You are on page 1of 5

PERATURAN DAN TATATERTIB SK ST. JOHN (2) KUALA LUMPUR OBJEKTIF 1.

Dapat menjadi bahan rujukan dikalangan pengurus disiplin di kalangan pengurus disiplin, murid-murid dan ibu bapa. 2. Dapat dijadikan satu dokumentasi mengurus disiplin murid dengan lebih bersistematik. 3. Dapat mewujudkan keselarasa dalam membuat keputusan dan tindakan di kalangan pengurus disiplin. 4. Dapat meningkatkan tahap kecekapan pengurusan disiplin di sekolah. 5. Dapat meminimumkan masalah salah laku murid-murid di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke arah Salah laku-Sifar. 6. Dapat meningkatkan mutu disiplin murid-murid di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

ETIKA MURID 1. Rajin hadir ke sekolah setiap hari dengan hati yang ikhlas. 2. Belajar bersungguh-sungguh. 3. Mentaati guru dan ibubapa/ penjaga. 4. Patuh Undang-undang dan Peraturan Sekolah. 5. Saling menghormati antara satu sama lain. 6. Hormat dan sayang kepada semua guru. 7. Menghormati orang yang lebih tua. 8. Sentiasa menjaga kebersihan sekolah dan mengamalkan sikap cinta akan sekolah. 9. Sentiasa menjaga harta benda sekolah daripada sebarang unsur yang boleh merosakkan. 10. Sentiasa menjaga nama baik guru-guru, ibubapa dan juga sekolah. 11. Berusaha menaikkan serta mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai bidang.

12. Menjadikan sekolah sebagai tempat mencari ilmu pengetahuan serta ilmu sahsiah yang mulia. 13. Mematuhi dan melaksanakan segala arahan/ tugasan yang diberikan oleh guru sebagai satu amanah. 14. Selalu berdamping dengan guru dan bersikap terbuka dalam masalah yang timbul demi kebaikan dan kemajuan diri. PERATURAN SEKOLAH - MURID (Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1976 Potongan Rambut Murid-murid) a) Perwatakan Murid - Rambut 1. Rambut mestilah sentiasa kemas dan bersih. 2. Berfesyen, secara keterlaluan adalah dilarang. 3. Murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut. 4. Murid lelaki mesti berambut pendek

Depan : Tidak melebihi bahagian kening. Tepi : Tidak mencecah telinga Belakang : Tidak mencecah kolar baju.

b) Pakaian Seragam Sekolah 1. Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan bersih dipakai semasa hari persekolahan, menghadiri upacara rasmi sekolah dan ketika membuat lawatan rasmi. 2. Murid diwajibkan memakai lencana sekolah dan tanda nama ke sekolah setiap hari.

c) Pakaian Murid Lelaki (Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1993 Pakaian Seragam Sekolah-sekolah) 1. Baju :Semua murid lelaki hendaklah memakai baju berwarna putih berleher deoan dengan dikenakan kancing butang putih dan berlengan pendek. 2. Seluar : Berseluar pendek atau panjang berwarna biru tua. 3. Tali Pinggang : Lebar tali pinggang tidak melebihi 3.7 sentimeter, berwarna hitam atau biru tua sahaja . 4. Kasut sekolah : Murid hendaklan memakai kasut kanvas/ kain berwarna putih biasa, tanpa sebarang jenama mahal.
2

5. Stokin : Murid diwajibkan memakai stokin berwarna putih sahaja, melebihi 10 sentimeter selepas buku lali kaki. Stokin yang berenda, berjenama dan berjalur adalah dilarang. 6. Lencana, Tanda Nama dan Tali Leher : Semua murid diwajibkan memakai tanda nama dan tali leher ke sekolah setiap hari. 7. Barang kemas dan Perhiasan : Murid dilarang memakai barang kemas seperti gelang, rantai leher, antinganting dan cincin. 8. Jam Tangan Jam tangan tidak boleh bersaiz besar pergelangan tangan (melebihi saiz wang syiling 50 sen lama), mahal setanding rupa dan gaya jam (nilai melebihi RM 50.00) berfesyen, berjenama dan berwarna-warni yang boleh merangsang niat untuk melakukan kecurian oleh pihak ketiga selain kecuaian (kehilangan). Jam tangan yang dicadangkan bertali hitam atau putih atau mana-mana yang tidak melanggar peraturan berdasarkan. (Rujuk Buku Peraturan Disiplin Sekolah Rendah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Penampilan dan Kekemasan Diri Perkara 7.0 - Jam Tangan atau Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983 Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid Murid Yang Melakukan Perbuatan-perbuatan Salahlaku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran, 07-11-1983). 9. Bagi yang bertindik, subang yang dibenarkan ialah subang kecil yang ukurannya tidak melebihi 1 sentimeter. 10. Murid dilarang memakai apa jua bentuk perhiasan yang keterlaluan yang melanggar peraturan sekolah.

