You are on page 1of 30

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

I. SUASANA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


AKTIVITI 1 :

NAMA SEKOLAH :

PERKARA Bilangan Murid Keseluruhan Bilangan Bilik Darjah Saiz Kelas Jumlah Murid Dalam Kelas Bilangan Guru

CATATAN

386 Orang 13 Buah 7.23m x 9m (L) (P) 25 Orang


31 Orang 16 15 (L) (P)

ALAMAT

Sekolah Kebangsaan Lubuk Sireh, KM 2, Jalan Padang Besar (U), 02100 Padang Besar, Perlis.

KEDUDUKANNYA

BANDAR

LUAR BANDAR

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

AKTIVITI 2

SUSUNAN BILIK DARJAH


KELAS 5 CEMERLANG
SKRIN LCD

PAPAN KENYATAAN

PAPAN PUTIH

PAPAN KENYATAAN MEJA GURU

PINTU

LCD

PAPAM

KELAS 6 CEMERLANG
SKRIN LCD

MEJA GURU

2
PINTU
PAPAN KENYATAAN

PINTU

PINTU

PAPAN KENYATAAN

PAPAN HITAM

PAPAN KENYATAAN

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

1. Nyatakan bagaimana alat hasil pengajaran dan diletakkan di kelas dan bagaimana ianya digunakan ?

pembelajaran

KELAS 5 CEMERLANG BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. ALATAN Carta Kad huruf Quran Gambar Buku aktiviti
Screen LCD

LOKASI Di belakang kelas Di hadapan papan hitam Di hadapan kelas dalam almari Di setiap sudut kelas Di atas meja murid
Bahagian atas papan hitam

PENGGUNAAN
Selepas sesi penerangan

Ketika sesi penerangan Semasa proses P&P Selepas sesi penerangan guru Ketika pelajar memahami sesi pembelajaran Ketika sesi penerangan guru

KELAS 6 CEMERLANG BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. ALATAN Kad huruf Kad kalimah Screen LCD Carta Kad huruf Majalah Gambar Buku Aktiviti LOKASI Di hadapan kelas Di hadapan kelas Di bahagian atas papan hitam Di belakang kelas Di hadapan meja guru Di belakang kelas Di setiap sudut kelas Di atas meja murid PENGGUNAAN Selepas sesi penerangan Semasa penerangan Semasa penerangan selepas sesi penerangan Ketika sesi penerangan Selepas penerangan guru Selepas sesi penerangan Ketika pelajar memahami sesi penerangan

2. Apakah bahan yang boleh digunakan oleh murid apabila mereka memerlukan? Bahan-bahan bercetak seperti gambar,kad suku kata, kad perkataan dilekatkan di papan kenyataan Sebagai bahan pengajaran bilik darjah dipamerkan untuk dijadikan bahan bacaan tambahan disamping menjadi

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

ransangan murid untuk menjalankan aktiviti tambahan sama ada dengan tanpa pengawasan guru. Bahan elektronik seperti LCD yang digunakan di bawah kawalan guru di waktu pengajaran dan pembelajaran. Sebagai bahan ransangan untuk aktiviti pembelajaran seterusnya.

3. Sejauh mana pergerakan murid dibenarkan? KELAS 5 CEMERLANG Murid tidak dibenarkan bergerak melainkan dengan keizinan guru. Murid juga diminta ke hadapan untuk menjawab soalan dan menjadi contoh untuk pemahaman murid yang lain serta diri mereka. KELAS 6 CEMERLANG Murid tidak dibenarkan bergerak melainkan dengan keizinan guru Murid diminta ke hadapan dan memberi jawapan di papan hitam

4. Kenalpasti caramana murid diletakkan dalam kumpulan : KELAS 5 CEMERLANG KELAS 6 CEMERLANG

Sebahagian murid disusun mengikut Sebahagian murid disusun mengikut bilik darjah tradisi dan bilik darjah bilik darjah tradisi dan bilik darjah KBSR . KBSR . Tidak diasingkan antara murid yang lemah dan tidak lemah, mereka digabungkan dalam susunan darjah KBSR. Tidak diasingkan antara murid yang lemah dan tidak lemah, mereka digabungkan dalam susunan darjah KBSR.

5. Apakah perbezaan yang terdapat pada kedua-dua kelas ? Perbezaan yang terdapat pada kedua-dua kelas ialah: Pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran. Penyusunan alat pembelajaran. Perbezaan corak penyusunan fizikal. Cara penyampaian guru itu sendiri.

