You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

MAJLIS GRADUASI
PELAJAR DAN
PENANUGERAHAN PENCAPAIAN
KOKURIKULUM TINGKATAN 5
SMK SG. PARI
SESI 2021/2022

PENDAHULUAN

Sekolah berkesan ialah sekolah yang memperlihatkan pencapaian pelajar yang cemerlang
baik daripada segi akademik mahupun daripada aspek pembentukan sahsiah dan
kokurikulum. Selain itu, perkongsian visi dan misi, kewujudan budaya pembelajaran,
penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran, pengukuhan dan daya saing yang
tinggi dalam kalangan pelajar, serta permuafakatan dengan ibu bapa dan masyarakat
setempat akan turut memantapkan kecemerlangan sekolah.

Majlis Hari Graduasi akan menjadi pemangkin dalam merealisasikan segala hasrat dan
harapan yang terkandung dalam visi dan misi sekolah. Suntikan semangat dan
pengiktirafan yang bakal diberi kepada pelajar-pelajar secara tidak langsung akan
menyemai motivasi intrinsik dalam diri mereka ke arah yang lebih cemerlang dan
progresif.

OBJEKTIF
i. Meraikan para pelajar atas kejayaan mereka mengharungi dan hampir
menamatkan zaman persekolahan di SMK Sg. Pari
ii. Menyuntik semangat baru dalam kalangan pelajar khususnya pelajar Tingkatan 5
agar dapat menghadapi Peperiksaan SPM dengan lebih yakin dan positif.
iii. Menggalakkan penglibatan masyarakat dan pemimpin setempat, guru-guru, ibu
bapa dan murid-murid untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.
iv. Meningkatkan keyakinan dan keprihatinan pelajar terhadap tanggungjawab yang
perlu mereka galas setelah berada di dunia luar sana (selepas persekolahan).
v. Menjalin dan mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar dan guru-guru
walaupun selepas tamat persekolahan mereka nanti.

CADANGAN PELAKSANAAN
1. Sasaran
Anggaran murid yang akan menyertai ialah 72 orang

2. Cadangan Tarikh / Tempat


1
2.1 Tarikh: 17 Februari 2022 (Khamis)
2.2 Tempat: Dewan Conference, SMK Sg Pari

3. JAWATANKUASA PENGENDALI MAJLIS

Pengerusi : En. Balarama Krrishnan


Timbalan Pengerusi : En. Indran Nair A/L P.K. Krishnan
Naib Pengerusi I : Tn Hj Jamil B Dayan
Naib Pengerusi 2 : En Palaiswaran A/L Naysapalan
Setiausaha : I. Pn Siti Aminah Binti Ibrahim
II. Pn. Santhi Panchavarnam A/P Munusamy
III. En. Mohd. Hilmy B. Mohd. Saleh
Bendahari : Pn. P. Usha A/P Palanisamy
Floor Manager : En. Ahmad Nadzomi Bin Wahab

3.1 Ahli Jawatankuasa

Bil. JAWATANKUASA BIDANG TUGAS


1. Pendaftaran Bersedia awal sebelum ketibaan tetamu
Pn Noor Hazami Binti Mahpot (K) Sampaikan Buku Program atau
Pn Pramindra Dewi A/P Navaratnam sematkan rosette kepada tetamu
Mengiringi tetamu
Menyediakan pen dan buku pelawat
untuk ditanda tangani tetamu khas.
2. Jemputan & Sambutan Menyediakan surat jemputan kepada
En Yogeswaran A/L Muniandy (K) penerima-penerima hadiah.
En. Indiran A/L Muniady Mereka bentuk kad jemputan.
Menyediakan kad jemputan untuk guru
besar dan pengetua sekolah yang
berdekatan.
Menyediakan pelajar untuk membantu
bahagian sambutan.
Bekerjasama dengan JK Sambutan.
Menyediakan pengawas untuk
menyambut ibu bapa dan penerima
hadiah.
Memastikan penerima hadiah dan ibu
bapa duduk ditempat yang sepatutnya.
Mengedarkan buku program kepada
tetamu.
3. Buku Program & Persembahan Menyediakan buku program yang
Multimedia mencukupi.
Pn. Salbiah Binti Mohamad Sabri (K) Menyusun, mencetak dan menjilid buku
Pn Samnoor Amira Binti Omar
program.

