You are on page 1of 13

MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER3 MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER 2

922/2 STPM
MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER3 MODUL PENTAKSIRAN 2023
PDPC SEMESTER 2
MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER3 MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER 2
MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER3 MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER 2
MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER3 MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER 2
KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER3 MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER 2

KERTASMODUL
MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER3 2 PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER 2
MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER3 MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER 2
(Dua jam)MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER 2
MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER3
MODUL PENTAKSIRAN PDPC PSEMESTE3 MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER 2
MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER3 MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER 2

MODUL PENTAKSIRAN PDPC


SEMESTER 2

NEGERI PAHANG

Arahan kepada calon:


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab tiga daripada enam soalan, iaitu satu soalan daripda Bahagian A, satu soalan daripada Bahagian B,
dan satu soalan daripada Bahagian C.
Anda boleh menjawab semua soalan daripada setiap bahagian tetapi hanya satu jawapan pertama bagi
setiap bahagian yang akan diperiksa.
Tulis jawapan anda pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada helaian jawapan
yang baharu.

Kertas soalan ini terdiri daripada 13 halaman bercetak.


SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN KMK SEMESTER 2

Soalan 1 : Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan ilmu yang terdapat dalam
novel tersebut yang boleh dimanfaatkan dalam konteks pembangunan diri anda. [ 25 ]
Pendahuluan
❖ Ilmu adalah suatu gerak daya memperoleh pengetahuan dan merujuk kepada suatu sifat yang berada
pada sesuatu (insan) yang hidup.
❖ Ilmu juga ialah pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut
metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan/merungkaikan gejala/fenomena tertentu.
❖ Menyatakan isi-isi penting yang akan dibincangkan.

Isi
F1 : Ilmu Agama
C : Ilmu agama yang dimiliki oleh Lebai Maarup dan Iman Saat menjadikannya lebih bertakwa.
F2 : Ilmu Pertanian
C : Cik Puan Tipah mengusahakan kebun orkid dengan berbekalkan ilmu pertanian yang dia miliki.
F3 : Ilmu Perniagaan / Perdagangan
C : Encik Muhammad, Datuk Tan, Tan Sri Syed Aris dan lain-lain mampu bersaing sama ada di peringkat
tempatan atau antarabangsa kerana mereka memiliki ilmu perniagaan.
F4 : Ilmu Perlombongan
C : Robert telah dihantar oleh Datuk Tan belajar di salah sebuah universiti di London berkaitan kejuruteraan
perlombongan dengan harapan apabila tamat pengajian kelak, Robert dapat membantunya untuk
mengusahakan lombong bijih timah peningalan datuknya di Lembah Tualang.
F5 : Ilmu Politik
C : Dengan adanya ilmu politik, Yang Berhormat Muhd. Yusuf mampu mempengaruhi rakyat di Kampung
Pulai dan beliau akhirnya dilantik menjadi wakil rakyat.
F6 : Ilmu Pengurusan
C : Encik Muhammad dan Datuk Tan yang mempunyai ilmu pengurusan telah berjaya menguruskan Firma
Serba Dagang Internasional sehingga firma berkenaan berjaya mendapat kontrak membekalkan lada hitam
kepada Frankfurt-Eksport di Jerman.
F7 : Ilmu Kesetiausahaan
C : Mahani yang mendapat pendidikan sehingga tingkatan 5 meneruskan pengajiannya dalam bidang
kesetiausahaan selama setahun. Beliau kemudiannya bekerja dengan Encik Muhammad sebagai setiausaha.
Begitu juga dengan Azliah. Azliah memiliki diploma kesetiausahaan dari ITM. Azliah diambil bekerja sebagai
penolong setiausaha di Syarikat Lombong Lembah Tualang yang baru ditubuhkan.
F8 :Ilmu Perhubungan Awam
C : Sudin menguasai ilmu pengurusan awam hasil daripada pengalamannya bertemu dengan pelbagai lapisan
masyarakat semasa bekerja sebagai broker tanah dan sebagai orang kepercayaan Yang Berhormat Mohd.
Yusof. Dengan ilmu dan kemahiran yang dimilikinya, membolehkan Sudin menjawat jawatan sebagai
Pegawai Perhubungan Raya Syarikat Lombong Lembah Tualang.
F9 : Ilmu Ekonomi
C : Muhammad Alif bin Abdul Karim, pensyarah di Universiti Malaya, berkelulusan Sarjana Ekonomi dari
London School of Economics, London

