You are on page 1of 2

SEBELUM KE SEKOLAH

1. Masuk ke kawasan sekolah hanya melalui Pintu Utama sahaja.


2. Murid yang sakit atau bergejala seperti demam, batuk, selsema dan sesak nafas tidak
dibenarkan datang ke sekolah.
3. Mengambil sarapan pagi.
4. Memakai pelitup hidung dan mulut (fask mask).
5. Menjaga kekemasan diri dan menyediakan bahan pembelajaran.
6. Membawa makanan dan minuman. Pihak pengusaha kantin hanya menjual makanan dan
minuman berbungkus dan murid diwajibkan makan dalam kelas.
7. Memberitahu ibu bapa atau penjaga bahawa mereka akan dipanggil ke sekolah untuk
mengambil anak yang sakit dan bergejala Covid 19.
8. Memberitahu ibu bapa yang berkenderaan sendiri supoaya mengambil anak tepat pada
masa tamat persekolahan.
9. Mengingatkan diri membawa paying atau baju hujan. Ini bertujuan untuk melicinkan
pergerakan murid apabila hari hujan.
10. Kenderaan ibu bapa dan bas sekolah tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah
walaupun hujan.

SEMASA DI DEPAN PINTU UTAMA MASUK KE SEKOLAH


1. Memastikan pelitup hidung dan mulut (face mask) dipakai dengan betul.
2. Murid diwajibkan menjalani pengimbasan suhu badan. Jika suhu badan melebihi 37.5c
murid diminta rehat sementara dan suhu badan akan diambil kali kedua.
3. Menuju ke kelas mengikut laluan pergerakan yang disediakan.
4. Memastikan penjarakan social satu meter semasa berjalan ke kelas.
5. Murid melaporkan suhu badan mereka kepada guru kelas untuk rekod dalam senarai
murid.

SEMASA TIBA DI SEKOLAH DAN KELAS


1. Semua murid dikehendaki berada di dalam kelas masing-masing mengikut senarai nama
yang telah ditetap oleh pihak sekolah.
2. Semasa di dalam kelas semua murid TIDAK DIBENARKAN berbual secara rapat, berkongsi
alat gulis, minuman dan makanan.
3. Kurangkan komunikasi fizikal dan sentiasa mengikut arahan guru.
4. Murid yang pergi ke tandas pada waktu PdPc perlu mendapat Pas daripada guru bertugas
di bilik disiplin.
5. Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik guru.
6. Semua murid digalakkan untuk memakai pelitup hidung dan mulut (face mask) apabila
berada di dalam kelas dan Kawasan sekolah. Pihak sekolah tidak menyediakan (face mask)
untuk murid-murid.
7. Semua murid digalakkan mencuci tangan dengan air dan sabun sekerap yang boleh.
8. Semua murid diwajibkan untuk melaksanakan penjarakan sosial (sekurang-kurangnya 1
meter) semasa di sekolah.
9. Tiada aktiviti kokurikulum dibenarkan.
SEMASA WAKTU REHAT
1. Semua murid tidak dibenarkan makan di kantin.
2. Pihak kantin hanya menjual makanan berbungkus dan minuman kotak sahaja.
3. Semua murid mesti makan dalam kelas iaitu di tempat duduk masing-masing.
4. Murid yang mencuci tangan di tempat singki yang disediakan perlu mengamalkan
penjarakan sosial dan mencuci tangan dengan cara yang betul.
5. Semasa menggunakan tandas pada waktu rehat, semua murid mesti mengamalkan
penjarakkan sosial dan jangan berkumpul beramai-ramai di dalam tandas. Semua murid
mesti beratur dalam jarak seperti yang ditandakan.

WAKTU PULANG
1. Murid bersurai secara berperingkat mengikut kelas.
2. Guru kelas bagi mata pelajaran waktu terakhir perlu menunggu untuk menguruskan murid
bergerak keluar dari kelas.
3. Murid bergerak dari kelas mengikut laluan pergerakan terarah ke pintu utama sekolah dabn
amalkan penjarakan sosial semasa berjalan.
4. Guru bertugas khas akan bertugas di laluan koridor untuk manakala guru bertugas harian
serta pengawal keselamatan akan bertugas di pintu pagar sekolah untuk memastikan
pergerakan murid dengan teratur.
5. Semasa di luar pintu utama sekolah, murid dikehendaki terus menuju ke arah kenderaan
masing-masing.
6. Murid yang menunggu ketibaan ibu bapa dilarang bercakap secara rapat dan berkumpul
secara ramai-ramai.
7. Perjarakan sosial mesti diamalkan semasa duduk di bangku tempat menunggu.
8. Kenderaan ibu bapa dan bas sekolah tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah
walaupun hujan.
9. Murid hendak terus balik ke rumah.

You might also like