You are on page 1of 11

SULIT

922/2

STPM

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF


SASTERA DAN PEMBANGUNAN
KERTAS 2
(Dua Jam)
JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN
SKEMA
SET 2

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN
Jawab tiga soalan sahaja: satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B dan C.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

___________________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada 10 halaman bercetak
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan 2015
1

1.
Lebai Maarup dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur digambarkan sebagai
pendakwah daripada golongan muda yang mempunyai jati diri yang mulia. Berdasarkan pernyataan
di atas, bincangkan keperibadian watak tersebut yang dapat diterapkan dalam kehidupan anda. [25]
__________________________________________________________________________________
Skema pemarkahan
A.

Pengenalan.[3]

F1
F2
F3

Konsep jati diri


Latar belakang Lebai
menyenaraikan isi

B.

Isi

[20]

F1
Sanggup berkorban.
H/C
Sebagai anak muda yang berdakwah Lebai Maarup sanggup berkorban harta dan nyawa
untuk perkembangan agama. Lebai Maarup sanggup meneruskan usaha-usaha dakwah walaupun
beliau dipukul dan dicederakan oleh Mat Akil dan pemuda-pemuda nakal di Kampung Pulai. /beliau
sanggup wakafkan hartanya untuk tujuan pembangunan agama Islam di Kampung Pulai. Begitu juga
saya akan berkorban wang dan masa demi mendapat kecemerlangan dalam menuntut ilmu dan
sanggup menempuh cabaran yang mendatang.
F2
Ikhlas.
H/C
Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah dan kerja yang dilakukan sematamata kerana Allah. Lebai Maarup ikhlas menjalankan dakwah terhadap penduduk Kampung Pulai
kerana tugas itu dianggap sebagai tanggungjawab beliau yang berilmu bagi menyedarkan penduduk
kampung yang lalai supaya kembali mengamalkan ajaran Islam.Saya juga akan mengamalkan sifat
ikhlas dalam menuntut ilmu, ikhlas dalam persahabatan supaya kita dihormati dan berjaya menjadi
orang yang berilmu.
F3
Rajin.
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan.Lebai Maarup digambarkan sebagai
seorang yang rajin kerana disamping mengajar mengaji dia juga pagi-pagi lagi menolong Bilal
Endut memotong getah . Kerajinan Lebai Maarup dipuji oleh Imam Saat dan Bilal Endut.Sebagai
seorang pelajar saya mesti rajin berusaha disamping belajar bersungguh-sungguh saya perlu
membantu ibubapa dengan membuat tugas atau kerja-kerja di rumah .
F4
Pintar/bijak
H/C
Bijak dalam membuat keputusan dan boleh mendatangkan kebaikan kepada orang ramai.
Lebai Maarup bijak membuat keputusan untuk mewakafkan tanah pusakanya kerana dia sedar
perlombongan yang dilakukan oleh Syarikat Lombong Lembah Tualang tidak akan selesai dalam
masa empat, lima tahun tetapi akan berlanjutan hingga 15 atau 20 tahun.Oleh itu syarikat patut
mendirikan sebuah kompleks dan di situ memerlukan sebuah masjid dan sekolah agama, dan
tanahnya itu diwakafkan untuk memajukan Agama Islam.
-Penerapan dalam kehidupan
F5
Pemaaf.
F/H
Orang yang rela memberi maaf adalah seseorang yang sangat mulia akhlatnya terutama
golongan pendakwah.Lebai Maarup adalah seorang yang pemaaf dan tidak berdendam kepada orang
yang melakukan kejahatan kepadanya. Dia redha dan menganggap apa yang berlaku ke atas dirinya
sebagai takdir daripada Allah, dan dia percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.
-Penerapan dalam kehidupan.

