You are on page 1of 29

PROGRAM BIMBINGAN KE ARAH KECEMERLANGAN KERTAS KESUSASTERAAN MELAYU

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

PROSA (PROSA TRADISIONAL, DRAMA, CERPEN & NOVEL)


ARAHAN:
1. Jawab semua soalan.
2. Anda boleh memberi isi jawapan lebih daripada yang dinyatakan di kertas soalan.
3. Setiap aspek yang disoal, dimulakan dengan contoh jawapan. Teknik menulis jawapan yang
diberi dalam contoh jawapan tersebut boleh dijadikan panduan untuk menulis jawapan anda.
4. Ada panduan yang diberikan untuk membantu anda mencari isi jawapan.
5. Di dalam panduan dan contoh jawapan yang diberi, jika anda melihat garis miring ( / ), anda
mempunyai pilihan untuk memilih ayat yang hendak dijadikan jawapan. Contoh: ketabahan
menghadapi ujian/ cabaran hidup. Anda boleh memilih untuk menulis, Ketabahan menghadapi
ujian atau Ketabahan menghadapi cabaran hidup.
Soalan yang tertulis PT bermaksud soalan daripada genre Prosa Tradisional, D daripada
genre Drama, C daripada genre Cerpen, dan N daripada genre Novel.
6. Untuk soalan struktur, pelajar dibenarkan menyalin ayat daripada petikan sebagai contoh atau
mengolah ayat sendiri
7. Jawab dalam ayat yang lengkap.
8. Kata kunci soalan
8.1 Anda memberi fakta sahaja tanpa contoh atau huraian sekiranya kata kunci soalannya
ialah:
8.1.1 Berikan
8.1.2 Senaraikan
8.1.3 Nyatakan

8.2 Anda perlu memberi fakta berserta contoh atau huraian sekiranya kata kunci soalannya
ialah:
8.2.1 Berikan ... berserta contoh
8.2.2 Senaraikan ... berserta contoh
8.2.3 Nyatakan ... berserta contoh
8.2.4 Huraikan
8.2.5 Jelaskan
8.2.6 Terangkan

1. Tema
1.1 Soalan Contoh dan Jawapan - Esei
Berdasarkan cerpen Profesor Sufi karya A. Rahmad, huraikan temanya.

Tema cerpen ini ialah konsep dan interpretasi tentang ilmu. Seorang profesor
berpendidikan tinggi berjaya menguasai ilmu tasawuf kerana banyak melakukan kajian ilmiah
tetapi tidak mengamalkannya.

1.2 Soalan Latihan - Esei

1PT Huraikan tema Sastera Panji – Raden Puspa Kencana.

2D Huraikan pemikiran drama Anna karya Kemala.


1
3C Huraikan tema cerpen Air Mata Dalang karya Rahimidin Zahari.

4N Huraikan tema novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan.

2. Persoalan
2.1 Cara Mengesan Persoalan Dalam Prosa
Baca petikan cerpen di bawah dan cuba kesan isu atau perkara yang ingin disampaikan.

Aku tidak menyalahkan abang yang lain kalau mereka kurang waktu untuk abah kerana
masing-masing punya kehidupan sendiri. Aku kira abah juga mengerti. Begitulah pusingan
hidup, kata abah, suatu ketika sambil mengusap helai rambutku yang panjang. Aku membela
rambut kerana abah. Anak perempuan manis, kalau menyimpan rambut panjang, tambah abah
lagi.
Dipetik daripada cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah
karya Fauziah Mohd Ismail

Huraikan dua persoalan berdasarkan petikan cerpen di atas.

Dalam petikan di atas ada dua persoalan, iaitu:


Aku tidak menyalahkan abang yang lain kalau mereka kurang waktu untuk abah kerana
masing-masing punya kehidupan sendiri, (Kesibukan anak-anak yang telah berkeluarga)
kata abah, suatu ketika sambil mengusap helai rambutku yang panjang. Aku membela rambut
kerana abah. Anak perempuan manis, kalau menyimpan rambut panjang, tambah abah lagi
(Kasih sayang antara anak dan bapa)

Persoalan tentang kesibukan anak-anak yang telah berkeluarga. Contohnya, abang-


abang “aku” tidak dapat meluangkan lebih banyak masa bersama abah kerana mereka telah
pun berkeluarga./ Aku tidak menyalahkan abang yang lain kalau mereka kurang waktu untuk
abah kerana masing-masing punya kehidupan sendiri,
Persoalan kasih sayang antara anak dan bapa. Contohnya, “aku” menyimpan rambut
panjang kerana abah suka “aku” menyimpan rambut panjang/ Aku membela rambut kerana
abah. Anak perempuan manis, kalau menyimpan rambut panjang, tambah abah lagi.

2.2 Soalan Latihan - Struktur

5PT “Hai anakku, sekali-kali tiada bonda suka engkau beristerikan Ken Tambohan
itu! Ia anak celaka dan anak jarahan. Mengapakah anakku mengambilnya buat
isteri?”
“Hai Ken Tambohan! Jika kuturut hatiku, sekarang juga kau kujadikan abu!”
Titah Sang Nata, “Hai adinda, janganlah adinda berkata demikian! Sudahlah
dengan kuasa Dewata Mulia Raya anakanda kita berkahwin dengan Ken Tambohan
itu. Janganlah adinda terlalu sangat murka kepada Raden Menteri itu. Nanti hiba
hatinya dan lari ia kelak. Biarlah ia duduk di istana Ken Tambohan itu.”
Dipetik daripada Sastera Panji
Perkahwinan Raden Menteri Diketahui oleh Ayahanda dan Bondanya

2
Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam petikan prosa tradisional di atas.

6D ZAKI: Ya, dia perlukan banyak waktu. Kuharap dia akan tahu juga terhadap nilai
kasih sayangku, doktor. Walaupun Anna pergi, ibuku mesti melihat dunia
kembali. Dan pada engkaulah, doktor ku harap akan memberikan ibuku
cahaya hidupnya kembali. Ibuku mesti melihat. Biar dia melihat Tina, cucunya.
Dan melihat aku, anaknya kembali.

DR. CHAN (dengan tenang): Ya, Zaki. Aku akan cuba sedaya upayaku. Doakan saja.
Semuanya dalam kuasa Tuhan belaka. Kuharap engkau akan bahagia saja
dengan ibumu, dengan Tina tetapi juga dengan Anna.
Dipetik daripada drama Anna karya Kemala

Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam petikan drama di atas.

7C Lin, masihkah kau ingat akan kami yang tinggal di dasar laut ini? Tidakkah
kauingin merakamkan apa yang sedang berlaku kepada kami sekarang? Barangkali
kaulupa kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja berat yang dibebankan oleh
majikanmu itu. Atau kausibuk melayan kerenah anak-anakmu yang sudah besar,
tetapi terlalu manja. Atau, hatimu terlalu pedih kerana cintamu kian terhakis dalam
dunia kesibukan? Namun, kami tidak pernah melupakanmu kerana kami menganyam
benih-benih kasih ke warna darah tubuh kami. Kami bangsa yang tidak mahu
melupakan nilai setia kawan kerana kami tidak bisa berubah mengikut rentak arus
ganas yang melanda dunia kami dan duniamu juga.
Dipetik daripada cerpen Kami Akan Mati, Lin
karya Saroja Theavy Balakrishnan

Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas.

8N Bekas musuh-musuh politik Presiden, setelah menerima kurnia tanah daratan,


terus melupakan perjuangan asal mereka kerana mulai belajar hidup senang-lenang.
Mereka membangunkan daratan masing-masing dengan bantuan pelabur asing dan
terus menjual daratan mereka kepada orang Amerika atau orang Eropah. Harga tanah
daratan tiba-tiba naik berlipat ganda, yang tidak dijangkau lagi oleh majoriti peribumi
Ogonshoto. Aku menyoal, mengapakah pemerintahan Ogonshoto tampaknya lebih
memihak kepada segelintir orang, berbanding majoriti peribumi Ogonshoto yang lebih
dahaga akan tanah daratan dan kehidupan lebih baik?
Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan

Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam petikan novel di atas.

3
2.3 Soalan Latihan - Esei

9PT Nyatakan dua persoalan berserta contoh berdasarkan cerpen Sastera Hikayat –
Hikayat Parang Puting

10D Nyatakan dua persoalan berserta contoh berdasarkan drama Mat Piah dan Mr
Blackway karya Mahizan Husain.

11C Nyatakan dua persoalan berserta contoh berdasarkan cerpen Res Judicata karya Aidil
Khalid.

12N Nyatakan dua persoalan berserta contoh berdasarkan Bab 8: Kamera, novel Naratif
Ogonshoto karya Anwar Ridhwan.

3 Teknik Plot
NOTA: Teknik plot terdiri daripada teknik imbas kembali, teknik imbas muka, teknik suspens,
teknik kejutan, teknik monolog dalaman, teknik monolog luaran, teknik pemerian dan teknik
dialog.

