You are on page 1of 25

TAKLIMAT DISIPLIN

UNTUK TINGKATAN
SEKOLAH Pdp bersemuka bermula
04-04-2022 (isnin)
TUJUAN TAKLIMAT
1. Membentuk komuniti selamat di sekolah
2. Menghindar berlakunya jangkitan covid 19 di sekolah
3. Membudayakan sekolah selamat
4. PDPC mampu berlangsung dengan sempurna
sepangjang tempoh waktu persekolahan sehingga akhir
tahun
5. Pembentukan disiplin dan sahsiah diri yang sempurna
1. SOP DATANG KE SEKOLAH DAN KETIKA DI
SEKOLAH
Pakai mask sepanjang berada di sekolah. Pematuhan pemakaian mask adalah
wajib bagi semua warga SMK Temerloh
Mask yang dibenarkan adalah jenis kosong (plain) dan tidak bercorak dan
berwarna warni. Dibenarkan biru atau hitam sahaja.
Jaga penjarakan sosial- SOP PENJARAKAN SOSIAL WAJIB DI AMALKAN,
sepanjang berada di sekolah.
Sampai di sekolah, bergerak ke kelas, mengikut laluan yang telah di tetapkan.
Jangan tukar tempat duduk dengan kawan atau berpindah dari tempat duduk
yang telah disediakan
Datang awal sebelum 7.30am. Datang lambat,
nama akan direkodkan dalam sistem disiplin
sekolah.
Datang dan balik hanya mengikut pintu hadapan
sahaja. Pintu pagar belakang tidak di buka kepada
para pelajar
2. PAKAIAN SEKOLAH.
Isnin. Memakai uniform sekolah lengkap termasuk kasut sekolah. Sekiranya kasut
putih + stokin putih dan kasut hitam + stokin hitam,

Jumaat. Uniform sekolah lengkap atau baju melayu putih bersampin lengkap dan
kasut sekolah

Selasa dan Khamis. Dibenarkan memakai baju t-shirt sekolah atau pendidikan
jasmani atau rumah sukan dan mesti berkasut sekolah

Rabu. T-shirt unit uniform dan kasut sekolah atau pakaian seragam unit uniform
lengkap..

Tidak dibenarkan memakai songkok atau kopiah ketika berada di sekolah kecuali
songkok pada hari jumaat yang dipakai bersama baju melayu.

Bagi kelas tingkatan 1,2 dan 3 Cekal, dibenarkan memakai songkok .


Bagi pelajar lelaki, pastikan baju anda dimasukan
ke dalam seluar, ketika anda berada di dalam
kawasan sekolah termasuklah sekiranya anda
memakai seluar tracksuit untuk pendidikan
jasmini. Boleh dilepaskan baju dari seluar hanya
ketika berada di padang.
PAKAIAN LENGKAP UNIFORM
PELAJAR LELAKI

Kasut mesti bertali


Tali lehir, lencana dan tanda nama, tempah di sekolah
KEDUDUKAN TANDA NAMA
DAN LENCANA
UNIFORM LENGKAP
PEREMPUAN
Sekiranya memakai t-shirt, pastikan t-shirt anda sesuai dipakai….tidak ketat dan tidak
menjolok mata, terutama bagi pelajar perempuan. Sekiranya tidak sesuai, boleh
pakai t-shirt putih, tidak bercorak dan tidak ada apa-apa gambar. Sekiranya, masih
tidak ada pakaian yang sesuai, pelajar boleh memohon kebenaran khas untuk
memakai pakaian selain dari di atas dengan memohon daripada Pengetua atau Guru
Penolong Kanan HEM.

Memakai kasut selain dari kasut sekolah tidak dibenarkan sama sekali seperti kasut
sukan, sender atau selipar jepun. Sekiranya anda ada masalah berkaitan kasut, anda
juga boleh meminta kebenaran khas daripada Pengetua atau Guru Penolong Kanan
HEM

Sekiranya, ada waktu Pendidikan Jasmani pada hari yang berkenaan, pelajar
dibenarkan memakai baju PJ dari rumah, dan tidak perlu menukar ke uniform sekolah.
3. PENAMPILAN DIRI
PELAJAR LELAKI
GAYA RAMBUT YANG TIDAK DIBENARKAN
1. RAMBUT BERFESYEN – TEBAL, NIPIS, CUKUR
( BOTAK ) RAMBUT DI TEPI
GAYA RAMBUT DAN KENING YANG TIDAK DIBENARKAN
ALOR KENING, GARIS TEPI RAMBUT DAN MEWARNA
RAMBUT
PENAMPILAN DIRI.
PELAJAR PEREMPUAN.
PELAJAR PEREMPUAN. TIDAK DIBENARKAN BERSOLEK-
MEMAKAI DAN MEMBAWA LIPSTICK, LIP TINT DAN LIP
BALM, SERTA PERALATAN MENGHIAS DIRI SEPERTI DI
BAWAH. SPORTCEK ADAKAN DILAKUKAN OLEH GURU
DISIPLIN PEREMPUAN SEKIRANYA ADUAN DITERIMA.
4. WAKTU REHAT

Jangan tukar tempat duduk dengan kawan atau berpindah


tempat duduk yang telah disediakan
Jangan berkongsi makanan dan minuman dan bekas minuman
Makan di dalam kelas dan di tempat duduk sendiri, jangan
makan secara berkumpulan
Bergerak ke kantin mengikut laluan yang telah ditetapkan.
Basuh tangan sebelum makan
5. PENYURAIAN WAKTU BALIK.

