You are on page 1of 28

SEKOLAH KEBANGSAAN

GEMUAN

PERATURA
N
SEKOLAH

2020
TANGGUNGJAWAB PELAJAR

 MENGHORMATI IBUBAPA, GURU-GURU DAN


PEMIMPIN MASYARAKAT

 MENUMPUKAN SEPENUH TENAGA DAN USAHA


DALAM MENCAPAI KECEMERLANGAN DIRI, AKADEMIK
DAN KOKURIKULUM

 MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH DAN UNDANG-UNDANG


NEGARA

 MENJAGA KESELAMATAN DIRI, AGAMA, BANGSA


DAN NEGARA

 MENJAGA IMEJ DAN NAMA BAIK KELUARGA, GURU DAN


SEKOLAH

 MENJAGA IMEJ DAN MENGANGKAT MARTABAT


BANGSA DAN NEGARA DI MATA DUNIA

1
PRINSIP RUKUNEGARA

1. Kepercayaan kepada Tuhan.


2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
3. Keluhuran Perlembagaan.
4. Kedaulatan Undang-undang.
5. Kesopanan dan Kesusilaan.

2
PERATURAN SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN GEMUAN

PERKARA 1 : WAKTU PERSEKOLAHAN


o WAKTU MULA PERSEKOLAHAN
Semua murid mesti berada dalam kawasan sekolah selewat- lewatnya
jam 6:50 pagi. Aktiviti pagi bermula tepat pada jam 7.00 pagi setiap
hari kecuali hari Isnin (Perhimpunan). Aktiviti pagi akan
dilaksanakan oleh guru yang telah dipertanggungawabkan.

o PRASEKOLAH
*Rujuk Jadual Waktu Persekolahan terkini

o TAHAP SATU (TAHUN 1-3)


*Rujuk Jadual Waktu Persekolahan terkini

o TAHAP DUA (Tahun 4, 5 dan 6)


*Rujuk Jadual Waktu Persekolahan terkini

o WAKTU KOKURIKULUM
Rabu (3:00 ptg - 5:00 ptg)

o MASA REHAT (Hari Persekolahan)


Isnin – Khamis (10:00 pg – 10:30 pg)
Jumaat (10:00 pg – 10:15 pg)

o KELUAR MASUK KELAS


Semua murid yang keluar masuk kelas semasa waktu pembelajaran
sedang berlangsung mestilah mendapat kebenaran guru yang
mengajar ketika itu.

3
o PERGERAKAN MURID
Semua murid mestilah berbaris dan beredar dengan senyap dan
pantas mengikut arahan guru semasa pergerakan ke bilik-bilik lain.

o KELUAR SEKOLAH
Semua murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam
masa persekolahan kecuali bersama ibu bapa/ penjaga/ waris murid/
Guru Bertugas Harian dengan menulis butir-butir tertentu di buku
rekod yang dikhaskan setelah dibenarkan oleh Guru Besar / Guru
Penolong Kanan.

PERKARA 2: PERHIMPUNAN KHAS / HARIAN


o Semua murid diwajibkan hadir dalam perhimpunan rasmi (Hari
Isnin) dan perhimpunan harian (hari Selasa - Jumaat)
o Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing
o Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas

PERKARA 3: KEDATANGAN
o Semua murid diwajibkan hadir tepat pada waktunya iaitu :
 pada semua hari persekolahan
 kelas-kelas bimbingan/tambahan atau pemulihan
 aktiviti kokurikulum
 sebarang acara rasmi sekolah

o Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat akuan doktor


atau keterangan daripada ibu bapa / penjaga. Tanpa maklumat
tersebut, murid dianggap ponteng.

o Ibu bapa / penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika murid


tidak hadir dan diminta memberi penjelasan. Sekiranya pihak
sekolah tidak menerima keterangan bertulis, tindakan-tindakan
berikut akan diambil;
 Tidak hadir tiga hari pertama tanpa sebab, surat
amaran pertama dihantar.

4
 Tidak hadir tujuh hari seterusnya tanpa sebab, surat
amaran kedua dihantar.

 Tidak hadir tujuh hari seterusnya, surat tindakan


menggugurkan nama murid daripada sistem
APDM dihantar kepada ibu bapa atau penjaga.
Salinannya dihantar kepada Pejabat Pendidikan
Daerah Meradong.
 Dalam masa persekolahan, murid-murid tidak
dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa
kebenaran Guru Besar/Guru-guru Penolong
Kanan/Guru Bertugas.
 Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan
berlangsung atau diambil oleh ibu bapa
diwajibkan mengisi buku kebenaran keluar sekolah
yang terdapat di pejabat am.

