You are on page 1of 10

PROSIDING PERKEM VIII, JILID 2 (2013) 888 - 897

ISSN: 2231-962X
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)
Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju
Johor Bahru, 7 9 Jun 2013
Analisis Penentu Permintaan Buruh Firma di Malaysia
1


Rahmah Ismail
rahis@ukm.my

Zulkifly Osman
zosman@ukm.my

Ferayuliani Yuliyusman
ferafyy@gmail.com
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia


ABSTRAK

Malaysia telah melakukan banyak peralihan strategi dan dasar bagi meningkatkan pertumbuhan
ekonomi selari dengan misinya menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Ini termasuklah perubahan undang-undang seperti pelaksanaan upah minimum, memodenkan teknologi
keluaran dan meningkatkan keterbukaan ekonominya. Keadaan ini sudah tentu mempengaruhi
permintaan firma terhadap pelbagai kategori buruh. Kertas ini bertujuan menganalisis faktor penentu
permintaan buruh peringkat firma berdasarkan data 182 firma yang dikutip pada tahun 2012 di
Semenanjung Malaysia. Selain daripada faktor penentu asas pemintaan buruh, iaitu kadar upah dan
output, pelbagai ciri firma dimasukkan dalam model permintaan buruh. Dalam analisis ini, buruh
dibahagikan kepada lima kategori, iaitu pengurus, profesional, teknikal, perkeranian dan perkhidmatan.
Hasil kajian ini mendapati kadar upah dan output berhubung secara positif dan signifikan terhadap
permintaan buruh. Sementara firma dalam sektor pembuatan mampu menyerap tenaga buruh lebih
tinggi daripada sektor lain, namun, firma bersaiz kecil dan sederhana mempunyai kemampuan yang
lebih rendah dibandingkan dengan firma bersaiz besar. Nisbah modal-buruh dan peratus eksport pula
kurang mempengaruhi permintaan buruh.

Kata Kunci: permintaan buruh, kadar upah, output, nisbah modal-buruh, peratus eksport.


ABSTRACT

Malaysia has changed some of its strategy and policy to speed up the growth of the economy in tandem
with its mission to be a high income economy by year 2020. These include changes in the national laws
such as minimum wage, modernizing production technology and increase its level of economic
openness. These changes will subsequently affect the demand for various categories of labour. This
paper attempts to analyse determinants of firms labour demand based on 182 firms data collected in
2012 in Semenanjung Malaysia. Besides the basic determinants of labour demand like wages and
output, various firms characteristics are added into the labour demand models. In this analysis labour
is divided into five categories; managerial, professional, technical, clerical and service workers.
Results from the analysis demonstrate that wage rate and output are positive and statistically
significant in determining labour demand for various categories. Further, the results show that the
manufacturing firms are able to absorb more labour than the other sectors, whereas the small and
medium size firms have less capability in absorbing labour compared to the large size firms. The
capital-labour ratio and percentage of export are not the important determinants of labour demand.

Keywords: Labour demand, wage rate, output, capital-labour ratio, percentage of export.


PENGENALAN

Perdebatan hangat tentang teori, malah kajian empirik mengenai permintaan terhadap buruh telah lama
wujud sejak pertengahan tahun 1940an lagi. Perdebatan paling menarik ialah mengenai kesahihan

1
Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKIMVI)II,I 7-9 Jun 2013, Johor
Bahru, Johor.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 889


