You are on page 1of 6

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH UNTUK MURID

1. KEHADIRAN 1.1. Kehadiran ke sekolah pada hari-hari persekolahan adalah diwajibkan. 1.2. Waktu
persekolahan adalah seperti berikut: Isnin Khamis : 7.00 pagi 12.50 tengah hari Jumaat : 7.00 pagi -
11.20 pagi 1.3. Murid yang lewat sampai ke sekolah hendaklah melaporkan diri kepada pengawas
bertugas di pintu masuk atau kepada guru bertugas sebelum masuk ke kelas. 1.4. Murid yang lewat
hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah boleh dikenakan denda oleh pengawas atau guru
disiplin. 1.5. Setiap murid adalah diwajibkan mematuhi arahan untuk hadir dan menyertai apa jua
kegiatan yang djalankan oleh pihak sekolah. 1.6. Kelas tambahan atau gantian adalah dianggap sebagai
waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri oleh murid. 2. KETIDAKHADIRAN 2.1. Murid yang tidak
hadir ke sekolah oleh sebab-sebab tertentu hendaklah menyatakan sebab dengan mengemukakan
surat daripada doktor / ibu bapa / penjaga / warden. 2.2. Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa
sebarang sebab atau akuan doktor / ibu bapa / penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah dan
boleh diambil tindakan. 2.3. Tindakan terhadap kes ponteng: SURAT HARI TIDAK HADIR BERTURUT-
TURUT HARI TIDAK HADIR BUKAN BERTURUT-TURUT Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10
Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran Pertama Amaran Terakhir 7
hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran Kedua Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran
Terakhir 20 hari selepas Amaran Terakhir 2.4. Seterusnya mana-mana murid yang tidak hadir ke
sekolah kerana sakit selama 15 hari berturut-turut tanpa mendapat apa-apa keterangan sah secara
bersurat daripada penjaga, murid berkenaan boleh digantung sekolah. 2.5. Murid dianggap tidak hadir
sekiranya balik sebelum waktu ketiga dengan kebenaran. 2.6. Murid dianggap hadir jika mewakili
sekolah untuk aktiviti kokurikulum. 3. PAKAIAN Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang
murid-murid berada di sekolah. Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas. 3.1. Pakaian Murid
Lelaki: 3.1.1 Seluar panjang warna biru gelap. 3.1.2 Ukuran seluar hendaklah berfesyen sederhana.
Tidak dibenarkan memakai seluar yang sempit, terlalu kecil kakinya atau jenis bell bottom/baggy,
terlalu singkat (melepasi buku lali) atau terlalu labuh sehingga menyapu lantai. 3.1.3 Baju Melayu
cekak musang bewarna putih, berbutang putih, berlengan panjang (tidak boleh dilipat), berpoket satu
sahaja di sebelah kiri, tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat. Baju dimasukkan ke dalam seluar.
3.1.4 Memakai sampin berwarna biru gelap. 3.1.5 Kasut putih penuh bertapak rata dan rendah tidak
melebihi setengah inci dipakai dengan stokin putih berukuran sejengkal daripada buku lali. Kasut
sekolah hendaklah dibuka dan disusun kemas di tempat yang disediakan sebelum masuk ke dalam
sekolah. Murid dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi mengelakkan kehilangan kasut.
