You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN RTB BUKIT CHANGGANG,

42700 BANTING, KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN.

TAKLIMAT PEMBUKAAN SEKOLAH

Tarikh : 29.09.2021
Hari : Rabu
Masa : 2.30 petang
Tempat : Kediaman masing-masing

Kehadiran : Dilampirkan

1. Ucapan Aluan

1.1 Ucapan Guru Besar


1.1.1 Mengalu-alukan kehadiran Guru-guru, Akp, Ajk PIBG, Pengawal Keselamatan dan Pekerja
Pembersihan serta mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang hadir.
1.1.2 Memaklumkan bahawa semua guru perlu memberitahunya tentang keberadaan masing-masing
sepanjang tempoh pkpp bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.
1.1.3 Mengingatkan guru-guru tarikh bermulanya perintah kawalan pergerakan seluruh Malaysia :-

Fasa 1 = 18 Mac – 31 Mac 2020


Fasa 2 = 01 April – 14 April 2020
Fasa 3 = 15 April – 28 April 2020
Fasa 4 = 29 April – 12 Mei 2020
Fasa 5 =13 Mei – 9 Jun 2020
Fasa 6 = 10 Jun – 31 Ogos 2020

1.1.4 Pada 24 Jun 2020, semua pelajar tingkatan 5 dan 6 akan mula bersekolah. Bagi sekolah rendah
pula, semua guru besar akan digerakkan ke sekolah menengah terlebih dahulu untuk melihat
cara pengendalian sebelum murid-murid tahun 6 bersekolah.

2. TAKLIMAT SESI LIBAT URUS BERKAITAN PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH

2.1 Tujuan
2.1.1 Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pegawai bahagian di KPM, JPN, PPD,
Pentadbir serta guru di sekolah tentang pengurusan sekolah dengan mengambil kira langkah-
langkah bagi mengawal penularan jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (Covid -19).
2.1.2 Dokumen induk yang perlu dirujuk bagi pengoperasian institusi pendidikan.

2.2 Objektif
2.2.1 Pengurusan sekolah dan asrama dapat berlaku dengan lebih teratur dan lancar.
2.2.2 Keselamatan dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah diutamakan semasa ,mereka berada
di sekolah dan asrama dan
2.2.3 proses PdP berlaku dalam keadaan selamat.
2.3 Peranan dan Tanggungjawab
2.3.1 Pentadbir sekolah
1. memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat untuk beroperasi
2. memastikan murid, guru dan warga sekolah yang hadir ke sekolah berada dalam
keadaan sihat dan selamat.
3. memberikan penerangan dan pendidikan berterusan kepada murid, guru dan warga
sekolah mengenai penularan jangkitan COVID-19
4. memastikan murid, guru dan warga sekolah mematuhi garis panduan yang ditetapkan
5. memastikan murid mendapat akses kepada PdP
6. memantau PdP yang dijalankan dan memberikan sokongan yang bersesuaian kepada
guru
7. melaporkan perkembangan prembelajaran murid kepada ibubapa / penjaga
8. membuat keputusan untuk menangani isu pengopersaian sekolah berdasarkan garis
panduan yang dikeluarkan oleh KPM.

2.3.2 Guru
1. menyediakan RPH seperti dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999
2. melaksanakan PdP yang bersesuaian dengan kesediaan murid dan situasi semasa. Guru
perlu mempelbagaikan cara PdP dan perlu memastikan murid mereka samada capai
internet atau tidak.
3. mengingatkan murid untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan penjarakan
sosial dan
4. memaklumkan pentadbir sekolah jika terdapat murid yang bergejala

2.3.3 Ibubapa / penjaga


1. memastikan anak-anak jagaan berada dalam keadaan sihat, menjaga kebersihan diri dan
tidak menunjukkan gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke sekolah dengan
memastikan suhu bawah 37.5.
2. membantu anak-anak jagaan belajar mengikut kemampuan ibu bapa/penjaga dan
3. memberikan motivasi kepada anak/anak jagaan untuk terus belajar.

