You are on page 1of 9

ASRAMA VICTORIA INSTITUTION KUALA

LUMPUR

KERTAS CADANGAN KURSUS

SEMBELIHAN BAGI PELAJAR ISLAM ASRAMA MALAYSIA (AMal)

VICTORIA INSTITUTION 2018

DIKEMUKAKAN OLEH:

PENGURUSAN ASRAMA MALAYSIA (AMal) VICTORIA INSTITUTION


KUALA LUMPUR
KURSUS SEMBELIHAN BAGI PELAJAR ISLAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) VICTORIA
INSTITUTION KUALA LUMPUR TAHUN 2018

1.0 TAJUK

Kursus Sembelihan Bagi Pelajar Islam Asrama Malaysia (AMal) Victoria Institution Kuala
Lumpur 2018.

2.0 DIKEMUKAKAN OLEH

Asrama Malaysia (AMal) Victoria Institution Kuala Lumpur.

3.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas cadangan ini bertujuan untuk memaklumkan dan mendapatkan kelulusan


pengetua Victoria Institution Kuala Lumpur bagi melaksanakan Kursus Sembelihan Bagi
Pelajar Islam Asrama Malaysia (AMal) Victoria Institution 2018.

4.0 LATAR BELAKANG

Segala puji bagi Allah yang melimpahkan kurnia dan nikmat-Nya yang memberi kita
rezeki serta ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada seluruh umat manusia. Ilmu
yang dilimpahkan kepada kita bukan sekadar teori yang menjadi penyelamat pelajar
sewaktu dalam peperiksaan semata-mata, tetapi ilmu ini perlu dipraktikkan dan
dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Bertindak atas kesedaran inilah maka pihak
pengurusan Asrama Malaysia (AMal) Victoria Institution ingin mengisi ruang yang ada
dengan menganjurkan Kursus Sembelihan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk
mempraktikkan ilmu yang dipelajari.
Penganjuran kursus sebegini bertujuan untuk memberi kefahaman dan
kesedaran kepada pelajar berkenaan proses sembelihan dalam islam selain memberi
pendedahan berkaitan pengurusan daging halal. Kursus ini juga diharap dapat
membentuk pelajar Victoria Institution yang berilmu supaya nilai kebersihan dalam
pengurusan makanan tidak dipandang enteng malah sentiasa menitikberatkan
kepentingan nilai-nilai kemanusiaan melalui ilmu yang dikongsikan sepanjang kursus
dijalankan.

5.0 MATLAMAT

5.1 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami dan boleh


mempraktikkan ilmu sembelihan berlandaskan hukum islam dalam kehidupan
seharian.
5.2 Memberikan para peserta pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang
berguna dalam melaksanakan sembelihan pada masa akan datang.
5.3 Melahirkan pelajar yang mengambil berat soal kebersihan makanan dan status
halal sesuatu makanan yang dimakan.
5.4 Memupuk semangat kerjasama antara pelajar berbilang kaum di Asrama
Malaysia (AMal) Victoria Institution dalam menguruskan aktiviti berkumpulan
tanpa prejudis antara satu sama lain.

6.0 OBJEKTIF

6.1 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah penyembelihan dan


pengurusan binatang selepas disembelih yang betul mengikut islam.
6.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan ilmu berkaitan dengan
sembelihan yang telah dipelajari.
6.3 Memberi pengalaman yang berguna kepada pelajar bermula daripada proses
sembelihan, proses mencabut bulu (ayam) atau melapah kulit (kambing)
sehinggalah proses memasak.
6.4 Memupuk semangat kerjasama antara pelajar dengan pelajar dan pelajar
dengan guru yang berbeza kaum di asrama

7.0 JUSTIFIKASI

7.1 Output
Hasil atau keluaran mengikut setiap sasaran yang telah ditetapkan.
7.1.1 275 orang pelajar Asrama Malaysia (AMal) Victoria Institution iaitu pelajar
lelaki dari Tingkatan 1 hingga 6 mengikuti Kursus Sembelihan bagi
pelajar Asrama Malaysia (AMal) Victoria Institution Kuala Lumpur 2018.

7.2 Outcome
Hasil pelaksanaan program dalam bentuk impak/ kesan kepada kumpulan
sasaran.
7.2.1 Pelaksanaan Kursus Sembelihan untuk pelajar Asrama Malaysia (AMal)
Victoria Institution Kuala Lumpur 2018 ini adalah bertujuan untuk
memberi pendedahan tentang ilmu sembelihan kepada pelajar selain
dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga sekolah dengan
pelajar asrama. Secara tidak langsung kursus ini juga dapat
mengukuhkan perpaduan dalam kalangan pelajar dan guru yang
berbilang kaum di Victoria Institution.

