan
Malaysia,2003, Mutiara Sastera
Melayu Tradisional,Kuala Lmpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka;halaman
313]
a.Jelaskan maksud frasa di bawah:

i. Tidur berendam airnya mata

(3M)

ii.Mengenang budi tuan adinda

(3M)

iii.Jadi azimat mahkota abang

(3M)

. b. Apakah jenis puisi di atas dan jelaskan teknik penulisanya,

(7M)

c. Jelaskan 3 nilai yang ingin disampaikan kepada pembaca.

(9M

8. Baca puisi di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.

Kekasih aku seperti nyawa mulia juga,


Kekasih ia juga dengan bawa pun ia juga
Dijauh daripada nyawa itu barang siapa,
Jika seribu tahun hidup sia-sia juga,
Yang ada serta ia bahawa itu sentiasa,
Sekeliannya kesukaan ia sedia-sedia juga,
Nyawa itu ia menghidupkan segala hati hidupan nyawa dan
Hati manusia juga membawa suka,
Hati yang menghilangkan halar kekasihku itulah yang setia juga,
Kekasihku itu yang menyukakan hati hidayat itu adanya,
Lagi hidayat juga bukhari itu adanya,
Serta nyawa itu ia juga,
Beruntung lagi berbahagia jua.

[Majlis Peperiksaan Malaysia,2003,Mutiara


Sastera Melayu Tradisional,Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka,halaman 334]
a. Nyatakan tema puisi di atas.

(1M)

b. Huraikan aspek gaya bahasa dalam puisi di atas.

(9M)

c. Jelaskan 5 pemikiran yang terdapat dalam puisi di atas dan kesannya terhadap diri anda.

(15M)

922/1
Kesusasteraan Melayu
Kertas 1
2011
3 Jam

JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2012
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

SKEMA
KESUSASTERAAN MELAYU
KERTAS 1
(Kesusasteraan Melayu Traditional)
Masa : Tiga Jam
Arahan kepada calon:
Jawab empat soalan sahaja: satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, C, dan D.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini mengandungi 22 halaman bercetak

Bahagian A : Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional tradisional


Skema pemarkahan.
a) Maksud lipur lara.

(4M)

Fakta 1 : Cerita roman rakyat yang disampaikan secara lisan oleh tukang cerita
Professional bertujuan untuk menghiburkan anggota masyarakat yang duka
nestapa.
Fakta 2 : Cerita pengembaraan wira dan wirawati yang terdiri daripada putera puteri raja
yang dipenuhi kejadian luar biasa.
Fakta 3 : Cerita yang mengandungi unsur-unsur kesaktian, pengembaraan dan percintaan
putera puteri raja.
Fakta 4 : Penceritaannya diiringi oleh alat bunyi-bunyian seperti rebab dan batil.
Fakta 5 : Di kenali juga sebagai Roman Rakyat atau Epos Rakyat.
Fakta 6 : Berfungsi sebagai sumber hiburan.
Fakta 7 : Cerita rakyat paling popular.
Fakta 8 : Contoh karya Hikayat Raja Donan, Hikayat Awang Sulung Merah Muda dll.
Pilih dua isi
1 isi = 2 markah

b) Ciri-ciri cerita lipur lara

(12M)

Fakta 1

: Tajuk / judul cerita

Huraian

: Bermula dengan perkataan Hikayat sebelum nama wira.

Contoh

: Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman

Fakta 2

: Penyebaran dan penyampaian secara lisan

Huraian

: Tukang cerita menggunakan teknik penceritaan tersendiri untuk menarik


minat pendengarnya. Tukang cerita menghafal cerita dan dibantu dengan gerak
isyarat. Penggunaan alat muzik mengiringi persembahan seperti rebab,
gendang, batil dan belanga.

Contoh

: Cerita Hikayat Raja Donan di sampaikan secara lisan yang menggambarkan


kehebatan Raja Donan berperang dengan Raja Mambang.

Fakta 3

: Struktur cerita terbahagi kepada tiga bahagian / plot.

Huraian

: Bahagian awal (permulaan cerita di gambarkan kelahiran wira dan sebabsebab pengembaraan), bahagian pertengahan (pengembaraan dan peperangan)
dan bahagian akhir (selepas pengembaraan di gambarkan wira dan wirawati
bertemu / hidup bahagia / Heppy Ending).

Contoh

: Dalam Hikayat Raja Muda Bahagian awal (punca Raja Muda mengembara
kerana mimpi) Bahagian tengah (Pengembaraan Raja Muda yang penuh
rintangan) Bahagian akhir (Raja Muda menjadi raja dan mengahwini beberapa
orang puteri)

Fakta 4

: Watak dan perwatakan terbahagi kepada tiga golongan.

Huraian

: Watak utama terdiri dari putera puteri raja yang memiliki banyak
keistimewaan. Watak pembantu (nenek Kebayan, Bujang Selamat, Si
Kembang Cina ) dan watak jahat (perompak, Mambang, jin Dewa dan
sebagainya)

Contoh

: Watak utama Raja Muda , Tuan Puteri Bidadari Segerba


Watak pembantu Nenek Kebayan
Watak Jahat Perompak yang diketuai oleh Ragum Besi.

Fakta 5

: Latar tempat / masa / zaman.

Huraian

: Latar cerita luas meliputi dunia (alam nyata) dan alam kayangan. Latar dunia
seperti istana, belantara dan sebagainya. Manakala latar kayangan ialah tempat
tinggal dewa-dewi.
-

Contoh

Berlaku zaman dahulu.

: Negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki, Kayangan (negeri asal Tuan Puteri
Bidadari Segerba)
-

Hikayat Raja Donan- Gunung Mandi Angin ( tempat RD dilahirkan) dan


Pulau Sembilan ( tempat RD dibesarkan).

Fakta 6

: Gaya bahasa banyak menggunakan bahasa puisi/ungkapan indah.

Huraian

: Penceritaan dalam bentuk prosa naratif diselang seli dengan bahasa berirama
(runs) bagi menggambarkan keindahan, kehebatan dan suasana serta
mengindahkan lagi jalan cerita.