F6
Sabar.
H/C
Sebagai seorang pendakwah hendaklah sabar menahan diri daripada keluh kesah tentang
sesuatu yang tidak disukai dan menahan diri daripada mengadu kepada yang lain selain daripada
Allah ketika berlaku sesuatu bencana.Lebai Maarup sabar menghadapi ujian Allah . Beliau jiga sabar
menghadapi liku-liku kehidupan ketika difitnah, dicerca dan dipukul oleh Mat Akil dan rakanrakannya.
-Penerapan dalam kehidupan
F7
Taat beribadah.
H/C
Sebagai seorang muslim dan pendakwah hendaklah taat mengerjakan ibadah solat dan
berdakwah. Lebai Maarup taat beribadah dan berusaha mengajak masyarakat Kampung
Pulai khususnya pemuda-pemuda bersama-sama meramaikan urau kampong itu dengan sembahyang
berjemaah.
- Penerapan dalam kehidupan
F8
Zuhud/Tidak mementingkan kekayaan.
H/C
Lebai Maarup seorang pemuda yang soleh tidak mementingkan hal keduniaan tetapi lebih
mementingkan ganjaran Allah di akhirat. Oleh sebab itu dia sanggup mewakafkan tanah pusaka
bapanya itu untuk kebaikan dan untuk kegunaan keperluan-keperluan agama . Dia tidak sanggup
serahkan tanahnya untuk tapak perlombongan walaupun dengan bayaran yang tinggi yang ditawarkan
oleh En Muhamad. Saya juga patut mengamalkan sifat zuhud agar kehidupan kita seimbang antara
kehidupan dunia dan kehidupan selepas mati.

Fakta yang sesuai juga boleh diterima.

Pilih 5 isi sahaja.


1 isi = 4 markah [2 markah fakta,1 markah huraian,1 markah penerapan dalam kehiadupan]
5 isi = 5 X 4markah =20 markah.
C

Penutup

[2]

Saranan/rumusan/penegasan kepada isi.[sekiranya bahagian isi calon dapat 0m, maka penutup juga
calon tidak layak mendapat markah iaitu 0m].

2.
Berdasarkan Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) terdapat tokoh agama yang dapat dijadikan
contoh dalam membangunkan sahsiah insaniah. Bincangkan kehidupan beragama dalam konteks
pembangunan insan.
[25]
______________________________________________________________________________
Skema permarkahan
A.

Pengenalan

[3]

F1
F2

Konsep kehidupan beragama


menyenaraikan tokoh-tokoh agama

B.

Isi [

20]

F1
Sheikh Ismail menyebarkan Islam
H/C
Sheikh Ismail mengetuai rombongan dari Jeddah ke Sumatera bagi menyebarkan islam ke
Semudera Pasai.Jika beliau tidak datang ke Semudera Pasai sudah pasti agama Islam tidak akan
tersebar. Kegigihan Sheikh Ismail menyebarkan Islam perlu dijadikan teladan bagi memastikan setiap
insan ada pegangan agama yang kukuh.
F2
Fakir Muhammad mengislamkan raja-raja Melayu
H/C
Kedatangan Sheikh Ismail telah menyebabkan Fakir Muhammad ikut serta dalam rombongan
untuk menyebarkan Islam ke Semudera Pasai, beliau telah berjaya mengislamkan Fansuri, Lamiri,
Haru, Perlak, Semudera dan Pasai.
F3
H/C

Syed Abd. Aziz guru agama

F4
Maulana Abu Ishak Mengarang kitab-kitab agama .
H/C
Maulana Abu Ishak adalah seorang pendita dan seorang sufi / ahli tasawuf. Mengarang kitab
Duril Mazlum. Kitab ini menjadi sangat masyhur di negeri Melaka dan Pasai
F5
Maulana Abu Bakar mengajar kitab
H/C
Gurunya telah menyuruhnya menyebarkan kitab itu ke Melaka pada zaman Sultan Mansut
Syah. Pengajian kitab itu menjadi terkenal di Melaka.
F6

Maulana Yusuf mendidik supaya hormat guru

F7

Maulana Abdul Aziz menjadi qadhi.

F8

Sidi Ali Ghiathud Din ; Penasihat Sultan

Pilih 5 isi sahaja.


1 isi = 4 markah [2 markah fakta,1 markah huraian,1 markah penerapan dalam kehiadupan]
5 isi = 5 X 4markah =20 markah.
C

Penutup

[2]

Saranan/rumusan/penegasan kepada isi.[sekiranya bahagian isi calon dapat 0m, maka penutup juga
calon tidak layak mendapat markah iaitu 0m].

