You are on page 1of 10

PERATURAN MAKMAL SAINS

 

Kebenaran guru hendaklah diperolehi sebelum memasuki makmal sains. Peralatan dan bahan sains dalam makmal sains tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru sains.

 

Peralatan dan bahan sains hanya boleh digunakan atas arahan guru. Semua peralatan dan bahan sains yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asal atau seperti yang diarahkan oleh guru.

  

Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan. Kerja amali hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran guru. Peralatan yang rosak atau pecah perlu dilaporkan dengan segera kepada guru atau staf sokongan makmal berkenaan. Sebarang kemalangan yang berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada guru. Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan perabot supaya kemas dan teratur.

 

Penunu Bunsen hendaklah dinyalakan hanya dengan pemetik api. Penggunaan kertas, lidi dan mancis tidak dibenarkan. Sebarang benda yang masih menyala atau berbara tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah.

Elakkan membuang sebarang sampah dalam bentuk pepejal ke dalam sinki. Sisasisa bahan sains hendaklah dibuang ke dalam bekas yang berlabel sisa bahan.

Hanya buku dan peralatan belajar yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk ke dalam makmal sains semasa pengajaran dan pembelajaran sains.

Bahan dan alat dalam Kit Pertolongan Kecemasan boleh digunakan dengan kebenaran dan pengawasan guru.

Pelajar dilarang bermain-main di dalam makmal sains.

PERATURAN BILIK SUKAN  Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik sukan sesuka hati.  Tidak dibenarkan merosakkan peralatan sukan.  Murid-murid perlu mendapat kebenaran guru serta diawasi oleh guru untuk mengambil peralatan dari bilik sukan dan meletakkan peralatan di dalam bilik sukan supaya keselamatan murid terjaga.  Setiap peralatan sukan yang diambil perlulah di rekod ke dalam buku rekod penggunaan stor .  Setiap peralatan sukan hendaklah dikembalikan dan diletakkan mengikut susunan asalnya. Pihak stor sukan berhak meminta tuntutan ganti rugi daripada kelas terbabit atas segala kerosokkan atau kehilangan peralatan sukan yang digunakan.  Sebagai langkah keselamatan, elakkan datang ke bilik sukan dengan bersendirian tanpa memaklumkan pada guru Pendidikan Jasmani.  Pastikan pintu sentiasa ditutup sebelum beredar untuk mengelakkan kehilangan peralatan sukan.  Tidak dibenarkan bermain di dalam bilik sukan.  Kebersihan di dalam bilik sukan perlu dijaga. Amalkan sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan bilik sukan, kutip sampah apabila ternampak di persekitaran dan buangkannya ke dalam tong sampah.  Tidak dibenarkan membuat bising di dalam bilik sukan.  Beratur untuk masuk atau keluar bilik sukan.  Pastikan semua suis ditutup sebelum beredar keluar.

PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH  Pelajar dibenarkan masuk ke Pusat Sumber Sekolah pada waktu operasi.  Semasa sesi pembelajaran, pelajar hanya dibenarkan masuk dengan diiringi guru.  Pelajar mesti berpakaian seragam dan membawa kad ID sewaktu berada dalam Pusat Sumber Sekolah.  Pelajar hanya dibenarkan membawa masuk pensel.  Pelajar dikehendaki meletakkan beg sekolah, kerja sekolah, file, makanan, minuman dan sebagainya di luar pintu PSS.  Pelajar diminta senyap dan sentiasa menjaga kebersihan PSS.  Hanya guru atau pengawas PSS sahaja dibenarkan memasang dan menggunakan alat-alat elektrik.  Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas dan meletak bahan bacaan yang telah dibaca di dalan troli sebelum keluar dari PSS.  Semasa meminjam atau memulangkan buku, pelajar diminta beratur dan mesti menunjukkan kad ID bagi sebarang pengurusan.  Bagi setaip kali urusan meminjam, pelajar dihadkan meminjam sebuah buku sahaja.  Semasa membuat peminjaman buku, sila tunjukkan kad ID bersama buku. Selepas buku yang dipinjam telah direkod, barulah pelajar boleh meninggalkan PSS dengan buku tersebut.  Had jangka masa peminjaman buku : a) Buku boleh dipinjam selama 7 hari sahaja. b) Jika ingin meneruskan peminjaman buku yang sama, sila bawa buku tersebut ke PSS untuk direkod semula. Pinjaman terusan buku yang sama hanya boleh dibuat sekali sahaja.  Pelajar diminta menjaga buku yang dipinjam dengan baik. Jika sebarang kerosakan atau kehilangan buku, pelajar dikehendaki membayar ganti rugi iaitu membayar balik harga asal buku. Jika buku tersebut merupakan terbitan khas atau tidak boleh dibeli semula dari pasaran, maka pelajar dikehendaki membayar 2 kali ganda harga asalnya.  Bagi sesiapa yang lewat memulangkan buku, denda RM 0.10 bagi lewat sehari dan seterusnya.