Waktu balik mengikut jadual kelas masing-masing, ada yang balik


sebelum pukul 2.30 pm. Selepas keluar dari kelas, anda tidak
dibenarkan merayau-rayau di dalam kawasan sekolah. Tempat yang
dibenarkan untuk menunggu kawan hanya di koperasi atau tempat
menunggu di sebelah pondok pengawal. SOP PENJARAKAN SOSIAL
WAJIB DI AMALKAN.
IBU/BAPA, PENJAGA DI HARAP DAPAT MENUNGGU
PELAJAR PULANG DALAM WAKTU YANG DITETAPKAN.
TIDAK TERLALU AWAL, TIDAK TERLALU LAMBAT.
PELAJAR TIDAK DIBENARKAN BERADA DALAM
KAWASAN SEKOLAH DAN BERKELIARAN SELEPAS
WAKTU BALIK. IBU BAPA ATAU PENJAGA BOLEH
MENYEMAK JADUAL WAKTU ANAK MASING-MASING.
SOP PENYURAIAN – KELUAR DARI KELAS SECARA
TERATUR SEHINGGA PINTU PAGAR UTAMA
JANGAN JADI MACAM NI – KELUAR SECARA
BERIRINGAN
6. KESIHATAN DIRI PELAJAR
Pelajar yang bergejala dilarang datang ke sekolah – demam , selsema, batuk
dan sakit tekak. Pelajar perlu memaklumkan kepada guru kelas sekiranya
tidak dapat hadir atas faktor kesihatan.
Pelajar yang mempunyai suhu badan lebih daripada 37.5, tidak dibenarkan
masuk ke kelas dan perlu pulang semula ke rumah.
Sekiranya, pelajar bergejala dan ianya berlaku di sekolah, pihak sekolah
akan melakukan swabtest, dan akan dimaklumkan kepada ibubapa atau
penjaga.
Sekiranya positif, tindakan susulan akan dilakukan oleh Pejabat Kesihatan
Daerah.
Digalakan pelajar sentisa membawa hand sanitizer bersama, ketika di
sekolah atau di mana-mana.
7. DISIPLIN
1. Semua pelajar mesti memakai kad keluar kelas (ambik dr guru semasa) ketika berada di
luar kelas pada waktu pdpc. Jangan keluar dari kelas kalau tiada kad keluar kelas.

2. Semua murid wajib mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah

3. Handset tidak dibenarkan dibawa dan sekiranya dapat ditangkap, akan dirampas. Handset
yang dirampas, hanya ibu bapa atau penjaga yang boleh menuntutnya kembali selepas
seminggu, dengan dikenakan denda RM50.00 untuk kali pertama. Kesalahan ini akan
direkodkan

4. Kesalahan berat seperti merokok, vape, bergaduh, memeras ugut, mencuri, kesalahan
seksual, peras ugut akan diambil tindakan mengikut undang-undang sekolah. Sekiranya
kesalahan ini melibatkan kesalahan pelanggaran undang-undang negara, pihak sekolah akan
menghubungi pihak polis untuk tidakan seterusnya.

 Semua kesalahan akan direkodkan.


8. BULI
Buli adalah satu kesalahan jenayah. Pelajar yang terlibat dengan perbuatan membuli dan
sekiranya terdapat bukti-bukti kukuh pelajar melakukanya, pihak sekolah akan terus
menghubungi ibubapa atau penjaga dan pihak polis untuk tindakan seterusnya. Pihak sekolah
tidak akan berkompromi dengan salah laku membuli.
Hukuman bagi pembuli ialah gantung sekolah atau dibuang sekolah.
Sekiranya ada pelajar merasa dirinya menjadi mangsa, pelajar boleh melaporkan terus kepada
guru disiplin, atau mana-mana guru SMKT. Insya Allah, tindakan segera akan diambil.
Sanggup anda menjadi mangsa buli? Kalau anda tidak sanggup, begitu
juga dengan orang lain. Dan jangan jadi pembuli.
Buli membawa maksud perbuatan seperti mempermain-mainkan orang, mengejek,
memeras ugut, menunjuk isyarat lucah, menumbuk, memaki, menggertak dan
sebagainya. Yang dilakukan oleh pelaku terhadap mangsanya. Dalam erti kata lain, buli
adalah perbuatan mengasari orang yang lemah untuk memperlihatkan kekuatan atau
keganasan seseorang.
Lazimnya, golongan pembuli berfikiran kurang matang dan gagal membezakan baik
buruknya sesuatu tindakan. Sebaliknya, mereka sentiasa terikut-ikut akan perangai dan
tindakan rakan sebaya. Apabila individu itu tersalah memilih rakan, mereka
kemungkinan besar akan terjebak dengan gejala buli ini. Di samping itu, keadaan akan
bertambah buruk dengan sifat ego mereka yang tidak mahu kalah setelah dicabar rakan
sebaya. Rakan-rakan pula akan memprovokasi individu tersebut sehingga tindakan
pembuli di luar kewarasan otaknya.
Kita jaga kita
Kita putuskan rangkaian covid 19
Semoga sekolah kita bebas dari penularan covid 19,
Semoga sekolah kita, menjadi sekolah selamat dari salah laku disiplin

wassalam

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like