You are on page 1of 5

Unit Pengurusan Hem 2022

SEKOLAH KEBANGSAAN JABI

MINIT MESYUARAT UNIT ASRAMA DESA SK JABI BIL 1 2022/23

TARIKH : 28.4.2022( KHAMIS)


MASA : 1.15 TGH
TEMPAT :ANJUNG BESTARI , SEKOLAH KEBANGSAAN JABI.

KEHADIRAN ;
1. PN.FATIMAH BT KASSIM (GURU BESAR)
2. EN.SHALEHUDDIN B. OMAR ( PEN. KANAN PENTADBIRAN)
3. PN. AZLINA BT SEENI MOHAMED ( PEN.KANAN HEM )
4. PN. ZALINA BT HUSSIN ( PEN KANAN KOKURIKULUM)
5. EN. SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB (PEN KANAN PENDIDIKAN KHAS )
6. EN MOHAMAD SHAQIF BIN SAID (S.U PENGURUSAN MURID)
7. PN.ERMIZA WATI BT ARISAD( S.U LAWATAN )
8. EN. AZIZAN B.MOHD NOOR ( SU DISIPLIN)
9. PN.NILY SA’AADAH BT MOHD ROHSIDI ( GURU BIMBINGAN KAUSELING)
10. EN. FAUZI BIN MAHMOOD ( PENYELIA ASRAMA)
11. PN.MAWAR BT ISMAIL ( PPM ASRAMA)
12. PN. HALIMATUN BT ISHAK (PPM ASRAMA)
13. PN. SITI ZAHIRAH HANIM BT ZAKARIYA (PPM ASRAMA)
Mesyuarat dipengerusikan oleh Penolong kanan Hal Ehwal Murid.
Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan aluan oleh Penolong Kanan hal Ehwal Murid ( HEM)

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa Unit Asrama Desa Sk Jabi
dapat dapat hadir pada mesyuarat yang hari ini
1.2 Pengerusi mengucapkan Selamat Datang kepada Pn Fatimah bt Kassim yang telah mula bertugas
sebagai Guru Besar di Sk Jabi pada 23.5.2022 .
1.3 Pengerusi mengucapkan Tahniah kepada unit Asrama di atas pengurusan
Majlis Iftar Perdana pada 24.4.2022 dengan baik dan cemerlang . Diharap agar penganjuran
program yang sebegitu akan menguatkan nilai keluarga dikalangan warga sekolah dan unir
asrama.( BIG FAMILY)
1.4 Pengerusi menyatakan tujuan mesyuarat ini diadakan bertujuan membincangan tentang
perancangan program -program melibatkan murid -murid asrama .

2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu


2.1 Pn.Mawar bt Ismail mengesahkan minit yang lalu , disokong oleh Pn.Siti Zahirah Hanim
Bt Zakariya.
3. Perkara Berbangkit
Tiada Perkara berbangkit

1
Unit Pengurusan Hem 2022

4. Jawatan Kuasa pengurusan Asrama Desa Jabi 2022/23

4.1 Berikut adalah jawatankuasa Pengurusan Asrama Desa Jabi.

Pengerusi 1 Pn.Fatimah Bt Kassim ( Guru Besar )


Pengerusi 2 Pn. Azlina Bt PKM Seeni Mohamed ( Pen Kanan Hal Ehwal Murid )
Pengerusi 3 En Shalehuddin Haji Omar (Pen Kanan Pentadbiran)
Pengerusi 4 Pn. Zalina Bt Hussin (Pen.Kanan Kokurikulum)
Pengerusi 5 En Suhaimi B.Abdul Wahab ( Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Su Pengurusan Asrama En. Mohamad Shaqif bin Saad
SU Lawatan Pn.Ermiza Wati bt Arisad
Su Disiplin En. Azizan b. Mohd Noor
Guru BNK Pn. Nily Saadah bt Mohd Rohsidi
PPM Pn. Mawar Bt Ismail
Pn. Halimatun bt Ishak
Pn. Siti Zahira Hanim Bt Zakariya
Penyelia Asrama En. Ahmad Fauzi bin Mahmood.
Pembantu operasi Pn. Shahrul Nazirah Bt Saibon
Asrama
Guru kelas Tahun 1 hingga Tahun 6
Guru kelas Resos

Untuk makluman semua


5 . Penempatan murid Asrama Desa bagi sesi 2022/23.