3.1.6 Lencana dilekatkan pada poket baju sebelah kiri dada. 3.1.7 Songkok baldu bewarna hitam
sahaja. Ketayap atau lain-lain tidak dibenarkan. 3.2. Pakaian Murid Perempuan: 3.2.1 Baju kurung
potongan tradisional bewarna putih, leher Teluk Belanga dan berlengan panjang serta labuh mesti
melebihi paras lutut. Tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat. Tidak dari jenis kain yang jarang
dan licin. 3.2.3 Kain sarung warna biru gelap, tidak terlalu singkat (melepasi buku lali) dan terlalu labuh
sehingga menyapu lantai. 3.2.4 Lencana dilekatkan pada tudung sebelah kiri dada. 3.2.5 Anak tudung
berbentuk bulat dan bewarna putih. 3.2.6 Tudung labuh bahagian hadapan sejengkal daripada
pusat dan labuh bahagian belakang melebihi paras bawah bahu 3.2.7 Kasut putih penuh bertapak rata
dan rendah tidak melebihi setengah inci dipakai dengan stokin putih berukuran sejengkal daripada
buku lali. Kasut sekolah hendaklah dibuka dan disusun kemas di tempat yang disediakan sebelum
masuk ke dalam sekolah. Murid dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi mengelakkan
kehilangan kasut. 3.2.8 Murid dibenarkan memakai singlet atau t-shirt putih tanpa corak sahaja di
bahagian dalam baju sekolah. 3.2.9 Murid hendaklah memakai tanda nama yang diletakkan di
sebelah kiri baju atau tudung dan tanda nama mestilah mengikut syarat yang telah ditentukan oleh
pihak sekolah. 3.2.10 Pakaian seragam ini hendaklah dipakai sewaktu masa persekolahan, menghadiri
kelas tambahan, kegiatan kelab dan persatuan, kegiatan-kegiatan lain sekolah, menyertai rombongan
anjuran sekolah dan sepanjang masa peperiksaan. 3.2.11 Pakaian Pengawas Sekolah mestilah sesuai
dengan syarat yang telah ditetapkan sekolah 3.3. Pakaian Pengawas 3.3.1 Pengawas lelaki. Sama
seperti pakaian murid lelaki. Sampin berwarna merah dan kasut serta stokin berwarna hitam. 3.3.2
Pengawas perempuan. Sama seperti pakaian murid perempuan. Kain berwarna merah dan kasut serta
stoking berwarna putih. 3.4. Pakaian Pendidikan Jasmani: T-shirt rumah sukan atau T-shirt putih tanpa
tulisan atau iklan. Seluar trek bottom sekolah atau trek bottom hitam atau bewarna gelap. Semua
murid perempuan wajib memakai tudung semasa pendidikan jasmani. 3.5. Pakaian Aktiviti Luar Darjah
/ Ko-Kurikulum / Kelas Tambahan: Pakaian seragam sekolah yang lengkap, yang menutup aurat ketika
hadir kelas tambahan. Pakaian ko-kurikulum yang dikhaskan oleh pihak sekolah untuk kegiatan ko-
kurikulum. 4. KEBERSIHAN DIRI DAN PERHIASAN 4.1 Murid lelaki ditegah berambut panjang, rambut
murid lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu : 4.1.1 Di belakang : Rambut mesti jatuh tidak melebihi
paras bawah dua cuping telinga, tidak mengenai kolar baju dan mesti nipis keseluruhannya serta
kemas. 4.1.2 Di depan : Rambut tidak menutupi garisan tengah dahi. 4.1.3 Di bahagian tepi : Rambut
tidak menutupi telinga dan sideburn hendaklah nipis dan tidak melebihi garisan tengah muka. 4.1.4
Di atas : Rambut tidak melebihi 3 inci 4.2 Murid diharamkan mewarna rambut dan mengenakan
fesyen-fesyen tertentu. 4.3 Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Cat kuku dan inai dilarang
sama sekali. 4.4 Sebarang alat solek termasuk celak adalah dilarang. 4.5 Murid diharamkan memakai
barang-barang kemas seperti cincin, gelang, rantai leher dan rantai kaki. 4.6 Murid tidak dibenarkan
berkaca mata gelap (sun glass) atau kacamata berbentuk luar biasa. 4.7 Murid yang memakai cermin
mata kerana kerosakan mata, dibenarkan memakai cermin mata berkanta jenis photo sun atau photo
grey. 4.8 Murid dilarang memakai contact lens, selipar, terompah, seluar corak bewarna-warni,
pakaian jeans dan pakaian tidak menutup aurat semasa ke sekolah. 4.9 Setiap murid dikehendaki
berpakaian lengkap, bersih dan kemas, mematuhi peraturanperaturan, dan cara memakai yang
ditetapkan semasa berada di kawasan sekolah. 5. PERHIMPUNAN 5.1 Perhimpunan rasmi diadakan
pada setiap hari Isnin dan kehadiran adalah diwajibkan. 5.2 Perhimpunan harian akan ditentukan oleh
Guru Besar iaitu pada mana-mana hari dalam sesuatu minggu persekolahan. 5.3 Semua murid
dimestikan berada di tempat perhimpunan 15 minit sebelum perhimpunan bermula. 5.4 Pengawas
bertanggungjawab menyusun barisan dan mengawal ketenteraman perhimpunan. Murid hendaklah
mendengar dan mematuhi arahan pengawas. 5.5 Murid hendaklah sentiasa memberi perhatian
kepada pengumuman dan ucapan yang disampaikan oleh guru atau pengawas. Semua murid dilarang
berbual-bual antara satu sama lain. 5.6 Selepas perhimpunan, para murid hendaklah segera berjalan
ke bilik darjah mengikut barisan. Pemeriksaan kebersihan pakaian, kasut, rambut, kuku dan
sebagainya akan dijalankan oleh guru-guru disiplin/bertugas dan pengawas. 5.7 Murid yang tidak
menghadiri perhimpunan tanpa sebab yang munasabah dan tanpa makluman akan diambil tindakan.