telahan Teori Keluaran Sut Buruh sebagai teori permintaan buruh. Dalam ujian empirik ke atas majikan
beberapa buah firma di Amerika Syarikat, selaku pendokong aliran pemikiran institusi, Lester (1946)
merumuskan bahawa kepentingan teori keluaran sut bagi menerangkan kesan upah ke atas permintaan
buruh adalah meragukan. Ini kerana permintaan buruh oleh firma tidak peka terhadap perubahan upah.
Bagi menegakkan Teori Keluaran Sut Buruh, bagaimanapun kajian ini telah dikritik semula oleh
Machlup (1946) selaku pendokong aliran neoklasik. Tumpuan kritikan antara lain diberikan terhadap
kelemahan data yang dikutip menyebabkan telahan teori gagal dikesan dalam realiti dan masalah
memberi implikasi terhadap hasil kajian yang diperoleh. Tegasnya mengikut Machlup, bentuk keluk
permintaan buruh masih negatif. Sorotan kajian mengenainya terdapat dalam Hamermesh (1976),
(1986) dan (1993). Paling menarik daripada kajian-kajian Hamermesh ini ialah permintaan buruh pada
peringkat firma adalah lebih sensitif berbanding dengan permintaannya pada peringkat agregat.
Sensitiviti ini juga berbeza mengikut tahap pekerjaan atau kemahiran pekerja. Keanjalan permintaan
buruh lebih tinggi didapati bagi pekerja kurang mahir berbanding dengan pekerja mahir (Hamermesh &
Grant 1979).
Walaupun, teori ini gagal ditolak dan sehingga kini tidak terdapat teori yang dapat
menggantikan Teori Keluaran Sut Buruh sebagai teori permintaan buruh, namun kajian empirik
terhadapnya tidak banyak dilakukan berbanding dengan kajian terhadap penawaran buruh.
Kemungkinan kerana implikasi dasar yang lebih luas seperti kesan cukai dan kesan bantuan kewangan,
menyebabkan kajian empirik terhadap penawaran buruh agak popular. Selain itu, kekurangan kajian
terhadap permintaan berlaku kerana masalah mendapatkan data pada peringkat mikro, iaitu peringkat
firma (Hamermesh 1993). Oleh itu, adalah menjadi tujuan utama penulisan ini bagi menampung
kekurangan berkenaan dengan mengambil kes firma di Malaysia. Isu yang menjadi tertumpu adalah
persoalan bagaimanakah majikan bertindak balas atau membuat pelarasan terhadap permintaan buruh
apabila berlaku perubahan upah? Persoalan lain yang berkaitan ialah adakah pelarasan tadi akan
berbeza mengikut tingkat pekerjaan atau kemahiran pekerja. Fenomena ini amat penting sekarang
memandangkan kepada perkembangan terbaru dalam ekonomi Malaysia yang melibatkan perubahan
undang-undang seperti pelaksanaan upah minimum, perubahan teknologi keluaran dan saingan dalam
pasaran luar yang semakin sengit serta ketaktentuan ekonomi dunia. Kesemua ini dijangka akan
memberi kesan terhadap permintaan buruh.
Dalam suasana Malaysia menghadapi pelbagai isu pasaran buruh terutamanya dari segi
pengangguran dan ketaksepadanan buruh, maka penentu permintaan buruh amat penting diketahui. Ini
kerana apabila faktor penentu dapat dikenalpasti, maka perubahan dasar mudah dilakukan. Walaupun
kadar pengangguran dikatakan masih terkawal dan pasaran buruh Malaysia masih berada dalam guna
tenaga penuh, namun pengangguran siswazah amat membimbangkan yang mencecah 45,000 pada
tahun 2010 (EPU 2010). Isu ketaksepadanan pula boleh mencetuskan fenomena kekosongan pekerjaan
yang tidak terisi, bekerja secara tidak optimum dan pembaziran sumber kewangan negara yang
dilakukan terhadap pelaburan modal manusia. Kajian lepas kebanyakannya menggunakan data makro
dalam melihat isu berkaitan permintaan buruh. Namun kajian ini menggunakan data firma dan ia
adalah lebih baik dibandingkan dengan data makro kerana setiap firma mempunyai tingkat teknologi
dan ciri-ciri yang berbeza. Oleh itu, penganggaran menggunakan data firma adalah lebih tepat dan
efisien.
Penulisan kertas ini dibahagikaan kepada lima bahagian. Bahagian kedua membincangkan
kajian lepas disusuli dengan metodologi dan spesifikasi model pada bahagian ketiga. Bahagian
keempat pula menghuraikan hasil penganggran model permintaan buruh dan bahagian akhir merupakan
kesimpulan.


KAJIAN LEPAS

Banyak kajian melihat peranan keterbukaan ekonomi, pelaburan langsung asing dan teknologi terhadap
permintaan buruh. Pengkaji lepas yang melihat impak daripada keterbukan ekonomi termasuklah
Fedderke et al. (1999), Alleyne dan Subramanian (2001) serta Devadason dan Wai Meng (2007).
Penemuan empirik impak FDI terhadap permintaan buruh boleh di dapati daripada kajian Devadason
dan Chan (2007, Marin Dinga dan Daniel Mnich (2007), Pompei (2008), Elia et al. (2008), manakala
impak teknologi diperolehi daripada kajian Berman et al. (1994), Learner (1994), Lewis dan Ong
(2001), Pappas (1998) dan Chun (2003).
Fedderke et al. (1999) menggunakan penganggaran data panel dinamik Afrika Selatan pada
tahun 1970-1997 untuk mengkaji pengaruh liberalisasi perdagangan dalam pasaran tenaga kerja.
Mereka menyimpulkan bahawa liberalisasi meningkatkan permintaan tenaga kerja di Afrika Selatan.
Perdagangan juga mengakibatkan pertumbuhan yang positif dalam perolehan buruh. Namun dari sudut
890 Rahmah Ismail, Zulkifly Osman, Ferayuliani Yuliyusman


