0% found this document useful (0 votes)
152 views11 pages

MERITDEMERITupdate

Dokumen ini menyenaraikan peraturan dan tatacara berkaitan pakaian, rambut, perhiasan dan kehadiran murid di SMK Saint Columba, Miri. Ia menjelaskan perincian pakaian seragam, pakaian untuk aktiviti kokurikulum dan tindakan untuk ketidakhadiran murid.
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOC, PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
152 views11 pages

MERITDEMERITupdate

Dokumen ini menyenaraikan peraturan dan tatacara berkaitan pakaian, rambut, perhiasan dan kehadiran murid di SMK Saint Columba, Miri. Ia menjelaskan perincian pakaian seragam, pakaian untuk aktiviti kokurikulum dan tindakan untuk ketidakhadiran murid.
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOC, PDF, TXT or read online on Scribd

Peraturan Dan Tatacara Sekolah

SMK Saint Columba, Miri


1.0 Peraturan 1 : Tatacara Pakaian
1.1 Pakaian Murid Lelaki
1.1.1 Seluar Seluar pendek atau panjang berwarna hijau gelap (olive green). Seluar yang
ketat, terlalu besar (bell bottom), terlalu pendek dan terlalu longgar tidak
dibenarkan.
1.1.2 Baju Kemeja berwarna putih berlengan pendek. Kemeja berfesyen (berpoket dua)
adalah tidak dibenarkan. Baju hendaklah sentiasa masuk ke dalam seluar.
1.1.3 Kasut Kasut berwarna putih, kanvas atau dari bahan sintetik (nylon atau polyster).
Selipar adalah dilarang sama sekali.
1.1.4 Stokin Sekiranya berstokin hendaklah berwarna putih.
1.1.5 Tali Pinggang Berwarna hijau atau coklat gelap, hitam dengan lebar antara 2.5 -3.0 sm.
Kepala tali pinggang tanpa hiasan dan bersaiz 5 sm  3 sm atau kurang.
1.1.6 Tali Leher Tali leher yang dibeli dari pihak sekolah perlu dipakai semasa berada dalam
kawasan sekolah. Tali leher perlu dipakai dengan kemas. Tali leher tidak boleh
diubahsuai sesuka hati.

1.2 Pakaian Murid Perempuan


1.2.1 Blaus Berwarna putih dan berlengan pendek pinafore berwarna turquoise dan
labuhnya hendaklah di bawah paras lutut.
1.2.2 Baju Kurung Murid perempuan boleh memakai baju kurung berwarna putih dibutang serta
memakai baju dalam (singlet) dan kain sarung berwarna turquoise.

1.2.3 Tudung Murid perempuan beragama Islam digalakkan memakai tudung atau mini
telekung. Tudung perlu berbentuk tiga segi dua sama ada tudung atau mini
telekung berwarna putih berukuran sesuai dengan murid yang memakainya.
1.2.4 Kasut Seperti di 1.1.3
1.2.5 Stokin Seperti di 1.1.4

1.3 Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam sekolah pada :


a Hari persekolahan
b Kelas tambahan
c Ceramah/aktiviti rasmi sekolah
d Lawatan sambil belajar
e Pada bila-bila masa atas arahan Pengetua Sekolah

1.4 Pakaian Pengawas Sekolah


1.4.1 Pakaian Pengawas Lelaki :
a. Berbaju putih dengan blazer pengawas
b. Berseluar hitam dan kasut hitam.
c. Bertali leher pengawas
d. Berlencana sekolah dan tag nama pengawas

1.4.2 Pakaian Pengawas Perempuan


a. Berblaus putih, skirt hitam, kasut hitam dengan blazer pengawas
b. Bertali leher, berlencana sekolah dan tag nama pengawas
c. Pengawas sekolah hendaklah memakai pakaian pengawas sepanjang masa persekolahan, semasa bertugas di
dalam dan di luar kawasan sekolah

1.5 Pakaian Semasa Kelas Pendidikan Jasmani


1.5.1 Baju T sekolah dan seluar “track-suit” berwarna biru tua/gelap/hitam hendaklah dipakai semasa menghadiri Kelas PJ.
1.5.2 Selepas PJ, murid-murid dikehendaki memakai semula pakaian seragam sekolah yang lengkap sebelum ke kelas
semula @ dengan kebenaran pihak sekolah boleh menggunakan baju T sekolah dan seluar “track-suit”.
1.5.3 Baju T KELAB, PERSATUAN, UNIT BERUNIFORM, semua jenis PENGAWAS dan KELAS adalah DILARANG.
1.5.4 Kasut SUKAN dibenarkan.

1.6 Lencana Sekolah


1.6.1 Semua murid wajib memakai lencana sekolah yang dijahit dengan menggunakan benang berwarna putih di bahagian
kiri kemeja/pinafore dan tudung.
1.6.2 Lencana sekolah tidak boleh diubahsuai dengan diwarnakan atau diconteng.
1.7 Tag Nama
1.7.1 Semua murid wajib memakai tag nama pada masa persekolahan atau mewakili sekolah ke aktiviti-aktiviti luar sekolah.
1.7.2 Tag nama tidak boleh diconteng/diwarnakan/diubahsuai.
1.7.3 Tag nama dilekatkan di sebelah kiri baju kemeja/ pinefore dan tudung di bawah lencana sekolah.
1.7.4 Semua murid KECUALI Pengawas menggunakan tag nama, berwarna biru.

1.8 Cermin Mata


1.8.1 Murid dilarang memakai cermin mata berfesyen dan berwarna-warni/tinted (kecuali dengan surat bertulis pegawai
perubatan).
1.8.2 Bingkai cermin mata hendaklah berwarna hitam/putih/ biru/kelabu dan lebarnya tidak melebihi 1 sm. Lebar cermin
mata hendaklah tidak melebihi 3 sm.