2.4 Pelaksanaan
2.4.1 Pengurusan Sekolah
1. Kehadiran guru tertakluk pada arahan perkhidmatan (JPA), Jabatan Perdana Menteri
dan KPM dari semasa ke semasa. Kehadiran murid pula secara berfasa dan dimulai
dengan murid yang akan menduduki peperiksaan seperti SPM dan STPM.
2. Waktu persekolahan boleh dilaksanakan secara berperingkat dengan mendapat
kelulusan pendaftar negeri
3. Perhimpunan sekolah dan aktiviti lain yang melibatkan murid, guru dan warga sekolah
berkumpul secara beramai-ramai tidak dibenarkan.
4. Pentadbir mesti memberikan fokus kepada 5 aspek dalam pengurusan sekolah iaitu
pengurusan prasarana, keselamatan murid, guru dan warga sekolah, PdP, peranan
ibubapa/ penjaga dan pengurusan asrama.

- Guru besar meminta guru kelas memastikan bilangan muid dalam 1 kelas seramai 20
orang sahaja dan guru juga perlu sanitize kelas sebelum dan selepas PdP. Selain itu,
penempatan guru-guru juga perlu di susun semula bagi menjaga penjarakan sosial.
Bilik-bilik yang akan digunakan sebagai tempat duduk guru ialah Bilik Guru, Bilik
Kaunseling, Perpustakaan, Bilik Permata Hati, Bilik BOSS dan Makmal Komputer.

2.4.2 Pengurusan Prasarana

1. Memastikan kawasan dan bangunan sekolah termasuk semua bilik PdP dibersihkan
sebelum dan selepas sesi persekolahan .

2. Memastikan fokus utama pembersihan adalah pada permukaan yang sering disentuh
dan pada paras ketinggian yang boleh dicapai seperti tombol pintu, susur tangan di
laluan pergerakan murid

3. Menyediakan pelan perancangan susun atur bilik-bilik PdP dengan mengoptimumkan


penggunaan bilik-bilik khas.

4. Memastikan semua bilik PdP disusun atur mengikut arahan penjarakan sosial sebelum
sekolah dibuka

5. Memastikan susunan meja bagi setiap kelas berada dalam jarak 1 meter antara satu
dengan yang lain.

6. Memastikan pengusaha kantin hanya menyediakan makanan berbungkus. Penggunaan


kerusi, meja dan ruang makan di kantin tidak dibenarkan.

7. Memastikan murid makan di dalam bilik PdP di bawah seliaan guru pada waktu rehat.
Guru semasa juga akan makan bersama murid di dalam kelas.

8. Memastikan bilik kesihatan di sekolah dijadikan sebagai bilik isolasi bagi murid yang
bergejala sebelum mendapatkan rawatan.

9. Menyediakan pelan laluan pergerakan terarah atau sehala. Bertujuan untuk memandu
arah pergerakan murid .

10. Mempamerkan bahan bercetak mengenai langkah kebersihan dan keselamatan di lokasi
strategik seperti laluan murid, pejabat dan bilik guru.

11. Meletakkan peringatan langkah-langkah pencegahan COVID-19 di pintu masuk utama


sekolah.

2.4.3 Keselamatan murid, guru dan warga sekolah.

1. Memastikan murid, guru dan warga sekolah berada dalam keadaan sihat untuk hadir ke
sekolah.
2. Memastikan saringan demam serta gejala batuk, selesema, sakit tekak dan sesak nafas
dilakukan terhadap murid, guru dan warga sekolah pada setiap hari sebelum sesi
persekolahan bermula. Suhu badan melebihi 37.5c atau bergejala tidak dibenarkan
masuk ke kawasan sekolah. Pengawal keselamatan akan memeriksa suhu badan guru
setiap hari di pintu masuk utama.

3. Guru bertugas akan dilantik untuk mengawal pergerakan murid di pintu masuk utama
sekolah dan memeriksa suhu badan murid.

4. Memastikan murid, guru dan warga sekolah sentiasa mematuhi penjarakan sosial pada
setiap masa dengan pengawasan guru

5. Memastikan hebahan mengenai langkah kebersihan dan keselamatan diberi peringatan


secara berterusan.