lain, kemajuan teknologi menyebabkan pertumbuhan negatif dalam perolehan buruh. Kajian yang lebih
terkini oleh Alleyne dan Subramanian (2001) telah meneliti hubungan antara perdagangan di Afrika
Selatan dan pasaran tenaga kerja antara tahun 1989-1997. Mereka menyimpulkan bahawa perdagangan
di Afrika Selatan mempunyai limpahan modal dan negara menjadi pengeksport bersih barangan
intensif modal. Semakin tinggi nisbah modal-tenaga kerja dalam pengeluaran komoditi, semakin besar
kemungkinan negara akan menjadi pengeksport bersih. Hasil kajian mereka juga menunjukkan bahawa
semakin tinggi nisbah tenaga kerja mahir diperlukan apabila modal meningkat.
Kajian lain tentang kesan keterbukaan ekonomi terhadap permintaan buruh termasuklah Bruna
et.al, (2011) di Brazil, Bottini dan Gasiorek (2007) di Morocco dan Aryeetey (2006) di Ghana. Mereka
mendapati berlaku hubungan signifikan antara keterbukaan ekonomi dengan permintaan buruh. Di
samping, Arbache (2001), liberalisasi perdagangan berorentasikan eksport akan mengurangkan jurang
pendapatan dan seterusnya meningkatkan guna tenaga. Namun Lee dan Schluter (1999) dan Devadason
dan Chan (2007) menyimpulkan bahawa eksport mahupun import bukanlah merupakan faktor yang
mempengaruhi perubahan dalam permintaan buruh masing-masing di Amerika Syarikat dan di
Malaysia). Dengan menggunakan data industri mengikut negeri terpilih, Ramaswamy (2003)
mendapati kesan dari liberalisasi perdagangan akan meningkatkan keanjalan permintaan tenaga kerja
dalam sektor perkilangan di India. Selain itu, ia mendapati bahawa keanjalan tenga kerja lebih tinggi
untuk negeri di India kerana peraturan tenaga kerja yang longgar dan kesan reformasi perdagangan.
Akhirnya, pengkaji ini mendapati selepas reformasi, ketidakstabilan produktiviti dan output membawa
kepada upah yang lebih tinggi, akibat daripada keanjalan permintaan tenaga kerja yang lebih tinggi
Penentu permintaan buruh mungkin berbeza mangikut kategori. Kajian John et.al. (2005) di
Jerman, membezakan buruh kepada mahir dan tidak mahir dalam melihat bagi sektor perkilangan dan
perkhidmatan bagi melihat kesan teknologi dan perdagangan (keterbukaan) terhadap permintaan buruh.
Kajian mereka mendapati teknologi maklumat (IT) dan teknologi meningkatkan permintaan buruh.
Manakala Morrison dan Siegel (2000), menggunakan anggaran fungsi kos dinamik dengan pendekatan
Genaralized Method of Moment (GMM) bagi melihat hubungan antara perdagangan, teknologi dan
sumber luar (FDI) dengan perubahan dalam permintaan buruh. Penemuan mereka menunjukkan
bahawa perubahan teknologi mempunyai kesan besar ke atas perubahan dalam komposisi buruh. Selain
itu, kajian mereka mendapati teknologi mempunyai impak yang kuat pada perubahan komposisi buruh
yang memihak kepada pekerja berpendidikan iaitu dengan adanya perdagangan dan sumber daripada
luar (pelaburan langsung asing). Di mana, keputusan yang didapati adalah konsisten dengan beberapa
kajian lain yang menyifatkan peranan besar kepada teknologi daripada perdagangan dalam perubahan
struktur gaji dan pekerjaan. Namun, perdagangan memberi kesan negatif ke atas permintaan buruh
kurang berpendidikan.
Yasmin dan Khan (2005) mengkajii liberalisasi perdagangan dan keanjalan permintaan buruh
di Pakistan dengan menggunakan analisis panel data sektor pembuatan pada peringkat tiga digit dalam
tempoh sebelum liberalisasi perdagangan (sebelum 1989-1990) dan selepas liberalisasi perdagangan
(selepas 1989-1990). Hasil kajian ini menunjukkan bahawa liberalisasi perdagangan meningkatkan
keanjalan permintaan buruh secara signifikan. Hasil kajian yang dilakukan oleh Devadason dan Wai
Meng (2007) dalam sektor pembuatan di Malaysia dengan menggunakan data siri masa dari tahun 1983
hingga 2000 mendapati bahawa eksport mempunyai kesan negatif terhadap permintaan buruh mahir
kerana peningkatan eksport mempunyai kesan kepada peningkatan buruh tidak mahir. Namun import
memberi kesan kepada peningkatan permintaan kedua-dua buruh tidak mahir dan buruh mahir. FDI
pula tidak mempengaruhi permintaan buruh mahir. Hasil kajian yang berbeza ditunjukkan oleh Dinga
dan Mnich (2007). Mereka mengkaji impak FDI dalam projek Toyota-Peugeot Citroen Automobile
(TPCA) terhadap pasaran tenaga kerja di daerah Kolin, Republik Czech antara tahun 1993-2006.
Mereka mendapati bahawa kemasukan FDI di daerah Kolin mengurangkan jumlah pengangguran
sebanyak 1.7 peratus dan meningkatkan guna tenaga sebesar 3.7 peratus. Perugini dan Pompei (2008)
menggunakan panel data 14 negara Eropah, 8 sektor industri dan 7 tahun siri masa dari tahun 1995-
2001 pula mendapati bahawa FDI signifikan dan negatif dalam mempengaruhi permintaan buruh yang
berkemahiran.
Elia et al. (2008) membuat kajian tentang impak FDI terhadap permintaan buruh dan
komposisi kemahiran. Kajian ini menggunakan data dari tahun 1996-2002 yang bersumber dari
National Institue for Social Security (INPS), dengan mengambil sampel daripada regional industri di
20 wilayah pentadbiran Italia. Hasil penganggaran menunjukkan bahawa permintaan buruh tempatan
yang berkemahiran rendah menurun, manakala FDI yang dilakukan oleh MNC Italia mempunyai
impak yang negatif terhadap permintaan buruh yang berkemahiran rendah di negara tuan rumah.
Berman et al. (1994) telah menjalankan satu kajian ke atas struktur pasaran buruh di United States bagi
jangkamasa 1960an hingga 1980an. Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa perubahan teknologi
yang berbiaskan kemahiran telah menyebabkan berlakunya peralihan permintaan buruh daripada
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 891


