You are on page 1of 6

KERTAS KERJA PROGRAM TEMU MURNI LINUS

BERSAMA-SAMA IBU BAPA/PENJAGA TAHUN 1,2&3 2017

PENGENALAN

Majlis ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa / penjaga
tentang program LINUS yang dilaksanakan di semua sekolah untuk murid tahun satu,
dua dan tiga. Semoga majlis ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu pihak
sekolah dan pihak ibu bapa/ penjaga. Bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana
maufakat.

LINUS & PEMULIHAN KHAS

Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana
Minister Key Performance Indicators ( MKPI ) KPM telah menyasarkan bahawa semua
murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga
tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2017. Justeru,setiap segala yang
diatur,disusun dan dijalankan adalah dengan satu hasrat iaitu kejayaan program LINUS.
Sehubungan dengan itu,bagi merealisasikan hasrat ini,satu bentuk perancangan yang
baik,tersusun,terarah,bermatlamat dan bermakna perlu direncanakan. Perancangan
Strategik LINUS merupakan satu usaha untuk menetapkan hala tuju perjalanan program
LINUS sekolah ini agar dapat menyumbang sesuatu kepada murid-murid tahap
satu.Perancangan stategik yang disusun ini akan menjadi pelan operasi bagi setiap
program yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa LINUS sekolah ini.

Program Pemulihan Khas ialah satu usaha untuk mengatasi masalah murid yang
menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas 3M
iaitu membaca, menulis dan mengira. Kelas Pemulihan Khas dikendalikan oleh guru-guru
pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini. Pada tahun 2010, Guru
Khas Pemulihan telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid Linus tegar yang
tidak melepasi Konstruk 1 & 2 selepas menduduki Saringan Linus. Untuk kohort 3 murid
tahun 1 2017 murid perlu menguasai semua konsrtuk 1- 12 untuk melayakkan mereka
belajar di arus perdana. Justeru itu, kerjasama daripada semua pihak iaitu murid itu
sendiri, guru-guru mata pelajaran, barisan pentadbiran sekolah dan ibu bapa serta
penjaga untuk memastikan semua murid menguasai semua kontruk dalam Literasi dan
Numerasi.

TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan sebagai makluman dan kelulusan pihak sekolah untuk
mengadakan majlis perjumpaan ibu bapa/penjaga LINUS dan Pemulihan Khas.

1
MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 sekolah
rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2017
kecuali murid berkeperluan khas.

OBJEKTIF PENDIDIKAN NKRA

Objektif Program Literasi

Pada akhir Program Literasi murid berupaya:

i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup


ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup

iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk
yang mudah

iv. dengan menggunakan kata hubung dan.

Objektif Program Numerasi:

Pada akhir Program Numerasi murid berupaya:

i. membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga angka 1000


ii. membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan
1000

iii. bermula daripada sebarang nombor

iv. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi

v. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang,


menyatakan

vi. waktu, ukuran dan sukatan.

SASARAN

Murid tahap 1 yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan


numerasi kecuali murid berkeperluan khas

2
OBJEKTIF PROGRAM IBU BAPA

1. Memberi pengenalan dan pemahaman mengenai program LINUS & Pemulihan


Khas .kepada ibu bapa dan penjaga agar dapat membimbing anak anak di
rumah
2. Mendapatkan sokongan ibu bapa dalam membantu pihak sekolah untuk
menghapuskan buta 3M tahap 1 pada 2015.

3. Memberi pendedahan kepada ibu bapa dan penjaga tentang Program LINUS dan
KSSR
4. Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa
5. Memaklumkan kepada ibu bapa tentang program-program yang disusun oleh
pihak sekolah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan
mengira.
6. Memastikan matlamat LINUS dan KSSR tercapai.

TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 11 Mac 2017


Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Permata dan Zon Senyap SK Seksyen 18

SENARAI PENCERAMAH

1. Encik Abdul Halim ( Guru Pendidikan Khas SK Setia Alam )


2. Norhayati binti Mat Zain ( JU Pemulihan Khas / Ahli Panel Numerasi )

TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
8.00 pagi Pendaftaran Ibu Bapa
8.30 pagi Ucapan pengerusi
8.35 pagi Bacaan Doa
8.40 pagi Ucapan YDP PIBG
8.50 pag Ucapan Tuan Guru Besar
9.00 pagi Taklimat mengenai LINUS & Pemulihan Khas ( ibu bapa )
Aktiviti Kem Linus di Zon Senyap ( murid-murid )
11.00 Ceramah Aura positif
pagi
1.00 tgh Bersurai

3
AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Puan Zuraidah binti Abd Aziz


(Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Puan Saniah binti Ismail
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Puan Asliza binti Awang Sulong
(Penolong Kanan Petang)
Naib Pengerusi 3 : Puan Norma binti Nik Ismail
(Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 4 : Puan Suria binti Mohamad
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras Program : Puan Zalena Mohd Noor
Penyelaras Pemulihan Khas : Puan Norhayati Binti Mat Zain
Penyelaras Linus : Cik Nor Amalina binti Abd Rahman
Penyelaras KSSR : Puan Nor Azlina Binti Musa
Setiausaha : Puan Norlini Binti Mat Ripin

ANGGARAN KEWANGAN

Bil Perkara Bil & Kos Jumlah (RM)


1 Jamuan 600 x RM 3.00 1800.00
2 Cenderamata penceramah RM 100 100.00
3 Fail dan bahan untuk ibu bapa 300 x RM 2.00 600.00
4 Banner RM 100 100.00
5 Lain-lain (kertas A4, fotostat dan alat 100.00
tulis)
JUMLAH 2700.00

SUMBER KEWANGAN

Sumbangan ibu bapa, Unit Bimbingan dan Kaunseling

PENUTUP

4
Adalah diharapkan agar program dapat dilaksanakan dengan jayanya untuk
membanteras buta 3M serta ke arah celik bacaan di sekolah, sekaligus menegaskan
usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi.
Komitmen semua pihak amat diharapkan untuk memastikan program ini berjaya selaras
dengan sasaran NKRA. Kerjasama semua pihak didahulukan dengan ribuan terima kasih.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

(NORLINI BT. MOHD RIPIN)

Guru Bimbingan dan Kaunseling

SK Seksyen 18, Shah Alam

AKTIVITI STESEN KEM LINUS

Bilangan murid : 100 - 110 orang

5
Bilangan murid dalam kumpulan : 10 @ 11 orang
Bilangan Stesen : 10
Stesen meliputi 3 bidang : BM/BI/MATE
STESEN 1 :
VOKAL DAN ABJAD Aktiviti di stesen berpandukan konstruk :
STESEN 2 , 3 & 4 :
Contoh Literasi Bm :
LITERASI BM
STESEN 5, 6 & 7 : Stesen 2 : Konstruk 2 Konstruk 5
LITERASI BI
Stesen 3 : Konstruk 6 - Konstruk 8
STESEN 8, 9 & 10 :
NUMERASI Stesen 4 : Konstruk 9 - Konstruk 12

AKTIVITI DICADANGKAN :

1. Latih tubi mengeja, menyebut dan membaca


2. Permainan bahasa ( Teka Silang Kata, Cantum Gambar, Cantum Suku Kata,
Domino)
3. Permainan Matematik
4. Kuiz Mudah
5. Latihan Bertulis

Setiap stesen akan diuruskan oleh guru-guru dalam mata pelajaran tersebut

Literasi BM Numerasi

Puan Noorhany Sani Nik Noor Hasmilah


Cik Noramalina Puan Zubaidah
Puan Norazlina Musa Puan Fadzlynda Hanani

Literasi BI Stesen 1

Puan Siti Iera Mazni Puan Fairuz Hanani


Cik Nora
Puan Syamzanida
*Setiap stesen akan dibantu oleh guru-guru yang akan disenaraikan kemudian.

You might also like