6. KAWASAN SEKOLAH 6.1 Meninggalkan Kawasan Sekolah 6.1.1 Murid-murid tidak dibenarkan
meninggalkan kelas pada sebarang waktu kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru.
Murid yang dibenarkan mesti memakai PAS KELUAR. 6.1.2 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan
murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan
terdesak dan mendapat kebenaran guru. 6.1.3 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas
pada waktu belajar dengan tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar, murid-murid
tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan, membawa surat-surat
pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidak penting. 6.1.4 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari
kelas semasa pertukaran waktu umpamanya ke tandas atau lainnya. Setiap ketua tingkatan
bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar. 6.1.5 Murid-murid yang
hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu hendaklah mendapat kebenaran bertulis
dari guru tingkatan. 6.1.6 Sekiranya murid sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, murid berkenaan
hendaklah mendapatkan surat kebenaran dari guru tingkatan dengan mengisi borang khas. Surat
kebenaran tersebut hendaklah diserahkan kepada guru atau murid yang bertugas. 6.1.7 Sekiranya
murid hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu, murid hendaklah mendapatkan
kebenaran bertulis dari Guru Besar, Penolong Kanan atau Guru bertugasdengan mengisi borang khas.
Satu salinan hendaklah kepada Guru kelas dan satu salinan hendaklah disimpan oleh murid. 7. KELAS
7.1 Murid di dalam sesebuah kelas bertanggungjawab akan keselamatan harta benda sekolah di dalam
bilik darjah masing-masing. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh murid samada disengajakan
atau tidak, murid kelas berkenaan wajib bertaggungjawab. 7.2 Para murid di dalam sebuah kelas
bertanggungjawab tentang kesempurnaan bilik darjah dari segi lantai, siling, dinding, tingkap, lampu,
kerusi, meja dan sebagainya. Bilik darjah hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan ceria.