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

6. Apakah yang membuatkan ianya berbeza ? a. Kuasa pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran terletak pada guru. b. Tahap umur murid yang berbeza. c. Suasana persekitaran seperti corak penyusunan fizikal mempengaruhi murid. d. Kawalan kelas yang berkesan pengajaran dan pembelajaran. dari guru memudahkan proses

AKTIVITI 3

PERATURAN DAN DISIPLIN SEKOLAH


Di antara peraturan sekolah dan bilik darjah ialah:
A. PAKAIAN SEKOLAH

MURID LELAKI 1. BAJU KEMEJA BERWARNA PUTIH


Berlengan panjang, jika tidak dilipat mestilah dibutangkan hingga

ke pergelangan tangan.
Jika dilipat mestilah dilipat dengan lebar 2 inci dan melepasi siku. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar. Dilekatkan lencana sekolah pada poket sebelah kiri baju serta

tanda nama.

2. SELUAR PANJANG BERWARNA BIRU GELAP Panjang seluar hingga ke buku lali. Lebar kaki seluar tidak melebihi 6 inci. Digalakkan memakai tali pinggang.

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

3. STOKIN BERWARNA PUTIH Melepasi buku lali.

4. KASUT BERWARNA PUTIH

MURID PEREMPUAN 1. BAJU KURUNG BERWARNA PUTIH Labuh baju melepasi lutut

2. TUBUNG KEPALA BERWARNA PUTIH Dilekatkan lencana sekolah pada sebelah kiri tudung dan tanda nama.

3. KAIN BERWARNA BIRU GELAP Labuh kain mestilah melepasi buku lali.

4. STOKIN BERWARNA PUTIH Melepasi buku lali

5. KASUT BERWARNA PUTIH

B. PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI MURID LELAKI 1. T-SHIRT Digalakkan memakai baju berwarna putih

2. TRACK BOTTOM Digalakkan berwarna biru gelap atau hitam.

3. STOKIN BERWARNA PUTIH 4. KASUT BERWARNA PUTIH

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

MURID PEREMPUAN 1. TUDUNG KEPALA BERWARNA PUTIH 2. T-SHIRT BERLENGAN PANJANG Digalakkan berwarna putih.

3. TRACK BOTTOM Digalakkan berwarna biru gelap atau hitam.

4. STOKIN BERWARNA PUTIH 5. KASUT BERWARNA PUTIH

C. PAKAIAN AKTIVITI UNIT BERUNIFOM DAN PERSATUAN Mengikut pasukan unifom dan persatuan masing-masing.

D. RAMBUT 1. Murid lelaki dikehendaki memotong rambut supaya sentiasa pendek. 2. Bahagian tepi tidak mencecah telinga. 3. Bahagian belakang tidak mencecah kolar baju. 4. Bahagian atas tidak melebihi 4 inci. 5. Digalakkan memotong mengikut 4-2-1.

E. MASA PERSEKOLAHAN 1. Loceng sekolah dibunyikan pada jam 7.35 pagi. 2. Kelas akan bermula pada jam 7.40 pagi. 3. Waktu rehat untuk tahap satu pada jam 9.40 pagi hingga jam 10.10 pagi. 4. Waktu rehat untuk tahap dua pada jam 10.10 pagi hingga jam 10.30 pagi.

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

5. Pada hari Isnin dan Selasa murid tahap satu pulang jam 1.10 petang manakala murid tahap dua pada jam 1.40 petang. 6. Pada hari Rabu dan Khamis murid tahap satu pulang jam 12.40 tengah hari manakala murid tahap pada jam 1.10 petang. 7. Hari jumaat semua tahap pulang pada jam 12.10 tengah hari.

F. WAKTU AKTIVITI KO-KURIKULUM 1. Ditetapkan pada waktu petang 2. Hari-harinya akan ditetapkan oleh guru penasihat masing-masing.

G. KEHADIRAN 1. Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari cuti. 2. Murid yang tidak dapat hadir ke sekolah dengan sebab-sebab tertentu mestilah menulis surat kepada pihak sekolah.

H. MASA PEMBELAJARAN Murid dikehendaki berada di dalam bilik darjah yang ditetapkan semasa sesi pembelajaran kecuali waktu rehat.

I. MASA REHAT Murid dikehendaki makan di kantin sekolah.

J. PERGERAKAN MURID SEMASA DI SEKOLAH Murid dikehendaki beratur dalam satu barisan semasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dalam kawasan sekolah.

K. PENGGUNAAN BILIK KHAS 1. Murid mestilah menunggu arahan guru sebelum memasuki bilik khas. 8

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

2. Murid mestilah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan semasa berada di dalam bilik khas. 3. Kategori bilik khas : Makmal Sains Pusat Sumber Sekolah Bilik Muzik Bilik Tayangan Bilik Self Access Centre Bilik Pemulihan Bilik Kemahiran Hidup

L. PENGGUNAAN BILIK AIR 1. Semasa sesi pembelajaran sedang berjalan hanya DUA orang murid sahaja dibenarkan keluar ke bilik air pada sesuatu masa. 2. Murid dikehendaki memakai kad keluar kelas. 3. Murid mestilah memastikan bilik air bersih selepas digunakam.