3.1 Soalan Contoh dan Jawapan - Struktur


3.1.1 Sahat semakin bersemangat sambil menepuk bahu Tahot yang mengesat air mata
terharunya.
Ketika Sahat dan Tahot sedang rancak berbual-bual di kaki Bukit Emas sambil
menikmati udara segar, tiba-tiba Ayub muncul dan kelihatan cemas.
Dipetik daripada cerpen Bukit Emas
karya Mufidah Hanum Yusuf

Nyatakan maksud teknik suspens dan berikan satu contoh teknik suspens yang
terdapat dalam petikan cerpen di atas.

Maksud teknik suspens ialah unsur ketegangan yang berlaku hasil daripada
konflik-konflik yang ditimbulkan oleh watak-watak. Hal ini menyebabkan pembaca
atau penonton dalam keadaan tertanya-tanya.
Contohnya ialah ketika Sahat dan Tahot sedang rancak berbual-bual di kaki
Bukit Emas sambil menikmati udara segar, tiba-tiba Ayub muncul dan kelihatan
cemas.

3.1.2 Peraturan permainan juga sudah tidak dipedulikan dalam hutan ini. Tiga das
tembakan bukan had, satu lawan satu bukan caranya. “Mengapa dia menjadi
‘binatang buruan’?” Tanya pemuda itu.
Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan

Berdasarkan petikan di atas, berikan satu teknik plot berserta contoh.

Teknik suspens. Contohnya, “Mengapa dia menjadi ‘binatang buruan’?”

4
3.2 Soalan Latihan - Struktur

13C Kini, laut kian masin kerana air mata kami tidak putus-putus mengalir. Lin,
datanglah. Lihatlah keadaan kami sekarang. Jika kautunggu lagi, mungkin engkau
tidak akan bersua dengan aku. Jika kaulengahkan kedatanganmu barangkali aku
sudah menjadi batu-batan konkrit seperti yang berlaku ke atas saudara-saudaraku
di Laut Caribbean.
Dipetik daripada cerpen Kami Akan Mati, Lin
karya Saroja Theavy Balakrishnan
Nyatakan maksud teknik imbas muka dan berikan satu contoh teknik imbas muka
yang terdapat dalam petikan cerpen di atas.

14N Radio senyap. Tetapi beberapa detik kemudian telinganya mendengar sayup-sayup
ketibaan gelombang. Ya, elektron sedang bergetar, fikirnya.
Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan
Nyatakan maksud teknik monolog dalaman dan berikan satu contoh teknik
monolog dalaman yang terdapat dalam petikan cerpen di atas.
15C Pak Yasok mengangkat muka dari meja kerja di depan jendela. Dia memandang
sebuah kereta Kembara JFX 995 yang membelok masuk ke halaman rumahnya.
Siapakah yang ke mari dalam hujan-hujan begini? Berdetik dalam hati kecil Pak
Yasok.
Dipetik daripada cerpen Air Mata dalang
karya Rahimidin Zahari.
Nyatakan maksud teknik suspens dan berikan satu contoh teknik suspens yang
terdapat dalam petikan cerpen di atas.
16D MAT PIAH: Pergi menggeruh di Padang Kota lagi bagus. (Bercakap sendiri).
(MAT PIAH segera mahu mengayuh beca apabila BLACKWAY menepuk bahu
MAT PIAH dari belakang. MAT PIAH terperanjat hingga kedua-dua kakinya
terangkat).
Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway
karya Mahizan Husain

Nyatakan maksud teknik monolog luaran dan berikan satu contoh teknik monolog
luaran yang terdapat dalam petikan drama di atas.
17N “Apakah yang tuan akan tunggu?” tanya pentafsir Aitu sambil melihat resi
tua meninggalkan mereka, menuju laut.
“Bukan apa, tapi siapa,” balas orang dari Tatamanu. Saya akan menunggu
kedatangan Tuhan. Kerana hanya Tuhan yang boleh memberi jawapan.”
Pentafsir Aitu kehilangan kata-kata, hanya mampu melihat orang dari
Tatamanu itu berjalan mengekori resi tua. Gilakah orang dari Tatamanu ini?
Fikirnya.
Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan
5
Berikan satu teknik plot berserta contoh berdasarkan petikan novel di atas.

4. Perwatakan
4.1 Cara-cara Mengesan Sifat-sifat Watak
4.1.1 Pelukisan secara langsung oleh pengarang
Tuan Kawai sanggup melabur besar-besaran kerana amat tahu nilai ikan dan
hidupan laut lainnya, melebihi tanggapan orang Jepun umumnya terhadap ikan.
Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan

Berdasarkan petikan di atas, pengarang menjelaskan yang Tuan Kawai ialah


seorang yang mempunyai wawasan kerana sanggup melabur besar-besaran
dalam industri perikanan. Dia begitu yakin yang industri perikanan akan
mendatangkan keuntungan yang lumayan kepadanya.

4.1.2 Tindak tanduk atau aksi watak.


“Fik ada tugasan untukmu” ujar Ketua Pengarang.
Aku terima tanpa banyak soal.
Dipetik daripada cerpen Rindu Seorang Rafik
karya Nisah Hj. Haron

Berdasarkan petikan di atas, tindakan Fik (atau “aku”) yang tidak mempersoalkan
arahan ketua tempat kerjanya menunjukkan yang dia seorang yang akur atau patuh
kepada arahan ketua tempat dia bekerja.

4.1.3 Dialog, perasaan dan pendapat watak


Maka kata Jepun itu, “Berapa puluh orang Melayu itu? Jika seorang dua, bukan
lawan patik.”
Dipetik daripada Sastera Epik – Hang Tuah Diutus ke Siam

Berdasarkan petikan di atas, dialog orang Jepun itu menunjukkan dia seorang
yang bongkak.

4.1.4 Pandangan watak lain terhadap watak tersebut..


“Ada seorang pemuda Kuri lulusan California, yang aku kenal,” kata lelaki tua itu.
“Khabarnya dia bekerja di Pejabat Presiden. Dia panas baran seperti mendiang
bapanya tapi boleh juga diajak berunding.”
Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan

Berdasarkan petikan di atas, pandangan yang diberikan oleh lelaki tua itu
menunjukkan yang pemuda lulusan California itu seorang yang panas baran.

4.2 NOTA: Untuk soalan yang tidak memerlukan contoh, selain perwatakan dalaman, anda juga
boleh memberikan perwatakan luaran (rupa), pekerjaan, status, umur, minat dan
sebagainya berdasarkan maklumat yang ada dalam petikan.

6
Contoh: Antara puteri tawanan yang ditaruh dalam kota batu itu ialah seorang puteri
rupawan yang tidak diketahui negeri asalnya bernama Raden Puspa Kencana. Tetapi Sang
Nata dan Permaisuri menggelarnya Ken Tambohan. Pada masa itu, Ken Tambohan
berumur empat belas tahun. Baginda Sang Nata dan Permaisuri sangat sayang
kepadanya kerana dialah yang cantik sekali antara puteri tawanan itu.
Dipetik daripada Sastera Panji
– Raden Puspa Kencana
Berdasarkan petikan di atas, perwatakan Ken Tambohan ialah dia berumur empat belas
tahun dan seorang yang cantik
4.3 Soalan Contoh dan Jawapan - Struktur
Aku melihat Pak Mid sebagai seorang yang tekun, rajin, dan punya disiplin tersendiri.
Dia tidak banyak bercakap. Sungguhpun dia tahu ramai yang memerlinya dengan gelaran
tidak baik itu, dia tetap tersenyum dan mesra apabila berbicara dengan mereka.
Dipetik daripada Namun Itu Hakikat
karya Nazel Hashim Mohamad
Berikan empat perwatakan Pak Mid berdasarkan petikan cerpen di atas,
Pak Mid seorang yang tekun, rajin, berdisiplin, pendiam, dan penyabar.

4.4 Soalan Contoh dan Jawapan - Esei


Huraikan dua perwatakan Averah berdasarkan cerpen Gulai Semilang Untuk Abah karya
Fauziah Mohd Ismail.