7.3 Semasa ketiadaan guru dalam bilik darjah, ketua kelas, penolong dan pengawas kelas berkenaan
bertanggungjawab menjaga ketenteraman bilik darjah dan hendaklah mencari guru yang sepatutnya
mengajar pada waktu tersebut. 8. KELUAR-MASUK KELAS 8.1 Keluar kelas mesti dengan kebenaran
guru atau ketua kelas atau penolong ketua kelas. Hanya dua orang murid (seorang lelaki dan seorang
perempuan) dibenarkan keluar untuk satu-satu masa dan diwajibkan memakai pas/bip/tag kebenaran
keluar kelas. Murid juga mestilah menulis nama di dalam buku keluar/masuk kelas. 8.2 Murid tidak
dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada masa rehat. 8.3 Para murid hendaklah beratur dan
berjalan dalam keadaan tenang ketika ke makmal, bengkel dan sebagainya. Tidak dibenarkan singgah
dimana-mana ketika dalam perjalanan itu. Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik tersebut selagi guru
tiada di dalamnya. 8.4 Setiap murid hendaklah meminta izin guru sebelum masuk atau keluar dalam
masa guru berada di dalam kelas dan ketua kelas ketika guru tidak ada. 8.5 Murid dari kelas lain yang
ada urusan di sesuatu kelas, hendaklah juga mematuhi peraturan 8.4. 9. BUDI PEKERTI DI DALAM
KELAS 9.1 Murid mesti berada di kelas masing-masing sepanjang waktu persekolahan dan tidak
dibenarkan sama sekali berada di kelas lain kecuali dengan kebenaran guru. 9.2 Murid-murid tidak
boleh membuat bising. Suasana tenang dan senyap hendaklah diwujudkan sepanjang masa. 9.3 Setiap
murid hendaklah memberi sepenuh perhatian kepada guru apabila guru sedang mengajar. Arahan
guru wajib dipatuhi. 9.4 Pada masa pertukaran waktu, murid tidak boleh meninggalkan tempat
masing-masing sementara menanti ketibaan guru. 9.5 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan
kelas semasa waktu belajar atas alasan menemui guru. Pertemuan seumpama itu boleh dibuat dalam
waktu rehat atau di luar waktu muridan atau dipanggil oleh guru untuk sesuatu perkara yang perlu
diselesaikan segera. 9.6 Murid-murid tidak boleh terkecuali dari mana-mana waktu pengajaran dan
pembelajaran kecuali dengan alasan yang munasabah. 9.7 Jika seseorang murid tidak mengambil
sesuatu mata muridan, murid berkenaan hendaklah berada di dalam kelas mengikuti muridan guru
berkenaan. 9.8 Murid-murid dikehendaki bangun memberi hormatapabila pelawat, pengetua atau
guru-guru masuk atau keluar kelas. 9.9 Apabila pengetua, atau guru masuk, murid-murid hendaklah
berdiri dan memberi salam. 10. HARTA BENDA SEKOLAH 10.1 Harta benda sekolah ialah segala benda
kepunyaan sekolah. Jika sesuatu harta benda sekolah dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja,
murid/kumpulan terlibat akan dikenakan hukuman yang setimpal dan menggantinya/membayar harga
barang tersebut. 10.2. Buku-buku teks: 10.2.1 Buku teks adalah kepunyaan sekolah. 10.2.2 Menjadi
tanggungjawab murid menjaga kebersihan dan keselamatan buku tersebut. 10.2.3 Murid diwajibkan
menyampul/membalut buku tersebut. 10.2.4 Murid dilarang menconteng/mengotorkan buku itu.
Dilarang merosakkan seperti menggunting gambar atau menekap dari buku. 10.2.5 Murid dilarang
meninggalkan buku teks dalam bilik darjah apabila habis masa sekolah. 10.2.6 Jika peraturan itu
dilanggar, pihak sekolah berhak merampas atau meminta ganti dengan buku juga atau harga buku
tersebut. 10.2.7 Murid hendaklah memulangkan semula buku pinjaman pada akhir tahun seperti yang
diarahkan oleh sekolah. 10.2.8 Murid yang gagal memulangkan buku teks pada masa yang telah
ditetapkan pihak sekolah akan diambil tindakan. 11. KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN 11.1
Tidak dibenarkan murid-murid menulis, melukis, menggaris, menconteng atau mengotorkan mana-
mana bahagian bangunan seperti dinding, tiang, pintu dan sebagainya kecuali dengan kebenaran. 11.2
Gunakan tandas dengan betul dan berperaturan. 11.3 Jangan meludah atau membuang kahak merata-
rata. 11.4 Kebersihan bangunan dan kawasan sekolah adalah tanggungjawab bersama. 11.5 Murid-
murid hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. 12. SAKIT DAN
PENYAKIT BERJANGKIT 12.1 Murid-murid yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru
Bertugas, Pengawas atau Ketua Kelas. 12.2 Murid-murid yang mengidap penyakit berjangkit mesti
berada di rumah sehingga sembuh. 12.3 Murid yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik
rawatan atau mendapat rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah 12.4
Guru bertugas akan menguruskan penghantaran murid ke hospital kerajaan jika sakit kuat. 13.
