You are on page 1of 6

Tel:Pengerusi 019 2680464 / Imam 013 6693534 / S/u 019 2211369 / Bend.

019 2123381
______________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SAI.TPdlm.jld.2024/Bil(1)
Tarikh : 05 Jan 2024
23 J.Akhir 1445H

Assalamualaikum wrt. wbt.

Kepada

PENGURUS,
BANK ISLAM CAWANGAN RAWANG
Rawang,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

MEMOHON PERTUKARAN PENANDATANGAN AKAUN SEMASA DAN EBANKER


AC NO 12207010000788

Perkara diatas adalah berkaitan dan dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Surau Al Ikhwan telah mendapat Senarai Pelantikan Ahli
Jawatakuasa baru bagi sesi 2024-2026. Sehubungan itu pihak kami memohon agar
penandatangan akaun semasa dan e-banker dibuat pertukaran kepada jawatankuasa baru.

3. Penandatangan akaun semasa dan e-banker adalah seperti berikut Penandatangan pertama
Tuan Bendahari En Badli b Zainal dan Penandatangan kedua Tuan Pengerusi Ust Ahmad Fakru
Izudi bin Mustafa atau Setiausaha Mohd Nasir bin Jaafar, salah seorang.

4. Bersama-sama ini kami sertakan Minit Mesyuarat AJK Kali Pertama Sesi 2024-2026
dan Salinan Senarai Pelantikan Jawatankuasa Surau dan Pemeriksa Kira-kira Bagi Tempoh
1 Januari 2024 Hingga 31 Disember 2026, untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam perkara ini kami dahului ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

Mohd Nasir Bin Jaafar


Setiausaha
Jawatankuasa Surau Al-Ikhwan
Taman Pelangi, Rawang

s.k. Pengerusi Surau Al-Ikhwan


Minit Mesyuarat AJK Kali Pertama sesi 2024-2026, Surau Al Ikhwan Taman Pelangi

Tarikh : 05 Jan. 2024 (Jumaat)


Masa : 9.15 mlm (Selepas Isyak)
Tampat : Surau Al-Ikhwan, Taman Pelangi, Rawang

Kehadiran

Bil Nama Jawatan


1 Ahmad Fakru Izudi Bin Mustafa Pengerusi
2 Abdul Mutalib Bin Daud Naib Pengerusi
3 Mohd Nasir Bin Jaafar Setiausaha
4 Badli Bin Zainal Bendahari
5 Zulkarnain Bin Dahalan Pen Bendahari
6 Tn Hj Aris B Md Isa Imam
7 Ust Ab Munif B Othman Imam
8 En Zainudin Bin Yaakob Bilal
9 Tn Mejar Samsudin Bin Ahmad Bilal
10 En Hasan B Saleh Siak
11 Zakaria B Bodot Siak
12 Noramin Bin Ariffin Wakil Pemuda
13 Noriah Bt Mat Wakil Muslimat
14 Rosni Bt Yaacob Pengurus Jenazah Wanita
15 Roslan Bin Mohd Noor Ajk
16 Abdul Halim B Hashim Ajk
17 Awalludin Bin Hassan Ajk

1. Ucapan Pengerusi

Pengerusi mengucapakan salam serta terima kasih kepada Ajk yang baru dilantik pada sesi
kali ini kerana dapat menghadirkan diri dan beliau turut menyatakan pentingnya memberi
kerjasama dalam memberi cadangan dan pupuk nilai dan sikap berhemah dalam setiap sesi
mesyuarat, supaya memupuk sikap saling hormat – menghormati sesuai dengan ajaran islam
dan sunnah Rasulullah saw di antara Ajk bagi memastikan perjalanan urusan pentadbiran
Surau Al Ihkwan pada sesi 2024-2026 berjalan dengan lancar dan bertambah baik dan
diberkati Allah swt.

