You are on page 1of 30

SULIT

922/2
Kesusasteraan Melayu
Kertas 2
2011
3 Jam

JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2012
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

KESUSASTERAAN MELAYU
KERTAS 2
(Penghayatan Kesusasteraan Melayu Moden)
Masa : Tiga Jam
Arahan kepada calon:
Jawab empat soalan sahaja: satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, C, dan D.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

STPM 922/2

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak


[ Lihat sebelah]
1

Bahagian A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN DAN KRITIKAN SASTERA


1.
Dan, dalam peringkat perkembangannya, terutama apabila menempuh tahun-tahun 1930an, jelas dilihat penyuaraan penulis menjadi semakin berani, lantang dan tegas. Persoalan
ekonomi misalnya, sudah sampai pada peringkat memberi pandangan yang lebih kritis di
samping cadangan bagaimana orang Melayu boleh membangunkan kembali segala
kemerosotannya.
[Dipetik daripada Sejarah Kesusasteraan Melayu, DBP. hlm 107]
a).

Nyatakan nama dua orang penulis yang mengemukakan persoalan ekonomi .

[4]

b).

Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan penulis zaman sebelum perang


memperkatakan persoalan ekonomi dalam karya-karya mereka.

[9]

c).

Jelaskan tiga persoalan ekonomi yang sering diperkatakan oleh penulis pada zaman
sebelum perang.
[12]

2.
Walaupun pada mulanya kumpulan ASAS 50 ini menganjurkan keseriusan berkarya
dalam bidang kreatif, bidang kritikan turut mendapat perhatian, tetapi di tempat yang
terkemudian.
[Dipetik daripada Sejarah Kesusasteraan Melayu, DBP. hlm 689]
a).

Nyatakan dua tokoh ASAS 50 yang bergiat aktif dalam bidang kritikan pada zaman
tersebut.
[2]

b).

Huraikan isu konsep pertentangan fungsi seni yang telah mewarnai kritikan ASAS 50.
[8]
Jelaskan tiga corak kritikan yang ditulis oleh kebanyakkan penulis ASAS 50.

c).

[15]

Bahagian B: NOVEL DAN CERPEN.


Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.
3. Baca petikan novel di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya
Entahlah. Yang Berhormat memang tidak beritahu saya pak su dan pak long pun akan
datang.
Apa agaknya hajat mereka?
Wallahu aalam. Nantilah kita tanya.
Tuk Empat Dahlan dan Imam Saad telah diberitahu dan telah tiba, lalu bersama Sudin
dan Pak Salim pergi menyonsong ke tepi jalan.
Sudin berasa amat gelisah. Dia melihat jam tangannya. Perjumpaan sepatutnya telah
bermula setengah jam yang lalu. Sekarang telah pukul sebelas setengah. Waktu Jumaat akan tiba
kira-kira satu jam lagi. Rombongan Yang Berhormat dengan pak su masih lagi bercakap-cakap
dengan rombongan yang menyongsong.
Alhamdulillah nampaknya orang kampung memberi sambutan yang hebat. Mereka telah
menunggu lama. Ada yang datang awal-awal pagi.
[ Dipetik daripada novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur 2003, halaman 173 ]
a)

Siapakah pak su dan pak long dalam petikan di atas.

b)

Huraikan tiga aspek penting yang mengukuhkan plot berserta dengan contohnya yang
terdapat dalam petikan di atas.
[9]

c)

Huraikan tiga bentuk nilai kemanusiaan yang diperlihatkan oleh watak pak su terhadap
penduduk kampung dalam novel di atas.
[ 12 ]

[4]

4.

Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya.


Dalam perjalanan pulang ke Saga, Nilakesuma bertanya kepada Iqbal: Mengapa tibatiba sahaja Yoshida marah bergambar di tugu itu?
Agak susah mahu jawab, kata Iqbal. Alasan datuk Michiko itu ada benar dan ada
tidaknya.
Yang benarnya apa?
Yang benarnya dunia masih belum bebas daripada api peperangan. Jika tidak antara
negara dengan negara, bangsa dengan bangsa, suku dengan suku, maka ada peperangan dengan
nafsu yang ada dalam diri kita.Itulah peperangan yang paling hebat yang dikatakan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. sesudah balik daripada peperangan Badar.
Yang tidaknya?
Yang tidaknya terlalu subjektif untuk dikatakan. Di sini seperti yang kita alami, sebagai
contoh di Nagasaki ini sahaja memanglah tidak apa apa-apa. Semua orang yang datang melawat,
barangkali sedikit sangat yang terkesan dengan malapetaka yang terjadi.
(Dipetik daripada Cerpen Nagasaki, Mutiara Sastera Melayu Moden, MPM, DBP,
2003,hlm.166)

a).

Berikan tiga alasan mengapa tiba-tiba sahaja Yoshida marah bergambar di tugu itu

[6]

b).

Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan tiga kesan peperangan yang
dialami oleh watak Yoshida

[9]

Huraikan lima nilai pengajaran yang boleh dikutip daripada cerpen di atas.

[10]

c).

Bahagian C : DRAMA
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.
5

Berdasarkan petikan di bawah, jawab soalan-soalan berikutnya:

DAHLAN

: Patutnya pak cik bermegah-megah saya berpelajaran tinggi dan berpendapatan besar.

PAK HAMID

: Apa guna berpendapatan besar, kalau hutang berselaput dan tidak amanah?

DAHLAN

: Apa, pak cik? (Bangun). Tidak amanah?

PAK HAMID : Rahimah mengadu, kau tak amanah? Kerana menurutkan nafsu, kau banyak hutang.
sekarang, sebelum pintu penjara terbuka buat kau, lebih baik jelaskan hutang-hutang kau itu.
Berhentilah dari kerja-kerja tak amanah.
DAHLAN

: Pembohong, apa yang saya tak amanah?


(Dipetik daripada MPM [peny.] 2003. Drama Lawyer Dahlan
dalam teks Mutiara Sastera Melayu Moden, Kuala Lumpur: DBP, hlm
216 - 217)

a).

Jelaskan penggunaan teknik imbas muka yang terdapat dalam petikan di atas.

[4]

b).

Galurkan peristiwa selepas dialog di atas sehingga akhir drama.

[9]

c).

Buktikan bahawa kata-kata Pak Hamid tentang kerja-kerja tak amanah itu benar berdasarkan
watak Dahlan.
[12]

6.

Baca petikan di bawah, jawab soalan-soalan berikutnya,

yang

WAN: ...Inilah manusia yang berhemah tinggi. Sahsiah yang kuat, iman yang teguh, semangat
yang tabah, hati yang mampu mengasihi dan mencintai dengan dalam; manusia
berkaliber tinggi, Aziz sungguh bertuah.
WAN: Jadi, pasal tu hang nak tulih cerita depa?
NIK:

Aku memang kenal baik mereka berdua. Aziz, Tuhan beri fikiran yang tajam dan sensitif,
serta jiwa seni yang halus.

a.

Siapakah yang dimaksudkan dalam petikan di atas ... Inilah manusia yang berhemah tinggi dan
Jelaskan citra wataknya.
[16]

b.

Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam drama di atas

[9]

(Dipetik daripada MPM [peny.] 2003. Drama Malam Ini Penyu Menangis dalam teks
Mutiara Sastera Melayu Moden, Kuala Lumpur: DBP, hlm 261 262)

Bahagian D : SAJAK
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.
7. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Membunuh Mimpi
(sebuah pesan untuk Mayawati)

Usman Awang
Usiamu menghampiri sunti dara
mengibarkan rasa di selendang sutera
menyembunyikan malu di bilik terkunci
diselubungi rindu lagu dan tari
seribu bayang seribu mimpi
yang manis indah kerana itulah mimpi

Mimpi itu adalah keajaiban anugerah


tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah
terasing di cermin kenyataan
kehidupan yang ganas dan kejam.

