You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH ARAB JAIM AL-AHMADI

PAYA RUMPUT JAYA


SUNGAI UDANG, MELAKA

KERTAS KERJA
SAMBUTAN BULAN PATRIOTISME
PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA
BULAN KEBANGSAAN KE 64

TARIKH :
1 OGOS – 16 SEPTEMBER 2021

TEMA : MALAYSIA PRIHATIN

ANJURAN :
BERSAMA BIDANG KEMANUSIAAN
(PANITIA SEJARAH, PANITIA GEOGRAFI, PANITIA SENI
VISUAL & PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN)

1
PENDAHULUAN

Bulan Kebangsaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting dalam
membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi muda yang bakal
menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai
kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar.

Hari Kemerdekaan Negara yang disambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya
yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati
oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Sambutannya perlu dibuat agar generasi muda
yang menjadi tonggak negara pada masa akan datang akan mengerti dan menghayati hari
kemerdekaan.

Berdasarkan kepada penyataan tersebut, maka usaha pihak sekolah menganjurkan program ini
amat tepat sebagai salah satu cara untuk menarik minat golongan murid ke arah mengenali dan
seterusnya menghayati nilai-nilai yang sepatutnya diamalkan oleh bangsa yang merdeka.
Program ini diyakini sekurang-kurangnya dapat memberikan pendedahan awal kepada murid
bagaimana cara yang betul menyambut dan menghayati Hari Kemerdekaan Negara kita tanpa
melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

MATLAMAT

Sambutan Bulan Kebangsaan yang diadakan setiap tahun di sekolah merupakan salah satu
daripada pengisian wajar bagi mengenang jasa dan menghargai Negara Malaysia. Di samping itu
juga, sambutan ini bermatlamat untuk :

 Mewujudkan sikap kerjasama & tolong menolong


 Menanam sikap tanggungjawab dan semangat cintakan Negara
 Menyemai perasaan hormat menghormati antara semua kaum di Malaysia
 Memberi kesedaran kepada murid betapa bertuahnya kita menjadi warganegara Malaysia
dan melahirkan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan warga SMA JAIM Al-
Ahmadi.

2
OBJEKTIF

1. Menerapkan nilai-nilai murni


2. Menanamkan sikap sayang dan cinta kepada sekolah & negara
3. Mengingati tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat keamanan yang
dikecapi selama ini.
4. Menghayati makna kemerdekaan yang sebenarnya.
5. Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta berfikiran kritis.
6. Mewujudkan komitmen dan daya saing yang tinggi antara murid.

TARIKH

1 Ogos 2021 hingga 16 September 2021

KUMPULAN SASARAN

Seluruh warga SMA JAIM Al-Ahmadi

PROGRAM / AKTIVITI

1. Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan (13 Ogos)


2. Kuiz Negaraku Malaysia– Panitia Sejarah
3. Selfie & Welfie Merdeka– Panitia Sejarah
4. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik (Individu/Kumpulan)– Panitia Sejarah
5. Kad Pop Up– Panitia Geografi
6. Model Petempatan Lestari - Panitia Geografi
7. Mencipta barangan kitar semula - Panitia Geografi
8. Pertandingan Doodle Merdeka (Terbuka) – Panitia Pend. Seni Visual
9. Busana Merdeka (Terbuka) - Panitia Pend. Seni Visual
10. Ruang Belajarku (Terbuka) - Panitia Pend. Seni Visual
11. Melukis Potret Tokoh Sukan Negara – Panitia Pend. Jasmani & Kesihatan
12. Poster Atlet Negara - Panitia Pend. Jasmani & Kesihatan
13. Mobile Legend Merdeka - Panitia Pend. Jasmani & Kesihatan
10. Majlis Penutup Bulan Kebangsaan (10 Sept)

JAWATANKUASA
Penasihat
Ustazah Norshimah binti Ramli (Pengetua)

Pengerusi
Ustaz Hj Mohd Rasidi Bin A. Rahman (PKP)

3
Timbalan Pengerusi
Cikgu Khalid B. Othman (PK Hem)
Cikgu Ahmad Kamal B. Nordin (PKKK)

Penyelaras
Cikgu Junaidah Bte Abu Samah (GKMP Kemanusiaan)

Majlis Perasmian dan Penutup


Cikgu Nor Harizah binti Hassan
Cikgu Ismafaizira binti Ismail

Setiausaha
Cikgu Siti Marzita Bt Ishak

Pamplet/Brosur
Cikgu Ismafaizira binti Ismail

Persiapan Tempat Dan Hiasan Bendera


Cikgu Aizat bin Abd Rahim

Hadiah
Cikgu Nor Azily bt Yacob

Dokumentasi & Laporan


Cikgu Azhar bin Yakop

Juruacara
Cikgu Aizat Bin Abd Rahim

Ajk Kerja Pertandingan

Kuiz Negaraku Malaysia– Panitia Sejarah


Selfie & Welfie Merdeka– Panitia Sejarah
Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik (Individu/Kumpulan)– Panitia Sejarah
Kad Pop Up– Panitia Geografi
Model Petempatan Lestari - Panitia Geografi
Mencipta barangan kitar semula - Panitia Geografi
Pertandingan Doodle Merdeka (Terbuka) – Panitia Pend. Seni Visual
Busana Merdeka (Terbuka) - Panitia Pend. Seni Visual
Ruang Belajarku (Terbuka) - Panitia Pend. Seni Visual
Melukis Potret Tokoh Sukan Negara – Panitia Pend. Jasmani & Kesihatan
Poster Atlet Negara - Panitia Pend. Jasmani & Kesihatan
Mobile Legend Merdeka - Panitia Pend. Jasmani & Kesihatan