5.1 Pengerusi memaklumkan terdapat seramai 36 orang murid yang telah mendaftar untuk memasuki
Asrama Desa Jabi ( rujuk lampiran 1 ) termasuk 7 orang murid Resos.
5.2 Murid-murid yang telah mendaftar diri di asrama Desa Jabi,terdiri murid-murid yang tinggal jauh ,
mempunyai masalah ibubapa /waris yang berkerja jauh dari sekolah serta murid yang B40 antara
faktor asrama Desa menjadi pilihan untuk menetap .
5.3 Murid -murid ditempatkan di kamar Fatimah , Zainab , Aishah , Khadijah bagi murid-murid perempuan,
manakala murid-murid lelaki ditempatkan di kamar Abu Bakar, Ali, Uthman .
5.4 Pengerusi memaklumkan mengikut surat bertarikh 25 Mac 2022, memaklumkan bahwa mengemaskini
maklumat murid penggal persekolahan baharu tahun 2022 dilaman APDM .
Pihak sekolah juga perlu melakukan pengemaskinian secara berterusan jika terdapat sebarang
perubahan dalam data murid asrama.

Tindakan ;Penyelia Asrama , Guru kelas

2
Unit Pengurusan Hem 2022

6.. Laporan kewangan Asrama

6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa LPBT bagi tahun 2022 RM 5395.75 serta terima bantuan dari
jabatan akauntan negara sebanyak RM 2016 membawa jumlah RM 7411.75.
6.2 Bantuan Makanan Asrama (BMA) yang diterima pada 29 Mac 2022 ialah RM 104, 951.40
6.3 Pengangkutan pada 1.1.2022 ialah RM 5434.6 ( Sila rujuk lampiran)
Tindakan :Penyelia Asrama

7.Pengurusan Fail Pentadbiran Asrama.

7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa fail pengurusan asrama perlu disediakan mengikut
item-item dalam Senarai semak pengurusan asrama sekolah harian Kementerian Pendidikan
Malaysia.Penilaian akan dibuat berdasarkan item-item yang terdapat dalam borang pemantauan
tersebut. ( sila rujuk lampiran )
7.2 Penilaian cemerlang oleh pihak pemantau akan memberi impak yang positif terhadap pengurusan
Asrama Desa Jabi.

Tindakan : Warden dan Penyelia Asrama.


8. SOP Covid 19 dan kesihatan murid dan di asrama

8.1Pengerusi memaklumkan murid-murid di asrama sentiasa perlu menjaga kebersihan diri.


8.2Pengerusi memaklumkan bahawa pemeriksaaan kesihatan murid di asrama perlu direkod
dan dilaporkan.
8.3 Murid -murid yang bergejala COVID -19 WAJIB menjalani UJIAN RTK , jika positif, murid perlu
dikuaratinkan serta waris perlu dihubungi.
8.4 Murid yang hendak keluar atau pulang bercuti pada hujung minggu perlu mengisi borang
pengisytiharan kesihatan .(Rujuk lampiran)
8.5 Murid yang sakit , masalah, kemalangan hendaklah dilaporkan segera kepada Warden /PPM /
Pengurusan Sekolah serta perlu memaklumkan segera kepada ibubapa / waris.
Tindakan : PPM Asrama dan Penyelia Asrama
9. Pengurusan Keselamatan di Asrama:
Murid
9.1 Pengerusi meminta agar murid-murid yang mengunakan alatan elektrik perlu mendapat
kebenaran dari PPM yang bertugas.
9.2 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari asrama .Murid-murid dilarang keluar dari kawasan
asrama kecuali atas kebenaran menyertai program melibatkan aktiviti kokurikulum atau
program sekolah.
9.3 Murid lelaki tidak dibenarkan memasuki kamar atau ruangan asrama murid perempuandan
begitu juga sebaliknya.
9.4 Ibubapa/ Waris tidak dibenarkan untuk masuk ke bilik anak-anak .
Waris lelaki perlu menunggu di luar jika melawaat anaknya.
9.5 Murid -murid tidak dibenarkan membeli makanan atau jualan di luar pagar asrama.
Peniaga dari luar juga dilarang untuk berniaga di asrama sekolah.