 Jika kehilangan kad ID, pelajar boleh melapor kepada pihak PSS dan membayar RM 3 untuk pembaharuan kad ID.  Sesiapa yang mencuri buku akan dihukum oleh pihak sekolah. Pelajar tersebut akan digantung oleh pihak PSS dan tidak dibenarkan meminjam buku lagi.  Buku yang bertanda [R] merupakan bahan rujukan dan tidak boleh dipinjam.  Pengawas PSS dibenarkan memeriksa murid yang disyaki tidak jujur.  Jika didapati kad ID ditukar milik kepada pelajar yang lain, si pemilik kad ID akan dihukum dan kedua-dua pihak itu dibatalkan hak meminjam buku.  Sesiapa yang mencuri akan dihukum oleh pihak sekolah dan tidak dibenarkan masuk ke dalam PSS.  Sebarang penyelenggaran peraturan PSS akan dibuat dari masa ke semasa mengikut kesesuaian.

PERATURAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP  Sentiasa patuhi arahan guru.  Jangan masuk dan keluar makmal tanpa kebenaran guru.  Jangan bermain atau bergurau ketika berada di dalam bengkel.  Letakkan beg di luar bengkel atau di tempat yang dikhaskan.  Tumpukan perhatian terhadap kerja yang dibuat.  Bekerja dengan teratur dan sistematik.  Simpan semua alatan di tempat yang dikhaskan.  Bersihkan alatan dan bengkel setelah selesai membuat kerja.  Sekiranya timbul keadaan berbahaya, laporkan kepada guru dengan segera.  Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel.

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER  Pelajar tidak boleh masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru.  Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Susun atur semula kerusi supaya kemas.  Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas.  Pastikan alat pemadarn api ada dan boleh digunakan.  Pelajar dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.  Semua pelajar dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan makmal komputer.  Semua pelajar dikehendaki mencatat pada buku log / rekod penggunaan makmal komputer  Pelajar dilarang melayari Internet pada alamat-alamat yang tidak senonoh (lucah).  Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda, bertengkar dan bergaduh dalam makmal komputer.  Pengguna komputer dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer.  Pengguna dilarang membawa sebarang cakera perisian luar masuk ke dalam makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.  Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.  Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan segera pada guru yang bertugas.