Makluman
2. Pertukaran Tandatangan akaun semasa Surau dan ebanker di Bank Islam Rawang

Pengerusi memaklumkan bahawa Ajk baru perlu menukar segera tandatangan akaun semasa di
Bank Islam Cawangan Rawang

Mesyuarat pada hari ini sebulat suara bersetuju untuk mengantikan penandatangan akaun
semasa dan e-banker serta dokument berkaitan di Bank Islam Rawang kepada ahli
Jawatankuasa adalah seperti berikut :

2.1 Mandat kuasa pengurusan akaun semasa dan e-banker bagi akaun No 12207010000788
Bil Nama Ahlijawatan Kuasa No Kad Pengenalan Jawatan Penandatangan
1. En Badli b Zainal 651016-10-5755 Bendahari Pertama
2. En Ahmad Fakru Izudi bin Mustafa 771228-03-5783 Pengerusi
3. En Mohd Nasir Bin Jaafar 821122145573 Setiausaha Surau

2.2 Kelulusan perbelanjaan Surau.

Tuan Bendahari, mencadangkan perbelanjaan di bawah RM2000.00, hanya perlu kelulusan


dari pengerusi sahaja tidak perlu di Mesyuaratkan, kerana terdapat perbelanjaan yang perlu
disegerakan pembayaran dibawah RM2000.00 dapat disegerakan dan selesai tanpa melalui
mesyuarat

Ajk mesyuarat bersetuju dengan cadangan Tuan Bendahari En Badli Bin Zainal.

3. Perlantikan AJK Tambahan

Bil Jawatan yang dicalonkan Nama -nama calon


1. Imam tambahan Mohammad Faliq Bin Bujang
2. Bilal tambahan Hj Shamsudin Bin Maisa
3. Ajk tambahan Tn Megat Mohd Sapawi b Megat Saruji
4 Ajk tambahan Pn Zaidah Bt Zainal
5. Ajk tambahan Pn Siti Noriah Binti Hamzah
6. Ajk tambahan Hj Rusli b Mamat
7. Ajk tambahan En Yusri Sham Bin Abu Hassan
8. Ajk tambahan Dato’ Khairul Hayat Bin Yahya
9. Siak tambahan En Muhamed Salimi B Mat Sahat
10 Siak tambahan En Azizan Bin Kadir
11 Siak tambahan En Suhaizam B Salam
12 Siak tambahan En Mat Yaacob Bin Zakaria

4. Perkara baharu
4.1 Penetapan bilangan Biro
Tuan pengerusi, En Ahmad Fakru Izudi, menetapkan pada sesi kali ini,beliau ingin
mewujudkan 9 Biro di bawah pentadbiran Ajk Surau Al Ikhwan. Biro-biro tersebut adalah
seperti berikut :

Bil Nama Biro-biro


1. Biro Dakwah & Tarbiah
2. Biro Kebajikan & Kemasyarakatan
3. Biro kebersihan & Keceriaan
4. Biro Pembanggunan & Penyelenggaraan
5. Biro Amal Ma’aruf -Nahi Mungkar & keselamatan
6. Biro Belia & Rakan Muda
7. Biro Muslimah & Keluarga
8. Biro Penerangan/Siar Raya & Teknologi Maklumat
9. Biro Pengurusan Dapur & Hidangan

5 Laporan Kewangan.
Tuan Bendahari, En Badli Bin Zainal membentangkan kedudukan kewangan Surau bagi bulan
Disember 2023 bermula dari 1 Disember 2023 dan berakhir pada 31 Disember 2023 adalah
seperti berikut :-

PERKARA DISEMBER 2024


Baki akaun pada awal bulan RM 125 782.07
Penerimaan RM 21 351.34
Pembayaran RM 21 547.85
Lebihan perbelanjaan bulan Dis RM 196.51
Baki akaun pada akhir bulan RM 104 234.22

6 Hal-hal lain

6.1 Kutipan Tabung Pembinaan Masjid

Tuan Imam,Hj Aris B Md Isa mencadangkan supaya kutipan Tabung Pembinaan Masjid
di Surau di hentikan dan digantikan dengan pemberian sumbangan tetap sebanyak
RM2000.00 dari Surau Al Ikhwan. Kutipan ini dihentikan berkuatkuasa pada 12 Januari
2024, bagi memberi masa Ajk Pembinaan Masjid memastikan tabung tersebut telah
kosong apabila sampai tarikh yang ditetapkan.