M. PENGGUNAAN PADANG SEKOLAH 1. Hanya digunakan untuk aktiviti pembelajaran pendidikan jasmani atau latihan pasukan sekolah di sebelah pagi. 2. Murid mestilah bersama guru semasa berada di padang sekolah. 3. Untuk aktiviti lain mestilah dengan arahan guru.

N. PENGGUNAAN KELAS / BILIK DARJAH 1. Digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 2. Kelas mestilah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan. 3. Pastikan kerusi dan meja sentiasa disusun dengan kemas dan teratur. 4. Papan hitam mestilah sentiasa bersih jika tidak digunakan. 5. Murid tidak dibenarkan menulis di papan hitam kecuali dengan arahan guru. 6. Murid tidak dibenarkan duduk di kerusi dan meja guru. 7. Pastikan suis lampu dan kipas ditutup jika tidak digunakan. 8. Tidak dibenarkan bermain di kelas. 9

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

9. Tidak dibenarkan bising di dalam kelas.

O. PENGGUNAAN KENDERAAN / TEMPAT LETAK KENDERAAN 1. Murid yang berbasikal hendaklah meletakkannya di tempat meletak basikal yang disediakan. 2. Pastikan basikal disusun dengan baik. 3. Murid tidak dibenarkan menunggang sebarang kenderaan semasa berada di dalam kawasan sekolah sama ada waktu pagi, petang atau malam. 4. Murid tidak dibenarkan meletak kenderaan di tempat meletak kenderaan guru dan kakitangan sekolah.

P. PENGGUNAAN BILIK ALATAN SUKAN, PENDIDIKAN JASMANI DAN PERSALINAN 1. Alatan Sukan atau Pendidikan Jasmani hanya boleh diambil oleh guru dengan bantuan murid. 2. Guru mestilah mencatat setiap penggunaan alatan di dalam buku rekod penggunaan yang disediakan. 3. Alatan yang telah digunakan mestilah disimpan dan disusun semula di tempat asal dengan kemas dan teratur. 4. Sebarang kerosakan alatan mestilah dilaporkan kepada guru yang berkenaan. 5. Penggunaan bilik persalinan adalah mengikut jantina. Murid lelaki di bilik lelaki dan begitulah murid perempuan. 6. Bilik persalinan mestilah dibersihkan semasa dan selepas digunakan. 7. Murid tidak dibenarkan menyalin pakaian basah di dalam bilik persalinan.

Q. KAWASAN LARANGAN 1. Murid dilarangan memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran Guru, Guru Penolong Kanan, Guru Besar atau kakitangan sekolah.

10

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

2. Murid juga dilarang memasuki kawasa larangan semasa ketiadaan orang dalam kawasan tersebut walaupun dengan arahan dan kebenaran . 3. Kategori kawasan larangan ialah : Bilik Guru Pejabat Sekolah Bilik Penolong Kanan Bilik ABM Bilik KO-KO / Setiausaha Sukan Kedai Sekolah Stor Pekerja Bilik Cetak Stor Sukan Bahagian dalam kantin / ruangan guru dan kakitangan makan. Stor kantin / dapur kantin. Nota : Menurut Penolong Kanan HEM SKLS, buku displin ini sedang dikemaskini dan akan dibawa ke Jawatankuasa Displin Sekolah untuk diluluskan. Apakah cara yang digunakan supaya murid tahu akan peraturanperaturan tersebut? Para waris murid tahun satu diberi taklimat pada hari pertama menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Setiap murid dibekalkan dengan buku peraturan dan disiplin murid. Maklumat tentang peraturan dan disiplin sekolah juga diletakkan di papan kenyataan sekolah. Guru sentiasa memberi peringatan tentang peraturan dan disiplin murid setiap kali perhimpunan rasmi sekolah. Guru memberitahu murid secara individu. Khidmat pengawas sekolah digunakan bagi memaklumkan tentang peraturan dan disiplin sekolah.

11

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

5. Buat pemerhatian bagaimana ianya ditangani di sekolah. Murid yang melanggar peraturan kali pertama akan diberi peringatan secara individu oleh guru kelas atau guru

matapelajaran terlibat. Sekiranya, kesalahan masih lagi berterusan, murid tersebut akan dihantar kepada guru disiplin, sekiranya masih lagi bermasalah murid akan dibawa ke bilik kaunseling dan diberi peringatan dengan bantuan guru kaunseling. Apabila pelajar tersebut terlalu degil, pihak sekolah dengan tanggungjawab Penolong kanan Hal Ehwal Murid akan bertindak terhadap situasi tersebut. Murid yang melanggar peraturan secara berterusan akan dihukum dan didenda di khalayak ramai sebagai pengajaran kepada murid-murid lain. Sekiranya tidak berlaku apa-apa perubahan, murid tersebut akan dihadapkan ke pihak atasan iaitu Guru Besar untuk mengambil langkah terakhir.

