You are on page 1of 9

KERTAS KERJA

KARNIVAL SENI DAN KEBUDAYAAN


SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT BAHAGIAN LIMBANG
TAHUN 2018

UNIT KOKURIKULUM
UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LIMBANG BERSAMA SMK MEDAMIT
DAN SK NANGA MEDAMIT
PERINGKAT BAHAGIAN LIMBANG 2018

1. PENDAHULUAN

Karnival Aktiviti Seni dan Kebudayaan merupakan satu aktiviti tahunan yang dirancang
dalam meningkatkan kesedaran seni dan kebudayaan dalam kalangan murid.Karnival ini
merangkumi beberapa jenis pertandingan selaras dengan pertandingan-pertandingan yang
diadakan di peringkat negeri Sarawak dan ini sudah pasti bertujuan untuk memilih peserta
yang akan mewakili Bahagian Limbang ke pertandingan peringkat negeri pada tahun 2018.
Karnival ini merangkumi murid-murid sekolah rendah dan Menengah Daerah Limbang.

2. MATLAMAT

1. Sebagai platform kepada murid-murid untuk mengasah dan mengembang bakat


dalam bidang seni dan kebudayaan.

2. Menerap nilai-nilai mencintai budaya Malaysia di kalangan murid.

3. OBJEKTIF
1. Mengasah dan mencungkil bakat di kalangan murid yang berpotensi dalam bidang
seni serta kebudayaan.
2. Meningkatkan mutu dan kualiti aspirasi seni serta kebudayaan yang terdapat dalam
diri murid.
3. Membina keyakinan diri dan jati diri dalam memartabatkan seni dan kebudayaan
Malaysia.

4. TARIKH : 17 April 2018 ( Selasa )

5. TEMPAT : Cadangan Dewan Suarah ( Tarian ), Mini Auditorium PKP ( Nyanyian &
Lagu Puisi )

6. JENIS PERTANDINGAN DAN BILANGAN PESERTA

6.1 Nyanyian Solo [ 1 Lelaki/ 1Perempuan ]


6.2 Tarian [ 12 orang ]
[ rampaian dan etnik ]
6.3 Lagu Puisi [ 6 orang ]
BIDANG TUGAS

BIL JAWATAN KUASA BIDANG TUGAS

1. Urusetia 1.1 Menyelaras urusan surat menyurat


1.2 Menyelaras penyertaan setiap sekolah
1.3 Menyelaras mesyuarat jaatankuasa
1.4 Memastikan aktiviti dilaksanakan mengikut SOP Kokurikulum
1.5 Memantau sebelum dan semasa program berlangsung
1.6 Menyediakan alas meja VIP [ Copy Table ]

2. JK Protokol / Sambutan / 2.1 Menyambut tetamu


Perasmian Penutupan 2.2 Mengiring tetamu dan jemputan ke tempat duduk
2.3 Memastikan persiapan dewan dalam keadaan sesuai
2.4 Menyerahkan buku program kepada VIP dan jemputan
2.5 Menunjukkan tempat jamuan VIP dan jemputan.

4. JK Pendaftaran / Penyelia 4.1 Menyediakan borang pendaftaran


Peserta 4.2 Menyerahkan Borang Pendaftaran kepada penyelaras
Peserta.
4.3 Mengiring peserta ke lokasi pertandingan
4.4 Menyemak dan mendaftarkan kehadiran para hakim
bagi setiap pertandingan.

5. JK Hadiah 5.1 Mengambil hadiah dari UPKK, PPD Limbang


5.2 Menyelaras penyampaian hadiah dengan juruacara
5.3 Memastikan protokol penyampaian hadiah betul
5.4 Menyediakan dulang dan alas dulang
5.5 Semasa penyampaian hadiah JK hadiah berdiri di
sebelah penyampai hadiah
5.6 Bersedia untuk meletak dan mengambil semula
cenderamata yang disampaikan kepada tetamu VIP

6. JK Jamuan 6.1 Memastikan untuk hakim dan jawatankuasa tersedia


6.2 Air mineral disediakan di meja hakim pertandingan
6.3 Memastikan makanan dan minuman disediakan untuk
majlis penangguhan
6.4 Mengedarkan makanan kepada peserta semasa majlis
penangguhan sahaja

7. JK Juruacara majlis 7.1 Menyelaras penyampaian hadiah bersama JK Hadiah


Penangguhan dan penyelia penerima hadiah
7.2 Memasti dan memimpin majlis berjalan lancar
7.3 Memastikan urutan penyampaian hadiah dan
cenderamata betul
7.4 Peka dengan pergerrakan penyampaian hadiah di atas
Pentas
8. JK Bacaan Doa 8.1 Menyediakan seorang pembaca doa
8.2 Memastikan doa tidak terlalu panjang

9. JK Publisiti /Siaraya/ 9.1 Memastikan alat siaraya yang diperlukan mencukupi


Dokumentasi dan berfungsi dengan baik
9.2 Memastikan program dihebahkan kepada wartawan
dan pihak-pihak yang berkaitan

10. JK Pertandingan Nyanyian Solo 10.1 Menghias pentas/tempat pertandingan.


10.2 Memastikan peralatan lengkap dan mencukupi.
10.3 Menyediakan Penyelaras,Juruacara dan Penjaga
masa
10.4 Menyediakan alas meja dan Label meja Hakim
10.5 Memastikan senarai nama peserta atau sekolah
mengikut giliran diterima
10.6 Memastikan senarai nama atau sekolah diserahkan
kepada juruacara
10.7 Menyediakan juruacara
10.8 Menyediakan penjaga masa
10.9 Menyediakan penyelaras peserta
10.10 Memastikan borang hakim mencukupi
10.11 Memastikan kehadiran hakim [5 orang]
10.12 Memastikan borang-borang markah dan keputusan
rasmi dikumpul seterusnya diserahkan kepada
urusetia