Nota : Huraian perbincangan hendaklah dikaitkan dengan pembangunan diri pelajar/calon

Penutup
• Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan/saranan/rumusan/pendirian

Soalan 2 : Jati diri merupakan satu aspek dalam pembangunan insan.Huraikan penyataan tersebut berdasarkan
watak Sudin dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur.

A. Pengenalan [3 ]
1. Konsep jati diri.Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, Bahasa
,budaya, agama dan sebagainya yang menjadi teras dan lambing keperibadian seseorang individu,
bangsa.
2. Latar belakang Sudin.Merupakan watak anak kepada Imam Saad dan Mak Minah.Beliau pernah
menjadi broker , menjadi wakil kepada Yang Berhormat Muhd Yusuf.Beliau kemudian bekerja
dengan Encik Muhammad untuk menguruskan pembelian tanah orang kampung.
3. Isi-isi penting

B. Isi-isi Penting [20 ]

F1 Berpandangan Jauh/Wawasan
H Berpandangan jauh dan sentiasa berfikir untuk manfaat diri sendiri,orang lain dengan
ilmu,kemahiran yang dimilikinya. Sikap yang ada ini dalam diri seseorang akan menjadikan diri
mereka dihormati dan disanjungi oleh orang lain.
C Cadangan Lebai Maaruf yang mahu mewakafkan tanahnya untuk mendirikan surau, pada
mulanya tidak diterima Encik Muhammad. Sudin yang berpandangan jauh telah memujuk Rahim
untuk menerima menerima cadangan Lebai Maaruf jika mahu Syarikat Perlombongan itu
diteruskan..Encik Muhammad akhirnya bersetuju dengan permintaan Lebai Maaruf itu apabila dipujuk
oleh Rahim dan Sudin.

F2 Bertanggungjawab
H Melaksanakan sesuatu amanah yang diberikan. Sikap ini membentuk insan menjadi manusia
yang tidak mementingkan diri sendiri.Sikap ini akan membuatkan kita dikagumi dan dipandang tinggi.
C Sudin bertanggungjawab dengan dia kembali semula ke kampungnya setelah 15 tahun
membawa diri ke bandar. Sudin berjanji untuk menjaga ibi bapanya setelah dinasihati oleh Pak Salim.Jati diri
ini mesti ada kerana ibu bapalah yang menjaga dan membesarkan kita.
F3 Setia
H Perasaan teguh hati atau tetap hati pada sesuatu yang disukainya. Individu yang setia biasanya
akan berpegang kepada janji yang telah dilafazkan.Tanpa perasaan setia akan menimbulkan konflik atau
masalah di kemudiaan hari.
C Sudin seorang yang setia dalam hidupnya. Sudin tetap setia kepada Gayah walaupun Gayah
sudah menjadi isteri orang dan kemudiannya menjadi janda. Sudin berusaha untuk menawan hati Gayah
setelah mengetahui punca sebenar mengapa kedua orang tuanya tidak mahu meminang Gayah.

F4 Rajin/Gigih
H Berusaha dengan tekun bagi mencapai matlamat yang hendak dicapai. Sikap ini akan
membuatkan kita berusaha dan melakukan apa yang kita inginkan hingga berjaya.
C Kegigihan Sudin dibuktikan menerusi sikapnya yang lebih bersungguh-sungguh setelah beliau
bekerja sebagai pembantu Encik Muhammad. Kegigihan Sudin berusaha memujuk orang-orang Kampung
menjual tanah mereka dan berusaha memindahkan orang Kampung Pulai ke tanah Rancangan Felda telah
menyebabkan beliau dilantik sebagai Ketua Perhubungan Syarikat Lombong Lembah Tualang.

