You are on page 1of 43

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN

PENGOPERASIAN SEKOLAH 3.0


PENGURUSAN
PEMBUKAAN
SEKOLAH
Pembukaan sekolah - tertakluk
kepada ketetapan KPM berdasarkan
penilaian risiko ,nasihat dan
pandangan KKM dan MKM
Kehadiran murid ke sekolah -50% daripada enrolmen
keseluruhan.

Kapasiti murid setiap kelas -50%daripada jum.murid


dalam kelas dan murid hadir secara penggiliran minggu.

Bagi sekolah kurang murid (< 150 murid),kehadiran


murid secara bersemuka tanpa penggiliran berdasarkan
kumpulan yang hadir mengikut fasa PPN.
Sekolah hendaklah bersedia dari semasa ke semasa untuk
beroperasi mengikut Fasa yang ditetapkan oleh KPM

Sekiranya berlaku perubahan Fasa-sekolah akan


beroperasi 2 minggu selepas tarikh peralihan fasa
baharu.

Guru-guru mesti berada di stesen tempat bertugas dan


boleh hadir bertugas pada bila-bila masa.
TANGGUNGJAWAB /
PERANAN PIHAK
SEKOLAH
Pengurusan Prasarana
1. Memastikan kawasan dan bangunan sekolah
termasuk bilik darjah dibersihkan sebelum sesi
persekolahan bermula dan pada setiap hari selepas
tamat sesi persekolahan.

2. Memastikan semua bilik darjah PDP disusun atur


mengikut arahan penjarakan fizikal sebelum sekolah
dibuka. Susunan meja berada jarak dalam satu meter
antara satu dengan yang lain.
3. Memastikan pengusaha kantin hanya menyediakan
makanan berbungkus. Penggunaan kerusi, meja dan
ruang makan di kantin tidak dibenarkan.

4. Memastikan murid makan di dalam bilik darjah di


bawah seliaan guru pada waktu rehat.

5. Memastikan bilik kesihatan /sakit di sekolah


dijadikan bilik isolasi bagi murid bergelaja sebelum
mendapatkan rawatan.
6. Menyediakan bilik berasingan untuk guru
dan AKP yang masih belum menerima vaksin
lengkap atau tidak mengambil vaksin.

7. Memastikan permaidani,tikar dan skirting


meja tidak digunakan dalam bilik PdP.
8. Menyediakan pelan lokasi untuk diletakkan
tanda penjarakan fizikal dengan menggunakan
pita pelekat berwarna di lokasi yang bersesuaian
seperti di bilik PdP, kantin, bilik guru/pejabat,
masjid dan bilik-bilik khas.

9. Menyediakan pelan laluan pergerakan


terarah atau sehala.

10.Menyediakan tong sampah bertutup


11. Menyediakan sabun dan pensanitasi tangan
(hand sanitizer) di lokasi yang bersesuaian seperti
tandas, kantin, surau, bilik darjah dan bilik-bilik
khas.

12. Mempamerkan bahan bercetak mengenai langkah


kebersihan dan keselamatan di lokasi strategik seperti di
laluan murid, bilik darjah, kantin dan lain- lain tempat
yang sesuai.
PENGURUSAN
KESELAMATAN MURID,
GURU DAN WARGA
SEKOLAH.
1. Melaksanakan saringan pintu masuk untuk
memastikan murid, guru dan warga sekolah
berada dalam keadaan sihat untuk hadir ke
sekolah. Ini termasuk pemeriksaan suhu badan,
penggunaan pensanitasi tangan dan mengimbas
“My Sejahtera “. Mereka yang bergejala seperti
batuk, selesema dan suhu badan melebihi 37.5C
tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
2.Memastikan masa senggang diperuntukkan bagi
pengambilan suhu badan murid yang berjalan
kaki/berbasikal ke sekolah.

3.Melantik guru bertugas untuk mengawal


pergerakan murid di pintu masuk utama sekolah
semasa tiba dan pulang, memeriksa suhu badan
murid menggunakan alat pengimbas suhu badan dan
mengawal pergerakan murid semasa rehat.
4. Memastikan murid, guru dan warga sekolah
sentiasa mematuhi penjarakan sosial pada setiap
masa dengan pengawasan guru.