Seorang yang penyayang. Contohnya, Averah tidak sanggup berpisah jauh


daripada abah kerana sangat sayang akan abahnya.
Seorang yang menurut perintah. Contohnya, Averah memasak gulai ikan
sembilang atas permintaan abahnya.
Seorang yang berhati-hati semasa membuat pilihan. Contohnya, Averah
menolak cinta Dr. Lokeman kerana bimbang lelaki itu tidak sesuai tinggal di kampung
bersamanya
Seorang yang berpendidikan tinggi. Contohnya, Averah merupakan seorang
doktor lepasan universiti tempatan.
4.5 Soalan Latihan - Struktur

18C Disebabkan abah juga aku menolak cinta Dr. Lokeman. Bagiku, lelaki itu
sangat sofistikated, anak orang berada dan tidak pernah akan mengalah
meninggalkan kota gahnya untuk mengikut aku tinggal di kampung yang masih
tertinggal jauh daripada hidup yang moden serta lengkap dengan kemudahan.
Tidak mungkin lelaki itu akan bertukar watak hanya kerana cinta terhadap
gadis pingitan seperti aku. Aku menolak cintanya dengan seribu alasan walaupun
dia tidak henti-henti mengirimkan aku mawar merah yang harum dan cantik. Aku tidak
mahu terlanjur mencintainya walaupun ramai yang beranggapan aku menolak tuah.
“Hanya gadis yang urat nadinya terputus sahaja yang akan menolak cinta
teruna setampan Dr. Lokeman,” sindir teman-teman.
Dipetik daripada cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah
karya Fauziah Mohd Ismail

7
Berikan empat perwatakan Dr. Lokeman yang terdapat dalam petikan cerpen di atas.

19N Asap kelabu gunung berapi Gora-Gora berkepul menegak di langit biru. Pada
masa itulah penduduk pedalaman Tubua terlihat seorang lelaki tua berjalan di tebing
sungai menuju ke arah mereka. Pakaiannya seperti nelayan dari Kuri. Semakin lama
semakin dekatlah lelaki tua itu. Badannya telah mulai bongkok sabut. Jambang, misai,
dan janggut hampir menutup wajahnya.
Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan

Berikan empat perwatakan lelaki tua yang terdapat dalam petikan novel di atas.

4.6 Soalan Latihan - Esei

20PT Huraikan dua perwatakan Laksamana berdasarkan sastera epik – Hang Tuah Diutus
ke Siam.

21D Huraikan dua perwatakan Zaki berdasarkan drama Anna karya Kemala.

22C Huraikan dua perwatakan Pak Yasok berdasarkan cerpen Air Mata Dalang karya
Rahimidin Zahari.

23N Huraikan dua perwatakan Encik Noor berdasarkan Bab Epilog: Tsunami, novel
Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan.

5. Konflik Antara Watak


5.1 Soalan Contoh dan Jawapan - Esei
Huraikan dua konflik antara watak yang terdapat dalam drama Anna karya Kemala.

Konflik antara Anna dengan Zaki. Contohnya, Anna berasa menyesal dengan
perkahwinannya dengan Zaki.
Konflik antara Mak Munah dengan Anna. Contohnya, Mak Munah berasa sedih dengan
tindakan Anna yang mahu meninggalkan Zaki, Tina dan dirinya.
Konflik antara Zaki dan Anna. Contohnya, Zaki berasa kecewa dengan sikap Anna yang
tidak mahu memahami dirinya yang dia sebagai anak tunggal perlu menjaga ibunya yang
sakit.

5.2 Soalan Latihan - Esei

24PT Huraikan dua konflik antara watak yang terdapat dalam Sastera Panji; Raden Puspa
Kencana.

25D Huraikan dua konflik yang terdapat dalam drama Mat Piah dan Mr. Blackway karya
Mahizan Husain.

26C Huraikan dua konflik antara watak yang terdapat dalam cerpen Perspektif karya NF
Abdul Manaf.

8
27N Huraikan dua konflik antara watak yang terdapat dalam Bab 1: Kolonial, novel
Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan.

6. Peranan Watak
6.1 Soalan Contoh dan Jawapan – Esei
Terangkan dua peranan watak “Aku” berdasarkan cerpen Rindu Seorang Rafik karya Nisah Hj.
Haron.

“Aku’ sebagai wartawan. Contohnya, “Aku” membuat liputan peristiwa di Singapura/


The Hague untuk akhbarnya.
“Aku” sebagai rakyat Malaysia. Contoh, “Aku” sebagai rakyat Malaysia terlalu gembira
apabila keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa menyerahkan kedaulatan Pulau Sipadan
dan Ligitan kepada Malaysia.
“Aku” sebagai sahabat. Contohnya, “Aku” bersahabat dengan Rosa/ Irda.

6.2 Soalan Latihan – Esei

28C Terangkan dua peranan watak Pak Yasok berdasarkan cerpen Air Mata Dalang
karya Rahimidin Zahari.

29N Terangkan dua peranan watak Presiden berdasarkan Bab 1: Kolonial, novel
Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan.

7. Latar Masyarakat
7.1 Nota
7.1.1 Latar masyarakat merangkumi corak kehidupan masyarakat sama ada dari segi
politik, ekonomi, kepercayaan dan sebagainya. Hal ini termasuklah sama ada
masyarakat tersebut ialah masyarakat desa atau masyarakat kota, masyarakat
majmuk atau masyarakat satu kaum, agama yang dianuti, kepercayaan, adat
resam, corak pemerintahan, cara mereka bermasyarakat dan sebagainya.
7.1.2 Pastikan watak yang terlibat dalam peristiwa itu lebih daripada seorang.

7.2 Soalan Contoh dan Jawapan - Struktur


Betulkah? Inikah perspektif mereka di luar sana? Adakah selama ini mereka
semua telah berpura-pura terhadapnya? Terhadap suaminya? Terhadap mereka
sekeluarga? Sukar baginya untuk mempercayai bahawa dialah penyebab keruntuhan
kerjaya suaminya. Kini, Abang Said pula telah pergi buat selamanya. Pada hari
kematian Abang Said, tidak seorang pun yang tampil untuk menolong menguruskan
jenazahnya. Cuma ahli masjid yang sudi melaksanakan segala urusan dari awal hingga
akhir. Baru dia faham bahawa orang ramai hanya menghormati Abang Said selagi dia
mempunyai kuasa dan wang ringgit.
Dipetik daripada cerpen Perspektif
karya NF Abdul Manaf

9
Masyarakat yang beragama Islam (Cuma ahli masjid) dan masyarakat yang
hipokrit (Baru dia faham bahawa orang ramai hanya menghormati Abang Said
selagi dia mempunyai kuasa dan wang ringgit.)

Masyarakat yang beragama Islam dan masyarakat yang hipokrit.


.
7.3 Soalan Contoh dan Jawapan - Esei
Huraikan tiga latar masyarakat berdasarkan cerpen Perspektif karya NF Abdul Manaf.

Masyarakat beragama Islam. Contohnya, ahli masjid menguruskan jenazah


Abang Said.
Masyarakat yang hipokrit. Contohnya, orang ramai hanya menghormati Abang
Said selagi dia mempunyai kuasa dan wang ringgit.
Masyarakat yang miskin. Contohnya, surat layang yang dihantar kepada
Sharifah meluahkan kekesalan penduduk di situ kepada Abang Said yang tidak prihatin
dengan kehidupan mereka yang miskin.
Masyarakat yang mengenang budi. Contohnya, Mak Limah dan Pak Dol
menangisi kematian Abang Said kerana beliau pernah menolong membiayai
pembedahan Mak Limah pada suatu masa dahulu.

7.4 Soalan Latihan - Struktur

30C Bahkan di bangsal wayang di halaman rumahnya itulah anak-anak


muda kampung berkumpul, belajar menabuh gendang. Itu pun selepas solat
Isya apabila semua mereka selesai berjemaah di masjid kampung. Kalau ada
sakit demam atau mati relai, latihan menabuhkan gong gendang dihentikan
sebagai menghormati saudara-mara sekampung.

Dipetik daripada cerpen Air Mata Dalang


karya Rahimidin Zahari.

Nyatakan dua latar masyarakat berdasarkan petikan cerpen di atas.

7.5 Soalan Latihan - Esei

31PT Huraikan dua latar masyarakat berdasarkan sastera panji – Raden Puspa
Kencana.

32D Huraikan dua latar masyarakat berdasarkan drama Anna karya Kemala.

33C Huraikan dua latar masyarakat berdasarkan cerpen Namun Itulah Hakikat
karya Nazel Hashim Mohamad.

34N Huraikan dua latar masyarakat berdasarkan Bab 3: Penyamaran, novel Naratif
Ogonshoto karya Anwar Ridhwan.

10
8. Nilai Murni
8.1 Cara Mengesan Nilai Murni
Soalan Contoh dan Jawapan

Baca petikan cerpen di bawah dan cuba kesan nilai-nilai positif yang terdapat dalam petikan
tersebut.