1.9 Kanta Lekap (Contact Lenses)


1.9.1 Murid dilarang menggunakan kanta lekap ke sekolah.

2.0 Peraturan 2 : Rambut/Perhiasan


2.1 Rambut Lelaki
2.1.1 Murid lelaki dilarang berambut panjang. Istilah rambut panjang ialah :
a. Di belakang : Rambut melebihi garisan di bawah cuping telinga dan menyentuh kolar baju.
b. Di depan : Rambut melebihi paras bulu kening/menutup garisan tengah dahi.
c. Di sebelah : Rambut menutup kedua-dua telingga atau sebahagian daripadanya dan “sideburn” melebihi garisan
tengah hidung.
d. Di atas : Rambut tidak melebihi 6 sm panjang. Potongan rambut hendaklah mengikut stail yang dibenarkan
dan bukan mengikut fesyen semasa (berekor, nampak kulit kepala, tidak disikat dengan rapi,
mendirikan rambut dengan gel dan sebagainya).
2.1.2 Rambut berfesyen dan rambut botak tidak dibenarkan. Mewarna atau menginaikan rambut dilarang.
2.1.3 Murid tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut atau jambang.

2.2 Rambut Perempuan


2.2.1 Rambut murid perempuan perlu kemas. Stail dan potongan rambut yang tidak sesuai dengan seorang murid tidak
dibenarkan. Mewarnakan atau menginaikan rambut adalah dilarang.
2.2.2 Jika rambut panjang mencecah hingga ke bahu, rambut hendaklah diikat dengan reben/pengikat berwarna hitam, biru
atau putih.
2.2.3 Rambut yang melepas bulu kening hendaklah diklip dengan klip rambut berwarna hitam.

2.3 Kuku
2.3.1 Murid dilarang berkuku panjang dan mewarnakan atau menginaikan kuku sesuka hati.

2.4 Barang Perhiasan


2.4.1 Semua murid tidak dibenarkan memakai barangan perhiasan seperti cincin, gelang dan rantai. Murid yang perlu
memakai atas sebab pantang dan keagamaan perlu mendapat Pas Kebenaran daripada Pengetua @ Guru Penolong
Kanan HEM dan perlu bertanggungjawab dan mengambil risiko sendiri.
2.4.2 Murid perempuan hanya dibenarkan memakai sepasang subang yang tidak bercorak dan berwarna hitam atau putih
sahaja.
2.4.3 Murid perempuan dilarang berdandan atau memakai make-up ke sekolah.

3.0 Peraturan 3 : Kehadiran Ke Sekolah


3.1 Waktu persekolahan adalah mengikut Jadual Persekolahan yang ditetapkan oleh pihak sekolah :
Sesi Pagi : 06:50 – 12:45 (Isnin – Khamis); 06:50 – 11:50 (Jumaat)
Sesi Petang : 12:35 – 18:15 (Isnin – Khamis), 13:45 – 18:15 (Jumaat)
3.2 Murid yang bertugas membersihkan kelas dan kawasan sekolah hendaklah menjalankan tugas mereka 10 minit sebelum
waktu persekolahan bermula.
3.3 Murid yang datang lewat akan dicatatkan oleh pengawas/guru bertugas dan tindakan disiplin/demerit akan dikenakan
serta-merta.

4.0 Peraturan 4 : Ketidakhadiran Ke Sekolah


4.1 Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab/alasan adalah dianggap sebagai ponteng sekolah.
4.2 Murid yang tidak hadir ke sekolah atas masalah kesihatan atau hal keluarga yang cemas perlu mengemukakan sijil cuti
sakit atau surat daripada ibu bapa sekembalinya ke sekolah. Kegagalan mengemukakan sijil cuti sakit atau surat daripada
ibu bapa boleh dianggap sebagai ponteng sekolah.
4.3 Murid yang tidak berada di dalam kelas semasa pengajaran & pembelajaran tanpa pemberitahuan guru mata pelajaran
atau kebenaran daripada Pengetua/GPKP/GPK HEM/GPK Petang adalah dianggap sebagai ponteng kelas.
4.4 Murid yang tidak menghadiri kelas tambahan, ujian yang disediakan oleh pihak sekolah atau guru mata pelajaran juga
dianggap ponteng kelas.
4.5 Tindakan untuk ponteng adalah seperti berikut :
(A) Ponteng Berterusan @ Berturut-Turut :
a. 3 hari berturut-turut : Surat Amaran Pertama (dikeluarkan pada Hari Ke-4 ketidakhadiran)
b. 7 hari berturut-turut selepas amaran pertama : Surat Amaran Kedua (dikeluarkan pada Hari Ke-11 ketidakhadiran)
c . 7 hari berturut-turut selepas amaran kedua : Surat Amaran Terakhir (dikeluarkan pada Hari Ke-18 ketidakhadiran)
d. 14 hari berturut-turut selepas Amaran Terakhir : Surat Pembatalan Nama @ Surat Pembuangan Sekolah
(dikeluarkan pada hari Ke-31 ketidakhadiran). Tindakan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah.
Pengiraan hari bagi ketidakhadiran berturut-turut termasuklah hari cuti hujung minggu dan umum yang jatuh sepanjang
tempoh ketidakhadiran itu.

(B) Ponteng Berkala @ Tidak Berturut-Turut :


a. Tidak hadir sebanyak 10 kali : Surat Amaran Pertama (dikeluarkan pada Hari Ke-11 ketidakhadiran)
b. Tidak hadir sebanyak 10 kali selepas amaran pertama : Surat Amaran Kedua (dikeluarkan pada Hari Ke-21
ketidakhadiran)
c. Tidak hadir sebanyak 20 kali lagi selepas amaran kedua : Surat Amaran Terakhir (dikeluarkan pada Hari Ke-41
ketidakhadiran)
d. Tidak hadir sebanyak 20 kali lagi selepas amaran ketiga : Surat Pembatalan Nama @ Surat Pembuangan Sekolah
((dikeluarkan pada Hari Ke-61 ketidakhadiran). Tindakan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

4.6 Murid boleh dibatalkan nama atau dibuang sekolah sekiranya tidak hadir seperti berikut :
a. Tidak hadir secara berterusan @ berturut-turut selama 31 hari
b. Tidak hadir secara berkala @ tidak berturut-turut selama 60 hari.
4.7 Murid yang ingin berhenti sekolah atas kemahuan sendiri hendaklah memaklumi pihak sekolah secara bertulis oleh
ibubapa dan penjaga.

