You are on page 1of 23

Peraturan-Peraturan Sekolah

SMK SUNGAI TAPANG

1. Kehadiran Sekolah.

1.1. Waktu persekolahan bermula pada pukul 7:00 pagi. Murid-murid dikehendaki
berada dalam kelas masing-masing pada pukul 6:55 pagi.
1.2. Kehadiran di sekolah dan dalam kelas adalah wajib dan mana-mana murid yang
ponteng sekolah/kelas akan dikenakan tindakan disiplin. (Pek. Ikt. Bil. 6/95)
1.3. Kehadiran diambil pada waktu pertama oleh guru tingkatan dan juga pada setiap
waktu pengajaran oleh guru-guru subjek.
1.4. Murid-murid yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu hendaklah
memberitahu pihak sekolah melalui surat ibubapa/penjaga atau Surat Akaun
Doktor/pegawai kesihatan.
1.5. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti latihan jasmani atau sukan hendaklah
membuktikan dengan mengemukakan Surat Akaun Doktor atau Surat
Ibubapa/Penjaga.
1.6. Kelas-kelas Tambahan/Gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa
dan wajib dihadiri.
1.7. Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu
persekolahan. Mereka yang hendak keluar dari kawasan sekolah hendaklah mendapat
kebenaran daripada Pengetua atau guru-guru yang telah diberi kuasa oleh Pengetua.
1.8. Murid-murid yang hendak ke klinik hendaklah mendapat kebenaran keluar
daripada Pengetua atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa untuk memberi
kebenaran. Murid-murid berkenaan hendaklah pulang segera ke sekolah/rumah
masing-masing setelah mendapat rawatan dan menunjukkan kad/surat yang telah
ditandatangani oleh pegawai perubatan apabila balik ke sekolah.
1.9. Murid yang memerlukan rawatan perubatan harus mendapat kebenaran
bertulis/surat pengesahan daripada Pengetua atau pegawai-pegawai yang telah diberi
kuasa sebelum keluar dari kawasan sekolah.
1.10. Selepas mendapat kebenaran, murid dikehendaki mencatat nama dan butir-butir yang
diperlukan di dalam buku pergerakan murid yang disimpan di pejabat sekolah.
Sebelum keluar dari kawasan sekolah, murid hendaklah memberitahu guru
tingkatannya/guru subjek.
1.11. Murid yang hendak keluar ke tandas atau ke lain tempat hendaklah mendapat
kebenaran daripada guru yang mengajar pada masa itu dan bawa bersamanya kad
kebenaran keluar.
1.12. Murid-murid yang tidak mengambil matapelajaran pilihan hendaklah berada di
tempat yang disediakan untuk belajar persendirian.
1.13. Murid yang sakit dan ingin balik ke rumah hendaklah memohon kebenaran
daripada pengetua atau mana-mana pegawai yang telah diberi kuasa untuk memberi
kebenaran. Murid hanya dibenarkan balik sekiranya ibu bapa atau penjaga datang
untuk mengambilnya dari sekolah.
1.14. Semua murid hendaklah terlibat aktif dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani
dan kesihatan, kecuali terdapat laporan kesihatan daripada doktor yang
mengesahkan dia tidak boleh terlibat.

1
1.15. Murid yang mendaftar untuk mana-mana kegiatan kokurikulum dan menjadi
ahli kegiataan tersebut hendaklah hadir semasa aktiviti tersebut diadakan.

2. Pakaian Seragam.

2.1. Pakaian seragam Murid Lelaki:


a. Seluar panjang/pendek warna hijau gelap.
b. Baju putih lengan pendek/panjang.
c. Kasut kanvas putih. (Pek. Ikt. Bil. 8/85)
d. Setokin putih. (-sda-)

2.2. Pengawas:
a. Pengawas lelaki memakai pakaian seragam biasa dan bertali leher.
b. Pengawas perempuan memakai pakaian seragam biasa/pengawas dan bertali leher atau
bertudung biru muda bagi pengawas perempuan Islam.

2.3. Pakaian seragam murid perempuan bukan Islam.


a. Pinafore.
b. Kasut putih.
c. Setokin putih.

2.4 Pakaian seragam murid-murid perempuan Islam.


a. Baju kurung potongan tradisional, leher teluk belanga, warna putih.
b. Memakai kain sarung.
c. Memakai kain tudung kepala dengan syarat kain tudung itu berwarna putih, berbentuk
tiga segi dua sama dan berukuran sesuai dengan murid yang memakainya.
d. Memakai kain tudung kepala berbentuk mini telekung berwarna putih.

2.5 Pemakaian lencana sekolah dan tanda nama adalah diwajibkan untuk semua
murid. Lencana dan nama hendaklah dipakai di sudut kiri bahagian atas dada atau di
atas saku baju.
2.6 Murid-murid dibenarkan memakai tali pinggang; warna hitam atau coklat, lebar di
antara 2.5 cm/ 3 cm, kepala sama besar dengan tali pinggang, tanpa haisan.
2.7 Murid-murid dilarang sama sekali menggunakan alat solek dan barang-barang
kemas atau perhaisan tiruan.
2.8 Pakaian seragam hendaklah dipakai semasa hari persekolahan, waktu menghadiri
kelas atau aktiviti sekolah atau mengikuti rombongan kecuali dibenarkan oleh
Pengetua. Pakaian seragam wajib dipakai semasa peperiksaan.
2.9 Murid-murid dilarang memakai selipar ke sekolah, walaupun hari hujan.

3. Pakaian Pendidikan Jasmani (Bil. 12/78)

3.1. Murid-murid lelaki dan perempuan dikehendaki memakai baju T sekolah/ pakaian
yang sesuai yang lain daripada pakaian seragam sekolah ketika matapelajaran
Pendidikan Jasmani atau menyertai kegiataan kumpulan: pakaian hendaklah sesuai
bagi membolehkan murid-murid bergerak dengan bebas dan selesa dan yang dapat
meresap peluh.

2
3.2. Murid-murid perempuan dibenarkan memakai seluar panjang waktu bermain atau
menjalankan Pendidikan Jasmani.
3.3. Murid-murid tidak dibenarkan memakai cermin mata yang berwarna gelap
atau berbentuk luar biasa.

4. Potongan Rambut. (Bil. 2/76)

4.1. Murid-murid lelaki tidak boleh berambut panjang.


Istilah rambut panjang adalah seperti berikut:
4.1.1. Di belakang: rambut jatuh melebih garisan di bawah cuping telinga.
4.1.2. Di depan: rambut menutup garisan tengah dahi.
4.1.3. Di sebelah: rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan
sideburn melebihi garisan tengah hidung.
4.1.4. Di atas: rambut lebih daripada 6 inci panjang.
4.1.5. Potongan rambut murid hendaklah mengikut stail yang dibenarkan dan bukan
mengikut fesyen semasa.
4.1.6. Murid-murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut. Murid yang mewarnakan
rambut akan diarahkan mewarnakannya semula seperti warna asli.
4.2. Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut atau jambang.
4.3. Bagi murid-murid perempuan, rambut hendaklah jangan jatuh ke bahu. Tetapi jika
ada murid perempuan berambut panjang mereka hendaklah mengikat rambut
mereka sebagai toncang atau ekor kuda dengan reben berwarna biru, putih atau hitam.

