You are on page 1of 9

PERATURAN

SEKOLAH KEBANGSAAN DENDANG


1. Waktu persekolahan murid Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3 ) ialah 7.30 pagi hingga
1.00 pada hari Isnin hingga Khamis dan pada hari Jumaat ialah 7.30 pagi hingga
12.00 tengah hari.
2. Waktu persekolahan murid Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6 ) ialah 7.30 pagi hingga
1.30 petang pada hari Isnin hingga Khamis dan hari Jumaat ialah 7.30 pagi
hingga 12.00 tengah hari.

 PERATURAN PAKAIAN PELAJAR

 Pakaian seragam murid perempuan :

1. Pinafore Tunic berwarna ‘biru tua’ dan labuhnya sampai ke paras lutut.
Lencana dan tanda nama mestilah sentiasa disematkan di bahagian kiri.
‘Blouse’ berwarna putih dan berlengan pendek.
2. Baju kurung jenis ‘Telok Belangga’( berpesak ) warna putih dari kain kapas /
kapas tetron.  Labuh baju kurung hendaklah ke paras lutut dan kain sarung
berwarna ‘biru tua’.  Jenis bersusun dan berzip.  Baju kurung mestilah
berbutang. Anak baju/ ‘camisole’ dimestikan dan berwarna kulit. Lencana
sekolah dan tanda nama mestilah sentiasa disematkan di bahagian kiri.
3. Yang memakai tudung.  Tudung berwarna putih dan jenis tiga segi dua sama
dibenarkan.  Anak tudung berwarna putih sahaja dibenarkan dan hitam untuk
pengawas.  Tudung tanpa corak dan tiada pin atau ‘brooch’ dibenarkan.
4. Kasut untuk murid Tahun 1 – 6 ialah berwarna putih  jenis canvas. Stokin
berwarna putih. Pengawas memakai kasut canvas dan stokin berwarna hitam.
5. Rambut murid perempuan tidak dibenarkan panjang sehingga mencecah bahu.
Jika panjang rambut mencecah bahu mestilah diikat satu atau dua dan tidak
dibenarkan mewarna rambut. Rambut bahagian depan tidak menutupi dahi
dan mesti disepit dengan sepit berwarna hitam sahaja.
 Cekak/Reben/Getah rambut yang berwarna biru tua, putih dan hitam
sahaja dibenarkan.
 Rambut tidak dibenarkan didandan mengikut fesyen kecuali seperti
yang ditentukan oleh pihak sekolah sahaja.
6. Murid-murid tidak dibenarkan memakai ‘make-up’, barang-barang kemas  
atau barang-barang perhiasan diri.  Subang yang tidak melebihi 0.5 cm
dibenarkan. Batu permata tidak dibenarkan.

 Pakaian Seragam Murid Lelaki :

1. Baju putih berlengan pendek dengan poket sebelah kiri( kecuali pengawas ).
2. Lencana sekolah dan tanda nama mestilah sentiasa di-sematkan di bahagian kiri
baju.
3. Seluar berwarna biru tua . Panjang/ pendek untuk Tahap 1 dan seluar panjang
yang menutup buku lali untuk murid Tahap 2.  Seluar  yang terlalu ketat , terlalu
longgar, bercorak atau jeans tidak dibenarkan.
4. Kasut kanvas dan stokin berwarna putih sahaja. Pengawas memakai kasut
kanvas dan stokin berwarna hitam.  Murid –murid tidak dibenarkan berselipar
pada bila-bila masa.
5. Tali pinggang berkepala besar tidak boleh dipakai.
6. Baju Melayu – Murid lelaki Islam digalakkan memakai ‘Baju Melayu’ pada hari
Jumaat.  Baju Melayu Cekak Musang berwarna putih dan bersongkok hitam.  
Butang  dikenakan setiap masa dan seluar berwarna putih.  Sampin berwarna
‘biru tua’.  Kasut kanvas dan stokin berwarna putih.
7. Murid-murid tidak dibenarkan memakai sebarang barang-barang kemas atau
barang-barang perhiasan diri.
8. Rambut – Murid lelaki tidak dibenarkan berambut panjang.
 Rambut belakang tidak melebihi kedua cuping telinga. Tepi tidak
mencecah telinga dan side-burn tidak melebihi garisan tengah hidung.
Bahagian hadapan tidak menutup garisan tengah dahi.  Tidak   dibenarkan
mewarnakan rambut.
9. Murid lelaki beragama Sikh boleh berambut panjang jika mereka  memakai
serban.
10. Murid lelaki tidak dibenarkan menyimpan misai atau janggut atau kedua-duanya.