“Sauki pun tak patut membiarkan isterinya yang menasihati aku,” bisik Pak Yasok.
Patutnya Sauki sendiri yang cakapkan. Tapi Pak Yasok tahu, Sauki tidak tergamak nak
ucapkan itu kepada dirinya. Sauki, Sulida dan Naemah semuanya masuk sekolah sehingga ke
universiti dengan hasil wayang kulit. Hasil duit ringgit yang Pak Yasok jadi tok dalang dari satu
kampung ke kampung yang lain, Sauki patut memberitahu kepada isterinya yang dalam
darahnya itu mengalir warna merah daripada hasil wayang kulit.
Dipetik daripada cerpen Air Mata Dalang
karya Rahimidin Zahari

Nilai positif yang dapat dikesan ialah hormat-menghormati “Sauki pun tak patut membiarkan
isterinya yang menasihati aku,” bisik Pak Yasok. Patutnya Sauki sendiri yang cakapkan. (Tapi
Pak Yasok tahu, Sauki tidak tergamak nak ucapkan itu kepada dirinya) dan bertanggungjawab
(Sauki, Sulida dan Naemah semuanya masuk sekolah sehingga ke universiti dengan hasil
wayang kulit. Hasil duit ringgit yang Pak Yasok jadi tok dalang dari satu kampung ke kampung
yang lain)

Berikan dua nilai murni berserta contoh berdasarkan petikan cerpen di atas,

Nilai hormat-menghormati. Contohnya, Pak Yasok tahu yang Sauki tidak tergamak
menasihatinya kerana Sauki menghormatinya sebagai ayah./ Tapi Pak Yasok tahu, Sauki tidak
tergamak nak ucapkan itu kepada dirinya
Nilai bertanggungjawab. Contohnya, Pak Yasok membiayai kos pendidikan anak-
anaknya hingga ke universiti./ Sauki, Sulida dan Naemah semuanya masuk sekolah sehingga
ke universiti dengan hasil wayang kulit. Hasil duit ringgit yang Pak Yasok jadi tok dalang dari
satu kampung ke kampung yang lain.

8.2 Soalan Latihan - Struktur

35PT Telah Raden Menteri mangkat itu amat berdukacita Sang Nata. Maka
duduklah baginda bertapa meminta kepada Dewata Mulia Raya moga-moga
dihidupkan kembali anakanda berdua. Segala dewa di keinderaan sungguh belas dan
kasihan melihat Sang Nata itu. Maka Betara Guru menitahkan Betara Kala turun ke
dunia untuk menghidupkan kembali Raden Menteri dan Ken Tambohan.
Dipetik daripada Sastera Panji,
Raden Menteri dan Ken Tambohan Hidup Kembali

Nyatakan dua nilai murni berserta contoh yang terdapat dalam petikan prosa
tradisional di atas.

11
36D Blackway : Tak betul, sama sekali tak betul. Light menipu Sultan Abdullah supaya
serahkan ini Puloo Pinang sama Inggeris. Inggeris mahu ini Puloo Pinang
dijadikan pelabuhan persinggahan antara Barat dengan Timur supaya urusan
perdagangan Inggeris dengan China boleh diteruskan dengan adanya
pelabuhan entrepot seperti Puloo Pinang ini. Di samping itu, Inggeris boleh
mengaut hasil emas, bijih timah, perak daripada Tanah Melayu.

Mat Piah : Jadi, Francis Light bukan peneroka Puloo Pinang?

Blackway :Bukan. Sudah beratus tahun saya berasa bersalah atas penipuan dan
pengkhianatan yang saya dan Light lakukan terhadap Sultan Muhammad Jiwa,
Sultan Abdullah dan orang Melayu. Saya malu... malu... malu. What a shame!
Nasib baik orang tak kenal sama saya. Nama saya masih bersih, masih suci.
Tak disenaraihitamkan walaupun nama saya Blackway. Thank you, God!

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway


karya Mahizan Husain

Nyatakan dua nilai murni berserta contoh yang terdapat dalam petikan drama di atas.

37C Bagi Pak Mid, usaha dan doa kepada Allah adalah penting jika mahu berjaya
dalam apa-apa jua yang dicitakan. Dia tidak mudah melatah dengan perli dan sindiran
orang lain. Bagi dirinya, semua penduduk kampung ialah saudaranya. Oleh itu, dia
tidak sedikit pun menaruh sangka buruk terhadap mereka. Dia terus bersyukur ke
hadrat Ilahi kerana dia sudah berjaya. Demikian juga dengan anak-anaknya. Zul sudah
lulus ijazah tentang perhutanan, sementara Fitri sedang menuntut dalam bidang
perakaunan.
Dipetik daripada cerpen Namun Itulah hakikat
karya Nazel Hashim Mohamad

Nyatakan dua nilai murni berserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen di atas.

38N “Tuan pulang juga waktu ribut taufan gila itu.”


“Ke mana lagi saya akan pulang?” katanya. “Pulau-pulau ini tanah air tercinta. “
“Kami bawa tuan ke pantai?”
“Kami hanya berempat,” jawabnya. “Memang muat untuk ke pantai dengan dua
buah perahu. Tapi ... carikan ibu saya dahulu di Malagana. Biarkan dia berdiri di pasir
putih pantai, memandang kapal ini. Saya akan datang memeluk lututnya di pantai
sana.”
Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan

Nyatakan dua nilai murni berserta contoh yang terdapat dalam petikan novel di atas.

12
8.3 Soalan Latihan - Esei
39PT Huraikan dua nilai murni berdasarkan Sastera Hikayat – Hikayat Parang Puting.

40D Huraikan dua nilai murni berdasarkan drama Anna karya Kemala.

41C Huraikan dua nilai murni berdasarkan cerpen Perspektif karya karya NF Abdul Manaf.

42N Huraikan dua nilai murni berdasarkan Bab 8: Kamera, novel Naratif Ogonshoto karya
Anwar Ridhwan,

9. Pengajaran
9.1 Cara Mengesan Pengajaran
Soalan Contoh Struktur dan Jawapan
Baca petikan cerpen di bawah dan cari unsur nasihat yang ingin disampaikan.
Nasib yang sama pernah menimpa ayah Sahat empat puluh tahun yang lalu. Ayah
Sahat, Pak Jaya sepatutnya diangkat menjadi Penghulu Kampung Kuah. Tetapi Penghulu
Sudin melemparkan fitnah terhadap ayah Sahat sehingga nama Pak Jaya digugurkan
sebagai calon Penghulu Kampung Kuah. Kebanyakan daripada penduduk kampung
bersimpati atas nasib yang menimpa Pak Jaya. Tetapi mereka tidak boleh berbuat lebih
daripada itu. Jika mereka menonjolkan perasaan simpati terhadap Pak Jaya, mereka pasti
akan menerima padah daripada Penghulu Sudin.
Dipetik daripada cerpen Bukit Emas
karya Mufidah Hanum Yusuf
Pengajaran yang dapat dikesan dalam petikan di atas ialah Kita janganlah suka
menabur fitnah (Penghulu Sudin melemparkan fitnah terhadap ayah Sahat sehingga nama
Pak Jaya digugurkan sebagai calon Penghulu Kampung) dan Kita hendaklah
bersimpati dengan orang yang mengalami nasib malang (Jika mereka menonjolkan
perasaan simpati terhadap Pak Jaya, mereka pasti akan menerima padah daripada
Penghulu Sudin).
Berikan dua pengajaran berdasarkan petikan cerpen di atas,

Kita janganlah suka menabur fitnah.


Kita hendaklah bersimpati dengan orang yang mengalami nasib malang.
9.2 Soalan Latihan - Struktur

43PT “Janganlah adinda berbanyak kata jikalau adinda masih sayang akan
anakanda kita itu. Apakah gunanya memaki-maki begitu? Itu semua bukan
kehendak kita. Sudah dijodohkan oleh Dewata Mulia Raya, apa hendak dibuatkan?
Mendengar sabda Sang Nata itu, Permaisuri tunduk diam. Di dalam hati
baginda amat geram akan Ken Tambohan itu. Baginda mencari jalan bagaimana
hendak membalas dendamnya terhadap menantu yang tidak disukai baginda itu.

Dipetik daripada Sastera Panji


Perkahwinan Raden Menteri Diketahui oleh Ayahanda dan Bondanya

13
Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan prosa tradisional di atas.

44D DR. CHAN (dengan tenang): Ya, Zaki. Aku akan cuba sedaya upayaku. Doakan saja.
Semuanya dengan kuasa Tuhan belaka. Kuharap engkau akan bahagia bukan
saja dengan ibumu, dengan Tina tetapi juga Anna.

Dipetik daripada drama Anna karya Kemala

Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan drama di atas.

45C Selepas semua itu terputus daripada badan, dia hanyalah seorang arwah. Yang
tidak punya apa-apa, kecuali amal jariah dan kasih sayang yang ditinggalkan semasa
dia masih berkuasa. Dan itu pun bukan sebanyak mana. Cuma Pak Dol dan Mak
Limah yang menangisi jenazah Abang Said. Hal ini kerana Abang Said pernah
membiayai pembedahan Mak Limah semasa beliau sakit jantung dahulu. Hanya
mereka ini yang mendapat tempias rezeki Abang Said. Dan mereka ingat. Jasa itu
sampai ke hati mereka.

Dipetik daripada cerpen Perspektif karya NF Abdul Manaf.

Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas.

