You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-FALAH

24000 KEMAMAN, TERENGGANU

KERTAS CADANGAN
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE

1. AKADEMI PENGEMBANGAN VETERINAR,


KAMPONG JENANG, 21600 MARANG, TERENGGANU

2. PERTIMA TERENGGANU SDN.BHD.


KAWASAN PERINDUSTRIAN CHENDERING,
21080 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.

TARIKH:
21 MAC 2023

ANJURAN OLEH:

PANITIA SAINS TERAS


SMA AL-FALAH
1.0 TAJUK
KERTAS CADANGAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE AKADEMI
PENGEMBANGAN VATERINAR (KAPRIMA DAIRY FARM) DAN PERTIMA
SDN.BHD.

2.0 PENGENALAN

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE AKADEMI PENGEMBANGAN


VATERINAR (KAPRIMA DAIRY FARM) DAN PERTIMA SDN.BHD. merupakan satu
program yang dirancang bagi meningkatkan semangat untuk mempelajari subjek sains.Tambahan
pula ditingkatan 5 terdapat satu tajuk yang berkaitan dengan teknologi pemprosesan makanan.

Dalam tajuk ini pelajar mempelajari beberapa teknologi dalam pemprosesan makanan seperti
penapaian,penghidratan,pengetinan,pengeringan,penyejukbekuan,penyinaran,pembungkusan vakum
dan pempastueran. Kaedah pempasteuran merupakan satu kaedah dimana cecair dipanaskan pada
suhu dibawah takat didih untuk membunuh patogen dan kemudian disejukkan dengan cepat seperti
susu segar. Manakala satu lagi kaedah pemprosesan makanan yang akan dipelajari oleh pelajar
dengan lebih dekat di lapangan ialah pengetinan.Kaedah ini ialah satu kaedah dimana makanan
disimpan di dalam tin yang telah disteril dan dipanaskan pada suhu yang tinggi melebihi 115 darjah
celcius di bawah tekanan tinggi untuk membunuh mikroorganisma da spora. Udara dalam tin yang
mengandungi makanan disterilkan itu dikeluarkan sebelum dipaterikan. Tin ini akan dipanaskan
semula untuk membunuh sebarang mikroorganisma sebelum disejukkan dengan cepat.
3.0 OBJEKTIF
(a) Menanamkan sikap positif, bekerjasama, bertoleransi, beramanah dan daya saing yang
sihat dalam pelbagai situasi.
(b)Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
(c) Membina keyakinan diri kepada pelajar bahawa mereka boleh melakukan dan mencapai
kejayaan yang lebih baik dari apa yang telah mereka lakukan atau capai setakat ini.
(d) Memberi pendedahan kepada pelajar cara mempraktikkan apa yang dipelajari kepada
situasi yang sebenar.
(e) Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek.

2
4.0 KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar tingkatan 5 yang mendapat ‘A’ dalam subjek Sains Teras ( 38 orang-sebuah
bas)

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 21 Mac 2023 (Selasa)
Tempat Pertama : Akademi Pengembangan Vaterinar (Kaprima Dairy Farm)
Masa : 10.00 - 12.00 Tengah Hari
Tempat Ke Dua : Pertima Sdn.Bhd.
Masa : 2.00 - 4.00 Peteng

6.0 TENTATIF POGRAM


21 Mac 2023 (Selasa)
8.00 am : Semua pelajar yang terlibat bekumpul di depan bangunan tingkatan 5
8.30 am : Bertolak ke Akademi Pengembangan Vaterinar (Kaprima Dairy Farm)
10.00 am : Sampai ke destinasi dan makan pagi.
10.30 am : Lawatan bermula
12.30 pm : bertolak ke lokasi ke dua
1.30 p.m : makan tengah hari dan solat
2.30 p.m : lawatan bermula
4.30 p.m : lawatan berakhir dan bertolak pulang.

3
7.0 JAWATANKUASA KERJA

PENAUNG
Tuan Haji Ishak bin A Rahman
(Pengetua)

PENASIHAT
Pn. Sharipah Sakinah binti Engku Muda
(GPK Pentadbiran)

PENGERUSI
Pn. Mazilah binti Mukhtar
(Guru Kanan Sains dan Matematik)

SETIAUSAHA
Pn. Aini Adawiah Binti Ahamad
(Ketua Panitia Sains)

8.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Bil PERKARA Kos Anggaran Kuantiti Jumlah (RM)

1 Makan minum pelajar RM5 (RM5) x 38 orang RM 190

2 Bayaran masuk RM 15 (RM 15) x 38 orang RM 570


Kaprima
JUMLAH RM 760

SUMBER KEWANGAN

KUTIPAN DARI PELAJAR SEBANYAK RM 20.00 SEORANG.

4
9.0 PENUTUP
Segala perancangan dan aktiviti yang akan dijalankan adalah bagi menerapkan dan
melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri yang mantap dan berdisiplin. Program ini
juga berperanan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri. Diharapkan segala perancangan
dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan dengan lancar dan berkesan. Akhir kata, kami
merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program lawatan ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………… ……………………………….
(AINI ADAWIAH BINTI AHAMAD) ( MAZILAH@HASNAH BINTI MUKHTAR)
KP Sains Teras GKMP Sains & Matematik
SMA Al Falah, Kemaman.
SMA Al Falah, Kemaman.
Tarikh: 21 Mac 2023
Tarikh : 21 Mac 2023

5
KERTAS CADANGAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE AKADEMI
PENGEMBANGAN VATERINAR (KAPRIMA DAIRY FARM) DAN PERTIMA
SDN.BHD.
___________________________________________________________________________
KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program Lawatan Sambil Belajar Ke Akademi


Pengembangan Vaterinar (Kaprima Dairy Farm) Dan Pertima Sdn.Bhd.

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program Lawatan Sambil Belajar Ke Akademi


Pen gembangan Vaterinar (Kaprima Dairy Farm) Dan Pertima Sdn.Bhd.

Ulasan:
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………..……………...
(HAJI ISHAK BIN A RAHMAN)
Pengetua
SMA Al Falah,Kemaman
Tarikh :

You might also like