II. KEMAHIRAN MENGAJAR DAN PENGURUSAN


AKTIVITI 4

PENGAJARAN YANG DIBUAT PEMERHATIAN


Umur Murid : 11 & 12 Tahun

1. Bagaimanakah murid memberi tumpuan? Guru (A) a. Tumpuan murid-murid kepada guru berlaku dalam keadaan sehala. Ini kerana penyusunan bilik darjah tersebut menggunakan pendekatan pemusatan guru .

12

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

b. Guru mengajak murid sama-sama mengikuti apa yang dituturkan oleh guru. c. Murid-murid dapat memberikan tumpuan yang baik. Guru (B) a. Tumpuan murid-murid kepada guru berlaku dalam keadaan sehala. Ini kerana penyusunan bilik darjah tersebut menggunakan pendekatan pemusatan guru. b. Guru bersoal balas dan jawab dengan murid-murid, dengan itu murid memberikan tumpuan yang sewajarnya. c. Murid-murid dapat memberikan tumpuan yang baik. 2. Bagaimanakah penglibatan murid dalam perbincangan? i. Penglibatan secara Kelas : Guru meminta murid melakukan sesuatu perkara secara kelas seperti membaca atau meneybut sesuatu huruf atau perkataan. ii. Penglibatan secara kumpulan : Penglibatan murid secara kumpulan juga memberi satu impak yang positif kepada murid lain di dalam pembelajaran. iii. Penglibatan secara individu : Setelah murid didedahkan pembelajarannya secara kelas dan kumpulan, kini murid itu sendiri secara individu membaca atau menyebut sesuatu perkara yang diajar oleh guru.

3. Bagaimanakah guru memberikan penekanan dalam pengajaran? i. Guru memulakan bacaan atau sebutan huruf kemudian diikuti oleh murid. ii. Guru mengulangi bacaan atau sebutan huruf berulang kali. iii. Guru meminta murid membaca atau menyebut sesuatu perkara secara kelas, kumpulan dan individu. 4. Adakah sesuatu arahan itu diberi dengan jelas?Terangkan. i. Guru menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan tahap pemikiran murid. ii. Menggunakan suara yang lantang supaya murid-murid dapat mendengar dengan jelas. iii. Guru mengulangi setiap arahan yang diberikan.

13

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

5. Bagaimanakah arahan diberikan kepada murid supaya menjalankan tugas dengan efektif? i. Sekiranya guru menghendaki murid membaca, arahan diberikan secara kelas dahulu dan seterusnya secara kumpulan dan individu. ii. Jika guru mengarahkan muridnya supaya menulis, guru menulis di papan hitam untuk mempermudahkan murid. iii. Guru membaca sesuatu pelajaran mengarahkan murid membacanya. terlebih dahulu sebelum

6. Bagaimanakah cara guru mengendalikan masalah disiplin dan keadaan, semasa murid telah siap tugasan / tidak ada tugasan? i. Guru meminta murid mengulangi bacaan yang dipelajari samada secara kelas, kumpulan atau individu. ii. Guru mengadakan aktiviti berkaitan pelajaran yang boleh menarik minat dan tumpuan murid. iii. Guru melaksanakan latih tubi samada menyuruh murid membaca atau menyebut sesuatu huruf dan perkataan yang telah diajar. 7. Bagaimanakah guru menguruskan murid dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain? i. Di awal pengajaran guru menerangkan dan menjelaskan sesuatu pelajaran kepada murid. ii. Setelah sesuatu pelajaran dijelaskan dan diterangkan kepada murid, guru menjalankan aktiviti secara latih tubi samada bacaan atau sebutan sesuatu perkataan. iii. Aktiviti akhir ialah latihan menulis atau mewarna.

8. Bagaimanakah guru tugasan yang diberi?

mengendalikan

murid

supaya

menyiapkan

i. Sekiranya tugasan yang diberi kepada murid adalah latihan menulis, maka guru harus memberi tunjuk ajar terlebih dahulu di dalam buku tulis untuk permudahkan murid. ii. Guru memantau tugasan yang diberi dari semasa ke semasa.