F5 Cergas/ Aktif/Bertenaga
H Gambaran jati diri seseorang yang bertenaga, bergerak pantas dan cepat dalam melakukan
sesuatu perkara. Pemikiran golongan ini sangat ke hadapan.J ika seseorang tidak cergas/bertenaga tentulah
segala apa yang dibuat tidak akan berjalan dengan sempurna.
C Sudin sangat cergas/bertenaga dalam menjalankan tugas. Beliau berulang-alik dari Pekan
Tualang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan perniagaan Encik Muhammad. Kecergasan beliau membolehkan
segala masalah yang dihadapi oleh Encik Muhammad dengan penduduk dapat diselesaikan dengan lancar dan
sempurna.

F6 Sabar/Tabah/Cekal
H Sikap yang menunjukkan seseorang itu dapat menerima takdir atau ujian atas dirinya dengan
berlapang dada. Sifat ini amat penting bagi menjadikan individu itu lebih kuat dalam dirinya. Sikap ini akan
menjadikan individu itu lebih rasional dan akan meningkatkan kualiti diri.
C Sifat Sudin yang tenang/sabar/tabah apabila orang kampung memfitnahnya melarikan Gayah
yang telah menjadi janda ke Kuala Lumpur. Kesabaran Sudin juga terbukti apabila dia mengetahui siapa yang
menyebabkan dia terjatuh dari motor pada suatu malam dan dimasukkan ke hospital. Beliau juga bersabar
dalam menjalankan tugas dan bersabar untuk membalas dendam perbuatan Mat Akil kepada dirinya.

F7 Bijak Bercakap/Berkomunikasi
H Sikap seseorang yang mampu mempengaruhi orang lain. Sikap ini mampu memberi makna
dalam memudahkan kita berinteraksi dengan orang lain. Keyakinan diri dan ilmu yang tinggi amat diperlukan
melahirkan insan bijak bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain.
C Sesuai dengan pekerjaannya sebagai broker dan wakil Encik Muhammad, Sudin amat pandai
berkata-kata dan memujuk. Terutamanya dalam memujuk penduduk kampung menjual tanah dan berpindah
ke Felda.

F8 Menghormati Orang Tua

F9 Mudah Berubah/ Insaf

F9 Amanah

C Penutup [2]
Rumusan/Penilaian/Pandangan/Cadangan/Harapan

Pilih 5 isi sahaja


1 isi = 4 Markah ( 1 Markah Fakta, 2 Markah Huraian, 1 Markah Contoh)
5 Isi X 4 Markah = 20 Markah
Markah Keseluruhan
Pendahuluan = 3M
Isi = 20 M
Penutup = 2M
Soalan 3 : Huraikan aspek sosial pada zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka dalam konteks
pembangunan masyarakat sebagaimana yang digambarkan dalam teks Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu ).
[ 25 ]

Pendahuluan :
Sosial membawa pengertian yang merangkumi segala hal yang berlaku berkaitan masyarakat.
Sosial termasuklah sistem sosial, struktur sosial, mobiliti sosial, bentuk kepercayaan, perhubungan
antara anggota masyarakat dan stratafikasi sosial.
Sosial juga membawa maksud segala hal yang berkaitan dengan masyarakat.
Mengemukakan isi yang akan dibincangkan.