3.
Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur memaparkan aspek perpaduan yang dikatakan
cerminan masyarakat pada masa kini. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perpaduan dalam
konteks pembangunan masyrakat sekarang.
[25]
__________________________________________________________________________________
Skema Permarkahan
A.

Pengenalan

[3]

F1
F2

Konsep perpaduan
menyenaraikan isi-isi penting

B.

Isi

[20]

F1
Perpaduan melalui perniagaan.
H/C
En.Muhammad mewakili orang melayu menguruskan sebuah anak syarikat milik saudagar
cina iaitu Dato Tan yang mewakili masyarakat cina.Kerjasama antara En.Muhammad dan Dato Tan
menggambarkan perpaduan kaum masyarakat masa kini dalam bidang perniagan. (m/s 7). Penglibatan
En. Muhammad dalam dunia perniagaan sebagai salah seorang usahawan Melayu yang berjaya telah
ditonjolkan oleh Keris Mas yang ingin menampakkan keseimbangan ekonomi antara orang melayu
dan bukan melayu.Mewujudkan hubungan yang harmoni dan mengekalkan keamanan dalam
masyarakat.
F2
Perpaduan melalui pendidikan.
H/C
Faktor pendidikan merupakan tonggak penting dalam membentuk masyarakat yang terdiri
dari pelbagai kaum. Rahim anak En. Muhammad dan Robert anak Dato Tan berkawan sejak dibangku
sekolah lagi. Kedua-dua watak ini menjadi harapan kerajaan untuk menggerakkan pembangunan
melalui pendidikan dan perpaduan kaum.( m/s 33)
F3
Perpaduan melalui perkahwinan
H/C
Perkahwinan Gayah dengan Sudin telah berjaya menyatukan dua keluarga iaitu keluarga
En.Muhammad dengan keluarga Imam Saad yang sudah lama bermusuhan. (m/s 147-148).
Permusuhan disebabkan oleh tindakan Lebai Maali iaitu moyang Sudin melarang orang-orang
kampung menuntut bela atas kematian penghulu yang dilantik oleh Datuk Indera Mat Seman. (m/s
103). Perkahwinan mampu menjadi wadah dalam mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan dalam
kalangan anggota masyarakat.
F4
Perpaduan melalui amalan keagamaan
H/C
Melalui amalan keagamaan juga, perpaduan dapat dibentuk. Solat berjemaah misalnya dapat
membentuk masyarakat yang bersatu padu.Dalam novel SBDKL peranan Lebai Maarup yang tidak
pernah berputus asa mengajak masyarakat kampong Pulai untuk berjemaah di surau menemui
kejayaan.
F5
Perpaduan dicapai melalui amalan ikatan kekeluargaan
H/C
Ikatan keluarga yang kuat juga dapat membentuk perpaduan.Contohnya sewaktu
En.Muhammad ingin mengadakan pembahagian harta, semua angota keluarga berkumpul di rumah
Penghulu Mahmud.Secara tidak langsung semua ahli keluarga En.Muhammad dapat beramah mesra
dan menyambung silaturahim yang sekian lama terputus.Sekiranya En. Muhammad tidak memangil
kesemua ahli keluarga, sudah tentu mereka tidak dapat mengenali antara satu sama lain terutama
generasi baru.(m/s 336)

F6
Perpaduan melalui kejiranan
H/C
Amalan semangat kejiranan dapat memupuk sikap saling membantu dalam sesuatu majlis
keramaian yang diadakan seperti majlis perkahwinan, majlis puja umur sultan dan lain-lain.Amalan
semangat kejiranan dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan ahli masyarakat. Contohnya
masyarakat kampong Pulai mengadakan gotong-royong membuat persiapan menyambut majlis puja
umur Sultan.(m/s 34). Gotong-royong membuat persiapan menanti rombongan pengantin lelaki (m/s
140-141) yang diadakan di rumah En.Muhammad d Kuala Lumpur sewaktu perkahwinan Gayah dan
Sudin.
F7
Perpaduan melalui penerimaan budaya
H/C
Orang-orang cina sudah boleh menerima dan memakan makanan tradisi orang-orang Melayu.
Contohnya, cik Puan Tipah berbual dengan Mahani dan En.Muhamad menyatakan masyarakat pada
masa kini telah banyak berubah terhadap makanan.Cik Puan Tipah menyatakan orang cina di
Malaysia pun makan belacan dan sambal.(m/s 240). Datuk Tan dan Datin Tan turut menikmati
masakan masyarakat melayu di kampong Pulai iaitu lemang telur ikan walaupun mereka berbangsa
cina.(m/s 14)
Pilih 5 isi
1 isi x 5 m (1 markah fakta, 2 markah Huraian/Contoh (prodan kontra) 1 markah respon
pelajar)
4 isi x 5 m = 20 markah
C.

