You are on page 1of 6

KELAB 3K (KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KESELAMATAN) SEKOLAH KEBANGSAAN BELIAU ISA

PENDAHULUAN

Kelab 3K (Kebersihan,Keceriaan, dan Keselamatan) Sekolah Kebangsaan Beliau Isa telah ditubuhkan pada Februari 2009. Kelab ini adalah dibawah naungan Guru Besar SK Beliau Isa, Encik Pendek Bin Nayan. Di bawah ini merupakan carta organisasi Jawatankuasa Induk 3K serta Kelab 3K SK Beliau Isa.

CARTA ORGANISASI JAWANKUASA INDUK 3K SK BELIAU ISA


PENASIHAT ENCIK PENDEK BIN NAYAN GURU BESAR PENGERUSI ENCIK KHALIL BIN ABDUL RAZAK PK HEM SETIAUSAHA ENCIK ARIFF BIN KAMIS @ SHARIFF BENDAHARI CIK KHO LING HONG PK AKADEMIK AHLI JAWATANKUASA 1

SEMUA GURU DAN AKS

CARTA ORGANISASI KELAB 3K SK BELIAU ISA 2010


PENAUNG ENCIK PENDEK BIN NAYAN GURU BESAR GURU PENASIHAT ENCIK ARIFF BIN KAMIS @ SHARIFF PUAN LIZA A/K UWEI PENGERUSI AIDAWATI BINTI MUSIT TIMBALAN PENGERUSI MOHD SHAHRUL IZZAN BIN RABAHA SETIAUSAHA FAMELIA BINTI AZWAN RIZAL AHLI SEMUA MURID

AKTIVITI-AKTIVITI KELAB 3K

Pada tahun 2009, beberapa aktiviti telah dijalankan oleh Kelab 3K SK Beliau Isa. Aktiviti pertama ialah gotong royong membersihkan persekitaran sekolah. Ia diadakan daripada pukul 7.00 pagi hingga 7.10 pagi pada setiap hari persekolahan. Gotong royong mingguan pula diadakan setiap hari Rabu selama satu jam bermula daripada 2.00-3.00 petang. Aktiviti yang dijalankan termasuklah mengutip sampah sarap, mencuci longkang, membersihkan kelas serta mencuci dinding sekolah.

Aktiviti kedua yang dijalankan ialah gotong royong sempena Kempen Membasmi Demam Denggi. Aktiviti yang dijalankan ialah mengutip tin-tin dan botol-botol kosong, membersihkan tangki yang dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, dan menggantikan air dalam pasu bunga seminggu sekali. Parit-parit juga dibersihkan untuk mengelakkan nyamuk aedes membiak.

Seterusnya, Kelab 3K juga menjalankan projek tanaman bunga raya di sekitar kawasan sekolah. Pokok bunga raya kuning dipilih sebagai bunga pilihan untuk ditanam di sudutsudut yang menarik dan sesuai.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMELIHARA ALAM SEKITAR

Kelab 3K juga mengambil langkah-langkah perlu bagi tujuan memelihara sumbersumber kita (conserve our serources). Pihak sekolah hanya menggunakan air hujan dan air bawah tanah sebagai sumber untuk minuman dan lain-lain keperluan di sekolah seperti 3

memasak untuk RMT(Rancangan Makanan Tambahan). Air hujan ditadah menggunakan tangki-tangki yang dibekalkan oleh pihak kerajaan. Selain itu, air bawah tanah digunakan untuk menyiram pokok-pokok bunga serta untuk membersihkan kawasan sekolah. Dengan tidak menggunakan air paip, secara tidak langsung ia akan mengurangkan penggunaan air secara berlebihan atau membazirkan air iaitu sumber paling penting dalam kehidupan kita.