46N “Satu malam bolehlah,” jawab lelaki tua itu sambil duduk atas rumputan.
“Tak mengapa aku tak ke laut pada hari-hari angin jeda malam ini. Ikan-ikan di
pesisir Futu-Ata tidak akan berkurang kalau aku tak ke laut. Nasib saudara-
saudaraku di Tubua ini lebih penting daripada ikan, sotong, dan ketam.”
“Kamulah yang memberi simpati dan sokongan terbuka kepada kami,” ujar
lelaki yang menjadi ketua kumpulan protes itu. “Presiden dan orang-orangnya
jangankan mahu berunding, melihat kami pun enggan.”

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto


karya Anwar Ridhwan

Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan novel di atas.

9.3 Contoh Soalan dan Jawapan - Esei


Jelaskan dua pengajaran berdasarkan cerpen Bukit Emas karya Mufidah Hanum Yusuf.

Kita janganlah mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Contohnya,


Penghulu Sudin mengambil kesempatan atas penduduk Kampung Kuah kerana kebanyakan
penduduk Kampung Kuah kurang pendidikan.
Kita janganlah mengamalkan rasuah. Contohnya, Penghulu Sudin memberi duit kepada
Tahot untuk memastikan Sahat tidak hadir semasa majlis randau bersama wakil rakyat.
Kita janganlah suka menabur fitnah untuk kepentingan diri sendiri. Contohnya, empat
puluh tahun yang lalu Penghulu Sudin melemparkan fitnah terhadap ayah Sahat sehingga
nama Pak Jaya digugurkan sebagai calon penghulu.
14
9.4 Soalan Latihan dan Jawapan - Esei

47PT Jelaskan dua pengajaran berdasarkan Sastera Panji – Raden Puspa Kencana.

48D Jelaskan dua pengajaran berdasarkan drama Mat Piah dan Mr Blackway karya Mahizan
Husain.

49C Jelaskan dua pengajaran berdasarkan cerpen Rindu Seorang Rafik karya Nisah Hj
Haron.

50N Jelaskan dua pengajaran berdasarkan Bab 2: Jeneral, novel Naratif Ogonshoto karya
Anwar Ridhwan.
.

10. Gaya Bahasa


NOTA: Isi jawapan merangkumi ayat pendek, ayat panjang dan unsur gaya bahasa (kecuali
asonansi, aliterasi, anafora, epifora dan responsie). Anda bebas untuk memberi contoh sama
ada:
1. Satu contoh ayat pendek, satu contoh ayat panjang dan dua contoh gaya bahasa;
2. Satu contoh ayat pendek dan tiga contoh gaya bahasa;
3. Satu contoh ayat panjang dan tiga contoh gaya bahasa;
4. Empat contoh gaya bahasa.

10.1 Soalan Contoh dan Jawapan - Struktur dan Esei


Telah bertahun-tahun pegawai itu menanam pengaruhnya di Ture. Dia telah
melihat benih yang ditanamnya itu sedang tumbuh rendang dengan daun-daun
persahabatan yang sangat hijau. Dia telah memupuknya sepanjang masa dengan resam
dan gurauan cara Ture. Dia juga telah lama, jauh lebih lama, menjadi umang-umang Ture
berbanding jeneral. Di pejabat dia sentiasa kemas berpakaian seperti pegawai kanan
pemerintah. Jika berkunjung ke kampung nelayan, dia berpakaian seperti kebanyakan
nelayan Ture. Jika ke pekan, dia berpakaian seperti orang kebanyakan. Jika ke pedalaman,
dia hampir tidak memakai apa-apa.
Kenapa jeneral ke Ture dan turut menjadi umang-umang sepertinya? Gerutu
pegawai itu. Kenapa tidak jadi paus biru sahaja, dan muncul sebentar di Selat Gareva,
kemudian pergi berhambus ke hujung Pasifik, dan bunuh diri di pasir pantai Chile?
Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan

Berdasarkan petikan di atas, huraikan empat gaya bahasa.

Ayat pendek. Contohnya, Gerutu pegawai itu.


Ayat panjang. Contohnya, Kenapa tidak jadi paus biru sahaja, dan muncul
sebentar di Selat Gareva, kemudian pergi berhambus ke hujung Pasifik, dan bunuh diri di
pasir pantai Chile?
Kata ganda. Contohnya, Telah bertahun-tahun pegawai itu menanam
pengaruhnya di Ture./ bertahun-tahun

15
Metafora. Contohnya, Dia telah melihat benih yang ditanamnya itu sedang
tumbuh rendang dengan daun-daun persahabatan yang sangat hijau/ daun-daun
persahabatan
Simile. Contohnya, Di pejabat dia sentiasa kemas berpakaian seperti pegawai
kanan pemerintah./ seperti
Inversi. Contohnya, telah bertahun-tahun pegawai itu menanam pengaruhnya di
Ture.
Pengulangan kata/ repitisi kata. Contohnya, jika.
Pengulangan frasa/ repitisi frasa. Contohnya, dia berpakaian seperti.

10.2 Soalan Latihan dan Jawapan - Struktur

51PT Gementar tubuh penjaga pintu itu seperti pohon kayu ditiup angin kencang
apabila mendengar Raden Menteri murka itu. Dibukakannya pintu kubah itu. Masuklah
Raden Menteri. Pintu kubah itu pun ditutup kembali. Senang rasa hatinya. Ia pun
berjalan-jalan di situ.
Dipetik daripada Sastera Panji,
Raden Puspa Kencana.

Nyatakan dua gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam petikan prosa
tradisional di atas.

52D ANNA: Tidak! Aku tak menyesal. Penyesalanku kerana berlangsungnya perkahwinan
ini. Penyesalanku kerana membantah larangan daddyku. Itu saja.

Dipetik daripada drama Anna karya Kemala.

Nyatakan dua gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam petikan drama di
atas.

53C “Pak Mid gila! Pak Mid gila!”


Teringat aku akan kata-kata itu. Kata-kata yang aku dan kawan-kawan dengar sewaktu
kecil dahulu. Kata-kata yang dilafazkan oleh beberapa orang kampung terhadap Pak
Mid. Dan pada waktu itu aku anggap macam main-main sahaja.
Dipetik daripada cerpen Namun Itulah Hakikat
karya Nazel Hashim Mohamad

Nyatakan dua gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen di
atas.

54N Aku terdiam sambil terus merenung jari-jari buntungnya. “Kamu gila,” katanya
lagi. “Mengapa tak berazam untuk berbuat yang lain, katakanlah botakkan kepalamu?”
Aku membisu. Sahabatku berdiri lalu berkata, “ikat pergelangan tangan
kananmu kuat-kuat. Aku pergi ambil pahat dan tukul.” Kemudian dia pun pergilah ke
bilik stor.
Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan
Nyatakan dua gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam petikan novel di
atas.
16
10.3 Soalan Latihan dan Jawapan - Esei

55PT Maka Syahbandar pun menyembah lalu pergi ke perahu Laksamana.


Setelah datang kepada Laksamana, maka kata Syahbandar, “Adapun hamba
datang ini disuruhkan Oya Bagelang mengajar perintah menghadap Phra Cau,
kerana perintah Siam lain, Melayu lain. Pertama, masuk ke dalam itu dengan seorang
dirinya, tiada boleh masuk dengan budak-budak. Apabila sampai ke hadapan raja,
merangkak sambil menyembah.” Maka kata Laksamana, “Yang Syahbandar
mengingatkan hamba itu benarlah sudah. Adapun akan hamba segala Melayu ini
umpama perahu; adapun perahu itu, apabila tiada berkemudi, nescaya tiadalah betul
haluannya. Dan seperkara pula, tiada dapat hamba merangkak, kerana ada penyakit
pada tubuh hamba ini. Jika ada kasih Syahbandar, persembahkan ke bawah Duli Oya
Bagelang, minta persembahkan ke bawah Duli Phra Cau.”
Dipetik daripada Sastera Panji,
Hang Tuah Diutus ke Siam

Nyatakan empat gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam petikan prosa
tradisional di atas.

56D MAT PIAH: Tak ada rezeki nampaknya aku hari ini. Sehari suntuk kayuh sampai
cekang urat betis, tak dapat sekeping pun. Nasib ... nasib. (MAT PIAH
mengeluh sendirian)

(Dari sudut gelap di belakang MAT PIAH, muncul JAMES BLACKWAY


berpakaian tentera armada Inggeris zaman Francis Light. Wajah BLACKWAY pucat
lesi seperti mayat. Dia menghampiri MAT PIAH senyap-senyap dari belakang).

MAT PIAH: Pergi menggeruh di Padang Kota lagi bagus. (Bercakap sendiri).

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway


karya Mahizan Husain

Nyatakan empat gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam petikan drama di
atas.

57C Walau kajian-kajian saintis di duniamu itu dapat mengeksploitasikan pelbagai


hal tentang kami, mereka terlupa yang kami memiliki perasaan. Mereka tidak tahu yang
kami mempunyai nafsu dan keinginan, meskipun dunia kami di dasar laut cuma.
Salahkah jika aku bercinta? Salahkah jika batu karang seperti aku memiliki perasaan?
Kepada siapakah dapat kucurah nira cintaku yang sejernih air mata duyung?

