You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN JAWA

98700 LIMBANG, SARAWAK


______________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN AKADEMIK BIL 3/2017

Tarikh : 18 September 2017


Hari : Selasa
Masa : 2.00- 4.00 petang
Tempat : Makmal Komputer, SK Pengkalan Jawa
Kehadiran(bilangan) : 20 Orang
Guru dan Staf Yang Hadir:
1. En. John Sungkai (Guru Besar)
2. En.Sheikh Mohamad Ali Bin Sheikh Ahmad (PKPentadbiran)
3. Pn.Yambut Idop (PK HEM)
4. Pn. Roslind Lukong (PK Kokurikulum)
5. Pn. Hamizah Mokhtar
6. En. Abang Zakaria Bin Abang Hassan
7. Pn. Kaslin Pulai
8. Pn. Mantarin Rigim
9. Cik. Sofia Binti Drahman
10. En.Bazlin Shafik Bin Bakri
11. Ustazah Nur Hafiza Maysarah
12. Cik Nur Era Kasmiran Binti Kamis
13. En. Albinus Arbut Oh Kar Wai
14. Pn. Helena Agan
15. Pn. Mariam Chanchang
16. Pn. Roslin Manang
17. Pn. Rojiter Gapor
18. Pn. Rosnah Bakar
19. En.Roslee Bin Ahad
20. Pn. Salmah Binti Radin
Guru Yang Tidak Hadir (bersebab) : Pn. Dorkas Sia Udan (Urusan Keluarga)
Staf Yang Tidak Hadir (bersebab) : Cik. Hajah Dayang Nursarbanun (Latihan Pskpp)

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua staf yang hadir.

1.2. Pengerusi memaklumkan bahawa kita selaku penjawat awam perlu akur kepada
etika perkhidmatan awam. Kehadiran sentiasa datang awal dan perlu direkodkan
waktu kedatangan. Tatacara berpakaian sentiasa kemas dengan pakaian kerja
semasa waktu bertugas dan mengikut hari yang telah ditetapkan.

1.3 Guru Besar meminta semua supaya melaksanakan tugas dan peranan ikut
Standard Operational Procedure yang ada, lebih bertanggungjawab dan berhati-
hati supaya mendapat impak yang baik kepada semua. Selain itu, berhati-hati
untuk mempastikan keselamatan diri dan pelajar.
Tindakan: Makluman

AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT.

2.1. Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu. Minit telah dicadang dan
dan disokong untuk disahkan oleh:
Pencadang : Pn Roslind Lukong.
Penyokong : En Bazlin Shafik Bin Bakri.
Tindakan: makluman.

AGENDA 3: PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit.

AGENDA 4 : PENARAFAN PDPC DAN PELAKSANAAN ANALISIS PROGRAM


AKADEMIK SEHINGGA SEPTEMBER 2017

4.1 Pengerusi memaklumkan semua harus bersedia untuk penilaian yang bakal
dilaksanakan pada bulan Nov. Penilaian harus dilaksanakan secepat mungkin
dan dikembalikan kepada penolong kanan.
Tindakan: makluman semua guru

4.2 Pengerusi memaklumkan aspek - aspek penilaian yang akan dinilai dalam
penilaian bersepadu. Semua staf harus memahami dan mengetahui elemen –
elemen yang akan dinilai.

4.3 Pengerusi memperingatkan semua guru untuk membuat penarafan kendiri bagi
penilaian PdPc untuk SKPMG2. Pengerusi memaklumkan bahawa markah
penarafan haruslah bersesuaian dengan tahap guru itu sendiri.
Tindakan: Semua guru

4.4 Pengerusi memaklumkan senarai program yang telah dilaksanakan. Sebanyak


24 program yang telah dilaksanakan. Program-program ini akan digunakan
sebagai eviden di dalam penarafan. Program yang masih dalam perancangan
hendaklah diteruskan mengikut kesesuaian.