Contoh

: Gambaran proses tumbesaran Raja Donan yang luar biasa.


Besar siang besar malam
Besar bagai di tiup-tiup
Besar bagai di hembus-hembus

Fakta 7

: Temanya streotype (pengembaran, percintaan,peperangan)

Huraian

: Pengembaraan Putera- putera raja adalah disebabkan oleh beberapa sebab


seperti untuk mencari isteri/jodoh, menuntut bela,mencari barang-barang
hikmat dan sebagainya.

Contoh

: Dalam Hikaayat Malim Deman. Watak utamanya Malin Deman keluar


mengembara untuk mencari isteri.

Pilih 4 isi sahaja


1 isi = 3 markah ( Fakta = 1 M, Huraian = 1M, Contoh = 1 M)
4 isi x 3 markah = 12 Markah

c) Tiga gambaran masyarakat Melayu yang terdapat dalam cerita


lipurlara yang masih diamalkan hingga kini.

(9M)

Fakta 1

: Masyarakat yang mempercayai serapah,jampi dan mantera.

Huraian

: Kepercayaan kepada jampi dan mantera ada hubungan dengan pegangan


hidup masyarakat Melayu. Jampi dan Mantera dibaca dengan tujuan tertentu
sama ada untuk melindungi diri, menunaikan hajat atau untuk tujuan
perubatan.

Contoh

: Dalam Hikayat Raja Donan, Awang Donan membaca jampi serapah dengan
menabur beras basuh untuk menghidupkan kembali ayahnya.

Fakta 2

: Masyarakat yang percaya kepada kuasa ghaib / kesaktian / luar biasa.

Huraian

: Masyarakat Melayu dalam cerita-cerita lipulara amat percaya kepada kuasakuasa ghaib. Mereka percaya kuasa-kuasa ghaib ini dapat memberi
pertolongan kepada mereka atau memberi kemudaratan kepada mereka.

Contoh

: Raja Donan dapat mencelikkan gagak buta dengan mengetuk kerak nasi ke
mata gagak.
: Raja Donan dengan sekelip mata boleh sampai ke gunung mandi angin.

Fakta 3

: Masyarakat yang mempercayai ilmu guna-guna, ilmu pengasih.

Huraian

:Kepercayaan kepada ilmu guna-guna atau ilmu pengasih masih menebal


dalam masyarakat Melayu.

Contoh

: Dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal- Puteri Kaca Bertuang guna ubat gunaguna agar Anggun Cik Tunggal jatuh cinta padanya.

Fakta 4

: Percaya kepada ramalan nujum / tilikan nasib.

Huraian

: Meminta bantuan tukang tilik melihat sesuatu yang bakal berlaku.

Contoh

: Hikayat Raja Donan Raja Madung Bongsu menilik nasib Raja Donan
semasa dilahirkan Mempercayai kata-kata nujum bahawa Raja Donan
membawa bala Disingkirkan.

Pilih 3 isi sahaja


1 isi = 3 markah ( Fakta = 1 M, Huraian = 1M, Contoh = 1 M)
3 isi x 3 markah = 9 Markah

2.

Nuruddin Al-Raniri merupakan seorang ulama dan pujangga Melayu yang agung.
Berdasarkan ketokohan beliau, huraikan:
a) Latar belakang kehidupannya

(5 M)

b) Sumbangan Karya

(12 M)

c) Peranannya

(8 M)

Skema
a) Latar belakang kehidupannya
i.
Nama sebenar beliau ialah Sheikh Nuruddin Muhammad bin Ali bin Hassanji.
ii.
Dilahirkan di Gujerat, India. Berasal dari Ranir yang dikenali sebagai Rander,
India.
iii.
Menerima pendidikan awal di kampung halamannya. Kemudian melanjutkan
pelajarannya ke Hadramaut dan Mekah.
iv.
Ketika belajar di Mekah, beliau belajar bahasa Melayu dengan pelajar-pelajar
yang datang dari alam Melayu, khususnya dari Aceh.
v.
Kali pertama Syeikh Nuruddin daatang ke Aceh pada tahun 1631, iaitu pada
zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1603 1636)
vi.
Kali ke dua beliau datang ke Aceh pada tahun 1637, iaitu ketika pemerintahan
Sultan Iskandar Thami (1636 1641)

vii.

Pada tahun 1644 Syeikh Nuruddin kembali ke Ranir Gujerat dan mangkat di
sana pada tahun 1654.

Pilih 5 isi sahaja


1 isi = 1 markah
5

isi x 1 markah = 5 Markah

4
b) Sumbangan Karya

i.
ii.

iii.

Kitab Sirat Al-Mustakim yang memperkatakan rukun Islam seperti puasa,


zakat fitrah dan menunaikan haji. Kitab ini juga turut membahaskan tentang
hukum-hukum Qurban, berburu, halal dan haram dalam makanan.
Bustan Al-Salatin (Taman segala Raja-raja) dihasikan tahun 1638) ketika itu.
Kitab ini menjadi panduan raja-raja dan pegawai pemerintan ketika itu. Kitab
ini termasuk dalam golongan kitab sejarah serta ketatanegaraan.Isinya lebih
bebas kerana banyak dimasukkan fikirannya sendiri.Terdiri daripada 7 bab
seperti kejadian langit serta bumi dll.
Asrar al- Ihsan fi Marifat ar-Ruh ar-Rahman (Rahsia Manusia dalam
mengetahui Roh dan Tuhan).Sebuah kitab Bahasa Melayu dan Arab yang
membahaskan manusia terutamanya roh, sifat, hakikat serta hubungan manusia
dengan Tuhan. Berisikan perdebatan tentang Roh dengan Hamzah Fansuri.

iv.

Jawahir al-Ulum fi Kasyt al-Malum (Permata ilmu dalam menyingkap


sasarannya) Sebuah kitab Bahasa Melayu yang membahaskan falsafah mistik
yang sangat mendalam.

v.