Isi
F1 : Perpaduan dalam kalangan masyarakat
H : Sikap saling percaya mempercayai dan bantu membantu antara kaum dalam urusan perdagangan,
pentadbiran dan sebagainya akan mewujudkan suasana yang kondusif dan sesuai untuk melahirkan
masyarakat yang maju serta membangun.
C : Orang Melayu, Sunda, Banjar dan sebagainya terlibat dalam pembinaan istana Sultan Mansur Syah yang
terbakar. Begitu juga dalam hal pentadbiran Melaka, di samping orang Melayu seperti Tun Perak dan Tun
Mutahir, bangsa/kaum lain juga terlibat sama mentadbir Melaka, antaranya seperti Raja Mandaliar yang
dilantik menjadi syahbandar.
F2 : Susun lapis masyarakat / stratafikasi sosial
H : Perbezaan individu atau kelompok masyarakat telah menyebabkan munculnya satu set yang terdiri dari
lapisan atau strata yang berlainan kedudukannya yang disebut sebagai stratifikasi sosial. Setiap lapisan
masyarakat dalam stratifikasi sosial memainkan peranan masing-masing dalam konteks pembangunan
masyarakat. Lapisan masyarakat dalam stratifikasi sosial ini memainkan peranan dan fungsinya masing-
masing dalam pembangunan masyarakat.
F3 : Mobiliti sosial
H : Mobiliti menegak ke atas berlaku kepada hamba, yakni berlaku perubahan kedudukan dari lapis hamba
kepada lapis rakyat dan seterusnya ke lapis bangsawan.
C : Badang pada asalnya merupakan seorang hamba, tetapi apabila beroleh kekuatan yang luar biasa dengan
memakan muntah hantu, beliau berbuat jasa kepada tuannya. Jasa yang dicurahkan oleh Badang kepada
tuannya menyebabkan Badang dimerdekakan.
F4 : Budaya / adat istiadat – cara hidup dan kepercayaan seharian
C : Adat berjaga-jaga. Adat ini diadakan sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Adat berjaga-jaga ini
biasanya disertai oleh anggota masyarakat / rakyat. Dalam adat ini, tetamu dan orang yang bekerja akan
dihidangkan dengan hiburan seperti muzik/bunyi-bunyian, permainan serta dihidangkan dengan pelbagai jenis
makanan.
F5 : Agama dan kepercayaan
C : Masyarakat di Melaka merupakan masyarakat yang beragama Islam. Raja Kecil Besar merupakan raja
Melaka terawal yang memeluk agama Islam selepas diislamkan oleh Syed Abdul Aziz. Setelah memeluk
agama Islam Raja Kecil Besar digelar Sultan Muhammad Syah.
F6 : Teknologi
C : Perkembangan teknologi dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) boleh dilihat melalui kehebatan
Bendahara Paduka Raja Tun Perak membina istana Sultan Mansur Syah yang dinamai “Mahligai Hawa
Nafsu”.
F7 : Interaksi sosial – masyarakat majmuk yang saling berhubungan antara satu sama lain
C : Dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) terdapat interaksi sosial dalam kalangan masyarakat yang
membawa kepada kemajuan dan pembangunan masyarakat di Melaka. Semenjak Melaka dibuka, bilangan
penduduk Melaka telah bertambah dengan pesat terutama dengan kemasukan orang-orang asing daripada
pelbagai keturunan.
F8 : Pendidikan
C : Dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) pendidikan dinyatakan dengan jelas melalui watak Sultan
Mansur Syah, Sultan Mahmud Syah dan sebagainya. Sultan Mansur Syah misalnya belajar ilmu agama dengan
Kadi Yusof dan Maulana Abu Bakar.
F9 : Politik
C : Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) raja diletakkan setaraf dengan nabi dan sebagainya
pengganti Allah di muka bumi ini. Hal ini dapat dilihat melalui wasiat Bendahara Paduka Raja Tun Perak
kepada segala anak cucunya. Selain daripada itu juga, sistem politik yang diamalkan di Melaka berdasarkan
teks Sulalatus Salatin adalah sistem beraja berkuasa mutlak.
F10 : Kegiatan ekonomi
C : Badang dan Raja Kassim menjalankan aktiviti menangkap ikan. Bendahara Seri Maharaja menternak
kerbau berkandang-kandang di Kayu Ara.
F11 : Adat istiadat
C : Adat istadat perkahwinan boleh dilihat melalui Istiadat Perkahwinan Diraja Johor – Pahang, iaitu
perkahwinan antara Raja Fatimah dengan Raja Omar.