kategori tidak mahir kepada kategori mahir. Berman et al. (1994), Lewis dan Ong (2001) pula mengkaji
sama ada perubahan struktur pasaran buruh di Australia dalam jangka masa 1976-1996, berpunca
daripada perubahan teknologi atau globalisasi. Didapati bahawa, secara keseluruhannya perubahan
teknologi merupakan punca utama berlaku peningkatan dalam permintaan buruh mahir dan kejatuhan
dalam permintaan buruh tidak mahir.
Kebanyakan kajian di Malaysia dilakukan di peringkat makro dengan menggunakan data
agregat. Misalnya, Siti Hajar et al. (2011) mengkaji permintaan buruh dalam subsektor perkhidmatan
terpilih mendapati FDI, jumlah perjanjian teknologi dan keterbukaan ekonomi berhubungan secara
positif dengan permintaan buruh, manakala kadar upah adalah negatif seperti yang dijangkakan teori.
Kajian ini mendapati buruh pengurusan dan profesional adalah penggenap kepada buruh teknikal dan
penyeliaan. Nessie et al. (2012) mengkaji permintaan buruh di peringkat makro bagi sektor pembinaan
terpilih mendapati FDI, darjah keterbukaan ekonomi dan buruh asing memberi kesan yang signifikan
kepada permintaan buruh sektor pembinaan terpilih. Buruh asing profesional, buruh teknikal dan
penyeliaan adalah penggenap kepada buruh profesional dan pengurusan dalam tempoh jangka masa
panjang. Namun kadar upah buruh teknikal mempunyai hubungan yang positif dengan permintaan
buruh kategori ini. Pemboleh ubah output pula meningkatkan permintaan buruh dalam sektor
pembinaan terpilih dalam jangka panjang. Rahmah et al. (2011) pula mengkaji penentu permintaan
buruh sektor pembuatan di Malaysia dan mendapati pekerja profesional dan pengurusan adalah
pengganti kepada pekerja teknikal dan penyeliaan. Hubungan upah dengan permintaan buruh bagi
kategori yang sama adalah selari dengan telahan teori, iaitu negatif. Ini dibuktikan oleh kedua-dua
kategori buruh profesional dan pengurusan serta teknikal dan penyeliaan. Bagitu juga kajian ini
mendapati output mempunyai hubungan yang positif dengan permintaan buruh. Ketiga-tiga kajian ini
menggunakan data panel dengan menggunakan anlisis panel statik dan panel dinamik.

Metodologi dan Spesifikasi Model

Fungsi permintaan buruh dapat diterbitkan dengan meminimumkan kos tertakluk kepada fungsi
pengeluaran ataupun tingkat output yang diberi (Nicholson dan Snyder 2008), seperti berikut:
(1)

Tertakluk kepada;
(2)

Dengan menggunakan funsi Langragian maka;
(3)

dengan C adalah kos, Q adalah tingkat output, L adalah kuantiti buruh, K adalah nilai modal, w adalah
kadar upah dan r adalah harga modal. Fungsi permintaan input diperolehi dengan mengkebedakan
persamaan (3) di atas pada peringkat pertama terhadap K, L dan Q. Umumnya fungsi permintaan buruh
boleh ditulis sebagai:

L = f (w, r, Q) (4)

Berdasarkan kepada fungsi (4) di atas, beberapa pemboleh ubah lain ditambah bagi memasuki
ciri-ciri firma. Sementara pemboleh ubah harga modal digugurkan kerana analisis akan menggunakan
data keratan rentas yang tidak mempunyai dimensi masa, maka harga modal diandaikan tetap. Secara
umumnya fungsi penentu permintaan buruh dalam kajian ini adalah seperti berikut;

) (5)

Dalam kajian ini, permintaan buruh dibahagikan mengikut kategori pekerjaan iaitu
pengurusan, professional, teknikal, perkeranian dan perkhidmatan. Oleh itu, terdapat enam persamaan
permintaan buruh untuk dianggarkan. Pemboleh ubah bersandar termasuklah upah, tahun penubuhan
firma, dami sektor, nisbah modal-buruh, dami multinasional, peratus eksport dan juga dami saiz
syarikat, manakala guna tenaga mengikut kategori pekerjaan sebagai pemboleh ubah bersandar. Model
persamaan permintaan buruh dapat ditunjukkan dalam persamaan berikut:

892 Rahmah Ismail, Zulkifly Osman, Ferayuliani Yuliyusman


+ (6)

+ (7)

+ (8)

+ (9)

+ (10)

+ (11)

Dengan, LD adalah bilangan buruh firma, LP adalah bilangan buruh kategori pengurus, LPF
adalah bilangan buruh kategori profesional, LPT adalah bilangan buruh kategori teknikal, LK adalah
bilangan buruh kategori perkeranian dan LS adalah bilangan buruh dan YEO adalah tahun penubuhan
syarikat, DM adalah dami sektor, iaitu 1=sektor pembuatan dan 0= lain-lain sektor. K/L adalah nisbah
modal-buruh mengikut kategori pekerjaan. Intensiti modal iaitu nilai aset yang dimiliki oleh firma
dibahagikan kepada jumlah buruh dalam firma tersebut, DM adalah dami firma multinasional iaitu 1=
firma multinasional dan 0= firma tempatan, PEX adalah peratus eksport firma, EKS adalah dami saiz
firma iaitu, 1= firma kecil dan sederhana (EKS), 0= lain-lain dan i adalah firma ke i. Manakala, ln
adalah logaritma asli dan

adalah ralat, dan adalah parameter yang dianggarkan. Kadar upah
bulanan bagi kategori pekerjaan pengurus, profesional dan teknikal dpercayai saling mempengaruhi
permintaan buruh ketiga-tiga kategori ini, maka kadar upah ini damasukkan ke dalam ketiga-tiga
persamaan (7), (8) dan (9). Sementara kadar upah dan permintaan buruh kategori perkeranian dan
perkhidmatan dianggap saling mempengaruhi, maka kedua-dua kadar upah dimasukkan dalam
persamaan (10) dan (11).