2
Menyerahkan buku program kepada JK
sambutan untuk diedarkan kepada
tetamu khas.
Mendapatkan khidmat pelajar untuk
mengedarkan buku program kepada
tetamu.
Melatih pelajar cara menyerahkan Buku
Program kepada tetamu.
4.. Pengurusan Pelajar & Disiplin Menyediakan sekurang-kurangnya dua
En Ahrentheran A/L Sugunanathan persembahan.
(K) Persembahan hendaklah tidak melebihi
Pn Thenmoli A/P Ponnusamy
15 minit.
En. Devananthan A/L Kerasenan
Melatih pelajar-pelajar yang menyertai
persembahan.
Memikirkan dan mendapatkan kostum
yang sesuai untuk persembahan.
5. Persediaan Sijil / Hadiah Mendapatkan nama-nama penerima
/Cenderamata hadiah
Pn Rohana Binti Jusoh @ Abdul Ghani Menaip nama-nama penerima hadiah
(K)
dan menyerahkan kepada JK
Pn. Jothy A/P Ramaiah
Pn Kalaimathy A/P Maniam Penyampaian Hadiah
Pn. Ardalu A/P Vengidasalam Menyediakan Sijil Penghargaan
Membeli hadiah/cenderamata
Membalut hadiah
Menyusun hadiah/sijil/cenderamata
Menguruskan penyampaian hadiah

6. Peralatan & PA sistem Menyediakan peralatan siaraya yang


En Mohd Hilmi Bin Mohd Saleh sesuai.
Pelajar Menyelenggara alatan sepanjang majlis
berlangsung.
7. Persiapan Tempat Memastikan dewan berada dalam
En Hazmy Bin Hamzah (K) keadaan bersih.
En Dzulfitri Bin Ali Menyusun kerusi plastik dan kerusi
Ust. Muhammad Nur Bin Daud
tetamu khas. Susunan 5+5.
Menyediakan meja yang sesuai untuk
pengacara majlis.
Memastikan meja pengacara dilapik dan
ada skirting.
Mendapatkan pelajar untuk membantu
menyusun dan mengembalikan
peralatan yang diambil di tempat yang
sepatutnya.
Mendapatkan khidmat bantu daripada
3
pekerja swasta untuk membuang
sawang dan membersihkan kipas angin
dan lampu.
Mengemas semula dewan selepas majlis
tamat.

8. Juruacara Majlis & Bacaan Doa Menyediakan teks ucapan majlis.


En Hazmir Bin Md Yusof ( K ) Mengacara majlis sebelum, dan semasa
Pn Khodijah Binti Ahmad Mazlan majlis berlangsung.
Ust. Muhammad Nur Bin Daud (Bacaan
Bekerjasama dengan JK Hadiah dan JK
Doa)
Persediaan penerima hadiah.
9. Jamuan Menyediakan menu yang sesuai untuk
Pn Yuslinda Binti Yusof ( K) majlis
Pn. Azlinda Binti Mohd Nasir Membuat tempahan yang mencukupi.
Pn Ruby Seronmani A/P Arumal Dhas
Menghias tempat jamuan dengan hiasan
yang sepatutnya.
Memastikan semua peralatan yang
dipinjam dipulangkan ke tempat yang
sepatutnya.

10. Fotografi Mengambil gambar foto semasa dan


Pn. Letchimy A/P Sellapan sesudah majlis
Pelajar Membuat laporan beragambar selepas
majlis tamat

4.0 ATURCARA MAJLIS


Masa: 10.00 pagi hingga 1.00 petang

10.00 pagi - Ketibaan tetamu kehormat dan perasmi


10.05 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah
10.10 pagi - Bacaan doa
10.15 pagi - Ucapan Tuan Pengetua
10.30 pagi - Ucapan Perasmi Majlis
10. 45 pagi - Penyampaian Sijil Tamat Tingkatan Lima (Sesi 1)
11.10 pagi - Persembahan 1
11.30 pagi - Penyampaian Sijil Anugerah Cemerlang
 Kurikulum
11.50 pagi - Persembahan 2
12.10 tgh - Penyampaian Sijil Anugerah Cemerlang
 Hal Ehwal Murid
4
 Kokurikulum
12.30 tgh - Persembahan 3
12.40 tgh - Acara Untuk Pelajar-pelajar Tingkatan 5
1.00 petang - Majlis Bersurai

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

5.1 Sumber Kewangan:


 PIBG - RM1000.00
 Bayaran Kokurikulum (BKK) - RM700.00
----------------
Jumlah - RM1700.00
==========

ANGGARAN
BIL. PERBELANJAAN
JUMLAH
1. Makanan – 115 xRM6.0 RM690.00
2. Sijil, Trofi dan Cenderahati RM800.00
3. Banner, buntings, cetakan, kertas dan sijil RM210.00
Jumlah RM1700.00

KESIMPULAN

Diharapkan program ini dapat mencapai objektif yang telah digariskan dan seterusnya
mendapat kerjasama dari semua pihak. Semoga majlis ini akan dapat memberikan titik
tolak kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 SMK Sg. Pari untuk berjaya kelak bukan sahaja
dalam Bidang Akademik malah juga dalam Ko-Kurikulum

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

(SHANTI PANCHAVARNAM A/P MUNUSAMY ) (INDRAN NAIR A/L P.K. KRISHNAN)


SETIAUSAHA HEM (PENOLONG KANAN HEM)

Diluluskan Oleh,

(BALARAMA KRRISHNAN)
PENGETUA CEMERLANG
SMK SG PARI IPOH
5

You might also like