KAWASAN YANG DILARANG 13.1 Tempat letak kenderaan guru 13.2 Kawasan perumahan guru dan
staff 13.3 Bilik Guru 13.4 Pejabat pentadbiran 13.5 Kawasan Tangki Air 13.6 Kawasan-kawasan
bertanda Kawasan Larangan 14. KEBERSIHAN 14.1 Tong Sampah 14.1.1 Semua murid adalah
bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah. 14.1.2 Tong-tong sampah yang disediakan adalah
untuk kegunaan membuang sampah sahaja. 14.2 Kantin 14.2.1 Tidak dibenarkan murid-murid
membeli makanan/minuman dalam masa belajar atau masa pertukaran waktu kecuali dengan
kebenaran. 14.2.2 Ditegah berebut-rebut dan membuat bising di kantin/koperasi ketika membeli
makanan dan minuman. 14.2.3 Jangan tinggalkan bekas-bekas makanan atau minuman di atas meja
atau lantai kantin. Letakkan di dalam bekas yang disediakan. Hindarkan daripada menumpahkan
makanan dan minuman. 14.2.4 Bersopan ketika makan dan minum iaitu hendaklah duduk dan tidak
makan atau minum sambil berjalan. 14.2.5 Buang pembungkus makanan/minuman ke dalam tong
sampah yang disediakan. 14.3 Bilik Darjah 14.3.1 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan
bersih, kemas dan teratur. 14.3.2 Papan hitam, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah
dijaga, tidak dicakar atau dikotorkan. 14.3.3 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas
bertujuan memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor. 14.3.4
Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan seperti kerusi, meja, tingkap dan
lain-lain perlu dibayar ganti rugi. 14.3.5 Setiap kelas dibekalkan 2 batang penyapu, 1 penyodok dan 1
tong sampah. 14.4 Tandas 14.4.1 Semua murid perlu membersihkan tandas selepas digunakan. 14.4.2
Murid tidak dibenarkan menconteng dinding tandas. 14.4.3 Segala sampah tidak dibenarkan dibuang
ke dalam mangkuk tandas sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan. 15.
KESELAMATAN 15.1 Beratur 15.1.1Murid perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke
manamana tempat. 15.2 Waktu balik 15.2.1 Lima minit sebelum pulang, murid mestilah
mengemaskan kerusi meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas. 15.2.2 Apabila
masa pulang telah sampai, murid boleh keluar kelas dengan teratur. Murid hendaklah beratur di
tempat yang ditetapkan dan berjalan apabila diarahkan. 15.2.3 Semua murid hendaklah mengikut
arahan pengawas yang mengawal laluan. 15.2.4 Murid yang balik menaiki bas atau kenderaan lain
hendaklah menunggu di tempat menunggu bas sebelum menaiki kenderaan. 15.2.5 Murid
dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan. 15.2.6 Murid yang berjalan kaki perlu
berjalan dengan teratur di atas bahu jalan dan tidak secara beriringan. 15.2.7 Murid transit hanya akan
dibenarkan turun setelah van/kenderaan sekolah/ibu bapa sampai. 16. PELAWAT . 16.1 Pihak sekolah
berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan murid tanpa memberi sebarang
penjelasan. 16.2 Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan berjumpa
dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah mendapat kebenaran dari pihak sekolah
terlebih dahulu. 16.3 Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan. 17. KETUA MURID
DAN PENGAWAS 17.1 Perlantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh Guru Besar
dengan kerjasama guru-guru. 17.2 Badan Pengawas mestilah mengandungi seorang guru Penasihat,
Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Pengawas-pengawas Darjah Atas. 17.3 Seorang pengawas
biasanya akan memegang jawatannya berterusan tetapi Guru Besar dan guru-guru boleh
menyingkirkan seseorang itu dari Badan Pengawas sekiranya perlu. 17.4 Guru Besar ada kuasa
membuat pindaan dalam perlembagaan itu. 17.5 Sifat-sifat Kelayakan: 17.5.1 Untuk dilantik sebagai
seorang pengawas, seorang murid hendaklah mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di samping
prestasi akademik yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan sekolah. 17.5.2
Lain-lain kelayakan : a) Bertanggungjawab dengan sepenuhnya b) Berwibawa dan bekerjasama c) Rajin
dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan d) Jujur dan berakal e) Menepati masa 17.6 Tugas-tugas
pengawas: 17.6.1 Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib sekolah untuk mengekalkan
suasana yang baik semasa perhimpunan semasa belajar, semasa rehat dan setiap masa dan
menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi. 17.6.2 Mereka hendaklah mengawasi semua harta
benda sekolah supaya tidak dirosakkan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah menjaga
kebersihan kelas dan sekolah. 17.6.3 Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka
semasa perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara sekolah. Ketua pengawas akan
menyediakan giliran tugas Pengawas. Pengawaspengawas yang berulang kali kurang
bertanggungjawab akan diberi amaran. 17.6.4 Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut
bersikap tegas tetapi bersopan santun dengan murid-murid. Mereka tidak boleh berkelakuan kasar.