Sumber Data

Kajian ini menggunakan data soal selidik di mana yang telah diedarkan di beberapa negeri terpilih di
Malaysia. Kaedah persampelan rawak berstrata untuk memilih firma bagi sampel firma. Responden
melibatkan majikan dari Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Terengganu, dan Johor. Borang soal selidik
telah diedarkan melalui pos dan e-mel kepada majikan. Soal selidik ini perlu diisi oleh eksekutif atasan
(iaitu Pengerusi, Pengurus Besar, Sumber Manusia, Akauntan, Setiausaha). Sebanyak 527 soal selidik
telah berjaya dikutip, namun hanya 182 soalselidik mempunyai maklumat lengkap seperti yang
diperlukan dalam mencapai objektif kertas ini. Data primer ini dianalisis menggunakan perisian
SPSS20 dan dianggarkan dengan menggunakan kaedah Ordinary Least Square (OLS).




Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 893


DAPATAN KAJIAN

Jadual 1 menunjukkan statistik deskriptif pemboleh ubah kajian yang digunapakai. Secara puratanya
firma telah ditubuhakan semenjak 13 tahun yang lalu Bilangan buruh bagi setiap firma secara
puratanya adalah 101 orang. Sementara kadar upah bulanan bagi keseluruhan pekerja mempunyai nilai
purata RM 10775.14, bagi pengurus RM4,863.97, profesional RM2,215.60, teknikal RM1,641.58,
perkeranian RM1,202.12 dan pekerja perkhidmatan RM873.09. Nilai purata output adalah sebanyak
RM 18,893,905.11 dan nisbah modal-buruh berniali RM42,273.42. Sebanyak 33 peratus berada dalam
sektor pembuatan, 10 peratus syarikat multinasional dan 81 peratus adalah EKS. Peratus eksport firma
secara puratanya adalah 16.7 peratus.
Setiap persamaan permintaan buruh secara agregat iaitu persamaan (6) dan permintaan buruh
mengikut kategori pekerjaan iaitu persamaan (7) hingga (11) dianggarkan dan keputusan anggaran
adalah seperti dalam Jadual 2. Nilai R
2
adalah 0.782 ini menunjukkan bahawa pemboleh ubah yang
digunakan dapat menerangkan 78.2 peratus perubahan dalam permintaan buruh firma di Malaysia.
Hasil kajian mendapati, bagi permintaan buruh agregat (LD) pemboleh ubah upah (W) dan output (Q)
menunjukkan hubungan yang signifikan dan positif terhadap permintaan buruh di Malaysia. Manakala
pemboleh ubah nisbah modal-buruh (K/L) dan peratus eksport (PEX) berhubungan secara negatif dan
signifikan dengan permintaan buruh. Dapatan ini menunjukkan semakin berintensif modal sesebuah
firma itu, maka penggunaan buruh secara keseluruhannya menurun. Begitu juga peningkatan dalam
peratus eksport menurunkan permintaan buruh yang mungkin disebabkan firma pengeksport adalah
lebih berintensifkan modal. Sektor pembuatan didapati meminta lebih ramai buruh dibandingkan
dengan lain. Firma bersaiz kecil dan sederhana (EKS) meminta buruh pada bilangan yang lebih rendah
berbanding syarikat bersaiz besar, namun firma mulltinasional (DM) meminta buruh yang lebih ramai
dibandingkan dengan firma milik tempatan. Pemboleh ubah tahun penubuhan syarikat (YOE) pula
memberikan hubungan yang tidak signifikan terhadap permintaan buruh di Malaysia.
Keputusan anggaran model permintaan buruh mengikut kategori pekerjaan pengurus (LM
mempunyai pekali penentu (R
2
) bernilai 0.726 yang menunjukkan 77.70 peratus menjelaskan peratus
variasi dalam permintaan buruh pengurusan dapat dijelaskan oleh model tesebut. Terdapat hubungan
yang signifikan dan positif bagi pemboleh ubah Q, DS, upah pengurus (WM) dan upah professional
(WPF). Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perkaitan kadar upah bagi kategori pekerjaan
pengurus dengan kategori pekerjaan profesional. Apabila upah profesional meningkat, sebanyak satu
peratus permintaan buruh bagi kategori pengurus turut meningkat sebanyak 0.054 peratus. Ini
menunjukkan berlaku penggantian antara kedua-dua kategori buruh ini. Manakala K/L menunjukkan
hubungan yang negatif dan signifikan terhadap permintaan buruh bagi kategori pekerjaan pengurus.
Keputusan ini sekali lagi menggambarkan intensiti modal mengurangkan permintaan buruh peringkat
pengurus. Peratus eksport dan EKS pula berhubungan secara negatif yang menunjukkan peningkatan
eksport dan pengeilan saiz firma menyebabkan kejatuhan dalam permintaan buruh kategori pengurus.
Pemboleh ubah YOE dan juga DM menunjukkan hubungan yang tidak signifikan ataupun
menggambarkan pemboleh ubah tersebut tidak mempengaruhi permintaan buruh LM.
Seterusnya bagi permintaan buruh kategori pekerjaan profesional (LPF) pula memberikan
hasil keputusan yang lebih kurang sama dengan LM. Di mana hasil menunjukkan bahawa pemboleh
ubah Q, DS, Wm, WPf dan WT memberikan hubungan yang signifikan dan positif terhadap
permintaan buruh LPF. Ini menunjukkan apabila upah pengurus meningkat sebnayak satu peratus,
maka permintaan buruh profesional meningkat sebanyak 0.070 peratus, manakala satu peratus
peningkatan upah teknikal, permintaan buruh profesional turut meningkat sebanyak 0.064 peratus.
Keadaan ini sekali lagi memberi gambaran bahawa buruh pengurus dan teknikal adalah pengganti
kepada buruh pengurus. Manakala bagi pemboleh ubah YOE, DM dna PEX menunjukkan hubungan
yang tidak signifikan terhadap permintaan buruh profesional. Dapatan kajian ini adalah selaras dengan
dapatan kajian sebelum ini di mana Lee dan Schulter (1999) dan Devadason dan Chan (2009)
menyatakan bahawa tiada hubungan signifikan antara eksport dan permintaan buruh dalam sektor
pembuatan di Malaysia.
Penganggaran model permintaan buruh teknikal menunjukan 78.3 peratus variasi dalam
permintaan buruh teknikal dapat dijelaskan oleh model tesebut. Permintaan buruh kategori pekerjaan
teknikal (LT) menunjukkan pemboleh ubah yang memberi hubungan positif dan signifikan ialah Q,
YOE, DS dan WT. Pemboleh ubah ini dilihat dapat memberi kesan langsung kepada permintaan buruh
bagi kategori pekerjaan teknikal di Malaysia. Walau bagaimanapun, pemboleh ubah PEX, YOE dan
WM tidak memberikan kesan yang signifikan terhadap permintaan buruh bagi kategori pekerja
peringkat teknikal. Manakala pemboleh ubah K/L memberi kesan yang signifikan tetapi berhubungan
negatif terhadap permintaan buruh teknikal. Ini bererti semakin berintensif modal sesebuah firma itu
894 Rahmah Ismail, Zulkifly Osman, Ferayuliani Yuliyusman


