You are on page 1of 3

PERGERAKAN PUTERI ISLAM

KERTAS KONSEP

KUIZ ONLINE PERGERAKAN PUTERI ISLAM

TEMA : “PUTERI BESTARI ASPIRASI NEGARA”

PADA :
MEI-OGOS

TEMPAT :
MENERUSI PAUTAN GOOGLE MEET
KUIZ ONLINE PUTERI ISLAM

PENGENALAN

Kuiz Online Puteri Islam merupakan suatu aktiviti yang dirancang sebagai
kesinambungan daripada aktiviti mingguan ko kurikulum sekolah.Ia berperanan untuk
menguji tahap kemahiran ahli Puteri serta menilai tahap pencapaian ahli untuk
direkodkan dalam Ujian Tahap Puteri Bongsu nanti.

Adalah diharapkan apabila dijalankan kuiz sebegini,ahli-ahli Pergerakan Puteri


Islam Daerah Kuala Nerus khususnya akan lebih berminat untuk menyertai aktivitiatau
program ko kurikulum pada masa yang akan datang walaupun secara online.

OBJEKTIF

1. Memantapkan lagi pengetahuan murid-murid tentang ilmu-ilmu yang telah


dipelajari sepanjang tahun.
2. Memupuk semangat rajin berusaha dan mengamalkan semangat persaingan
yang sihat.
3. Melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berkebolehan dalam segala bidang
terutamanya kepimpinan dan pengurusan kumpulan serta celik IT.
4. Membentuk disiplin diri ke arah melahirkan insan berakhlak dan berwawasan.
5. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek,rohani,emosi dan sosial.

SASARAN

1. Ahli Puteri Islam

TARIKH

9-10 Julai 2021

TEMPAT

Menerusi pautan Google Meet

TENTATIF PROGRAM

BIL MASA PERKARA


(9/6/2021)
1. 9.00 pagi Link kuiz diberikan

2. 9.00 pagi Kuiz online bermula


(10/6/2021)
3. 11.00 malam Kuiz tamat.

KUIZ:

Soalan kuiz merangkumi 8 bidang kurikulum iaitu:


1.Pengenalan PPIM
2.Kerohanian
3.Kesihatan dan Pembangunan Diri
4.Keluarga dan Masyarakat
5.Kemahiran
6.Rekreasi dan aktiviti luar
7.Pertolongan cemas
8.Alam Sekitar

SYARAT PENYERTAAN :

1. Peserta mestilah ahli PPIM yang berdaftar dengan kebangsaan.


2. Bahan rujukan berdasarkan nota yang telah diberikan oleh guru pemimpin.
3. Masa yang diperuntukkan membolehkan semua ahli PPIM untuk menjawab
soalan.
4. Guru pemimpin tidak boleh membantu ahli Puteri untuk menjawab soalan kuiz.
5. Sijil penghargaan akan diberikan melalui emel masing-masing sekiranya
mendapat markah 60 ke atas.

PENUTUP

Diharap program ini dapat dijalankan dengan jayanya hasil kerjasama dan
komitmen semua pihak.Program sebegini mampu membentuk disiplin dan keyakinan diri
murid serta sentiasa bersemangat untuk belajar.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………. ……………………………

( ) (

Setiausaha Pengerusi
Pergerakan Puteri Islam Daerah Pergerakan Puteri Islam Daerah
Kuala Nerus,Terengganu Kuala Nerus,Terengganu

You might also like