Penutup

[2]

Perlu ada pendapat, saranan atau cadangan


Nota: (sekiranya bahagian isi calon dapat 0m, maka penutup juga calon tidak layak mendapat markah
iaitu 0m).

4.
Masyarakat Melayu tradisional mencintai alam sekitar. Bincangkan pernyataan tersebut
berdasarkan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)
[25]
__________________________________________________________________________________
Skema permarkahan
A.

Pengenalan

[3]

F1
F2

konsep alam sekitar


menyenaraikan isi

B.

Isi

[20]

F1
pencetus nama/asal usul negeri/tempat.
H/C
Keindahan alam sekitar yang menarik indah dan cantik telah mendorong raja atau pemerintah
mengambil suasana alam sekitar tersebut sebagai nama/asal usul sesebuah negeri.ebaliknya jika
sesebuah tempat tersebut alam sekitarnya tidak menarik dan luar biasa, biasanya nama sesuatu tempat
itu tidak dijadikan sebagai nama sebuah negeri atau tempat.Raja Iskandar Syah menamakan negeri
Melaka bersempena nama pokok Melaka tempatnya berhenti melihat anjing buruannya dihambat
pelanduk. Kecintaan terhadap alam turut mempengaruhi masyarakat setempat menjadikannya
sebagai penempatan yang selesa untuk didiami.
F2
benteng penyelamat masyarakat / negeri.
H/C
Keindahan alam sekitar dapat dijadikan benteng menyelamatkan masyarakat dan negeri
daripada dikalahkan musuh keindahan alam dapat dijadikan taktik/tipu muslihat dalam menghadapi
tentera musuh. Sebaliknya jika tidak terdapat unsur alam sekitar agak sukar untuk dijadikan alat /
taktik tipu muslihat bagi menghadapi musuh yang mendatang.Tun Perak telah memanfaatkan alam
sekitar iaitu pokok bakau, nyireh, api-api dan tumu di tepi pantai semuanya digantung/ditambati api
pada waktu malam sehinggakan taktik ini telah menakutkan da berjaya mengusir tentera Siam yang
dipimpin Awi Dicu. Masyarakat terselamat dari berdepan dengan peperangan.
F3
tempat istirehat dan riadah
H/C
Keindahan dan kecantikan pemandangan alam sekitar sesuatu tempat menjadi sumber tarikan
raja dan pemerintah untuk menjadi tempat beristirehat dan berriadah bagi menikmati flora dan fauna
tempat tersebut. Sebaliknya jika keindahan dan kecantikan pemandangan alam sekitar sesuatu tempat
itu tidak dinikmati oleh masyarakat maka iannya tidak dapat dijadikan tempat istirehat dan riadah.
Raja Suran menikmati keindahan dan kecantikan alam sekitar negeri Bijaya Negara dengan
menjadikan tempat itu tempat istiehat dan riadahnya dengan menikmati keindahan bukitnya, gunungganang dan padang yang luas, sayup mata memandang. Raja Suran juga berburu dan menjerat gajah
di hutan tersebut.
F4
mengundang penaklukan negeri.
H/C
Keindahan dan kecantikan pemandangan sesuatu tempat/ alam sekitar juga mengundang
masalah iaitu negeri yang berkuasa ingin menguasainya atau menakluknya. Dengan kata lain negeri
yang berkuasa ingin menakluk negeri yang memiliki keindahan alam sekitar tersebut. Sebaliknya jika
negeri itu tidak memiliki keindahan dan kecantikan alam sekitarnya ini akan mengurangkan potensi
penaklukan ngeri yang kuat. Pemerintah Melaka, Sultan Mansur Syah telah mengarahkan Bendahara
Paduka Raja menakluki negeri Inderapura kerana alam semulajadinya yang kaya, air sungainya yang
cantik, memiliki emas dan hutannya penuh dengan pelbagai binatang. Akhirnya negeri Inderapura
dapat ditawan dan Maharaja Dewa Sura pemerintah Inderapura ditangkap.