Penutup
➢ Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan.
Soalan 4 : Masyarakat tradisional dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) merupakan masyarakat
yang sangat cinta akan alam sekitar. Bincangkan penyataan di atas dengan memberikan contoh-contoh yang
sesuai.
A.Pengenalan [3]
1. Konsep/definisi cinta akan alam sekitar. Perasaan/berperasaan sangat sayang atau cinta kepada
alam semulajadi sama ada hidupan atau bukan hidup yang terdapat di darat, lautan dan udara
2. Menjelaskan kmponen/ unsur alam sekitar yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin/Sejarah
Melayu iaitu laut,gunung,hutan,hidupan liar, bunga dan lain-lain.
3. Isi-isi penting

B. Isi-Isi Penting[ 20 ]
F1 Masyarakat yang kagum/Takjub dengan keindahan hidupan laut/bawah laut
H Berasa amat tertarik apabila melihat sesuatu yang luar biasa. Pemandangan bawah laut seperti
terumbu karang, hidupan laut, alga/rumpai laut amat mempersonakan. Perasaan kagum ini
membuatkan masyarakat lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
C Tun Mamat bersama dua orang pengikutnya naik ke Gunung Ledang untuk meminang Puteri
Gunung Ledang.Tun Mamat berhadapan dengan angin kencang bertiup yang membuatkan mereka
seakan-akan terbang. Awan yang rendah membuatkan mereka mampu untuk menyentuh awan. Mereka
juga mendengar bunyi buluh perindu dan burung yang terbang.

F2 Masyarakat yang memulihara alam sekitar (Tumbuhan dan Haiwan )


H Pemuliharaan adalah usaha memulihara sumber alam semulajadi dengan bijak dan sistematik
bagi usaha melindungi dan meneruskan keindahannya. Pemuliharaan alam sekitar penting kerana
dapat mewujudkan kembali spesis flora dan fauna yang semakin terancam. Hal ini untuk mengelakkan
berlakunya kepupusan spesis tersebut. Pemuliharaan alam sekitar akan menjadikan masyarakat lebih
prihatin kepada alam sekitar.
C Raja Suran membina negara Bijaya Negara, iaitu sebuah kota yang dikelilingi dengan
keindahan alam semulajadi. Raja Suran cuba mengadakan semula spesis tumbuhan dan haiwan yang
tiada ditempatnya dengan membawa masuk spesis dari luar.

F3 Masyarakat memelihara alam sekitar


H Memelihara adalah mengekalkan sesuatu agar tidak terusik dan berada dalam keadaan
sediakala. Alam sekitar perlu dipelihara /dijaga agar tidak diganggu atau dirosakkan. Apabila alam
sekitar diganggu sudah pasti ianya akan rosak dan tidak seperti asalnya.
C Raja Suran menanam dan memelihara pelbagai kayu kayan dan buah-buahan , bunga-bungaan
dan memastikan binatang liar dijaga dengan baik.

F4 Masyarakat yang melindungi alam sekitar


H Perbuatan mempertahankan sesuatu daripada dicerobohi atau diganggu gugat. Alam sekitar
perlu dilindungi agar tidak dimusnahkan oleh orang yang berkepentingan. Hal ini penting kerana alam
sekitar banyak memberi manfaat kepada kita.
C Sultan Mansur Syah mendengar khabar tentang keindahan negeri Inderapura. Baginda
berhasrat untuk menyerang Inderapura. Hal ini kerana baginda ingin memiliki negeri tersebut sekaligus
melindugi alam semulajadi yang dikatakan sangat cantik dan menarik.

F5 Masyarakat yang menghargai keindahan alam sekitar


H Memberi penghormatan dan menghayati keindahan alam sekitar yang ada di sekeliling kita.
Kita hendaklah menghargai alam sekitar kerana alam sekitar dapat memberi banyak manfaat kepada
kehidupan kita seharian. Kita akan merasa tenang dan nyaman apabila dikelilingi alam sekitar yang
cantik.
C Seri Bija Diraja sewaktu mencari tempat persembunyian Maharaja Dewa Sura, beliau begitu
menghargai keindahan alam sehingga menjadikannya tempat berburu dan memikat burung. Beliau
juga beriadah di kawasan pantai yang cantik sambil menikmati hutan yang mendamaikan.