5.0 Peraturan 5 : Kemudahan Fizikal/Kebersihan Sekolah


5.1 Harta benda sekolah :
5.1.1 Harta benda sekolah adalah merujuk kepada segala harta banda kepunyaan sekolah yang berada di kawasan
sekolah.
5.1.2 Setiap murid bertanggungjawab menjaga semua kemudahan sekolah seperti meja, kerusi, pintu, cermin tingkap,
langsir, pagar, pili air, sistem pendawaian lektrik dan sebagainya yang disediakan oleh pihak sekolah.
5.1.3 Murid dilarang menconteng dan merosakkan meja kerusi, dinding bangunan serta segala kelengkapan sekolah. Jika
sesuatu harta benda dirosakkan atau dihilangkan sama ada sengaja atau tidak sengaja, murid tersebut akan
didenda/ diberi demerit serta membaikinya atau menggantikan dengan yang baru.
5.1.4 Kerosakan kelengkapan dan kemudahan yang berlaku perlu dilaporkan kepada Guru Bertugas Harian @ Guru
Tingkatan @ Ketua Pembantu Tadbir dengan serta merta.
5.1.5 Semua harta benda yang telah ditempatkan dalam setiap bilik tidak boleh dialih, dibawa keluar tanpa kebenaran
guru.
5.1.6 Murid yang hendak menggunakan harta benda sekolah untuk aktiviti rasmi sekolah atau kegiatan kokurikulum,
mestilah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Pengetua/Penolong Kanan.

5.2 Kantin sekolah :


5.2.1 Murid dilarang berada di kantin sekolah semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
5.2.2 Murid perlu beratur membeli makanan di kantin sekolah pada waktu rehat.
5.2.3 Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan di kantin. Jangan meninggalkan sisa-sisa makanan dan
sampah di mana-mana tempat di kantin.

5.3 Tandas Murid


5.3.1 Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan di dalam dan luar kawasan tandas murid.
5.3.2 Murid perlu berjimat cermat semasa menggunakan air dalam tandas.
5.3.3 Murid dikehendaki membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.
5.3.4 Murid akan membersihkan tandas mengikut giliran yang ditetapkan oleh Jawatankuasa 3K.

5.4 Perpustakaan Sekolah


5.4.1 Semua murid dikehendaki menjadi ahli perpustakaan dan boleh meminjam buku perpustakaan dengan
menggunakan Kod Bar Perpustakaan.
5.4.2 Murid yang hilang Kod Bar Perpustakaan perlu membayar RM1.50 untuk mendapat gantian baru.
5.4.3 Semua murid bertanggungjawab menjaga harta benda, kebersihan dan kekemasan perpustakaan supaya dapat
mengekalkan suasana membaca yang kondusif.
5.4.4 Murid perlu mematuhi segala peraturan perpustakaan yang ditetapkan.
5.4.5 Waktu operasi adalah seperti berikut (tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa) :
Isnin : 7.00 pagi hingga 1.30 petang
Selasa hingga Jumaat : 7.00 pagi hingga 3.00 petang

5.5 Kebersihan Kelas dan Kawasan Sekolah


5.5.1 Setiap murid bertanggungjawab menjaga kebersihan kelas dan kawasan sekolah pada bila-bila masa.
5.5.2 Murid tidak dibenarkan membuang sampah merata-rata tempat. Tindakan disiplin akan dikenakan seperti pemberian
markah demerit dan kerja amal untuk murid yang sengaja mengotorkan kawasan sekolah.
5.5.3 Setiap murid bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan bilik-bilik kelas, makmal, bengkel KHB, bilik
ERT, perpustakaan, bilik mesyuarat, bilik kaunseling, bilik guru, bilik ICT, tandas, stor peralatan sukan dan dewan
sekolah.
5.5.4 Murid yang telah dijadualkan untuk menjalankan kerja pembersihan kelas dan kawasan sekolah wajib bertugas
dengan penuh tanggungjawab.
5.5.5 Kelas yang mendapat markah Pertandingan Kebersihan terendah atau mencapai <60% akan diberi kerja amal dan
demerit oleh Jawatankuasa 3K, sementara kelas yang mendapat markah tertinggi atau >80% akan dianugerahkan
sijil, tropi dan markah merit.

6.0 Keselamatan Lalu Lintas Sekolah


6.1 Peraturan Lalu Lintas
6.1.1 Sebelum melintas jalan raya, murid dikehendaki memandang ke kanan, kiri dan kanan untuk memastikan
keselamatan murid.
6.1.2 Murid dikehendaki beratur/berbaris semasa menaiki atau menuruni bas sekolah atau bas awam.
6.1.3 Murid yang berjalan kaki ke sekolah mesti berjalan di sebelah kanan jalan raya semasa datang dan balik dari
sekolah.
6.1.4 Untuk menjaga keselamatan, ibu bapa murid dilarang membuat pusingan “U” di depan pintu pagar sekolah,
memandu kereta memasuki kawasan sekolah dan menghentikan kereta di tengah-tengah pintu pagar utama sekolah.

6.2 Penggunaan Motosikal dan Kereta


6.2.1 Murid yang memandu kereta atau menunggang motosikal ke sekolah perlu memiliki lesen memandu dan kenderaan
yang digunakan perlu mempunyai lesen memandu dan cukai jalan yang sah.
6.2.2 Murid yang memandu kereta ke sekolah dilarang meletakkan kereta dalam kawasan sekolah. Mereka boleh
meletakkan kereta di luar kawasan sekolah.
6.2.3 Murid yang menunggang motosikal dikehendaki meletakkan kenderaan di kawasan yang ditetapkan oleh pihak
sekolah. Mereka dilarang menghidupkan enjin motosikal atau membunyikan hon di kawasan sekolah.
6.2.4 Penunggang motosikal perlu memakai topi keledar dan perbuatan bersaing atau berlumba-lumba adalah dilarang
sama sekali.
6.2.5 Topi keledar tidak dibenarkan di bawa ke dalam kelas KECUALI dengan kbenaran pihak sekolah.