Syifa al-Qulub 9 (Ubat Hati) sebuah kitab Bahasa Melayu yang membicarakan
tentang cara-cara berzikir kepada Allah s.w.t

vi.

Akhbar al-Akhirat fi Ahwal al-Qiayamah (Berita Akhirat tentang Hal-Ehwal


Kiamat)
Sebuah kitab yang membicarakan mengenai kejadian Nur
Muhammad S.A.W, Adam, tentang mani, Syurga dan neraka. Isi kitab adalah
saduran daripada kitab karangan Imam al-Ghazali.

vii.

Hujjat ash-Siddiq li dafl az-Zindiq (Hujah Orang Benar Untuk Menolak


Iktikad Orang zindiq) Sebuah kitab Bahasa Melayu yang berisi akidah, dan
aliran-aliran wujudiah. Tujuannya adalah untuk menyanggah iktikad kaum
yang terakhir ini.

Pilih 4 isi sahaja


1

(12 M)

isi = 3 markah ( Fakta = 1 M, Huraian/Contoh 2 M)


4 isi x 3 markah = 12 Markah

c)

Peranannya

i.

Penulis Istana

(8 M)

Pada tahun 1638 atas perintah Sultan Iskandar Thani beliau menghasilkan
Kitab Bustan al-Salatin (Taman segala Raja-raja)
Selain itu mempengaruhi Sultan Iskandar Thani supaya membakar kitab-kitab
karya Hamzah Faansuri dan Syamsuddin al-Sumaterani. Hal ini berkaitan
dengan usahanya menentang fahaman tarikat Wahdatul wujud yang dibawa
oleh Hamzah Fansuri kerana beliau berfahaman Wahdatul-Syuhud.

ii.

Penulis Ulama
Mendapat jawatan ulama istana pada tahun 1637 setelah kemangkatan Syeikh
Samsuddin dan masa itu Acheh diperintah oleh Sultan Iskandar Thani.
Kebanyakan kitab-kitab beliau bersifat keagamaan seperti kitab Akhbar alAkhirat yang mengisahkan tentang kejadian Nur Muhammad.

isi = 4 markah ( Fakta = 2 M, Huraian/Contoh 2 M)


2 isi x 4 markah = 8 Markah

Bahagian B: Karya Agung Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

Skema Pemarkahan
a) Peristiwa yang membawa kepada petikan di atas.
( 5M )
i)
Anak Sang Rajuna Tapa merupakan gundik kesayangan Raja Iskandar Syah
telah difitnah.
ii)
Dayang-dayang membuat fitnah kepada anak SR Tapa kerana dengki
hubungan rapat dengan raja.
iii)
Raja Iskandar Syah telah menjatuhkan hukuman sula ke atas anak Sang
Rajuna Tapa.
iv)
Sang Rajuna Tapa malu dan marah dengan tindakan Raja Iskandar Syah.
v)
Sang Rajuna Tapa telah menghantar surat kepada Majapahit bagi membantu
Majapahit mengalahkan Singapura,
vi)
Sang Rajuna Tapa telah menyembunyikan beras agar tentera kelaparan.
vii)
SR Tapa telah membuka pintu kota Singapura pada waktu malam.
viii) Raja Iskandar Syah terpaksa melarikan diri apabila Singapura alah kepada
Majapahit.
Pilih 5 isi sahaja
1 isi = 1 markah
5

isi x 1 markah = 5 Markah

b) Huraikan lima peristiwa lain dalam Sulalatus Salatin yang berkait rapat
dengan waad dan kesannya.

(20M)

Fakta 1

: Peristiwa Pembunuhan Tuan Jana Khatib

H/C

: Pada zaman pemerintahan Paduka seri Maharaja di Singapura,


baginda telah membunuh Tuan Jana Khatib tanpa usul periksa kerana
cemburu dan dikatakan menunjuk-nunjuk kebolehannya menilik
pokok pinang hingga terbelah dua.

Kesan

: Raja telah melanggar waadat. Kesannya singapura dilanggar todak,

Fakta 2

: Peristiwa pembunuhan Hang Tuah oleh Sultan Mansur Syah.

H/C

: Sultan Mansur Syah telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang


Tuah tanpa usul periksa. Hang Tuah dikatakan bermukah dengan
gundik raja.

Kesan

: Hang Jebat menderhaka (mengamuk) menyebabkan Sultan Mansur


Syah terpaksa keluar dari Istana dan Istana baru yang dibina terbakar.

Fakta 3

: Peristiwa pembunuhan Tun Besar oleh Raja Muhammad.

H/C

: Tun Besar ialah anak kepada bendahara Tua Perak telah dibunuh oleh
Raja Muhammad iaitu anak kepada Sultan Mansur. Pembunuhan ini
berlaku adalah kerana bola sepak raga yang disepak oleh Tun Besar
telah terkena destar Raja Muhammad lalu jatuh ke tanah. Raja
Muhammad beranggapan bahawa perbuatan Tun Besar itu sengaja dan
telah menjatuhkan maruah Raja.

Kesan

: Raja Muhammad tidak dirajakan di Melaka tetapi dirajakan di


Pahang.

Fakta 4

: Peristiwa pembunuhan Tun Ali Sandang.

H/C

: Sultan Mahmud Syah telah mengunjungi rumah Tun Dewi seorang


pelacur pada suatu malam. Kebetulan pada masa yang sama Tun Ali
Sandang juga berada dirumah Tun Dewi. Sultan Mahmud Syah
kemudiannya memberi sirih kepada Tun Isap. Baginda mengarahkan
Tun Isap untuk membunuh Tun Ali Sandang tanpa sebab. Alasannya

baginda tidak mahu rahsia perbuatannya terbongkar dan Tun Ali


Sandang dianggap sebagai penghalang untuk baginda menjalinkan
hubungan dengan Tun Dewi.
Kesan

: Imej/maruah Raja Melaka tercemar. Raja tidak dihormati lagi. Wujud


perpecahan di kalangan rakyat.