maka permintaan kepada buruh teknikal menurun. Ini ada kaitannya dengan penggunaan teknologi
yang lebih moden.
Analisis yang seterusnya adalah melihat permintaan buruh kategori pekerjaan perkeranian dan
juga kategori perkhidmatan dan jualan. Hasil anggaran menunjukkan dapatan yang hampir sama.
Pemboleh ubah Q, DS, dan WK memberi hubungan yang signifikan dan positif terhadap kedua-dua
permintaan buruh sama ada bagi kategori perkeranian dan juga perkhidmatan dan jualan. Hubungan
yang positif WK dengan permintaan buruh perkhidmatan menunjukkan sifat pengganti antara kedua-
dua kategori buruh ini. Pemboleh ubah bagi kedua-dua kategori buruh ini, permintaan EKS adalah
lebih rendah daripada firma besar, manakala firma multinasional meminta buruh teknikal yang lebih
tinggi dibandingkan dengan firma tempatan. Pemboleh ubah lain seperti YOE, K/L, PEX dan WS tidak
mempengaruhi permintaan buruh LK dan LS secara signifikan.


KESIMPULAN

Dapatan kajian ini menunjukkan penentu utama permintaan buruh di pelbagai kategori adalah kadar
upah dan output. Kedua-dua pemboleh ubah ini berhubung secara positif dengan permintaan buruh.
bagi kesemua kategori buruh. Hubungan positif antara kadar upah dengan permintaan buruh adalah
bertentangan dengan teori permintaan buruh. Namun, keadaan ini menggambarkan kadar upah yang
masih rendah di Malaysia. Oleh itu peningkatan upah akan mendorong kepada peningkatan permintaan
buruh bagi mengambil peluang peningkatan produktiviti buruh. Ciri ini adalah bertepatan dengan
sebuah negara sedang membangun. Ini juga dibuktikan oleh peningkatan produktiviti yang lebih pantas
daripada peningkatan kadar upah Di Malaysia dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu (World Bank
2012).
Faktor lain yang penting dalam menganjak keluk permintaan buruh adalah firma multinasional
dan saiz firma. Kemampuan firma multinasional dalam menyerap tenaga buruh ditunjukkan oleh
hubungannya yang positif dan signifikan terutamanya dalam kes permintaan buruh profesional.
Dapatan ini selari dengan hubungan negatif EKS dengan permintaan buruh yang berlaku pada kesemua
kategori buruh. Kemampuan firma EKS dalam menyerap tenaga buruh didapati lebih rendah
dibandingkan dengan firma bersaiz besar. Kajian ini juga mendapati kemampuan firma sektor
pembuatan dalam menyerap buruh adalah lebih tinggi dibandingkan dengan sektor lain. Namun peratus
eksport dan nisbah modal-buruh kurang memainkan peranan dalam menentukan bilangan buruh yang
diminta.
Penemuan kajian ini memberi beberapa implikasi penting. Pertamanya, kadar upah masih
boleh ditingkatkan kerana ia mampu meningkatkan permintaan buruh dan sekaligus mengurangkan
kadar pengangguran. Ini memberi petunjuk bahawa dasar upah minimum adalah wajar dijalankan di
Malaysia. Kemasukan syarikat multinasional melalui pelaburan langsung asing juga perlu digalakkan
dan firma di Malaysia perlu berkembang ke arah bersaiz besar bagi menyerap lebih ramai buruh dan
dalam masa yang sama mengurangkan masalah pengangguran..


