You are on page 1of 6

SK Tengkera Dua

Prasekolah Smart Aulad

PERATURAN PRASEKOLAH
Semua murid dimestikan mematuhi peraturan yang dikeluarkan pihak sekolah dan
peraturan tambahan prasekolah.

KEHADIRAN

1. Murid hendaklah hadir ke sekolah pada pukul 7.15 pagi setiap hari.
2. Ibubapa hendaklah menjemput anak jagaan mereka selepas waktu sesi persekolahan
pada pukul 12.00 tengahari. Murid akan dikeluarkan pada pukul 11.50 pagi. Ibubapa
perlu berada seawal jam 11.45 pagi untuk menjemput anak-anak balik.
3. Ketidakhadiran murid hendaklah dimaklumkan kepada guru kelas/pihak sekolah
melalui wasap group. Surat sijil sakit atau ketidakhadiran atas sebab-sebab peribadi
hendaklah diserahkan kepada guru kelas masing-masing.
4. Murid yang demam, selesema, batuk dan sakit tekak tidak dibenarkan hadir ke
sekolah terutama yang menghidap penyakit yang boleh berjangkit.

PAKAIAN

1. Murid hendaklah memakai T-shirt putih berkolar dan seluar sukan biru gelap yang
telah ditetapkan oleh pihak KPM.
2. Murid hendaklah memakai kasut sekolah berwarna hitam. Stokin tidak perlu kerana
murid tidak memakai stokin di dalam kelas.
3. Murid tidak dibenarkan memakai pakaian yang memakai selipar, tshirt berkartun ke
sekolah.
4. Rambut sentiasa pendek, kemas dan berminyak.
5. Kuku sentiasa dipotong dan bersih.
6. Penggunaan pelitup muka (mask) bersesuaian dengan murid. Lebihan mask perlu
sentiasa ada didalam beg sekiranya mask rosak, guru akan tukar yang baru.
7. Murid juga perlu membawa baju basahan ke sekolah. Sekiranya baju murid tersebut
kotor, murid boleh menukar dengan baju basahan tersebut.

MAKANAN DAN MINUMAN

1. Makanan dan minuman disediakan oleh pihak prasekolah sepanjang murid berada di
prasekolah mengikut menu yang telah ditetapkan.
2. Terdapat 2 waktu makanan murid iaitu SARAPAN PAGI jam 7.30 pagi dan MAKAN
PAGI jam 10.30 pagi.
PRASEKOLAH SMART AULAD, SK TENGKERA DUA
3. Setiap murid akan dibekalkan botol air berisi air masak. Botol air ini akan di simpan
di sekolah dan akan diuruskan oleh PPM.

PENGURUSAN PRASEKOLAH

MODUL DAN ALAT TULIS

1. Setiap modul yang telah diberi oleh guru perlu di balut dengan pembalut plastik dan
di stapler supaya buku tersebut tidak mudah kotor.
2. Setiap murid wajib membawa alat tulis seperti pensel, pemadam, pembaris dan
pensel warna yang secukupnya untuk kegunaan harian ke sekolah.
3. Alat tulis tersebut akan di simpan oleh pihak sekolah agar murid sentiasa bersedia
dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk memulakan pelajaran.
4. Ibubapa juga perlu menyediakan alat tulis untuk kegunaan dirumah sekiranya murid
hendak menyiapkan kerja sekolah.

KERJA SEKOLAH (HOMEWORK)

1. Setiap hari sebelum kesekolah, murid perlu pastikan semua buku ada di dalam beg.
2. Kebiasaan guru tidak memberi murid kerja sekolah.
3. Sekiranya murid tidak dapat menghabiskan latihan di sekolah, murid akan menghabiskan
di rumah.
4. Ibubapa diminta agar sentiasa MEMANTAU LATIHAN anak dirumah dan TIDAK MEMBUAT
LATIHAN SEKOLAH ANAK.

PROGRAM PRASEKOLAH

BOBACE-BOLEH BACA CEPAT

1. Program Bobace membantu murid membaca dengan cepat, mudah dan lancar.
2. Abjad tidak akan dikenalkan.
3. Murid terus menyebut kemahiran kv yang di ajar.
4. Contoh: a, ba, ca, da (murid sebut sahaja)- akan lancar membaca mata, saya, lama.
5. Penggunaan buku tulis pink gelap- setiap hari guru akan menulis kemahiran kv yang
baru, guru meminta murid sebut dan tulis, murid di minta sebut di rumah.
6. Setiap pagi sebelum kelas bermula, murid akan membaca buku kad bobace (warna hijau
cair) beramai-ramai dengan bimbingan guru.

PRASEKOLAH SMART AULAD, SK TENGKERA DUA


7. Apabila murid sudah menguasai kemahiran kv a-za, guru akan mengajar murid membaca
buku bacaan 1 dan meminta ibubapa membimbing anak baca di rumah.
8. Bacaan sangat penting, kerana melalui bacaan, murid akan boleh membuat latihan suku
kata dengan baik.

PINTAR MATEMATIK

1. Setiap pagi sebelum kelas bermula, murid akan mengira nombor 1-10.
2. Murid juga akan melakukan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan nombor supaya
murid dapat mengenal nombor dengan cepat.
3. Latihan juga diberikan supaya dapat membantu murid menguasai angka dengan baik.