Fakta 5

:Peristiwa pembunuhan Raja Zainal

H/C

: Raja Zainal merupakan adinda kepada Sultan Mahmud yang


dikatakan seorang yang tampan dan baik tingkahlakunya.Sultan
Mahmud cemburu dengan kelebihan yang ada pada adindanya kerana
ramai gadis yang tergila-gilakannya. Sultan Mahmud telah menitahkan
Hang Berkat supaya membunuh adindanya itu.

Kesan

: Imej/maruah Raja Melaka tercemar. Raja tidak dihormati lagi

Fakta 6

:Peristiwa pembunuhan Bendahara Seri Maharaja bersama


keluarga.

H/C

:Sultan Mahmud telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada bendahara


Seri Maharaja Tun Mutahir, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung
dan Tun Ali (suami Tun Fatimah). Pembunuhan ini adalah disebabkan
oleh fitnah yang dilemparkan oleh Raja Mendaliar dengan Kitul dengan
menyatakan Bendahara Seri Maharaja ingin merampas kuasa. Sultan
Mahmud yang sudah berdendam dengan Bendahara Seri Maharaja Tun
Mutahir kerana tidak menunjukkan anakanda Tun Fatimah telah
termakan fitnah tersebut.

Kesan

: Hilang pemimpin yang berwibawa yang menjadi faktor Melaka jatuh


ke tangan Feringgi.

Fakta 7

: Peristiwa penderhakaan Hang Jebat

H/C

: Hang Jebat telah menderhaka kerana menuntut bela di atas hukuman


bunuh terhadap Hang Tuah oleh Sultan Mansur Syah. Hang Jebat telah
menguasai istana menyebabkan Sultan Maansur Syah terpaksa
meninggalkan istana. Bagi Hang Jebat wajar baginya menuntut bela
kerana Hang Tuah adalah rakan karib dan sikap setiakawan yang tinggi.

Kesan

: Hang Jebat mati dibunuh oleh Hang Tuah. Manyatnya telah dibuang
ke laut. Anak dan isterinya juga turut dibunuh dan tapak bekas
rumahnya digali dan dibuang ke laut.

Pilih 5 isi sahaja


1

isi = 4 markah ( Fakta = 1 M, Huraian/contoh= 2M, Kesan = 1 M )

5 isi x 4 markah = 20 Markah

4.

Melaka digambarkan sebagai sebuah negara yang unggul dan telah menjalinkan
hubungan diplomatik dengan beberapa buah negara luar.
a) Huraikan kebijaksanaan yang ditonjolkan oleh orang-orang Melaka semasa
terjalinnya hubungan luar tersebut
(9M)
b) Terangkan tujuan pengarang memaparkan peristiwa-peristiwa tersebut.(6M)
c) Jelaskan kepentingan menjalinkan hubungan tersebut dan kesannya kepada
pembangunan negara.

(10M)

Skema Pemarkahan
a) Kebijaksanaan yang ditonjolkan oleh orang-orang Melaka semasa terjalinnya
hubungan luar tersebut
(9M)
Fakta 1

: Kebijaksanaa Tun Pepatih Putih di China

H/C

: Membawa sagu rendang penuh sebuah pilau untuk menunjukkan


bilangan rakyat Melaka yang ramai
Helah memakan sayur kangkung yang tidak dipotong dan berjaya
melihat wajah maharaja China yang berada di dalam mulut naga.

Fakta 2

: Kebijaksanaan Tun Telanai dan Menteri Jana Putra di Siam.

H/C

: Memberi maksud nama Sultan Mansur Syah kepada Paduka


Bubunnya . Maksud Sultan Mansur syah ialah Sultan yang sentiasa
dimenangkan oleh Allah Taala daripada segala seterunya.
Memanggil orang tua suir yang berpenyakit untut bermain lembing.
Lembing tersebut terkena tubuhnya tetapi tidak lut. Ini menunjukkan
orang Melaka hebat bermain senjata dan semuanya kebal.
Tun Telanai dan Menteri Jana Putera memberi helah tidak boleh
berperang di negeri sebelah barat kerana sebelah barat adalah kiblat
bagi orang-orang Islam.

Fakta 3

: Kebijaksanaan Tun Bijaya Sura di Majapahit

H/C

: Menjaga 40 bilah keris daripada dicuri oleh perajurit Majapahit dan


berjaya menyiapkan 40 buah sarung keris tersebut.
Menari tarian utar-utar bagi menghalau anjing yang ditambat
dihadapan Sultan Mansur Syah.
Mempersembahkan tarian sapu-sapu rengit dan dalam tarian tersebut
mereka melunjurkan kaki di hadapan Betara Majapahit. Perbuatan ini
menyebabkan timbulnya kemaharan dikalangan pembesar-pembesar

Majapahit kerana rakyatnya sendiri tidak pernah melunjurkan kaki di


hadapan raja mereka.
Mempersembahkan tarian berkeliling gelagat. Dalam tarian ini Tun
Bijaya Sura telah menggunakan sapu tangan Sultan Mansur dan hampir
menyapu muka Betara Majapahit
Tun Bijaya Sura berjaya mencuri keris Betara Majapahit setelah
kerisnya dicuri oleh orang Majapahit.
10
Fakta 4

: Kebijaksanaan Hang Nadim di Benua Keling

H/C

: Hang Nadim menunjukkan kehebatan melukis 40 corak kain di Benua


keling kerana pelukis-pelukis Benua Keling seramai 500 orang tidak
boleh melukis sebagaimana corak yang dikehendaki oleh Hang Nadim.

Pilih 3 isi sahaja


1

isi = 3 markah ( Fakta = 1 M, Huraian/contoh= 2M )

3 isi x 3 markah = 9 Markah

b) Tujuan pengarang memaparkan peristiwa-peristiwa tersebut.

(6M)

Fakta 1

: Menunjukkan orang Melaka lebih hebat berbanding dengan


rakyat negara yang mereka lawati.