3
Unit Pengurusan Hem 2022

9.6 Murid-murid asrama dibenarkan pulang setiap Khamis jam 2.30 dan pulang ke asrama pada
setiap hari Sabtu jam 5.00 petang.
9.7 Makluman semasa berkenaan pengurusan asrama akan dimaklumkan melalui talian wasap kelas
murid berkenaan.
Kawalan keselamatan Asrama.
9.8 Setap sesi terdapat 2 orang pengawal yang bertugas sesi pagi dan malam secara bergilir
di pondok keselamatan.
9.9 Pintu pagar asrama hendakalah sentiasa ditutup.
9.10 Pelawat / guru / Ibubapa yang melawat asrama perlu menandatangani buku kehadiran pelawat
9.11 Pengerusi memaklumkan perlu mengemaskini plan bangunan asrama .
9.12 Pengerusi memaklumkan JK keselamatan akan mengadakan latihan kebakaran di asrama bagi
memberi persediaaan kepada murid menghadapi bencana.

Tindakan : Penyelia asrama dan PPM


10.Jawatakuasa Disiplin.
10.1 Mengadakan “Spot Check” kepada murid-murid yang tinggal di asrama.
10.2 Mengadakan program-program bersama unit Bimbingan dan kauseling bagi meningkatkan
kesedaran disiplin dan membentuk sahsiah yang terpuji di kalangan murid-murid asrama.

Tindakan: Unit Disiplin


11 Jawatan Kuasa Bimbingan dan kaunseling.(BNK)

11.1 Pengerusi memaklumkan bahawa unit disiplin boleh mewujudkan program-program yang
melibatkan murid-murid asrama;
11.1.1.Program Suai kenal murid dan waris.
11.1.2 Program Kempen Anti B uli murid asrama.
10.1.3 Program Kerjaya peringkat murid asrama.
11.2 Pengerusi berharap Unit BNK bergabung dengan Panitia Agama Islam bagi melaksanakan Kem
Bestari Solat peringkat asrama bagi membimbing murid-murid untuk mengamalkan tatacara
amalan solat berjemaah setaip waktu solat.

Tindakan: Unit BNK


12. Unit Lawatan

12. 1 Pengerusi memohon agar unit lawatan dapat melaksanakan program lawatan melibatkan murid
asrama dengan mematuhi syarat-syarat pekeliling lawatan .
12.2 Pengerusi berharap murid-murid mengamalkan SOP semasa ketika mengambil bahagian dalam
lawatan yang diadakan .
Tindakan : Unit Lawatan

4
Unit Pengurusan Hem 2022

13. Penyelegaraan Aset Asrama

13. 1 Pengerusi memaklumkan tentang kerosakkan yang berlaku di asrama , antaranya :


131.1 Penutup tangki septik yang rosak
13.1.2 Kain langsir yang perlu kotor.
13.1.3 Tiang dan pagar tembok pintu masuk asrama yang akan dicat.
13.1.4 TV asrama yang mengalami kerosakkan.
13.1.5 Unit “Water Cooler”yang perlu diselangarakan.

Untuk tindakan :Penyelia asrama


14. Hal-hal lain.

14.1Pembantu pengurus murid dan penyelia asrama perlu sentiasa cakna dengan lawatan tetamu ke
asrama .
14.2 Murid -murid yang sentiasa menimbulkan masalah atau merosakkan alatan asrama perlu direkod
dalam buku laporan salah laku di asrama.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang .

Disediakan oleh; Disemak oleh:

( MOHD SHAQIF B.SAAD) (AZLINA BT PKM SEENI MOHAMED)


Setiausaha Asrama Desa Sk Jabi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Disahkan oleh :

You might also like