F6 Masyarakat Yang Menjaga Alam Sekitar


H Peranan setiap anggota masyarakat menjaga keindahan alam sekitar agar sentiasa terpelihara
dan cantik. Hal ini akan melahirkan masyarakat yang sayang akan alam sekitar.
C. Dang Raya Rani yang merupakan penjaga Puteri Gunung Ledang. Beliau bersama empat
perempuan muda berperanan menjaga Taman Puteri Gunung Ledang yang memiliki keindahan dengan
jambangan bunga yang pelbagai.

F7 Masyarakat yang patuh kepada undang-undang menjaga alam sekitar

C Penutup [2]
Rumusan/Penilaian/Pandangan/Cadangan/Harapan

Pilih 5 Isi Sahaja


1 Isi = 4 Markah ( 1 Markah Fakta, 1 Markah Huraian, 1 Markah contoh, 1 Markah
Perbincangan
5 Isi X 4 Markah = 20 Markah
Soalan 5 : Nasionalisme merupakan asas penting dalam pembangunan sesebuah negara. Berdasarkan
pernyataan tersebut jelaskan unsur nasionalisme yang dipaparkan menerusi watak Encik Muhammad dalam
novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. [ 25 ]

Pendahuluan :
Nasionalisme merujuk kepada perasaan cintakan bangsa dan negara yang mendalam; pergerakan untuk
mencapai kebebasan politik daripada kuasa asing/luar; dan semangat kebangsaan.
Perasaan dan sikap yang menunjukkan cinta yang mendalam terhadap bangsa, negara di sini termasuk
budaya, Bahasa, adat istiadat, pegangan keagamaan, seterusnya jati diri, identiti dan segala jalur dan
warna yang terjalin dalam sejarah ketamadunan bangsa; bangsa Melayu dan Tamadun Melayu.
Latar belakang Encik Muhammad.
Mengemukakan isi yang dibincangkan.

Isi
F1 : Berbangga dengan tanah tumpah
H : Bertuah kerana mempunyai tanah air yang boleh dimajukan dan dibangunkan untuk menjana sumber
ekonomi.
C : Encik Muhammad memaklumkan kepada abangnya yang mereka sangat bertuah kerana Jeram Medang
terletak dalam tanah milik mereka. Dia mencadangkan agar kawasan tersebut dibangunkan bagi pelancongan
yang boleh menjana ekonomi setempat.
F2 : Membangunkan ekonomi penduduk kampung
C : Sentimen kasih sayang terhadap kampung halaman sendiri telah mendorong Encik Muhammad berusaha
dengan gigih untuk memajukan ekonomi penduduk Kampung Pulai. Menerusi usahasamanya dengan YB
Mohd Yusof beliau berusaha untuk menempatkan semula penduduk Kampung Pulai yang rata-rata masih
miskin di penempatan Rancangan FELDA.
F3 : Menabur bakti
H : Kecintaan terhadap negara dan lambing-lambang negara akan mendorong seseorang yang mempunyai
semangat nasionalisme untuk menyumbang.
C : Encik Muhammad menyumbang sepuluh ribu ringgit bagi membiayai sambutan hari puja usia sultan di
Wilayah Tualang. Sumbangan ini dihulur kerana Encik Muhammad mengerti akan kepentingan menabur bakti
dalam menjelaskan semangat nasionalisme.
F4 : Kerjasama dalam perniagaan
H : Bagi membangunkan negara, semangat nasionalisme akan mengukuhkan lagi jalinan kerjasama khasnya
dalam bidang perniagaan.
C : Datuk Tan dan Encik Muhammad yang menyedari peri pentingnya perkongsian dalam dunia dagang antara
orang Melayu dan orang Cina telah berusaha mengukuhkan lagi kerjasama antara mereka menerusi Syarikat
Lombong Lembah Tualang.
F5 : Menghormati lambang negara
H : Nasionalisme adalah sentimen dalam kalangan penghuni sesuatu wilayah itu menggunakan lambang-
lambang tertentu sebagai tanda menghormati dan menyayangi negara.
C : Encik Muhammad sanggup membiayai majlis sambutan keberangkatan sultan ke Kampung Pulai sebagai
bukti penghormatannya kepada institusi beraja bagi menzahirkan semangat cintakan negara.

