You are on page 1of 8

922/1

STPM 2021

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF

KERTAS 1

(DUA JAM)

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab tiga daripada enam soalan, iaitu satu soalan daripada Bahagian A, satu soalan
daripada Bahagian B, dan satu soalan daripada Bahagian C.

Anda boleh menjawab semua soalan daripada setiap bahagian tetapi hanya satu jawapan
pertama bagi setiap bahagian yang akan diperiksa.

Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak .


BAHAGIAN A : PUISI
(25 MARKAH)
Pilih satu soalan sahaja

1. Baca syair di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya.

Syair Ikan Terubuk

Muda menentang dari saujana,


Melihat puteri terlalu lena,
Hati di dalam bimbang gulana,
Duduk bercinta tiada semena.

Gundah gulana tidak ketahuan,


Lalulah pulang muda bangsawan,
Setelah sampai ke Tanjung Tuan,
Siang dan malam igau-igauan.

Setelah hari hampirkan enja,


Puteri bersiap hendak memuja,
Jika sungguh asalku raja,
Disampaikan Allah barang disaja.

Berlimau mansi tuan puteri,


Lalulah masuk ke dalam puri,
Meminta dia seorang diri,
Sampailah waktu dinihari.

Ya IIahi, Ya Tuhanku,
Apakah sudah demikian laku,
Dengan berkat nenek moyangku,
Disampaikan dewata barang pintaku.

Selang tidak berapa antara,


Turunlah rebut dengan segera,
Kilat dan petir tidak terkira,
Datuk dan nenek turun dari udara.

Membawa sepohon batangnya oulai,


Dating dari Tanjung Balai,
Eloknya tidaklah ternilai,
Puteri melihat hairan terlalai.

( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, 2012.


Permata Sastera Melayu, Syair Ikan Terubuk,
Sastera Melayu. Kuala Lumpur: DBP, hlm 8).

a) Jelaskan unsur keindahan yang terdapat dalam syair di atas. [9 m]


b) Bincangkan empat mesej yang terdapat dalam syair di atas. [16m]
2. Baca sajak di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Menyongsong Arus
(mengenang Bahaman dan Mat Kilau)
Kemala

Sesekali arus wajar kusongsong


kalau tidak aku akan tetap mendap di kuala
di hulu sungai ada negeri sejuta tahun
beribu pohon belum disentuh
sejuta erang cengkerik di liang-liangnya
aroma daun dibasahi embun
gadis sunti menjabat puyuh di kaki gunung
“tak kulihat bayang pengembara jauh
menyelam di jeram dugaan
tak kutatap sayang meranum
dan berahiku gigil sendiri”
selasih di genggaman
dan kasih di pautan

Sesekali arus harus kusongsong


untuk kukenal wajah kilatan maut
ambil cemuh, simpan di peti-peti besi
menunda-nunda serapah tuk batin
jejak pendekar padam sudah
batu-batu dihakis sejarah
seribu kerikil dengan gigi tajamnya
menyeringai menepis gerimis
“dialah yang melandai tubuhku
dentum peluru sepoi inggeris
meringgis kulit, hanya desis
menyibak kebal embun tujuh subuh
dia berlalu meninggal bayang
tak berwajah , hanya dentuman

menerjah cengal, membalik


berdebur ke sungai
penuntun mata angin
taufan dalam diri
serigala mengilau di mata
“nyeberang kuala trenggan!”

Sesekali arus wajar kusongsong


merempuh jeram
batu-batu hidup, angin berdarah
membawa alamat
“masih belum kiamat, dik
kau tiba pada senja
lewat seribu musim
aku menggenggam keris lok tujuh
kau menggumam pantun
dan gurindam. Namun
masih kita punya satu ibu!”

Sesekali arus wajar kusongsong


untuk kembalikan kilat diri
ke padang sasar sejarah.
Untuk mencium bau merbau dan keruing
dan terjemahkan
rintih sejuta cengkerik
di liang-liang rumahnya
di hutan purbawi ini.

Ada cermin
di dasar kali
ada amin
di dasar hati
menyongsong kali
menyongsong diri.