14

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

iii. Guru memuji murid yang dapat menghabiskan tugasan yang diberi, perkara ini dapat memberi menarik perhatian kepada murid lain untuk menyiapkan tugasan dengan cepat. 9. Bagaimanakah guru menamatkan pengajarannya? i. Sekiranya tugasan yang diberikan tidak dapat disiapkan, guru mengarahkan murid menyiapkannya di rumah. ii. Guru sekali lagi mengulangi pengajarannya secara latih tubi. iii. Sebelum guru meninggalkan kelas, guru mengucapkan terima kasih dan diikuti oleh murid dan seterusnya bacaan doa beramai-ramai.

AKTIVITI 5

KEMAHIRAN PROFESIONAL DAN KEMAHIRAN MENGAJAR

BIL 1. 2. 3.

PERKARA Penggunaan soalan Memberi penerangan Pergerakan penyampaian dalam pengajaran

BERKESAN

KURANG BERKESAN

TIDAK BERKESAN

15

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

4. 5. 6. 7.

Penggunaan alatan Respons kepada kerja murid Penggunaan suara dan eye contact Pergerakan badan

(1) Penggunaan soalan Dari sudut penggunaan soalan, beliau lebih banyak menggunakan soalan yang ringkas tetapi tepat dan padat. Soalan diajukan secara umum dan semua murid akan menjawabnya. Guru memberi jawapan setelah mendengar semua jawapan.

(2) Memberi penerangan Ketika memberi penerangan kepada murid, beliau akan menggunakan bahasa yang lebih mudah, ringkas dan difahami. Memberi penerangan dengan contoh-contoh tertentu, dilakonkan oleh murid-murid sekiranya diperlukan, serta menggunakan gambar rajah. Penerangan yang diberikan tidak terkeluar dari skop perbincangan.

(3) Pergerakan penyampaian dalam pengajaran Dari segi pegerakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, beliau lebih banyak bergerak terutamanya ketika memberi latihan kepada murid-murid. Beliau berbuat demikian kerana ingin menarik minat murid untuk mengikuti sesi pembelajaran dan sebagai salah satu cara untuk memahami murid. Menggunakan bahasa badan

(4) Penggunaan alatan Antara alatan yang digunakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran ialah

Kad imbasan. Papan hitam. Gambar. Buku teks. 16

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

Buku kerja. Buku latihan.

(5) Respon kepada kerja murid Guru akan memeriksa setiap kerja yang diberikan oleh murid dan memperbetulkan sekiranya ada kesalahan. Murid yang berjaya menjawab dengan betul akan dipanggil dan diberi pujian, tepukan serta hadiah. Murid yang lemah juga dipanggil dan dibimbing oleh guru supaya mereka tidak merasa tersisih dan tidak dihargai. (6) Penggunaan suara dan eye contact Suara : Suara guru agak kuat dan sebutan jelas. Disebut secara berulang kali.

Eye contact

Tidak tertumpu kepada satu arah sahaja. Ketika bertanya kening dikerutkan dan mata dikecilkan. Kening diangkat dan mata dibesarkan apabila menerangkan sesuatu.

(7) Pergerakan badan Guru membuat pergerakan sesuai dengan apa yang disampaikan. Menunjukkan gaya suatu perbuatan sesuai dan difahami. Contohnya perbuatan tidur : tangan diletakkan di pipi, senyap : jari diletakkan di mulut.

AKTIVITI 6

Terangkan dengan ringkas apakah kekuatan dan kelemahan, persamaan dan kelainan yang terdapat dalam dua situasi tersebut. Nyatakan apa yang anda dapat pelajari daripadanya.

17

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

1. Kekuatan dan kelemahan : Kekuatan Pengalaman mengajar Kemahiran guru mengawal kelas Mempunyai kreativiti yang tersendiri 2. Persamaan dan kelainan : Persamaan Penggunaan Alatan Bantuan Mengajar Respons kepada kerja murid Penggunaan soalan Kelainan Pergerakan badan gaya guru menyampaikan pengajarannya. Pergerakan penyampaian dalam pengajaran Penggunaan suara dan eye contact Kelemahan Kurang berpengalaman Tidak dapat mengawal kelas dengan baik Tidak dapat menarik minat murid untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran

3. Pengajaran yang dipelajari : i. Setiap guru perlu mempunyai kemahiran dan strategi pengajaran yang tersendiri. Kreativiti guru juga penting bagi memastikan setiap murid dapat mengikuti pengajaran dengan berkesan. Sekolah sebagai sebuah institusi penyebaran ilmu dan pusat pembangunan ummah perlu dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan bagi mempertingkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran.

ii.

iii.

III. KEMUDAHAN FIZIKAL DAN PERALATAN


BENTUK KEMUDAHAN/ALATAN Makmal Teknologi Maklumat dan Komputer (ICT) Pusat Sumber Sekolah

BIL 1.

ADA/TIADA

CADANGAN Wujudkan juruteknik komputer tetap di makmal.