Dipetik daripada cerpen Kami Akan Mati, Lin


karya Saroja Theavy Balakrishnan

Nyatakan empat gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen di
atas.

17
58N Sepanduk-sepanduk mereka tinggalkan di tepi jalan, seperti menutup kawasan
perkuburan baharu. Jantung tulisan-tulisan pada sepanduk tidak berdegup lagi, terkulai
kering dibakar matahari, diselimuti kain kafan yang setia berganding sejak dari
pedalaman Tubua.
Malam ini Tubua dan daerah pedalamannya diam murung bagai berkabung,
kecuali bunyi riang-riang hutan.

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto


karya Anwar Ridhwan

Nyatakan empat gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam petikan novel di
atas.

11 Latar Masa dan Latar Tempat


11.1 Soalan Contoh dan Jawapan - Struktur
Di sanalah, pada suatu senja amat dingin, lewat tingkap makmal dia melihat, buat pertama
kali, salju berguguran dengan lebat.
Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan

Berdasarkan petikan novel di atas, berikan:


(a) Satu latar masa
(b) Satu latar tempat.

(a) Pada waktu senja/ pada musim sejuk


(b) Di sebuah makmal

11.2 Soalan Latihan Latar Masa dan Latar Tempat - Struktur

59PT Hatta tiada berapa lamanya maka naga itu pun mangkinlah besar tiadalah
boleh berendam di sungai itu. Maka ada pada suatu malam maka naga itu pun
berfikir di dalam hatinya, “Baiklah aku lari pada malam ini, supaya jangan diketahui
oleh budak itu.” Setelah sudah ia berfikir itu maka naga itu pun berjalanlah pada
tengah malam itu menuju Tasik Hijau tempat tinggal datuknya.

Dipetik daripada Sastera Hikayat;


Hikayat Parang Puting

Berdasarkan petikan prosa tradisional di atas, berikan:


(c) Satu latar masa
(d) Satu latar tempat.

18
60D (MAT PIAH sedang mengayuh beca. Beca tidak bergerak sebenarnya,
Cuma layar yang melatari pentas bergerak dan memperlihatkan suasana malam
di sekitar Georgetown. BLACKWAY duduk termenung dengan wajah yang layu).

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway


karya Mahizan Husain

Berdasarkan petikan drama di atas, berikan:


(a) Satu latar masa
(b) Satu latar tempat.

61C Aku masih kecil waktu itu. Dan aku bersama-sama kawan-kawan di kampung
memang nakal, suka menjolok sarang. Tak kira sarang apa, baik sarang tebuan,
sarang lebah, sarang tupai, sarang murai atau sarang angkut-angkut di tiang rumah.

Dipetik daripada cerpen 00000000000


karya Shahnon Ahmad

Berdasarkan petikan drama di atas, berikan:


(a) Satu latar masa
(b) Satu latar tempat.

62N Langit jernih bintang bertaburan. Bulan pun menguning emas di sawang
langit. Ombak menderam menarik batang-batang gelombang ke pantai, memasang
laut.
Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan
Berdasarkan petikan novel di atas, berikan:
(a) Satu latar masa
(b) Satu latar tempat.

11.3 Soalan Latihan Latar Tempat - Struktur

63PT Sebermula Si Jepun yang bertujuh itu pun terlalu amarah serta katanya,
“Cih, tiada berbudi Melayu ini! Ia hendak menunjukkan beraninya kepadaku,” lalu ia
menghunus pedangnya lalu diparangnya segala hulubalang yang di hadapan itu.
Maka gemparlah segala oban dan okun, aprak, amum-amum pun habis berterjunan
di balairung itu. Maka maksud Jepun itu hendak membunuh Phra Cau; Phra Cau itu
pun segera masuk ke istana. Seketika lagi maka Jepun itu pun keluar, lalu ia
mengamuk di tengah pesara itu.
Dipetik daripada Sastera Epik;
Hang Tuah Diutus ke Siam

Berikan dua latar tempat berdasarkan petikan prosa tradisional di atas.

19
64D Cerita berlaku sekitar tahun 1967. Pentas menampakkan sebahagian kaunter.
Seorang petugas kaunter menjaga tempat itu. Kelihatan juga papan kenyataan
waktu kapal terbang berangkat dan sampai. Pada bahagian belakang sebelah kiri
Bilik Menanti yang terus ke lapangan terbang. Di sebelah kiri hadapan, bangku
tempat duduk orang ramai yang kosong.

Dipetik daripada drama Anna karya Kemala

Berikan dua latar tempat berdasarkan petikan drama di atas.

65C Pak Mid seperti tidak puas dengan kawasan tanah rang telah diusahakan
dengan pokok-pokok hutan itu. Sekarang diusahakan pula sebahagian tanah sawah
di tepi rumahnya dengan pokok-pokok hutan juga. Sementara pokok-pokok yang
sedia ada di tebing sungai dijaga dengan baik. Kerana di situ ada hasilnya juga
seperti pucuk putat air, pohon cemumar, dan beluntas yang boleh dijadikan ulam.
Sementara di sungai itu juga dapat memberinya sumber protein seperti ikan dan
siput.

Dipetik daripada cerpen Namun Itulah Hakikat


karya Nazel Hashim Mohamad

Berikan dua latar tempat berdasarkan petikan cerpen di atas.

66D Kompleks kediamanku ini terletak di sudut sebuah taman yang luas. Apabila
seseorang datang berkunjung ke sini, hairanlah mereka kerana suasana
persekitaran kompleks itu amat sunyi sepanjang masa, sedangkan di luar taman itu
kota Tokyo terus hiruk-pikuk dengan suara penghuninya, kereta api dan kenderaan
bertali arus.

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto


karya Anwar Ridhwan

Berikan dua latar tempat berdasarkan petikan novel di atas.

11.4 Soalan Contoh dan Jawapan Latar Tempat - Esei


Berdasarkan cerpen Rindu Seorang Rafik karya Nisah Hj. Haron, huraikan tiga latar
tempat.

Di Singapura iaitu tempat tinggal Rosa.


Di Auditorium DBKL iaitu tempat “aku”, Rosa dan Irda menonton dramatari
Kunang-kunang Gunung Ledang.
Di Istana Keadilan, The Hague, Belanda iaitu tempat perbicaraan antara
Malaysia dan Indonesia tentang hak kedaulatan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan.
Di hotel tempat penginapan “aku” di Belanda iaitu tempat “aku” menerima e-mel
daripada Rosa yang menjelaskan sebab dia menyepi selama ini.

20
11.5 Soalan Latihan Latar Tempat - Esei

67PT Huraikan dua latar tempat berdasarkan Sastera Panji – Raden Puspa Kencana.

68D Huraikan dua latar tempat berdasarkan drama Mat Piah dan Mr. Blackway karya
Mahizan Husain.

69C Huraikan dua latar tempat berdasarkan cerpen Bukit Emas karya Mufidah Hanum
Yusuf.

70N Huraikan dua latar tempat berdasarkan Bab 5: Mainan, novel Naratif Ogonshoto karya
Anwar Ridhwan,

12 Ciri-ciri Drama
12.1 Soalan Contoh dan Jawapan - Struktur
BLACKWAY: Light. Light kawan saya. My good friend. (Menunjuk nama Light pada tanda nama
jalan. MAT PIAH masih menyangka BLACKWAY mabuk).

MAT PIAH: Saya pun ada kawan Light juga, traffic light.
(MAT PIAH menahan tawa. BLACKWAY memasamkan muka)
Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway
karya Mahizan Husain

Berikan empat ciri drama berdasarkan petikan drama di atas.

Ciri-ciri drama tersebut ialah ada pelakon, skrip, aksi pelakon, dan dialog.

12.2 Soalan Latihan - Struktur

71D ANNA: Aku dah lupakan semuanya (bangun berjalan ke hadapan)

ZAKI: Dapatkah kau lupakan White Christmas dan Trafalgar Square?


(Bercakap dengan lebih lembut).

ANNA (memotong): Aku dah lupakan peristiwa itu. Usah engkau ulangi lagi ...

Dipetik daripada drama Anna karya Kemala

Berikan empat ciri drama berdasarkan petikan drama di atas.

13 Ciri-ciri Drama Realisme


13.1 Soalan Contoh dan Jawapan (Struktur-1)
DR. CHAN: Sabar, Zaki. Berikan dia waktu yang cukup. Kauhadapilah peristiwa ini dengan
tenang. Selepas ini, kuharap engkau akan bahagia, bersama dengan ibumu dan Tina ... .

