You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG BINUANG

D/A. PEJABAT LADANG BINUANG,


PETI SURAT 130,
91207 KUNAK.
Email :xba3215@gmail.com

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIl. 02 SESI 2023/2024

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG BINUANG, KUNAK

Tarikh : 22 Mei 2023 (Isnin)

Masa : 1.30 tengah hari

Tempat : Makmal Komputer

Agenda : 1. Ucapan Aluan Pengerusi


2. Pengesahan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.01/2023
3. Maklum Balas Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.01/2023
4. PdPc & MMI
5. Pengurusan Panitia
7. Pengurusan SEGAK
8. Hal-hal lain
Kehadiran :
1. Encik Mohd Ali Masyhum bin Mohd Nor - GPK Pentadbiran & Kurikulum
2. Encik Ab Lazid Bin Abu Jahal - GPK HEM
3. Encik Mohammad Nasir Goran - GPK Kokurikulum
4. Encik Abdullah bin Jesney - Guru Akademik
5. Encik Adanan bin Herang - Guru Akademik
6. Encik Nor Azraf bin Idris - Guru Akademik
7. Encik Shalihin bin Bakhrul. - Guru Akademik
8. Encik Syed Mohd Ihsyam bin Syed Ibrahim - Guru Akademik
9. Puan Buasma Ambo Alang - Guru Akademik
10. Puan Sarah binti Mohamad Noor - Guru Akademik
11. Cik Melina A/P Sarangapany - Guru Akademik
12. Encik Ismail bin Muhtar - Guru Akademik
13. Cik Siti Aminah binti Amir - Guru Akademik
14. Ustaz Mohd Nashah bin Abdul Salin - Guru Akademik
15. Encik Mohammad Firdaus bin Mohamed Arshad - Guru Akademik
16. Encik Muzamir bin Mohamad - Guru Akademik
17. Ustaz Mohd Hafiz bin Saparullah - Guru Akademik
18. Cik Nurul Hamizah binti Mohamad Latip - Guru Pemulihan

1
19. Puan Valeria Padris - Guru Prasekolah
20. Cik Magdalena Anus - Guru Prasekolah

Tidak Hadir
1. Puan Saripa BintiHalid - Guru Besar (Ibadah Haji)

BACAAN DOA

Ustaz Mohammad Hafiz memimpin bacaan doa sebelum mesyuarat dimulakan.

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI


1.1 Penolong Kanan Kurikulum, En Mohd Ali Masyhum Mohd Nor memangku tugas Guru
Besar mempengerusikan mesyuarat pengurusan pada hari ini disebabkan Guru Besar
bercuti mengerjakan ibadah haji.
1.2 Penolong Kanan 1 memohon maaf kepada semua guru kerana perlu membuat
mesyuarat pengurusan pada hari ini disebabkan pada hari lain ramai guru tiada
disebabkan kekangan mesyuarat di PPD dan daerah lain.
1.3 PK1 memaklumkan Guru Besar telah membuat penurunan kuasa kepada Cikgu Adanan
Herang selaku pemangku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid disebabkan belum ada
penyandang bagi tugas-tugas berkaitan HEM.
1.4 PK1 mengucapkan tahniah kepada penyelaras aset, Cikgu Abdullah Jesney sekolah
kerana telah menyambut baik dengan persediaan yang rapi terhadap pemantauan aset
pada 17 Mei 2023 (Rabu).
1.5 PK1 turut mengucapkan tahniah juga buat penyelaras sambutan Hari Raya dan
Penyelaras Sambutan Hari Guru kerana pelaksanaan program dengan jayanya. Tidak
lupa juga ucapan tahniah buat Ajk PIBG kerana selesai menjayakan mesyuarat PIBG
baru-baru ini.
1.6 PK1 mengingatkan semua aktiviti tidak dapat dilaksanakan di luar bilik darjah
disebabkan Sesi Libat Urus (SLU) baru-baru ini memutuskan agar program yang
melibatkan luar bilik darjah perlu ditangguhkan selaras dengan pekeliling ikhtisas SOP
luar bilik darjah KPM.
1.7 Semua program terpaksa ditangguhkan seperti perhimpunan, merentas desa, sukan
sekolah, Program 3K dan sebagainya perlu ditangguhkan buat masa ini sehingga
arahan terbaru dikeluarkan. Ini juga melibatkan cuti peristiwa 13 Mei turut ditunda.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.01/2023


Minit mesyuarat pada 18 Mac 2022 disahkan tanpa pembetulan.
Pencadang : Encik Abdullah Jesney
Penyokong : Cik Magdalena Anus

2
3.0 MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.01/2023
3.1 Ujian PBD penggal 1 telah selesai dilaksanakan dan data telah dikemaskini.

4.0 PDPC DAN MMI


4.1 Cikgu Ali menegaskan agar semua guru menjaga MMI agar muird sentiasa dalam
keadaan terkawal.
4.2 Cikgu Ali menerangkan bahawa PdPc berjalan seperti biasa sekiranya tiada program
rasmi sekolah.
4.3 Guru perlu memaklumkan keberadaan untuk memudahkan proses jadual ganti.
Makluman : Semua Guru

5.0 PENGURUSAN PANITIA


5.1 Cikgu Ali meminta semua ketua panitia untuk sentisa mengemaskini dokumen ddi dalam
fail panitia.
5.2 Cikgu Ali mengingatkan agar semua kertas kerja dan surat menyurar perlu dicetak dan
dimasukkan di dalam fail.
Makluman : Semua Guru

6.0 PENGURUSAN SEGAK


6.1 Cikgu Ali memaklumkan kertas ujian telah diperbanyakkan oleh Encik Bahyah,
6.2 Cikgu Ali meminta agar semua guru mencuba membuka akaun idME bagi tujuan
pengusuan PBD kerana dibimbangi akan berlaku masalah terhadap server laman web
tersebut.
6.3 Murid akan dinilai berdasarkan dua instrumen yang berbeza iaitu melalui UASA dan
PBD.
Tindakan : Semua Guru

7.0 HAL-HAL LAIN


7.1 Cikgu Ali memperingatkan guru-guru agar sentiasa mematuhi Memelihara Masa
Instruksional (MMI) agar setiap murid dapat menjalani suasana PdPc yang optimum.
Makluman : Semua Guru

7.2 Semua guru boleh memohon CRK berdasarkan sebab yang telah disenaraikan,
walaubagaimanapun CRK boleh diberi mengikut budi bicara Guru Besar sekiranya tiada
apa-apa perkara atau program penting yang berlaku di sekolah.
Makluman: Semua guru

8.0 PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dalam mesyuarat.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.48 petang

3
Disediakan oleh, Disemak oleh,

(SHALIHIN BIN BAKHRUL) (MOHD ALI MASYHUM BIN MOHD NOR)


Setiausaha Kurikulum, Penolong Kanan Kurikulum,
SK Ladang Binuang, Kunak. SK Ladang Binuang Kunak.

Tarikh : 25 MEI 2023 Tarikh: 25 MEI 2023

Disahkan oleh,

(SARIPA BINTI HALID)


Guru Besar,
SK Ladang Binuang Kunak.

Tarikh:

You might also like