You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KALUMPANG SEMPORNA

PETI SURAT 469, 91308 SEMPORNA, SABAH


KOD SEKOLAH: XBA 3332 NO.TELEFON: 0111-6145887
EMAIL: SKKALUMPANGSEMPORNA@GMAIL.COM
_____________________________________________________________________________________
Rujukan Kami:XBA3332/200/1/8/01
Tarikh : 01 Ogos 2016

Yang berhormat,

Y.B DATO’ SERI DIRAJA MAHDZIR BIN KALID


MENTERI PENDIDIKAN
PEJABAT MENTERI PENDIDIKAN
ARAS 10, BLOK E8, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKETUAN
62604 PUTRAJAYA
MALAYSIA

Dato’ Seri,

MEMOHON MENAIK TARAF PENURAPAN JALAN DAN TAPAK PERHIMPUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN
KALUMPANG

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Pihak Sekolah Kebangsaan Kalumpang, Semporna memohon jasa baik Dato’ Seri untuk
mempertimbangkan seterusnya dapat memberi peruntukan bagi menaik taraf penurapan jalan dan
tapak perhimpunan Sekolah Kebangsaan Kalumpang, Semporna.

3. Pihak sekolah turut melampirkan kertas kerja serta gambar-gambar berkaitan untuk rujukan
Dato’ Seri. ( Sila lihat kertas kerja serta lampiran ).

4. Pihak kami memohon jasa baik Dato’ Seri agar permohonan ini dapat diluluskan demi kebaikan
bersama khususnya untuk murid-murid Sekolah Kebangsaan Kalumpang, Semporna.

5. Segala perhatian, tindakan dan kerjasama Dato’ Seri amat kami hargai dan diucapkan jutaan
terima kasih.

“Pendidikan Berkualiti, Masa Depan Gemilang”

Saya yang menurut perintah,

( KAMUL BIN KAMARUDDIN )


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kalumpang, Semporna

s.k 1. Menteri Pendidikan, Pejabat Menteri Pendidikan Putrajaya


2. Pegawai Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Semporna
3. Unit Pembangunan, Sekolah Kebangsaan Kalumpang
4. Pengurus Ladang, Ladang Pinang Semporna
5. Fail Sekolah, Sekolah Kebangsaan Kalumpang

You might also like