5. Yuran Dan Harta Benda Sekolah.

5.1. Setiap murid wajib menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh sekolah dalam
tempoh yang ditetapkan.
5.2. Hartabenda sekolah ialah segala benda kepunyaan sekolah. Jika sesuatu harta
benda dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja, murid yang terlibat akan
dikenakkan hukuman setimpal/membuat ganti rugi.
5.3. Buku-buku teks dan Buku-buku Latihan.
5.3.1. Buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pendidikan dan dipimjamkan kepada
murid-murid.
5.3.2. Adalah menjadi tanggungjawab murid-murid menjaga kebersihan dan
keselamatan buku tersebut.
5.3.3. Murid-murid diwajibkan membalut buku-buku tersebut.
5.3.4. Murid-murid dilarang menconteng atau mengotorkan buku-buku teks. Murid-
murid dilarang merosakkan buku itu seperti mengunting gambar-gambar atau
mana-mana bahagian dalam buku tersebut.
5.3.5. Murid-murid dilarang meninggalkan buku tersebut di dalam bilik darjah
setelah tamat tempoh waktu belajar pada hari itu.
5.3.6. Murid-murid dilarang melekatkan gambar atau poster yang tidak sesuai pada
bahagian muka depan, belakang atau mana-mana bahagian pada buku teks dan buku
latihan.
5.3.7. Jika didapati murid-murid merosak, mengotor atau mengabaikan keselamatan
buku tersebut maka pihak sekolah berhak merampas atau meminta ganti sama
ada mengantinya dengan buku atau membayar harga buku tersebut.

3
5.3.8. Murid-murid hendaklah menyerahkan semua buku teks yang telah dipinjamkan
itu apabila diarahkan berbuat demikian oleh Pengetua.
5.3.9. Murid-murid yang gagal menyerahkan buku teks pada masa yang telah
ditetapkan pihak sekolah berhak mengambil tindakan ke atas murid tersebut.
5.3.10. Murid-murid diwajibkan menggunakan buku-buku latihan yang dijual oleh
pihak koperasi sekolah. Buku-buku latihan selain daripada itu adalah tidak
dibenarkan dan boleh dirampas.

6. Tatatertib.

6.1. Dalam bilik darjah murid-murid mestilah menjaga ketenteraman semasa


pengajaran/pembelajaran.
6.1.1. Murid-murid hendaklah mempunyai sikap positif semasa sesi pengajaran dan
tidak membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah dalam kelas.
6.1.2. Murid-murid tidak boleh membuat bising dan menggangu orang lain sama ada
semasa guru mengajar, belajar persendirian atau belajar tambahan.
6.1.3. Murid-murid dilarang berkeliaran di luar kelas semasa kelas dan semasa berlaku
pertukaran subjek.
6.1.4. Murid tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat di kawasan
sekolah atau dalam bilik darjah. Sampah mesti dibuang ke dalam tong sampah.
6.1.5. Murid yang bertukar kelas untuk ke makmal, padang permainan, perpustakaan dan
lain-lain hendaklah keluar ke tempat tersebut dengan teratur mengikut barisan
masing-masing.
6.1.6. Murid yang bertukar kelas atau meninggalkan kelas selepas waktu persekolahan
mesti menutup semua suis lampu, kipas dan lain-lain peralatan elektrik.
6.1.7. Kebersihan dan kecerian kelas hendaklah dijaga pada setiap masa.
6.1.8. Semua murid hendaklah membawa buku teks, buku latihan dan semua
kelengkapan belajar yang diperlukan ke sekolah pada tiap-tiap hari persekolahan.
6.1.9. Setiap murid hendaklah mempunyai nota yang lengkap, kemas dan terkini.
6.1.10. Semua kerja rumah dan latihan yang diberi oleh guru mesti disiapkan mengikut
masa yang telah ditetapkan.
6.1.11. Murid dilarang mengambil bahagian dalam apa sahaja bentuk pertandingan ratu
cantik, sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.
6.1.12. Semua murid hendaklah berada di luar bilik darjah pada waktu rehat (kecuali
pada waktu hujan).
6.1.13. Murid dilarang pergi ke kantin/makan di kantin semasa waktu persekolahan.

6.1.14. Murid-murid akan diberi mata merit bagi setiap perbuatan yang baik dan mata
demerit bagi setiap pelanggaran disiplin atau pelanggaran peraturan sekolah

6.2. Perhimpunan sekolah

6.2.1. Perhimpunan sekolah akan diadakan pada setiap hari Rabu, kecuali diberitahu ada
perubahan. Kehadiran murid adalah wajib. Perhimpunan juga boleh diadakan
pada bila-bila masa Pengetua rasa ia diperlukan.
6.2.2. Di hari perhimpunan murid-murid hendaklah berhimpun di tempat yang ditetapkan
lebih awal daripada masa perhimpunan sebenarnya.

4
6.2.3. Semasa perhimpunan murid-murid tidak dibenarkan membuat bising atau menggangu
majlis tersebut.
6.3. Kawasan larangan: Semasa waktu rehat murid-murid dilarang berada di kawasan-
kawasan yang dilarang. Murid-murid dilarang keluar dari pagar sekolah/ ke rumah
tanpa kebenaran daripada Pengetua.
6.4. Murid-murid yang melanggara undang-undang negara atau melakukan perbuatan
jenayah atau berbentuk jenayah akan dilaporkan ke pihak polis untuk tindakan
selanjutnya.

7. Peraturan Khusus.

Murid-murid hendaklah mematuhi peraturan-peraturan khusus untuk:


7.1. Bilik makmal sains
7.2. Bilik SRT/SPT
7.3. Perpustakaan
7.4. Kantin.
7.5. Bilik Komputer.
7.6. Dewan makan.
7.7. Dapur sekolah.
7.8. Bilik mesyuarat.
7.9. Koperasi.
7.10. Surau
7.11. Asrama
7.12. Pejabat.
7.13. Gelanggang-gelanggang permainan.
7.14. Lain- lain peraturan khusus yang dikeluarkan oleh sekolah.

8. Amalan Ibadat.

8.1. Pentadbiran sekolah mengalakkan murid-murid melakukan amalan ibadat pada masa
dan tempat yang sesuai.
8.2. Murid-murid dilarang sama sekali menghina/mencemar amalan/kesucian mana-mana
agama.

9. Ujian/Peperiksaan.

9.1. Kehadiran dalam semua ujian/peperiksaan adalah wajib.


9.2. Murid-murid hendaklah menjawab semua soalan peperiksaan dengan serius dan
tekun.
9.3. Murid-murid tidak dibenarkan bising, meminjam alat-alat daripada kawan atau tidur
semasa peperiksaan.
9.4. Murid-murid yang mempersendakan peperiksaan dalam apa bentuk sekalipun akan
dikenakan tindakan disiplin.
9.5. Murid-murid hendak menjauhkan diri daripada sebarang penyelewengan atau
ketidakjujuran dalam peperiksaan.
9.6. Untuk peperiksaan PMR dan SPM murid-murid hendaklah mematuhi arahan yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

5
9.7. Memalsukan tandatangan atau markah dalam kad/Buku Kemajuan Sekolah adalah
kesalahan serius.
9.8. Buku Rekod Kemajuan Murid harus disemak dan ditandatanggani oleh ibu bapa atau
penjaga.