HARTA BENDA 1. HARTA BENDA MURID

Setiap murid hendaklah mengawasi dan memelihara barang-barang kepunyaan sendiri.

Menulis nama, kelas, nombor ibubapa/penjaga untuk disimpan di dalam beg

2. HARTA BENDA SEKOLAH

Adalah menjadi tanggungjawab semua murid menjaga harta benda sekolah yang terdapat dalam kelas, makmal sains, makmal komputer, bilik pusat sumber, tandas dan di mana-mana sahaja di dalam kawasan sekolah.

Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid sendiri. Semua buku teks SPBT, buku perpustakaan dan lain-lain harta sekolah yang dipinjam oleh murid hendaklah dipulangkan sebelum meninggalkan sekolah. Sekiranya murid gagal berbuat demikian, sijil, surat akuan dan apa-apa surat sokongan tidak akan dikeluarkan sehingga segala urusan pemulangan sendiri.

3. BARANG-BARANG SEKOLAH DAN PERKAKAS 1. Segala perkakas yang dikeluarkan daripada bilik stor ataupun bilik darjah hendaklah dipulangkan semula selepas digunakan. 2. Sekolah perkakas sekolah tidak dibenarkan dibawa keluar dari kawasan sekolah tanpa pengetahuan dan kebenaran daripada Guru Besar. 3. Barang-barang yang tidak dibenarkan dibawa ke sekolah ialah barang yang bukan merupkan peralatan pembelajaran seperti: Buku-buku yang mengandungi unsur kelucahan. Komik-komik yang berunsur khayalan fiksyen. Alat elektronik seperti 'walkman', 'video game', pemain video dan telefo bimbit.(Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009 Pengguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit Oleh Murid Di Sekolah). Benda-benda tajam/ senjata. Kad permainan berunsurkan perjudian. Cecair pemadam (liquid paper) Majalah hiburan/Katalog jualan. Mesin pengira (kalkulator). Pengasah pensel besar. Pensel tekan (Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1992 Pengharaman Pensel Berbentuk Alat Suntikan Di Sekolah-sekolah)

TATATERTIB DAN KESUKANAN 1. Semua murid wajib mengenali semua guru dan staf sekolah. 2. Semua murid mesti menghormati guru, staf sekolah, pelawat dan sesama rakan persekolahan lain. 3. Amalan dan budaya mengucapkan salam dan ucap selamat sejahtera hendaklah menjadi amalan seharian sepanjang sesi persekolahan. 4. Murid mesti menunjukkan tingkah laku yang baik dan menjaga nama baik sekolah. 5. Murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan sesiapa sahaja. KESELAMATAN MURID 1. Keselamatan murid adalah tanggungjawab murid sendiri. 2. Murid mestilah sentiasa menjaga keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti persatuan/ kelab, sukan/ permainan dan di dalam bilik darjah, makmal sains dan bengkel kemahiran hidup. 3. Kemalangan akibat kelalaian sendiri bukan tanggungjawab pihak sekolah.

KAWASAN LARANGAN Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan : ( kecuali dengan kebenaran) 1. Pejabat Guru Besar dan Pejabat Guru Penolong Kanan 2. Pejabat Sekolah dan ruang legar bilik guru dan bilik guru. 3. Bilik Perpustakaan. 4. Stor Sukan dan Peralatan Sekolah 5. Tandas Guru Dan Kakitangan Sekolah. 6. Bahagian Dalam Kantin Sekolah. 7. Basement atau ruang aktiviti murid. 8. Bilik Kemahiran Hidup. 9. Bilik Alat Bantu Mengajar dan Bilik Alat Pandang Dengar (APD). 10. Bilik Muzik. 11. Bilik SPBT. 12. Bilik Bimbingan Dan Kaunseling.
5

You might also like