5. Memastikan hebahan mengenai langkah


kebersihan dan keselamatan dibuat melalui siar raya
waktu pagi, waktu rehat dan sebelum tamat sesi
persekolahan setiap hari.
6. Memastikan kedudukan murid dijarakkan dengan
selang satu tempat duduk apabila mereka menaiki
kenderaan sekolah seperti bas/van/coaster.

7. Mengingatkan murid untuk mematuhi dan


menggunakan laluan pergerakan yang disediakan.

8. Membekalkan pelitup muka kepada murid yang


bergejala dan mereka diasingkan di bilik
kesihatan/sakit sementara menunggu ibu
bapa/penjaga membawa mereka pulang.
9. Memastikan murid yang mempunyai masalah
berkaitan imuniti badan yang rendah sentiasa
memakai pelitup muka.

10. Memastikan guru bimbingan dan kaunseling


melaksanakan Ujian Minda Sihat secara berkala bagi
mengenal pasti murid yang terkesan dengan norma
baharu di sekolah.
11. Memberikan taklimat keselamatan kepada warga
sekolah termasuk kontraktor pembersihan dan
pengusaha kantin.

12. Memastikan tindakan diambil sekiranya terdapat


kes positif COVID-19 dalam kalangan murid, guru dan
warga sekolah.
13. Memastikan pihak luar yang bukan warga
KPM termasuk orang kenamaan tidak
dibenarkan masuk ke kawasan sekolah kecuali
bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan
sekolah dengan syarat telah divaksin lengkap.

14. Memastikan guru, AKP yang belum


divaksin mematuhi SOP yang telah ditetapkan
oleh KPM.
PENGURUSAN MURID,
GURU,WARGA
SEKOLAH YANG
BERGEJALA.
Pihak sekolah hendaklah mengambil tindakan
berikut :-

i. Mengasingkan murid ke bilik isolasi


ii Melaksanakan Ujian Kendiri Covid-19
iii. Memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga
iv. guru dan warga sekolah yang bergejala perlu
ke fasiliti kesihatan berhampiran
PENGURUSAN UJIAN
KENDIRI COVID -19
Jawatankuasa Pelaksana Ujian Kendiri Covid-19

i. Menyediakan tempat melaksanakan Ujian Kendiri.


ii. Merekodkan penerimaan dan penggunaan kit ujian
kendiri
iii.Memberi taklimat kepada semua pihak termasuk ibu
bapa
iv.Memberi hebahan tentang penggunaan kit ujian melalui
tayangan video dan bahan bercetak.
v. Merekod keputusan ujian kendiri covid
vi.Memaklumkan keputusan ujian kepada pentadbir.
TANGGUNGJAWAB
/ PERANAN IBU
BAPA/PENJAGA
1. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman
berkaitan dengan penularan jangkitan
COVID-19 :-

a. Memberi kesedaran kepada anak-anak jagaan


tentang penjarakan fizikan sebelum, semasa dan
selepas menaiki kenderaan.

b. Menasihati anak-anak agar tidak berjabat tangan


atau bersentuhan antara satu sama lain.
c. Menasihati anak-anak supaya sentiasa
mengamalkan kebersihan sebelum dan selepas
makan.

d. Mengalakkan ibu bapa sendiri yang menghantar


ada mengambil anak-anak jagaan.

e. Menyarankan ibu-bapa menyediakan makanan


dan minuman dari rumah.
f. Memastikan anak-anak mengambil sarapan yang
sesuai sebelum hadir ke sekolah.

g. Menasihati anak-anak agar tidak berkongsi


makanan dan minuman dengan murid lain.

h. Menjaga kebersihatan dan keselamatan anak-anak


jagaan sebelum dan selepas pulang dari sekolah
dengan kerap membasuh tangan dan mandi.
i. Memantau tahap kesihatan anak/anak jagaan, dan
memaklumkan kepada sekolah sekiranya bergejala
serta mendapatkan konsultasi kesihatan.

j. Tidak menghantar anak/anak jagaan ke sekolah


sekiranya bergejala.

k. Mematuhi peraturan yang dikeluarkan oleh


KKM, KPM dan pihak sekolah.
2. Membantu pihak sekolah membuat tanda
penjarakan fizikal dan mengawal pergerakan
murid semasa datang dan balik serta mengikut
keperluan pihak sekolah.