10. Kegiatan Kokurikulum.

10.1. Yang dimaksudkan dengan kegiatan kokurikulum adalah gerakkerja yang dijalankan
oleh sekolah di luar masa belajar seperti:
10.1.1. Kegiatan sukan.
10.1.2. Kegiatan persatuan
10.1.3. Kegiatan Persatuan pakaian seragam.
10.1.4. Kegiataan keagamaan.
10.2. Murid-murid diwajibkan mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu
kegiatan Pasukan Pakaian Seragam.
10.3. Murid-murid yang telah mendaftarkan diri untuk mana-mana aktiviti wajib hadir untuk
setiap kegiatan yang dijalankan.
10.4. Murid-murid yang tidak hadir mana-mana kegiatan kokurikulum yang dia telah
mendaftar sebagai ahli akan dikenakan tindakan disiplin.
10.5. Untuk kegiatan Persatuan Pakaian Seragam, murid-murid diwajibkan memiliki
pakaian seragam yang sesuai.
10.6. Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam mengikut persatuan masing-
masing pada setiap hari Rabu.

11. Kesalahan-Kesalahan Berat. (Bil. 9/75)

11.1. Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.


11.2. Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.
11.3. Memukul guru-guru.
11.4. Mengancam guru-guru atau Pengetua.
11.5. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah
dan Jabatan Pendidikan.
11.6. Menulis kepada surat khabar tanpa kebenaran pihak yang berkuasa sekolah.
11.7. Sengaja merosakkan harta benda sekolah.
11.8. Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid.
11.9. Mencuri
11.10. Mengancam murid-murid lain – ancaman yang serius dan berbahaya.
11.11. Merokok dan mengambil dadah.
11.12. Berjudi
11.13. Meminum minuman keras atau yang memabukkan.
11.14. Masih membantah hukuman guru – sekalipun sudah tiga atau empat amaran.
11.15. Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru/Pengetua.
11.16. Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan
kacau bilau dan perpecahan kaum.
11.17. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budibicara
Pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang berat.
11.18. Membawa, menyimpan, mengedar dan bermain mercun serta bunga api.

6
12. Larangan-Larangan. (Education Ordinance 1957) Peraturan-Peraturan Muridan
(Disiplin Sekolah) 1959)

(Peraturan 4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disipilin


sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas Guru-guru dan murid-
murid sekolah itu.
Peraturan 6. Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa tertakluk kepada
apa-apa syarat dan hal yang difikirnya patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa
menjalankan hukum kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang
ditetapkan olehnya bagi maksud itu; tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorangpun,
guru atau murid, boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu: Dengan
syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana
orang selain daripada guru berdaftar.
Peraturan 7. 12.1. Murid-murid di bawah 21 tahun adalah dilarang mengambil bahagian
dalam aktiviti politik.
12.2.Berkempen untuk mendapat undi bagi pihak sebarang parti politik atau organisasi
atau sebarang calon di mana-mana tempat pengundian.
12.3.Dengan hasrat menyokong atau menentang sebarang parti politik atau organisasi
atau pencalonan sebarang individu atau pihak yang lain di sebarang pengundian,
berpidato atau menghalang sebarang perkumpulan orang ramai yang diluluskan
oleh undang-undang.
12.4.Mengedar atau menyebabkan pengedaran sebarang risalah politik atau dokumen
atau propanganda bagi pihak atau menyokong sebarang parti poitik atau organisasi
atau ada kaitan dengan seseorang calon yang bertanding dalam sebarang
pengundian.
12.5.Berterusan menganggu peraturan-peraturan sebarang kumpulan orang ramai
dengan cara yang mungkin menghalang mesyuarat.
12.6.Mengambil bahagian dalam sebarang perarakan yang dikelolakan atau diadakan
dengan tujuan menyokong atau menentang sebarang parti politik atau sebarang
calon yang bertanding dalam sebarang pengundian. Dalam “pengundian”
bermaksud pengundian bagi ahli Dewan Undangan Negeri atau sebarang Majlis
Tempatan.

Peraturan 8. Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar
sesebuah sekolah:
a. sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau kententeraman
di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya
atau dibuang sekolah; atau
b. yang seseorang murid telah melanggar peruntukan-peruntukan peraturan 7, ia
boleh dengan perintah menggantung murid itu dari hadir di sekolah selama suatu
tempoh yang difikirkannya patut, atau membuang murid itu dari sekolah.
Peraturan 11. Sjil berhenti sekolah murid yang dibuang di bawah peruntukan 8 & 9
hendaklah dicatatkan oleh Guru Besar dengan catatan yang menyatakan murid itu telah
dibuang sekolah di bawah peruntukan-peruntukan peraturan-peraturan ini.
Peraturan 12. Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di
bawah peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu
dimansuhkan oelh pihak berkuasa yang membuatkannya.
A. masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau

7
B. diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran
Pendaftar Besar.

12.7.Surat menyurat.
12.7.1. Murid-murid dilarang menulis kepada kedutaan atau badan yang diiktiraf
sebagai blok komunis di dalam atau di luar negeri.
12.7.2. Murid-murid yang hendak menulis surat kepada badan-badan, sama ada di
luar atau di dalam negeri yang bukan blok komunis hendaklah membuat
demikian melalui Pengetua.
12.8.Murid-murid yang ingin menjadi ahli atau menyertai aktiviti badan luaran
hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua.
12.9.Murid-murid tidak dibenarkan menyertai sebarang pertandingan ratu cantik atau
pertunjukan fesyen.
12.10. Murid-murid tidak dibenarkan berada/berkeliaran di kawasan-kawasan berikut
tanpa kebenaran: persikatan Bilik Guru, Pejabat, Bilik Makmal Sains, Stor-Stor
sekolah.
12.11. Membeli atau menganjur loteri iaitu permainan untung-untungan atau sesuatu
pengagihan wang atau hadiah-hadiah dengan cara bradu nasib. (bil. 9/77)
12.12. Ragging bertopengkan suaikenal. (bil 4/78)
12.13. Lain-lain yang tidak disebut dia atas yang menjadi kesalahan dalam undang-
undang awam.

13. Lawatan Dan Pelawat-Pelawat.

13.1.Sesuatu lawatan keluar kawasan sekolah yang mengandungi lebih daripada lima
orang dianggap sebagai satu rombongan. Semua rombongan sekolah hendaklah
mendapat kebenaran daripada pengetua. (peraturan-peraturan sekolah, lawatan-
lawatan 1957)
13.2.Pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa dengan murid kecuali setelah
mendapat kebenaran daripada Pengetua atau guru-guru yang telah dipertugaskan.
13.3.Murid-murid tidak dibenarkan membawa orang luar ke kawasan bilik darjah atau
ke dalam bilik darjah.
13.4.Jika pelawat atau ibubapa/penjaga yang datang berhajat membawa keluar murid
berkenaan kerana sesuatu sebab daurarat, maka kebenaran daripada Pengetua
hendaklah didapati dahulu.