H/C

: Tun Bijaya Sura berjaya mempermainkan Betara Majapahit kerana


dapat mengambil keris yang dicuri oleh perajurit Majapahit.
Tun Telanai berjaya menipu Paduka Bubunnya dengan menyatakan
orang-orang Islam tidak boleh menyerang negeri sebelah barat kerana
sebelah barat adalah kiblat bagi orang-orang Islam.
Hang Nadim berjaya mengatasi pelukis-pelukis Benua Keling dengan
melukis 40 corak kain.
Tun Pepatih Putih berjaya melihat wajah Maharaja China sedangkan
rakyatnya sendiri tidak pernah melihat wajah Maharaja mereka.

Fakta 2

: Menaikkan imej dan martabat raja dan negeri Melaka.

H/C

: Maharaja China sanggup menghantar Puterinya ke Melaka untuk


dikahwinkan dengan Sultan Melaka kerana kagum dengan kecerdikan
Tun Pepatih Putih.
Betara Majapahit kagum terhadap Sultan Mansur Syah kerana memiliki
pembesar yang cerdik.

Siam mengakui Melaka sebagai negeri kuat memandangkan


rombongan Melaka menolong Siam mengalahkan musuhnya.

11
Fakta 3

: Menunjukkan kehebatan pembesar dan pahlawan Melaka

H/C

: Kekuatan Pahlawan Melaka menolong Siam mengalahkan musuhnya


diakui oleh Raja Siam
Kehebatan Tun Bijaya Sura diakui oleh Betara Majapahit.
Kebijksanaan Tun Pepatih Putih makan sayur kangkung tidak berkerat
telah menjadi ikutan rakyat China.

Pilih 2 isi sahaja


1
2

isi = 3 markah ( Fakta = 1 M, Huraian/contoh= 2M )


isi x 3 markah = 6 Markah

c) Kepentingan menjalinkan hubungan tersebut dan kesannya kepada


pembangunan negara.

(10M)

Fakta 1

: Hubungan diplomatik

H/C

: Rombongan Melaka telah dihantar ke Siam untuk menjalinkan


hubungan diplomatik. Sepucuk surat yang ditulis oleh Bendahara
Paduka Raja telah dihantar dan isi surat tersebut tidak menyatakan
salam, sembah atau kasih sayang. Hasil daripada hubungan diplomatik
tersebut Siam tidak lagi menyerang Melaka.

Kesan

: Negara dapat menjalankan aktiviti-aktiviti (Sumber ekonomi) dengan


selamat bagi menambahkan lagi pendapatan dan seterusnya
membangunkan negara.

Fakta 2

: Menjalinkan hubungan kekeluargaan

H/C

; Kebijaksanaan Tun Pepatih Putih telah memberi kepercayaan kepada


Maharaja China untuk menjalinkan hubungan kekeluargaan. Maharaja
telah menghantar puterinya iaitu Puteri Hang Liu untuk dikahwinkan
dengan Sultan Mansur Syah.

Kesan

: Menambahkan lagi bilangan rakyat dan secara tidak langsung


menambahkan produktiviti negara dan pembangunan negara.

Fakta 3

: Hubungan Perdagangan

H/C

: Hang Nadim dihantar ke Benua Keling untuk membeli 40 corak kain


serasah. Hang Nadim berjaya menunjukkan kehebatannya melukis
corak kain setelah pelukis-pelukis Benua Keling tidak dapat memenuhi
kehendak hati Hang Nadim.

Kesan

: Perdagangan dapat dijalankan secara meluas dan ini tidak langsung


akan membangunkan negara.

Fakta 4

: Mendapat perlindungan

H/C

: Menjalin hubungan diplomatik dengan China adalah bagi mendapat


perlindungan daripada serangan Siam. Hubungan dengan China
menjadikan Melaka sebagai sebuah kuasa yang kuat.

Kesan

: Jika tiada peperangan negara akan aman dan ini akan membawa
kepada kemakmuran dan seterusnya membangunkan negara.

Pilih 2 isi sahaja


1

isi = 5 markah ( Fakta = 2 M, Huraian/contoh= 2M, Kesan = 1M )

2 isi x 5 markah = 10 Markah

Bahagian C: Prosa Melayu Tradisional


5. Berdasarkan cerita binatang Katak Membunuh Gergasi dalam Mutiara Sastera
Melayu Tradisional,bincangkan
a. Perwatakan Sang Katak

(6M)

b. Strategi yang dirancang oleh Sang Katak bersama rakan-rakannya untuk membunuh
Gergasi.
c. Unsur moral dalam cerita tersebut

(10M)
(9M)

Skema
a. Perwatakan Sang Katak
Fakta 1- Berani
H/C- Berani berdepan dan risiko seandainya gagal membunuh gergasi. Katak berani
merancang strategi dengan bantuan rakan-rakan senasib untuk bunuh gergasi yang lebih
besar.
Fakta 2 Bijak
H/C- Kebijaksanaan dalam merancang sesuatu akan membuahkan hasil. Katak bijak
mengatur strategi membunuh gergasi .Tugasan yang diberi bersesuaian dengan

kemampuan semut iaitu diarah masuk ke dalam telinga dan menggigit anak telinga
gergasi.
Fakta 3- Penyanyang
H/C- Perasaan menyanyangi kaum kerabat mendorong seseorang bertindak berani
mempertahankan hak.Cth.-katak terlalu sedih dengan kematian kerabatnya. Katak
menjaga telur yang terselamat daripada dipijak gergasi sebaik mungkin.
Fakta 4 - Pandai memujuk
H/C- Orang yang pandai berkata-kata dan memujuk orang lain akan menyebabkan ia
akan disenangi dan dipercayai. Cth, katak pandai memujuk semut, burung pikau, ular,
gajah, harimau untuk memyertainya membunuh gergasi.
Pilih 3 isi
3 isi x 2 markah=6 markah

b.