Kuala Tahan
Taman Negara 2000

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia. Peny.],


2012.Permata Sastera Melayu. Kuala Lumpur;
Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 27-28)

(a) Dengan mengemukakan contoh, huraikan TIGA gaya bahasa perbandingan yang
menimbulkan kesan estetika sajak di atas. [9m]

(b) Bincangkan empat persoalan yang ingin dikemukakan oleh penyajak dalam sajak di atas.
16m]
BAHAGIAN B : PROSA TRADISIONAL
(25 MARKAH)
Pilih satu soalan sahaja

3. Baca petikan prosa di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Maka Seri Betara berlengkaplah akan pekerjaan Raden Galuh Emas Ayu akan kahwin
dengan Raja Melaka ini. Maka segala raja-raja dan adipati yang takluk ke Majapahit itu pun
datanglah dengan anak isterinya beratus-ratus, segala lurah tanah Jawa itu datang. Maka Patih
Gajah Mada pun masuk berdatang sembah, “ Ya Tuanku Paduka Gajah Mada pun masuk berdatang
sembah, “Ya Tuanku Paduka Betara, akan sekarang ini segala raja-raja dan adipati yang takluk ke
bawah duli tuanku itu telah datanglah dengan segala isterinya dan persembahnya.” Setelah Seri
Betara mendengar sembah Patih Gajah Mada demikian itu, maka titah Seri Bentara, “ Jika
demikian, berlengkaplah Patih Gajah Mada, kita hendak memulai pekerjaan berjaga-jaga.” Maka
sembah Patih Gajah Mada, “Daulat Tuanku Andika Betara,” Maka Patih Gajah Mada pun
menyembah lalu keluar mengerahkan segala raja-raja dan adipati dan segala pegawai dan priayi
berhimpun masuk ke peseban dan mengerahkan segala raja-raja dan segala rakyat memalu bunyi-
bunyian daripada gendang, serunai, medali, nafiri, samping, sekati, ceracap, terlalu ramai orang
berjaga-jaga itu dalam negeri Betara. Maka bunyi-bunyian pun dipalu oranglah terlalu ramai.

Maka sembah Patih Kerma Wijaya, “ Ya Tuanku Syah Alam, patik dengan khabarnya
segala raja-raja dan adipati sudah datang berhimpun; itulah maka Seri Betara memulai pekerjaan
berjaga-jaga. Pada bicara patik, baik juga Duli Yang Dipertuan menyembahkan belanja itu pada
hari inilah.” Maka sembah Bentara Tun Tuah , “ Benarlah, tuanku, sembah patik itu, kerana paduka
ayahanda itu raja besar pada zaman ini, supaya terberat pada matanya; jangan dikata oleh segala
raja-raja yang banyak itu dan segala orang sekalian akan Duli Yang Dipertuan miskin, dipungut
akan menantu oleh Seri Betara.”

Maka raja pun berlengkaplah persembahan emas belanja akan Seri Betara itu, emas tujuh
bahara dan kain tujuh peti dan perempuan dayang-dayang tujuh puluh, baik rupanya, dan kain
bersugi dan tepi tujuh helai; lain daripada itu beberapa pula persembahan Raja Melaka. Yang
membawa persembahan itu Tun Utama dan Patih Kerma Wijaya dan Tun Bija Sura dan Tun Ratna
Diraja. Maka persembahan itu pun diarak oranglah, terlalu banyak orang mengiringkan dia. Dan
orang yang membawa persembahan itu pun baik-baik rupanya, seperti dalam tulis rupanya.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, [peny.]. 2012


“Hikayat Hang Tuah (Bab VII)” dalam Permata Sastera Melayu,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Halaman 37-38)

Galurkan peristiwa perkahwinan Raja Melaka dengan Raden Galuh Emas Ayu.
[25m]
4. Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya

Syarat yang kedua, hendaklah menteri itu mengatakan syukur atas segala nikmat rajanya dan
hendaklah suka daripada segala anugerahnya dan jikalau pada kesukaannya itu sampai pada
sesuatu mudarat itu dan rugi daripada raja itu hendaklah ia hapuskan mudarat dan rugi itu daripada
sempurna bicaranya dengan segala nikmat dan anugerah yang sudah sampai padanya.

Syarat yang ketiga hendaklah menteri itu tiap-tiap hari akan suatu pekerjaan rajanya
mengeluarkan belanja dengan kebenaran datangnya itu jangan mengeluarkan belanja daripada
perbendaharaan daripada harta dari luar rajanya itu kerana segala harta yang ada dalam
perbendaharaan raja itu kerana sesuatu kesukaran juga adanya. Maka tiada dapat dibelanjakan
dengan sia-sia.

...