Mereka hendaklah menjaga keharmonian murid. Sekiranya ada murid melanggar peraturan, dia
hendaklah diberi dua amaran. Pada amaran ketiga, murid itu mesti dilaporkan kepada guru Lembaga
Disiplin. 18. WAKTU REHAT 18.1 Waktu rehat adalah mengikut kesesuaian jadual waktu sekolah
masing-masing. 18.2 Murid diminta untuk makan dan minum di tempat yang telah disediakan. 18.3
Bekas makanan perlu diletakkan didalam bekas yang telah disediakan. 20. LATIHAN KEBAKARAN DAN
KECEMASAN 20.1 Apabila loceng isyarat dibunyikan, murid-murid mesti berbaris di luar kelas dan
turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat). 20.2 Murid-murid mestilah bergerak
secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain.
20.3 Di tempat berkumpul itu, guru-guru darjah hendaklah berada bersama barisan murid-muridnya.
Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap murid di dalam kelasnya berada di situ. 20.4
Guru kelas hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Guru Besar jika ada sesiapa yang
diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari murid itu dengan segera. 20.5 Tidak seorang pun
dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil barang-barang seperti buku, baju dan
lain-lain. 20.6 Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat berbunyi
hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Mereka dikehendaki
melaporkan diri kepada guru darjah dan berada bersama-sama rakan-rakan sekelasnya. 22.
KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH 22.1 Murid-murid mestilah bersama-sama menjaga dengan baik
semua harta benda sekolah semasa berada di sekolah seperti : 22.1.1 Kerusi meja murid jangan
diukir/diconteng 22.1.2 Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng 22.1.3 Buku yang dipinjam
daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik 22.1.4 Tandas hendaklah diguna dengan betul
22.1.5 Cermin tingkap jangan dipecahkan 22.1.6 Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan
dengan baik dan tidak membazir 22.1.7 Alatan pendidikan / permainan hendaklah dikendalikan dan
dijaga dengan baik 23. KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM) 23.1 Muridmurid
digalakkan untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. 23.2 Muridmurid
tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan luar sekolah yang bukan dianjurkan oleh
sekolah. 23.3 Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada Guru Besar sekiranya
seseorang murid ingin atau dikehendaki mengambil bahagian di dalam kegiatan-kegiatan luar atau
pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain-lain yang dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan.
23.4 Murid-murid adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram atau kongsi gelap.
24. KATEGORI KESALAHAN 24.1 Kesalahan Ringan 24.1.1 Menyimpan misai, janggut dan jambang.
24.1.2 Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan tertentu. 24.1.3
Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang. 24.1.4 Menggunakan atau membawa
keluar sebarang peralatan bilik darjah dari sekolah tanpa kebenaran. 24.1.5 Keluar dari bilik darjah
tanpa kebenaran Guru Besar, atau Guru-guru Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik
darjah pada ketika itu. 24.1.6 Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa
kebenaran. 24.1.7 Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa
kebenaran. 24.1.8 Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran Guru Besar
atau wakilnya. 24.1.9 Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam. 24.1.10. Makan
dan minum di dalam bilik darjah. 24.1.11. Melakukan pembaziran air atau elektrik. 24.1.12 Tidak
memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian sekolah dengan kemas. 24.1.13 Semua
kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah,
tidak memberi perhatian dan lain-lain). 24.1.14Lewat ke sekolah. 24.1.15Lewat bergerak ke
perhimpunan/bengkel/kelas. 24.1.16Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain.
