You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ KAILAN

13200 KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG

LAPORAN MESYUARAT/TAKLIMAT YANG DIHADIRI

TAKLIMAT PENGETUA BERSAMA JAWATANKUASA ASRAMA


PERKARA
2022
TARIKH/HARI 25.01.2022 / SELASA
MASA 2.30 PETANG
PENGANJUR Unit HEM SMKDK
TEMPAT Bilik Mesyuarat Asrama SMKDK
PEGAWAI YANG HADIR 1. Tn Hj Azhar Amanullah bin Hj Ariffin(Pengetua)
2. Pn Nora bt Rosdin(PK HEM)
3. En Ismail bin Faiden(PK Pentadbiran)
4. En. Azizul b Abd Latif (GK Bahasa)
5. Pn Zuhida bt Jamaludin(GK Teknik & Vokasional)
6. Pn Nur Rafiza binti Eudin(Penyelia Asrama)
7. Pn Sarilawati bt Abdul Hamid(Kaunselor)
8. Pn Noreha binti Ayob(JK Asrama)
9. Pn Siti Fadhila bt Abdullah(JK Asrama)
10. Cik Siti Najwa bt Mohd Jamil(JK Asrama)
11. En Ahmad Halimi bin Hamdi(JK Asrama)
12. Pn Siti Zaidah bt Mohd Shah
13. Cik Noorshuhaida bt Abu Bakar(JK Asrama)

PEGAWAI TIDAK HADIR 1. Puan Elwa Lisa binti Itam Wali (bersebab)
2. Puan Rosezana binti Ibrahim (bersebab)

BIL. PERKARA/ ISU CATATAN/TINDAKAN


1. Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Tuan pengetua, Hj Azhar Amanullah bin Hj Ariffin mengucapkan ribuan ribuan
terima kasih kepada semua guru di bawah Jawatan Kuasa Pengurusan Asrama
yang hadir.

2. Pemantauan SOP

2.1 Pengetua memaklumkan bahawa beliau telah memasang tiga buah CCTV di
bilik prep pelajar, dewan makan dan di hadapan dataran asrama bagi
memudahkan pemantauan SOP dilakukan kepada pelajar asrama.
2.2 Pengetua memaklumkan bahawa ada pelajar sengaja tidak memakai pelitup
muka semasa berada di bilik prep. Beliau meminta warden dan pembantu warden
mengingatkan pelajar supaya sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di
kawasan asrama.

2.3 Pengetua meminta warden asrama supaya menampal jadual waktu kelas
setiap pelajar di atas meja prep agar pelajar belajar mengikut jadual dan tidak
melakukan aktiviti lain pada waktu pdpr.

2.4 Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah perlu segera melaporkan jika
terdapat kes covid-19 di sekolah kepada Pejabat Pendidikan Daerah.

2.5 Tuan pengetua memaklumkan bahawa beliau tidak membenarkan pelajar


asrama minum air berais untuk menjaga kesihatan pelajar. Beliau juga
memaklumkan bahawa telah memasang beberapa buah energy water di sekitar
asrama.

2.5 Pengetua meminta supaya pihak pengurusan asrama membeli tempat


pemijak untuk digunakan semasa sanitasi tangan agar jangkitan covid-19 dapat
dielakkan.

2.6 Pengetua memaklumkan bahawa keselamatan asrama bermula di pondok


jagar. Oleh itu, pengawal keselamatan hendaklah mengetatkan kawalan bagi
mengelakkan orang luar datang ke asrama.

3. Tugas Warden Asrama

3.1 Pengetua memaklumkan bahawa kumpulan pengurusan asrama sekolah bagi


sesi 2021/2022 akan dibubarkan tidak lama lagi.

3.2 Tuan pengetua memaklumkan bahawa surat perlantikan warden yang


baharu iaitu Puan Siti Fadhila telah diterima dan diminitkan manakala surat
perletakkan jawatan Puan Noreha juga telah diterima.

3.3 Pengetua memaklumkan bahawa tugas warden yang baharu akan berkuat
kuasa pada penggal baru bagi sesi persekolahan 2022/2023.

4. Pelajar Asrama

4.1 Pengetua memaklumkan bahawa semua pelajar asrama SMKDK tidak


dibenarkan pulang ke rumah pada cuti Tahun Baharu Cina nanti. Jika ada pelajar
yang ingin pulang ke rumah, mereka tidak dibenarkan pulang semula ke asrama
dan perlu memohon semula untuk kemasukan ke asrama pada penggal
persekolahan 2022/2023.