F6 : Rasa bertanggungjawab untuk membantu


H : Semangat nasionalisme juga akan memupuk rasa tanggungjawab untuk membantu mereka yang dalam
kesusahan.
C : Encik Muhammad rasa bertanggungjawab membantu penduduk Kampung Pulai yang akan berpindah ke
rancangan Felda dengan menyediakan kemudahan untuk berpindah.

Penutup
➢ Penilaian / pandangan / rumusan / kesimpulan / cadangan

Soalan 6 : Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur banyak memaparkan peraturan dan undang-undang.
Bincangkan penyataan tersebut dalam konteks pembangunan negara.

A. Pengenalan [3]
1. Peraturan merujuk kepada segala yang telah ditetapkan dan tidak melibatkan hukuman.
2. Undang-undang merujuk kepada suatu peraturan yang digubal dan dipatuhi serta melibatkan
hukuman.
3. Kemukakan isi-isi penting

B. Isi-isi Penting [ 20 ]
F1 Peraturan Pejabat
H Peraturan pejabat merupakan peraturan yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi untuk
melahirkan organisasi yang mantap. Peraturan di pejabat atau organisasi mampu melahirkan pekerja yang
cekap dan produktiviti yang tinggi. Sekiranya sesebuah masyarakat tidak mempunyai peraturan, sudah pasti
sesebuah organisasi tidak dapat diuruskan dengan baik dan tidak berkembang maju yang boleh menjejaskan
pembangunan negara terutama dalam bidang ekonomi.
C. Peraturan yang ditetapkan mengadakan temu janji sebelum bertemu dengan seseorang di
pejabat. Mahani meminta maaf kepada Datuk Tan kerana tidak membuka pintu pejabat Encik Muhammad
kerana tidak mengetahui akan kedatangannya. Peraturan di pejabat adalah penting untuk pembangunan negara
kerana pekerja dan berdisiplin dan bermotivasi dapat memberi kemajuan kepada syarikat dan seterusnya
membangunkan ekonomi negara kita.

F2 Peraturan Perlantikan OrangKaya Wilayah Tualang/ Pembesar Jajahan


H Peraturan berkaitan perlantikan dalam sesebuah negara adalah penting untuk mengelakkan
masalah perebutan jawatan yang boleh menjejaskan keamanan negara. Sekiranya peraturan untuk melantik
pembesar tidak diwujudkan, sudah pasti akan berlaku penyalahgunaan kuasa dan perebutan kuasa yang boleh
mengundang kepada masalah ketidakstabilan politik dalam negara.
C. Perlantikan Penghulu Mahmud sebagai pembesar jajahan Tualang bergelar Datuk iaitu Orang
Kaya Indera bagi Wilayah Tualang adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan diumumkan semasa
kedatangan Sultan ke Kampung Pulai. Penghulu Mahmud adalah waris yang sah dan keturunan Orang Kaya
Indera Datuk Idris Bin Muhammad Saman yang berhak ke atas jawatan tersebut.

F3 Peraturan dan syarat menyertai Felda


H Peraturan yang ditetapkan untuk menyertai FELDA adalah pemohon yang berumur tidak
melebihi 40 tahun. Golongan muda diperlukan untuk mengusahakan tanah tanaman pertanian. Mereka juga
golongan yang tidak mempunyai tanah sendiri.
C. Peraturan yang telah ditetapkan telah memberi kesan ke atas rancangan Encik Muhammad
terutamanya golongan tua yang berpengaruh seperti Imam Saad, Tuk Empat Dahlan,Pak Salim.

