You are on page 1of 2

Ilmu

1. Dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur , terdapat individu yang memiliki pelbagai
ilmu. Bincangkan bagaimana ilmu yang dimiliki watak-watak berkenaan dapt dimanfaatkan
dalam kehidupan anda. (25)

Ilmu merujuk pengetahuan dalam perkara dunia atau akhirat dan zahir atau batin. Ilmu juga
merupakan pengetahuan tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah
yang tertentu. Ilmu dapat digunakan untuk memajukan diri dalam kehidupan.

Ilmu yang dimiliki oleh watak dapat dimanfaatkan dalam kehidupan:

Ilmu Keagamaan
Lebai Maarup amat mementingkan ilmu keagamaan. Beliau berdakwah kepada masyarakat
kampung supaya mendekati Allah dan mematuhi ajaran agama. Ramai masyarakat kampung
mula solat dan sembahyang berjemaah di surau termasuklah Kemat Jerangkung dan Sudin.
Golongan muda turut belajar mengaji al-Quran daripada beliau., Jelaslah bahawa ilmu agama
mampu membentuk diri individu agar menjadi lebih bertakwa dan mematuhi ajaran agama.

Ilmu Perniagaan
Encik Muhammad menimba ilmu perniagaan melalui pengalamannya bekerja dengan sebuah
syarikat inggeris di Kuala Lumpur. Pengalamannya itu telah membantu beliau untuk membuka
syarikat perlombongan sendiri. Kejayaan Encik Muhammad ini boleh dijadikan inspirasi oleh kita
untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Ilmu politik
Penguasaan ilmu politik terutama yang berkaitan dengan keperluan rakyat dalam satu-satu
kawasan pilihan raya mampu memenangi hati rakyat. Yang Berhormat Yusuf merupakan ahli
politik yang berjaya kerana seloalu mengambil tahu keperluan rakyat di kawasannya. Contohnya,
keperluan tanah dan rumah FELDA. Penguasaan ilmu politik mampu membantu seseorang dalam
memahami senario politik negara untuk membolehkan kita mencurahkan bakti kepada negara.

ilmu kesetiausahaan
Mahani yang belajar ilmu kesetiausahaan telah berjaya menjadi setiausaha yang cekap kepada
Encik Muhammad. Kejayaan Mahani ini boleh menjadi pendorong seseorang untuk menguasai
ilmu dan kemahiran yang diminati agar dapat menjadi pekerja yang berjaya pada masa akan
datang.

Ilmu pertanian
Ilmu pertanian perlu jika seseorang ingin menceburkan diri sebagai usahawan tani. Cik Puan
Tipah mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam tentang tanaman orkid sehingga dia
mampu membuka ladang orkid di Jeram Medang. Hal ini secara tidak langsung telah membuka
peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitarnya. Ilmu pertanian bukan sahaja boleh dijadikan
sebagai sumber pendapatan tetap tetapi boleh juga menjadi pendapatan samp[ingan bagi
mereka yang telah mempunyai pekerjaan lain.

Kesimpulannya, penguasaan pelbagai ilmu dalam kehidupan penting dalam konteks


pembangunan insan kerana dengan adanya ilmu, seseorang mampu meningkatkan
taraf hidup. Ilmu seharusnya dikuasai oleh setiap individu kerana ilmu merupakan
pemangkin kejayaan dalam kehidupan.
2. Pemimpin memainkan peranan yang penting dalam pengurusan sesebuah
pentadbiran. Andaikan anda seorang pemimpin di Kampung Pulai, bincangkan
anda seorang langkah-langkah yang akan diambil untuk melahirkan masyarakat
berilmu dalam konteks pembangunan insan. (25)

Pemimpin merupakan orang yang memimpin, membimbing, mengepalai dan melatih


orang lain dalam mencapai objektif atau matlamat tertentu. Pemimpin memainkan
tanggungjawab besar dalam merencana organisasi yang dipertanggungjawabkan.

Langkah yang diambil bagi melahirkan masyarakat berilmu dalam konteks


pembangunan insan:

Membina sekolah
Ilmu merupakan cabang penting dalam kehidupan. Manusia dituntut untuk mebina
menimba ilmu sama ada ilmu dunia dan ilmu akhirat. Oleh itu, pembinaan sekolah
merupakan platform penting dalam mengembangkan minda masyarakat di Kampung
Pulai.

Memastikan anak-anak kampung mendapat peluang belajar


Kebanyakkan anak-anak yang tinggal di Kampung Pulai terdiri daripada anak-anak
petani. Ada antara mereka yang tidak berpeluang untuk belajar disebabkan oleh
kedaifan hidup. Oleh itu, menjadi tugas mereka yang tidak berpeluang untuk
memastikan anak-anak kampung tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Menyediakan dan memperluaskan kemudahan jalur lebar


Perkhidmatan jalur lebar yang terdapat diluar bandar mampu memberikan peluang
kepada penduduk untuk mendapatkan maklumat dengan mudah, cepat dan tepat.

Membekalkan kemudahan komputer kepada pelajar yang tidak berkemampuan


Terdapat segelintir pelajar yang tidak mampu untuk memiliki komputer di rumah.
Sebagai seorang pemimpin yang prihatin, saya bertanggungjawab untuk memiliki
komputer di kawasan tersebut.

Mewujudakan dana membina instiusi pengajian tinggi


Kewujudan institusi pengajian tinggi menjadi penanda aras kepada kemajuan
sesebuah kawasan kerana telah menjadi tumpuan orang dari luar untuk menuntut
ilmu.

Menyediakan bantuan persekolahan


Bantuan persekolahan mampu meringanakan golongan yang memerlukan. Bantuan
persekolahan seperti pakaian dan alat tulis akan meringkan beban para pelajar yang
kurang berkemampuan.

Kesimpulannya, Dasar pendidikan di negara ini mampu mencorakkan sistem


pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dengan adanya pemimpin yang prihatin.

You might also like