You are on page 1of 5
Petra Jaya 93050 Kuching, Sarawak JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK Talan Diplamatil Of alan Bake & oral sem jpearawak moe gowmy smal on sarewakgmoe gory Ruj.Kami_ : JPS(W)/SPS(pp)/153/05/05/01/Jid.7(a ) Tarikh, 30 Jun 2016 Kepada sesiapa berkenaan, Tuan, PERUTUSAN PENGARAH PENDIDIKAN SARAWAK UNTUK MAJALAH SEKOLAH 2016 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk 2. Bersama-sama ini dikepilkan sesalinan Perutusan Pengarah Pendidikan Sarawak dan disertakan gambar Pengarah Pendidikan Sarawak untuk tujuan penerbitan majalah sekolah bagi tahun 2016. 3. Sila akui penerimaan perutusan tersebut dengan melengkap isi Akuan Penerimaan seperti yang disertakan bersama surat ini dan dikembalikan kepada Unit Perhubungan dan Pendaftaran, ‘Sektor Pengurusan Sekolah. 4, Di samping itu, sukacita sekiranya pihak tuan dapat menghantar senaskhah majalah sekolah berkenaan ke Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah untuk rujukan dan simpanan pinak kami Sekian, terima kasin. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (ADENAN BIN ABDUL AMIT ) Sektor Pengurusan Sekolah bp. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sk, 1, Fail Timbul Pengarah Pendidikan Sarawak 2. Timbelan Pengarah Pendidikan Sarawak Fm WENJULANG PENDIOKAN NEGERI SARAWAK™ == |e¢ ¥ oO AKUAN PENERIMAAN Kepada Pengarah Pendidikan Sarawak Jabatan Pencidikan Sarawak Jalan Diplomatik, Off Jalan Bako Petra Jaya £93050 Kuching, (up. Unit Perhubungan dan Pendattaran, Sektor Pengurusan Sekolah) Tuan, BORANG PERAKUAN PENERIMAAN PERUTUSAN PENGARAH PENDIDIKAN SARAWAK UNTUK MAJALAH SEKOLAH 2016 Dengan ini, saya mengesahkan bahawa kami telah menerima telah selamat diterima dan dalam keadaan balk Tandatangan Nama Jabatan/Sekoiah Tarikh KATA AIU-ALUAN PENGARAH PENDIDIKAN SARAWAK Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak Sekalung ucapan syabas dan tahniah saya tujukan kepada seluruh warga sekolah, khususnya sidang redaksi majalah sekolah yang telah berusaha gigih menerbitkan majalah sekolah bagi tahun 2016. Bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, saya amat berbesar hati serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat sebagai wali pencetus idea dalam penerbitan majalah ini. Sistem pendidikan negara kita masa kini sedang mengalami perubahan yang begitu drastik. Menyedari hakikat ini, kita perlu menggembleng tenaga, menggugah profesionalisme dan memanipulasi keupayaan diri masing-masing dan secara_ kolaboratif untuk mencapai hasrat menjadikan pendidikan negara ini hingga bertaraf dunia untuk kemudiannya menjulang nama negara agar berdiri sama tinggi dengan negara perkasa dunia. Di samping itu, warga pendidik berperanan membina insan murid yang mampu berfikir aras tinggi (KBAT) setaraf dengan murid di seluruh dunia, memangkin perkembangan sahsiah murid secara holistik dan seimbang selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Untuk mencapai hasrat ini, warga pendidik diseru untuk merealisasikan kemenjadian murid berpandukan enar aspirasi murid yang terkandung di dalamnya iaitu berpengetahuan, berkemahiran memimpin, kemahiran berfikir, kemahiran dwi bahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Selaras dengan itu, ketinggian akhiak dan budi pekerti serta nilai-nilai murni sejagat periu ada dan dihayati oleh setiap insan niurid yang dididik bagi mendepani segala cabaran serta perubahan dalam kehidupan. Maka, untuk menjeyakan harapan tinggi bagi menjana_transformasi sistem pendidikan regara, para pemimpin sekolah di segenap lapisan perlulah banyak me;ekayasa, berfikiran kreatif dan melakukan inovasi serta ikhlas dan bsrsedia menempuh pelbagai cabaran dan dugaan termasuk perubahan dalam sistam penyampaian ilmu kepada anak didiknya. Saya amat yakin majalah sekolah akan menjadi landasan serta panduan kepada semua warga sekolah. Segala coretan peristiwa serta karya yang terzahir dalam majalah sekolah ini akan meniup semangat patriotisme di kalangan warga sekulah dan pastinya ia menjadi kenangan terindah yang tiada nilainya. Harapan saya segala pengisian yang dimuatkan di dalam majalah sekolah ini akan menjadi pembakar semangat untuk bakat dan kompetensi diri di kalangan warga sekolah. Akhir kata, saya mendoakan seluruh warga sekolah dan para murid mencapai kegemilangan untuk membawa sekolah ke puncak kejayaan dan seterusnya mencurah bakti untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perpaduan yang sejahtera dan makmur. Sekian, terima kasih. “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA” HAJI MADON) Pengarah Pendidikan Sarawak

You might also like