Syarat yang ketujuh, hendaklah menteri itu tatkala itu melihat pekerjaan rajanya tiada hukum
syariat mengingatkan rajanya supaya ia mengubahkan perbuatannya itu dan bagi mengusahakan
dengan barang bicaranya supaya ia mebuangkan perinya itu kerana kebinasaan kerajaannya peri
dan perbuatan itulah.

Syarat yang kelapan, hendaklah menteri itu jangan maghrur pada yang berbesarkan rajanya dan
dimuliakan pangkatnya adanya dan jangan ia menunjukkan kerasnya akan segala rakyat dalam
membesarkan dirinya kerana inilah perinya tanda kebinasaan menteri itu jua.

Syarat yang kesembilan, hendaklah menteri itu dengan sepertinya menghasilkan harta akan raja
membicarakan akan pekerjaan segala hulubalang dan lasykar suruh melengkapkan senjata dan
kudanya kerana alam ini tempat bala dan fitnah juga, tiada diketahui manakala dan dari mana
datangnya bala dan fitnah itu dan jika dihimpunkan harta juga dan tiada membicarakan akan
hulubalang dan lasykar dengan segala kelengkapannya, apabila datang seteru dalam alpanya itu,
sia-sialah segala hartanya itu dan dalam kesukaran itu jikalau sekalipun dibelanjakan harta tiada
dapat dicarikan segala hulubalang dan lasykar itu dengan segeranya.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.], 2012.


"Taj Us-Salatin" dalam Permata Sastera Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 108-100)

Pada pendapat anda, bincangkan gambaran sifat menteri jika tidak mematuhi syarat seperti dalam
petikan di atas. [25m]
BAHAGIAN C : CERPEN / DRAMA
(25 MARKAH)
Pilih satu soalan sahaja

5. Baca petikan cerpen di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

“Kau juga lupa peristiwa di sebelah hilir dekat Kuala Dingin, manusia memerah akar tuba
dan airnya yang berwarna putih susu itu pun berbaur dengan air sungai yang mengalir ke kuala,
menyebabkan beribu-ribu anak, ibu, bapa dan nenek ikan kemabukan dan, tak kurang pula yang
terapung-apung mati.” Sebarau berhujah panjang tentang kekejaman manusia terhadap sesama
makhluk Allah daripada jenis ikan. Dan manusia akan terus berbuat apa sahaja untuk mendapatkan
ikan sebanyak mungkin.

“Sudah! Kita tak perlu bertengkar, yang penting kita mestilah berwaspada, kerana hidup
ini penuh dengan dugaan.” Aku terus mengingatkan mereka dan belum pun habis aku berkata-
kata, Belut tercungap-cungap muncul memberi amaran.

“Tak jauh dari sini, di sebelah hilir ada orang membawa jala, dia sedang bergerak ke mari.”

Mendapat berita dari Belut itu, kami semua bercempera membawa diri – ada yang
menjunam ke bawah, ada yang berselindung di bawah reba kayu, ada yang masuk ke sarang.
Tempat-tempat seperti itu akan menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa tebaran penjala
itu. Kini lubuk kecil itu tiada lagi penghuninya.

Banyak penjala mendapat ikan dari Sungai Tengas ini, bukan persoalan penting. Menjadi
mangsa kerakusan manusia menjadi perkara biasa – kerana kami sudah ditentukan Allah menjadi
makanan manusia. Sebab itu melahirkan zuriat ikan merupakan tanggungjawab yang besar bagi
mereka, kaum perairan. Ibu-ibu ikan menetaskan telurnya berpuluh-puluh biji malah beratus-ratus.
Tanpa ikan pincanglah kehidupan manusia.

Langit cerah dan angin kering. Aku tetap mengapungkan diri di permukaan air di antara
daun-daun kemboja dan singgir bangau, sambal menggerak-gerakkan perlahan sirip kanan dan
kiriku mencari keseimbangan ketika terapung begini.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.] 2012.


Cerpen “Anak-anak yang Bergelimpangan” dalam Permata Sastera
Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 163)

a) Jelaskan tiga teknik penceritaan yang dikemukakan oleh pengarang berdasarkan petikan
di atas. [9m]

b) Bincangkan empat citra masyarakat dalam cerpen “Anak-anak yang Bergelimpangan” dalam
Permata Sastera Melayu. [16m]

6. Bincangkan perwatakan negatif yang ada pada watak Asiah Samiah berdasarkan Drama Asiah
Samiah yang termuat dalam teks Permata Sastera Melayu. [25m]

You might also like