PERKARA 4: PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH


o Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana
dipakai setiap hari persekolahan, menghadiri upacara-upacara
rasmi sekolah dan semasa membuat lawatan rasmi.
o Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah
semasa pergi ke sekolah dan sehingga balik ke rumah (kecuali ada
terlibat dengan matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)
o Pakaian Seragam Murid Lelaki
 Seluar bagi murid lelaki ialah seluar panjang biru tua (navy
blue).
 Sekiranya bertali pinggang adalah jenis yang kepalanya
tidak besar atau berhias. Lebar tali pinggang tidak melebihi
1 ½ inci atau 3.75cm. Warna tali pinggang sama ada hitam
atau biru tua.
 Baju adalah berwarna putih dan berlengan pendek/panjang

5
 Kasut bagi murid-murid sekolah adalah kasut “canvas”
berwarna hitam atau putih dan stokin hendaklah berwarna
hitam atau putih juga.
 Penggunaan kasut sekolah berwarna hitam akan diwajibkan
sepenuhnya bermula Tahun 2021.

 Rambut dan kuku murid-murid lelaki mestilah sentiasa kemas


dan pendek. Rambut tidak boleh diwarnakan dengan sebarang
warna. Kuku mestilah dipotong pendek dan tidak boleh dicat
atau diinai.

Pakaian Seragam Murid Perempuan

 Murid perempuan muslim perlu berbaju kurung berwarna putih


dan kain sarung berwarna biru tua. Murid-murid perempuan
bukan muslim juga boleh berbaju kurung atau mengenakan
“pinafore tunic” berwarna biru tua (navy blue) yang labuhnya
sampai ke lutut.

 Murid-murid perempuan muslim juga dibenarkan memakai


tudung atau mini telekung dengan syarat tudung itu berwarna
putih dan berbentuk segi tiga dua sama dan tidak berenda
ditepinya.

 Kasut bagi murid-murid sekolah rendah adalah kasut “kanvas”


berwarna putih. Stokin juga hendaklah berwarna putih.

 Murid perempuan bukan Muslim yang berambut panjang


hendaklah diikat kemas dengan menggunakan riben hitam,
putih atau biru. Rambut tidak boleh diwarna dengan sebarang
warna. Murid perempuan juga dilarang menyimpan kuku
panjang dan mewarnakannya dengan cat kuku dan inai.

 Murid-murid dilarang memakai sebarang alat solek walaupun


nipis kecuali murid-murid yang terlibat dalam program sekolah
dengan kebenaran guru.

6
 Murid-murid tidak dibenarkan memakai atau membawa
barang-barang kemas seperti gelang, rantai leher, anting-
anting, cincin dan lain-lain.

Pakaian Semasa Sukan / Pendidikan Jasmani / Aktiviti Ko-


Kurikulum

 Semua murid mesti memakai Baju T (T-Shirt) sukan


sekolah atau baju T rumah sukan mengikut rumah
masing- masing.

 Kasut dan stokin – kasut getah atau kanvas dan stokin.

 Semua murid mesti memakai seluar panjang (track


bottom) berwarna biru tua/gelap dan tidak bercorak
(kecuali diarahkan oleh guru sukan untuk menggunakan
sseluar pendek dalam situasi tertentu).

Tanda Nama dan Lencana Sekolah

 Semua murid dikehendaki memakai tanda nama dan


lencana sekolah yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

7
.
Ref: K.P (BS) 8543 / Vol. ii (58)

8
9
10
11
PERKARA 5: KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH

o BILIK DARJAH / KELAS

 Tanggungjawab semua murid.


 Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas dan
murid mesti mematuhinya.

 Setiap kelas mempunyai sudut pembelajaran dan menghias


kelas dengan bahan-bahan akademik.

 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi dan meja mesti disusun


dengan teratur. Lampu dan kipas mesti ditutup suisnya. Pintu
dan tingkap ditutup.

 Semua murid tidak dibenarkan memindahkan


kerusi/meja/perabot antara kelas kecuali dengan arahan guru

o KAWASAN SEKOLAH

 Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.


Sampah yang ditemui hendaklah dipungut dan dibuang ke
dalam tong sampah.

 Dilarang meludah merata-rata.