RUJUKAN

Addison, J. T. Bellman, L. & Schank.T. (2005). The Demand for Labor: An Analysis Using Matched
Employer-Employee Data from the German LIAB. Will the High Unskilled Worker Own-
Wage Elasticity Please Stand Up?
Arbache, Jorge Saba, Dany Dickerson, & Francis Green. (2004). Trade Liberalization dan Wages in
Developing Countries, The Economic Journal, 114, 73-96.
Alleyne, T. & Subramanian, A. (2001). What does South Africas Pattern of Trade Say About Its
Labour Market? IMF Working Paper, WP/01/148, October.
Aryeetey, E. (2006). Globalization, Employment and Poverty in Ghana. Economic Development and
Northern Ghana, Bolgatanga and Tamale, 11-14 September.
Berman, E., Bound, J. & Griliches, Z. (1994). Changes in the demand of skilled labour within US
manufacturing: Evidence from the Annual survey of manufacturers. Quarterly Journal of
Economics.367-397.
Bruna, Bruno, Fiorillo & Damiano. (2012). "Why without pay? Intrinsic motivation in the unpaid
labour supply," The Journal of Socio-Economics, Elsevier, vol. 41(5), pages 659-669.
Chun, H. (2003). Information technology and demand for educated workers: disentangling the impacts
of adoption versus use. Review of Economic and Statistics. 85:1, 1-8.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 895


Devadason, E. S. & Chan Wai Meng. (2007). Globalization of the Malaysian manufacturing sector: an
agenda for social protection enhancement. International Journal of Economics and Finance,
February, Vol 1, No.1, 86-97.
Dinga, M. & Mnich, D.. (2007). The impact of territorially concentrated FDI on local labor markets:
Evidence from the Czech Republic. Labour Economics 17 (2010). 354-367.
Elisa.,A. Hafez B. & Patrick, J. (2003). Technical change and the demand for labour in Canadian
manufacturing: Evidence from the annual survey of manufacturers. Industry Analysis Centre.
Elia, S., Mariotti, I. & Lucia Piscitello, L. (2009). The impact of outward FDI on the home countrys
labor demand and skill composition. International Business Review, 357-372.
Fedderke, J. Shin, Y. & Vaze P. (1999). Trade and labor usage: an examination of the South African
manufacturing industry, ERSA Working paper no.15, University of the Witwatersrand.
Hammermesh, D. S. (1976). Econometric Studies of Labor Demand and Their Application to Policy
Analysis, Journal of Human Resources, 11, no. 4: 507-525.
Hamermesh, D. S & J. Grant. (1979). Econometric Studies of Labor-labor Substitution and Their
Implications for Policy, Journal of Human Resources, 14, no. 4: 518-542.
Hamermesh, D. S (1986). The Demand for Labor in the Long Run, in Ashenfelter, O. & D. Card.
1986. Handbook of Labor Economics, Vol(1): 429-471. Amsterdam: Elesvier North-Holland.
Hamermesh, D. S. (1993). Labor Demand. Princeton: Princeton University Press.
Lee. C dan Schluter. G. (1999). Effect of trade on the demdan for skilled dan unskilled
workers.Economic Systems Research, 11: 49-65.Vienna, Austria: Penerbit International Input-
Output Association.
Lester, R. (1946). Shortcomings of Marginal Analysis for Wage-Employment Problems. American
Economic Review, 36 (March): 63-82.
Leamer, Edward. (1994). Trade, wages and revolving door ideas. National Bureau of Economic
Research Working Paper. 4761.
Lewis, P. E.T & Ong, Rachel. (2001). Globalization, technical change and employment. CLMR
Discussion Paper Series. ISSN 1329-2676.
Machlup, F. (1946). Marginal Analysis and Empirical Research. American Economic Review, 36
(March): 547-554
Morrison, C. & Siegel.D. (2000). The Impacts of Technology, Trade and Outsourcing on Employment
and Labour Composition.
Nicholson, W. & Snyder, C. (2008). Microeconomic Theory: Basic Principles and Extensions. 10
th
ed.
Australia: South-Western Publishing.
Pappas, N. (1998). Change in the demand for skilled labor in Australia, in working for the future:
Technology and employment in the global knowledge economy. Melbourne: Victoria
University Press.
Perugini, Cristiano & Pompei, Fabrizio. (2008). Technological Change, Labour Demand and Income
Distribution in European Union Countries. International Labour Review. Vol. 148, No. 1/2
Ramaswamy, K.V. (2003). Globalization and industrial labor market in South Asia: some aspects of
adjustment in less integrated region. Indian Journal of Labor economics, 46(2), pp 253-274.
Rahmah Ismail, Rianti Fadhilah & Zulkifly Osman. (2011). Globalization and Labor Demand in the
Malaysian Manufacturing Sector. International Journal of Economic Behavior. 1:37-51.
Nessie Anja, Rahmah Ismail & Zulkifli Karim. (2012). Impak Globalisasi Terhadap Permintaan Buruh
Dalam Sektor Pembinaan Terpilih Di Malaysia. Kertas Ilmiah. Fakulti Ekonomi Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Novella Bottini & Michael Gasiorek. (2009). "Trade And Job Reallocation: Evidence For Morocco,"
Working Papers 492, Economic Research Forum, revised Jun 2009.
Siti Hajar Ton Zainal Abidin, Rahmah Ismail & Noorasiah Sulaiman. (2011). Impak Globalisasi
Terhadap Permintaan Buruh dalam Subsektor Perkhidmatan Terpilih di Malaysia. Prosiding
Perkem Vi, Jilid 2 (2011) 74 85.
Yasmin, B.& Aliya, H. Khan. (2005). Trade liberalisation and labour demand elasticities: empirical
evidence for Pakistan. The Pakistan Development Review 44 : 4 Part II, pp. 10671089.