4.2 Pengetua memaklumkan bahawa jika ada pelajar asrama yang ingin berulang
dari rumah ke sekolah adalah tidak dibenarkan tetapi jika ada pelajar yang ingin
berbuat demikian maka pelajar tersebut perlu menghantar surat permohonan
keluar asrama kepada pengetua dan pelajar tersebut perlu memohon semula jika
ingin tinggal di asrama semula pada penggal hadapan dan akan dilayan sebagai
pelajar baru.
4.3 Pengetua memaklumkan bahawa pelajar asrama tidak dibenarkan balik pada
cuti Tahun Baru Cina. Oleh itu, warden perlu berada di asrama manakala guru
bertugas perlu hadir untuk memantau SOP pelajar.

5. Pembentangan Jadual Bertugas Warden

5.1 Cik Siti Najwa selaku wakil warden telah membentangkan jadual bertugas
warden di mana semua warden telah bersetuju dan memilih jadual bertugas
menggunakan sistem 24 jam.

5.2 Pengetua menyatakan bahawa jadual boleh dimutamatkan dan perlu


ditambah satu lagi bahagian catatan.

6. Guru bertugas semasa Prep dan pemantauan SOP

6.1 Pengetua memaklumkan bahawa guru-guru perlu datang bertugas semasa


cuti kerana ada klausa pekeliling pemantauan SOP 3.0.

6.2 Pengetua memaklumkan bahawa cetakan borang laporan guru bertugas


Prep/SOP bagi guru yang tidak hadir bertugas perlu dicetak menggunakan borang
berwarna pink dan tindakan tersebut perlu diambil oleh pemantau.

7. Pengisian Waktu Cuti Pelajar Asrama

7.1 Pengetua meminta Cik Siti Najwa untuk menyediakan jadual aktiviti untuk
pelajar semasa cuti Tahun Baru Cina seperti :
 Riadah (peautang, brezfi dan e-sport
 kerohanian (qiyamulai, solat dhuha)
 Akademik (kelas pemantapan spm )
 Jamuan (meraikan Pelajar Tingkatan 5 dan sambutan Hari Lahir)

7.2 Pengetua memaklumkan supaya ahli mesyuarat membuat hebahan jika ada
guru-guru yang ingin menyumbang PC yang tidak digunakan di rumah kepada
asrama SMKDK sangat dialu-alukan.

8. Perancangan Tahunan

8.1 Pengetua memaklumkan antara aktiviti rutin yang boleh dijalan di asrama
seperti:
 Al-Mulk Digital
 Bacaan Surah Yasin setiap malam Jumaat menggantikan Surah Al-Mulk
 Jamuan Hari Lahir diadakan setiap bulan

9. Mini dobi

9.1 Pengetua memaklumkan sebuah mini dobi akan disediakan dalam asrama
untuk memudahkan pelajar mencuci pakaian. Keutamaan mencuci akan diberikan
kepada pelajar tingkatan 5.
9.2 Pengetua juga mengucapkan terima kasih kepada pihak PVMA yang telah
menyumbangkan mesin basuh tersebut.

10. Penyerahan awal bantuan persekolahan

10.1 Pk HEM memaklumkan bahawa penyerahan Bantuan Awal Persekolahan


akan diadakan pada 27.01.2022. Beliau memohon bantuan pelajar asrama untuk
mengangkat dan menyusun 13 buah meja di perkarangan dewan.

11. Gate past

11.1 Pengetua meminta penyelia asrama menyediakan pas keluar iaitu kertas
berwarna hijau berukuran separuh A4 untuk digunakan oleh pelajar asrama untuk
keluar daripada kawasan asrama. Kertas tersebut hendaklah diserahkan kepada
pengawal keselamatan di pondok pengawal.

12. Penutup
Tuan pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatan kuasa
pengurusan asrama yang hadir dan berharap agar semua AJK di bawah
pengurusan asrama dapat memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab
yang di amanahkan.

Mesyuarat di tangguhkan pada 5.20 petang.

DISEDIAKAN OLEH:

( SITI FADHILA BINTI ABDULLAH )

You might also like