24.1.17Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah. 24.1.18Berjalan-jalan dalam
kawasan sekolah. 24.1.19Tidak membuat tugasan yang diarahkan. 24.1.20Mengganggu kawan.
24.1.21Mengganggu guru. 24.1.22Lewat masuk kelas. 24.1.23Mengotorkan kelas. 24.1.24Tidak duduk
setempat. 24.1.25Berada dalam kawasan larangan. 24.1.26 Pergi ke tandas pada waktu pengajaran
dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran. 24.1.27Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin.
24.1.28Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu. 24.1.29Membuang sampah
merata-rata. 24.1.30Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan. 24.1.31 Mengguna
atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran. 24.1.32 Menjalankan perniagaan
sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa kebenaran pihak sekolah. 24.1.33Memakai cermin mata
berfesyen. 24.1.34 Tidak mendaftarkan kenderaan (motor/kereta)yang dibawa ke sekolah
24.1.35Kesalahan lain yang ditentukan oleh Guru Besar. 24.1.36Membawa telefon bimbit dan MP3.
24.2 Kesalahan Sederhana 24.2.1 Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali. 24.2.2
Menyalahgunaan / menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran. 24.2.3
Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. 24.2.4 Tiga amanan, menipu, berbohong dan meniru
ketika ujian / peperiksaan. 24.2.5 Ponteng sebarang acara rasmi sekolah. 24.2.6 Tidak menghormati
lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan. 24.2.7 Fesyen rambut yang keterlaluan,
seperti punk / skin head atau bewarna. 24.2.8 Menconteng pada harta benda sekolah. 24.2.9
Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang lebih daripada satu
pada satu cuping telinga. 24.2.10Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh
Jawatankuasa Disiplin Sekolah. 24.3 Kesalahan Berat 24.3.1 Melakukan mana-mana kesalahan
sederhana kali ketiga 24.3.2 Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam
kegiatan dadah. 24.3.3 Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau
sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan. 24.3.4 Membawa, menyimpan, menghisap atau
mengedar bahan tembakau. 24.3.5 Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan. 24.3.6
Melayan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru / pengawas / murid. 24.3.7
Biadap terhadap guru / pengawas / murid. 24.3.8 Memeras ugut guru / pengawas / murid. 24.3.9
Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya. 24.3.10Melakukan buli, penderaan atau
paksaan terhadap murid lain. 24.3.11 Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh
kawasan larangan. 24.3.12Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan. 24.3.13
Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita dan
multimedia yang terlarang. 24.3.14Membabitkan diri dalam kumpulan haram. 24.3.15Mencabul
kehormatan guru / murid. 24.3.16Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii. 24.3.17Melacur /
menjadi bohsia / bohjan / pondan. 24.3.18 Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan
tidak bermoral. 24.3.19 Mengintai murid lelaki / perempuan. 24.3.20 Menulis atau mengeluarkan
kenyataan akhbar yang mencemarkan. 24.3.21 Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid.
24.3.22 Membawa atau menggunakan bahan letupan. 24.3.23 Menulis / melukis perkataan atau
gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah. 24.3.24 Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan,
perhimpunan haram atau merusuh. 24.3.25 Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-
bahan multimedia. 24.3.26 Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian. 24.3.27 Menganjur atau membabitkan diri
dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia. 24.3.28
Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah.