Strategi yang dirancang oleh Sang Katak bersama rakan-rakannya untuk membunuh
gergasi.
Fakta 1- Semut api masuk ke dalam telinga dan menggigit anak telinga gergasi. Gergasi akan
menjerit kesakitan.
Fakta 2- Burung pikau bersembunyi di atas dapur dan memupurkan abu dengan sayap
menyebabkan abu masuk mata gergasi.
Fakta 3- Ular senduk bersembunyi dalam tempayan air.Bersedia mematuk tangan Gergas
yang mengambil air untuk membasuh matanya yang dimasuki abu.
Fakta 4- Gajah bersembunyi belakang rumah akan mengoncang rumah gergasi untuk
mendapatkan tabung garam.Gergasi yang menyangka rumahnya akan runtuh aka berlari
keluar.
Fakta 5- Harimau sedia menunggu di belakang jamban akan menerkam gergasi.
5 isi x 2 markah=10 markah

c. Unsur moral dalam cerita tersebut


Fakta 1-Bekerjasama/tolong menolong/muafakat.
Huraian - Dalam kehidupan bermasyarakat, setiap anggota masyarakat perlu sentiasa
bekerjasama demi menjaga kepentingan bersama terutama dalam menghadapi masalah.
Contoh - Katak meminta bintang lain yang turut menjadi mangsa kezaliman gergasi
seperti semut, burung, gajah, ular dan harimau membantu membunuh gergasi. Akhirnya
gergasi mati dan mereka kembali hidup aman.
Fakta 2-Tidak sombong atau angkuh.

Huraian - Orang yang sombong, angkuh dan merasakan dirinya hebat berbanding dengan
orang lain akhirnya akan merugikan diri sendiri.
Contoh -Gergasi angkuh dan merasakan dirinya kuat kerana memiliki fizikal yang Besar.
Gergasi telah memijak anak-anak katak yang membuat bising semasa Gergasi kesakitan.
Gergasi juga telah memijak ular sawa hingga patah tulang belakang.
Fakta 3- Bijaksana dalam tindakan
Huraian - Kita hendaklah bijak menggunakan akal fikiran dalam setiap tindak tanduk
agar tidak rugi atau ditipu oleh orang lain.Orang yang gagal berfikir dengan baik akan
menyusahkan diri sendiri akhirnya
Contoh - Katak bijak memujuk kawan-kawannya agar menyertai rancangan bunuh
gergasi.Dia juga bijak mengatur strategi mengikut kemampuan binatang binatang
lain.Semut contohnya diarah masuk ke telinga gergasi dan menggigit anak telinga gergasi
bersesuaian dgn fizikalnya yang kecil.
Fakta 4- Jangan pentingkan diri sendiri/jgn menyusahkan orang lain.
Huraian - Kita jgnlah mempersendakan orang lain yang lebih lemah daripada kita Untuk
kepentingan diri sendiri.Kita hendaklah memikirkan hak-hak orang lain Agar wujud
keharmonian antara anggota masyarakat.
Contoh -Gergasi lebih mementingkan keselamatan diri sendiri dengan bertindak terburuburu keluar dari rumahnya apabila ribut dan angin kencang bertiup yang disangka
rumahnya akan roboh. Akibatnya banyak binatang-binatang kecil telah dipijaknya seperti
semut dan ular.
Fakta 5- Jangan zalim.
Huraian - Sebagai makhluk Allah kita sepatutnya tidak bertindak zalim terhadap
makhluk lain yang lemah dan kecil.Orang yang zalim tidak akan disenangi oleh
masyarakat dan akan menerima balasan akibat perbuatan sedemikian.
Contoh - Gergasi merasa hebat kerana mempunyai badan yang besar dengan bertindak
memijak anak-anak katak yang membuat bising, memijak ular senduk sehingga patah
tulang belakang, memijak ekor burung pikau dll.
Fakta 6-Menegakkan keadilan
Fakta 7-Kasih sayang terhadap keluarga
Fakta 8- Pemimpin yang berwibawa
Fakta 9-Baik balas baik, jahat balas jahat
Fakta 10- Kepatuhan kepada ketua
Pilih 5 isi
5 isi x 3 markah=15 markah

6. Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.


a. Apakah jenis genre di atas dan huraikan ciri-cirinya.

(7M)

b. Jelaskan 3 keistimewaan Nur Muhammad berdasarkan petikan.

(9M)

c. Huraikan perwatakan 3 unsur alam yang negatif dalam cerita.

(9M)

Skema
a. Apakah jenis genre di atas dan huraikan ciri-cirinya.
Fakta 1- Bersifat doksologi
H/C- Dimulakan karya dgn ungkapan pujian pada Allah untuk dapat keberkatan. HNM
dimulakan dgn ucapan Bismillahirrahmanirrahim wabihi nastainu billahi Taalla
Fakta 2- bersifat naratif
H/C- isi karya menceritakan tentang kelebihan dan keistimewaan tokoh agama. HNM
menjelaskan keistimewaan Nur Muhammad yang mampu berenang di 7 Lautan, sujud 50
tahun, berjaya berdakwah pada unsur-unsur alam, cahayanya menjadi Burung dan lain
lain lagi.
Fakta 3- Berlatarkan sejarah islam yang sebenar
H/C- cerita berlatarkan sejarah lslam yang sebenar yang dilalui oleh tokoh- tokoh agama
sama ada tntg sejarah penyebaran islam,peperangan dll. Cthnya HNM menyentuh ttg
sejarah pendakwahan islam yang dilakukan oleh Nur Muhammad terhadap angin, api, air
dan tanah sehingga berjaya.
Fakta 4- Terdapat unsur mitos dan lagenda
H/C-dimasukkan mitos dan lagenda dalam karya untuk menaikkan imej tokoh dan
menimbulkan rasa kagum terhadap tokoh. Cthnya HNM digambarkan NM boleh
berenang selama 70 ribu tahun, cahayanya jadi seekor burung, air bertitik dari badannya
menjadi malaikat, nabi, api, air dan sebagainya.
Fakta 5- fungsi sebagai alat berdakwah
Fakta 6- gaya bahasa-ada bahasa arab
Pilih 3 isi
3 isi x 2 markah=6 markah
b. Jelaskan 3 keistimewaan Nur Muhammad berdasarkan petikan
Fakta 1- taat kepada Allah
Huraian - setiap makhluk Allah wajib akur dan taat kepada perintah allah.Orang yang
Taat pada Allah dikasihiNya dan akan mendapat ganjaran didunia dan akhirat.
Contoh - N.Muhammad taat kepada perintah Allah dengan terus sujud selama 50 thn.
NM juga taat dengan memfardhukan rukun lslam kepada umatnya sebagaimana
diperintahkan.
Fakta 2- merupakan kekasih Allah.