10

Sunti daraku,
jangan kau pinjam lamunanku, hati seorang ayah
yang kini kubenci sebab begitu lemah
selamanya mimpiku hidup ini serba indah.
Bunuhlah mimpi itu, anakku
kau membunuh segala palsu
lagu dan rindu
yang selalu menipumu.

15

Dapatkan keberanian hidup baru


dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu.

20

(a). Nyatakan tema dan jelaskan dua persoalan dalam sajak di atas.

[7]

(b). Jelaskan tiga gambaran watak ayah dalam sajak tersebut.

[9]

(c). Apakah jenis estetik bahasa pada kata dan frasa di bawah, dan apakah kaitan peranannya mengikut
konteks sajak di atas?
[9]
i.

seribu bayang seribu mimpi


yang manis indah kerana itulah mimpi
6

8.

ii.

terasing di cermin kenyataan

iii.

Bunuhlah mimpi itu, anakku

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya,
Ke Ruang Katarsis
Zaen Kasturi
Sesudah mengisi mimpi sesia di ranjang nyedar
apakah yang sempat kita kutip lewat darah dan air mata
poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah
resah mengeliat ke tanah
resah mengeliat ke rimba
resah memulas ke tulang bangsa.
Barangkali kitalah penanam padi-padi hampa
membiarkan anak-anak keridik mencuri meresik
malinja dan mahsuri di bendang galauan
hingga gugup mengatur genta pertama

10

gugup lahir di mata kita


gugup lahir di suara kita
gugup membiak di mana-mana.
Kita tidak lagi pernah bertanya kenapa manusia
harus jadi manusia tanpa menolak kebenaran untuk jadi
manusia yang tegar meniup seruling kemanusiaan
yang ligat memetik kecapi keluhuran
kerana kita lupa apa yang tersimpan di album bangsa
album bangsa pernah menyimpan sejuta potret luka
luka berpinar ke nyali jagat
luka berputar ke rohaniah umat
luka menyentak haluan kiblat.
Esok kita bakal menggali tanah
dan menggalas cangkelong maut dari kulit sendiri
ke manakah bangkai dosa akan dikirim
ke kali tujuh penjuru gunung
atau ke laut tujuh penjuru tanjung
sedang kita pernah menari ala canggung maharisi
di kaki bicara nihilisme. Sempurnakah kekesalan kita dengan
melimpah air mata nanah ke luka bangsa?

15

20

25

30

Jerit kita nanti cuma tulang-tulang yang tidak


sempat ditalkinkan pada saat pertama lolong angin tenggara
memintal duka bersama
pekik kita nanti cuma darah-darah yang tidak sempat
dikebumikan pada saat pertama raung hujan selatan
mengayam gugup bergantungan di dada.

35

Mari kta lagukan canggung katarsis


arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang
muzik kita nanti bukan lagi tubuh sayap merpalang.
Ayunkan roh anak ke pintu hakiki
Dodoikan nyali anak ke perabung maknawi
temani tidur mereka dengan mimpi-mimpi wangi
dan selimut iman dari Tuhan.

40

Di Atas Mimbar Merdeka, 1994


Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.304 -305

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia[peny.], 2003.


Mutiara Sastera Melayu Moden. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur. Hal. 310-311.)

a).

Terangkan maksud ungkapan yang berikut,


i.

poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah

[2]

ii.

album bangsa pernah menyimpan sejuta potret luka

[2]

b).

Jelaskan unsur perulangan yang terdapat dalam sajak di atas

[12]

c).

Huraikan pandangan penyajak terhadap generasi muda kini.

[9]

soalan tamat.

SULIT
922/2
Kesusasteraan Melayu
Kertas 2
2011
3 Jam

JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2012
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

SKEMA
KESUSASTERAAN MELAYU
KERTAS 2
(Penghayatan Kesusasteraan Melayu Moden)
Masa : Tiga Jam
Arahan kepada calon:
Jawab empat soalan sahaja: satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, C, dan D.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini mengandungi 22 halaman bercetak


Skema Jawapan.
Soalan 1

Bahagian A
SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN DAN KRITIKAN SASTERA
1.
1.
Dan, dalam peringkat perkembangannya, terutama apabila menempuh tahuntahun 1930-an, jelas dilihat penyuaraan penulis menjadi semakin berani, lantang dan tegas.
Persoalan ekonomi misalnya, sudah sampai pada peringkat memberi pandangan yang lebih kritis
di samping cadangan bagaimana orang Melayu boleh membangunkan kembali segala
kemerosotannya.
[Dipetik daripada Sejarah Kesusasteraan Melayu,
DBP. hlm 107]
a.

Nyatakan nama dua orang penulis yang mengemukakan persoalan ekonomi .

b.
Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan penulis zaman sebelum perang
memperkatakan persoalan ekonomi dalam karya-karya mereka.

[4]
[9]

c.
Jelaskan tiga persoalan ekonomi yang sering diperkatakan oleh penulis pada zaman
sebelum perang.
[12]
___________________________________________________________________________
Skema Jawapan:
a.
Nyatakan nama dua orang penulis yang mengemukakan persoalan ekonomi .
F1:
F2:
F3:
F4:

Ishak Hj. Muhammad


Shamsuddin Salleh
Abd. Rahim Kajai
Raja Mansor

2 markah
2 markah
2 markah
2 markah

Pilih 2 isi sahaja


1 isi = 2 markah
2 isi x 2 markah = 4 markah
b.
Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan penulis zaman sebelum perang memperkatakan
persoalan ekonomi dalam karya-karya mereka.
F1:
Peranan akhbar dan Majalah
H/C1 : Akhbar dan majalah yang muncul pada era ini seperti cendawan selepas hujan yang menyediakan
ruangan khas untuk cerpen memberi peluang kepada para penulis menulis dan memperkatakan persoalan
yang berkaitan dengan kedudukan ekonomi orang Melayu. Antara akhbar dan majalah yang prolifik
menyiarkan cerpen ialah Warta Jenaka, Warta Ahad , Majalah Guru dan lain-lain.
F2:

Kesedaran tentang perubahan sosio-ekonomi orang Melayu


10

H/C2: Perubahan sosio ekonomi orang Melayu kesan pengaruh modenisasi barat telah membawa
kemerosotan dari segi ekonomi di kalangan orang Melayu yang semakin dihimpit dengan kemiskinan.
Antaranya Muhammad Yusof Arsad dan lain-lain.
F3:
Polisi penjajah yang membuka pintu kepada imigran
H/C3: Penjajah Inggeris ketika itu, dengan dasar pintu terbuka kepada imigran telah mula menimbulkan
kebimbangan di kalangan penulis tentang nasib orang melayu terutama dari segi ekonomi.
F4:
Kesedaran tentang pentingnya penglibatan orang Melayu dalam perniagaan.
H/C4: Kesedaran untuk member sokongan moral dan material dalam segala aspek kegiatan dan
kehidupan orang Melayu terutamanya dalam bidang perusahaan, seperti yang terdapat dalam cerpen
Perusahaan yang Berpadan Buatlah Teladan (Majalah Guru, 1 Januari 1925) dan Berusaha Itu
Perbendaharaan Yang Kekal (Dunia Melayu, 20 Julai 1929).
Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah (2 markah fakta dan 1 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah

c.
Jelaskan tiga persoalan ekonomi yang sering diperkatakan oleh penulis pada zaman
sebelum perang
F1:
Kelemahan ekonomi orang Melayu
H/C 1: Sikap penjajah yang lebih mengutamakan kaum pendatang sehingga mereka menjadi kaum yang
menguasai ekonmi di Tanah Melayu menimbulkan perasaan curiga dan kebencian Orang-orang Melayu.
Orang-orang Melayu mengganggap kedatangan kaum pendatang terutama orang cina adalah untuk
membolot ekonomi Tanah Melayu.Cerpen-cerpen Dari Perangkap ke penjara, kemudian Lalu ke Syurga,
Dolly Bidadari dari Shanghai karya Ishak Hj.Muhammad mengemukakan persoalan dia atas.
F2:
Penipuan orang bukan Melayu/dominasi ekonomi orang bukan Melayu
H/C2: Kelicinan orang-orang bukan Melayu di dalam kegiatan ekonomi, mereka menggunakan tipu
muslihat dalam mempengaruhi para pembesar untuk memperolehi hak dan kekayaan di Tanah Melayu.
Cerpen Cerita Awang Putat karya Abd. Rahim Kajai yang mengisahkan seorang DKK, Cikgu Majid
Syah yang bersekongkol dengan Ah Kau untuk menipu dan menguasai ekonomi tetapi akhirnya disedari
oleh Awang Putat.
F3:
Kebaikan berkerja sendiri / perniagaan
H/C3: Kegiatan bertani, berniaga dan membuka perusahaan-perusahaan lain juga diberi penekanan dan
sekiranya ia dijalankan dengan baik maka pendapatannya adalah jauh lebih baik daripada kerja makan
gaji. Cerpen Jangan Berharapkan Makan Gaji, (Warta Ahad, 28 Feb. 1937) karya Abang Port
Swettenhem. Mengisahkan kelebihan kerja sendiri.
F4:
Sikap orang Melayu yang boros dan membazir.
H/C3: Kebiasaan orang-orang Melayu mengamalkan berbelanja banyak dan membazir ketika
mengadakan majlis-majlis kenduri atau nikah kahwin. Antara cerpen-cerpen yang memperkatakan
persoalan ini ialah Seorang Ahli Perkebunan Dengan Anak-Anaknya (Masa Jun-Nov, 1927) karya
Zabha Ch.s yang mengisahkan tentang Si suami yang mahu mengadakan majlis perkahwinan anaknya
secara sederhana, tetapi isterinya mahu mengadakan majlis secara besar-besaran.
F5:
Sikap golongan raja / pembesar yang sanggup mengkhianati bangsa.
H/C5: Golongan raja / pembesar Melayu yang mudah diumpan dengan wang ringgit oleh kaum
pendatang yang hendak menguasai ekonomi Tanah Melayu terutamanya untuk dapat tanah-tanah
lombong. Cerpen :Tengku Achar Diraja Paku Alam karya Abu Bakar Ali, mengisahkan sikap pembesar
Melayu ynag mudah dipergunakan oleh kaum pendatang.
11

Pilih 3 isi sahaja


1 isi = 4 markah (2 markah fakta dan 2 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 4 markah = 12 markah
Soalan 2:

2.
Walaupun pada mulanya kumpulan ASAS 50 ini menganjurkan keseriusan berkarya
dalam bidang kreatif, bidang kritikan turut mendapat perhatian, tetapi di tempat yang
terkemudian.
[Dipetik daripada Sejarah Kesusasteraan Melayu,
DBP. hlm 689]
a.
Nyatakan dua tokoh ASAS 50 yang bergiat aktif dalam bidang kritikan pada zaman
tersebut.
[2]
b.
c.

Huraikan isu konsep pertentangan fungsi seni yang telah mewarnai kritikan ASAS 50.
[8]
Jelaskan tiga corak kritikan yang ditulis oleh kebanyakkan penulis ASAS 50.
[15]

___________________________________________________________________________________
Skema jawapan:

a.

Nyatakan dua tokoh ASAS 50 yang bergiat aktif dalam bidang kritikan pada zaman
tersebut.

F1:
F2:

Asraf
Hamzah

b.

Huraikan isu konsep pertentangan fungsi seni yang telah mewarnai kritikan ASAS 50.

1 markah
1 markah

F1:
Seni untuk masyarakat
H/C1: Mementingkan fungsi sosial dan menekankan persoalan perutusan unsur didaktik dan
sastera harus berupaya menyedarkan masyarakat.
F2:
Seni untuk seni
H/C2: Sastera adalah wahana yang berfungsi untuk mendidik serta memberi hiburan kepada
khalayak pembaca. Dalam tradisi Yunani ianya menekankan keperluan keindahan atau
estetika sama pentingnya dengan fungsi sosial, persoalan, mesej dan didaktik.
Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 4 markah (2 markah fakta , 2 markah Huraian/Contoh)
2 isi x 4 markah = 8

12

c.

Jelaskan tiga corak kritikan yang ditulis oleh kebanyakkan penulis ASAS 50.

F1:
H/C1

Kritikan berasaskan percanggahan falsafah berkarya.


: Falsafah seni di antara Seni untuk masyarakat dengan Seni untuk seni telah menambahkan
kerancakkan dalam bidang kritikan kesusasteraan.Seni untuk masyarakat telah didukungi oleh
Asraf, A.Samad Ismail, Keris Mas manakala seni untuk seni pula dianuti oleh Hamzah.

F2:
H/C2

Kritikan lebih mementingkan mesej,persoalan,pengajaran dan memberi kesedaran.


: Kebanyakkan karya sastera yang ditulis oleh kebanyakkan penulis ASAS 50 inginkan karya
sastera berarah,berfalsafah dan bermatlamatkan kesedaran masyarakat pembaca.

F3:
H/C3

Kritikan turut menekankan Fungsi sosial


: Karya sastera yang memberi tumpuan dan penekanan pada fungsi sosial akan dilihat sebagai
karya yang berjaya dan jika sebaliknya ianya akan di anggap gagal.Kiteria inilah yang tidak
dipersetujui oleh Hamzah, kerana baginya sastera mestilah berfungsi mendidik dan
menghiburkan.

F4:
H/C4

Kritikan menggunakan pendekatan Formalistik


: Aspek-aspek gaya bahasa, plot dan perwatakan turut menjadi tumpuan untuk dianalisis dalam
kebanyakan kritikan yang ditulis oleh kebanyakkan penulis ASAS 50.

F5:
H/C5

Kritikan berkisar kepada pemasalahan keunggulan karya sastera.


: Karya-karya sastera yang paling unggul ialah karya sastera yang secara totalnya memihak dan
membangunkan rakyat. Ini jelas dalam esei asraf yang berjudul Mencari Pembaharuan dalam
Kesusasteraan Melayu (Mastika, Mei 1950).

F6:
H/C6

Kecenderungan bentuk kritikan kepada sesuatu ideologi atau pegangan tertentu.


: Kebanyakan esei kritikan yang ditulis berkisar pada ideologi tertentu iaitu sama ada ideologi
Seni untuk masyarakat ataupun Seni untuk seni.

F7:

Kritikan-kritikan teori yang menintikberatkan permasalahan estetik sastera tidak


diterima.
: Kritikan-kritikan yang agak terbuka dan membicarakan soal estetika karya sastera tidak
mendapat perhatian yang sewajarnya. Ini adalah kerana slogan ASAS 50 yang lebih dominan
telah menyebabkan kritikan tersebut ditolak. Dimana Hamzah yang banyak membicarakan soal
estetika karya sastera tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dan kemudiannya dia telah
disingkirkan daripada pertubuhan ASAS 50.

H/C7

F8:
H/C8

Kritikan sastera tidak begitu tersusun dengan baik .


:Persoalan dan idea tentang sastera sering dicampuradukkan dengan soal-soal peribadi sehingga
kritikan-kritikan sastera yang terhasil menjadi lebih bersifat krisis peribadi.