7.0 Keluar Masuk Sekolah


7.1 Kebenaran Keluar Masuk Kelas
7.1.1 Murid tidak dibenarkan keluar kelas sesuka hati atau berkeliaran di koridor dan di kawasan sekolah semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
7.1.2 Murid yang ingin pergi ke tandas perlu mendapatkan kebenaran guru dengan diberikan Pas Keluar. Cuma seorang
murid sahaja dari setiap kelas dibenarkan pergi ke tandas dalam satu-satu masa. Murid adalah dilarang pergi ke
tandas pada waktu 1, 4, 5 dan 8.
7.1.3 Murid yang keluar kelas tanpa Pas Keluar boleh dianggap sebagai ponteng kelas dan tindakan disiplin boleh diambil
ke atas mereka.
7.1.4 Murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah sebelum guru masuk atau semasa pertukaran guru atau tidak ada guru
dalam bilik kelas.
7.1.5 Murid dikehendaki berbaris apabila pergi dan balik dari perhimpunan, makmal, bengkel KHB, perpustakaan, bilik
mesyuarat, bilik seni atau surau. Mereka hendaklah senyap dan dilarang membuat bising semasa dalam perjalanan.
7.1.6 Murid dilarang sesekali membawa orang luar ke kawasan sekolah atau bilik kelas tanpa kebenaran pihak sekolah.

7.2 Kebenaran Balik Rumah


7.2.1 Murid yang perlu balik ke rumah disebabkan hal-hal penting atau sakit mesti menghubungi ibu bapa @ penjaga yang
sah datang ke sekolah untuk membawa mereka balik dengan mengisi maklumat dalam Buku Kebenaran Balik
Rumah di Pejabat Am dan seterusnya mendapatkan kebenaran daripada Pengetua/GPKP/GPKHEM/GPK
Kokurikulum/GPK Petang. Borang Kebenaran perlu diserahkan kepada Guru Tingkatan untuk tujuan rekod dan
pemantauan kehadiran murid dalam kelas.
7.2.2 Murid yang meninggalkan sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah dianggap sebagai ponteng sekolah dan tindakan
disiplin seperti di perenggan 4.5 akan diambil.

7.3 Rawatan di Hospital


7.3.1 Murid yang sakit dan perlu mendapatkan rawatan hospital perlu terlebih dahulu berjumpa dengan Guru Tingkatan.
Murid perlu mendapatkan kebenaran Pengetua/GPKP/GPKHEM/GPK Kokurikulum/GPK Petang. Borang Kebenaran
dan Borang Rawatan Hospital akan diisi dan diserahkan kepada murid. Borang kebenaran perlu diserahkan kepada
Guru Tingkatan. Hanya ibu bapa @ penjga yang sah sahaja boleh membawa murid ke hospital.
7.3.2 Bagi kes kecemasan, murid boleh dihantar ke hospital kerajaan oleh guru yang diarahkan oleh Pengetua serta ibu
bapa @ penjaga yang sah dihubungi serta merta dan satu salinan laporan rawatan hospital perlu diserahkan kepada
GPKHEM/GPK Petang.

8.0 Peraturan 8 : Penyertaan Dalam Aktiviti Kokurikulum


8.1 Semua murid wajib menyertai satu Unit Badan Beruniform, satu Kelab/Persatuan dan satu Sukan/Permainan.
8.2 Mereka juga wajib menyertai satu Rumah Sukan yang telah ditetapkan dengan menjalani latihan yang ditetapkan
mengikut jadual.
8.3 Semua aktiviti kokurikulum dan sukan mesti dijalankan dengan kehadiran Guru Penasihat.
8.4 Aktiviti kokurikulum dan sukan yang dijalankan pada hujung minggu atau cuti sekolah perlu mendapat kebenaran bertulis
daripada Pengetua dua minggu sebelum aktiviti dijalankan.
8.5 Aktiviti kokurikulum dan sukan berbentuk kem atau perlu bermalam, kertas kerja perlu disediakan melalui Guru Penasihat
dan kelulusan Pengetua harus didapatkan dua minggu sebelum aktiviti seupama ini dilaksanakan.
8.6 Aktiviti kokurikulum dan sukan di kawasan luar sekolah perlu mendapat kelulusan Pegawai Pendidikan Daerah dua bulan
sebelum aktiviti dijalankan.
8.7 Sekiranya murid mewakili persatuan/ pertubuhan selain dari Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mana-mana bentuk
pertandingan dan persembahan perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Pendidikan Sarawak.
8.8 Murid wajib memakai baju T sekolah, seluar dan kasut bersesuaian semasa mengikuti aktiviti kokurikulum dan sukan
kecuali arahan diberi oleh Guru Penasihat.
8.9 Murid yang terpilih mewakili sekolah, zon, bahagian, negeri atau negara dalam apa jua bentuk aktiviti kokurikulum
bertanggungjawab menunjukkan disiplin tinggi. Bagi murid kurang berdisiplin, maka dia akan dilarang mewakili dalam
apa jua aktiviti pada masa hadapan.
8.10Sumbangan keahlian/yuran yang dianggotainya seperti yang ditetapkan dalam perlembagaan kelab/persatuan masing-
masing perlu dijelaskan.
8.11Setiap murid wajib memiliki Buku Rekod Penilaian Gerak kerja Kokurikulum untuk dicatatkan setiap kegiatan yang
disertainya.

9.0 Kurikulum, SPBT Dan Biasiswa

9.1 Mata Pelajaran


9.1.1 Pihak sekolah berkuasa penuh menawarkan mata pelajaran yang bersesuaian (selain mata pelajaran wajib) untuk
setiap pelajar.
9.1.2 Semua murid dikehendaki menggunakan buku-buku tulisan dan seumpamanya yang dicetak oleh pihak sekolah.
9.1.3 Murid mesti mematuhi segala arahan guru mata pelajaran semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
9.1.4 Murid wajib menyiapkan semua kerja rumah, tugasan, kerja kursus (modul yang perlu disiapkan oleh calon Murid
Tingkatan 3 (PPPBS) dan SPM) dalam tempoh yang ditetapkan.