F5
mempersonakan
H/C
Keindahan dan kecantikan sesuatu tempat / alam sekitar menerbitkan rasa terpesona yang
amat sangat. Sebaliknya jika masyarakat itu menikmati keindahan alam secara biasa ianya tidaklah
melibatkan rasa. Peristiwa Tun Mamat yang menikmati keindahan alam sekira di puncak Gunung
Ledang untuk meminang Puteri Gunung Ledang adalah pengalaman mistik dan separuh sedar. Di
mana Tun Mamat menikmati keindahan alam yang amat luar biasa sekali. Bunyi Buluh Perindu,
nyanyian burung dan mergastua begitu mengasyikkan sekali yang menyebabkan Tun Mamat
terpesona , khayal dan lalai.
Pilih 5 isi sahaja
1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian/contoh(pro dan kontra) 1 markah erpon
pelajar)
5 isi x 4 markah =20
C.

Penutup

[2]

Saranan/rumusan/penegasan kepada isi.


Nota: (sekiranya bahagian isi calon dapat 0m, maka penutup juga calon tidak layak mendapat markah
iaitu 0m).

5.
Nasionalisme penting untuk pembangunan negara. Bincangkan pernyataan tersebut
berdasarkan novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
[25]
__________________________________________________________________________________
Skema Permarkahan
A

Pengenalan

[3]

F1
F2

Definisi nasionalisme
Menyenaraikan kelima-kelima isi penting yang hendak dikemukakan.

Isi

[20]

F1
tidak mudah terpengaruh dengan budaya barat
H/C
Biarpun Rahim telah lama belajar di luar negara, namun dia tidak pernah terpengaruh dengan
budaya barat dan terpesong daripada batas-batas agama. Sekiranya Rahim tidak mempunyai
semangat nasionalisme mungkin dia sudah mengamalkan budaya barat dan terus menetap di sana
selepas tamat pengajian. Jelaslah warganegara yang tidak mudah terpengaruh dengan budaya barat
akan memberi sumbangan dengan bekerja di negara sendiri.
F2
taat setia kepada raja yang melambangkan kedaulatan negara
H/C
Orang Kaya Indera Datuk Muhamad Saman taat kepada raja. Beliau merupakan pembesar
pertama yang patuh kepada sultan membenarkan Inggeris memungut cukai
F3
Berbakti kepada negara.
H/C
Rahim dan Robert yang belajar di luar negara sanggup pulang berbakti kepada negara dengan
menggunakan ilmu yang telah dipelajari mereka untuk memajukan sektor perlombongan
F4
mempertahankan hak demi kedaulatan negara
H/C
Orang Kaya Bendahara Muda mempertahankan hak tanah airnya daripada tindakan Inggeris
memungut cukai di wilayahnya.
F5
mewujudkan perpaduan demi keamanan dan kemajuan negara
H/C
En Muhammad dan Datuk Tan bekerjasama dalam perdagangan dan perlombongan.
Kerjasama ini memberi sumbangan besar kepada pertummbuhan ekonomi negara
F6
menyanjungi tinggi institusi beraja
H/C
Setiap tahun penduduk wilayah Tualang menyambut ulang tahun puja umur sultan yang
menandakan mereka begitu menyanjung tinggi kedudukan raja
Pilih 5 isi
1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian perbincangan dan contoh, 1 markah
respon pelajar)
5 isi x 4 markah = 20 markah
C

Penutup

[2]

Saranan/rumusan/penegasan kepada isi.


Nota: (sekiranya bahagian isi calon dapat 0m, maka penutup juga calon tidak layak mendapat markah
iaitu 0m).