Pilih 3 isi sahaja


1 isi = 5 markah (3 markah fakta dan 2 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 5 markah = 15 markah.

13

Soalan 3
3. Baca petikan novel di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya,
Entahlah. Yang Berhormat memang tidak beritahu saya pak su dan pak long pun akan
datang.
Apa agaknya hajat mereka?
Wallahu aalam. Nantilah kita tanya.
Tuk Empat Dahlan dan Imam Saad telah diberitahu dan telah tiba, lalu bersama Sudin
dan Pak Salim pergi menyonsong ke tepi jalan.
Sudin berasa amat gelisah. Dia melihat jam tangannya. Perjumpaan sepatutnya telah
bermula setengah jam yang lalu. Sekarang telah pukul sebelas setengah. Waktu Jumaat akan tiba
kira-kira satu jam lagi. Rombongan Yang Berhormat dengan pak su masih lagi bercakap-cakap
dengan rombongan yang menyongsong.
Alhamdulillah nampaknya orang kampung memberi sambutan yang hebat. Mereka telah
menunggu lama. Ada yang datang awal-awal pagi.
( Dipetik daripada novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur 2003, halaman 173 )
a)

Siapakah pak su dan pak long dalam petikan di atas.

[4]

b)
Huraikan tiga aspek penting yang mengukuhkan plot berserta dengan contohnya yang
terdapat dalam petikan di atas.
[9]
c) Huraikan tiga bentuk nilai kemanusiaan yang diperlihatkan oleh watak pak su terhadap
penduduk kampung dalam novel di atas.
[ 12 ]
______________________________________________________________________________
Skema jawapan:
( a)
Siapakah
Watak pak su

En Muhammad

[ 2 markah ]

Watak pak long

Penghulu Mahmud

[ 2 markah ]

( b)
tiga aspek penting yang mengukuhkan plot berserta dengan contohnya yang terdapat
petikan
F1:

Mempunyai Unsur Ketegangan / tanda tanya


14

dalam

H/C: Ketegangan merujuk pada usaha menyembunyikan sesuatu kejadian (agar menjadi tanda tanya
kepada pembaca) Apa agaknya hajat mereka? Pembaca pasti akan tertanya
tentang hajat yang
dimaksudkan.
F2:
H/C:

Adanya Unsur Konflik


Konflik yang melibatkan pertentangan yang terjadi dalam diri watak, Sudin berasa amat
gelisah. konflik dalaman watak Sudin.

F3:
H/C:

Adanya Klimaks
Klimaks ialah puncak cerita / keadaan paling genting dalam sesbuah cerita, Perjumpaan
sepatutnya telah bermula setengah jam yang lalu. Sekarang telah pukul sebelas setengah. Waktu
Jumaat akan tiba kira-kira satu jam lagi.

F4:
H/C:

Peleraian
Pengakhiran dalam sesebuah peristiwa, yang bermatlamat mengakhiri kisah yang terjadi.
Alhamdullilah nampaknya orang kampung memberi sambutan yang hebat.

F5:
H/C:

Penggunaan Pelbagai Teknik Penceritaan


Menimbulkan kelainan dan menjadikan cerita lebih bervariasi dan menarik untuk dibaca oleh
pembaca. Teknik Pemerian/naratif/penceritaan secara langsung Gambaran tentang sesuatu
peristiwa, kejadian dan seseorang watak yang dinyatakan secara langsung oleh pengarang.
Pengarang menceritakan secara langsung suasana kegelisahan yang dialami oleh Sudin. Sudin
berasa amat gelisah. Dia melihat jam tangannya.

F6:
H/C:

Teknik imbas kembali


Satu teknik penceritaan pengarang menyajikan babak atau peristiwa yang telah berlaku.
Sudin mengimbas kembali tentang perjumpaan yang sepatutnya telah bermula setengah
jam yang lalu.

F7:
H/C:

Teknik Dialog
Kata bual atau perbualan yang melibatkan dua watak atau lebih.Dialog antara Sudin
dengan
YB Mohd Yusof tentang kehadiran En.Muhammad dan penghulu Mahmud di
Kampung Pulai
dalam majlis penerangan kepada penduduk kampung untuk ke rancangan
FELDA.

Pilih 3 isi sahaja


1 isi = 3 markah ( 2 markah fakta, 1 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah
Ceraian (c) Tiga bentuk nilai kemanusiaan pak su terhadap penduduk kampung.
F1:
H/C:

Simpati
En Muhammad bersimpati terhadap nasib penduduk kampung Pulai yang menumpang di tanah
keluargannya. Beliau berjanji akan memberikan pertolongan supaya mereka
mendapat
bantuan dan kemudahan pindah ke rancangan FELDA yang diusahaka menerusi YB Muhd
Yusof.

F2:
Belas Kasihan
H/C2: En Muhammad berjanji akan membayar saguhati kepada penduduk kampung Pulai yang
mengerjakan tanah keluarganya.
15

F3:
Bersopan / menghormati
H/C3: En Muhammad penuh sopan dan menghormati penduduk kampung Pulai dengan berbual mesra
dan bertanya khabar serta bersalam-salaman dengan semua penduduk kampung tanpa mengira
kedudukan mereka.
F4:
Dermawan / pemurah
H/C4: En Muhammad menghulurkan derma sebanyak RM10,000 kepada penduduk kampung
untuk menjayakan majlis sambutan hari keputeraan Sultan.

Pulai

F5:
Prihatin / mengambil berat
H/C5: En Muhammad cukup prihatin dengan nasib penduduk kampung Pulai yang miskin dan
ketinggalan daripada arus pembangunan .Beliau berusaha memindahkan penduduk
kampung ke rancangan FELDA bagi menaikkan taraf ekonomi masyarakat kampung
Pulai.
Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 4 markah ( 2 markah fakta, 2 markah Huraian/Contoh )
3 isi x 4 markah = 12 markah
Soalan 4:
4.

Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya.

Dalam perjalanan pulang ke Saga, Nilakesuma bertanya kepada Iqbal: Mengapa tiba-tiba sahaja
Yoshida marah bergambar di tugu itu?
Agak susah mahu jawab, kata Iqbal. Alasan datuk Michiko itu ada benar dan ada tidaknya.
Yang benarnya apa?
Yang benarnya dunia masih belum bebas daripada api peperangan. Jika tidak antara negara
dengan negara, bangsa dengan bangsa, suku dengan suku, maka ada peperangan dengan nafsu yang ada
dalam diri kita. Itulah peperangan yang paling hebat yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sesudah
balik daripada peperangan Badar.
Yang tidaknya?
Yang tidaknya terlalu subjektif untuk dikatakan. Di sini seperti yang kita alami, sebagai contoh
di Nagasaki ini sahaja memanglah tidak apa apa-apa. Semua orang yang datang melawat, barangkali
sedikit sangat yang terkesan dengan malapetaka yang terjadi.
(Dipetik daripada Mutiara Sastera Melayu

Moden, MPM, DBP, 2003,hlm.166)

a.

Berikan tiga alasan mengapa tiba-tiba sahaja Yoshida marah bergambar di tugu itu

[6]

b.

Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan tiga kesan peperangan


oleh watak Yoshida

yang dialami
[9]

c.
Huraikan lima nilai pengajaran yang boleh dikutip daripada cerpen di atas.
[10]
______________________________________________________________________________
Skema jawapan:
F1:

Yoshida tidak mahu tugu yang menjadi lambang kesedihan itu bertukar menjadi tempat
orang bergembira. Pada hal sepatutnya orang yang datang ke tempat itu dapat merasa kesan
malapetaka peperangan yang pernah terjadi di tempat itu

16

F2:

Yoashida mahu supaya semua orang tahu bahawa tempat yang menjadi lambang
kekejaman manusia melalui peperangan itu bukan tempat orang datang bersuka ria.
Yoshida mahu supaya orang yang datang ke situ tahu terutama golongan muda bahawa dunia
ini masih belum bebas daripada api peperangan

F3:

Yoshida tidak suka melihat cucunya sendiri, Miciko cepat


melupakan nasib malang
yang menimpa neneknya. Dia sedih kerana cucunya masih tersenyum gembira di tempat
yang bukan sahaja telah kawasan menjadi malapetaka kepada negara dan bangsanya, tetapi
turut sama membunuh isterinya.

F4:

Yoshida tidak sanggup melihat orang lain mengguris perasaan hatinya. Dia sebenar yang
cukup kecewa kerana terpakas mengikut Nila ke tempat itu kerana semua itu telah membuka
kembali ingatannya kepada kesan peperangan yang tertinggal di dalam dirinya.

F5:

Yoshida kecewa melihat golongan muda begitu cepat melupakan kesan yang
ditinggalkan oleh peperangan. Dia sebenarnya mahu supaya anak muda seperti Nila, Iqbal
dan Mochiko turut merasai sama akan keperitan yang dialami mangsa perang sepertinya.

PILIH 3 ISI SAHAJA


1 isi = 2 markah (2 markah peristiwa)
3 isi x 2 markah = 6 MARKAH
b.

Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan tiga kesan peperangan yang dialami
oleh watak Yoshida
[9]

F1:
Yoshida kehilangan isteri
H/C1: Isteria yashida meninggal setelah menderita sekian lama akibat terkena sinaran bom atom.
Orang terkena sinaran itu akan menderita sampai empat puluh tahun. Dalam tempuh itulah isteri
Yoshida diserang pneumonia iaitu sejenis kanser.
F2:
Yoshida diserang rasa hampa, kecewa dan jiwanya sakit/trauma
H/C2: Setelah melihat sendiri penderitaan isterinya dan melihat kematian hampir 75000 orang lain di
Nagasaki yang sama terkena sinaran bom atom itu, Yoshida terus menjadi seorang yang pendiam.
Dia menjadi mudah sensitif. Sewaktu melawat Muzium Peringatan Bom Atom, Yoshida jelas
tidak kelihatan ceria malah dia marah apabila Michiko mengajak Nila
mengambil gambar di
tempat itu.
F3:
Yoshida menjadi seorang pendendam
H/C3: Sejak peristiwa hitam yang menimpa Nagasaki, Yoshida muka menjadi pendendam.
Kebenciannya kepada bangsa Inggeris dan Amerika
meluwap-luwap kerana merekalah
punca segala angkara. Walaupun luka di hatinya suda hilang, tetapi parutnya masih ada. Bayangbayang syaitan pemusnah itu masih mengawang di udara dan dia tidak suka melihatnya.
F4:
Yoshida dapat bersahabat dengan Cikgu Sulaiman
H/C4: Kesan perang dunia kedua itulah Yoshida telah dihantar bertuga di Tanah Melayu. Di sinilah dia
berkenalan dengan penduduk Tanah Melayu. Dia paling akab dengan Cikgu Sulaiman dan
keluarganya Puan Rohana serta Haji Usman. Persahabatan ini bersambung apabila Nilakesuma
cucu Cikgu Sulaiman mengunjunginya di Saga.
PILIH 3 ISI SAHAJA
1 isi = 3 markah (1 markah fakta 2 markah Huraian/contoh)
17

3 isi x 3 markah = 9 MARKAH

c.

Huraikan lima pengajaran yang boleh dikutip daripada cerpen di atas.

[10]

F1:
H/C

Kita hendaklah sentiasa mengekalkan tali persahabatan


Setiap manusia mestilah menghargai nilai persahabatan yang telah dibina oleh keluarga kita.
Puan Rohana dan Haji Usman telah cuba menghidupkan kembali tali persahabatan Cikgu
Sulaiman dengan Yoshida melalui kunjungan Nilakesuma ke Jepun.

F2:
Kita hendaklah sentiasa mencintai kedamaian
H/C2: Peperangan sebenarnya tidak pernah menguntungkan sesiapa. Setiap kali peperangan berlaku
beribu-ribu nyawa terkorban dan beribu-beribu yang
lainnya
terpaksa
menanggung
penderitaan. Yoshida sendiri mengalami semua ini. Isterinya mati akibat peperangan. Jadi kita
sepatutnya cuba mengelakkan peperangan dan cuba mencari jalan membina kedamaian.
F3:
Kita mestilah sentiasa menanamkan sifat tolong menolong
H/C3: Pertolongan yang diberikan oleh Aneza, Iqbal dan Sukarno kepada Nilakesuma dan rakanrakannya yang baru sampai dari Malaysia adalah merupakan sifat baik yang wajar dicontohi.
F4:
H/C4

Kita hendahlah sentiasa belajar daripada sejarah


Orang yang berjaya biasanya belajar daripada sejarah. Peristiwa pengeboman di Nagasaki
sepatutnya dijadikan iktibar untuk membina masa depan terutama oleh golongan muda. Sejarah
boleh mengajar kita supaya lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan.

F5:
Kita mestilah selalu menanamkan semangat cinta akan negara
H/C5: Semangat cintakan negara yang dunjukkan oleh Yoshida kepada kerajaan Jepun patut dihormati.
Di mana sahaja dia berada (termasuk sewaktu bertugas di Tanah Melayu) kesetiaannya kepada
negaranya tetap tidak berbelah bahagi.
F6:
Kita mestilah sentiasa gigih dalam mencari ilmu
H/C6: Untuk mencari ilmu, kita mestilah gigih dan kuat berusaha. Walau di
mana sekali pun ilmu
berada kita mesti cekal mencarinya. Tindakkan Nilakesuma yang sanggup ke Jepun untuk
mencari ilmu wajar dipuji. Dia sanggup meninggalkan keluarganya cuma untuk mendapatkan
ilmu di sebuah negara yang jauh dari negaranya.
F7:
Kita mestilah sentiasa tegas dan tetap pendirian
H/C7: Yoshida tetap tegas pendiriannya: benci kepada peperangan. Dia juga benci kepada Amerika
dan sekutu-sekutunya kerana mereka itu yang menjadi punca segala peperangan. Yoshida juga
tegas dengan menghalang Michiko dan Nilakesuma bergambar di tugu peringatan Bom Atom
kerana dia tidak suka orang bergembira di tempat orang lain menaggung duka.
F8:
Kita hendaklah sentisa mengenang jasa baik orang
H/C8: Yoshida tidak pernah melupakan jasa baik Cikgu Sulaiman dan keluarganya yang banyak
menolongnya semasa dia bertugas di Tanah Melayu. Apabila pulang ke Jepun dia selalu
18

mengutus surat mengajak Cikgu Sulaiman supaya datang melawat ke negaranya. Dia sanggup
menyediakan tempat tinggal dan makan minum kepada Cikgu Sulaiman memandangkan kebaikan
Cikgu Sulaiman dan keluarga kepadanya tempoh hari.
PILIH 5 ISI SAHAJA
1 isi = 2 markah (1 markah Fakta, 1 markah Huraian/contoh)
5 isi x 2 markah = 10 MARKAH

Bahagian C : DRAMA
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.
5

Berdasarkan petikan di bawah, jawab soalan-soalan berikutnya:

DAHLAN

: Patutnya pak cik bermegah-megah saya berpelajaran tinggi dan berpendapatan besar.

PAK HAMID

: Apa guna berpendapatan besar, kalau hutang berselaput dan tidak amanah?