Ada

2.

18

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

Ada

Lebih banyak buku jawi dan bahasa arab perlu disediakan untuk rujukan murid Perlu ditambah alat bantu

3.

Bilik Khas j-QAF

Ada

belajar.

4.

Surau

Ada

Ditambah kemudahan seperti rehal dan sejadah serta ditingkatkan keceriaan.

5.

Bilik Mesyuarat

Ada

Memuaskan

6.

Bengkel Kemahiran Hidup

Ada

Ditingkatkan penggunaan perlu lebih tersusun

dan

Perlu ditambah alat bahan bantu 7. Makmal Sains Ada mengajar berkaitan dengan

alatan sains yang lebih menarik dan ditingkatkan keselamatan. 8. Pavilion Ada Ditingkatkan kebersihan

9.

Bilik Pemulihan

Ada

Memuaskan

10.

Bilik SPBT

Ada

Perlu diubah dari segi keceriaan dan susunan bilik tersebut kerana bilik tersebut kelihatan suram. Perlu ditambah bilangan buku teks.

11.

Kantin

Ada

Memuaskan

14.

Bilik Kaunseling

Ada

Memuaskan

19

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

Pihak sekolah perlu 15. Bilik Muzik Ada memperbanyakkan lagi peralatan muzik.

Perlu ditingkatkan lagi keceriaan 16. Bilik Guru Ada dan ditambah kemudahan.

17.

Tapak Perhimpunan & Astaka

Ada

Memuaskan

18.

Internet

Ada

Memuaskan

19.

Bilik Fotostat Parkir Basikal

Ada

Memuaskan

20. 21.

Ada

Memuaskan

20

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

TUGASAN: Apakah Faktor-Faktor Yang Boleh Menyumbang Kepada Pengajaran Berkesan Dan Seterusnya Mendorong Murid Untuk Belajar Dengan Baik?

Pelaksanaan projek Jawi, Quran, Arab dan Fardhu Ain (j-QAF) yang bermula pada tahun 2005 mempunyai matlamat untuk membantu murid secara menyeluruh, yang meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi termasuk juga bakat dan nilai sosial. Di samping itu, teras j-QAF setiap murid dianggap berbeza di antara satu sama lain dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehan. Berdasarkan matlamat ini, guru hendaklah mengadakan aktiviti-aktiviti tambahan bagi murid-murid cerdas dan aktiviti-aktiviti alternatif bagi murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar. Oleh itu, bagi melaksanakan teknik pengajaran berkesan, terdapat tiga kompenan utama yang perlu diberi perhatian iaitu peranan guru, pelajar dan juga suasana pembelajaran di sekolah tersebut.

Faktor utama yang boleh menyumbang kepada pembelajaran yang berkesan ialah guru mesti tahu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai sebagai guru yang cemerlang dan dedikasi. Antara peranan guru ialah merancang segala aktiviti pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah. Setiap guru mesti merancang terlebih dahulu topik yang akan diajar dengan merujuk kepada buku panduan guru, buku teks dan juga sumber-sumber lain yang berkaitan dengannya supaya guru menguasai topik yang akan diajar. Peranan guru juga ialah bertindak sebagai fasilitator pembelajaran dengan membimbing murid-murid supaya

21

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

mereka berusaha belajar sama ada secara individu atau secara berkumpulan. Di samping itu, guru juga berperanan sebagai pemeriksa dan penilai seperti memeriksa buku kerja murid, kertas ujian dan peperiksaan, menilai prestasi murid serta mengenal pasti kelemahan dalam pembelajaran mereka dan berdasarkan punca kelemahan. Ini penting kerana guru dapat merancang aktiviti pemulihan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran.

Sikap guru juga penting dalam menyumbangkan pengajaran yang berkesan. Antara sikap yang perlu ada dalam diri setiap guru ialah bertanggungjawab, yakin, sabar, berkepimpinan dan kemahiran berkomunikasi. Hubungan dua hala mesti wujud di antara seorang guru dengan muridmuridnya. Dalam konteks ini, kemahiran berkomunikasi adalah penting. Komunikasi dalam konteks sekolah ialah proses bagaimana guru berkongsi pengalaman dengan murid-muridnya dan begitu juga sebaliknya. Setiap guru mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang tersendiri. Dalam

berkomunikasi seseorang guru akan menyampaikan mesej yang tertentu sama ada mesej lisan atau bukan lisan. Mesej ialah istilah lain untuk isi atau kandungan dalam berkomunikasi. Mesej lisan pula ialah apa-apa yang diucapkan dengan menggunakan kata-kata dan mesej, manakala mesej bukan lisan ialah cara seseorang berdiri, gerak geri tangan dan sebagainya. Kemahiran berkomunikasi boleh merangsang emosi positif seseorang, dapat menjalin hubungan yang baik dan juga dapat meningkatkan estim diri pelajar, kerana dengan cara berkomunikasi mereka boleh berasa diri diperlukan, dihargai dan penting kepada orang lain. Perasaan tersebut adalah asas estim

22

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

diri yang sihat. Secara tidak langsung dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang ceria dan efektif.

