You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG

MELAKA
TAHUN 2024

KERTAS CADANGAN
PROGRAM “ ANUGERAH SAHSIAH TERPUJI”
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG, MELAKA.

TARIKH
MAC 2024 HINGGA FEBRUARI 2025

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


(UNIT HAL EHWAL MURID)

KERTAS CADANGAN
PROGRAM “ANUGERAH SAHSIAH TERPUJI”
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG, MELAKA.
TAHUN 2024

Guru Besar
SK Sungai Udang

KERTAS CADANGAN
PROGRAM “ANUGERAH SAHSIAH TERPUJI”
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG, MELAKA.
TAHUN 2024
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK SUNGAI UDANG
______________________________________________________________________

2) PENDAHULUAN/LATAR BELAKANG PROGRAM

Pembinaan sahsiah terpuji dan disiplin merupakan elemen terpenting dalam pembinaan
karakter setiap murid. Disiplin merupakan jantung serta kunci sesebuah kejayaan bagi
mereka .Murid tanpa mengira warna kulit dan latar belakang keluarga perlu dididik
dengan nilai-nilai murni dan sahsiah yang terpuji bagi membentuk golongan murid yang
bebas masalah disiplin dan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sama
ada di dalam atau luar sekolah. Pendedahan kepada murid tentang amalan baik dan
terpuji perlu dilaksanakan pada setiap masa dan secara berterusan. Nilai-nilai murni
dan sahsiah terpuji ini juga perlu dipupuk bagi meningkatkan kefahaman dan
keperihatinan mereka dalam proses pembelajaran seharian bahawa selain ilmu
pengetahuan, sahsiah juga adalah elemen terpenting dalam membina kehidupan yang
baik dan bermakna.

3) OBJEKTIF PROGRAM
3.1 TUJUAN :
3.1.1 Memberi galakan dan motivasi kepada murid untuk sentiasa
mempamirkan dan mengamalkan nilai-nilai murni serta sahsiah terpuji.
3.1.2 Menunjukkan bahawa pihak sekolah sentiasa menghargai dan memberi
sokongan untuk murid terus mengamalkan dan menjadikan nilai murni
serta sahsiah terpuji sebagai amalan harian.
3.1.3 Memberi semangat dam motivasi kepada murid untuk hadir ke
sekolahsetiap hari dan meneruskan sesi pembelajaran dengan
bersemangat dan ceria.

3.2 OUTCOME:
3.2.1 Murid sentiasa mengamalkan sahsiah yang terpuji
3.2.2 Persekitaran dan iklam sekolah menjadi positif dan ceria
3.2.3 Murid lebih bersemangat dan bermotivasi untuk hadir ke sekolah

4) SASARAN
4.1 Semua Murid SK Sungai Udang, Melaka.
4.2 Seramai 1137 murid

5) BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

5.1 Tarikh : 11 Mac 2024 (Isnin) (Pelancaran program)


5.2 Tempat : Tapak perhimpunan SK Sg Udang
5.3 Perancangan Pelaksanaan : Tentatif Program
5.4 Penyampaian hadiah kepada murid pada minggu pertama persekolahan
setiap bulan.
5.5 Menggalakkan guru-guru untuk mengisi amalan baik murid ke dalam
SSDM
5.6 Menggalakkan murid untuk meneruskan amalan baik mereka setiap
masa.
5.7 Memberi anugerah dan penghargaan kepada murid yang mengumpul
amalan baik dalam SSDM tertinggi.

6) . JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : En Mohd Isha bin Bakar (Guru Besar )


Timbalan Pengerusi : Pn Roslinda binti Rosdi (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 1 : Pn Rosnani binti Ahmad Zakaria (GPK 1)
Naib Pengerusi 2 : En Mohd Pauzi bin Mohd Zain (GPK Ko-Kurikulum)
Penyelaras : Pn Aminah binti Sabtu (Guru Bimbingan & Kaunseling)
Ahli jawatankuasa : Guru SSDM (Pn Norasmah bin Abdul Manaf)
: Semua Guru

7). IMPLIKASI KEWANGAN


7.1 Sumber Kewangan –
7.1.1 pcg Kaunseling
7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci.

Bil Perkara kuantiti Jumlah


1. Hadiah (plak) 24 x RM7.00 RM168 .00
(Tahap 1)

24 x RM7.00 RM168.00
( tahap 2 )

2. Banting program sahsiah terpuji 1 banting x RM 35 RM 35.00


JUMLAH KESELURUHAN RM371.00

7.3 Lampiran kelulusan pindah peruntukan – TIADA

8). ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu)


- Tiada
9) PENUTUP
Diharap dengan adanya program dan anugerah sahsiah terpuji ini, murid-murid akan
lebih bersemangat untuk mempamirkan sahsiah terpuji dan mengamalkan nilai-nilai
murni dalam diri mereka pada setiap masa. Selain itu, diharapkan dengan usaha ini,
suasana dan iklim sekolah akan lebih harmoni dan ceria kerana semua murid berada
dalam zon yang positif dan menggalakkan. Dengan adanya komitmen guru-guru
yang berkerjasama meningkatkan pengisian amalan baik murid ke dalam
SSDM,secara tak langsung dapat juga membantu sekolah dalam meningkatkan
peratus peningkatan pengisian amalan baik murid.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

Nama : Aminah binti Sabtu Nama : Roslinda binti Rosdi


Jawatan : Penyelaras Program Jawatan : GPK Hal Ehwal Murid
Nama Sekolah : SK Sungai Udang Nama Sekolah : SK Sungai Udang
Tarikh : Tarikh :
KERTAS CADANGAN
PROGRAM “ANUGERAH SAHSIAH TERPUJI”
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG, MELAKA.
TAHUN 2024
SK SUNGAI UDANG
___________________________________________________________________

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan (PROGRAM ANUGERAH SAHSIAH TERPUJI)


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG, MELAKA,TAHUN 2024)

Atau

Tidak Meluluskan Kertas Cadangan (PROGRAM ANUGERAH SAHSIAH


TERPUJI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG, MELAKA,TAHUN
2024)

ULASAN :

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………
(MOHD ISHA BIN BAKAR)
JAWATAN : GURU BESAR
NAMA SEKOLAH : SK SUNGAI UDANG
TARIKH :

You might also like