Huraian - Orang yang diiktiraf oleh Allah sebagai kekasihNya merupakan orang yang
beruntung.Untuk mencapai taraf kekasih Allah seseorang itu perlu mempunyai sifat-sifat
yang mulia dan terpuji.
Contoh - NM merupakan kekasih Allah kerana keperibadian yang mulia seperti
taat,sabar,memiliki sifat luarbiasa,rendah diri dan sebagainya. NM telah diberi
tanggungjawab oleh Allah untuk memfardukan rukun lslam kepada umatnya.
Fakta 3- memiliki sifat luar biasa
Huraian - sifat luar biasa pada seseorang akan menaikkan imej seseorang. Ia
menimbulkan rasa kagum khalayak terhadap tokoh tersebut.
Contoh -Cahaya NM menjadi seekor burung yang indah dan mulia. Anggota badan
burung itu dikaitkan dengan orang yang rapat dgn baginda. Kepalanya Ali bin Abi
Talib,matanya Hassan dan Hussin dll.
Pilih 3 isi
3 isi x 3 markah=9 markah
c. Huraikan perwatakan 3 unsur alam yang negatif dalam cerita.
1. Angin
Fakta 1-angkuh.Angin sangat angkuh dan merasakan dirinya hebat kerana merasakan ia
mampu melakukan apa saja mengikut kehendak diri sendiri.
Fakta 2-Cepat insaf.Angin sedar dirinya mempunyai kelemahan apabila diberitahu oleh
NM bahawa ia menjadi hamba orang belayar.Akhirnya angin mengakui kebesaran Allah
dan masuk lslam.
2. Api
Fakta 1- sombong. Api sombong dan membangga diri kerana mendakwa berkuasa
melakukan apa saja dengan kuasa yang dimiliki.
Fakta 2- Cepat sedar dengan kesalahan diri.Api sedar dengan kelemahan diri apabila
diberitahu oleh NM bahawa api menjadi hamba orang memasak.Api juga boleh
dihapuskan oleh air dan akhirnya api masuk Islam.
3. Air
Fakta 1-membesarkan diri.mendakwa tiada kelemahan dan mampu memiliki dan
melakukan segala perkara yang diingininya.
Fakta 2-Insaf.insaf dgn kekurangan diri apabila disedarkan oleh NM bahawa air menjadi
hamba membasuh segala najis,Air akhirnya masuk islam.

3 isi x 3 markah=9markah

BAHAGIAN D: PUISI MELAYU TRADISIONAL


7.Baca puisi dI bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.
a.Jelaskan maksud frasa di bawah:
i. Tidur berendam airnya mata
ii.Mengenang budi tuan adinda
iii.Jadi azimat mahkota abang
b. Apakah jenis puisi di atas dan jelaskan teknik penulisanya,
c. Jelaskan 3 nilai yang ingin disampaikan kepada pembaca.

a.Jelaskan maksud frasa di bawah:


i- Terlena dalam kesedihan yang berpanjangan
Penyair merasa terlalu sedih kerana merindui kekasih hati sehingga menangis
Sepanjang malam.Kesedihannya tidak tertanggung dan sering menghitung hari
Untuk berjumpa dengan orang yang disayangi.

3markah

ii-Teringat kebaikan pada seorang wanita.


Penyair sentisa terkenang budi baik yang ditabur oleh wanita yang dicintainya.
Ini menyebabkan penyair sentiasa merindui kekasihnya dan tidak mampu melupakannya walaupun berjauhan .

3markah

iii- Sebagai sanjungan bagi seseorang lelaki.


Penyair menganggap budi yang diterima dari kekasihnya adalah sesuatu yang
amat bernilai.la menjadi pengikat kasih sayang antara mereka.Oleh itu penyair
penyanjung kekasihnya dan akan tetap setia menunggu.
3markah

b. Apakah jenis puisi di atas dan jelaskan teknik penulisanya.


Jenis puisi
Rejang
Fakta 1-bilangan rangkap
Huraian - mengandungi 4 rangkap puisi

l markah

Contoh - rangkap 1 dan 4

Fakta 2- bilangan baris serangkap


Huraian -mempunyai 4 baris serangkap
Contoh -mana-mana rangkap

Fakta 3- bilangan perkataan sebaris


Huraian - bilangan perkataan sebaris antara 2-5
Contoh - R1 B1-2 patah perktan
R2 B1- 5 pth perktan

Fakta 4- bilangan sukukata


Huraian - bilangan suku kata sebaris antara 8-13
Contoh -

R2 B2- 8 s/kata R1 B1- 13 s/kata

Fakta 5- rima akhir-seragam-abab


Pilih 3 isi
3 isi x 2 markah=6 markah

c. Jelaskan 3 nilai yang ingin disampaikan kepada pembaca.


Fakta 1-Nilai kasih sayang.
Huraian - Penyair menjelaskan perasaan kasih sayangnya timbul kerana budi yang diberi
oleh orang yang disayangi.Budi tersebut akan sentiasa dikenang dan menjadi pengikat kasih
sayang yang lebih mendalam.
Contoh - mengenang budi tuan adinda

Fakta 2-Nilai mengenang budi


Huraian - Penyair menyatakan bahawa beliau akan sentiasa mengingati budi kekasihnya
itu,Budi yang diterima akan sentiasa dikenang sepanjang masa.
Contoh -mengenang budi tuan adinda

Fakta 3-Nilai kesetiaan


Huraian -Penyair menegaskan bahawa beliau akan tetap setia kepada kekasihnya.Malahan
tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk mencari pengganti, cintanya hanyalah pada
satu-satunya wanita yang telah bayk berbudi padanya.
Contoh - Haram berniat dua dan tiga
Fakta 4- Nilai ketulusan/keikhlasan hati/ kejujuran
Huraian - Penyair menyayangi kekasihnya dengan penuh keikhlasan.Rasa kasih sayang
terhadap wanita yang disayangi itu lahir dari hati yang ikhlas,tulus dan suci.lnilah
menyebabkan penyair tetap setia dan tidak akan mencari pengganti.
Contoh - Jadi azimat mahkota abang
Fakta 5- Nilai menghargai seseorang
Pilih 3 isi
3 isi x 3 markah=9 markah

8. Baca puisi di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.


a. Nyatakan tema puisi di atas.
b. Huraikan aspek gaya bahasa dalam puisi di atas.
c. Jelaskan 5 pemikiran yang terdapat dalam puisi di atas.

a. Nyatakan tema puisi di atas.