896 Rahmah Ismail, Zulkifly Osman, Ferayuliani Yuliyusman


JADUAL 1: Statistik Deskriptif Pemboleh Ubah

Pemboleh Ubah Nilai Purata Sisihan piawai
Tahun Penubuhan Syarikat (YOE) 13.14 11.34
Bilangan buruh (L) 100.79 309.20
Kadar upah bulanan (W) (RM) 10,775.14 10,295.84
Kadar upah bulanan Pengurus (Wp) (RM) 4,863.97 6,185.65
Kadar upah bulanan Profesional (WPf) (RM) 2,215.60 3,118.30
Kadar upah pekerja teknikal (Wt) (RM) 1,641.58 2021.36
Kadar upah bulanan pekerja perkeranian (Wc) (RM) 1,202.12 836.80
Kadar upah bulanan pekerja perkhidmatan (Ws) (RM) 873.09 879.86
Nilai output (Q) tahunan (RM) 18,893,905.11 101,017,884.95
Nilai nisbah modal-buruh (K/L) (RM) 42,273.42 125,510.64
Dami Sektor (DS) 0.3297 0.471
Dami Multi (DM) 0.10 0.30
Saiz Syarikat (EKS) 0.81 0.40
Peratus Eksport (PEX) 16.74 26.95
Sumber: Kerja Lapangan 2012.

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 897


JADUAL 2: Keputusan Anggaran Model Permintaan Buruh

Pemboleh Ubah LD LM LPF LT LK LS
Intersep
4.657
(27.211)***
4.512
(24.041)***
4.563
(24.871)***
4.127
(24.933)***
4.363
(24.119)***
4.545
(27.243)
Kadar Upah (W)
0.002
(6.596)***

Nilai Output (Q)
0.216
(6.514)***
0.205
6.589)***
0.257
(6.646)***
0.236
(6.322)***
0.211
(6.189)***
0.283
(6.733)***
Tahun Penubuhan
Syarikat (YOE)
0.062
(0.220)
0.002
(0.549)
0.041
(0.846)
0.016
(0.441)
0.050
(0.586)
0.003
(0.318)
Dami Sektor (DS)
0.988
(8.419)***
1.030
(8.373)***
0.931
(7.915)***
1.018
(8.287)***
0.913
(8.798)***
1.006
(8.844)***
Nisbah Modal-Buruh
(K/L)
-0.091
(-1.852)*
-0.073
(-1.789)*
-0.068
(-1.561)
-0.067
(-1.717)*
-0.063
(-1.559)
-0.057
(-1.358)
Dami Multi (DM)
0.314
(1.561)*
0.045
(0.979)
0.358
(0.152)*
0.333
(0.815)
0.363
(1.832)*
0.169
(0.880)
Dami Saiz Syarikat
(EKS)
-1.679
(-11.298)***
-2.064
(-13.565)***
-2.057
(-14.780)***
-1.773
(-11.736)***
-2.742
(-11.690)***
-2.115
(-15.216)***
Peratus Eksport (PEX)
-0.230
(-2.602)***
-0.311
(-2.223)***
-0.15
(-1.259)
-0.053
(-0.500)
-0.119
(-1.063)
-0.120
(-1.091)
Kadar Upah Pengurus
(Wm)

0.023
(2.399)**
0.070
(2.510)**
0.059
(0.580)

Kadar Upah
Profesional (WPf)

0.054
(2.612)***
0.047
(2.176)***
0.005
(0.206)

Kadar Upah Teknikal
(Wt)

0.055
(1.022)
0.064
(5.101)***
0.048
(3.400)***

Kadar Upah
Perkeranian (Wk)

0.049
(2.421)**
0.055
(3.333)***
Kadar Upah
Perkhidmatan (Ws)

2.597
(0.820)
0.010
(0.576)
R
2
0.782 0.726 0.754 0.741 0.752 0.739
N 182 182 182 182 182 182
Nota: angka dalam kurungan menunjukkan nilai (t)
* Signifikan pada aras 10%
**Signifikan pada aras 5%
***Signifikan pada aras 1%

You might also like