 Dilarang menconteng dinding dan seumpamanya dengan


sebarang bahan. Semua murid dilarang mengotori kawasan
sekolah.

o TANDAS SEKOLAH
 Semua murid mesti menggunakan tandas dengan betul,
menjaga kebersihan serta dilarang membuang sampah ke dalam
lubang tandas.

12
 Semua murid dilarang menconteng dinding tandas.
 Murid-murid hendaklah berjimat menggunakan air dan
menutup paip setelah digunakan.
 Murid-murid hendaklah melaporkan segera sebarang kebocoran
atau kerosakan tandas kepada guru.

o PAPAN KENYATAAN

 Sebarang kenyataan yang ditampal / ditulis mesti mendapat


kebenaran guru. Hanya gambar / maklumat yang sesuai sahaja
yang ditampal.

 Kenyataan yang lama atau tamat tempoh masa mesti


ditanggalkan.

 Semua murid mestilah menghargai maklumat di papan


kenyataan dan tidak memindah kenyataan yang ada di papan
kenyataan.

o HARTA BENDA SEKOLAH

 Adalah menjadi tanggungjawab semua murid menjaga harta


benda sekolah yang terdapat dalam kelas, makmal komputer,
makmal sains, bilik kemahiran hidup, bilik seni, bilik-bilik
akses kendiri, pusat sumber, surau, stor kantin, dewan, padang,
bilik persalinan, tandas dan di mana-mana sahaja dalam
kawasan sekolah.

 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera


kepada guru. Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah
diganti oleh murid sendiri.

 Semua bentuk harta benda yang dipinjam hendaklah


dipulangkan / diletakkan ke tempat asalnya dalam keadaan
baik.

13
14
PERKARA 6: KAWASAN LARANGAN

o Kawasan larangan merupakan kawasan yang pelajar tidak


dibenarkan masuk tanpa urusan / tanpa kebenaran guru.
 Pejabat, bilik guru, semua bilik khas seperti bilik makan RMT,
bilik Agama, pusat sumber, bilik SPBT, bilik server, bengkel,
tandas guru dan bilik-bilik lain.
 Bangunan sekolah seperti rumah guru juga merupakan kawasan
larangan bagi murid kecuali dengan arahan guru.
 Stor / bilik-bilik rehat pekerja.
 Padang sekolah
 Koridor sebelah belakang bangunan dan kawasan belakang
bangunan.

PERKARA 7: BILIK MAKAN RMT


o Semua murid mesti makan di bilik RMT sekolah.
o Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke tempat memasak atau
tempat penyediaan makanan.
o Semua murid dilarang membeli makanan dari luar kawasan sekolah.
o Semua murid hendaklah mengamalkan adab sopan
semasa makan dan minum. Kertas, plastik makanan / minuman
hendaklah dimasukkan ke dalam tong sampah.
o Semua murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas.

PERKARA 8: TATATERTIB DAN KESOPANAN


o Setiap murid wajib mengenal semua guru dan kakitangan sekolah.

15
o Setiap murid wajib menghormati guru-guru / kakitangan
sekolah/pelawat dan sesama pelajar.
o Ucapan salam hendaklah diberikan apabila berjumpa sesama Islam
dan ucapan selamat sejahtera bagi bukan Islam.
o Semua murid mesti menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik
sepanjang persekolahan dan menjaga nama baik sekolah.
PERKARA 9: BILIK AGAMA / PUSAT SUMBER DAN BILIK J-Qaf
o Penggunaan bilik-bilik yang dinyatakan di atas mestilah bersama-
sama guru. Murid- murid dilarang masuk tanpa guru.
o Murid-murid tidak dibenarkan membawa masuk beg sekolah dan
membawa keluar sebarang peralatan daripada bilik-bilik ini kecuali
dengan arahan guru.
o Murid-murid dilarang membuat bising, makan minum, bergurau-
senda atau berkejar-kejaran di dalam bilik-bilik ini.
PERKARA 10: PERATURAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI BILIK
DARJAH
o Pastikan komputer riba 1 Malaysia bersih dan tiada habuk di atasnya.
o Jangan bersihkan komputer dengan kain basah atau bahan
berminyak.
o Dilarang meletakkan sebarang alat yang berat di atas komputer.
o Dilarang meletakkan makanan dan minuman berhampiran
dengan komputer. Dilarang menconteng di atas komputer.
o Gunakan username dan password yang ditetapkan / dibenarkan
sahaja.
o Membuka dan menutup komputer dengan prosedur yang betul.
o Tidak dibenarkan mengubah konfigurasi dan setting program
komputer.