F4 Peraturan pengambilan tanah yang diduduki secara haram


H Ada penduduk kampung yang membuka dan mengambil tanah milik individu atau kerajaan
secara haram atau tanpa permohonan secara sah.
C. Encik Muhammad telah bersetuju untuk memberi pampasan kepada penduduk yang
menduduki tanah pusaka milik keluarganya untuk berpindah ke FELDA

F5 Peraturan Penubuhan Syarikat


H Setiap syarikat yang ditubuhkan mestilah mempunyai 50% pegangan saham oleh Bumiputera.
Ianya bertujuan untuk mencapai matlamat yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan
kerajaan.Syarikat Tan Enterprise telah menubuhkan anak syarikatnya dengan berkongsi Encik Muhammad
yang dinamakan Syarikat Firma Serba Dagang Internasional.
C Datuk Tan tidak setuju Syarikat Lombong Lembah Tualang membawa masuk syarikat raksasa
orang putih kerana syarikat itu mahu syer 30% dengan membawa masuk sebuah kapal korek. Mereka juga
menuntut 2 kerusi pengarah.

F6 Undang-Undang Islam/Hukum Faraid dalam Pembahagian Harta Pusaka


H Hukum Faraid merupakan undang-undang pewarisan atau pembahagian harta pusaka
Islam.Hukum Faraid dapat melahirkan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat dan seterusnya
membawa kepada kemakmuran negara.Sekiranya hukum faraid tidak dilaksanakan, sudah pasti akan berlaku
ketidakharmonian dalam kehidupan bermasyarakat dan seterusnya menyebabkan negara berada dalam
keadaan tidak sejahtera.
C Penghulu Mahmud telah memanggil semua ahli keluarganya untuk membincangkan soal
pembahagian harta pusaka secara faraid. Hukum faraid akan menjamin kewujudan negara yang aman apabila
persengketaan berlaku dalam masyarakat.
F7 Undang-undang Jenayah berat
H Undang-undang Jenayah untuk kesalahan berat. Undang-undang ini dikuatkuasakan untuk
menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara.Masyarakat yang melakukan kesalahan jenayah seperti
membunuh, menculik, memukul, mencuri dan sebagainya boleh ditahan dan dihukum.
C Mat Akil dan rakan-rakannya melakukan kesalahan jenayah iaitu cubaan membunuh Lebai
Maaruf. Mat Akil cuba menikam Lebai Maaruf tetapi sempat dielak oleh Lebai Maaruf dan terkena bahunya
sahaja. Mat Akil dan rakan-rakanya dtangkap polis dengan bantuan Kemat Jerangkung. Mereka terpaksa
meringkuk dalam lokap sementara menunggu hari perbicaraan.

F8 Undang-undang Menjaga Tempat Parking Kereta Secara Haram


H Undang-undang ini dibuat bagi mengelakkan perbuatan tidak bertanggungjawab individu
mengenakan bayaran parking sesuka hati. Rakyat merasa tidak puas hati dan melaporkan kepada pihak
berkuasa.
C Mat Akil dan Kassim terlibat dengan kegiatan haram iaitu menjaga tempat parking haram telah
ditangkap oleh polis. Kesalahan yang dilakukan oleh mereka telah menyebabkan mereka dipenjara dan
mereka dikenakan bayaran denda.

F9 Undang-undang Jenayah Ringan


H. Undang-undang untuk kesalahan kecil.Kesalahan yang dilakukan misalnya pergaduhan kecil .
C. Pendekar Omar dan orang-orangnya telah berkelahi dengan Ali di Pekan Kuala kerana salah
faham tentang pegangan politik

C. Penutup [2]
Kesimpulan/Rumusan/Pandangan/Cadangan

Pilih 5 Isi Sahaja


1 Isi = 4 Markah ( 1 Markah Fakta,1 Markah Huraian,1 Markah Contoh, 1 Markah
Perbincangan)
5 Isi x 4 Markah = 20 Markah

2 isi undang-undang dan 3 isi peraturan


ATAU
3 Isi Undang-undang dan 2 Isi Peraturan

You might also like