24.3.29 Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak
berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi persekolahan. 24.3.30 Mengganggu /
menjejaskan kuasa Guru Besar atau guru yang menjalankan tugas. 24.3.31 Membawa masuk tetamu
dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 24.3.32 Mengedar, memiliki,
membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah. 24.3.33 Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
24.3.34 Melakukan hubungan yang dicurigai. 24.3.35 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan
termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah . 25 SALAH LAKU 25.1 Tingkah Laku
Jenayah 25.1.1 Mendera dan mencederakan. 25.1.2 Bertindak ganas dan mencederakan. 25.1.3
Memeras ugut. 25.1.4 Bergaduh. 25.1.5 Mencuri. 25.1.6 Menipu atau memperdayakan. 25.1.7
Menimbulkan kegelisahan dikalangan murid. 25.1.8 Menyalahgunakan dadah. 25.1.9 Khalwat.
25.1.10Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara. 25.1.11Menyertai kumpulan
kongsi gelap. 25.2 Tingkahlaku Lucah 25.2.1 Mencarut. 25.2.2 Berdua-duaan. 25.2.3 Becumbu-
cumbuan. 25.2.4 Melihat / membaca bahan lucah. 25.2.5 Melukis / menulis bahan lucah. 25.2.6
Menyimpan / meminjamkan bahan lucah. 25.2.7 Bersubahat dalam perbuatan sumbang. 25.2.8
Berpakaian tidak senonoh. 25.3 Tingkahlaku Anti-Sosial 25.3.1 Tidak mahu bergaul. 25.3.2 Merosakkan
harta benda individu / sekolah. 25.3.3 Membuat bising. 25.3.4 Menjerit-jerit tidak tentu pasal. 25.3.5
Mengganggu orang lain. 25.3.6 Menulis dan menconteng bangunan. 25.3.7 Membuang sampah
merata-rata. 25.3.8 Mendendam / hasat dengki / cemburu. 25.3.9 Memaki hamun. 25.3.10Sombong ,
bongkak dan biadap. 25.4 Tingkahlaku Tidak Jujur 25.4.1 Meniru dalam ujian dan peperiksaan. 25.4.2
Meniru tandatangan orang lain. 25.4.3 Bercakap bohong. 25.4.4 Mengubah markah yang dicatat oleh
guru. 25.4.5 Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah. 25.4.6 Menganiaya sesama rakan. 25.4.7 Tidak
amanah. 25.4.8 Mengampu. 25.4.9 Memperdayakan ibu bapa dan orang lain. 25.4.10Mengambil
barang orang lain tanpa izin. 25.4.11Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab.
25.4.12Berdolak-dalik. 25.5 Tingkahlaku Tidak Sopan 25.5.1 Berbahasa kasar. 25.5.2 Tidak
menghormati guru. 25.5.3 Menghisap rokok. 25.5.4 Berambut panjang. 25.5.5 Tidak memberi
perhatian semasa guru mengajar. 25.5.6 Lalai dan cuai terhadap muridan. 25.5.7 Mempermain /
memperlekehkan guru. 25.5.8 Selalu lewat. 25.5.9 Suka bertengkar. 25.5.10Pakaian tidak sesuai. 26.
PERATURAN KHAS 26.1 Ibu bapa / penjaga yang bercadang untuk menukar persekolahan murid-murid,
perlu memaklumkan pihak sekolah sebelum mengambil sebarang tindakan. 26.2 Ibu bapa / penjaga
yang perlu menghantar / mengambil murid-murid ke / dari sekolah dikehendaki berada di luar pagar
sekolah pada setiap masa. 26.3 Murid-murid hendaklah menyerahkan sebarang dokumen rasmi
sekolah seperti surat, resit, kad ujian, dan seumpamanya kepada ibubapa / penjaga apabila diarahkan
berbuat demikian oleh pihak sekolah. 27. PERATURAN LAIN ATAU BARU 27.1 Selain wajib mematuhi
peraturan-peraturan di dalam buku ini, murid-murid juga wajib akur kepada peraturan lain yang
digubal oleh pihak sekolah yang tidak tercatat di dalam buku ini. 27.2 Pihak sekolah juga akan
mengeluarkan peraturan-peraturan baru dari semasa ke semasa dan setiap murid wajib mematuhinya.
27.3 Murid juga dikehendaki mematuhi arahan-arahan / peraturan-peraturan dari semasa ke semasa
yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah atau Kementerian Pelajaran Malaysia.

You might also like