You are on page 1of 3

Tarikh : 17 April 2014

Kepada Semua Ibu Bapa / Penjaga SMKBU3



PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN MURID

Dengan segala hormatnyanya perkara di atas adalah dirujuki.

2. Merujuk kepada Surat Pekeliling Kementerian KP/KPPM/5(49) 2010, diingatkan
bahawa murid dikehendaki memakai pakaian sukan seperti berikut untuk melaksanakan
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

2.1 Memakai T-shirt berkolar atau tidak berkolar sekolah, seluar sukan (Track-
Bottom) sekolah serta memakai kasut sukan dan berstokin putih.
2.2 Kelonggaran diberi kepada murid untuk memakai pakaian sukan sepanjang
hari berkenaan yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan.

3. Seluar sukan sekolah yang lain hanya boleh digunakan semasa aktiviti kokurikulum
sekolah.

4. Untuk hari yang TIDAK ADA mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
murid dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah.

4 Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

HAJAH MISLIAH BINTI KULOP
PENGETUA
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN,
SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (3)




INI ADALAH CETAKAN KOMPUTER , TANDATANGAN TIDAK DIPERLUKAN

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR UTAMA DAMANSARA (3)
PERSIARAN BUKIT UTAMA, BANDAR UTAMA
47800 PETALING JAYA
Tel : 03-77276166. Faks:03-77267199
www.smkbu3.edu.my

You might also like