PERATURAN SEMASA PERHIMPUNAN SEKOLAH

 Pelajar perlu berada di kawasan perhimpunan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum masa perhimpunan diadakan.  Semasa perhimpunan sekolah, semua pelajar diwajibkan hadir. Pelajarpelajar hendaklah beratur di luar kelas mengikut darjah dan berjalan segera dengan teratur ke tempat perhimpunan. Di tempat perhimpunan pelajar hendaklah berbaris mengikut kelas yang telah ditetapkan.  Aturcara perhimpunan : a) Ucapan pengerusi b) Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Wilayah c) Ucapan guru bertugas (minggu sebelumnya) d) Ucapan Guru Disiplin e) Ucapan mana-mana guru f) Ucapan Pengetua, GPK 1, GPK HEM, PK Kokum g) Nyayian Lagu Sekolah h) Dan lain-lain jika difikirkan perlu  Masa perhimpunan: 7.30-8.00 (setiap Isnin)  Perhimpunan juga boleh dilakukan mengikut mana-mana keperluan  Semasa berada di tempat perhimpunan, semua pelajar dikehendaki berdiam diri dan senyap.  Semua pelajar dikehendaki menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dan lagu Wilayah dengan teratur dan penuh semangat apabila bendera Malaysia, bendera Wilayah dan dinaikkan semasa perhimpunan. Menjadi tanggunjgjawab setiap pelajar menghormati lagu kebangsaan, Negeri dan Sekolah dengan berdiri tegak apabila lagu itu dinyanyikan.  Semua pelajar dikehendaki sentiasa senyap dan memberi perhatian yang sepenuhnya kepada semua ucapan dan pengumuman yang disampaikan oleh Pengetua dan guru-guru.  Semua pelajar dikehendaki pulang ke kelas masing-masing dengan senyap selepas tamatnya sesi perhimpunan.

PERATURAN KANTIN SEKOLAH  Ketika membeli makanan semasa rehat, pelajar dikehendaki beratur dengan tertib dan mengikut arahan pengawas yang bertugas di kantin.  Pelajar-pelajar dikehendaki duduk ketika minum dan makan di kantin.  Jangan tinggalkan sebarang jenis pembalut makanan atau baki makanan di atas meja atau di tempat mencuci tangan/sinki.  Masukkan segala jenis pembalut makanan dan baki makanan ke dalam tong sampah yang disedikan di kantin. Pingan, sudu, cawan, botol dan apa sahaja peralatan kantin yang digunakan oleh pelajar hendakalah diletakkan di dalam bekas yang disediakan.  Pelajar dilarang membeli makanan di luar ketika waktu rehat.  Pelajar dilarang masuk ke dalam dapur kantin.  Pelajar hendaklah menjaga kebersihan kantin. Sekiranya kantin kotor, semua pelajar akan didenda untuk membersihkannya.  Pelajar dilarang membeli makanan di luar kawasan sekolah.  Pelajar dilarang makan dan minum di luar kawasan kantin sekolah.  Pelajar tidak dibenarkan menjual sebarang bentuk makanan atau minuman..  Pelajar tidak dibenarkan makan atau minum di meja guru.  Pelajar dilarang menjerit semasa berada di kantin dan semasa membeli makanan.  Pelajar dilarang berludah dan membuang sampah di sekitar kawasan kantin.  Pelajar dikehendaki berbaris ketika membeli makanan di kantin.

PERATURAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KAWASAN SEKOLAH

 Semua pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik- bilik khas, bilik darjah dan kawasan sekolah .  Semua pelajar bertanggungjawab membersihkan bilik darjah masing masing iaitu , semasa rehat mengikut jadual kelas masing-masing.  Semua bilik darjah mestilah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan ceria. bahagian papan kenyataan mestilah dikemaskini dari semasa ke semasa. Struktur organisasi kelas, jadual waktu kelas, jadual bertugas pelajar, carta carta pengajaran dan pembelajaran dan sebarang pengumuman terkini mestilah ditampalkan dengan kemas dan tersusun .  Para pelajar dilarang membuang sampah merata-rata tempat di dalam atau di luar kawasan sekolah mahupun di dalam bilik darjah pelajar.  Para pelajar sepatutnya memastikan keadaan tong sampah sentiasa bersih dari sampah sarap. Pelajar tidak dibenarkan membuang sampah dari bangunan sekolah, kawasan kaki lima bangunan dan dilarang meninggalkan sampah di dalam laci meja pelajar.  Para pelajar dilarang menconteng, melukis, menebuk dan merosakkan sebarang harta benda sekolah, seperti bilik darjah, bilik khas, tandas guru, tandas pelajar, kawasan kantin sekolah, pondok telefon dan pondokpondok ilmu sekolah .

You might also like