 Pakaian Pendidikan Jasmani / sukan


1. Pakaian Pendidikan Jasmani / sukan yang dibenarkan ketika menghadiri
kegiatan ko-kurikulum.
 Perempuan – Baju  T sekolah /rasmi. Seluar track bottom berwarna biru atau
hitam dan berkasut kanvas.
 Lelaki – Baju t sekolah /rasmi. Berseluar pendek/ track bottom berwarna biru atau
hitam dan berkasut kanvas.
Kuku – Semua murid mesti berkuku pendek, bersih dan dilarang mewarnakan kuku.
 PERATURAN TINGKAH LAKU

Tingkahlaku jenayah : memeras ugut, terlihat dengan dadah, berjudi, mencuri,


memukul guru/Pengawas/murid-murid lain, membawa senjata merbahaya , merosak
harta benda sekolah dan mengancam Guru Besar, guru-guru/murid-murid lain.
1. Tingkahlaku lucah atau biadap : membawa/membaca/menyebar bahan-
bahan lucah, mengintai murid perempuan, bercumbuan, menggunakan
kata-kata lucah, melukis gambar/kata-kata lucah dan menunjukkan aksi-
aksi lucah.
2. Tingkahlaku anti-sosial : Merosakkan harta benda
kerajaan/sekolah/guru-guru/milik perseorangan, mencemarkan kebersihan
sekolah, membuat bising, bergaduh, berkelakuan biadap / bersikap
bongkak terhadap guru/murid,menyalahguna kemudahan sekolah, keluar
kawasan sekolah tanpa kebenaran, melanggar peraturan sekolah,
sengaja menimbulkan perkara sensetif dengan tujuan menimbulkan
kekacauan, menulis kepada suratkhabar tanpa mendapat kebenaran Guru
Besar dan membawa barang-barang elektik/elektronik/ telefon bimbit.
3. Tingkahlaku tidak jujur/tidak amanah : Meniru dalam  ujian /
peperiksaan, meniru tandatangan ibu bapa/ Guru Besar / guru-
guru,bercakap bohong, mengubah markah dan ponteng kelas.
4. Tingkahlaku tidak sopan : Berbahasa kasar dan mencarut, tidak
menghormati guru/ pengawas , menghisap atau memiliki rokok, berambut
panjang, tidak memberi perhatian ketika guru mengajar, selalu datang
lewat ke kelas, lalai dan cuai terhadap pelajaran, terlibat dengan minuman
keras, masih membantah/tidak mengendahkan hukuman guru/Guru Besar
walaupun sudah tiga/empat kali amaran dan mengenakan Pakaian yang
tidak sesuai dengan peraturan disiplin sekolah.