9.2 Peperiksaan
9.2.1 Semua murid berdaftar hendaklah menduduki ujian dan peperiksaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau
Kementerian Pendidikan Malaysia.
9.2.2 Semasa peperiksaan peringkat sekolah, setiap murid mestilah menggunakan kertas kajang/kertas objektif/kertas
lukisan yang dicetak dan dibekalkan oleh pihak sekolah.
9.2.3 Murid berhak menduduki ujian dan peperiksaan jika murid telah berhenti sekolah atau nama telah dibatalkan (telah
didaftarkan sebagai calon sekolah) atau murid sedang menjalani hukuman gantung persekolahan.

9.2.4 Murid perlu mematuhi peraturan peperiksaan. Murid yang menyalahi peraturan peperiksaan seperti meniru dalam
ujian dan peperiksaan boleh menyebabkan keputusan peperiksaan dibatalkan serta tindakan disiplin seperti
diberikan markah demerit dan ibu bapa @ penjaga yang sah dimaklumkan tentang kes ketidakpatuhan murid.
9.2.5 Buku Laporan Kemajuan Murid hendaklah ditandatangani oleh ibu bapa @ penjaga yang sah sendiri. Murid yang
menandatangani Buku Laporan Kemajuan Murid sendiri boleh dianggap telah melanggar peraturan sekolah dan
tindakan disiplin boleh diambil ke atas mereka.
9.2.6 Sekiranya kehilangan Buku Laporan Kemajuan Murid, murid perlu membeli naskhah baru daripada Guru Tingkatan
masing-masing.

9.3 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)


9.3.1 Semua murid akan diberi kemudahan SPBT secara percuma kecuali murid BUKAN warganegara . Bagi murid yang
tidak mahu menerima kemudahan SPBT, mereka boleh membeli buku teks sendiri di kedai buku.
9.3.2 Buku teks yang dipinjam perlu dijaga dengan rapi dengan dibalut dengan teliti. Murid diingatkan agar jangan
menconteng buku yang dipinjam.
9.3.3 Murid tidak dibenarkan meninggalkan buku teks di dalam meja dalam kelas semasa mereka tiada dalam kelas.
9.3.4 Murid perlu menggantikan buku teks yang telah hilang atau rosak dengan buku baru atau membayar berdasarkan
harga semasa buku itu. Murid yang gagal berbuat demikian akan menyebabkan kemudahan ini ditarik balik ataupun
ditahan untuk tahun berikutnya atau Sijil Berhenti Sekolah @ Slip Keputusan Peperiksaan Awam ditahan oleh pihak
sekolah sehingga proses penggantian buku tersebut selesai.
9.3.5 Murid yang berpindah sekolah boleh membawa buku teks ke sekolah baru dengan syarat mengisi borang melalui
Guru Tingkatan dan Guru Penyelaras SPBT.

9.4 Biasiswa
9.4.1 Murid yang hendak mendapatkan biasiswa perlu memohon dengan mengisi borang permohonan menerusi Guru
Tingkatan/Guru Penyelaras Biasiswa/GPK HEM. Jenis biasiswa yang ditawarkan ialah Biasiswa Kecil Persekutuan
(BKP), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Biasiswa Yayasan Sarawak, Biasiswa SHELL dan
biasiswa lain yang ditawarkan oleh agensi kerajaan/badan berkanun/NGO.
9.4.2 Semua borang permohonan perlu diproses dan ditapis melalui Jawatankuasa Biasiswa dan Bantuan.
9.4.3 Borang permohonan murid yang diperakukan oleh Jawatankuasa Biasiswa dan Bantuan akan dihantar kepada pihak
yang menganjurkan biasiswa. Penawaran biasiswa tertakluk kepada kelulusan pihak yang menawarkan biasiswa.
9.4.4 Wang biasiswa akan digunakan untuk membantu murid bagi tujuan persekolahan seperti membeli alat tulis, pakaian
seragam sekolah, bayaran sekolah, membeli buku rujukan dan sebagainya.
9.4.5 Tawaran biasiswa boleh ditarik balik kiranya pencapaian murid semakin merosot dalam akademik, kokurikulum dan
sahsiah/disiplin.
9.4.6 Tawaran biasiswa boleh ditarik balik kiranya wang biasiswa disalahgunakan oleh murid ataupun orang terdekat.

10.0 Kawasan Larangan Sekolah


10.1 Murid dilarang berada dalam bilik-bilik khas tanpa kehadiran guru seperti Makmal Sains, Bengkel KHB, Bilik ERT, Bilik
Mesyuarat, Perpustakaan, Bilik SPBT, Bilik ICT, Bilik Guru, Bilik Peperiksaan, Pejabat Am dan Bilik Stor PJK.
10.2 Murid dilarang menggunakan tandas guru pada bila-bila masa.
10.3 Murid dilarang mendekati kenderaan guru.
10.4 Murid dilarang mendekati pusat kawalan lektrik dan mengganggu sistem pendawaian letrik dan suis utama di dalam
kawasan sekolah.