21
(Bunyi kapal terbang yang semakin jelas kedengaran. Kemudian beransur-ansur
bergerak meninggalkan lapangan terbang. Bunyinya kian menjauh. DR. CHAN dan ZAKI
sambil membimbing TINA dan menyorong kerusi roda MAK MUNAH menuju ke kereta di
sebelah kanan keluar meninggalkan ruangan).
Dipetik daripada drama Anna karya Kemala

Berikan dua ciri drama realisme berserta contoh berdasarkan petikan drama di atas.

Watak-wataknya ialah masyarakat zaman sekarang. Contohnya, doktor.


Bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu moden. Contohnya, kereta.
Latar tempatnya di alam nyata. Contohnya, lapangan terbang.

13.2 Soalan Contoh dan Jawapan (Struktur-2)

TEMPAT
Di hadapan pintu Hotel E & O yang bercirikan binaan kolonial.

MASA
Dinihari. Pukul 2.32 pagi.

(MAT PIAH berada di atas beca, menunggu rezeki terakhirnya. Dari pintu besar hotel
berjejeran keluar lelaki dan perempuan yang memakai pelbagai jenis pakaian seragam. Ada
yang berpakaian drakula, pengemis, Robocop, puntianak, Frankenstein, lanun, dan
sebagainya. Mereka semua baru tamat menghadiri satu majlis makan malam yang
bertemakan pakaian beragam. Ada antara peserta yang memakai pakaian beragam itu
berbangsa Eropah. Mereka tertawa-tawa dan membuat bising seketika kerana separuh
mabuk).

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway


karya Mahizan Husain

(a) Nyatakan maksud drama realisme.


(b) Nyatakan satu ciri drama realisme berserta contoh yang terdapat dalam petikan drama di
atas.

(a) Drama realisme ialah drama yang menggambarkan kehidupan masyarakat sebenar.
(b) Latar tempatnya di alam nyata. Contohnya, di hadapan pintu Hotel E & O
Watak-wataknya ialah masyarakat zaman sekarang. Contohnya, Mat Piah bekerja sebagai
penarik beca.
Bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu moden. Contohnya, hotel.

13.3 Soalan Latihan - Struktur


72D MAT PIAH: Cis, tuan buat lawak boria pula! Sudahlah! Tak payahlah tuan
menyorok di bawah beca saya tu! Mat rempit tu cuma nak buat adegan lasak
di atas jalan raya saja! Dah mati nanti baru dia orang puas hati!
Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway
karya Mahizan Husain
22
Berikan dua ciri drama realisme berserta contoh berdasarkan petikan drama di
atas.

73D (Pengumuman daripada pihak lapangan terbang tentang perubahan masa


keberangkatan QANTAS yang akan berlepas ke London dalam bahasa Melayu
dan Inggeris kerana kerosakan yang tidak dapat dielakkan. Penerbangan tersebut
ditangguhkan setengah jam lagi, sehingga siap dibaiki).

ANNA (seperti tidak yakin kepada pengumuman itu, bergegas-gegas


menuju petugas kaunter itu bertanyakan perubahan tersebut. Petugas kaunter itu
mengangguk-angguk mengiakan perubahan itu). Oh my goodness! (Sambil
memerhatikan jam tangannya, ANNA melangkah dengan longlai ke tempatnya dan
duduk sambil merenung ke bawah).

PETUGAS KAUNTER (menyambut telefon yang berdering): Ya, ya, lewat setengah
jam. Hm, err, ya, ya berangkat pukul 9:15 minit malam ini. Ya, ya, terima
kasih kembali. (Meletakkan telefon)

Dipetik daripada drama Anna karya Kemala

(a) Nyatakan maksud drama realisme.


(b) Nyatakan satu ciri drama realisme berserta contoh yang terdapat dalam petikan
drama di atas.

14. Sudut Pandangan


14.1 Cara Mengesan Sudut Pandangan
14.1.1 Sudut pandangan orang pertama.
Pengarang menggunakan ganti nama diri aku atau saya, iaitu pengarang turut
terlibat dalam cereka tersebut.

14.1.2 Sudut pandangan orang ketiga.


Pengarang tidak terlibat dalam cerita. Pengarang hanya sebagai pencerita.
Pengarang menggunakan ganti nama diri dia.

NOTA: Ganti nama diri aku, saya, dan dia yang terdapat dalam teknik
pemerian (ayat bukan dialog)

14.2 Soalan Contoh dan Jawapan - Struktur


Contoh 1:
Sesak nafasku seketika. Aku nyaris kehabisan ikhtiar. Tetapi aku tetap
berpegang kepada prinsip selagi ada kemahuan, jalan keluarnya pasti akan datang.

Dipetik daripada cerpen Rindu Seorang Rafik


karya Nisah Hj Haron

23
Nyatakan satu sudut pandangan berserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen di
atas.

Sudut pandangan orang pertama. Contohnya, aku.

Contoh 2:
Tiga bulan dulu, dia cuma memakai pakaian rekaan pereka terkenal. Kasut dan beg
tangan mesti meriah dan bukan daripada jenis klon.
Dipetik daripada cerpen Perspektif
karya NF Abdul Manaf

Nyatakan satu sudut pandangan berserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen di
atas.

Sudut pandangan orang ketiga. Contohnya, dia

14.3 Soalan Latihan - Struktur

74C Aku masih kecil waktu itu. Dan aku bersama-sama kawan-kawan di
kampung memang nakal, suka menjolok sarang.

Dipetik daripada cerpen 00000000000


karya Shahnon Ahmad

Nyatakan satu sudut pandangan berserta contoh yang terdapat dalam petikan
cerpen di atas.

75N Dia sedang melayari fikiran ini sambil mendekati lampu hurricane.
Nanarlah dia mendapati ada sebuah buku catatan di sisi lampu.

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto


karya Anwar Ridhwan

Nyatakan satu sudut pandangan berserta contoh yang terdapat dalam petikan
novel di atas.

15 Ciri-ciri Sastera Prosa Tradisional


15.1 Soalan Contoh dan Jawapan – Struktur

Maka bertolaklah Betara Kala dari kayangan dan terus pergi ke Taman Larangan
kerana hendak mengambil kembang gandapura dan kembang wijaya mala.
Telah dapat kedua-dua jenis kembang itu, maka Betara Kala pun meneruskan
perjalanannya ke istana Sang Nata. Tiada berapa lama kemudian, pada waktu dinihari,
tibalah ia di situ. Didapatinya Sang Nata berada di pintu istana. Maka dihampirinya
baginda serta dinyatakan kepada baginda bahawa ia datang itu hendak menghidupkan
kembali Raden Menteri dan Ken Tambohan. Alangkah sukacitanya Sang Nata pada
waktu itu. Maka dipersilakan baginda Betara Kala masuk ke tempat jenazah anakanda
berdua.

24
Apabila tiba di tempat itu, oleh Betara Kala diambilnya kembang gandapura dan
kembang wijaya mala lalu disapunya ke badan Raden Menteri dan Ken Tambohan serta
berkata, “ Hiduplah engkau daripada mati.”
Dipetik daripada Sastera Panji,
Raden Menteri dan Ken Tambohan Hidup Kembali

Berikan dua ciri sastera panji berserta contoh yang terdapat dalam petikan prosa
tradisional di atas.
Terdapat unsur pengembaraan. Contohnya, Betara Kala bertolak dari kayangan ke
Taman Larangan.
Terdapat watak Raja Jawa. Contohnya, Sang Nata.
Terdapat watak dewa. Contohnya, Betara Kala.
Latar tempatnya ada juga di kayangan. Contohnya, Betara Kala tinggal di kayangan.
Terdapat unsur kesaktian. Contohnya, Betara Kala menghidupkan kembali Raden
Menteri dan Ken Tambohan.

15.2 Soalan Latihan – Struktur


76PT Maka dibedilnya pula oleh Jepun itu akan Laksamana; Laksamana pun
amarah lalu dibacanya pustakanya. Maka Maharaja Setia pun melanggar sebuah kulim
Jepun itu. Maka dibedilnya pula oleh Jepun itu. Maka bedilnya itu pun tiada berbunyi
lagi sehingga asapnya juga keluar. Maka segala Jepun itu pun hairan akan dirinya,
maka lalu menghunus pedangnya hendak memarang Laksamana. Maka pedang itu
pun jatuh pada tangannya. Maka perahu Jepun itu pun alahlah. Maka Laksamana pun
melanggar sebuah lagi pada panglima itu. Maka Laksamana itu pun melompat naik
dengan segala orangnya lalu mengamuk. Maka segala Jepun itu pun habis berterjunan
ke air. Setelah itu maka segala Jepun itu pun alahlah.
Dipetik daripada Sastera Panji,
Hang Tuah Diutus ke Siam
Berikan dua ciri sastera epik berserta contoh yang terdapat dalam petikan prosa
tradisional di atas.