14. Kebersihan.

14.1.Pakaian yang bersih serta yang kemas dan kebersihan diri mencerminkan peribadi
atau personaliti seseorang murid. (Pek. Ikt. Bil. 1/96, 2/96) Oleh itu murid-murid
mestilah:
14.1.1. Selalu menjaga kebersihan pakaian.
14.1.2. Selalu menjaga kebersihan diri, terutamanya rambut, kuku, gigi dan
keseluruhan badan.
14.2.Semua murid dikehendaki mengamalkan semangat bertanggungjawab terhadap
kebersihan bilik darjah, bangunan dan kawasan sekolah. (Pek. Ikt. Bil. 6/97)

8
15. Merokok.

15.1.Sekolah adalah kawasan larangan merokok. Semua guru, ibu bapa, pekerja,
murid dan mana-mana individu yang berada atau berurusan dengan sekolah tidak
dibenarkan merokok di kawasan sekolah. (Pek. Iktisas Bil. 4/97) (Peraturan-
peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993)
15.2.Larangan merokok meliputi semua premis sekolah, sama ada di kawasan terbuka,
mahupun di bilik-bilik atau di tempat-tempat yang terselindung. (Pek. Ikt. Bil
1/83)
15.3.Murid-murid tidak dibenarkan membawa, membeli atau mengedar rokok.
15.4.Murid-murid ditegah sama sekali merokok di kawasan sekolah atau berdekatan
dengan pintu/ pagar sekolah.
15.5.Murid-murid yang ditangkap 5 kali merokok akan dibuang sekolah. (Pek. Iktisas
Bil. 4/97)

16. Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok. (Pek. Ikt. Bil 3/95)

16.1. Setiap murid diwajibkan menyumbang kepada Skim Takaful berjumlah RM. 1.50
setahun.
16.2.Murid-murid yang telah menyumbang kepada skim tersebut akan diberi
perlindungan 24 jam sehari meliputi seluruh dunia.
16.3.Tempoh perlindungan bermula pada hari pertama persekolahan pada tempoh
setahun dan tamat pada hujung tahun.

17. Usaha Menaman Semangat Patriotisme (Pek. Ikt. Bil 6/94)

17.1. Semua murid diwajibkan berdiri tegak dan menyanyi lagu “NegaraKu” dan
melafas ikrar sekolah pada tiap-tiap pagi sebelum waktu persekolahan bermula.
17.2.Semua murid diwajibkan berdiri tegak dan menyanyi lagu NegaraKu semasa
perhimpunan sekolah.
17.3.Murid-murid tidak dibenarkan bercakap, bermain-main atau melakukan apa
sahaja apabila lagu kebangsaan atau lagu negeri dinyanyikan.

18. Tatatertib Di Luar Kawasan Sekolah.

18.1.Murid-murid dikehendaki sentiasa mengamal nilai-nilai baik dan sentiasa


menjaga nama baik sekolah.
18.2.Murid tidak dibenarkan merokok di luar pagar sekolah.
18.3.Murid harus menghormati dirinya sebagai murid dan tidak membuat apa sahaja
kesalahan semasa memakai pakaian seragam sekolah.

19. Peraturan Bilik Darjah.

19.1. Semua murid mesti berada dalam kelas masing-masing pada pukul 6:55 pagi
waktu hari persekolahan.

9
19.2.Murid yang membersihkan kelas dan berkerja memungut sampah hendaklah
datang ke sekolah lebih awal untuk menjalankan tugas masing-masing.
19.3.Tugas membersihkan kelas, kawasan kelas dan kawasan-kawasan yang ditetapkan
adalah wajib dijalankan sebelum kelas bermula pada tiap-tiap pagi.
19.4.Ketua kelas diberi kuasa untuk mengarah murid lain menjalankan tugas mereka
dan melaporkan nama mereka kepada Pengetua atau Penolong Kanan sekiranya
mereka tidak berbuat demikian.
19.5.Ponteng kelas/sekolah:
19.5.1. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah/kelas tanpa kebenaran dan
alasan yang munasabah dianggap ponteng.
19.5.2. Murid tidak dibenarkan ponteng kelas atau ponteng sekolah.
19.5.3. Murid yang ponteng kelas/sekolah akan dikenakan tindakan disiplin.
19.5.4. Sekiranya murid ponteng sekolah selama 3 hari berturut-turut guru
tingkatan, melalui Pengetua akan menghantar surat pertama kepada
ibubapanya.
19.5.5. Sekiranya murid tersebut masih ponteng selama 7 hari, maka surat kedua
akan dihantar kepada ibubapanya.
19.5.6. Setelah murid yang sama ponteng selama 2 minggu berturut-turut, surat
ketiga, iaitu surat tunjuk sebab kenapa dia tidak diberhentikan daripada
sekolah akan dihantar kepada ibubapa.
19.5.7. Ibubapa diberi masa 14 hari untuk menjawab surat tersebut dan sekiranya
gagal berbuat demikian, guru tingkatan akan membatalkan nama murid
tersebut daripada buku kedatangan murid dan pihak sekolah akan
mencatatkan namanya dalam pulangan bulanan sekolah.
19.5.8. Semua murid dikehendaki bangun dan memberi hormat serta salam
apabila Pengetua, guru, P.Kanan dan pelawat-pelawat memasuki kelas,
dan mengucapkan terima kasih apabila mereka keluar dari kelas.
19.5.9. Kebersihan dan ketenteraman kelas adalah tanggungjawab kelas itu
sendiri. Sekiranya kedapatan murid tidak berkerjasama membersihkan
kelas, merosakan harta benda dalam kelas atau melawan ketua/penolong
ketua kelas, tindakan disiplin akan dikenakan ke atas mereka.
19.5.10. Sewaktu guru tidak ada dalam kelas, ketua kelas dan penolongnya
bertanggungjawab untuk menjaga ketenteraman kelasnya. Sekiranya
guru subjek lewat memasuki kelas, ketua kelas/penolong ketua kelas
bertanggungjawab memberitahu pengetua/P. Kanan dan selepas itu
mencari guru tersebut.
19.5.11. Setiap bilik darjah harus dibersihkan dan dihias supaya suasana kelas
lebih ceria dan kondusif untuk proses pembelajaran.
19.5.12. Murid-murid dilarang melakukan perbuatan berikut:
19.5.12.1. Menulis di papan hitam/tulis kelas tanpa kebenaran daripada guru
19.5.12.2. Meninggalkan buku di atas meja selepas kelas.
19.5.12.3. Membuang sampah merata-rata dalam atau di luar kelas atau
simpan sampah dalam laci meja.
19.5.12.4. Menggunakan meja dan kerusi guru.
19.5.12.5. Memindahkan meja dan kerusi dari kelas tanpa kebenaran
Pengetua.
19.5.12.6. Menggunakan meja atau kerusi secara tidak cermat yang boleh
merosakkannya.
19.5.12.7. Merosakkan Kipas, lampu dan alat-alat eletronik lain dalam kelas.