11.0 Larangan-Larangan Di Sekolah


11.1 Untuk memastikan keselamatan semua warga sekolah, murid dilarang membawa alat tajam ke sekolah seperti pisau,
gunting dan pembaris besi.
11.2 Murid dilarang membawa pemadam cecair (blanco) dan pen marker (kecuali dengan kebenaran guru) ke sekolah.
11.3 Murid dilarang membawa alat elektronik, radio dan kamera ke sekolah. Jika diperlukan untuk projek sekolah, kebenaran
bertulis mesti didapatkan daripada pengetua / GPKHEM.
11.4 Murid dilarang membawa/menggunakan telefon bimbit di kawasan sekolah. Telefon bimbit yang dirampas kali pertama
boleh dituntut dengan membawa ibu bapa/penjaga yang sah. Surat rasmi minta maaf dan satu esei sepanjang 1 ½
muka surat yang bertajuk “10 sebab murid sekolah tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah” perlu
disediakan sebelum berjumpa dengan pengetua. Adalah diingatkan murid tersebut perlu memakai pakaian seragam
lengkap semasa perjumpaan dengan pengetua. Sekolah tidak akan bertanggungjawab atas keselamatan telefo
bimbit yang dirampas.
11.5 Murid dilarang membawa bahan lucah ke sekolah seperti buku, VCD, DVD, CD bahan-bahan bercetak sama ada
berbentuk tulisan ataupun gambar.
11.6 Murid dilarang merokok, berjudi, minum minuman keras, mengambil pil-pil khayal dan dadah.
11.7 Murid dilarang bergaduh, terlibat dalam aktiviti haram dan persatuan haram.
11.8 Murid yang mencemarkan nama sekolah di luar kawasan sekolah seperti ditangkap oleh polis kerana mencuri,
mengunjungi tempat yang tidak sepatutnya, bergaduh dan sebagainya akan dikenakan tindakan tegas seperti
digantung persekolahan 2 minggu.
11.9 Murid dilarang melakukan perbuatan berdua-duaan atau melakukan perbuatan yang tidak senonoh di kawasan sekolah
@ di luar kawasan sekolah.
11.10 Murid dilarang membuang sampah sarap di merata-rata tempat dalam kelas dan kawasan sekolah. Semua sampah-
sarap di laci meja perlu dikosongkan sebelum meninggalkan sekolah.
11.11 Murid dilarang makan dan minum semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
11.12 Murid tidak dibenarkan memakai topi atau jaket dalam bilik kelas.
11.13 Murid sesi petang perlu menunggu di Dewan Sekolah sebelum persekolahan bermula. Mereka dilarang berkeliaran di
kawasan sekolah kerana perbuatan ini akan mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran sesi pagi.
Tindakan tegas akan diambil ke atas murid yang melanggar peraturan ini.
11.14 Murid dilarang memasuki kawasan sekolah lain dan premis kerajaan yang lain.
11.15 Murid yang melanggar larangan-larangan di atas akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas oleh pihak sekolah.

12.0 Tanggungjawab Murid


12.1 Semua murid harus berusaha menjadi seorang Columban yang mengamalkan 6 etika yang berteraskan
Program “ Character First!” , iaitu :

12.1.1 Tanggungjawab Murid Terhadap Diri Sendiri


 Sentiasa menjaga kebersihan diri dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek- Thoroughness
 Bersopan santun, tekun, jujur dan amanah dalam setiap tindakan – Virtue
 Menghargai masa dengan menepati masa – Punctuality
 Berjimat cermat dan suka menabung – Thriftiness
 Bersifat sederhana dan tidak sombong atau menunjuk-nunjuk – Tolerance
 Sentiasa sabar dan bertolak ansur dengan ibu bapa, guru dan rakan – Patience
 Menghormati hak asasi orang lain – Flexibility
 Berani dan cekal dalam menghadapi cabaran – Boldness
 Bersikap dedikasi dan berdikari – Initiative
 Rajin dan gigih berusaha – Diligence

12.1.2 Tanggungjawab Murid Terhadap SMK St. Columba, Miri


 Mematuhi dan menghormati peraturan sekolah – Loyalty
 Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai di bawah Program “Character First!”
 Menghormati guru-guru – Deference
 Belajar dengan bersungguh-sungguh – Determination
 Berusaha meningkatkan imej dan reputasi sekolah melalui tingkah laku terpuji-
Truthfulness
 Bekerjasama dengan pihak sekolah dengan menyertai aktiviti sekolah – Dependability

12.1.3 Tanggungjawab Murid Terhadap Keluarga


 Menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua – Deference
 Memupuk semangat persaudaraan dalam kalangan ahli keluarga - Hospitality
 Berusaha dalam keluarga untuk membentuk insan kamil – Enthusiasm
 Menjaga nama baik keluarga – Gratefulness
12.1.4 Tanggungjawab Murid Terhadap Agama
 Taat kepada ajaran agama – Obedience
 Mempertahankan kesucian agama – Tolerence
 Mengamalkan ajaran agama setiap hari - Sincerity

12.1.5 Tanggungjawab Murid Terhadap Masyarakat


 Saling menolong dengan masyarakat sekeliling – Generosity
 Menghormati pantang larang, adat resam dan budaya kaum lain – Cautiousness
 Melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan – Generosity
 Prihatin terhadap isu-isu dalam masyarakat sekeliling – Sensitivity

12.1.6 Tanggungjawab Murid Terhadap Negara


 Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara – Availability
 Mematuhi undang-undang Negara – Orderliness
 Mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara – Obedience
 Menjaga kemudahan awam – Responsibility
 Menjaga dan menaikkan imej Negara – Truthfulness

Setiap nilai yang tersenarai di setiap elemen di atas adalah ‘Character trait’ yang ditekankan dalam program Character
First!

13.0 Pelaksanaan Sistem Merit-Demerit


13.1. Markah akan dimeritkan/dihadiahkan kepada murid sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan pihak sekolah
terhadap jasa dan sumbangan murid kepada sekolah berdasarkan penglibatan dan pencapaian murid dalam lima
bidang/aspek, iaitu :
(a) akademik
(b) kokurikulum,
(c) pengiktirafan dan pencapaian dalam pertandingan,
(d) tugas dan jawatan khas, dan
(e) tatasusila dan sahsiah murid.
13.2. Markah demerit akan diberi sekiranya murid melakukan kesalahan berdasarkan jenis kesalahan yang dilakukan.
Tindakan disiplin akan diambil berdasarkan tatacara pelaksanaan sistem demerit. Markah demerit adalah dalam tujuh
bidang/aspek, iaitu:
(a) kehadiran ke sekolah
(b) kekemasan diri
(c) kebersihan kelas dan kawasan
(d) budi pekerti/keperibadian
(e) harta benda sekolah
(f) ujian & peperiksaan
(g) kegiatan kerohanian.