77PT Maka kata budak itu, ‘Apa gunanya parang puting itu?” Maka kata orang tua itu,
“Gunanya parang puting itu, boleh kita suruh akan dia mengerat sendirinya barang apa
pun dan jikalau musuh sekalipun bolehlah kita suruh pergi ia melawan dan boleh pula
ia membesarkan dirinya.”
Maka budak itu pun sukalah mendengarkan khasiat parang puting itu. Maka ia
pun mahulah menukar parang puting itu dengan tongkatnya. Setelah sudah ia bertukar
itu maka budak itu pun bermohonlah kepada orang tua itu lalu ia berjalan bersama-
sama dengan anak helang dan anak tikus serta parang puting itu pun dipegangnya
kepada tangannya. Setelah itu berjalanlah ia.
Maka tiada berapa lamanya ia berjalan itu maka sampailah ia kepada negeri
tempat bondanya itu.
Dipetik daripada Sastera Hikayat,
Hikayat Parang Puting

Berikan dua ciri sastera hikayat berserta contoh yang terdapat dalam petikan prosa
tradisional di atas.
25
15.3 Soalan Contoh dan Jawapan – Esei
Berdasarkan Sastera Panji; Raden Puspa Kencana, huraikan dua ciri sastera panji.

Latar tempatnya ialah di Jawa. Contohnya, negeri Cempaka Jajar.


Watak utamanya iaitu wira dan wirawati mempunyai watak pembantu.
Contohnya, Ken Tambohan mempunyai pembantu iaitu Ken Tadahan dan Ken
Penglipur.
Tema ceritanya tentang percintaan antara wira dan wirawati. Contohnya, tema
cerita ini ialah percintaan antara Raden Inu Kertapati dengan Raden Puspa Kencana.

15.4 Soalan Latihan - Esei

78PT Huraikan dua ciri sastera epik berdasarkan Sastera Epik; Hang Tuah Diutus ke Siam,.

79PT Huraikan dua ciri sastera hikayat berdasarkan Sastera Hikayat; Hikayat Parang Parang
Puting.

16 Unsur Sejarah
16.1 Soalan Contoh dan Jawapan – Struktur
Sebermula Raja Melaka hendak mengutus ke Benua Siam. Maka pada hari baginda duduk
semayam, maka baginda pun bertitah, “Hai mamak Bendahara, akan sekarang kita hendak
mengutus ke Benua Siam, minta beli gajah pada raja barang empat ekor jantan, dua ekor
betina! Siapa baik kita suruhkan?” Maka sembah Bendahara, “Daulat Tuanku Syah Alam,
patik mohonkan ampun dan kurnia; jikalau lain daripada Laksamana adalah lambat pergi
datang.” Maka raja pun memandang kepada Laksamana, Laksamana pun menyembah,
“Daulat tuanku, patiklah ke Benua Siam itu.”
Dipetik daripada Sastera Epik
Hang Tuah Diutus ke Siam

Berikan dua unsur sejarah berserta contoh yang terdapat dalam petikan prosa tradisional di
atas.
Watak bersejarah. Contohnya, Raja Melaka.
Jawatan bersejarah. Contohnya, Bendahara.
Tempat bersejarah. Contohnya, Benua Siam
16.2 Soalan Latihan - Struktur

80D BLACKWAY: Sultan Abdullah pun ditipu oleh Light juga untuk mendapatkan Puloo
Pinang yang dinamakan oleh Light dengan gelaran Prince of Wales. Light
menandatangani perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1786 yang dibuat oleh
Light tanpa pengetahuan kompeni untuk melindungi Kedah daripada
serangan Siam dan Burma. Apabila Siam menyerang Kedah, Light lepas
tangan dan enggan membantu Sultan Abdullah.

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway


karya Mahizan Husain

Berikan dua unsur sejarah berserta contoh yang terdapat dalam petikan drama di atas.
26
17 Genre Prosa Tradisional
17.1 Soalan Latihan - Struktur
81PT
Genre Prosa Tradisional Tajuk

(i) ........................................................... Raden Puspa Kencana

(ii) ........................................................... Hang Tuah Diutus ke Siam

Sastera hikayat Hikayat Parang Puting

Nyatakan genre prosa tradisional berdasarkan rajah di atas.

18 Sejarah Perkembangan Drama di Malaysia


18.1 Soalan Latihan - Struktur
82D
Tahun Bentuk Drama

1940-an (i) ................................................................................................................

1950-an (ii) ...............................................................................................................

1960-an (iii) Drama realisme

Nyatakan bentuk drama berdasarkan rajah di atas.

19 Perbandingan
NOTA: Buatkan perbandingan berdasarkan ciri-ciri yang sama, contohnya tentang umur,
pekerjaan, minat, kelakuan dan sebagainya.
Jika terdapat ciri-ciri yang sama, gunakan perkataan kedua-dua. Jika terdapat ciri-ciri yang
berbeza, gunakan perkataan manakala.

19.1 Soalan Contoh dan Jawapan - Esei


Bandingkan watak Penghulu Sudin dengan watak Sahat berdasarkan cerpen Bukit Emas
karya Mufidah Hanum Yusuf. Anda perlu beri tiga isi jawapan.

Penghulu Sudin berumur tujuh puluh tahun manakala Sahat berumur empat puluh
tahun.
Penghulu Sudin ialah Penghulu Kampung Kuah manakala Sahat ialah penduduk di
kampung tersebut.
Penghulu Sudin lebih mementingkan kepentingan dirinya manakala Sahat lebih
mementingkan kepentingan penduduk Kampung Kuah.

27
Penghulu Sudin tidak disukai oleh penduduk kampung manakala Sahat disukai oleh
penduduk kampung.
Penghulu Sudin bersifat pendendam manakala Sahat sedia memaafkan kesalahan
orang terhadap dirinya.
Penghulu Sudin ingin menjadikan Bukit Emas sebagai kuari manakala Sahat ingin
mengekalkan Bukit Emas sebagai dusun durian.

19.2 Soalan Latihan – Esei

83C Bandingkan watak Faezah dengan watak Nora berdasarkan cerpen Air Mata
Dalang karya Rahimidin zahari. Anda perlu beri dua isi jawapan.

84N Pernyataan yang terdapat dalam buku biografi Presiden berbeza dengan
kehidupannya yang sebenar berdasarkan novel Naratif Ogonshoto. Nyatakan dua
perbezaan tersebut.

20 Pengkaryaan
Panduan
20.1 Patuhi tema, jumlah perkataan (cerpen) dan jumlah dialog (drama) seperti yang tertera di
kertas soalan.
20.2 Untuk drama:
20.2.1 Nama pelakon ditulis dalam huruf besar
20.2.2 Selang sebaris antara dialog
20.2.3 Pergerakan pelakon ditulis dalam kurungan

20.3 Untuk cerpen:


20.3.1 Masukkan sekurang-kurangnya tiga teknik plot. Dua teknik plot yang mudah
ialah teknik pemerian dan teknik dialog. Anda perlu kemukakan satu teknik lagi.
20.3.2 Masukkan sekurang-kurangnya tiga gaya bahasa.

85D ZAKI: Kasihan Anna. Aku tak salahkan dia. Anna belum dapat memahami aku, doktor.

DR. CHAN: Sabar, Zaki. Berikan dia waktu yang cukup. Kauhadapilah peristiwa ini
dengan tenang. Selepas ini, kuharap engkau akan bahagia, bersama ibumu dan Tina ... .

(Bunyi kapal terbang yang semakin jelas kedengaran. Kemudian beransur-ansur


bergerak meninggalkan lapangan terbang. Bunyinya kian menjauh. DR. CHAN dan ZAKI
sambil membimbing TINA dan menyorong kerusi roda MAK MUNAH menuju ke kereta di
sebelah kanan keluar meninggalkan ruangan).
Dipetik daripada drama Anna karya Kemala

Berdasarkan kreativiti anda, cipta lapan dialog untuk menyambung skrip drama
tersebut. Skrip drama tersebut bertemakan keinsafan.

86D Cipta sebuah skrip drama yang bertemakan patriotisme. Skrip drama tersebut
hendaklah tidak kurang daripada lapan dialog.

28
87C Sambung petikan cerpen di bawah. Panjangnya sambungan cerpen yang anda tulis
hendaklah lebih kurang 80 patah perkataan dan bertemakan kegigihan.

Aku sedar akan kehidupan keluargaku yang kaya dengan kemiskinan. Kais pagi makan
pagi, kais petang makan petang.

88C Berat hatiku hendak meninggalkan kampung halamanku apabila aku lulus nanti.
Dipetik daripada cerpen Namun Itulah Hakikat
karya Nazel Hashim Mohamad

Berdasarkan petikan cerpen di atas, sambung petikan cerpen tersebut menggunakan


kreativiti anda. Panjangnya sambungan cerpen yang anda tulis hendaklah lebih
kurang 80 patah perkataan dan bertemakan kenangan masa lalu.

SEMOGA ANDA LULUS KERTAS KESUSASTERAAN MELAYU


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DENGAN CEMERLANG

SAYA MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA

29

You might also like