Tema- cinta dan kasih sayang manusia terhadap Allah dan cinta sesama
manusia.
b. Huraikan aspek gaya bahasa dalam puisi di atas.
Fakta 1- Asonansi
Huraian - perulangan bunyi huruf vokal dalam baris secara mendatar
Contoh - jika seribu tahun hidup sia-sia juga- vokal a
Fakta 2- Aliterasi
Huraian - perulangan bunyi huruf konsonan dlm baris secara mendatar.
Contoh - Kekasih aku seperti nyawa mulia juga- konsonan k

1markah

Fakta 3-Anafora
Huraian - Perulangan perkataan di awal baris secara berurutan
Contoh - Kekasih aku seperti nyawa mulia juga,
Kekasih ia juga dengan bawa pun ia juga,

Fakta 4-Epifora
Huraian - Perulangan perkataan di akhir baris secara berurutn
Contoh - Kekasih aku seperti nyawa mulia juga
Kekasih ia juga dengan bawa pun ia juga

Fakta 4-Simile
Huraian -Perbandingan secara tidak langsung yang ditandai dgn kehadiran perkataan
bak,umpama,sepderti,bagai,nan dll
Contoh - Kekasih aku seperti nyawa mulia juga

Fakta 5-repitasi
Fakta 6-Simbolisme
Fakta 7-Bahasa asing-arab
Fakta 8- Simplok
Pilih 3 isi
3 isi x 3markah=9 markah
c. Jelaskan 5 pemikiran yang terdapat dalam puisi di atas dan kesannya terhadap diri anda.
Fakta 1- Kasih sayang atau cinta manusia pada Allah atau Pencipta dan sesama
manusia.
Huraian 1- Kasih sayang yang berkekalan ialah kecintaan kepada Allah.Kasih sayang
antara Allah dan makhluknya amat bernilai dan berharga.Orang yang mendapat kasih sayang
Allah seolah-olah mendapat nyawa untuk maneruskan kehidupan, Kasih sayang Allah kekal
abadi kesannya kita akan menjadi hamba ALLAH yang lebik taat.
Huraian 2- Kasih sayang sesama manusia merupakan satu fitrah dalam kehidupan.Tanpa
kasih sayang, kehidupan seseorang tidak lengkap dan tidak sempurna namun manusia tidak
boleh menandingi kehebatan kasih sayang Allah.

Contoh - Kekasih aku seperti nyawa mulia juga

Fakta 2- Kebahagiaan
Huraian 1- Kebahagiaan yang sebenar adalah apabila seseorang itu mendapat kasih Sayang
dari Allah. Kasih sayang dari Allah sahaja yang akan berkekalan. Kesannya tanpa kasih
sayang Allah seseorang itu tidak akan memperolehi kebahagiaan y ang sebenar.
Huraian 2- Kasih sayang kepada insan yang disayangi akan memberi kebahagiaan kepada
seseorang.
Contoh - Kekasih itu yang menyukakan hati hidayat itu adanya

Fakta 3- Keagongan dan kekuasaan Allah.


Huraian - Allah Maha Agong dan Maha Berkuasa ke atas sekelian makhluk ciptaanNya.
Allah sentisa bersama kita walau di mana kita berada. Allahlah yang berkuasa memberi
kasih sayangNya kepada hamba dan berkuasa memberi Kebahagiaan kesannya kita
menyedari bahawa ALLAH maha berkuasa dan dapat menguatkan akidah.
Contoh - Kekasih ia juga dengan bawa pun ia juga

Fakta 4- Hidayah Allah.


Huraian - Orang yang mendapat hidayah Allah merupakan golongan yang beruntung di
sisiNya.Untuk mendapat hidayah dari Allah kita perlulah melaksanakan segala suruhanNya
dan meninggalkan segala laranganNya.Orang yang diberi hidayah perlu sentisa bersyukur
kepada Allah atas anugerah yang tidak ternilai.
Contoh - Kekasihku itu yang menyukakan hati hidayat itu adanya

Fakta 5- Kesetiaan
Huraian 1- Kesetiaan pada Allah ialah dengan melakukan segala suruhan dan meninggalkan
segala laranganNya.kesannya ia dapat mengelakkan seseornag itu dalam kesedihan.
Huraian 2- Pasangan yang setia akan menjauhi
masing-masing.

perkara yang dibenci oleh pasanagn

Contoh -Hati yang menghilangkan halar kekasihku itulah yang setia juga

Fakta 6- Tentang golongan yang untung dan rugi


Huraian l- Golongan yang beruntung di dunia dan akhirat ialah orang yang mendapat kasih
Sayang Allah. Kasih sayang Allah akan memberi kebahagiaan dan dapat menghilangkan
kesedihan.Manakala orang yang rugi ialah orang yang tidak mendapat kasih sayang Allah
kehidupan mereka adalah sia-sia.
Huraian 2-Orang yang mendapat kasih sayang dari orang yang disayangi akan hidup dlm
kebahagiaan, Orang yang mendapat kasih sayang dari orang yang dicintai merupakan orang
yang rugi.
Contoh - Dijauh daripada bernyawa itu barang siapa,
Jika seribu tahun hidup sia-sia juga

Pilih 5 isi
5 isix 3 markah=15 markah

You might also like