You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN XXXXX.

Kepada,
Guru Kelas Tahun 6 dan Tahun 1
Puan,
JADUAL LAWATAN PASUKAN KESIHATAN SEKOLAH (PKS) 2015
Dimaklumkan Unit Perkhidmatan Kesihatan Sekolah akan mengadakan lawatan bagi tujuan
pemeriksaan kesihatan dan suntikan pelalian kepada murid Tahun 6 dan Tahun 1.
Sehubungan dengan itu, guru kelas yang berkenaan diminta mengambil tindakan tentang
perkara berikut :
1. Menyediakan BUKU RKM 1 (Rekod Kesihatan Murid) untuk setiap murid dan
lengkapkan setiap helaian maklumat yang berkaitan terutama helaian kebenaran
ibubapa/penjaga wajib ditandatangani. Bagi murid yang tidak mempunyai buku
RKM, sila dapatkan borang kebenaran daripada Guru Penyelaras Kesihatan dan wajib
ditandatangani oleh ibubapa/penjaga.
2. Melakukan ukuran tinggi, berat badan dan pemeriksaan mata dan perlu
direkodkan dalam buku RKM 1.
3. Melengkapkan senarai maklumat kesihatan murid. Sila asingkan nama murid
lelaki dan perempuan.
4. Murid yang mempunyai masalah kesihatan dan mendapat rawatan serta temu
janji dari klinik/hospital, minta ibu bapa menyertakan salinan laporan perubatan
dan kepilkan di dalam buku RKM 1 murid.
5. Guru kelas berada bersama anggota PKS semasa pemeriksaan dijalankan.

Buku RKM 1, murid dan senarai maklumat kesihatan murid perlu diserahkan kepada Guru
Penyelaras Kesihatan, dua minggu selepas surat ini diedarkan. Sebarang masalah boleh
berhubung dengan Guru Penyelaras Kesihatan.

Sekian, terima kasih.


Saya yang menjalankan tugas, Disahkan oleh,

( ) ( )
Guru Penyelaras Kesihatan SKHB.

You might also like