Mesyuarat bersetuju untuk menerima cadangan Tuan Imam. Pengerusi Ajk Pembinaan
Masjid akan mengambil tindakan lanjut.

Tindakan: Tn Mejar Samsudin B Ahmad

6.2 Pembayaran Alaun Ajk.


Pembayaran Alaun Ajk dan Saguhati Petugas Solat Jumaat yang diterima pada sesi 2021-
2023 akan diteruskan seperti berikut :-

Bil Tugasan Ajk Alaun bulanan Saguhati Jumaat


1 Imam / Khatib RM 250 RM 100
2. Bilal / Bilal Jumaat RM150 RM 50
3. Setiausaha/Penyelaras Jumaat RM 250 RM 50
4. Siak / Siak Jumaat RM1000 RM 50
5. Siak Dapur RM500 -

Tuan Imam, Hj Aris B Md Isa mencadangkan agar Pembayaran alaun bulanan Ajk ini,
dikembalikan kepada asal kerana bebanan tugas dan komitmen Ajk Surau perlu dihargai
agar dapat meningkatkan motivasi, semangat untuk terus berkhidmat, dan kemampuan
kewangan Surau juga semakin meningkat selepas ini, apabila tabung kutipan pembinaan
masjid dimansuhkan.

Tuan Pengerusi, menyatakan pekara ini perlu diberi sedikit masa untuk dibuat penyelarasan
semula, dan akan dibangkitkan semula pada mesyuarat yang akan datang.

6.3 Pembinaan Pejabat Pentadbiran Surau

Tuan timbalan pengerusi, En Abdul Mutalib bin Daud mencadangkan pembinaan pejabat
Pengurusan Surau perlu diteruskan seperti yang telah dirancang oleh Ajk yang lepas dan
disokong oleh tuan pengerusi, En Ahmad Fakru Izudi, beliau akan berbincang dengan biro
yang akan dipertanggungjawabkan agar mengambil tindakan supaya pekara ini dapat
dirialisasikan.

6.4 Pembelian waterjet

Wakil pemuda, En Noramin B Arifin mencadangkan supaya surau membeli waterjet heavy
duti, untuk kegunaan surau, memandangkan peralatan ini amat diperlukan untuk
digunakan dalam aktiviti gotong royong pembersihan Surau selepas program-program
surau dijalankan, membantu meringgankan tugas siak kebersihan untuk memastikan
Keadaan surau sentiasa bersih.

6.5 Program cuti sekolah dan derma Darah

Wakil pemuda En Noramin B Arifin akan membuat kertas kerja program cuti sekolah pada
februari 2024, beliau berharap surau dapat mengeluarkan sedikit peruntukan untuk
program ini, kerana ia merupakan program biro pemuda.

6.6 Lantik Pengerusi tabung kematian.

En Abdul Halim Bin hashim mencadangkan Hj Aris B Md Isa dilantik kembali mnnjadi
pengerusi tabung kutipan kematian agar melicinkan penjalanan program tersebut
memandangkan beliau merupakan Amil Kariah yang berpengalaman.
6.7 Majlis Meraikan Ajk Lama

En Badli bin Zainal mencadangkan supaya diadakan majlis meraikan AJK Lama, yang
bertugas selama 2 penggal 2019-2021 dan 2022-2023. Mesyuarat memaklumkan majlis ini
akan diadakan sebelum Kedatangan ramadhan 2024.

7. Penangguhan Mesyuarat.

Pengerusi meminta agar para AJK dapat memberi kerjasama sepenuhnya, bagi
mengerakkan Pengurusan Pentadbiran Surau Al Ikhwan pada penggal ini. Mesyuarat akan
bersidang kembali pada 26hb Januari 2024, dan disudahi dengan surau Al Ashr dan tasbih
kifarah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 malam.

Sekian, terima kasih


Disediakan oleh :

MOHD NASIR BIN JAAFAR


Setiausaha,

You might also like