 KESALAHAN TATATERTIB YANG BERAT


1. Menganggotai kumpulan jahat/ pertubuhan haram.
2. Membawa/ memiliki senjata merbahaya dengan tujuan jahat.
3. Memukul guru/Guru Besar/ pengawas/ murid-murid lain.
4. Mengecak Guru Besar/ guru/ murid-murid lain dengan ancaman yang serius
dan merbahaya.
5. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh
pihak sekolah atau Pejabat Pendidikan.
6. Menulis kepada suratkhabat tanpa memberitahu dan mendapat kebenaran
pihak sekolah/ Guru Besar.
7. Merosakkan harta benda kerajaan/ sekolah/ guru-guru atau sebarang milik
persendirian.
8. Mencuri.
9. Terlibat dengan dadah.
10.Terlibat dengan minuman keras atau yang memabukkan.
11.Menghisap / memiliki rokok.
12.Berjudi.
13.Membantah hukuman guru/Guru Besar walaupun telah diberi tiga atau empat
kali amaran.
14.Berkelakuan biadap terhadap guru/Guru Besar. ( Menunjukkan sikap bongkak
atau membuat penghinaan )
15.Sengaja menimbulkan sesuatu perkara sensitif dengan tujuan menimbulkan
kacau bilau dan perpecahan kaum.

 JENIS HUKUMAN :
Tertakluk kepada berat ringannya kesalahan yang dilakukan.  Hukuman yang boleh
dikenakan ke atas seorang pelajar ialah :
16.Diberi teguran dan nasihat.
17.Amaran bertulis.
18.Dirotan.
19.Digantung persekolahan.
20.Membayar ganti rugi.
21.Menarik balik biasiswa yang diberi.
22.Hukuman lain yang difikirkan sesuai.

 BARANG-BARANG YANG TIDAK DIBENARKAN DIBAWA KE SEKOLAH


1. ‘Chewing gum’ , ‘ liquid paper’ dan ‘marker pen’.
2. Bahan-bahan bacaan yang tidak berkaitan dengan pembelajaran seperti komik,
bahan-bahan lucah dan majalah hiburan.
3. Radio ‘walkman’, video tape, CD, kaset dan kamera kecuali dengan kebenaran
bertulis kepada guru-guru berkenaan dan barang permainan elektrik.
4. Video game, permainan bentuk kad contohnya daun pakau dan yang berunsur
judi.
5. alat komunikasi seperti ‘pager’ , telefon bimbit dan sebagainya.
6. Jika murid membawa barang-barang yang disenaraikan di atas, barang tersebut
akandirampas oleh pihak sekolah.  Barang yang dirampas tidak akan
dipulangkan sehingga akhir tahun.

 TIDAK HADIR KE SEKOLAH


1. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah mesti membawa surat doktor, telefon
atau keterangan ibubapa pada hari berikutnya.
2. Sekiranya murid-murid tidak datang lebih daripada 3 hari , hendaklah ibubapa
memberitahu pihak sekolah secara bertulis dengan segera.
3. Pihak sekolah akan menghantar surat peringatan/ telefon sekiranya murid-murid
tidak datang lebih daripada 3 hari.
4. Tindakan disiplin boleh diambil sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab-sebab
tertentu atau bersurat (ponteng sekolah).

 Datang lewat ke sekolah ( selepas 7.30 pagi )


2. Setiap murid yang datang lewat tidak dibenarkan masuk ke kelas tanpa
kebenaran Guru Besar atau guru yang ditugaskan.
3. Murid-murid yang kerap datang lewat ke sekolah (atas alasan yang disengajakan
atau sama) boleh diambil tindakan disiplin.
4. Dalam hal-hal tertentu, ibubapa/ penjaga boleh secara rasmi atau bertulis
meminta kebenaran daripada Guru Besar.

 Perhimpunan Umum
1. Perhimpunan Rasmi diadakan setiap hari Isnin pukul 7.30 pagi –  8.10 pagi.
Semua murid mesti berada dan bersiap sedia di tempat perhimpunan 10 minit
sebelum perhimpunan dijalankan. (loceng pertama dibunyikan pada 7.20 pagi )
2. Perhimpunan umum diadakan pada Selasa hingga Jumaat pukul 7.30 pagi
himgga 7.40 pagi.
3. Murid-murid hendaklah berbaris dengan senyap dan teratur mengikut kelas dan
diketuai oleh ketua darjah di bawah pengawasan pengawas.
4. Semasa perhimpunan, murid-murid dilarang membuat bising atau berbual-bual.
5. Selepas perhimpunan selesai, murid-murid hendaklah masuk ke kelas secara
beratur dan tenang.