READ EASY DAN PHONICS READERS

1. Program ini membantu murid untuk menguasai bacaan bahasa inggeris dengan mudah.
2. Setiap pagi, murid akan membaca buku read easy.
3. Guru tidak akan menggunakan kaedah phonics setiap huruf.
4. Guru akan meminta murid terus menyebut perkataan “cat”.
5. Murid perlu mengulang dan membaca setiap hari di rumah supaya mudah ingat.

SOP PRASEKOLAH

GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEMULA PRASEKOLAH

1. Ibubapa perlu pastikan dan ambil tahu tentang keadaan kesihatan anak anda setiap hari
sebelum menghantarnya ke sekolah.
2. Jika anak anda DEMAM, BATUK, SELESEMA atau TIDAK SIHAT, sila simpan anak di
rumah. Anak TIDAK BOLEH HADIR KE SEKOLAH jika mereka tidak sihat.
3. Selepas anak sembuh daripada sakit, sila lakukan UJIAN DIRI COVID 19 untuk
memastikan anak sihat untuk kembali ke sekolah.
4. Kami memohon kerjasama dari semua sepenuhnya.
5. Murid hadir ke sekolah perlu mengambil suhu di pintu pagar sekolah.
6. Murid akan berjalan mengikut laluan yang betul menuju ke kelas prasekolah.
Tibanya di kelas prasekolah, murid akan menanggalkan kasut dan menyusun kasut pada rak
kasut mengikut nama murid. Murid kemudian membasuh tangan dan masuk ke dalam kelas
mengikut laluan dan anak panah menuju ke tempat duduk yang telah ditetapkan.

PRASEKOLAH SMART AULAD, SK TENGKERA DUA


7. Penggunaan beg sekolah biasa tidak dibenarkan kepada murid prasekolah. Murid boleh
membawa beg kanvas ke sekolah dengan kebenaran pihak sekolah untuk memudahkan
murid membawa balik lembaran kerja.
8. Murid juga tidak dibenarkan membawa botol air dan sebarang makanan kesekolah.
9. Ibubapa hanya boleh menghantar anak di pintu pagar sekolah sahaja dan tidak boleh
memasuki kawasan sekolah.
10. Pastikan murid datang ke sekolah dengan berpakaian lengkap, kasut hitam, tshirt
putih, seluar sukan biru gelap, lencana dan tanda nama siap dijahit di sebelah kiri baju.
11. Sila tulis nama anak pada kasut sekolah, beg kanvas, tshirt dan seluar murid untuk
memudahkan anak mengenalpasti barang mereka.
12. Murid WAJIB memakai pelitup muka (Mask) khas untuk kanak-kanak dan muat dengan
muka anak-anak sepanjang berada di dalam kelas. Ibubapa perlu menyimpan lebihan mask
di dalam beg sekiranya mask mereka putus, murid akan menggunakan mask lebihan
tersebut.
13. Latihan yang tidak dapat di siapkan didalam kelas, murid minta membawa pulang dan
siapkan dirumah dan membawa buku tersebut keesokan harinya.
14. Ibubapa perlu berada seawal jam 11.45pagi untuk menjemput anak-anak balik.

LENCANA DAN TANDA NAMA MURID PRASEKOLAH

LENCANA SEKOLAH DAN


TANDA NAMA WAJIB
MUHD FURQAN FAWWAZ DIJAHIT PADA SETIAP
TSHIRT PRASEKOLAH
MUHD FURQAN FAWWAZ

BAJU YANG TIADA POKET


POKET BAJU

PRASEKOLAH SMART AULAD, SK TENGKERA DUA


PANDUAN PEMAKAIAN MURID PRASEKOLAH

PRASEKOLAH SMART AULAD, SK TENGKERA DUA


SK Tengkera Dua
Prasekolah Smart Aulad

SENARAI SEMAK PERSEDIAAN PRASEKOLAH

BIL PERKARA TINDAKAN

(/)

1. Jahit lencana dan tanda nama pada baju tshirt putih.

2. 1. Tampal label nama pada buku bacaan bobace (label kuning), label
pada buku read easy (label putih).

2. Semua buku dibalut, distapler dan dibawa ke kelas prasekolah:

Tarikh: 15 dan 16 March 2022

Hari: Selasa dan Rabu

Jam: 9-11 pagi

1. Bawa buku bacaan BOBACE 1 dan Read Easy 1.(sentiasa ada di dalam
beg, untuk di baca di kelas dan di rumah.)

2. Buku bacaan BOBACE 2-5 dan Read Easy 2-8 simpan dirumah dulu.
(cikgu akan beritahu bila perlu di bawa)

3. Maklumat pada fail yang perlu diisi pada bahagian

1. MAKLUMAT DIRI DAN KELUARGA

2. MAKLUMAT KESIHATAN

3. BORANG MAKLUMBALAS IBUBAPA

4. BORANG SOAL SELIDIK

5. BORANG KEBENARAN IBUBAPA-PELAKSANAAN UJIAN KENDIRI COVID-


19.

PRASEKOLAH SMART AULAD, SK TENGKERA DUA

You might also like