You are on page 1of 8

PEJABAT PENDIDIKAN

DAERAH JOHOR BAHRU Teleforu:

JKR 6365, Pegawai Pendidikan : 07 -2200377 HEM :01-2200458


JALAN ABDUL RAHMAN ANDAK, rimbalan PPD :07-2200685 Rendah :07-2200370
8O1OO JOHOR BAHRU Akademik
PEJAbAtAM :07-2200332 :07-2200369
:07-2200721 Pembangunan :07-22003i7
Homepej : http: / / www.ppdjb.edu.my No. Faks : 07 -2200875 Kewangan :07-2200315
E - Mail : admin@p p dj b. e du. my Menengah :07-2200339 ICT :07-2200351

Ruj. Kami : JPA'1002.39/700-51611 Jilid3A<7


Tarikh : 2016
t4JULAt

Pengetua / Guru Besar


Sekolah-sekolah daerah Johor Bahru
-
Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BlL. I / 2000 : PANDUAN KESELAMATAN DlRl PELAJAR


SEMASA PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SERTA KEGIATAN
KOKURIKULUM DAN SUKAN DI DALAM DAN DI LUAR KAWASAN SEKOLAH SERTA
PENGHANTARAN BORANG PENYEMAKAN PERALATAN SUKAN SEKOLAH DI BAWAH
SELIAAN PPD JOHOR BAHRU

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bersama dengan ini dilampirkan bersama Surat Pekeliling lkhtisas Bil.9/2000 sebagai
panduan pihak tuan berhubung panduan keselamatan diri pelajar semasa pengajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan serta kegiatan kokurikulum dan sukan di dalam dan di luar kawasan sekolah.
Turut dilampirkan ialah borang penyemakan peralatan sukan sekolah di bawah seliaan PPD Johor
Bahru untuk dilengkapkan oleh pihak tuan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar
semula ke Unit Pembangunan Kemanusiaan (HEM) PPD Johor Bahru (u.p : En.Mohd Amir Bin
Yunus, Penyelia Kanan Pembangunan Sukan PPD Johor Bahru) sebelum atau pada 25 Julai
2016.

3. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan tentang perkara ini sangat dihargai dan di
dahuluidengan ucapan terima l€sih. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Amir Bin Yunus,
Penyelia Kanan Pembangunan Sukan PPD Johor Bahru di talian 012-7167612 atau En.
Muhammad Azlzan Bin Amil, Penyelia Sukan PPD Johor Bahru di talian 012-2188894.

Sekian, terima kasih.


..SEHATISEJIWA"
,.BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

An
,-z
I lrv- y'
(AHMAD TAlJffK BrN HAMZAH)
b.p Pegawai Pendidikan Daerah
Johor Bahru.
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel. 03-2586900
Fax 03-2535'150

KP (BS) 8591/Jtd.XVt (9)


30 Mac 2000

Semua Pengarah Pendididikan Negeri

Y. Bhg. Datuk/Dato'/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS B't. 9/2OOO:


Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum
dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah

Kementerian Pendidikan memandang amat serius akan beberapa insiden kemalangan,


membabitkan murid sekolah yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Kemalangan yang berlaku
didapati telah membawa kepada kecederaan dan kematian pelajar kerana terhempap
palang gol, terlanggar tiang gol, terkena lontaran peluru dan terjatuh di dalam tangki najis.
Berlakunya insiden-insiden sedemikian, menggambarkan bahawa pihak pengurusan
sekolah telah mengabaikan aspek keselamatan yang sepatutnya sentiasa diberi perhatian
dan keutamaan.

2. Pihak sekolah adalah dipertanggungjawabkan, untuk memastikan keselamatan diri


pelajar terjamin semasa berada di sekolah. Oleh itu langkah-langkah keselamatan perlu
diwujud dan diamalkan untuk mengelak atau mengawal sebarang kemungkinan berlakunya
kemalangan di kalangan murid ketika menjalani aktiviti di sekolah, sama ada aktiviti-aktiviti
pembelajaran, pendidikan jasmani, kegiatan kokurikulum atau sukan.

3. Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan kepada


semua Pengetua dan Guru Besar supaya sentiasa benruaspada terhadap kemungkinan-
kemungkinan yang boleh berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini ke atas diri murid
serta mengambil langkah-langkalloproaktif untuk mengelakkannya.