4.5 Pengerusi memaklumkan bahawa pihak Polis Sekolah masih belum sempat ke
sekolah kecuali untuk program Jom Ke Sekolah. Kehadiran murid ke sekolah
semakin membimbangkan. Pengerusi meminta PK Hem untuk membuat
penyemakan tentang kehadiran pelajar setiap bulan.
Tindakan: PK HEM

4.6 Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada guru mata pelajaran yang
telah terlibat dalam pelaksanaan program kelas tambahan UPSR. Pengerusi
juga mengucapakan terima kasih kepada staf – staf yang terlibat.

4.7 Pengerusi memaklumkan bahawa penceramah jemputan tidak dapat


menghadirkan diri di Majlis Izin Ilmu. Majlis telah berjalan seperti biasa.
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua staf yang terlibat.
Pengerusi memaklumkan bahawa bakal banyak aktiviti menyusul selepas UPSR.
Terutama aktiviti yang melibatkan murid-murid Tahun 6.
Tindakan : Makluman

4.9 Pengerusi mengesahkan data keputusan akademik bagi keputusan pertengahan


semester bagi Tahun 1 sehingga Tahun 6. Pengerusi menekankan bahawa
perlunya ada penambah baikan PdPc dan penyediaan aktiviti yang memberi
impak. Pengerusi mengucap terima kasih kepada Pn Hamizah binti Mokhtar dan
guru- guru yang lain yang telah menyediakan data. Keputusan pertengahan
semester akan di hantar melalui whatsapp kerana tiada slip kepututsan.
Pengerusi menekankan bahawa pihak sekolah mengamalkan policy “Open Door”
bagi ibubapa yang ingin berjumpa dengan pihak sekolah.
Tindakan: Semua guru

AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Bazlin Shafik Bin Bakri
untuk penyediaan kertas kerja Lawatan Pendidikan ke Sabah yang akan
mengambil tempat pada 3 hingga 5 November 2017.

5.2 Pengerusi memaklumkan tentatif bagi Lawatan Pendidikan ke Sabah. Pengerusi


memaklumkan bahawa lawatan pendidikan Sabah sedang menunggu kelulusan
daripada pihak JPN. Sebarang cadangan dan pendapat adalah dialu-alukan
untuk aktiviti Lawatan Pendidikan ke Sabah.

5.3 Pengerusi memaklumkan beberapa perkara harus dipersetujui dalam


mensyuarat ini. Peperiksaan Akhir Tahun telah ditetapkan berdasarkan takwim
iaitu 30 Oktober hingga 2 November 2017. Majlis Anugerah Kecemerlangan telah
ditetapkan pada 22 November 2017.
Tindakan: makluman

5.4 Pengerusi memaklumkan kepada guru kelas tahun 6 untuk menyediakan bahan
permohonan ke Asrama Penuh bagi pelajar-pelajar tahun 6 yang berpontensi.
Jumlah permohonan hendaklah tidak melebihi 60% jumlah pelajar.
Tindakan: Guru Tahun 6

5.5 Pengerusi memaklumkan bahawa Kertas Konsep Program Pasca UPSR telah
mendapat kelulusan. Program dilaksanakan bagi mengisi masa pelajar Tahun 6
bagi mengelak masalah ponteng. Program akan bermula minggu ke 38. Program
ini bakal melibatkan semua guru mata pelajaran tahun 6 dan guru-guru yang lain.
Tindakan: Semua guru

5.6 Pengerusi juga turut memaklumkan pelaksanaan Saringan 2 LINUS haruslah


dilaksanakan menurut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.
Tindakan: Makluman Penyelaras LINUS

AGENDA 6 : UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua staf atas komitmen
dalam penyediaan aktiviti-aktiviti pasca UPSR.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………… ……………………………
ALBINUS ARBUT OH KAR WAI JOHN SUNGKAI
Guru Guru Besar
Sk Pengkalan Jawa, Limbang Sk Pengkalan Jawa, Limbang

You might also like