Selain itu, sekolah hanya menggunakan jenerator sebagai sumber elekrik. Jenerator ini berfungsi membekalkan bekalan elektrik 24 jam di semua bangunan sekolah termasuklah kuarters guru. Dengan hanya menerima bekalan sumber daripada jenerator, sekurangkurangnya pihak sekolah dapat menjimatkan penggunaan sumber asli yang semakin susut sekarang. Untuk pengurusan sisa buangan, sampah sarap yang boleh reput dalam masa yang singkat akan dikumpulkan dan ditanam di tempat yang dikhaskan. Dalam usaha oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan penggunaan barangan yang dihasilkan oleh sumber alam sekitar, banyak usaha dilakukan oleh pihak sekolah untuk menyahut cabaran ini. Antaranya ialah mengurangkan penggunaan bekas-bekas plastik untuk membungkus makanan. Untuk program RMT, murid diwajibkan membawa bekas makanan daripada rumah. Selain itu, untuk program reuse, kertas-kertas terpakai akan digunakan semula dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

Kelab juga mengadakan program recycle untuk semua ahli. Ahli-ahli digalakkan untuk mengumpulkan barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas, tin aluminium, botol kaca. Program ini dilakukan di rumah dengan kerjasama ibu bapa dan keluarga. Barangan yang telah dikumpul akan dijual kepada pengumpul barang-barang lusuh.

Untuk keceriaan sekolah, pihak sekolah telah menjalankan projek yang bertujuan mencantikkan kawasan sekolah. Penanaman pokok-pokok bunga seperti bunga raya serta tumbuh-tumbuhan yang mempunyai kegunaan seperti serai dan lain-lain lagi diharap mampu menceriakan persekitaran sekolah

USAHA-USAHA PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR DAN SUMBER-SUMBER ASLI

Setakat ini, penerapan nilai cintakan alam sekitar diterapkan oleh guru-guru semasa proses Pengajaran & Pembelajaran dilakukan. Contohnya dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Kajian Tempatan serta Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Murid-murid akan dididik supaya menyayangi alam sekitar dan tidak melakukan perbuatan yang akan merosakkan alam sekitar. Murid-murid juga diasuh bagaimana untuk berbakti kepada alam sekitar.

Pihak sekolah juga selalu bekerjasama dengan komuniti setempat iaitu masyarakat kampong untuk turut sama melibatkan diri dalam program alam sekitar. Contohnya apabila mengadakan gotong royong untuk keceriaan sekolah dan menghapuskan sarang pembiakan nyamuk aedes, masyarakat setempat melalui usaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru turut tampil member sokongan kepada program-program tersebut. Di harapkan kerjasama ini akan terus berkekalan.

ANUGERAH-ANUGERAH YANG TELAH DIMENANGI

Memandangkan Kelab 3K SK Beliau Isa baru ditubuhkan, pihak sekolah belum memenangi sebarang anugerah setakat ini. Diharapkan pada masa akan datang, dengan pelbagai program yang akan dijalankan mampu memberi kejayaan kepada pihak sekolah.

PENUTUP

Sememangnya usaha-usaha yang dilakukan oleh syarikat-syarikat swasta serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha pemuliharaan alam sekitar
5

amatlah sesuai dengan keadaan bumi kita yang sedang sakit ini. Kita kerap mendengar dan menyaksikan kemusnahan alam sekitar di sana sini akibat kerakusan manusia mengejar kekayaan. Dengan adanya program seumpama ini, ia sedikit sebanyak membantu usaha-usaha kerajaan melalui sekolah-sekolah untuk menanamkan sikap menghargai alam sekitar kurniaan tuhan yang tidak ternilai ini. Murid-murid seawal lima tahun telah didedahkan kepentingan menjaga alam sekitar dan tidak sama sekali menyumbang kepada kemusnahannya. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada semua pihak terutamanya Shell Malaysia, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, dan Kerajaan Negeri Sarawak atas usaha memperkenalkan Anugerah Serasi ini kepada masyarakat. Semoga usaha ini akan mencapai kejayaan dan seterusnya dapat menyelamatkan alam sekitar kita.

DISEDIAKAN OLEH,

__________________________ ARIFF BIN KAMIS @ SHARIFF SETIAUSAHA J/K INDUK 3K SK BELIAU ISA PPD SUBIS

You might also like