10
19.5.12.8. Menconteng dinding, meja, kerusi atau gambar-gambar yang
dipamerkan.
19.5.12.9. Menconteng atau menanda buku teks.
19.5.12.10. Melawan percakapan, arahan atau ingkar guru.
19.6. Murid hendaklah sentiasa menyalin dan mengemaskini nota serta membuat
latihan, kerja rumah dan kerja kursus yang diberi oleh guru.

20. Biasiswa.
20.1.Biasiswa adalah kurnian wang oleh kerajaan atau agensi-agensi atas sokongan
pihak sekolah. Oleh itu sekolah berhak mencadangkan perlanjutan atau
menamatkannya.
20.2.Sebarang hutang sekolah hendaklah dijelaskan oleh pemegang biasiswa melalui
potongan biasiswa.
20.3.Biasiswa murid akan ditahan atau diberhentikan terus apabila murid tersebut:
20.3.1. Melakukan kesalahan jenayah yang berat seperti yang ditakrifkan oleh
sekolah.
20.3.2. Tidak memperbaiki prestasi akademiknya yang merosot.
20.3.3. Sentiasa melanggar disiplin sekolah dan tidak menunjukkan perubahan
positif setelah diberi nasihat dan amaran.
20.4.Murid tidak dibenarkan mengeluarkan wang melebihi daripada jumlah yang telah
ditetapkan.
20.5.Pengeluaran wang biasiswa adalah khas untuk membeli keperluan sekolah.
Sebarang pengeluaran wang biasiswa untuk tujuan lain adalah tidak dibenarkan.
20.6.Buku-buku biasiswa hendaklah disimpan seperti yang diarahkan oleh guru
biasiswa.

21. Gantung Sekolah.


21.1. Murid-murid yang telah digantung sekolah tidak dibenarkan berada di kawasan
sekolah atau menghadiri mana-mana kelas.
21.2.Mana-mana murid yang berada di kawasan tersebut dianggap telah mencerobohi
kawasan tersebut dan tindakan disiplin akan dikenakan ke atasnya.

22. Minum Dan Membawa Minuman Keras.


22.1. Murid tidak boleh memiliki, membawa atau minum minuman keras di kawasan
sekolah.
22.2. Murid tidak dibenarkan berada dalam kawasan sekolah dalam keadaan
mabuk/khayal.

23. Hubungan Lekaki Dan Perempuan.


23.1.Murid-murid dilarang keras mengadakan perjumpaan antara lelaki dan perempuan
yang boleh menimbulkan keraguan di dalam atau di luar sekolah.
23.2.Murid-murid dilarang menulis surat cinta kepada rakan lain.
23.3.Murid-murid tidak dibenarkan melepak di kawasan-kawasan taman, bilik darjah
dan kawasan-kawasan lain di sekolah.

24. Penglibatan/Mengambil Bahagian Dalam Sukan Anjuran Pihak Luar.

11
24.1.Murid-murid yang mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti sukan yang
dianjurkan oleh pihak luar tanpa kebenaran daripada Pengetua, menanggung
semua risiko yang bakal dihadapi.
24.2.Murid tidak dibenarkan mengadakan sebarang aktiviti secara berkumpulan di
kawasan sekolah tanpa kebenaran daripada Pengetua.

25. Lembaga Pengawas.

25.1.Lembaga pengwas diwujudkan untuk membantu sekolah menyelia dan menjaga


disiplin murid.
25.2.Pengawas-pengawas hendaklah menjalankan tugas mereka seperti mana yang
telah diarahkan.
25.3.Pengawas-pengawas hendaklah memakai lencana pengawas dan pakaian
pengawas seperti mana yang telah ditetapkan.
25.4.Menjalankan tugas-tugas yang diberi dari semasa ke semasa.
25.5.Pengawas mesti berdisiplin baik pada setiap masa.

26. Surau Dan Sembayang.

26.1.Surau dibuka pada setiap waktu sembayang.


26.2.Murid tidak dibenarkan tidur di surau kecuali dengan kebenaran.
26.3.Semua murid wajib mematuhi peraturan surau sama ada dari segi ibadat,
keselamatan, kebersihan, kebajikan dan aktiviti yang dicadangkan oelh sekolah.
26.4.Semua murid bertanggungjawab terhadap kebersihan, keselamatan dan
ketenteraman surau.

27. Larangan-Larangan
27.1.Seluar ketat, berconteng, koyak, berkaki besar dan baju-T yang kotor dan
mempunyai tulisan yang tidak senonoh tidak dibenarkan dipakai di sekolah.
27.2.Murid tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa kebenaran atau berkeliaran di
koridor apabila loceng pertukaran masa berbunyi.
27.3.Murid ditegah berkeliaran di koridor/luar apabila loceng mula persekolaan telah
dibunyikan.
27.4. Relajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit kecuali dengan kebenaran.
27.5.Murid tidak dibenarkan membawa atau menggunakan telefon bimbit dalam bilik
darjah. Murid yang membawa telefon bimbit ke sekolah mesti menyimpankannya
dengan pengetua atau penolong kanan pada masa persekolahan dan hanya boleh
ambilnya apabila masa persekolahan tamat.
27.6.Murid tidak dibenarkan memakai topi dalam bilik darjah.
27.7.Murid dilarang mengondolkan rambut mereka atau memakai fesyen rambut yang
tidak dibenarkan di sekolah.
27.8.Murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut.
27.9.Murid dilarang berludah sesuka hati di merata-rata tempat kerana amalan ini
adalah tidak sihat.
27.10. Murid perempuan tidak dibenarkan menggunakan alat-alat solek dan barang-
barang kemas.

12
27.11. Murid tidak dibenarkan membawa dan menggunakan pemadam cecair/liquid
paper di sekolah.
27.12. Murid tidak dibenarkan memandu dengan laju dan cara yang berbahaya di
kawasan sekolah.
27.13. Murid tidak dibenarkan membunyikan hon atau membunyikan motosikal atau
kenderaan dengan kuat dalam kawasan sekolah.
27.14. Murid dilarang menjerik sesuka hati, atau memanggil secara tidak sopan
nama-nama guru atau pekerja sekolah.
27.15. Relajar dilarang bergaduh/bertumbuk di kawasan sekolah dan di kawasan luar
berdekatan dengan sekolah.
27.16. Murid dilarang menyebar khabar angin/berita yang boleh menyebabkan
pergaduhan.
27.17. Murid hendaklah sentiasa mematuhi arahan pengetua, penolong kanan-
penolong kanan, penyelia petang dan guru-guru.
27.18. Murid dilarang melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang negara.
27.19. Murid-murid dari sekolah lain dilarang memasuki dan berada di dalam
kawasan sekolah tanpa kebenaran.

