You are on page 1of 9

ASRAMA MALAYSIA KUALA LUMPUR

VICTORIA INSTITUTION

KERTAS CADANGAN

PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

ASRAMA MALAYSIA KUALA LUMPUR VICTORIA INSTITUTION 2021

DIKEMUKAKAN OLEH:

PENGURUSAN ASRAMA MALAYSIA KUALA LUMPUR


VICTORIA INSTITUTION
1.0 TAJUK
Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat asrama Malaysia Kuala Lumpur Victoria
Instituion 2021.

2.0 DIKEMUKAKAN OLEH

Asrama Malaysia Victoria Institution Kuala Lumpur.

3.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas cadangan ini bertujuan untuk memaklumkan dan mendapatkan kelulusan


pengetua Victoria Institution Kuala Lumpur bagi melaksanakan Program Sambutan Hari
Raya Aidilfitri peringkat asrama Malaysia Kuala Lumpur Victoria Instituion 2021.

4.0 LATAR BELAKANG

Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah menjadi salah satu daripda acara tahunan yang
diraikan secara besar-besaran di peringkat sekolah. Ia merupakan masa dan waktu
yang boleh memberi peluang kepada semua warga sekolah untuk meraikan kedatangan
bulan Syawal. Program ini uga memberi pendedahan kepada semua murid mengenai
perayaan-perayaan di Malaysia.

Rentetan itu, pihak pengurusan Asrama Malaysia Victoria Institution telah


merancang satu Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam norma baharu sebagai
pengisian bulan ramadan tahun ini. Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan
hubungan silaturahim antara warga sekolah dengan murid asrama. Program seumpama
ini juga dilihat dapat mengukuhkan lagi perpaduan kaum antara pelajar Asrama
Malaysia Kuala Lumpur Victoria Institution yang sememangnya dihuni oleh pelajar
berbilang kaum. Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini merupakan program rutin
bagi asrama Victoria Institution dan diteruskan sehingga kini.

5.0 MATLAMAT
5.1 Meraikan ketibaan bulan Syawal dengan mengadakan Sambutan Hari Raya
Aidilfitri
5.2 Mengeratkan hubungan silaturahim dan penyatuan hati antara warga Victoria
Institution.
5.3 Memupuk semangat integrasi untuk perpaduan.

6.0 OBJEKTIF

6.1 Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat


menghormati antara pelbagai budaya di asrama.
6.2 Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain
walaupun berlainan agama dan bangsa.
6.3 Menerapkan integarasi kaum dalam hidup bermasyarakat
6.4 Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan murid asrama.

7.0 JUSTIFIKASI

7.1 Output
Hasil atau keluaran mengikut setiap sasaran yang telah ditetapkan.

7.1.1 305 orang pelajar Asrama Malaysia Kuala Lumpur Victoria Institution iaitu
pelajar lelaki dari Tingkatan 1 hingga 5 mengikuti Program Sambutan
Hari Raya Aidilfitri Asrama Malaysia Kuala Lumpur Victoria Institution
2021.

7.2 Outcome
Hasil pelaksanaan program dalam bentuk impak/ kesan kepada kumpulan
sasaran.
7.2.1 Pelaksanaan Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri Asrama Malaysia
Kuala Lumpur Victoria Institution 2021 ini adalah bertujuan untuk
mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah dengan pelajar
asrama di samping mengukuhkan perpaduan dalam kalangan pelajar
yang berbilang kaum.
8.0 STRATEGI DAN PELAKSANAAN

7.30 pagi                     : Pendaftaran


: Berkumpul di dewan makan asrama Malaysaia Kuala Lumpur
8.00 pagi                     : Ketibaan tetamu jemputan
8.30 pagi                : Ucapan perasmian
: Pelancaran gimik Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri       
9.00 pagi                     :  Jamuan makan
11.30pagi                   :  Majlis Penutup                                                                  
12. 00 tengah hari       :  Gotong royong mengemas kawasan
12.30 tengah hari        :  Bersurai

9.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO

9.1 Faktor Cuaca

9.1.1 Aktiviti akan diubah mengikut perancangan dalam kertas kerja.

9.2 Faktor Kemalangan

9.2.1 Tindakan yang diambil akan merujuk kepada buku panduan pengurusan
risiko.

10.0 IMPLIKASI KEWANGAN


Sumber kewangan bagi membiayai program ini diperoleh daripada objek sebagai
( OS42000 ) yang meliputi:

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI       


ASRAMA MALAYSIA KUALA LUMPUR VICTORIA INSTITUTION
BIL PERUNTUKAN DIPERLUKAN JUMLAH OBJEK
SEBAGAI
PERKARA PERBELANJAAN

1 Makanan & Minuman


RM

- Nasi tomato
- Lemang
- Satay
- Rendang ayam
- Nasi impit
- Ketupat
- Air coctail
- Air cordial

2 Kuih Raya OS420000

1. Aneka Biskut raya


2. Aneka Maruku raya

2 Buah-buahan

3 -

RM 1550.00 X 8 RM 12,400.00
Jumlah RM 20,003.00
11.0 PENUTUP

Program seumpama ini merupakan program yang sangat baik dan dapat menggalakkan
integrasi murid untuk perpaduan dalam kalangan murid berbilang kaum seperti di
Asrama Malaysia Kuala Lumpur Victoria Institution. Semoga program yang bermanfaat
di bulan yang penuh dengan keberkatan ini mendapat kerjasama daripada semua pihak
serta dapat mencapai objektif seperti yang diharapkan.

Disediakan Oleh: Tarikh:

.............................................
(MOHD EIDIADZHA BIN MOHAMED KASIM)
WARDEN
ASRAMA MALAYSIA KUALA LUMPUR

Disemak Oleh: Tarikh:

...............................................
( EN. AZMI BIN MOHD ISA )
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
VICTORIA INSTITUTION

KELULUSAN YANG DIPOHON


Kertas cadangan ini dikemukakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan oleh Pengetua
Victoria Institution bagi melaksanakan Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri Asrama Malaysia
Kuala Lumpur Victoria Institution 2021.

Diluluskan / Tidak diluluskan

............................................... Tarikh:

(PN HAJAH NUR ELISA TEE LEE HWA)


PENGETUA
VICTORIA INSTITUTION

JAWATANKUASA PENGELOLA
PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
ASRAMA MALAYSIA KUALA LUMPUR VICTORIA INSTITUTION 2021

Pengerusi : Pn. Hajah Elisa Tee Lee Hwa ( Pengetua )


Naib Pengerusi : En. Azmi Bin Mohd Isa ( PK HEM )
: Puan Salinaz binti Saad (PK Kurikulum & Pentadbiran )
: En. Robert Vijayakumar a/l Rajasingam Solomon (PK
kokurikulum)
: Pn Jamilah Binti Sharif ( Penolong Kanan Tingkatan Enam )

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penyelaras : En. Hami’at bin Semahon

Pen. Penyelaras : En. Nor Muhammad Sayoti b. Zulkipli ( Ketua Warden )

Ketua Program : Mohd Eidiadzha bin Mohamed Kasim ( Warden )

Setiausaha : En. Mohd Sodri bin Talib ( Warden/ Kaunselor )

Bendahari : Cik Erni Suhaili Binti Ridzuan

AJK Sambutan/ Protokol : Pn. Ruziana bt. Kormin

: Pn. Sharifah Shafinaz Alsagof

: Pn. Idayusma bt. Che Ismail

AJK Makanan : En. Ahmad Zahin Azfar bin Buniyamin

: Cik Siti Zaliha Bt mat Hassan

: Pn. Siti Maisarah bt. Roslan

AJK Persiapan Tempat/ : En. Nor Muhammad Sayoti b. Zulkipli


Khemah : En. Azlan b. Hussain

AJK PA Sistem : En. Muhammad Asyraf Ikhwan bin Mat Nawi

AJK Jemputan/ Buku : Pn. Munirah bt. Ismail


Program : Pn. Nurul Hanani bt. Abd Rahman

AJK Bacaan Doa : En. Mohd Fadlul Hadi bin Halmi

Pengacara Majlis : En. Mohd Hafis b. Abdullah

Disiplin Pelajar : En Muhammad Hafiz Bin Mustaffa

: En. Sandhrasager a/l Kannan

Jurugambar/Dokumentasi : Pn. Nurul Izzah bt. Ab. Halim

You might also like