16
o Dilarang memasukkan screen saver, gambar dan perisian luar atau
memuat turun dari internet ke dalam komputer.
o Semua fail hendaklah disimpan dalam folder Server yang
ditetapkan sahaja.
o Dilarang menggunakan “Flash Drive” yang digunakan di rumah
melainkan dengan kebenaran guru.
o Kerapkan “Scan virus” supaya komputer tidak “hang” selalu.
o Tutupkan semua soket elektrik setelah digunakan.
o Sekiranya menggunakan peralatan sokongan seperti Manual IT, Mic,
Headphone dan sebagainya hendaklah dipulangkan selepas
digunakan di tempat asalnya.
o Murid-murid perlu ikut arahan guru sebelum memasuki atau
mencuba perisian baru.
o Sekiranya ada kerosakan pada alat komputer hendaklah
diberitahu kepada guru dengan segera.
o Kehilangan peralatan komputer adalah tanggungjawab kelas
masing-masing.

PERKARA 11: KOKURIKULUM

o Semua murid Tahap 2 diwajibkan mengambil bahagian dalam


aktiviti kokurikulum (*tahun 3 digalakkan). Aktiviti yang
dilaksanakan ialah :
 Kelab dan Persatuan
 Pasukan Beruniform / Pakaian Seragam
 Sukan / Permainan
o Kedatangan adalah wajib dan setiap murid dikehendaki hadir dan
menyertai kegiatan yang diambil. Kehadiran akan direkodkan.
o Murid-murid mesti memakai pakaian mengikut aktiviti yang
disertai iaitu Unit Beruniform / pakaian sekolah / pakaian sukan.

17
o Semua murid tidak dibenarkan menjalankan aktiviti tanpa
kehadiran Guru Penasihat.
o Aktiviti kokurikulum sekolah ditetapkan pada hari Rabu mulai
jam 3:00 petang hingga 5:00 petang.
o Semasa aktiviti kokurikulum sedang dijalankan, murid-murid
tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah.
o Setiap hari Rabu di sebelah pagi, semua murid Tahap 2
diwajibkan memakai baju Unit Beruniform yang mereka sertai.
o Sekiranya aktiviti KK dijalankan di luar sekolah (seperti mewakili
sekolah dalam pertandingan), , ibu bapa/penjaga murid akan
sentiasa diberitahu.

PERKARA 12: SENARAI SALAH LAKU

TINGKAH LAKU JENAYAH


o Berjudi
o Mencuri
o Melawan guru
o Melawan pengawas
o Mengancam guru
o Mengancam pengawas
o Mengancam murid
o Memukul guru
o Memukul pengawas
o Memukul murid
o Mencederakan guru
o Memeras ugut
o Membuli
o Menganggotai kumpulan haram/kongsi gelap
o Mencederakan murid
o Menyalahguna dadah
o Membawa senjata berbahaya
o Mencabul kehormatan
o Menceroboh bilik khas

18
o Menceroboh kedai PIBG, Pejabat sekolah
o Menceroboh bilik guru
o Mengedar dadah
o Menunjukkan perasaan/berpiket
o Mengganggu ketenteraman sekolah
o Menaruh secara besar-besaran

TINGKAH LAKU LUCAH


o Bercumbu-cumbuan
o Berdua-dua tanpa tujuan (khalwat)
o Membawa bahan-bahan lucah ke sekolah
o Mengintai murid-murid perempuan
o Menggunakan perkataan lucah
o Melakukan perkataan lucah
o Menulis perkataan lucah
o Melukis gambar-gambar lucah

TINGKAH KURANG SOPAN DAN BIADAP


o Berkelakuan kasar terhadap guru
o Berkelakuan kasar terhadap pengawas
o Berkelakuan kasar terhadap murid
o Berbahasa kesat
o Menyimpan rokok
o Menghisap rokok
o Mengganggu pengajaran dan pembelajaran
o Tidak menghormati guru
o Tidak menghormati pengawas

TINGKAH LAKU MUSNAH


o Merosakkan harta benda sekolah
o Merosakkan harta benda Guru Besar dan guru-guru
o Merosakkan harta benda murid lain

TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR / MENIPU

19
o Menipu yang melibatkan wang
o Menipu yang melibatkan kepercayaan

PONTENG
 Ponteng kelas
 Ponteng sekolah
 Ponteng perhimpunan
 Ponteng kegiatan luar bilik darjah
 Ponteng kegiatan kokurikulum
 Ponteng ujian
 Ponteng peperiksaan