Jenis-Jenis Salahlaku Dan Tindakan-Tindakan Yang Boleh Dikenakan (Mata Demerit


Juga Akan Diberi Berpandukan Kepada Sistem Merit-Demerit)

Bil Tema Kesalahan/ Pekililing Tindakan sekolah


perlakuan rujukan
1. Tingkahlaku Salahguna Pek. Iktisas 1. Melaporkan kepada Pengarah
jenayah dadah Bil. 7/75 Pendidikan.
2. Menghubungi pegawai
kebajikan masyarakat.
3. Merujuk kepada doktor –
melalui pegawai kebajikan
masyarakat untuk pengesanan.
4. Rawatan doktor.
5. Pemulihan dan tindakan ekoran
oleh Pegawai Kebajikan
Masyarakat.
Tindakan Pengetua.
1. Nasihat/amaran – Surat
panggilan kepada ibubapa.
2. Melaporkan kepada polis
3. Pengakuan bertulis murid dan
ibubapa.
4. Gantung sekolah

2. Mengedar dadah 1. Rujuk kepada Pendaftar Sekolah-


Sekolah (Pengarah Pendidikan)

13
2. Melaporkan kepada polis
3. Memanggil ibubapa
3. Mencuri Pek. Iktisas Murid boleh digantung
Bil. 9/75 persekolahan atau dibuang sekolah.
Tindakan Pengetua
1. Memulangkan balik barang
yang dicuri atau mengikut nilai.
2. Meminta maaf pada empunya
barang dengan disaksi oleh
Pengetua.
3. Amaran
4. Hukuman rotan
5. Pengakuan bertulis murid dan
ibubapa untuk berkelakuan
baik.
6. Memanggil ibubapa

4. Memeras ugut Pek. Iktisas 1. Memulang balik barang


Bil. 9/75 diambil/nilainya.
2. Diberi amaran keras – akhir.
3. Hukuman rotan/gantung
sekolah
4. Akaun bertulis ibubapa dan
murid.
5. Memanggil ibubapa
6. Hukuman kerja amal

Jika melibatkan senjata.


7. Penggantungan sekolah
8. Laporan kepada polis.

5. Berjudi -sda- 1. Nasihat


2. amaran keras
3. Hukuman rotan.
4. Pengakuan bertulis murid dan
ibubapa.
5. Kerja amal
6. Digantung persekolahan
7. Laporan kepada polis
6. Memukul, -sda- 1. Hukuman rotan
bergaduh dan 2. Dipaksa berdamai dan meminta
mencedera maaf.
3. Digantung persekolahan.
4. Kerja amal
5. Memanggil ibubapa
6. Pengakuan bertulis
7. Membawa -sda- 1. Senjata dirampas
senjata dan 2. Memanggil ibubapa
berniat jahat 3. Hukuman rotan.
4. Digantung persekolahan.

14
5. Amaran dan dilaporkan kepada
polis.
8. Merosak harta -sda- 1. Membayar ganti rugi.
benda 2. Hukuman rotan
3. Panggil ibubapa
5. Digantung persekolahan.
6. Pengakuan bertulis.

9. Ahli kumpulan -sda- Rujuk kepada Pek. Iktisas 9/75


haram
- ibubapa dihubungi
Fitnah -sda- - kaunseling
- amaran/ digantung sekolah

10. Tingkahlaku Membaca, -sda- 1. Dirampas dan disimpan dengan


lucah menunjuk dan berlakri sebagai bukti.
menyebar 2. Rotan dan rujuk kepada guru
bahan-bahan kaunseling
dan gambar 3. Kerja amal
lucah.

11. Mengintai -sda- 1. Rotan dan rujuk kepada guru


murid-murid kaunseling
perempuan 2. Kerja amal

12. Menulis surat -sda- 1. Amaran dan nasihat


cinta 2. Rujuk kepada guru bimbingan
3. Kerja amal
13. Bercumbu/berdu -sda- 1. Amaran dan nasihat
a-duan dan 2. Gantung persekolahan
bercinta dalam 3. Panggil ibubapa
kawasan sekolah 4. Buang sekolah
14. Ditangkap -sda- Rujuk kepada Pengarah
kerana Pendidikan.
berkhalwat dan -panggil ibubapa
didenda di
mahkamah
15. Menggunakan -sda- 1. Hukuman rotan
kata-kata lucah 2. Kerja amal
3. Rujuk kepada guru kaunseling.
16. Menulis dan -sda- 1. hukuman rotan
melukis kata- 2. kerja amal
kata lucah 3. rujuk kepada guru kaunseling
17. Meraba dan/ -sda- 1. Rotan
memeluk murid 2. Kerja amal
perempuan 3. Rujuk kepada guru kaunseling
4. Panggil ibubapa
5. Gantung persekolahan
6. Laporan kepada polis

15
18. Menganggu -sda- 1. Rotan
murid 2. Kerja amal
perempuan 3. Rujuk kepada guru kaunseling

19. Pelacuran/Zina/ 1.Panggil ibubapa


hamil/homo/ 2.Rujuk kepada Pengarah
lesbian/kahwin/ Pendidikan
nikah gantung
20. Tingkahlaku Sengaja Pek. Iktisas 1. Kelas tahanan
anti sosial mengotori Bil. 9/75 2. Hukuman rotan
sekolah atau School (Gen. 3. Bayar gantirugi
kelas Reg. 1951 4. Kerja amal
5.
21. Sengaja Pek. Iktisas 1. Hukuman rotan
menganggu Bil. 9/75 2. Kerja amal
ketenteraman 3. Rujuk kepada guru kaunseling
sekolah/kelas
22. Bergaduh 1. Panggil ibubapa
dengan murid 2. Rotan
lain 3. Nasihat dan amaran
4. Diarah berdamai dan minta
maaf
5. Digantung sekolah
23. Berkelakuan -sda- 1. Hukuman rotan
biadab dan 2. Rujuk kepada guru kaunseling
angkuh 3. Amaran dan nasihat
4. Kerja amal
5. Panggil ibu bapa
6. Digantung sekolah
24. Conteng Pek. Ikt. 9/75 1. kelas tahanan
menconteng 2. hukuman rotan
3. bayar ganti rugi
25. Benci dan tidak -sda 1. diberi nasihat
menghormati 2. rotan
peraturan 3. kerja amal
sekolah dan 4. Panggil ibu bapa
undang-undang 5. Digantung sekolah
negara 6. dilapor kepada polis
26. Makan dalam -sda- 1. nasihat
kelas 2. membersihkan kelas
27. Tidak -sda- 1. nasihat
menghormati 2. rotan
NegaraKu, lagu 3. amaran
Negeri 4. Digantung sekolah
28. Ponteng -sda- 1. amaran
perhimpunan/ 2. nasihat
majlis rasmi 3. kerja amal
4. hukuman rotan
5. Panggil ibu bapa
29. Sengaja -sda- 1. nasihat/amaran

16
membuat 2. hukuman rotan
sesuatu yang 3. kerja amal
boleh 4. digantung sekolah
memalukan
sekolah
30. Tingkahlaku PONTENG KP(BS)8458/1 1. Surat pemberitahuan kepada
tidak jujur SEKOLAH 2/(17) ibubapa, amaran, rotan, nasihat
(termasuk Borang OM 2. Panggil ibu bapa.
murid yang 9.2.77 3. Kerja amal
berada di 4. digantung sekolah
sekolah tetapi 5. Jika murid ponteng sekolah
tidak melapor 31 hari berturut-turut, Sijil
kepada guru Berhenti Sekolah akan
tingkatan dan dikeluarkan
masuk ke 6. Jika murid ponteng sekolah
kelas) 60 hari secara selang seli, Sijil
Berhenti Sekolah akan
dikeluarkan
31. Ponteng kelas -sda- 1. nasihat
(meninggalkan 2. kerja amal
satu sesi 3. hukuman rotan
penggajaran dan 4. digantung sekolah
tidak kembali) 5. panggil ibubapa
6.