6.
Pembangunan sektor ekonomi turut mendapat perhatian Keris Mas dalam novel Saudagar
Besar dari Kuala Lumpur. Bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan negara.
[25]
_________________________________________________________________________________
Skema pemarkahan:
A.

Pengenalan [3]

A1
A2

Konsep Ekonomi
menyatakan isi jawapan

B.

Isi

[20]

F1
Sektor pertanian
H/C
Pertanian merupakan salah satu sumber ekonomi yang turut diperkatakan dalam novel ianya
melibatkan penanaman orkid yang diusahakan oleh Cik Puan Tipah di kawasan Jeram Medang
bermatlamatkan untuk mengajar pemuda-pemuda Kampung Pulai tentang penanaman orkid yang
diharapkan akan membantu mereka dari segi ekonomi. Jika sekiranya usaha penanaman orkid tidak
dijalankan penduduk kampung tidak akan mendapat ilmu penanaman orkid. Bidang pertanian
khususnya penanaman orkid mampu menjana pendapatan negara menerusi pengeksportan bunga
orkid ke luar negara yang sememangnya mendapat pasaran di peringkat global.
F2
Sektor Perlombongan
H/C
Perlombongan merupakan antara sumber ekonomi yang menyumbang dalam proses
pembangunan negara. Encik Muhammad berhasrat untuk membuka kembali perusahaan
perlombongan di Kampung Pulai menerusi penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang bagi
menghidupkan kembali perusahaan ini yang telah dimulakan sejak zaman datuknya. Bidang ini
mampu membuka peluang pekerjaan sebagaimana yang diharapkan oleh Encik Muhammad kepada
golongan muda.
F3
Bidang perladangan
H/C
Sektor perladangan merupakan antara sektor yang banyak menyumbang kepada
perkembangan ekonomi negara. Datuk Tan memiliki ladang getah yang luas yang dikendalikan oleh
Jahid sebagai mandurnya. Perladangan telah membantu membuka peluang pekerjaan kepada golongan
muda.
F4
Bidang perkilangan
H/C
Kilang yang diwujudkan mampu menjana pendapatan kepada negara menerusi pengeksportan
bahan atau produk yang dikeluarkan ke negara lain.YB Mohd.Yusof memiliki kilang papan di pecan
Tualang yang hendak dimajukan dan dibesarkan lagi.
F5
Bidang perdagangan
H/C
Sektor yang melibatkan urusniaga yang berskala besar dan turut berkait dengan import
eksport ke luar negara. Kejayaan syarikat Encik Muhammad mendapat kontrak pembekalan lada
hitam ke jerman merupakan bukti sector perdagangan mampu membangunkan negara sebagai
pengeluar dan pengeksport lada hitam terbesar di dunia.

F6
Bidang perniagaan
H/C
Urusniaga yang berskala kecil dengan modal pusingan yang sedikit. Pak Salim merupakan
peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan di kampung Pulai yang membekalkan barangan runcit
dan juga kedai makan. Penglibatan dalam dunia perniagaan turut merancakkan perkembangan
ekonomi setempat dan mampu member pulangan kepada negara dari segi cukai barangan.
F7

Bidang perumahan

F8

Bidang Perikanan

F9

Sektor perlancongan

Pilih 5 isi sahaja.


1 isi = 4 markah [2 markah fakta,1 markah huraian,1 markah penerapan dalam kehiadupan]
5 isi = 5 X 4markah =20 markah.

C.

Penutup

[2]

Saranan/rumusan/penegasan kepada isi.[sekiranya bahagian isi calon dapat 0m, maka penutup juga
calon tidak layak mendapat markah iaitu 0m].
C1
Sektor ekonomi sewajarnya dimajukan bagi menjana pendapatan buat negara dari segi
percukaian dan ianya mampu membangunkan negara ke arah yang lebih baik.
C2
Sektor ekonomi yang dijana dengan baik mampu mengelakkan negara berdepan dengan krisis
ekonomi dan seterusnya membantu kerajaan memajukan negara.
C3
Adalah diharapkan agar sector ekonomi yang ada terus dipertingkatkan lagi ke tahap yang
paling optima agar dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara yang lebih maju pada masa
akan datang.

SKEMA TAMAT

You might also like