8.0 STRATEGI DAN PELAKSANAAN

8.1 Tarikh : 22 September 2018 (Sabtu)


8.2 Tempat : Asrama Malaysia (AMal) Kuala Lumpur
8.3 Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 malam
8.4 Peserta : Pelajar Tingkatan 1 ( 66 Orang )
Pelajar Tingkatan 2 ( 54 Orang )
Pelajar Tingkatan 3 ( 69 Orang )
Pelajar Tingkatan 4 ( 43 Orang )
Pelajar Tingkatan 5 (31 Orang )
Pelajar Tingkatan 6 ( 12 Orang )

9.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO

9.1 Faktor Cuaca


9.1.1 Aktiviti akan diubah mengikut perancangan dalam kertas kerja.
9.2 Faktor Kemalangan
9.2.1 Tindakan yang diambil akan merujuk kepada buku panduan pengurusan
risiko.
10.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Sumber kewangan bagi membiayai program ini diperoleh daripada objek sebagai
( OS42000 ) yang meliputi:

ANGGARAN PERBELANJAAN KURSUS SEMBELIHAN BAGI PELAJAR


ISLAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) VICTORIA INSTITUTION

BIL PERUNTUKAN DIPERLUKAN JUMLAH OBJEK


SEBAGAI

PERKARA PERBELANJAAN

1 PAKEJ SEMBELIHAN OS420000


RM 7000.00 RM 7000.00
Pakej Termasuk:

- Bahan Kursus
- Penceramah Bertauliah
(3X)
- Ayam Hidup (50 Ekor)
- Kambing Hidup (3 Ekor)
- Sijil
- Bahan Masakan (Jenis
masakan mengikut
permintaan pelanggan)
- Tukang Sembelih
- Tukang Bakar
- Tempat Bakar

Jumlah RM 7000.00
11.0 PENUTUP

Program seumpama ini merupakan program yang sangat baik dan dapat menggalakkan
integrasi murid untuk perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum seperti di
asrama Victoria Institution. Semoga program yang bermanfaat di bulan yang penuh
dengan keberkatan ini mendapat kerjasama daripada semua pihak serta dapat
mencapai objektif seperti yang diharapkan. Harapan kami juga semoga program yang
dirancang ini berjalan lancar dan mendapat keberkatan serta keredhaan Allah s.w.t.

Disediakan Oleh: Tarikh:

.............................................
(MOHD EIDIADZHA BIN MOHAMED KASIM)
WARDEN
ASRAMA MALAYSIA (AMal) VICTORIA INSTITUTION

Disemak Oleh: Tarikh:

...............................................
(EN. MOHAMAD SEPIAN BIN OSMAN)
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
VICTORIA INSTITUTION
KELULUSAN YANG DIPOHON

Kertas cadangan ini dikemukakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan oleh Pengetua
Victoria Institution bagi melaksanakan Kursus Penyembelihan Bagi Pelajar Islam Asrama
Malaysia (AMal) Victoria Institution 2018.

Diluluskan / Tidak diluluskan

............................................... Tarikh:

(EN KAMARUL AZMAN BIN MD ARIF)


PENGETUA
VICTORIA INSTITUTION
JAWATANKUASA PENGELOLA
KURSUS PENYEMBELIHAN BAGI PELAJAR ISLAM ASRAMA
VICTORIA INSTITUTION KUALA LUMPUR TAHUN 2018

Pengerusi : En.Kamarul Azman bin Md Arif ( Pengetua )

Naib Pengerusi : En. Mohamad Sepian Bin Othman ( PK HEM )

: Puan Ros’haida bt Mohd Yusoff (PK Kurikulum & Pentadbiran )

: En.Zainal bin Cole ( PK kokurikulum )

: Pn Jamilah Binti Sharif ( Penolong Kanan Tingkatan Enam )

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penyelaras : Puan Zurina bt. Samadi

Pen. Penyelaras : Ustaz Abdul Azim Bin Othman ( Ketua Warden )

Ketua Program : Mohd Eidiadzha bin Mohamed Kasim ( Warden )

Setiausaha : En. Mohd Sodri bin Talib ( Warden/ Kaunselor )

Bendahari : Cik Erni Suhaili Binti Ridzuan

AJK Makanan : En. Ilzam bin Mohamed Piah

: Cik Siti Zaliha Bt mat Hassan

: Pn. Siti Maisarah bt. Roslan

AJK Persiapan Tempat/ : En. Nor Muhammad Sayoti b. Zulkipli


Khemah : En. Azlan b. Hussain

AJK PA Sistem : En. Muhammad Asyraf Ikhwan bin Mat Nawi

AJK Jemputan/ Buku : Pn. Munirah bt. Ismail


Program : Pn. Noor Diana bt. Khalim
AJK Bacaan Doa : En. Mohd Fadlul Hadi bin Halmi

Pengacara Majlis : En. Mohd Fauzuan b. Mat Daud

Disiplin Pelajar : En Muhammad Hafiz Bin Mustaffa

: En. Sandhrasager a/l

Jurugambar/Dokumentasi : Pn. Nurul Izzah bt. Ab. Halim

You might also like