TINGKAH LAKU TIDAK MEMENTINGKAN MASA


 Berkeliaran di kawasan sekolah
 Datang lewat ke sekolah
 Lewat ke perhimpunan
 Makan di kantin pada waktu pembelajaran

KEKEMASAN DIRI
 Rambut panjang
 Fesyen rambut keterlaluan
 Berkuku panjang
 Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah
 Memakai barang-barang kemas
LAIN-LAIN KESALAHAN
 Tidak menyiapkan kerja sekolah
 Membuang sampah merata-rata

PERKARA 13 : PEPERIKSAAN
 Murid-murid mesti mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan
sekolah
 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah
walaupun waktu peperiksaan berakhir lebih awal dari waktu sekolah
kecuali mendapat arahan daripada Guru Besar
 Murid-murid yang mengambil peperiksaan semasa cuti sekolah
20
tidak dikecualikan daripada mematuhi peraturan-peraturan dan
undang-undang sekolah

PERKARA 14: KESELAMATAN MURID-MURID


 Keselamatan diri adalah tanggungjawab murid sendiri
 Murid mestilah sentiasa menjaga keselamatan diri semasa
menjalankan aktiviti persatuan / kelab / sukan / permainan dan
aktiviti di dalam bilik darjah / bengkel
 Kemalangan akibat kelalaian sendiri bukan tanggungjawab sekolah
 Sebarang gangguan dari pihak luar hendaklah dilaporkan kepada
pihak sekolah
PERKARA 15: PERTUKARAN SEKOLAH
 Dibenarkan hanya dengan kebenaran / kehendakan ibu bapa atau
penjaga
 Sekiranya murid dari kelas peperiksaan (UPSR) ibu bapa penjaga
hendaklah memastikan pertukaran Pusat Peperiksaan telah dibuat

PERKARA 16: BAYARAN


 Bayaran awal tahun persekolahan mestilah dijelaskan dalam jangka
masa yang ditetapkan (untuk membeli buku aktiviti dan bayaran
yuran).

PERKARA 18: SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)


 Semua murid mesti menjaga buku-buku teks pinjaman dengan baik
 Tulis nama, kelas dan tahun di ruangan yang disediakan
 Semua buku pinjaman mestilah dipulangkan dalam keadaan baik ;

 pada akhir tahun


 diberhentikan sekolah
 diarah oleh pihak sekolah

PERKARA 19: SURAT PEKELILING GURU BESAR


 Semua surat pekeliling yang dihantar kepada ibu bapa melalui anak-

21
anak hendaklah disampaikan dengan penuh amanah
 Serahkan borang-borang jawapan daripada ibu bapa (jika ada)
dengan penuh amanah kepada guru kelas / Guru Besar

22
PERKARA 20: HAL-HAL LAIN

 Semua murid tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk alat


permainan
 Semua murid dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah.
 Dilarang sama sekali membawa benda-benda tajam ke sekolah
 Dilarang membawa komik atau benda-benda yang tidak berkaitan
dengan pelajaran termasuk pita video atau disket
 Murid-murid dilarang berniaga dalam kawasan sekolah
 Murid-murid tidak digalakkan membawa lebih wang dalam jumlah
yang banyak ke sekolah kecuali dengan tujuan-tujuan yang tertentu,
misalnya untuk membeli buku
 Ibu bapa tidak dibenarkan berada bersama murid di dalam kelas atau
di kawasan sekolah walaupun anak dalam kelas tahun satu. Proses
menemani anak, cuma dibenarkan pada hari pertama persekolahan
sahaja.

23
RUJUKAN

ORDINAN PELAJARAN 1957

Peraturan-Peraturan pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.


BUKU-BUKU PANDUAN
 Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Am Disiplin Sekolah-sekolah,
Percetakan Adabi, 1981.
 Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai
Disiplin Murid-murid Sekolah, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka,
1982.
 Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan dan Tatacara Disiplin Sekolah
Untuk Guru Besar dan Guru, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka,
1983.
 Unit Disiplin, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Panduan Bagi Mengatasi masalah Ponteng Sekolah, Percetakan Watan
Sdn Bhd, 1994.

SURAT-SURAT PEKELILING IKHTISAS

A. TINDAKAN JENAYAH DAN TINGKAHLAKU SOSIAL


 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1982. Permainan „Pin-table‟, Video
Game, Game Watch, 01.10.1982.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1991. Pelaporan Kejadian Tidak
Diingini.