11. JK Pertandingan Tarian Etnik dan 11.1 Menghias pentas/tempat pertandingan.


Tradisional 11.2 Memastikan peralatan lengkap dan mencukupi.
11.3 Menyediakan Penyelaras,Juruacara dan Penjaga
masa
11.4 Menyediakan alas meja dan Label meja Hakim
11.5 Memastikan senarai nama peserta atau sekolah
Mengikut giliran diterima.
11.6 Memastikan senarai nama peserta atau sekolah
mengikut giliran diterima
11.6 Memastikan senarai nama atau sekolah diserahkan
kepada juruacara
11.7 Menyediakan juruacara
11.8 Menyediakan penjaga masa
11.9 Menyediakan penyelaras peserta
1110 Memastikan borang hakim mencukupi
11.11 Memastikan kehadiran hakim (3 orang hakim)
11.12 Memastikan borang-borang markah dan keputusan
rasmi dikumpul seterusnya diserahkan kepada
urusetia
PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN
MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN / NEGERI /DAERAH

1. MATLAMAT

Memberi pendidikan asas seni tari kepada pelajar peringkat sekolah rendah dan
menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa
sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.

2. OBJEKTIF

2.1 Menggalak serta menarik minat pelajar mengenali dan mempelajari asas-
asas seni tari.

2.2 Mendedahkan pelajar kepada satu kaedah pembelajaran tari zapin,


inang, joget, asli serta tarian rakyat yang sistematik.
2.3 Menggalakkan pelajar bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni
budaya.

2.4 Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian di kalangan pelajar


sekolah.

2.5 Sebagai altenatif mengisi masa lapang pelajar.

3. PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH-SEKOLAH


RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT NEGERI/DAERAH.

3.2 Pertandingan ini bertujuan mempersembahkan keindahan gerak tari ke arah


mencintai seni bangsa yang perlu dinikmati oleh setiap ganerasi agar ia tidak
luput ditelan zaman.

3.3 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni tari
tradisional dan tarian rakyat.

3.4 Pertandingan ini dijalankan di peringkat daerah/gabungan dan negeri.


4. PERYERTAAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan
menengah kerajaan dan sekolah rendah dan menengah bantuan kerajaan.

4.2 Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 10


orang dan maksimum 12 orang.

4.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau


campuran dan mestilah terdiri daripada pelbagai kaum (minimum 2 kaum).

5. KONSEP TARIAN

5.1 Konsep persembahan terbahagi kepada 2 kategori :


i. Kategori A

Rampaian TIGA tarian tradisional (Zapin, Joget, Inang, Asli) dan BUKAN
gerak tari KONTEMPORARI/KREASI BARU.
ii. Kategori B

SATU Tarian Rakyat negeri-negeri atau SATU Tarian Etnik di Malaysia.


5.2 Setiap kumpulan wajib mempersembahkan KEDUA-DUA kategori tarian.
(Rampaian Tarian Tradisional dan SATU Tarian Rakyat/Etnik)
5.3 Persembahan kedua-dua kategori tarian tersebut wajib disertai oleh
peserta/artis yang sama.
5.4 Persembahan Kategori A hendaklah tidak kurang dari 6 minit dan tidak
melebihi 8 minit.
5.5 Persembahan Kategori B hendaklah tidak kurang dari 4 minit dan tidak
melebihi 6 minit.
5.6 Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa
yang telah ditetapkan.

6. LAGU / MUZIK IRINGAN

6.1 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri daripada lagu
lama atau baru tetapi mestilah terdiri daripada lagu-lagu yang mengekalkan
rentak asal tarian yang ditarikan.

6.2 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan hendaklah menggunakan CD


sahaja (Instrumental atau muzik yang mengandungi suara dibenarkan).

6.2 CD hendaklah diserahkan kepada pengelola pertandingan sehari sebelum


pertandingan dijalankan.

7. PAKAIAN / AKSESORI
Pakaian dan aksesori penari-penari hendaklah bersesuaian dan sopan.

8. CARA PEMARKAHAN

Kategori A (Rampaian Tarian Tradisional)

o Koreografi atau keaslian tari 35


o Koordinasi muzik dan gerakan 10
o Pecahan tari dan pola lantai 15
o Kesantunan 20
o Busana dan tatarias 20
______

MARKAH PENUH _ 100_

Kategori B (Tarian Etnik)

o Koreografi atau keaslian tari 35


o Koordinasi muzik dan gerakan 10
o Pecahan tari dan pola lantai 15
o Kesantunan 20
o Busana dan tatarias 20
______

MARKAH PENUH _ 100_

9.0 HADIAH

9.1 Kategori A (Rampaian TarianTradisional)


i. Johan
ii. Naib Johan
iii. Ketiga

9.2 Kategori B (Tarian Etnik )


i. Johan
ii. Naib Johan
iii. Ketiga

9.3 Keseluruhan (Johan, Naib Johan, Ketiga)


i. Johan
ii. Naib Johan
iii. Ketiga

9.4 Anugerah/hadiah lain yang sesuai.


i. Koreografi terbaik
ii. Busana dan Tatarias terbaik
iii.Penari Lelaki/Perempuan terbaik

BORANG PENYERTAAN TARIAN/NYANYIAN SOLO

BIL NAMA KAD PENGENALAN JANTINA TINGKATAN SEKOLAH


Tandatangan Pengurus Pasukan, Cop Sekolah,

_____________________________
( )

You might also like