You are on page 1of 4

PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH

1. Kehadiran Sekolah.
1.1. Waktu persekolahan bermula pada pukul 7:20 pagi. Murid-murid dikehendaki berada
dalam kelas masing-masing pada pukul 7.20 pagi. Bagi Murid sesi petang kelas bermula pada
jam 1.30 tgh.
1.2. Kehadiran di sekolah dan dalam kelas adalah wajib dan mana-mana murid yang ponteng
sekolah/kelas akan dikenakan tindakan disiplin. (Pek. Ikt. Bil. 6/95)
1.3. Kehadiran diambil pada waktu pertama oleh guru tingkatan dan juga pada setiap waktu
pengajaran oleh guru-guru subjek.
1.4. Murid-murid yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu hendaklah memberitahu
pihak sekolah melalui surat ibubapa/penjaga atau Surat Akaun Doktor/pegawai kesihatan.
1.5. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti latihan jasmani atau sukan hendaklah
membuktikan dengan mengemukakan Surat Akaun Doktor atau Surat Ibubapa/Penjaga.
1.6. Kelas-kelas Tambahan/Gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan
wajib dihadiri.
1.7. Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan.
Mereka yang hendak keluar dari kawasan sekolah hendaklah mendapat kebenaran daripada
Pengetua atau guru-guru yang telah diberi kuasa oleh Pengetua.
1.8. Murid-murid yang hendak ke klinik hendaklah mendapat kebenaran keluar daripada
Pengetua atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa untuk memberi kebenaran. Murid-murid
berkenaan hendaklah pulang segera ke sekolah/rumah masing-masing setelah mendapat rawatan
dan menunjukkan kad/surat yang telah ditandatangani oleh pegawai perubatan apabila balik ke
sekolah.
1.9. Murid yang memerlukan rawatan perubatan harus mendapat kebenaran bertulis/surat
pengesahan daripada Pengetua atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa sebelum keluar
dari kawasan sekolah.
1.10. Selepas mendapat kebenaran, murid dikehendaki mencatat nama dan butir-butir yang
diperlukan di dalam buku pergerakan murid yang disimpan di pejabat sekolah. Sebelum keluar
dari kawasan sekolah, murid hendaklah memberitahu guru tingkatannya/guru subjek.
1.11. Murid yang hendak keluar ke tandas atau ke lain tempat hendaklah mendapat kebenaran
daripada guru yang mengajar pada masa itu dan bawa bersamanya kad kebenaran keluar.
1.12. Murid-murid yang tidak mengambil matapelajaran pilihan hendaklah berada di tempat
yang disediakan untuk belajar persendirian.
1.13. Murid yang sakit dan ingin balik ke rumah hendaklah memohon kebenaran daripada
pengetua atau mana-mana pegawai yang telah diberi kuasa untuk memberi kebenaran. Murid
hanya dibenarkan balik sekiranya ibu bapa atau penjaga datang untuk mengambilnya dari
sekolah.
1.14. Semua murid hendaklah terlibat aktif dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan
kesihatan, kecuali terdapat laporan kesihatan daripada doktor yang mengesahkan dia tidak
boleh terlibat.
1.15. Murid yang mendaftar untuk mana-mana kegiatan kokurikulum dan menjadi ahli kegiataan
tersebuthendaklah hadir semasa aktiviti tersebut diadakan.

2. Pakaian Seragam.
2.1. Pakaian seragam Murid Lelaki:
a. Seluar panjang/pendek warna hijau gelap.
b. Baju putih lengan pendek/panjang.
c. Kasut kanvas putih. (Pek. Ikt. Bil. 8/85)
d. Stokin putih. (-sda-)

2.2. Pengawas:
a. Pengawas lelaki memakai pakaian seragam biasa dan bertali leher.
b. Pengawas perempuan memakai pakaian seragam biasa/pengawas dan bertali leher atau
bertudung biru muda bagi pengawas perempuan Islam.

2.3. Pakaian seragam murid perempuan bukan Islam.


a. Pinafore.
b. Kasut putih.
c. Setokin putih.

2.4 Pakaian seragam murid-murid perempuan Islam.


a. Baju kurung potongan tradisional, leher teluk belanga, warna putih.
b. Memakai kain sarung.
c. Memakai kain tudung kepala dengan syarat kain tudung itu berwarna putih, berbentuk
tiga segi dua sama dan berukuran sesuai dengan murid yang memakainya.
d. Memakai kain tudung kepala berbentuk mini telekung berwarna putih.

2.5 Pemakaian lencana sekolah dan tanda nama adalah diwajibkan untuk semua murid.
Lencana dan nama hendaklah dipakai di sudut kiri bahagian atas dada atau di atas saku baju.
2.6 Murid-murid dibenarkan memakai tali pinggang; warna hitam atau coklat, lebar di
antara 2.5 cm/ 3 cm, kepala sama besar dengan tali pinggang, tanpa haisan.
2.7 Murid-murid dilarang sama sekali menggunakan alat solek dan barang-barang kemas
atau perhaisan tiruan.
2.8 Pakaian seragam hendaklah dipakai semasa hari persekolahan, waktu menghadiri kelas
atau aktiviti sekolah atau mengikuti rombongan kecuali dibenarkan oleh Pengetua. Pakaian
seragam wajib dipakai semasa peperiksaan.
2.9 Murid-murid dilarang memakai selipar ke sekolah, walaupun hari hujan.

3. Pakaian Pendidikan Jasmani (Bil. 12/78)


3.1. Murid-murid lelaki dan perempuan dikehendaki memakai baju T sekolah/ pakaian yang
sesuai yang lain daripada pakaian seragam sekolah ketika matapelajaran Pendidikan Jasmani
atau menyertai kegiataan kumpulan: pakaian hendaklah sesuai bagi membolehkan murid-murid
bergerak dengan bebas dan selesa dan yang dapat meresap peluh.
3.2. Murid-murid perempuan dibenarkan memakai seluar panjang waktu bermain atau
menjalankan Pendidikan Jasmani.
3.3. Murid-murid tidak dibenarkan memakai cermin mata yang berwarna gelap atau
berbentuk luar biasa.

4. Potongan Rambut. (Bil. 2/76)


4.1. Murid-murid lelaki tidak boleh berambut panjang.
Istilah rambut panjang adalah seperti berikut:
4.1.1. Di belakang: rambut jatuh melebih garisan di bawah cuping telinga.
4.1.2. Di depan: rambut menutup garisan tengah dahi.
4.1.3. Di sebelah: rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan
sideburn melebihi garisan tengah hidung.
4.1.4. Di atas: rambut lebih daripada 6 inci panjang.
4.1.5. Potongan rambut murid hendaklah mengikut stail yang dibenarkan dan bukan mengikut
fesyen semasa.
4.1.6. Murid-murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut. Murid yang mewarnakan rambut
akan diarahkan mewarnakannya semula seperti warna asli.
4.2. Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut atau jambang.
4.3. Bagi murid-murid perempuan, rambut hendaklah jangan jatuh ke bahu. Tetapi jika ada
murid perempuan berambut panjang mereka hendaklah mengikat rambut mereka sebagai toncang
atau ekor kuda dengan reben berwarna biru, putih atau hitam.

You might also like