4
PERINCIAN TUGAS
PENYELARAS
Memantau semua ahli jawatankuasa melakukan tugas
Memantau perjalanan program
Memastikan program yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya
Tertakluk kepada arahan daripada penasihat

SETIAUSAHA
Membuat laporan program bagi setiap aktiviti yang diadakan
Keputusan bagi pertandingan hendaklah dipegang oleh setiausaha
Mencatatkan semua perjalanan program
Menyediakan surat menyurat jika ada
Mencatat minit mesyuarat.

AJK MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUP


Membuat gimik perasmian
Menyediakan keperluan untuk majlis
Menyediakan hiasan yang bersesuaian dengan majlis
Memastikan majlis berjalan lancer
Membuat raptai

AJK PERTANDINGAN
Bertindak penuh terhadap pertandingan yang dijalankan dari segi perjalanan program
Memastikan perjalanan program selari dengan tentative program
Berhak menentukan pengerusi majlis dalam sesuatu pertandingan
Menyatakan barang-barang yang diperlukan
Menyerahkan nama pemenang kepada setiausaha
Menjadi pengadil dalam pertandingan
Bekerjasama dengan ajk yang lain

Menjaga keselamatan peserta sepanjang pertandingan

PERSIAPAN TEMPAT DAN HIASAN BENDERA


Memastikan tempat program yang bakal diadakan dalam keadaan yang sempurna
Bertindak untuk memilih tempat yang strategik untuk menggantung banner
Bekerjasama dengan ajk yang lain untuk persiapan tempat pertandingan
Persiapan tempat untuk majlis perasmian dan penutup.
Membuat hiasan dewan bersesuaian dengan majlis.
Menghiasi kawasan sekolah dengan bendera

HADIAH

5
Mengenalpasti jenis hadiah dan jumlah yang diperlukan
Berhubung dengan setiausaha untuk mengetahui nama pemenang
Menyediakan keperluan untuk majlis penyampaian hadiah
Membungkus dan melabel hadiah-hadiah

DOKUMENTASI & LAPORAN


Merakamkan gambar dan video dalam setiap program
Menyediakan laporan program keseluruhannya.

PAMPLET/BROSUR
Menyediakan pamphlet/brosur untuk majlis perasmian dan majlis penutup
Mengedarkan pamphlet kepada semua guru

ANGGARAN PERBELANJAAN
SUMBER KEWANGAN

1. PCG Mata pelajaran

2. Sumbangan PIBK

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH


PERBELANJAAN

1 Banting 4’ x 12’ RM 110 X 1 RM110.00

2 Bendera – 10 Bendera Malaysia (3x6’) RM6.9X10 RM69.00


- 10 Bendera Melaka RM6.9X10 RM69.00

3 PANITIA GEOGRAFI: Pertama : RM12X5 RM135.00


1. Kad Pop Up Struktur Bumi Kedua: RM10X5
(individu) Ketiga: RM5X5
Saguhati: Sijil Digital

2. Model Petempatan Lestari Pertama : RM20X3 RM135.00


(individu) Kedua: RM15X3
Ketiga: RM10X3

6
Saguhati: Sijil Digital

3. Mencipta barangan kitar semula Pertama : RM60.00 Rm120.00


(Individu) Kedua: RM40.00
Ketiga: RM20.00
Saguhati: Sijil Digital

4. PANITIA SEJARAH:
1. Kuiz Negaraku Malaysia Pertama: RM10X10
Kedua: RM5x10 RM180.00
Ketiga: RM3X10
Dan Sijil Penyertaan

2.Selfie & Welfie Merdeka Pertama: RM30X2 RM120.00


Kedua: RM20X2
Ketiga: RM10X2
Dan Sijil Penyertaan
3.Pertandingan Nyanyian Lagu Pertama: RM50.00X1 RM100.00
Patriotik (Individu/Kumpulan) Kedua: RM30.00X1
Ketiga: RM20.00X1
Dan Sijil Penyertaan
5 PENDIDIKAN JASMANI DAN Pertama: RM30X3 RM180.00
KESIHATAN: Kedua: RM20X3
1. Melukis Potret Tokoh Sukan Ketiga: RM10X3
(individu) Dan Sijil Digital
2. Negara Poster Atlet Negara
(individu)
3. Mobile Legend Merdeka
(individu)

6 PENDIDIKAN SENI VISUAL Pertama: RM30X3 RM180.00


1. Pertandingan Doodle Merdeka Kedua: RM20X3
(Individu terbuka) Ketiga: RM10X3
2. Busana Merdeka (Individu Dan Sijil Digital
terbuka)
3.Ruang Belajarku (Individu
terbuka)

JUMLAH PERBELANJAAN RM

7
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(JUNAIDAH ABU SAMAH) (USTAZAH NORSHIMAH BT RAMLI)


GKMP KEMANUSIAAN PENGETUA
Penyelaras Program Penasihat

You might also like