13.3. Tatacara Pelaksanaan Pemberian Markah Bonus (Merit) dan demerit


a. Markah merit/bonus dan demerit akan dicatat oleh guru dalam Kad Merit-Demerit Murid dan ditandatangani oleh guru
berkenaan dan juga murid.
b. Markah merit akan digunakan untuk memberi sijil, hadiah atau anugerah kepada murid yang layak.
c. Markah merit/demerit akan diberitahu kepada sekolah baru apabila murid berpindah ke sekolah lain.
d. Tindakan akan diambil ke atas murid yang mencapai markah demerit tertentu seperti yang ditunjukkan dalam Perkara
13.6
e. Markah Merit dan Demerit akan dikira secara berasingan.

13.4. Jadual Pemberian Markah Bonus (Merit)


a.Bidang Akademik
Kod Huraian Markah Merit
111 Mencapai semua A (7A atau 8A) dalam PMR 20 50
112 Mencapai 6A dalam PMR 18 40
113 Mencapai 5A dalam PMR 16 30
114 Mencapai 4A dalam PMR 14 20
115 Mencapai semua A dalam ujian & peperiksaan 12 50
116 Mendapat tempat pertama dalam ujian & peperiksaan 10 50
117 Mendapat tempat kedua dalam ujian & peperiksaan 8 40
118 Mendapat tempat ketiga dalam ujian & peperiksaan 6 30
119 Mencapai purata keseluruhan 80% ke atas dalam ujian & 8 50
peperiksaan
120 Mencapai purata keseluruhan 70% ke atas dalam ujian & 6 40
peperiksaan
121 Menunjukkan kemajuan ketara dalam ujian & peperiksaan 5-10 20-30
(peningkatan purata 5% ke atas)
b.Bidang Kokurikulum
Kod Huraian Markah Merit
211 Pengerusi Persatuan/Kelab/Badan Beruniform 20 50
212 Naib Pengerusi Persatuan/Kelab/Badan Beruniform 15 40
213 Setiausaha/Bendahari Persatuan/Kelab/Badan Beruniform 10 30
214 AJK Persatuan/Kelab/Badan Beruniform 8 10
215 Mewakili Malaysia dalam pertandingan antarabangsa 30 80
216 Mewakili Sarawak dalam pertandingan kebangsaan 20 50
217 Mewakili Miri dalam pertandingan negeri 15 30
218 Mewakili sekolah dalam pertandingan bahagian/daerah 10 20

c..Bidang Pengiktirafan dan Pencapaian Dalam Pertandingan

Kod Peringkat Johan Naib Tempat Sagu


Pencapaian Johan Ke-3 hati
311 Antarabangsa 40 100 35 70 30 50 28 30
312 Malaysia 25 70 22 50 20 40 15 20
313 Sarawak 20 50 18 30 15 20 10 15
314 Miri 15 30 12 20 10 15 8 10
315 Sekolah 10 20 8 15 5 10 3 8

d.Jawatan Khas Sekolah

Kod Nama Jawatan Markah Merit

411 Ketua Pengawas Sekolah 25 70


412 Timbalan Ketua Pengawas Sekolah 20 60
413 Ketua Pengawas Lelaki/Perempuan 15 50
414 Penolong Ketua Pengawas Lelaki/Perempuan 12 40
415 Pengawas Sekolah 10 30
416 Pengawas Pusat Sumber/3K/PRS/Kokurikulum 10 30
417 Ketua Kelas 10 20
418 Penolong Ketua Kelas 8 18
419 Lain-lain jawatan yang dilantik oleh pihak sekolah 5 15

e. Tatasusila/Sahsiah Murid

Kod Elemen Amalan Positif Markah Merit


511 Penuh perhatian dalam kelas 5 20
512 Rajin 5 20
513 Ketepatan masa 5 20
514 Kesyurkuran 5 20
515 Berpakaian kemas 5 20
516 Amanah dalam menjalankan tugas 5 20
517 Berani melaporkan kesalahan murid 5 20
518 Bertanggungjawab 5 20
519 Suka membantu guru 5 20
520 Suka membantu murid lain 5 20
521 Bercakap benar 5 20
522 Kekemasan dalam latihan akademik 5 20
523 Mengutamakan kebersihan 5 20
524 Bersopan santun 5 20
525 Membantu sekolah dalam menjayakan sesuatu projek 5 - 20 20-50
526 Amalan positif lain yang tidak ada dalam senarai 5 20

13.5. Jadual Pemberian Markah Demerit


a. Kehadiran Ke Sekolah
Kod Huraian Jenis Kehadiran Markah Demerit
881 Ponteng kelas (setiap waktu) 5 – 10
882 Ponteng sekolah (sehari) 10
883 Ponteng perhimpunan 5 – 10
884 Ponteng aktiviti kokurikulum/sukan 5 – 20
885 Ponteng kelas tambahan/ujian 10
886 Ponteng peperiksaan 10
442 Lewat ke sekolah 5
L001 Keluar kelas tanpa kebenaran 5
L002 Keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran 5

b. Kekemasan Diri
Kod Huraian Jenis Kekemasan Diri Markah Demerit
331 Rambut tidak sesuai @ rambut berfesyen 5
332 Kuku panjang/mengecat/menginai kuku 5
333 Bermisai/berjanggut 5
334a Baju/seluar tidak kemas 5
334b Pakai tali pinggang yang dilarang 5
334c Pakai kasut/stokin yang dilarang 5
334d Tiada lencana 5
335 Pakai barang hiasan yang dilarang 5
337 Warnakan/inaikan rambut 5
339 Tiada tag nama/ubahsuai tag nama 5
340 Memakai barang kemas 5
341 Guna alat solek 5
342 Guna pengikat rambut yang dilarang 5
343 Guna selipar 5
344 Guna kasut sukan (tiada kelas Pendidikan Jasmani) 5

c. Kebersihan Kelas & Kawasan


Kod Huraian Kebersihan Markah Demerit
661 Menconteng/merosakkan harta benda sekolah 10 – 30
662 Merosakkan harta benda guru 10 – 30
L003 Tidak menjalankan tugas membersih kelas & kawasan 5
L004 Kelas terkotor 5
L005 Buang sampah sarap/mengotorkan sekolah 5 – 10