4. Sebagai panduan, berikut adalah di antara beberapa langkah yang sewajarnya


dilakukan:-

4.1 Guru Opsyen Pendidikan Jasmani dan Kesihatan:

4.1.1 Menjaga keselamatan murid dengan rapi semasa di dalam atau di luar
bilik darjah.

4.1.2 Bertanggungjawab mengeluar, mengguna dan menyimpan alat-alat


sukan walaupun boleh dibantu oleh murid.
Guru Kokurikulum dan Sukan:

4.2.1 Guru-guru mestilah mengawasi dan peka terhadap keselamatan


murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum
dan sukan.

4.2.2 Guru-guru hendaklah memastikan semua alat sukan berada dalam


keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.

4.3 Murid:

4.3.1 Setiap murid perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa
atau penjaga dan pengetua atau guru besar untuk mengambil
bahagian di dalam sukan dan aktiviti kokurikulum di luar sekolah.

4.3.2 Keselamatan dan kebajikan murid perlu diberi keutamaan seperti


makanan dan minuman dan lain-lain lagi.

4.3.3 Guru hendaklah mengiringi murid dalam semua aktiviti di luar


kawasan sekolah. Sekiranya terdapat murid perempuan, seorang guru
wanita hendaklah mengiringi pasukan tersebut.

4.3.4 Kesihatan murid perlu diberi perhatian dan diambil kira.

4.3.5 Murid yang mempunyai penyakit kronik tidak boleh dipaksa


mengambil bahagian.

4.3.6 Bagi semua aktiviti lasak, murid-murid dikehendaki menjalanl


pemeriksaan doktor terlebih dahulu.

4.3.7 Murid-murid yang cedera, semput atau lelah (asthma) tidak


dlbenarkan mengambil bahagian.

4.4 Skim Perlindungan Diri:

4.4.1 Sekolah digalakkan mengadakan skim perlindungan diri untuk semua


murid yang merangkumi perkara-perkara berikut:

a) kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.

b) kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik bersukan.

c) kemalangan semasa menyertai sukan dan kokurikulum.

d) kemalangan yang disebabkan peralatan sukan yang masih


dalam'warranty'

Penyelenggaraan Peralatan Sukan (Stor Sukan):

4.5.1 Peralatan sukan yang dianggap merbahaya dan jika diabaikan boleh
membawa maut adalah Lembing, Peluru, Cakera, Tukul Besi, Tiang
Lompat Tinggi, Tlang Lompat Bergalah, Kayu Hoki, Kayu Golf, Bad
Kriket, Bola Hoki, Bola Kriket, Bota Golf, Bola Baling, Bola Billiard,
Dart, Spikes, Anak Panah dan Peralatan Gimnastik.
4.5.2 Pastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang
merbahaya seperti yang dinyatakan dalam 4.5.1 diadakan pada hari
atau masa yang berasingan dengan latihan sukan lain.

4.5.3 Peralatan merbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi


penggunaannya dengan rapi sepanjang masa,

4.5.4 Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah
diambil oleh orang-orang yang ditugaskan sahaja.

4.5.5 Setiap alat yang dikeluarkan dari stor sukan mestilah direkodkan
dalam buku keluar-masuk alat-alat sukan oleh guru atau jurulatih
sahaja.

4.5.6 Peralatan sukan tidak boleh dibawa pulang ke rumah oleh sesiapa
pun dan ia hendaklah diambil dan dipulangkan pada hari yang sama.

4.5.7 Mempunyai kawasan yang selamat untuk menyimpan semua


peralatan yang tidak digunakan.

4.5.8 Penjaga stor hendaklah memeriksa dan memastikan peralatan yang


baik sahaja yang boleh dikeluarkan.

4.5.9 Peralatan yang sudah rosak hendaklah dilaporkan pada pentadbir


sama ada untuk diperbaiki atau dimusnahkan.

4.6 Peralatan Sukan:

4.6.1 Peralatan sukan seperti Tiang Gol hendaklah ada'warranty'daripada


pembekal selain daripada piawai yang diluluskan oleh undang-undang
persatuan sukan.

4.6.2 Semua peralatan yang sudah tamat tarikh luput hendaklah


dimusnahkan dengan serta merta.

4.6.3 Adalah salah membeli, meminjam atau memberi pinjam, mengguna


peralatan sukan yang tidak mendapat pengiktirafan dari Badan Sukan.

4.7 KawasanSukan/iermainan:

4.7.1 Kawasan latihan, permainan atau sukan hendaklah berada dalam


keadaan yang baik dan terurus.