DAHLAN

: Apa, pak cik? (Bangun). Tidak amanah?

PAK HAMID : Rahimah mengadu, kau tak amanah? Kerana menurutkan nafsu, kau banyak hutang.
sekarang, sebelum pintu penjara terbuka buat kau, lebih baik jelaskan hutang-hutang kau itu.
Berhentilah dari kerja-kerja tak amanah.
DAHLAN

: Pembohong, apa yang saya tak amanah?


(Dipetik daripada MPM [peny.] 2003. Drama Lawyer Dahlan
dalam teks Mutiara Sastera Melayu Moden, Kuala
Lumpur: DBP, hlm 216 - 217)

a).

Jelaskan penggunaan teknik imbas muka yang terdapat dalam petikan di atas.

[4]

b).

Galurkan peristiwa selepas dialog di atas sehingga akhir drama.

[9]

c).

Buktikan bahawa kata-kata Pak Hamid tentang kerja-kerja tak amanah itu benar berdasarkan
watak Dahlan.
[12]
_____________________________________________________________________________________
Skema jawapan:
a).
Teknik imbas muka
F:

Gambaran awal /bayangan awal terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku berikutnya
dalam sesebuah cerita

H/C:

Dialog Pak Hamid Sekarang sebelum pintu penjara terbuka buat kau membayangkan Dahlan
akan dipenjarakan jika terus melakukan kerja-kerja tak amanah.
Terbukti: Dahlan akhirnya dipenjarakan kerana terlibat dengan gejala rasuah.

Pilih 1 isi sahaja


1 isi = 4 markah (2 markah Fakta , 2 markah Huraian/contoh)
19

b).

Galurkan peristiwa selepas dialog di atas sehingga akhir drama

F1:

Dahlan menghalau Pak Hamid keluar dari rumahnya

F2:

Polis Inspektor datang ke rumah Dahlan membawa surat dari mahkamah untuk menangkapnya

F3:

Dahlan ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara

F4:

Dahlan dibebaskan setelah dipenjarakan selama 4 tahun kerja berat

F5:
F6:

Dahlan pergi ke tanah perkuburan untuk menziarahi pusara ibu dan ayahnya
Dahlan cuba membunuh diri setelah menyesal dengan apa yang telah dilakukannya

F7:

Pak Hamid tiba dan cuba menghalang cubaan membunuh diri Dahlan

F8:

Dahlan tidak jadi membunuh diri setelah mendengar nasihat daripada Pak Hamid

F9:

Dahlan meminta maaf daripada Pak Hamid diatas kesilapan yang dilakukannya.

F10:

Rahimah datang dan Dahlan meminta maaf di atas kesilapan yang dilakukannya ke atas Rahimah

F11:

Dahlan dan Rahimah saling bermaafan dan mereka berdua kembali ke pangkal jalan.

Pilih 9 isi sahaja


Peristiwa mesti ikut urutan.
c).

Buktikan bahawa kata-kata Pak Hamid tentang kerja-kerja tak amanah itu benar berdasarkan
watak Dahlan.

F1:
Tidak amanah sebagai lawyer
H/C1: Dahlan menerima rasuah sebanyak 10,000 ringgit daripada Tauke Leong, sehingga
menyebabkannya dipenjarakan 4 tahun kerja berat.
F2:
Tidak amanah sebagai suami
H/C2: Dahlan tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami, beliau tidak mendidik Rahimah
mengikut adat sopan ketimuran sehingga rahimah terpengaruh dengan budaya barat.
F3:
Tidak amanah sebagai anggota masyarakat
H/C3: Dahlan tidak membantu anggota masyarakat yang memerlukan bantuan, dia tidak menghulurkan
derma kepada Zakiah dan lebai Alang yang datang untuk memungut derma.
F4:
Tidak amanah sebagai majikan
H/C4: Dahlan bertindak mengugut dan memaksa pekerja bawahannya menyerahkan sebahagian
daripada gaji mereka kepadanya jika tidak mereka akan dipecat.
F5:
Tidak amanah sebagai warganegara / rakyat
H/C5: Dahlan tidak menghulurkan sumbangan kepada negara, apabila diminta oleh P.Hamid untuk
menyampaikan ceramah kepada anak bangsa dia menolak dengan alasan banyak kerja.
F6:

Tidak amanah sebagai orang timur


20

H/C6: Dahlan yang berkesempatan belajar di England selama empat tahun telah terpengaruh dengan
budaya barat, sehinggakan dia memberitahu Hamdan kawannya yang budaya barat sesuai dengan
jiwanya.
Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 4 markah(2 markah fakta dan 2 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 4 markah = 12 markah.

Skema jawapan
Soalan 6.
6.

Baca petikan di bawah, jawab soalan-soalan berikutnya,

yang

WAN: ...Inilah manusia yang berhemah tinggi. Sahsiah yang kuat, iman yang teguh, semangat
yang tabah, hati yang mampu mengasihi dan mencintai dengan dalam; manusia
berkaliber tinggi, Aziz sungguh bertuah.
WAN: Jadi, pasal tu hang nak tulih cerita depa?
NIK:

a.

Aku memang kenal baik mereka berdua. Aziz, Tuhan beri fikiran yang tajam dan sensitif,
serta jiwa seni yang halus.

Siapakah yang dimaksudkan dalam petikan di atas ... Inilah manusia yang berhemah tinggi dan
Jelaskan citra wataknya.
[16]

b.
Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam drama di atas
[9]
__________________________________________________________________________________
Skema Jawapan:
a.

Siapakah yang dimaksudkan dalam petikan di atas ... Inilah manusia yang berhemah tinggi

Fakta: Cik Lijah / isteri J.M.Aziz


b.

1 markah.

Jelaskan nilai kemanusiaan yang ada pada watak di atas

F1 : seorang yang setia kepada suami


H/C: Sepanjang perkahwinan Cik Lijah dan J.M.Aziz mereka telah menfhadapi pelbagai dugaan, namun
Cik Lijah tetap setia dengan suaminya dan tidak pernah berpaling tadah walaupun suaminya menghidap
penyakit kusta.
F2 ; seorang yang penyayang terhadap keluarga
H/C: Semasa J.M.Aziz diserang penyakit kusta sehingga menjadi buta, Cik Lijah menjaga suaminya
seorang diri, malah Cik Lijah sanggup mengambil upah menjahit dan membuat badang buluh untuk
menambah pendapatannya
F3 : seorang yang sabar/tabah menghadapi dugaan
21

H/C : Cik Lijah bahagia dengan Suaminya sehinggalah mereka tua. Kejayaan rumahtangganya adalah
berkat kesabaran yang dimiliki oleh Cik Lijah dalam mengharungi kehidupan bersama suami yang telah
menghidap penyakit kusta.
F4: seorang yang prihatin/mengambil berat
H/C4: Cik Lijah isteri yang prihatin dan mengambilberat , sanggup menjaga suami yang berpenyakit
kusta dan dalam masa yang sama berusaha mencari rezeki tambahan demi menyara kehidupan keluarga.
F5. Seorang yang rajin/gigih membantu keluarga
H/C : semasa suaminya terlantar sakit dan tidak bergerak, Cik Lijah telah mengambil alih tugas suaminya
bagi meneruskan kehidupan mereka. Cik Lijah mengambil upah menjahit dan membuat badang buluh
dengan pendapatan dua ringgit sehari
F6 : seorang yang berhemah tinggi / ikhlas
H/C: Cik Lijah mampu mengasihi suaminya dengan penuh keikhlasan walaupun beliau terpaksa
menghadapi pelbagai dugaan dan kepayahan dalan meneruskan kehidupan bersama keluarga.
F7: seorang wanita cekal
H/C: sebagai isteri cik lijah menghadapi takdir Illahi apabila terpaksa berdepan dengan takdir suaminya
dijangkiti penyakit kusta dan mengalami kecacatan kekal
Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 5 markah ( 2 markah fakta, 3 markah huraian/contoh)
3 isi x 5 markah = 15 markah
b.

Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam drama di atas

[9]

F1:
Persoalan kasih sayang yang murni dan suci,
H/C1: kasih sayang antara suami isteri yang berteraskan kesucian dan kejujuran walaupun berhadapan
dengan situasi yang susah kasih sayang akan tetap utuh, kasih sayang kak Lijah terhadap J.M. Aziz tak
pernah pudar walaupun J.M.Aziz diserang penyakit kusta dan hidup dalam serba kekurangan namun dia
tetap menyayangi J.M Aziz sebagai suaminya
F2:
Kemiskinan di kalangan kaum/golongan nelayan
H/C2: Kaum nelayan merupakan golongan yang berpendapatan rendah mereka masih dibelenggu
kemiskinan, kehidupan yang daif dan ketinggalan dari segi kemajuan J.M.Aziz yang berasal dari
Kampung Seberang Takir adalah nelayan yang hidup dalam kemiskinan,/Nelayan Kuala Kedah masih
hidup daif seperti yang diceritakan oleh Nik kepada Cik Wan (m.s 234)
F3:
Ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian/dugaan tuhan
H/C3: Kehidupan manusia sering diuji dan diduga oleh tuhan bagi menguji keteguhan dan ketakwaan
manusia kepada Maha Pencipta. J.M. Aziz walaupun terpaksa menerima dugaan dan cabaran apabila
tuhan mengujinya dengan penyakit kusta (247) namun dia tetap tabah menghadapinya dan tidak berputus
asa malah ianya menjadi pembakar semangatnya untuk terus menyumbang dengan menghasilkan
puisi-puisi yang lebih bermutu.
F4:
Kebesaran dan keagungan Allah pada setiap kejadian yang dijadikannya
H/C4: Allah Maha Penyayang dan Pengasih , setiap kejadian dan cubaan yang diturunkanNyaJ.M.Aziz
walaupun telah ditakdirkan menderita penyakit kusta , namun Allah Maha pengasih dan Penyayang
,rahmatNya J.M Aziz mempunyai Hati yang terang , J.M.Aziz sangat kreatif dalam menghasilkan sajak.
(m.s 247)
22

F5:
Keteguhan / keimanan yang tidak goyah
H/C5: Sebagai umat Islam yang berpegang kuat dengan ajaran Islam yang menuntut umatnya agar
beriman dengan sepenuh hati tanpa ragu / was-was walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai
cabaran / rintangan dan halangan.

Membunuh Mimpi
(sebuah pesan untuk Mayawati)

Usman Awang
Usiamu menghampiri sunti dara
mengibarkan rasa di selendang sutera
menyembunyikan malu di bilik terkunci
diselubungi rindu lagu dan tari
seribu bayang seribu mimpi
yang manis indah kerana itulah mimpi
Mimpi itu adalah keajaiban anugerah
tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah
terasing di cermin kenyataan
kehidupan yang ganas dan kejam.
Sunti daraku,
jangan kau pinjam lamunanku, hati seorang ayah
yang kini kubenci sebab begitu lemah
selamanya mimpiku hidup ini serba indah.
Bunuhlah mimpi itu, anakku
kau membunuh segala palsu
lagu dan rindu
yang selalu menipumu.
Dapatkan keberanian hidup baru
dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu.
(a). Nyatakan tema dan jelaskan dua persoalan dalam sajak di atas.

[7]

(b). Jelaskan tiga gambaran watak ayah dalam sajak tersebut.

[9]

(c). Apakah jenis estetik bahasa pada kata dan frasa di bawah, dan apakah kaitan peranannya mengikut
konteks sajak di atas?
[9]
i.

seribu bayang seribu mimpi


yang manis indah kerana itulah mimpi

ii.

terasing di cermin kenyataan


23

iii.

Bunuhlah mimpi itu, anakku

Skema jawapan
Soalan 7
(a). Nyatakan tema dan jelaskan dua persoalan dalam sajak di atas
Nyatakan tema
Fakta; Bertemakan kasih sayang seorang ayah terhadap anak perempuannya

1 markah

Jelaskan dua persoalan...


F1:
Persoalan tentang kehidupan anak gadis menghadapi dunia remaja
H/C1: Kehidupan alam remaja dengan pelbagai keseronokkan akan melalaikan mereka yang tidak
mahu berfikir.
Usiamu menghampiri sunti dara
mengibarkan rasa di selendang sutera
menyembunyikan malu di bilik terkunci
diselubungi rindu lagu dan tari
seribu bayang seribu mimpi
yang manis indah kerana itulah mimpi
F2:
Persoalan tentang impian dan khayalan
H/C2: Dunia remaja yang sering dibelungui dengan impian dan khayalan yang boleh membuatkan
remaja tersasar.
Mimpi itu adalah keajaiban anugerah
tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah
terasing di cermin kenyataan
kehidupan yang ganas dan kejam
F3:
Persoalan tentang Kehidupan realiti
H/C3: Kehidupan realiti mengalami banyak cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi oleh setiap orang
Mimpi itu adalah keajaiban anugerah
tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah
terasing di cermin kenyataan
kehidupan yang ganas dan kejam.
F4:
Persoalan tentang Keberanian
H/C4: Kehidupan realiti yang penuh dugaan dan cabaran memerlukan semangat juang yang tinggi
barulah tidak kecundang di pertengahan jalan
Bunuhlah mimpi itu, anakku
24

kau membunuh segala palsu


lagu dan rindu
yang selalu menipumu
F5:
Persoalan tentang kepentingan Ilmu Pengetahuan
H/C5: Untuk berjaya dalam hidup yang penuh pancaroba, individu mestilah perlu mempunyai ilmu
pengetahuan kerana ia adalah kunci kecemerlangan
Dapatkan keberanian hidup baru
dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu.

Pilih 2 isi sahaja


1 isi = 3 markah (1 markah Fakta dan 2 markah Huraian/contoh)
2 isi x 3 markah = 6 markah

(b). Jelaskan tiga gambaran watak ayah dalam sajak tersebut.


F1:
Seorang bapa yang Penyayang
H/C1: Penyajak member nasihat kepada anak gadisnya agar tidak mengikut jejak zaman mudanya yang
lemah.
F2:
Seorang bapa yang mementingkan pendidikan
H/C2: Penyajak mengharapkan anaknya memberi keutamaan pada pendidikan yang akan menjamin
kehidupan anak gadisnya.
F3:
Seorang bapa yang lemah zaman mudanya
H/C3: Penyajak pada usia mudanya agak lemah dari segi keperibadian kerana mudah terbuai dengan
kehidupan dunia remaja yang mengasyikkan.
F4:
Seorang bapa yang mahu melihat anaknya berjaya dalam kehidupan
H/C4: Penyajak merupakan seorang bapa yang bertanggungjawab dalam melaksanakan peranannya
sebagai bapa dengan sentiasa memberi perhatian pada perkembangan anak gadisnya.
F5:

Seorang bapa yang suka memberi nasihat

F6:
Seorang ayah prihatin
H/C6: Penyajak sering mengambilberat akan perkembangan anak gadisnya dan mahu anaknya menjadi
seorang yang berani.
(d). Apakah jenis estetik bahasa pada kata dan frasa di bawah, dan apakah kaitan peranannya mengikut
konteks sajak di atas?
[6]
jawapan:
i.
F:
P:

seribu bayang seribu mimpi


yang manis indah kerana itulah mimpi
efipora Perulangan kata diakhir baris secara berturutan / sejajar
Menegaskan maksud/makna yang hendak disampaikan oleh penyajak
25

8.

ii.

terasing di cermin kenyataan

F:
P:

Metafora-Perbandingan dua kata yang bersifat abstrak dan konkrit yang membawa
maksud diluar kelaziman.
Memberikan gambaran maksud/makna yang lebih jelas / realistik

iii.