Antara faktor yang memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ialah keadaan persekitaran sesebuah sekolah dan bilik darjah. Ini termasuklah kebersihan kawasan sekolah, susunan bilik darjah, susun atur alatan dan murid-murid di dalam bilik darjah, keceriaan kawasan sekolah dan bilik darjah. Hal ini penting kerana secara psikologi dapat mempengaruhi minda murid untuk belajar dalam suasana yang positif. Jumlah murid dalam bilik darjah juga mempengaruhi kerana guru akan mempunyai perhatian yang lebih terhadap seseorang murid jika jumlahnya semakin berkurangan. Pergerakan murid juga dihadkan bagi mengelakkan gangguan ketika sesi P&P. Di samping itu, kedudukan seseorang murid dalam kumpulan yang telah diatur oleh guru juga memberi kesan dalam proses P&P.

Kelengkapan peralatan dan kemudahan fizikal yang telah disediakan oleh pihak sekolah perlu bagi mendapatkan hasil seperti yang dikehendaki kerana peralatan yang tidak lengkap akan menyulitkan murid-murid untuk menerima pelajaran dan guru untuk mencurahkan ilmunya. Makmal Teknologi Maklumat dan Komputer (ICT) contohnya dapat membantu murid

mendapatkan maklumat-maklumat tambahan selain apa yang terdapat dalam buku teks dan apa yang diajar oleh guru. Di samping itu, murid-murid juga dapat mempelajari dan mendalami tentang penggunaan komputer dan teknologi maklumat kerana ia merupakan satu keperluan pada zaman globalisasi ini. Guru pula dapat menyampaikan pengajaran yang lebih menarik

23

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

dan berkesan jika menggunakan alatan elektronik seperti LCD Projector. Konsep yang ceria dan ringkas digunakan di dalam CD untuk membantu proses P&P tampak menarik. Perpustakaan juga penting bagi sesebuah sekolah kerana di situ murid-murid dapat mempelbagaikan bahan bacaan ilmiah yang berkaitan dengan pelajaran dan menggunakan bahan-bahan yang ada sebagai rujukan.

Kefahaman yang jelas tentang peraturan sekolah juga boleh membantu mewujudkan satu suasana yang aman. Setiap murid dan warga sekolah terikat dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, dan mesti dipatuhi oleh setiap pelajar serta akan didenda atau dihukum sekiranya melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan-peraturan sekolah menjadi asas kepada kecemerlangan sesebuah sekolah dan menjadi tempat rujuk kepada warga sekolah. Peraturan di dalam kelas dan sekolah menjadikan murid-murid lebih berdisiplin yang secara tidak langsung dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam suasana yang teratur dan terkawal. Semua murid dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran jika tiada masalah disiplin yang berlaku.

Di samping sikap dan peranan guru, pengajaran berkesan juga berkait rapat dengan kemahiran dan pengalaman seseorang guru itu menguruskan bilik darjah atau kawalan kelas, cara penyampaian, penerangan, penggunaan soalan dan cara memberi semangat dan galakan. Pengawalan kelas adalah penting kerana menentukan kejayaan ataupun kegagalan P&P di dalam bilik darjah. Jika seseorang guru tidak dapat mengawal kelas, maka P&P adalah

24

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

gagal kerana murid berada dalam keadaan tidak terkawal.

Dari aspek

penggunaan soalan, seorang guru yang bijak akan mempelbagaikan bentuk soalan. Ada ketika dia akan menggunakan soalan tertumpu dan adakalanya soalan bercapah. Cara soalan diajukan juga memberi kesan pada murid. Soalan yang diajukan secara umum lebih sesuai dalam sesi P&P kerana ia akan merangsang minda murid untuk menggunakan apa yang mereka pelajari. Guru akan menerima pelbagai jawapan dari mereka berdasarkan apa yang mereka faham. Selepas guru mendengar semua jawapan mereka, barulah diterangkan jawapan yang sebenar dan jawapan itu hendaklah ringkas, jelas dan padat. Gaya, intonasi, pergerakan badan dan gerakan mata juga merupakan kemahiran yang patut ada pada guru supaya apa yang sampaikan mudah difahami dan diterima oleh murid. Gaya penyampaian mestilah sesuai dengan apa yang diucapkan, gerakan tangan mengikut apa yang dimaksudkan dan intonasi sesuai mengikut ayat yang diucapkan.