B. PERATURAN/ TINDAKAN DISIPLIN


 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1968. Pembuangan Murid-Murid
Daripada Sekolah-Sekolah Kerana Kelakuan Curang, 10.09.1968.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1968. Tatatertib di Sekolah-Sekolah
18.09.68.
 Surat pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1968 dan 8/1968. Tambahan Kepada
Surat pekeliling „Profesional‟ Kementerian Pelajaran (Gantung
Persekolahan 12.10.1968).
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1972. Peraturan-Peraturan (Tatatertib
Sekolah) Pelajaran 1959, 04.02.1972.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9/1975. Disiplin di Sekolah: Peraturan-
Peraturan Sekolah Untuk Murid-Murid, 04.11.1975.

24
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11/1976. Mengharamkan Semua Jenis
Permainan Judi di Sekolah-Sekolah, 09.10.1976.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1983. Mengenakan Hukuman Biasa
Terhadap Murid-Murid Yang Melakukan Perbuatan-Perbuatan Salahlaku
Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran,
07.11.1983.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/ 1988. Keselamatan Diri Pelajar Di
Sekolah, 01.03.1988.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1991. Tatakelakuan Pelajar Ketika di
Masjid, 05.02.1991.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1992. Pengharaman Pensil
Berbentuk Alat Suntikan (Syringe) Di Sekolah-Sekolah, 27.07.1992.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1996. Perlaksanaan Kuasa Disiplin
dan Hukuman Di Sekolah, 03.09.1996.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/2003. Kuasa Guru Merotan Murid,
29.10.2003.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/2009. Penguatkuasaan Larangan
Membawa dan Menggunakan Telefon Bimbit Oleh Murid Di Sekolah,
25.05.2009.

C. RAMBUT DAN PAKAIAN


 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1976. Potongan Rambut Murid-
Murid, 07.01.1976.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1983. Pakaian seragam Murid-Murid
Sekolah, 09.03.1983.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1985. Pakaian Seragam Murid-Murid
Sekolah (Pindaan), 12.11.1985.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1992. Pemakaian Tudung/ Mini
Telekung bagi Pelajar-Pelajar Perempuan, 14.02.1992.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1993. Pakaian Seragam Sekolah,
03.06.1993.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1996. Penampilan Diri Pelajar,
Kekemasan Dan Kerapian Berpakaian, 24.06.1996.

D. BERKENAAN DENGAN TEMBAKAU


 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6A/1975. Disiplin – Murid-Murid
Menghisap Rokok, 0509.1975.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1975. Salah Guna Dadah – Garis
Panduan Untuk Guru dan Guru Besar, 19.08.1975.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1979. Laporan Murid-Murid Dalam
Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah yang Memerlukan Pertolongan,
26.03.1979.

25
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1997. Hukuman Ke Atas Murid
Menghisap Rokok, 22.05.1997.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5/1997. Sekolah Sebagai Kawasan
Larangan Merokok.

E. UMUM
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1977. Pengelolaan Walkhaton di
Sekolah-Sekolah, 27.09.1977.
 Surat pekeliling Ikhtisas Bilangan 9/1977. Menganjur dan Menjual
Loteri di Sekolah, 03.10.1977.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1978. Acara Suaikenal Di
Sekolah- Sekolah, 02.05.1978.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1983. Larangan Permainan
Bahan- Bahan Letupan, 23.04.1983.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1983. Garis Panduan Mengenai
Pungutan Derma Melibatkan Murid-Murid Sekolah, 14.06.1984.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1984. Tambahan Kepada Surat
Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1984 – Perhimpunan Sekolah,
10.09.1984.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1998. Program Skim Lencana
Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah
(SLAD), 03.02.1988.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5/1988. Penyakit Demam
Kepialu (Tifoid), Taun (Kolera), Penyakit Kuning (Hepatitis B) dan
Keracunan Makanan. 10.03.1998.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1988. Penyertaan Pelajar
Dalam Pertandingan atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan atau
Badan Induk Sukan, 10.03.1988.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12/1989. Garis Panduan Dari
Segi Pencegahan Kebakaran Bagi Bangunan dan Asrama,
09.12.1989.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1994, Menanam Semangat
Patriotisme Di Kalangan Pelajar dan Senaman Ringkas Dalam Bilik
Darjah, 12.09.1994.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1995. Keselamatan Diri Pelajar
Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta
Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Sekolah,
06.04.1995.

26

You might also like