4.8 Kawasan Larangan:

4.8.1 Kawasan Larangan dan merbahaya adalah kawasan yang dibenarkan


kepada guruijurulatih sahaja untuk mengawasi aktiviti sukan.

a) Kolam Renang.

b) Dewan Gimnastik.

c) BilikKecergasan/LatihanBeban.
d) Stor Sukan,
e) Kawasan Berpagar tempat menyimpan peralatan sukan yang
besar seperti Tiang Gol.

4.9 Cuaca/Musim:

4.9.1 Adalah dilarang sama sekali menjalankan aktiviti sukan di tempat


lapang semasa cuaca buruk dan adanya kilat atau petir.

4.9.2 Adalah tidak dibenarkan mengadakan aktiviti sukan semasa hujan


dan ribut petir, sama ada di padang atau kolam renang.

4.9.3 Berhentikan aktiviti sukan apabila keadaan menjadi gelap kerana


hendak hujan.

4.10 Laporan Kemalangan atau Kecederaan:

4.'10.'1 Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah


disiasat dan dilaporkan kepada pengetua atau guru besar dengan
segera.

4.10.2 Semua jenis kemalangan mestilah direkodkan.

4.11 AktivitiSukan KemahiranTinggi:

4. 1 1 .1 Segala aktiviti sukan seperti gimnastik terjun dan lain-lain yang


memerlukan kemahiran tinggi perlu diajar oleh guru sukan yang
bertauliah.

4.11.2 Paslikan ada 'life saver'yang bertauliah bertugas semasa aktiviti-


aktiviti sukan renang dijalankan.

4.12 PelaporanAktiviti(Penilaian):

4.12.1 Gutu pengiring mestilah membuat laporan bertulis kepada pihak


sekolah mengenai sebarang aktiviti yang dijalankan atau disertai.

5. Surat Pekeliling lkhtisas ini$endaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling


lkhtisas Bil. 1/1995 bertarikh 6 April 1995, dan sila maklurnkan kepada Pengetua dan Guru
Besar sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

ABDUL SffUKOR ABDULLAH


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato'Musa Bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato'Abdul Aziz Bin Shamsuddin


Timbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Dato'Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pendidikan

4. Y.B. Dato'Mahadzlr Bin Mohd Khir


Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

7. Timbalan-TimbalanKetuaPengarahPendidikan

8. Ketua-KetuaBahagianKementerianPendidikan

9. Ketua Nazir Sekolah

10. Pegawai Perhubungan Awam


BORANG PENYEMAKAN PERALATAN SUKAN SEKOLAH DI BAWAH SELIAAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JOHOR BAHRU

L NAMA SEKOLAH

2 KOD SEKOLAH

3 No. TELEFON / FAKS

SESI PAGI : ........... (L) ...........(P)


4 BIL. PELAJAR
SESI PETANG : ..........(L) ......... .... (P)

TARIKH SEMAKAN BUKU


5 STOK !NVENTORI

6
PERALATAN SUKAN

PANDUAN PENGGUNAAN INSTRUMEN

Penentuan penandaan bagi setiap item dibuat dengan menandakan ( / ) pada lajur berkenaan.
Bagi item yang tidak berkenaan, sila tandakan TB
a Penentuan penandaan adalah seperti yang berikut;
a Panduan Penentuan Penandaan
a Sila buat penambahan senarai peralatan jika perlu dihelaian tambahan

PENANDAAN DESKRTPST (TAHAP PERALATAN)

0 Tiada
1 Ada / Baik
2 Ada Rosak /Tidak Selamat
Wl.
A Peralatan Dan Kemudahan Sukan
WW
L Paparan maklumat aktiviti/ program lMurid lSukan
2 Peralatan disimpan di tempat yang selamat dan teratur
3 Buku stok / inventori diurus dengan sempurna
4 Penggunaan buku rekod keluar masuk
5 Mempunyai kemudahan padang yang dalam keadaan baik dan
selamat digunakan
6 Terdapat papan tanda peraturan penggunaan padang
7 Mempunyai kemudahan gelanggang permainan yang baik dan
selamat digunakan
8 Penggunaan kemudahan sukan bersama agensi luar
9 Tiang Gol Bola Sepak
10 Tiane Gol Bola Baline
71 Tiang Gol Bola Jaring
72 Tiang Gol Bola Sepak Takraw
13 Tiane Gol Bola Keranians
1_4 Tiane Gol Bola Hoki
15 Penghadang Sofbol (Back Stop)
t6 Penghadang Kriket (Cricket Cage)
t7 Astaka Sukan
18 Lain-lain

ULASAN

Tandatangan : Disahkan oleh :

GPK KOKO/Setiausaha Su kan Pengetua/Guru Besar

You might also like