d. Budi Pekerti/Keperibadian Murid


Kod Huraian Budi Pekerti Markah Demerit
111 Berjudi 20 – 50
112 Mencuri 20 – 50
113 Melawan/mengancam/memukul/mencederakan guru 30 – 50
114 Melawan/mengancam/memukul/mencederakan pengawas 30 - 50
115 Peras ugut 20 – 50
116 Ragging/membuli 20 – 50
117 Menjadi ahli pertubuhan haram/kongsi gelap 20 – 50
118 Menyalahguna dadah 30 – 50
119 Bawa barang larangan – alat tajam/bahan letupan/bahan 20 – 50
bakar
120 Mencabul kehormatan 30 – 50
121 Mengancam/ pukul/cederakan murid lain 30 – 50
122 Menceroboh bilik-bilik di sekolah 30 – 50 20-30
124 Menunjuk perasaan/ berpiket/ mengganggu ketenteraman 30 – 50
sekolah
125 Bertaruh secara besar-besaran 30 – 50
126 Bersubahat 20 – 50 10-20
130 Terlibat dalam gam/bahan haram 30 – 50
131 Makan/bawa/mengedar pil khayalan 30 – 50
221 Bercumbu-cumbuan 20 – 50
222 Hubungan sumbang/berkhalwat 20 – 50
223 Bawa barang larangan – bahan lucah 20 – 30
224 Mengintai murid-murid perempuan/ lelaki 20 – 30
225 Guna isyarat/perkataan lucah 20 – 30
226 Lukis/tulis kata-kata/gambar-gambar lucah 20 – 30
227 Berdua-duaan dalam keadaan yang mencurigakan 30 – 50 20-50
441 Berkeliaran di kawasan sekolah semasa P & P 5 – 20 5-10
444 Makan di kantin di luar masa rehat 5 – 20 5-10
554 Guna bahasa kasar/kesat 10
555 Membawa/memiliki/menyimpan rokok @ rokok elektronik 20 – 50
556 Menghisap rokok @ rokok elektronik 20 – 50
557a Buat bising/kecoh dalam kelas 10
557b Ganggu pengajaran dan pembelajaran guru 10 – 20 10

558 Tidak menghormati/biadap terhadap guru 20 – 50 10-20


559 Tidak menghormati/biadap terhadap pengawas 20 – 50 10-20
560 Minum minuman keras 20 – 50 10-20
561a Melawan murid/ pengawas/guru secara lisan 10 – 50 10-20
561b Tidak bekerjasama dengan guru/pengawas sekolah 10 – 20 10-20
562 Makan semasa pengajaran & pembelajaran 10
563 Makan Chewing gum/kuaci 10
L006 Jatuhkan imej sekolah 20 – 50
L007 Tulis laporan kepada akhbar tanpa kebenaran 20 – 50
L008 Tidak hormat lagu kebangsaan/negeri/sekolah 10
L009 Panjat tembok/pagar 20
L010 Bercakap bohong/menipu 10
L011 Guna nama samaran 10
774 Tiru tandatangan ibu bapa/guru/pelajar lain 10 – 30
881 Ponteng kerja amal 10
911 Mengancam/ memukul/ mencederakan murid lain 30 – 50
912a Masuk kawasan larangan 10 – 20
912b Bawa orang luar masuk kawasan sekolah tanpa kebenaran 10 – 30
pihak sekolah
912c Bawa barang larangan – alat elektronik 10
912d Bawa barang larangan – komik bergambar tidak senonoh, 10
majalah hiburan
912f Bawa barang larangan – blanco 10
912g Bawa barang larangan – kaset/CD/VCD/DVD 10
912h Bawa barang larangan – pita rakaman video/kamera 20
913 Kesalahan siber 10 – 30
914 Bawa barang larangan – telefon bimbit 20

e. Harta Benda Sekolah


Kod Huraian Markah Demerit
772a Tidak pulang buku SPBT ikut tarikh 10
772b Tidak pulang buku perpustakaan ikut tarikh 10
772c Tidak pulangkan harta sekolah ikut tarikh 10
661a Rosakkan bangunan sekolah 10 – 30 *
661b Rosakkan kerusi/meja/semua peralatan dalam kelas 10 – 30 *
661c Rosakkan taman sekolah/bunga 10 – 30 *
661d Rosakkan tandas 10 – 30 *
661e Rosakkan paip air/alat elektrik 10 – 30 *
662 Rosakkan/hilangkan harta benda guru/staf 10 – 20 *
663 Rosakkan/hilangkan harta benda kantin 10 – 20 *
664 Rosakkan/hilangkan harta benda murid 10 – 20 *
* termasuk denda/ ganti rugi

f. Ujian & Peperiksaan


Kod Huraian Markah Demerit
773a Tiru/cuba menolong kawan dalam ujian/peperiksaan 10 – 20 *
773b Ubah markah ujian/peperiksaan 10
L012 Tidak hantar kerja kursus/tugasan/latihan 10
L013 Tidak buat kerja rumah/kerja kursus 10
* Markah kertas tersebut akan diberi 0%

g. Kegiatan Rohani (Ikut Agama Masing-masing)


Kod Huraian Markah Demerit
889a Ponteng 10
442b Lewat 5

13.6. Tindakan Disiplin Berdasarkan Markah Demerit


Bil Markah Tindakan Disiplin
Demerit
Terkumpul
1. 10 50 Nasihat/Amaran oleh Guru Tingkatan @ Guru B & K
2. 20 70 Surat Amaran Pertama/Ibu Bapa@ Penjaga Dipanggil Ke Sekolah/Rotan Satu
Kali/Kerja Amal/ Sesi Kaunseling
3. 30 80 Surat Amaran Kedua/Ibu Bapa @ Penjaga Dipanggil Ke Sekolah/Rotan
2 Kali/Kerja Amal/Sesi Kaunseling
4. 40 90 Surat Amaran Ketiga/Ibu Bapa @ Penjaga Dipanggil Ke Sekolah/Rotan
3 Kali/Sesi Kaunseling
5. 50 100 Surat Gantung Sekolah/Ibu Bapa Dipanggil Ke Sekolah

You might also like