32. Keluar dari -sda- 1. diberi amaran


kelas tanpa 2. kerja amal
kebenaran 3. kaunseling
daripada guru 4. hukuman rotan
33. Meniru dalam -sda- 1. markah peperiksaan dibatalkan
peperiksaan 2. nasihat
3. kerja amal
4. hukuman rotan
5. memaklumkan kepada ibu bapa
34. Membohong -sda- 1. nasihat
2. rujuk kepada guru kaunseling
3. amaran keras
4. hukuman rotan untuk kesalahan
seterusnya
35. Tingkahlaku Berkelakuan dan Per. Ikt. Bil 1. memohon maaf
tidak sopan berbahasa kasar, 9/75 2. nasihat
memaki dan 3. hukuman rotan
mencarut 4. amaran
guru/murid 5. kerja amal
6. kaunseling
7. panggil ibu bapa
36. Tidak -sda- 1. amaran
menghormati/ 2. hukuman rotan
memcabar 3. kaunseling
arahan

17
pengawas
37. Tingkahlaku Tidak Pek. Ikt. Bil. 1. teguran/amaran
tabiat berpakaian 3/71,2/72, 2. hukuman rotan
(Habitual) kemas (tidak 4/76. 3. kerja amal
masuk baju ke 4. panggil ibu bapa
seluar, tidak
pakai kasut,
tidak
menggunakan
tanda nama,
memakai
subang, gelang,
rantai)
38. Berambut Pek. Ikt. Bil 1. diberi amaran
panjang 2/76 2. rambut dipotong
3. hukuman rotan
4. digantung sekolah
39. Tidak menepati Pek. Ikt. Bil 1. amaran dan nasihat
masa 9/75, school 2. kaunseling
(general) 3. hukuman rotan
regulation, 4. kerja amal
1951 5. digantung sekolah
panggil ibu bapa
40. Tidak membawa Peraturan Am 1. diberi nasihat/amaran
buku teks/buku sekolah 1951 2. kaunseling
latihan dan lain- 3. hukuman rotan
lain keperluan 4. kerja amal
muridan 5. panggil ibu bapa
6. digantung sekolah
41. Tidak -sda- 1. amaran/nasihat
menyiapkan 2. kaunseling
kerja kursus, 3. hukuman rotan
latihan dan kerja 4. kerja amal
rumah/tugasan 5. panggil ibu bapa
6. digantung sekolah

42. Membuat bising Pek. Ikt. Bil 1. diberi amaran


dalam kelas 9/75 2. kaunseling
3. hukuman rotan
43. Buang sampah Peraturan am 1. diberi amaran/nasihat
merata-rata sek. 1951 2. kaunseling
Pek. Ikt. Bil 3. diarah membersihkan kawasan
9/75 4. kerja amal
5. hukuman rotan
44. Enggan bayar Peraturan Am 1. diberi nasihat
yuran sekolah sekolah 1951 2. ibubapa dihubungi
3. sijil-sijil ditahan
45. Tidak -sda- 1. Membayar nilai buku tersebut
memulangkan/ 2. Tidak layak diberi buku teks
hilang buku teks pada tahun seterusnya

18
46. Merokok Pek. Ikt.Bil 1. hukuman rotan
6A/75, 4/1997 2. nasihat/kaunseling
3. digantung sekolah
4. panggil ibu bapa
5. buang sekolah selepas 5 kali
ditangkap
47. Membawa 1. dirampas dan dituntut balik oleh
barang yang ibu/bapa.
dilarang ke 2. dirampas dan disimpan dan
sekolah (rujuk diberi balik pada hujung tahun.
kepada 3. Dirampas dan dimusnahkan.
peraturan
sekolah kad
Merit Demerit
Kod D5)
48. Membawa/berm 1. hukuman rotan
ain mercun di 2. kaunseling
kawasan sekolah 3. digantung sekolah
4. panggil ibu bapa
5. laporan kepada polis

Jenis-Jenis Salahlaku

Kod Salahlaku Jenayah - D1

D1.1 Berjudi
D1.2 Mencuri, memecah masuk kawasan larangan sekolah.
D1.3 Melawan/mengancam/memukul/mencederakan pentadbir, murid,
kakitangan sekolah, guru
D1.4 Melawan/mengancam/mencederakan pengawas
D1.5 memeras ugut
D1.6 membuli
D1.7 menganggotai kumpulan haram/kongsi gelap
D1.8 menyalahgunakan dadah
D1.9 membawa senjata merbahaya
D1.10 mencabul kehormatan
D1.11 mengancam/memukul/mencederkan murid lain
D1.12 menceroboh bilik kelas, bilik khas/kedai kantin/koperasi/pejabat
sekolah.
D1.13 mengedar dadah
D1.14 menunjukan perasaan/berpiket/menganggu ketenteraman sekolah
D1.15 bertaruh secara besar-besaran
D1.16 membawa masuk orang luar ke kawasan sekolah
D1.17 membakar
D1.18 memusnah/merosakkan dokumen rasmi
D1.19 bergaduh
D1.20 membawa/bermain mercun di sekolah
D1.21 minum minuman keras

19
D1.22 menghidu gam
D1.23 membawa bahan-bahan yang menghayalkan.

Tingkahlaku Lucah/Tidak Senonoh D2

D2.1 Bercumbu-cumbuan
D2.2 Berkhalwat
D2.3 Berdua-duan dalam kelas
D2.4 Membawa bahan lucah ke sekolah.
D2.5 Mengintai murid perempuan/menyentuh murid perempuan dengan
niat serong
D2.6 Menggunakan kata-kata dan perkataan lucah
D2.7 Melukis gambar-gambar/ menulis kata-kata lucah

Tingkah Laku Kekemasan Diri

D3.1 Berambut panjang untuk lelaki/feysen rambut keterlaluan/


bertentangan dengan peraturan sekolah.
D3.2 Berkuku panjang
D3.3 Bermisai dan berjanggut
D3.4 Memakai pakaian seragam yang tidak mengikut peraturan sekolah/
tiada lencana
D3.5 Skirt sekolah atas paras lutut.
D3.6 Baju kurung tidak dikancing.
D3.7 Seluar sekolah berfesyen.
D3.8 Tidak memakai pakaian seragam yang sesuai.
D3.9 Memakai selipar (tanpa kebenaran pihak sekolah)
D3.10 Memakai pakaian luar sekolah
D3.11 Memakai pakaian berwarna di dalam pakaian seragam sekolah
D3.12 Tidak memakai baju sukan semasa waktu PJ
D3.13 Tidak memasukkan kemeja ke dalam baju sekolah (seluar) `Tuck-In’
D3.14 Tidak memakai pakaian seragam yang sesuai

Memakai Barang Perhiasan/Menghiaskan Diri.