Bagaimanapun ia masih bergantung kepada persedian, perancangan, strategi pengajaran dan hubungan dengan murid. Murid akan merasa bosan dan hilang tumpuan jika sesuatu aktiviti mengambil masa yang terlalu lama. Maka, seseorang guru perlu membuat perancangan yang boleh menarik minat murid untuk mengikuti setiap aktiviti dari awal sampai akhir. Kemahiran guru diperlukan ketika memulakan sesi P&P di mana mereka perlu menarik tumpuan murid sama ada dengan menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) seperti kad imbasan, atau aktiviti-aktiviti yang menarik seperti nyanyian, permainan, kuiz yang membuatkan murid-murid itu seronok dan tidak merasakannya sebagai satu yang sukar dan membebankan. Kepelbagaian

25

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

alatan dan aktiviti yang dijalankan oleh guru dengan menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) seperti kad imbasan, nyanyian, permainan, kuiz dan sebagainya turut menyumbang kepada pengajaran yang berkesan.

Alat Bantu Mengajar (ABM) juga adalah penting dalam membantu keberkesanan P&P. Permainan kad imbasan merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebutan huruf jawi (Hijaiyyah) yang mengandungi unsur main bermain yang menyeronokkan, bersahaja dan bermakna. Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti guru bagi mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih berkesan. Melalui permainan ini, kemahiran mengenal huruf hijaiyyah dapat dipertingkatkan sama ada melalui kemahiran mendengar, menyebut, membaca dan menulis. Selain itu, permainan ini juga dapat membantu mengekalkan minat belajar dan menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, pengetahuan yang diterima oleh murid akan berkekalan dan tidak membosankan. Dalam aktiviti permainan ini, murid-murid dapat berinteraksi antara satu sama lain melalui pergaulan dalam kumpulan, bersoal jawab dengan guru dan seterusnya membantu murid yang lemah. Secara tidak langsung, permainan ini dapat merangsang dan melatih murid-murid supaya dapat mengenal huruf hijaiyyah dengan membandingkan huruf-huruf yang hampir sama seperti perbezaan pada bentuk, tulisan dan titik yang terdapat pada huruf-huruf tersebut.

Seperti yang dinyatakan di atas, nyanyian juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang ke arah pengajaran dan pembelajaran secara

26

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

berkesan. Hal ini bersesuaian dengan situasi murid-murid yang sukakan dan meminati dunia hiburan. Justeru itu, nyanyian dapat dibentuk dengan menggabung jalinkan isi pelajaran dengan irama asal sesebuah lagu. Irama yang sering didengari memudahkan penerimaan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh lagu yang boleh diketengahkan di sini seperti Rasa Sayang Jawi, Lagu Tanya Sama Hati, Aci-aci Buka Pintu, Bahtera Merdeka dan lain-lain lagi.

Sebagai kesimpulannya, dapat diringkaskan disini bahawa pembelajaran & pengajaran (P&P) akan lebih memberi kesan sekiranya cara dan aktiviti dipelbagaikan. Hal ini bertujuan menarik minat murid-murid agar lebih meminati, bersemangat serta dapat memberi tumpuan dengan apa yang diajar. Disamping itu suasana dan keceriaan bilik darjah atau tempat belajar juga memainkan peranannya yang penting terutamanya dari aspek kebersihan bagi menjamin udara yang bersih dan kecergasan murid. Hal ini penting kerana dapat mempengaruhi psikologi murid-murid. Guru juga perlulah lebih peka terhadap minat para pelajarnya supaya dapat mengikut rentak cara penerimaan mereka dengan mengetengahkkan beberapa corak-corak

permainan. Oleh itu, tidak mustahil untuk merealisasikan hasrat kerajaan unuk melahirkan pelajar sifar buta al-Quran, jawi dan Bahasa Arab, yang

didedahkan seawal dari sekolah rendah lagi serta pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani. Seterusnya dapat membentuk masyarakat yang berilmu serta mempunyai pegangan agama yang teguh untuk mencorak generasi yang akan datang.

27

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

Galeri Album

GERBANG SK TAMAN JELUTONG

PONDOK KESELAMATAN

PEJABAT SKTJ

BANGUNAN SEKOLAH

28

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

DATARAN PERHIMPUNAN

PEMANDANGAN CANTIK

SUASANA P&P

TERATAK MINDA

BILIK DISIPLIN & KAUNSLING

BILIK j- QAF

PERPUSTAKAAN

MAKMAL SAINS

29

SKLS/MOS/JQAF/JAN/12

MAKMAL KOMPUTER

BILIK TETAMU

KAFETARIA

PADANG PERMAINAN

30

You might also like