 DISIPLIN DAN TATACARA BILIK DARJAH


1. Murid-murid hendaklah sentiasa berada di dalam kelas sebelum pelajaran
dimulakan.
2. Bilik darjah hendaklah dibersihkan sebelum pelajaran bermula ( waktu pertama )
dan hendaklah sentiasa dalam keaadan yang bersih.
3. Ketua darjah bertanggungjawab terhadap kebersihan kelas dan keselamatan
semua alatan bilik darjah.
4. Semasa ketiadaan guru, ketua darjah dan penolong ketua darjah
bertanggungjawab menjaga ketenteraman bilik darjah dan hendaklah
melaporkan sebarang masalah kepada guru kelas atau pejabat.

 Murid-murid dilarang keras :


1. Menconteng meja, kerusi, dinding dan semua alatan bilik darjah. Tindakan
disiplin boleh diambil jika melakukan kesalahan.
2. Berbual dan membuat bising serta merayau-rayau.
3. Menggunakan meja dan kerusi guru tanpa kebenaran.
4. Duduk di atas meja.
5. Meninggalkan kelas tanpa kebenaran.
6. Membawa alat-alat permainan.
7. Bergaduh dan betumbuk.

1. Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan bilik darjah tanpa


kebenaran guru atau memakai pas keluar.
2. Sekiranya terdapat murid yang ponteng kelas, guru mata pelajaran perlu
mengambil tindakan mencari murid tersebut dengan serta merta dan membuat
laporan.
3. Setiap murid hendaklah memastikan semua lampu dan alatan elektrik ditutup
( jika tidak digunakan ) sebelum meninggalkan bilik darjah.

 KAWASAN LARANGAN
Kawasan-kawasan berikut adalah menjadi larangan kecuali mendapat
kebenaran:
1. Semasa rehat : Bilik darjah, makmal, kaki lima, kawasan pejabat,kolam  ikan dan
padang.
2. Kawasan larangan setiap masa : Tempat letak kereta guru, tempat letak basikal,
kawasan pejabat,bilik guru dan kolam ikan.
3. Kantin semasa pelajaran berjalan.
4. Stor-stor sekolah, bilik elektrik dan tempat larangan lain dari masa ke semasa.
5. Tandas guru.

 WAKTU REHAT
1. Semua murid dikehendaki meninggalkan bilik darjah semasa rehat.
2. Semua murid tidak dibenarkan berada di tempat berikut semasa rehat : Kelas,
tangga setiap blok, bengkel kemahiran hidup, tempat letak kereta    atau basikal
dan kolam ikan.

 KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH


1. Murid-murid dilarang keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan
kecuali mendapat kebenaran guru/Guru Besar.
2. Murid-murid yang keluar untuk rawatan di klinik/hospital atau seumpamanya
hendaklah mendapatkan surat rawatan terlebih dahulu atau kebenaran dari guru
kelas/guru bertugas serta mengisi Buku Kebenaran     Keluar Waktu
Persekolahan dan ditandatangani oleh pentadbir sekolah.
3. Murid-murid yang hendak keluar dari kawasan sekolah atas sebab-sebab
tertentu perlulah ditemani ibu bapa/penjaga yang berkenaan dan mengisi Buku
Kebenaran Keluar Waktu Persekolahan dan ditandatangani oleh pentadbir
sekolah.

 MAKANAN DAN MINUMAN


1. Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali membawa makanan dan minuman ke
bilik darjah.
2. Murid-murid tidak dibenarkan membeli makan dari luar sekolah. Sekiranya
berlaku sebarang kes keracunan makanan di luar sekolah, pihak sekolah tidak
akan bertanggungjawab.
3. Murid-murid dikehendaki makan dan minum di kantin sahaja.
4. Murid-murid dilarang membuang sampah di merata-rata tempat selepas makan.
Semua pembalut makanan dan minuman hendaklah dibuang ke dalam tong
sampah yang disediakan.

You might also like