6. Memastikan murid, guru dan warga sekolah kerap mencuci tangan.

7. Mengingatkan murid untuk mematuhi dan menggunakan laluan pergerakan yang


disediakan.

8. Memastikan murid yang mempunyai masalah berkaitan imuniti badan yang rendah
sentiasa memakai pelitup muka.

2.4.4 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

1. Pentadbir perlu memastikan guru-guru melaksanakan PdP dan mempelbagaikan kaedah


penyampaian mengikut kreativiti masing-masing

2. Menggunakan kaedah PdP yang bersesuaian seperti pembelajaran dalam talian, TV


pendidikan, radio atau media sosial bagi murid yang bersedia untuk mengikuti kaedah
pembelajaran tersebut

3. Mengambil kira capaian internet, keupayaan penggunaan alat peranti dan kesediaan
murid untuk melaksanakan PdP secara dalam talian

4. Menggunakan kaedah serahan bahan PdP di sekolah. Bahan tersebut dimasukkan


dalam kotak serahan yang diletakkan dalam pondok keselamatan mengikut jadual yang
ditetapkan.

2.4.5 Penglibatan Ibu Bapa/Penjaga melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi membantu
pihak sekolah :

1. Memberi kesedaran kepada anak-anak jagaan berkaitan penjarakan sosial sebelum,


semasa dan selepas menaiki kenderaan, menasihati anak-anak jagaan supaya tidak
berjabat tangan (bersalaman) antara satu sama lain sama ada guru, rakan-rakan atau
orang sekeliling.

2. Membantu pihak sekolah membuat tanda penjarakan sosial


3. Membantu pihak sekolah menyediakan pensanitasi tangan dan alat pengimbas suhu
badan untuk kegunaan pihak sekolah )jika mampu dan berkeperluan). Guru besar juga
sangat mengalu-alukan jika ada sesiapa yang mahu menyumbang pelitup muka dan
pensanitasi.

3. Taklimat guru

3.1 Taklimat guru oleh Puan Hjh Siti Hajar binti Hj Mohd Ali

1. Guru besar sentiasa memantau penghantaran RPH. Penghantaran RPH kembali seperti biasa
selepas 24 JUN 2020 iaitu setiap hari Jumaat dan semua RPH semasa cuti juga perlu di hantar.

2. Guru besar juga mengucapkan tahniah kepada Puan Linda kerana menjadi wakil untuk
rancangan TV pendidikan.

3. Berhasrat menjemput pegawai PPD pada 24 Jun 2020. Oleh itu, Guru Besar meminta jasa baik
semua guru melaksanakan tugasan yang diberi sebelum tarikh tersebut.

3.2 Taklimat guru oleh Tn Hj Abdul Rashid bin Kandam

1. Memaklumkan masih ada guru yang belum menyiapkan PBD tahap 1. Mohon kerjasama guru
untuk melengkapkan PBD tersebut.

2. Ketua panitia perlu memantau ahli-ahlinya dalam pelaksanaan PdP.

3. PBPPP perlu diseragamkan dan hantar semula secepat mungkin.

4. Penutup

Guru besar berharap agar semua guru patuh kepada peraturan yang ditetapkan dalam buku garis
panduan tersebut. Beliau turut memaklumkan satu jawatankuasa persediaan pengurusan pembukaan
sekolah telah ditubuhkan dan mohon kepada semua guru agar dapat memberikan kerjasama untuk
menyiapkan tugasan tersebut sebelum 24 Jun 2020. Senarai nama ahli jawatankuasa akan dimasukkan
dalam whatsapp rasmi sekolah.
Disediakan oleh : Disahkan oleh :

----------------------------- ----------------------------
PN. NURUZAKIATUNAJA BT. MOHD SYAHRONI PN. HAJAH SITI HAJAR BINTI HJ MOHD
ALI Setiausaha Pentadbiran Guru Besar Sekolah
Kebangsaan RTB Bukit Changgang Sekolah Kebangsaan RTB Bukit Changgang Tarikh : 24 Jun 2020
Tarikh :

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH


DISAMPAIKAN OLEH PUAN HAJAH SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ALI

You might also like