Bunuhlah mimpi itu, anakku

F:
P:

Perlambangan- Simbol yang membawa maksud yang tersirat


Meninggalkan kesan

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya,

Ke Ruang Katarsis
Zaen Kasturi
Sesudah mengisi mimpi sesia di ranjang nyedar
apakah yang sempat kita kutip lewat darah dan air mata
poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah
resah mengeliat ke tanah
resah mengeliat ke rimba
resah memulas ke tulang bangsa.
Barangkali kitalah penanam padi-padi hampa
membiarkan anak-anak keridik mencuri meresik
malinja dan mahsuri di bendang galauan
hingga gugup mengatur genta pertama
gugup lahir di mata kita
gugup lahir di suara kita
gugup membiak di mana-mana.
Kita tidak lagi pernah bertanya kenapa manusia
harus jadi manusia tanpa menolak kebenaran untuk jadi
manusia yang tegar meniup seruling kemanusiaan
yang ligat memetik kecapi keluhuran
kerana kita lupa apa yang tersimpan di album bangsa
album bangsa pernah menyimpan sejuta potret luka
luka berpinar ke nyali jagat
luka berputar ke rohaniah umat
luka menyentak haluan kiblat.
Esok kita bakal menggali tanah
dan menggalas cangkelong maut dari kulit sendiri
ke manakah bangkai dosa akan dikirim
26

ke kali tujuh penjuru gunung


atau ke laut tujuh penjuru tanjung
sedang kita pernah menari ala canggung maharisi
di kaki bicara nihilisme. Sempurnakah kekesalan kita dengan
melimpah air mata nanah ke luka bangsa?
Jerit kita nanti cuma tulang-tulang yang tidak
sempat ditalkinkan pada saat pertama lolong angin tenggara
memintal duka bersama
pekik kita nanti cuma darah-darah yang tidak sempat
dikebumikan pada saat pertama raung hujan selatan
mengayam gugup bergantungan di dada.
Mari kta lagukan canggung katarsis
arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang
muzik kita nanti bukan lagi tubuh sayap merpalang.
Ayunkan roh anak ke pintu hakiki
Dodoikan nyali anak ke perabung maknawi
temani tidur mereka dengan mimpi-mimpi wangi
dan selimut iman dari Tuhan.
Di Atas Mimbar Merdeka, 1994
Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.304 -305
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia[peny.], 2003.
Mutiara Sastera Melayu Moden. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur. Hal. 310-311.)
a.

Terangkan maksud ungkapan yang berikut,


i.

ii.

poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah


album bangsa pernah menyimpan sejuta potret luka

[2]
[2]

b.

Jelaskan unsur perulangan yang terdapat dalam sajak di atas

[12]

c.

Huraikan pandangan penyajak terhadap generasi muda kini.

[9]

_____________________________________________________________________________________
Skema Jawapan:
a.

Terangkan maksud ungkapan yang berikut,

i.

poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah


maksud:
Nenek moyang yang terpaksa berkorban untuk negara
27

[2]

ii.

album bangsa pernah menyimpan sejuta potret luka

[2]

maksud:
Sejarah silam yang penuh dengan penderitaan bangsa. / bangsa yang terpaksa menanggung
penderitaan yang dialami pada suatu masa dulu.

b.

Jelaskan unsur perulangan yang terdapat dalam sajak di atas

F1:
Anafora
H/C1: Perulangan kata di awal baris secara berturutan

resah mengeliat ke tanah


resah mengeliat ke rimba
resah memulas ke tulang bangsa.
F2:
Efifora
H/C2: Perulangan kata di akhir baris secara berturutan
gugup lahir di mata kita
gugup lahir di suara kita
F3:
Perulangan kata
H/C3: Perkataan yang sama diulang-ulang dalam satu rangkap sajak yang sama
Kita tidak lagi pernah bertanya kenapa manusia
harus jadi manusia tanpa menolak kebenaran untuk jadi
manusia yang tegar meniup seruling kemanusiaan
F4:
Perulangan asonansi
H/C4: Perulangan bunyi huruf vokal dalam sebaris sajak
poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah
F5:
Perulangan aliterasi
H/C5: Perulangan bunyi huruf konsonan dalam sebaris sajak.
Jerit kita nanti cuma tulang-tulang yang tidak
F6:
Perulangan rangkai kata / frasa
H/C6: Rangkai kata / frasa yang sama diulang-ulang.
kerana kita lupa apa yang tersimpan di album bangsa
album bangsa pernah menyimpan sejuta potret luka

F7:
Perulangan kata di tengah baris
H/C7: Perkataan yang sama diulang ditengah baris
arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang
muzik kita nanti bukan lagi tubuh sayap merpalang
Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 3 markah (1 markah fakta , 2 markah Huraian/Contoh)
28

[12]

4 isi x 3 markah = 12 markah.

(b).

Huraikan pandangan penyajak terhadap generasi muda kini.

[9]

F1:
Generasi muda yang lupa sejarah silam / pengorbanan nenek moyang
H/C1: Pengorbanan nenek moyang memperjuangkan kemerdekaan negara tidak dipedulikan oleh
generasi muda.
Sesudah mengisi mimpi sesia di ranjang nyedar
apakah yang sempat kita kutip lewat darah dan air mata
poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah
F2:
Generasi muda yang alpa / leka / lalai membiarkan orang asing
H/C2: warga asing menceroboh masuk ke negara kita mengambil hasil kekayaan negara kerana generasi
muda yang alpa / lalai membiarkan mereka.
Barangkali kitalah penanam padi-padi hampa
membiarkan anak-anak keridik mencuri meresik
malinja dan mahsuri di bendang galauan
hingga gugup mengatur genta pertama
F3:
Generasi muda yang hilang nilai-nilai kemanusiaan
H/C3: Nilai-nilai baik dan mulia yang sepatutnya menjadi ikutan generasi muda mulai hilang kerana
generasi muda lupa apa yang telah terjadi.
Kita tidak lagi pernah bertanya kenapa manusia
harus jadi manusia tanpa menolak kebenaran untuk jadi
manusia yang tegar meniup seruling kemanusiaan
yang ligat memetik kecapi keluhuran
kerana kita lupa apa yang tersimpan di album bangsa
F4:
Generasi muda yang terjebak dengan gejala sosial / negatif
H/C4: Penagihan najis dadah menjadi perkara yang sering melibatkan golongan muda yang akan
mendatangkan impak buruk kepada negara.
Esok kita bakal menggali tanah
dan menggalas cangkelong maut dari kulit sendiri
ke manakah bangkai dosa akan dikirim
ke kali tujuh penjuru gunung
F5:
Generasi muda hilang jati diri / suara pada masa hadapan
H/C5: Jika generasi muda tidak memberi sumbangan pada negara, suatu masa nanti mereka hilang jati
diri dan suara mereka.

Jerit kita nanti cuma tulang-tulang yang tidak


sempat ditalkinkan pada saat pertama lolong angin tenggara
memintal duka bersama
29

pekik kita nanti cuma darah-darah yang tidak sempat


dikebumikan pada saat pertama raung hujan selatan
mengayam gugup bergantungan di dada.
Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah (1 markah fakata, 2 markah huraian/contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah

30

You might also like