You are on page 1of 3

SELOKA TAK BERIKHTIAR SENDIRI (BUKU NILAI INSAN)

Maksud
Maksud rangkap 1
Mengkritik anggota masyarakat yang mempunyai keinginan yang tinggi tetapi tidak beriktiar
,sebaliknya suka meminta-minta daripada orng lain.
Maksud rangkap 2
Mengkritik anggota masyarakat yang suka meminta-minta dan memohon pertolongan orang lain
ataupun hanya tahu menyusahkan ibubapa.
Maksud rangkap 3
mengkritik sikap anak-anak yang sentiasa mengharapkan ibubapa sedangkan manusia disuruh
beramal dan berusaha seharusnya mereka mempunyai perasaan malu kerana tidak berusaha
atau bergantung kepada orang lain.
Maksud Rangkap 4
Orang tak berusaha sendiri tidak tahu pahit maung bekerja .
Maksud Rangkap 5
Orang yang tidak berusaha akan mudah mengaku kalah dan dipandang rendah oleh
masyarakat .
Maksud Rangkap 6
Orang tidak berusaha akan hilang keyakinan diri dan tidak akan mencapai kejayaan dalam
hidup sebaliknya akan mendapat kerugian
Tema
Seloka tak berikhtiar sendiri bertemakan kepentingan berikhtiar untuk berjaya dalam kehidupan.
Persoalan
1. Persoalan sikap meminta-minta tanpa berusaha dalam masyarakat
2. Persoalan sikap bergantung kepada orang lain atau ibubapa
3. Persoalan pentingnya beramal dan berusaha dalam kehidupan
Persoalan pahit maung berusaha sendiri

4. Persoalan kesan buruk tidak berusaha kepada setiap orang

Bentuk
Puisi tersebut mempunyai 6 rangkap
Jumlah baris dalam setiap rangkap ialah antara 5(rangkap 1) hingga 11(rangkap 3)
Jumlah perkataan dalam baris ialah 2(b1,r6) hingga 7(b4,r2)
Jumlah suku kata dalam baris ialah antara 4(b1,r6) hingga 16(b11,r3)
Rima puisi tersebut adalah bebas tetapi masih lagi puisi tradisional.

Gaya bahasa
1) Diksi -pemilihan perkataan sesuai dengan persekitaran orang Melayu .contoh:kata Allah yang
berkaitan dengan agama orang Melayu .
2) Metafora -contoh:gelombang manja (b5,r4)
3) Similie -contoh:sebagai anak kecil yang masih menyusu (b5,r2)
4) Personifikasi contoh:orang yang asyik dipeluk gelombang manja
6) Aliterasi pengulangan bunyi huru fkonsenan (i).contoh:banyak orang berangan-angan tinggi
7) Asonansi pengulangan bunyi huruf vokal(i).contoh:ingin mencapai itu dan ini
8) Kata ganda-berangan-angan,cita-cita,tertadah-tadah,meminta-minta
Imegen puncak yang tinggi kejayaan
9) Sinkope kata tak Cth:tetapi tak mahu susah ,tetapi tak banyak usaha dan ikhtiar
sendiri,yang tak tahu menelan pahit maung bekerja
10) Anafora kata atau dalam baris 3-4-rangkap 2
11) Asonasi: pengulangan bunyi huru vokal O-Cth Memohon pertolongan di sana sini
12) Aliterasi- pengulangan bunyi huruh kosonan d- Cth: suka menadah dan tertadah- tadah

Nilai
-Berdikari -- seseorang janganlah mengharapkan ibu bapa tau meminta-minta tetapi sebaliknya
harus berusaha sendiri/berdikari
-Kegigihan- Seseorang seharusnya gigih berusaha bukannya dengan menadah- nadah atau
meminta- minta.
-Ketabahan dan kesabaran Perlunya sabar dan tabah dalam berusaha.Cth: Sendiri rempuh
belukar tebal yang kelam.
-Keyakinan diri Cth:iaitu keopercayaan kepada dirinya senndiri
Menjaga maruah diri Orang yang beriktiar adalah orang yang menjaga maruah diri.Hal ini
mengelakan diri daripada dipandang rendah oleh orang lain.Cth:Akan hilanglah harga
dirinya(B5,R5)

Pengajaran
1. Kita hendaklah berusaha untuk mencapai cita-cita atau kejayaan atau keinginan kita .
2. Kita hendaklah berdikari dalam kehidupan,bukannya bergantung kepada ibubapa dan
bantuan orang lain .
3. Kita hendaklah bekerja bagi menjaga maruah diri .
4. Janganlah kita terlalu bergantung kepada ibubapa .
5. Kita hendaklah beramal dan berusaha dalam kehidupan .

You might also like