You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PROGRAM BIJAK SIFIR

TARIKH
20 MEI 2019 – 31 OGOS 2019

TEMA
“SIFIR, MEMPERKASA MATEMATIK”

TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN NENASI

ANJURAN
PANITIA MATEMATIK SEKOLAH KEBANGSAAN NENASI
KERTAS KERJA
PROGRAM BIJAK SIFIR

1.0 PENGENALAN

Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang


penting dalam kehidupan anak-anak hari ini. Maka, ia perlu diberi
penekanan yang serius oleh pihak sekolah. Kemahiran mengingati sifir
amat penting bagi setiap murid untuk menguasai mata pelajaran
Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian.
Program ini akan diadakan sepanjang tempoh empat bulan, di
mana murid-murid yang terlibat akan diberi satu kad Bijak Sifir yang
memerlukan mereka untuk mendapatkan tandatangan guru. Bagi
mendapatkan tandatangan tersebut, murid-murid perlu membaca sifir
tanpa melihat buku sifir di hadapan guru mereka. Sasaran sifir yang
ditetapkan ialah sifir 2, sifir 3, sifir 4, sifir 5, sifir 6 sifir 7, sifir 8, sifir 9, sifir
10, sifir 11 dan sifir 12. Ini bermakna, murid-murid perlu mendapatkan
sebanyak 36 tandatangan yang mana setiap sifir perlu dibaca sebanyak 3
kali di hadapan guru penyemak. Murid-murid yang berjaya mendapatkan
semua tandatangan dalam tempoh yang diberi akan diberi cenderamata.

2.0 MATLAMAT

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat belajar murid


khususnya dalam subjek Matematik dan meningkatkan kemahiran
mengingati sifir. Di samping itu, ia mampu meningkatkan minat dan
motivasi murid terhadap subjek Matematik.
3.0 OBJEKTIF

1. Menguasai kemahiran mengingati sifir.


2. Memberi kesedaran pentingnya penguasaan Matematik dalam
kehidupan.
3. Persediaan menghadapi ujian-ujian akademik.
4. Mendisiplinkan diri dengan sikap bertanggungjawab, berdedikasi dan
berbudi pekerti mulia.
5. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.

4.0 NAMA PROGRAM

PROGRAM BIJAK SIFIR

5.0 TEMA

“SIFIR, MEMPERKASA MATEMATIK”

6.0 ANJURAN

Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Nenasi

7.0 TARIKH

20 MEI 2019 – 31 OGOS 2019

8.0 TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Nenasi (SKN)


9.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6

10.0 AHLI JAWATANKUASA

PENAUNG : Pn. Ruslinah Binti Mohamed Kaseh


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Nenasi.

PENGERUSI : En. Yazid Bin Khiruddin


Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Nenasi.
PENYELARAS PROGRAM : Pn. Nurul Shahirah Binti Sharifuddin

SETIAUSAHA : Pn. Norzafirahanis Binti Ab. Manan

PENYEDIAAN BOOKLET : Pn. Norzafirahanis Binti Ab. Manan

Pn. Norhasina Binti Md Sulong

PAMPLET & DOKUMENTASI : En. Farizal Bin Zainal Abidin

CENDERAMATA : Pn. Norhasina Binti Md Sulong

LAPORAN : Pn. Nurul Shahirah Binti Sharifuddin


12.0 KOS PROGRAM

Bil Perkara Kos

1 Bunting Pelancaran RM 40.00

Tahun 3 : RM 5 x 10 orang = RM 50.00

Tahun 4 : RM 5 x 10 orang = RM 50.00


2 Hadiah
Tahun 5 : RM 5 x 10 orang = RM 50.00

Tahun 6 : RM 5 x 10 orang = RM 50.00

Jumlah RM 240.00

13.0 PENUTUP

Kami amat mengharapkan agar program ini dapat dilaksanakan seperti


yang dicita-citakan. Semoga Allah memberkati niat murni kami ini dan
seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakannya.

Disediakan oleh,

-----------------------------
(Nurul Shahirah Binti Sharifuddin)
Ketua Panitia Matematik
Sekolah Kebangsaan Nenasi
Diluluskan oleh,

-----------------------------
(Pn. Ruslinah Binti Mohamed Kaseh)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Nenasi

You might also like