You are on page 1of 2

PERATURAN PENGGUNAAN BILIK-BILIK KHAS

A) Makmal Sains
1. Pelajar tidak dibenarkan masuk makmal tanpa guru.
2. Tidak boleh menjalankan eksperimen tanpa arahan guru dan guru mesti ada bersama
sepanjang masa.
3. Dilarang bermain dengan sebarang peralatan/kelengkapan di dalam makmal.
4. Peralatan-peralatan Sains dan bahan kimia tidak boleh dibawa keluar dari makmal
tanpa kebenaran guru.
5. Semua peralatan yang digunakan hendaklah dibersihkan sebelum disimpan.
6. Sebarang kerosakan, pecah atau hal kemalangan hendaklah dilaporkan kepada guru.
7. Kayu mancis atau benda-benda lain yang menyala mesti dimatikan sebelum dibuang
dalam bakul sampah.
8. Murid-murid tidak dibenarkan membawa beg sekolah masuk ke dalam makmal.
9. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal.
10. Sebelum meninggalkan makmal pastikan semua sinki, paip ditutup, papan hitam
dibersihkan dan tidak ada sebarang sampah.
11. Langkah-langkah keselamatan hendaklah dipatuhi setiap masa berada di dalam
makmal.

B) Bengkel Kemahiran Hidup (KH)


1. Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilik KH tanpa guru.
2. Apron untuk bekerja mestilah dipakai semasa berada di dalam bilik KH.
3. Tutup suis elektrik sebelum memasang plug sebarang peralatan elektrik dan tutup
semua suis selepas menggunakannya.
4. Jangan bermain dengan sebarang peralatan tajam.
5. Berhati-hati dan cermat semasa menggunakan alatan yang tajam, panas dan berkuasa
tinggi.
6. Sebarang kemalangan mesti dilaporkan kepada guru yang mengajar dengan segera.

C) Bilik Muzik
1. Beratur sebelum masuk dan keluar dari bilik muzik.
2. Beg tidak dibenarkan dibawa masuk ke bilik muzik.
3. Mesti menjaga kebersihan dan kekemasan bilik muzik.
4. Penggunaan alat-alat muzik

Alat-alat muzik tidak dibenarkan dibawa keluar atau dibawa balik dari bilik muzik.
Alat-alat yang digunakan disusun semula dengan teratur dan kemas.
Keselamatan alat-alat muzik adalah tanggungjawab murid-murid yang
menggunakannya.

D) Makmal Komputer
1. Setiap pelajar mesti beratur sebelum memasuki makmal komputer dan tunggu
sehingga guru bertugas sampai.
2. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke makmal komputer tanpa kebenaran guru.
3. Makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk ke makmal komputer.
4. Pelajar tidak boleh membawa cakera persendirian ke makmal komputer.
5. Pelajar tidak boleh membawa keluar sebarang pendawaian dan suis ke dalam makmal
komputer.
6. Pelajar dilarang menyentuh sebarang pendawaian dan suis dalam makmal komputer.
7. Sila pastikan pintu makmal komputer telah ditutup rapi selepas sesi kelas komputer,
dan kemaskan bilik itu.

E) Pusat Sumber Sekolah (PSS)


1. Murid diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh PSS,
2. Perpustakaan dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada setiap hari
persekolahan, Isnin hingga Jumaat.
3. Murid-murid tidak dibenarkan membawa beg atau buku masuk ke Pusat Sumber
Sekolah.
4. Murid-murid tidak dibenarkan makan, minum atau bermain di bilik
perpustakaan/Pusat Sumber Sekolah.
5. Buku pinjaman yang hilang atau rosak hendaklah diganti mengikut harga sebenar oleh
peminjam.

You might also like