3. Membantu pihak sekolah menyediakan


pensanitasi tangan dan alat pengimbas suhu
badan untuk kegunaan pihak sekolah (jika
mampu dan berkeperluan)
TANGGUNGJAWAB /
PERANAN MURID
1. Semua pelajar wajib mematuhi SOP yang
telah ditetapkan semasa berada di
kawasan sekolah.

2. Menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya


suhu badan pelajar melebihi 37.5 C, pelajar
diminta pulang ke rumah dengan
menghubungi ibu bapa/penjaga. Pelajar
akan ditempatkan di bilik isolasi sementara
menunggu kehadiran ibu bapa mereka.
3. Pelajar digalakkan memakai pelitup muka semasa
berada di dalam bilik darjah. Pelajar wajib
memakai pelitup muka ketika berada di luar bilik
darjah.

4. Pelajar juga diwajibkan memakai pelitup muka


semasa berada di dalam bas/van sekolah.

5. Pelajar tidak dibenarkan mengubah kedudukan


tempat duduk semasa berada di dalam kelas.
6. Pelajar tidak dibenarkan berkumpul dalam satu-
satu masa. Pelajar tidak dibenarkan berada di
luar bilik darjah.

7. Pelajar hanya dibenarkan melalui laluan yang


telah ditetapkan mengikut arah pergerakan yang
telah ditanda.

8. Pelajar dilarang menghampiri kawasan-kawasan


larangan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
9. Hanya dua orang pelajar sahaja yang
dibenarkan masuk ke dalam tandas dalam
satu-satu masa.

10. Semasa waktu rehat, hanya enam orang


pelajar yang diwakilkan ke kantin untuk
mengambil makanan yang telah ditempah
lebih awal dan pelajar diminta makan di
dalam kelas di bawah kawalan guru.
11. Penggunaan bilik kesihatran/isolasi, hanya
pelajar sahaja yang dibenarkan berada di dalam
bilik tersebut sementara menunggu ibu bapa/
penjaga untuk dijemput pulang ke rumah
mengikut SOP bilik kesihatan/isolasi yang telah
ditetapkan hendaklah dipatuhi.

12. Pelajar tidak dibenarkan bergerak atau


memasuki bilik-bilik khas tanpa kebenaran
daripada guru.
13. Penggunaan masjid dibenarkan dengan
SOP yang telah ditetapkan oleh
jawatankuasa masjid.

14. Pelajar perlu bergerak pantas semasa


masuk ke kelas dan perlu
mengosongkan kelas semasa waktu
balik dengan segera.
PENYURAIAN MURID
MODEL 4

(PENYURAIAN MURID
SECARA BERPERINGKAT)
1.Murid bersurai secara
berperingkat mengikut
tingkatan.

2.Murid bersurai secara


berperingkat mengikut blok
bangunan dan aras
bangunan.
KAEDAH
PELAKSANAAN
MODEL 4
1.Penyuraian murid mengikut
tingkatan, lokaliti dan mod
pergerakan murid.

2. Tempoh masa penyuraian murid


antara 5 minit hingga 10 minit.

3.Guru kelas bagi mata pelajaran


waktu terakhir perlu menunggu
untuk menguruskan murid
bergerak keluar dari kelas.
4. Guru bertugas khas dan
pengawal keselamatan akan
bertugas di laluan danpintu
pagar sekolah untuk
memastiakn pergerakan murid
dengan teratur.

5. Kerjasama pihak PIBG/PIBK


dalam melancarkan
pergerakan murid.
SEKIAN,
TERIMA KASIH.

You might also like