D4.1 Memakai barang kemas ke sekolah


D4.2 Memakai lebih daripada sepasang subang
D4.3 Lelaki memakai subang.
D4.4 Mewarnakan kuku
D4.5 Mewarnakan rambut
D4.6 Membotakkan kepala
D4.7 Mencabut bulu kening
D4.8 Bersolek

Membawa Barang-Barang Yang Tidak Dibenarkan

20
D5.1 Membawa semua jenis alatan tajam
D5.2 Pemotong kuku
D5.3 Membawa Radio/Walkman
D5.4 Gambar-gambar tidak sopan.
D5.5 Membawa liquid paper/marker pen
D5.6 Membawa/pakai pakaian luar sekolah
D5.7 Cermin mata hitam/teropong
D5.8 Kosmetik/cermin/minyak wangi
D5.9 Majalah hiburan/komik
D5.10 Pita video DVD/VCD/CD/kaset.
D5.11 Kad poker/barang untuk berjudi.
D5.12 Tanda-tanda/lencana/label berunsur politik
D5.13 Membawa telefon bimbit ke sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah.

Tingkah Laku Tidak Mementingkan Masa.

D6.1 Berkeliaran/merayau di kawasan sekolah semasa waktu pengajaran


D6.2 Datang lewat ke sekolah
D6.3 Ponteng perhimpunan
D6.4 Lewat ke perhimpunan dan majlis yang diwajibkan sekolah.
D6.5 Makan di kantin di luar waktu rehat.
D6.6 Lewat masuk ke kelas.
D6.7 Keluar-masuk kelas semasa sesi P & P berjalan.
D6.8 Bermain dalam bilik darjah atau kaki lima
D6.9 Keluar kelas tanpa kebenaran.
D6.10 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
D6.11 Berada di kawasan larangan tanpa kebenaran.
D6.12 Masuk ke kawasan sekolah pada hujung minggu/cuti sekolah tanpa
kebenaran.
D6.13 Berada dalam tandas lebih 10 minit semasa P & P.
D6.14 Berada di kantin di luar kawasan sekolah waktu persekolahan.
D6.15 Tidak menjalankan tugas seperti yang ditetapkan dalam jadual
bertugas

Tingkahlaku Kurang Sopan Dan Biadab

D7.1 Berkelakuan kasar terhadap guru.


D7.2 Berkelakuan kasar terhadap pengawas.
D7.3 Berkelakuan kasar terhadap rakan
D7.4 Memasuki kawasan larangan/kebun/kuarters pekerja sekolah dan lain-
lain.
D7.5 Berbahasa kesat/kasar.

21
D7.6 Mengedar/menyimpan rokok.
D7.7 Menghisap rokok
D7.8 Menganggu proses pengajaran pembelajaran
D7.9 Tidak menghormati/ membantah arahan guru.
D7.10 Tidak menghormati/ membantah arahan pengawas.
D7.11 Simpan/edar minuman keras/ sebarang minuman yang memabukkan.
D7.12 Membunyikan kereta kuat-kuat di kawasan sekolah.
D7.13 Tidak menghormati lagu kebangsaan/negeri.
D7.14 Menyimpan pemetik api/ mancis.
D7.15 Melanggar peraturan lalu lintas.
D7.16 Meletakkan kenderaan di dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran.
D7.17 Terlibat dalam aktiviti yang mencemarkankan nama baik sekolah.
D7.18 Tidak mematuhi peraturan persatuan dan kelab di sekolah
D7.19 Membuat bising dalam kelas ketika guru tidak ada
D7.20 Mengejek seseorang dengan menyebut nama bapa atau emak dengan
tujuan menghina
D7.21 Menggunakan/menjawab telefon dalam kelas semasa guru mengajar

Tingkahlaku Memusnah

D8.1 Merosak harta benda sekolah


D8.2 Merosak harta benda Pengetua dan guru-guru
D8.3 Merosakkan harta benda kantin/kedai koperasi/ stor SPBT
D8.4 Membazir air dan eletrik
D8.5 Menyalahgunakan peralatan eletrik
D8.6 Mengotorkan bangunan/kawasan sekolah.
D8.7 Mengotorkan kelas.
D8.8 Conteng dinding/papan notis/papan hitam/sudut mata muridan.
D8.9 Menconteng buku teks/buku latihan.
D8.10 Conteng /tulis perkataan gambar lucah/kesat di atas buku teks/buku
latihan/ buku rekod akademik.
D8.11 Merosak harta murid lain.

Tingkahlaku Tidak Jujur/Menipu.

D9.1 Menghasut rakan untuk bergaduh.


D9.2 Menyebarkan maklumat/ berita yang boleh menyebabkan
pergaduhan.
D9.3 Menjalankan urusniaga yang tidak dibenarkan.
D9.4 Tidak memberi surat dari sekolah kepada ibu bapa.
D9.5 Tidak membawa ibu bapa jumpa pihak sekolah seperti yang diarah
D9.6 Penipuan melibatkan wang
D9.7 Menipu melibatkan kepercayaan/pecah amanah.
D9.8 Memalsukan keterangan/ rekod rasmi.
D9.9 Tidak memberi salam/ tidak berdiri semasa guru masuk/ keluar kelas
D9.10 Semua tingkahlaku yang dianggap serius oleh sekolah.

22
Tingkah Laku Melanggar Peraturan Peperiksaan

D10.1 Bercakap semasa peperiksaan


D10.2 Membawa telefon bimbit ke bilis peperiksaan.
D10.3 Keluar awal dari bilik peperiksaan tanpa kebenaran
D10.4 Mencoteng kertas soalan/jawapan peperiksaan
D10.5 Menulis/mencoteng percatan/ gambar lucah/ kesat di atas yertas
soalan/ jawapan peperiksaan/ kad laboran.
D10.6 Meniru semasa ujian/ peperiksaan
D10.7 Lambat masuk ke kelas semasa peperiksaan.

Tingkalaku Ponteng.

D11.1 Ponteng kelas (Termasuk kelas di luar sidang).


D11.2 Ponteng sekolah
D11.3 Ponteng perhimpunan/majlis sekolah
D11.4 Ponteng aktiviti kokurikulum
D11.5 Ponteng Ujian bulanan
D11.6 Ponteng peperiksaan
D11.7 Ponteng kelas tambahan
D11.8 Ponteng kerja pembersihan

Tingkahlaku Memcemar Alam Sekitar

D12.1 Membuang sampah merata-rata.


D12.2 Tidak kerja membersih kelas dan kawasan sekolah.
D12.3 Tidak mematuhi peraturan pihak kecerian sekolah.
D12.4 Membuang air besar dan kencing dan berkencing di kawasan yang tidak ditetapkan
oleh pihak sekolah.
D12.5 Lain-lain perkara yang ditentukan oleh Lembaga Disiplin Sekolah.

23

You might also like